Nota Padat Etika

24
Topik 1 Pertimbangan Moral & Teori Etika 1.1 Pertimbangan Moral & Teori Etika Pertimbangan Moral - proses dimana gelagat manusia, institusi- institusi atau polisi-polisi dinilai sama ada ia telah menepati atau melanggar piawaian (standard) moral. Teori Etika - idea, kepercayaan atau tuntutan yang bertujuan untuk menjelaskan fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa berdasarkan hujah-hujah yang betul. 1.1.1 Maksud Etika - Kajian moral – prinsip-prinsip moral kelakuan individu yang boleh diterima dan kepercayaan peribadi mereka mengenai apa yang di anggap sebagai kelakuan yang betul atau salah. - Etika bersifat: Individu - manusia mempunyai etika, manakala organisasi tidak; Kelakuan beretika berbeza-beza di antara individu; Etika adalah relatif, mengikut norma sesebuah masyarakat. Ia bukan sesuatu yang mutlak. 1.1.2 Maksud Etika – aplikasi nilai-nilai etika dan idea mengenai isu- isu yang Perniagaan timbul dalam konteks perniagaan 1.1.3 Etika Professional - Etika professional adalah nilai-nilai moral yang dibentuk oleh sekumpulan manusia yang terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawal prestasi sesuatu kerja atau kegunaan sumber. 1.1.4 Mengapa Perniagaan - Pengaruh signifikan perniagaan ke atas persekitaran dan Harus Beretika? pemegang kepentingan -Pertingkatkan prestasi perniagaan 1.1.5 Pembentukan Etika - Faktor-faktor yang instrumental adalah: Individu - Pengaruh keluarga - Pengaruh rakan sebaya/setara - Pengalaman hidup - Nilai dan moral peribadi - Faktor situasi 1.2 Falsafah Normatif & - Falsafah normatif adalah kajian mengenai kaedah pemikiran dan Relativisme Etika kelakuan, iaitu bagaimana kita harus bergelagat dengan betul.

Transcript of Nota Padat Etika

Topik 1Pertimbangan Moral & Teori Etika

1.1 Pertimbangan Moral & Teori Etika

Pertimbangan Moral - proses dimana gelagat manusia, institusi-institusi atau polisi-polisi dinilai sama ada ia telah menepati atau melanggar piawaian (standard) moral.

Teori Etika - idea, kepercayaan atau tuntutan yang bertujuan untuk menjelaskan fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa berdasarkan hujah-hujah yang betul.

1.1.1 Maksud Etika- Kajian moral prinsip-prinsip moral kelakuan individu yang boleh diterima dan kepercayaan peribadi mereka mengenai apa yang di anggap sebagai kelakuan yang betul atau salah.

Etika bersifat:

Individu - manusia mempunyai etika, manakala organisasi tidak;

Kelakuan beretika berbeza-beza di antara individu;

Etika adalah relatif, mengikut norma sesebuah masyarakat. Ia bukan sesuatu yang mutlak.

1.1.2 Maksud Etika aplikasi nilai-nilai etika dan idea mengenai isu-isu yang Perniagaan timbul dalam konteks perniagaan

1.1.3 Etika Professional - Etika professional adalah nilai-nilai moral yang dibentuk oleh sekumpulan manusia yang terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawal prestasi sesuatu kerja atau kegunaan sumber.

1.1.4 Mengapa Perniagaan- Pengaruh signifikan perniagaan ke atas persekitaran dan

Harus Beretika? pemegang kepentingan

-Pertingkatkan prestasi perniagaan

1.1.5 Pembentukan Etika

- Faktor-faktor yang instrumental adalah:

Individu

- Pengaruh keluarga

- Pengaruh rakan sebaya/setara

- Pengalaman hidup

- Nilai dan moral peribadi

- Faktor situasi

1.2 Falsafah Normatif &- Falsafah normatif adalah kajian mengenai kaedah pemikiran dan Relativisme Etika kelakuan, iaitu bagaimana kita harus bergelagat dengan betul.

- Relativisme Etika adalah standard-standard moral gelagat yang berbeza-beza di antara kumpulan yang berlainan, sama ada di dalam sesebuah budaya, di antara budaya serta pada masa-masa yang berlainan.

1.3 Lima Prinsip Etika dan Batasannya

1.3.1 Undang-undang abadi (Thomistic/Natural/Eternal Law)

- Sekiranya seseorang mempunyai hak untuk terus hidup, mempunyai kebebasan dan inginkan kebahagiaan, maka mereka juga bertanggungjawab untuk membenarkan hak yang sama kepada orang lain (Golden Rule).

- Batasannya :- Terlalu banyak interpretasi terhadap apa yang dianggap benar, terbaik atau betul.

1.3.2 Utilitarianisme (Teleo-logical)

- Mementingkan akibat atau kesudahan sesuatu perkara.

- Manfaat yang terbanyak bagi bilangan yang terbanyak.

- Batasannya :- Konflik dalam menentukan jumlah manfaat yang terbanyak serta bilangan manusia yang terbanyak; Kepentingan golongan minority juga diabaikan.

1.3.3. Universalisme (Deonto-logical)

- Mementingkan niat seseorang

- Menganggap orang lain sebagai suatu matlamat yang harus dihargai, bukan sebagai alat untuk mencapai matlamat.

- Batasannya :- Tidak mempunyai keutamaan atau tahap-tahap yang berbeza. Sukar untuk mengamalkannya setiap masa.

1.3.4 Adil Pembahagi (Distributive Justice)

- Keadilan sebagai satu-satunya nilai utama;

-Mengagihkan beban dan faedah dalam masyarakat berdasarkan kesamarataan, keperluan, usaha, sumbangan atau keupayaan.

- Batasannya :- Bergantung sepenuhnya kepada kerjasama dalam sesebuah masyarakat. Usaha individu diabaikan.

1.3.5 Kebebasan peribadi

- Kebebasan sebagai satu-satunya nilai utama

- Institusi atau undang-undang yang mencabuli kebebasan individu akan ditolak walaupun ia dapat memberi kebahagiaan atau faedah kepada pihak lain.

- Batasannya :- Definisi kebebasan yang sempit kerana kebebasan dilihat sebagai suatu hak negatif, iaitu hak supaya tidak diganggu atau disukarkan oleh pihak lain.

1.4 Kesimpulana. Setiap teori menyatakan hanya satu aspek/sebahagian daripada kebenaran keseluruhan. Ia tidak lengkap dan tidak memadai untuk menghukumkan sesuatu tindakan sebagai bermoral atau tidak bermoral.

b. Tiada suatu sistem yang berjaya memberi panduan lengkap dalam pembuatan keputusan oleh pihak pengurusan.

Apakah implikasi kesimpulan terhadap para pengurus?

- Tidak terdapat satu sistem tunggal yang boleh dijadikan panduan lengkap dalam membuat keputusan etika yang sukar

Apa yang boleh kita lakukan?

- Oleh itu, kita harus menggunakan kesemua lima sistem dalam usaha mencari penyelesaian yang saksama.

Dua perspektif signifikan etika yang perlu diberi perhatian:

1.4.1 Golden Rule- Lakukan kepada orang lain sepertimana anda ingin orang lain melakukan kepada anda.

1.4.2 Hak-hak Kantian -Hak membenarkan (atau tidak membenarkan)

-Hak kebersendirian

-Hak kebebasan mengikut suara hati

-Hak mengkritik

-Hak mendapat keadilan

Topik 2 Perhubungan Pemegang Kepentingan

2.1 Konsep Pemegang Kepentingan

Definisi - Individu-individu atau kumpulan-kumpulan yang boleh menjejaskan atau dijejaskan oleh tindakan, keputusan, polisi, amalan atau matlamat sesebuah organisasi.

2.1.1 Klasifikasi Pemegang Kepentingan

2 kategori pemegang kepentingan:

Primer atau pasaran

Sekunder atau bukan-pasaran

Lihat Rajah 2.1.

2.1.2 Sokongan Terhadap Konsep Pemegang Kepentingan

3 hujah yang menyokong konsep:

a. Deskriptif Menjelaskan bagaiaman organisasi mengurus dan berinteraksi dengan pemegang kepentingannya

b. Normatif Organisasi memiliki kuasa dan sumber yang besar. Oleh itu, menjaga pemegang kepentingan adalah perkara yang sepatutnya dilakukan.

c. Instrumental Syarikat yang mengambil berat tentang pemegang kepentingannya biasanya akan mencapai prestasi yang lebih baik dalam jangka panjang.2.2. Pengurusan Pemegang Kepentingan

- Merupakan proses mengurus harapan individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan atau akan terjejas oleh aktiviti organisasi.

3 langkah pengurusan:

Kenalpasti pemegang kepentingan yang relevan

Tanggungjawab terhadap pemegang kepentingan

Mengurus hubungan dengan pemegang kepentingan

Langkah 1 Mengenalpasti pemegang kepentingan yang relevan

Terdapat 3 elemen:

a. Kuasa pemegang kepentingan kebolehannya menggunakan sumber untuk melakukan sesuatu atau untuk mencapai hasratnya.

-3 jenis kuasa - Coercive guna kuasa/keganasan fisikal

- Utilitarian mengawal sumber-sumber organisasi

- Simbolik kebolehcapaian atau kebolehan menggunakan symbol atau prestij

b. Kesahan pemegang kepentingan sama ada perkara yang dituntut oleh pemegang kepentingan boleh dijustifikasi atau pun betul dalam konteks yang disebut

-Tuntutan dianggap sah apabila perkara yang dituntut ditakrifkan sebagai munasabah oleh pemegang kepentingan lain serta masyarakat.

c. Kesegeraan pemegang kepentingan kepantasan firma bertindak balas terhadap keperluan pemegang kepentingan

-Sensitiviti masa tempoh kelewatan bertindak balas

-Tahap kritikal kepentingan tuntutan atau perhubungan

2.3 Tanggungjawab Firma Terhadap Pemegang Kepentingan

Langkah 2 - Lihat Rajah 2.2.

TanggungjawabPenerangan

Ekonomik Keuntungan maksimumkan jualan, minimumkan kos

Pulangan pelaburan yang memadai

Perundangan Patuh kepada undang-undang dan peraturan, seperti persekitaran, pekerjaan dan pengguna

Etika Lakukan yang betul, adil dan saksama

Tekankan kepimpinan etika

Patuhi kehendak minimum undang-undang

Kedermawanan Menjadi warga korporat negara yang baik terlibat dalam kesukarelaan, menyediakan program pendidikan, kebudayaan dan seni, khidmat kesihatan

Langkah 3 - Mengurus hubungan dengan pemegang kepentingan

3 strategi:

i. Integrasikan pengurusan pemegang kepentingan dengan falsafah, nilai dan visi firma

ii. Bentuk kenyataan visi dan nilai yang merangkumi pemegang kepentingan

iii. Laksanakan sistem pengurusan prestasi pemegang kepentingan

Topik 3 Sifat Etika dalam Perniagaan Moden

3.1 Masalah Etika Sebagai - Suatu dilema kepada pengurus untuk mencapai keseimbangan (balance) Masalah Pengurusan yang betul, sesuai dan saksama di antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial. 3.2 Ciri/sifat Masalah Etikadalam Pengurusan

3.2.1 Akibat yang berpanjangan

Memberi impak ke atas pihak lain, sama ada di dalam mahupun di luar organisasi; atau di luar kawalan pihak pengurus.

3.2.2 Alternatif yang pelbagai Terdapat banyak alternatif dalam memilih penyelesaian yang beretika mana yang harus dilakukan, mana yang tidak harus dilakukan.

3.2.3 Kesudahan yang berlawanan - Setiap alternatif membawa kos dan faedah sosial yang berbeza-beza.

3.2.4 Akibat yang tidak pasti Akibat setiap alternatif tidak jelas.

3.2.5 Implikasi peribadi Alternatif-alternatif mempunyai kos serta faedah yang membri kesan peribadi kepada individu.

3.3 Contoh-Contoh

-Perletakan harga suatu keputusan ekonomi yang boleh

Masalah Etika

memberi kesan negatif/mudarat kepada pengguna.

Dalam Pengurusan

-Pengiklanan tahap kebenaran/memperdaya yang berbeza-beza, contohnya di antara iklan yang seluruhnya benar, sebahagian sahaja yang benar atau seluruhnya tidak benar.

-Promosi produk tawaran promosi kadangkala mengakibatkan pihak lain terpaksa menanggung kosnya.

-Keadaan tempat kerja ruang kerja yang lembab/tidak selesa, bising, kurang cahaya, pengalihan udara tidak memadai, asap dan debu, tidak selamat dsb.

-Khidmat pelanggan kualiti produk yang menurun, rosak atau cacat.

-Pemberhentian pekerja untuk mengurangkan saiz operasi.

-Pencemaran alam sekitar pembuangan toksik yang tidak selamat, pencemaran dan pemupusan air/udara/kawasan.

-Perhubungan komuniti firma gunakan kuasa ekonomi (contohnya memindahkan operasi) sebagai tekanan untuk mendapatkan kelonggaran/keistimewaan.

-Perhubungan pembekal guna kuasa ekonomi terhadap para pembekal kcil dalam komuniti mereka.

3.4 Analisis Masalah

Untuk mencapai keseimbangan di antara prestasi ekonomi

Etika dalam

dan prestasi sosial:

Pengurusan

-Analisis ekonomi sama ada sesuatu keputusan/tindakan dapat menggunakan sumber yang terhad dengan paling efisien serta efektif.

-Analisis Perundangan sama ada sesuatu keputusan/ tindakan telah melanggar mana-mana undang-undang. Masyarakat akan mewujudkan undang-undang dan peraturan untuk dipatuhi dan dilayani secara adil. Jika tidak, undang-undang baru akan digubal bagi menangani keadaan.

-Analisis etika sama ada sesuatu keputusan/tindakan diambil secara rasional berdasarkan prinsip konsistensi serta prinsip kebajikan supaya ahli masyarakat dapat di layani dengan cara yang paling adil.

3.5 Etika dalam Islam-Suatu mesej universal (pendekatan holistik) dalam mencapai kesepaduan dengan:

Tuhan

Sesama manusia

Agama

-Syariahberasaskan Al-Quran; suatu sistem perundangan yang komprehensif yang mengatur kesemua aspek kemasyarakatan; peraturan-peraturan yang ditafsirkan berdasarkan fahaman beberapa mazhab.

-Perdagangan dan perniagaan telah menyebarkan Islam melalui orang-orang muslim Arab yang mahir dalam mengemudi pelayaran, membina kapal, astronomi dan alat-alat pengukuran saintifik. Amalan etika perniagaan dalam aktiviti perdagangan mereka turut tersebar.

-Ajaran-ajaran amalan ekonomi (Syariah dan Hadith):

Bercirikan perusahaan bebas, pendekatan ekonomi pasaran sektor swasta

Hak memiliki harta persendirian

Keuntungan dibenarkan, tetapi tidak mengatasi tanggungjawab persaudaraan, perpaduan dan amal jariah

Hukum halal dan haram, contohnya faedah tetap

-Kewajipan kepada Tuhan, dalam:

Berbelanja/bersedekah demi cinta terhadap Tuhan

Menunaikan syarat kontrak dengan sempurna

Kebenaran dan kejujuran

Topik 4 Etika Pengurusan dan Rule of Law

4.1 Rule of Law-Bermaksud Kita harus merujuk kepada undang-undang apabila menghadapi konflik di antara prestasi ekonomik dengan prestasi social. Undang-undang merupakan:

Satu set peraturan yang dibentuk oleh ahli masyarakat untuk mentadbir/mengawal gelagat (behaviour) dalam masyarakat mereka.

Menggambarkan hukum-hukum moral kolektif yang dipegang oleh ahli sesebuah masyarakat, terutamanya dalam masyarakat demokrasi.

4.2 Undang-undang- Sekiranya kita tidak setuju dengan sesuatu tindakan firma,

Sebagai Panduan maka kita harus mengambil langkah mewujudkan undang-undang

Moralmengenainya, sama ada untuk menghalang tindakan firma atau menggalakkan supaya tindakan alternatif di ambil.

- Andaikata undang-undang yang diingini tidak dapat diluluskan melalui proses demokratik, maka keadaan tersebut harus diterima.

4.3 Contoh Pilihan Moral

Contoh (a) Aktiviti pinjaman bank

- Sama ada meluluskan pinjaman berisiko tinggi kepada sebuah

kepada sebuah firma kecil tempatan yang kadar aedah/pulangan

nya dihadkan oleh undang-undang, atau memberi pinjaman

berisiko rendah kepada sebuah firma luar yang besar dengan kadar pulangan yang sama?

Dilema etika pilihan di antara prestasi ekonomi dan tanggung jawab sosial menjadi rumit disebabkan oleh:

Akibat/konsekuen yang berpanjangan

Kesudahan yang tidak pasti

Implikasi kerjaya peribadi

Telitikan juga contoh-contoh (b)-(d)

4.4.Undang-undang-Dalam sebuah masyarakat berdemokrasi, kta tidak boleh Sebagai Kombinasimelampaui batas undang-undang, kerana ia bermakna bahawa Hukuman Moralkita tidak mematuhi standard-standard moral majoriti

masyarakat

- Sekiranya kita tidak menyukai sesuatu perkara, dapatkan suara/sokongan ramai majoriti untuk mengubah undang-undang. Sebelum berjaya melakukan sedemikan, kita harus mematuhi kehendak majoriti.

4.5 Definisi Undang-

Undang-Satu set peraturan untuk mentadbir/mengawal bagaimana rakyat perlu bertindak dalam perhubungan mereka dalam sesebuah masyarakat.

- Sifat-sifat/ciri-ciri utama undang-undang:

Konsisten

Sejagat (universal)

Diterbitkan (published)

Diterima (accepted)

Berkuatkuasa (enforced)

Disokong oleh suatu rangkakerja yang terdiri daripada institusi-institusi sosial berikut (Rajah 4.1):

Badan perundangan (legislature) menggubal undang-undang

Peguam dan pembantu-pembantunya menjelaskan undang-undang

Makhamah dan agensi-agensi perundangan menterjemah undang-undang

Pasukan polis menguatkuasakan undang-undang

4.6 Perhubungan di- Bertindih dengan standard moral 3 situasi berbeza

antara undang - Bersifat negatif, manakala standard moral bersifat positif

undang dan- Bersifat terkemudian berbanding standard moral.

Standard moral

4.7 Pembentukan- Melalui beberapa proses seperti berikut:

Undang-undangi. Proses individu berasaskan norma, kepercayaan dan nilai.

ii. Proses Kumpulan berdasarkan konteks-konteks budaya/ agama, sosial/politik dan teknologi.

iii. Proses sosial berdasarkan perkaitan/perhubungan dengan kumpulan yang lebih besar.

iv. Proses politik berdasarkan institusi (pembentukan) undang-undang.

4.8 Kesimpulan- Rule of Law sebagai asas dalam membuat pilihan moral, iaitu sama ada undang-undang benar-benar dapat menggabungkan standard-standard moral peribadi untuk dijadikan suatu undang undang universal?

Lihat Rajah 4.5:

Standard moral adalah berasaskan maklumat yang tidak lengkap.

Standard moral menjadi lemah apabila berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil

Standard moral mungkin tidak disampaikan dengan tepat disebabkan oleh pengaruh organisasi besar.

Undang-undang yang dibentuk mungkin tidak mengikut standard moral dengan tepat.

Undang-undang adalah tidak lengkap/tidak tepat, maka ia memerlukan makhamah/agensi-agensi untuk mentafsir/ menjelaskannya.

Topik 5 Pendekatan Organisasi Kearah Memperbaiki Gelagat Etika

5.1 Memperbaiki Suasana Etika dalam Organisasi

Langkah-langkah perlindungan etika:

5.1.1 Kod Etika-Kenyataan-kenyataan mengenai norma dan kepercayaan sesebuah organisasi:

- Norma merujuk kepada piawaian gelagat

- Kepercayaan merujuk kepada piawaian pemikiran

- Dicadang, dibincang dan dijelaskan oleh pihak pengurus atasan, dan diterbitkan/diedarkan kepada ahli-ahli organisasi.

- Adakah Kod Etika berjaya?

5.1.2 Ombudsman- seorang pegawai kanan yang dihormati dan dilantik menjalankan tugas kaunseling berkenaan kerjaya pekerja, isu-isu organisasi serta etika.

- Adakah sistem ombudsman berjaya?

5.1.3 Hotline Etika-Talian komunikasi untuk pekerja melapurkan isu etika kepada pihak pengurusan atau rakan kerja tanpa nama mereka diketahui

5.1.4 Latihan Etika- Ciri latihan yang berkesan:

Dikaitkan kepada situasi sebenar dialami pekerja serta penyelesaian etika yang mungkin dicapai

Menunjuk ajar kakitangan mengenai polisi dan harapan firma, undang-undang dan peraturan, serta standard sosial yang umum

Menyedarkan kakitangan mengenai sumber-sumber dan kemudahan, sistem-sistem sokongan dan kakitangan yang boleh membantu dalam memberi nasihat etika dan perundangan

3 matlamat latihan etika:

Mengenalpasti situasi yang memerlukan keputusan etika

Memahami nilai dan budaya organisasi

Pekerja menilai impak keputusan etika terhadap firma

5.2 Struktur sebagai-

Punca Gelagat

Tidak Beretika

Contoh-contoh penipuan/penyelewengan terhadap kerajaan dan bank boleh dilihat dalam syarikat-syarikat besar seperti Geberal Electric, General Dynamics, E.F. Hutton dan Bahagian Thorp di Syarikat ITT.

Pengurus syarikat-syarikat ini telah menipu kerajaan, bank dan pelanggan. Walaubagaimanapun, mereka tidak menerima faedah secara langsung dari kelakuan tidak beretika mereka. Ia bukan merupakan perlakuan ketidakjujuran kerana tidak melibatkan sebarang bayaran, hadiah percutian atau pemberian-pemberian lain. Walaubagaimanapun, individu-individu tersebut telah mendapat manfaat tidak langsung. Oleh itu, adalah penting untuk memahami manfaat tidak langsung ini kerana ia adalah punca struktur berlakunya gelagat tidak beretika dalam organisasi.

Terdapat masalah dalam sifat kepelbagaian dan struktur bahagian-bahagian syarikat besar hari ini di mana kuasa pengurusannya lebih terpencar dan diserahkan kepada pengurus-pengurus bahagian yang dipertanggungjawabkan.

Masalah dengan bahagian-bahagian dan pemencaran dalam struktur organisasi:

- Bahagian yang berasingan/terasing mengakibatkan ketidakupayaan menggunakan perhubungan antara bahagian untuk mencapai ekonomi bidangan serta skop.

- Pemencaran mengakibatkan kurang kawalan pengurus korporat ke atas bahagian-bahagian.

5.3 Penyelesaian- Tiada sesuatu sistem yang sempurna, tiada penyelesaian yang

Kpd Masalahdapat menjamin ianya diterima oleh semua pihak

Struktur dalam- Etika pengurusan timbul akibat konflik di antara prestasi

Gelagat Tidakekonomi dengan prestasi sosial;

Beretika

- Para pengurus mementingkan prestasi ekonomi kerana masa

depan mereka bergantung kepada pertimbangan ekonomi

5.4 Tanggungjawab- Menjadikan etika sebagai sebahagian daripada proses

etika pengurusperancangan strategik

- Memilik perwatakan/keperibadian yang kuat untuk menghadapi isu-isu serta dapat menghargai kos yang terdapat pada sesuatu pilihan bermoral

-Keberanian untuk menilai seterusnya sanggup berkorban/menanggung kos tersebut, berdasarkan pertimbangan ekonomi, perundangan dan moral.

Topik 6 Tanggungjawab Sosial dan Organisasi

PengenalanTanggungjawab Sosial

-Definisi - satu set tanggungjawab/kewajipan yang harus organisasi pertahankan, sebar dan amalkan dalam masyarakat di mana mereka beroperasi.

Lihat Rajah 6.1.

6.1 Sejarah Tanggung-i. Era Keusahawanan (1800s-1930)

jawab Sosial

- Perhubungan penting di antara perniagaan, kerajaan dan masyarakat mula diperakui; bahawa perniagaan mempunyai peranan kemasyarakatan selain memaksimumkan keuntungan.

- Meluluskan undang-undang untuk mengawal amalan perniagaan.

Lihat Jadual 6.1 untuk contoh-contoh yang diamal.

ii. Era Kemelesetan (1930-1960)

- Kuasa dan pengaruh organisasi-organisasi besar serta amalan tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kejatuhan pasaran saham pada 1929.

- Undang-undang diluluskan untuk melindungi pelabur dan perniagaan-perniagaan kecil.

- Tindakan baru kerajaan yang menuntut supaya organisasi memainkan peranan aktif dalam mempertingkatkan kesejahteraan umum.

iii. Era Sosial (1960s)

- Era pergolakan sosial, pergerakan aktivis awam dan bantahan terhadap Perang Vietnam

- Pendapat awam yang lantang terhadap nilai, keutamaan serta matlamat Negara

- Pengisytiharan 4 hak asasi pengguna oleh J. F. Kennedy:

Hak menggunakan produk yang selamat

Hak diberitahu mengenai aspek-aspek relevan sesuatu produk

Hak menyampaikan rungutan

Hak memilih apa yang mereka beli

6.2 Skop Tanggungjawabi.Konstituen pihak yang menerima kesan langsung akibat

Sosial syarikat amalan sesuatu organisasi serta mempunyai kepentingan dalam prestasinya. Contohnya, kerajaan, pemiutang, pembekal, pekerja dan pelabur.

ii. Persekitaran alam semula jadi

iii. Kebajikan/kesejahteraan umum masyarakat

6.3 Hujah-hujah yangHujah-hujah menyokong:

Menyokong ataua.Perniagaan yang menimbulkan masalah, maka mereka

Membantah harus membantu menyelesaikannya.

Tanggungjawab Sosial b.Badan korporat sebagai warga masyarakat

c.Perniagaan memiliki sumber untuk menyelesaikan masalah.

d.Tanggungjawab sosial dapat meningkatkan keuntungan.

Hujah-hujah membantah:

a.Tujuan perniagaan adalah untuk menjana keuntungan kepada pemiliknya, bukan bertanggungjawab sosial.

b.Penglibatan perniagaan dalam program sosial akan memberi terlalu banyak kuasa kepada perniagaan.

c.Potensi wujudnya konflik kepentingan.

d.Perniagaan tiada/kurang kepakaran untuk mengurus program-program sosial.

6.4 Empat Pendekatan/i.Halangan Sosial Melakukan seberapa sedikit yang boleh,

Tahap Organisasi tidak mengakui atau menyembunyikan amalan salah

dalam Tanggungjawab

Sosialii. Tanggungjawab Sosial Lakukan hanya setakat yang dituntut oleh undang-undang, tidak lebih dari itu.

iii. Responsif Sosial Lakukan perkara-perkara melebihi kehendak undang-undang atau etika.

iv. Sumbangan Sosial Mencari-cari peluang secara proaktif untuk menyumbang kepada masyarakat.

6.5 Kerajaan dan

- Lihat Rajah 6.7.

Tanggungjawab

Sosial

6.6 Pengaruh

Bagaimana kerajaan dapat mempengaruhi organisasi:

Kerajaan-Melalui peraturan langsung- mengarah, memantau

dan mengawal apa yang dibenarkan atau dilarang, seperti:

Melindungi alam sekitar

Melindungi pengguna

Melindungi pekerja

Undang-undang sekuriti (seperti pemilikan, cagaran, jaminan)

- Melalui peraturan tidak langsung, seperti:

Undang-undang percukaian sebagai insentif untuk mempengaruhi arah perbelanjaan organisasi

6.7 Pengaruh Organisasi-Organisasi mempengaruhi kerajaan melalui:

Kenalan peribadi - pergaulan sosial dan networking

Melobi individu/kumpulan cuba pengaruhi pembentukan undang-undang

Jawatankuasa Bertindak Politik mengumpul dan mengagihkan wang kepada calon politik (di Amerika Syarikat terutamanya)

Bantuan (favours) guna pengaruh bantuan yang telah diberi untuk dapatkan sokongan.

6.8 Bagaimana OrganisasiPendekatan formal:

Mengurus Tanggung-- Perundangan mematuhi undang-undang tempatan,

Jawab Sosial:

negeri, persekutuan dan antarabangsa.

Jangkauan Mematuhi- Etika mematuhi standard asas gelagat beretika

Etika- Sumbangan filantropik pemberian wang/hadiah dalam aktiviti dan program amal.

Pendekatan tidak formal:

- Kepimpinan dan budaya organisasi membina budaya dan kepimpinan dengan menjelaskan tanggungjawab sosial organisasi supaya dapat diterap oleh warga organisasi

- Menyokong peniupan wisel Pekerja mendedahkan salahlaku (yang tidak beretika atau menyalahi undang-undang) dalam organisasi kepada pihak berkuasa awam serta media.

6.9 Menilai Tanggung-- Garis panduan atau Kod Etika

jawab Sosial

6.9.1 Audit sosial korporat Merujuk kepada suatu analisis formal dan menyeluruh terhadap keberkesanan prestasi sosial firma.

- Suatu alat/kaedah untuk menilai tanggungjawab sosial Langkah-langkahnya:

- Menganalisis sumber-sumber yang diperuntukkan bagi setiap matlamat

- Menjelaskan bagaimana matlamat-matlamat dicapai

- Mencadangkan perkara-perkara yang perlu perhatian tambahan

- Audit sosial boleh dilihat debagai suatu proses menilai dan melaporkan prestasi ekonomi, perundangan dan kedermawanan firma dari sudut tanggungjawab sosial.

Lihat ringkasan ISO26000:2010 sebagai satu panduan serta galakkan agar organisasi melakukan yang lebih baik daripada yang dikehendaki undang-undang.

Kaedah-kaedah lain yang disenaraikan:

- Triple Bottom Line

- Six-Sigma

- Balanced Scorecard

Faedah-faedah audit sosial:

Untuk mencapai prestasi sosial yang terbaik

Untuk memudahkan penambahbaikan dan pembelajaran organisasi

Untuk meningkatkan perhubungan dengan pemegang kepentingan melalui dialog

Untuk membantu mengenalpasti potensi risiko dan liabiliti

Untuk menkoordinasi program dalam seluruh organisasi

Untuk membolehkan organisasi menilai impaknya ke terhadap persekitaran, komuniti dan masyarakat

Laporan sosial boleh berpandukan The Global Reporting Initiatives

- Faedah laporan sosial

Meningkatkan reputasi pengurusan

Mempromosikan akauntabiliti

Meningkatkan ketelusan

Pemegang kepentingan dan para pelabur akan dapat membuat keputusan yang lebih baik sama ada sesebuah organisasi itu mencapai matlamat-matlamat mengikut nilai-nilai yang ditetapkan sebagai penting.

Topik 7 Urus Tadbir Korporat

7.1 Apakah yang dimaksudkan dengan Urus Tadbir Korporat?

Ia merupakan satu sistem formal penyeliaan, akauntabiliti dan kawalan ke atas keputusan-keputusan, operasi, dan tindakan korporat yang perlu wujud untuk mendapat komoditi yang sangat diperlukan oleh syarikat korporat, iaitu: kepercayaan yang berterusan.

7.1.1 Komponen-Komponen Urus Tadbir Korporat

Penyeliaan Memeriksa dan menimbang keputusan pengurusan untuk mengelak risiko kesilapan.

Akauantabiliti (atau kebertanggungjawaban) Memastikan keputusan pengurusan selaras dengan misi dan visi, serta janji-janji yang dibuat kepada orang ramai, untuk mengelak hilang kepercayaan.

Kawalan Proses audit dan menambahbaik keputusan-keputusan dan tindakan organisasi, di mana prestasi sebenarnya akan diukur berbanding sesuatu bajet, standard atau matlamat.

7.2 Perspektif Urus Tadbir Korporat

Dua perspektif

Perspektif pemegang saham

Pemegang saham adalah pemilik syarikat

Syarikat harus bertanggungjawab dan dipertanggungajwabkaan oleh pemegang saham

Kepentingan pemegang kepentingan lain adalah sekunder

Perspektif pemegang kepentingan

Keputusan/tindakan syarikat boleh member kesan kepada pemegang kepentingan, dan sebaliknya

Contoh Dalam kes insider trading:

Pemegang saham kerugian

Pekerja hilang pekerjaan

Pelanggan menerima khidmat yang kurang memuaskan

Hilang sokongan pekerja/pelanggan yang setia

7.3 Tugas Urus Tadbir Korporat Dengan Pengurus Atasan

Tanggungjawab urus tadbir korporat terletak pada pihak pengurus atasan

Lembaga Pengarah dan pengurus atasan adalah mereka diamanahkan untuk menjaga dan berlaku setia demi menjaga kepentingan syarikat.

7.4 Keperluan Mempelajari Urus Tadbir Korporat

Adalah menjadi tanggungjawab korporat syarikat untuk melaksanakan amalan-amalan yang dianggap sesuai

Insiden-insiden salahlaku mendedahkan syarikat kepada perhatian semua pihak, termasuk bakal pelabur, kerajaan, media dan industri (selain pemegang saham)

Syarikat tidak boleh membenarkan reputasi mereka serta sokongan terhadap mereka terjejas dalam suasana persaingan yang sengit

7.6 Kod Urus Tadbir Korporat Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti merupakan agensi kerajaan yang melindungi hak pemegang saham dengan memastikan:

Pasaran saham dikendalikan dengan adil

Maklumat pelaburan dibekalkan dengan lengkap

Fungsi penyelarasan Suruhanjaya Sekuriti Lihat Jadual 7.3.

Kod Urus Tadbir Korporat Malaysia, 2000 (pindaan 2007) bertujuan untuk mencapai rangkakerja urustadbir yang optimum dan terbahagi kepada dua bahagian Pertama, prinsip urus tadbir korporat dan kedua, amalan terbaik dalam urus tadbir korporat. Ia merangkumi tiga perkara:

Pengarah perlantikan, formality dan ketelusan

Pemegang saham menekankan maklumat untuk membuat keputusan pelaburan serta mesyuarat agung tahunan

Akauntabiliti dan audit merujuk kepada kawalan dalaman dan juruaudit

Kepatuhan kepada kod bukan perkara yang mandatory, tetapi bertujuan menggalakkan fleksibiliti dan kawalan-kendiri. Walaubagaimanapun, syarikat perlu memaklumkan cara-cara ia telah mematuhi kod.

Terdapat DUA organisasi lain yang menyokong amalan terbaik urus radbir korporat di Malaysia:

i. The Malaysian Institute of Corporate Governance (Institut Urus Tadbir Korporat Malaysia) - Mempromosi amalan terbaik dan pembangunan urus tadbir korporat melalui program pendidikan berterusan untuk pengarah, ketua pegawai eksekutif, setiausaha syarikat, dll. Lihat Rajah 7.4.

ii. The Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia) - Menghasilkan setiausaha syarikat yang berkelayakan serta professional; dan mengekalkan tahap integriti dan etika tertinggi anggota professionnya. Lihat Rajah 7.5.

7.7 Urus Tabdir Korporat Di Masa Depan

Urus tadbir korporat akan menjadi satu bahagian pengurusan korporat yang penting. Oleh itu, faedah-faedah amalan yang baik urus tadbir korporat dalam aspek-aspek berikut perlu diketahui:

(a) Penglibatan Lembaga Pengarah

(b) Lakukan penilaian sendiri

(c) Peningkatan peranan jawatankuasa pencalonan

(d) Penerangan yang jelas

(e) Anjakan kepada model pihak berkepentingan

(f) Jalankan latihan dan seminar

(g) Sokongan pihak pengurusan yang lebih besar

(h) Pemegang saham dan pemegang kepentingan yang lebih berpengetahuan

(i) Penglibatan kerajaan yang lebih besar

Topik 8 Dimensi-Dimensi Moral Sesuatu Sistem Ekonomi

8.1 Sistem ekonomi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan sumber-sumber, bertukar dan mengedar barangan serta perkhidmatan. Sesebuah sistem ekonomi yang mempunyai nilai moral yang tinggi akan:

Keadilan dalam mencapai sumber-sumber, dalam pertukaran serta dalam pengagihan barangan/perkhidmatan

Melarang kewujudan halangan-halangan palsu, seperti diskriminasi, yang mengganggu kemudahan orang ramai untuk mendapatkan sumber.

Memastikan agar tidak wujud golongan yang membolot sebahagian besar sumber secara tidak adil semua orang berhak memiliki sumber secara adil.

8.2 Pekerjaan dan - Kepentingan pekerjaan kepada:

Upah

- Para pekerja untuk memenuhi keperluan mereka.

- Para majikan menarik minat pekerja, mengurangkan pusing ganti pekerja, mendapatkan kesetiaan, mengekalkan/meningkatkan produktiviti.

- Isu moralnya Penyalahgunaan dalam amalan pengurusan, mengakibatkan kecederaan atau ketidakadilan kepada pekerja

8.2.1 Hak Moral - Bergantung kepada sistem ekonomi, seperti:

Untuk Diberi

- Kapitalis (ekonomi pasaran bebas); atau

Pekerjaan? - Sosialis/Komunis (ekonomi arahan)

- Di bawah sistem kapitalis:

- Majikan tidak bertanggungjawab untuk mengambil sebarang jumlah pekerja minimum. Pekerja tidak boleh menuntut bahawa mereka mesti diambil bekerja.

- Majikan berhak mengambil pekerja yang sesuai mengikut keperluan efisiensi mereka.

- Melalui proses demokrasi, orang ramai boleh memilih sistem ekonomi mana yang mereka inginkan.

8.2.2 Pengambilan- Amalan diskriminasi berdasarkan bangsa, jantina, umur, agama

Pekerja Secara- Terdapat pandangan yang berbeza di antara:

Adil

- Moralis Undang-Undang Abadi

- Utilitarian

- Relativisme Budaya

8.2.3 Tindakan - Tindakan Afirmatif menyediakan peluang untuk semua, tanpa

Afirmatif/mengira bangsa, jantina, umur atau agama.

Layanan - Layanan Istimewa mengambil atau memberi keutamaan

Istimewa(contohnya kenaikan pangkat) kepada golongan minoriti, berbanding golongan bukan minoriti.

8.2.4 Upah

- Berapa jumlah upah yang sesuai?

- Seberapa banyak yang perlu untuk menarik minat serta mengekalkan pekerja yang produktif.

- Memastikan taraf hidup yang minimal tetapi memuaskan.

8.2.5 Bayaran Upah- Prinsip upah sama bagi kerja yang sama:

Sama bagi - Mereka yang melakukan jenis pekerjaan yang sama harus

Kerja yang dibayar upah yang sama

Sama- Pekerja yang boleh melakukan kerja dengan lebih pantas serta efisien berbanding pekerja lain/baru, maka mereka harus di beri bayaran tambahan.

8.2.6 Bayaran Upah - Prinsip upah sama bagi kerja yang setara:

Sama bagi - Pekerja yang menjalankan tanggungjawab berbeza tetapi

Kerja Setara memerlukan tahap pendidikan, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang sama secara relatif (contohnya setiausaha dengan juruteknik) harus dibayar gaji yang sama.

- Sebagai tambahan kepada prinsip-prinsip di atas, kehendak moral juga memerlukan supaya:

- Pertimbangan harus diberikan kepada jangka masa kerja yang panjang, risiko serta persekitaran fisikal.

- Tiada sesiapa yang harus mendapat gaji lebih tinggi atau lebih rendah berdasarkan pertimbangan/kriteria yang tidak relevan, contohnya kaum wanita berbanding kaum lelaki.

8.2.7 Pengagihan- Pengagihan harus bergantung kepada:

Pulangan/

-Keupayaan syarikat mengurus sumber mereka.

Hasil Sumber

-Tahap produktiviti pekerja.

- Pengurus serta pekerja berhak menerima jumlah/pembahagian yang adil berdasarkan sumbangan mereka.

- Pemegang saham berhak diberi keutamaan bagi menuntut pulangan serta bahagian terbesar yang diagihkan.

8.3 Pangkat dan -Penilaian prestasi pekerja , potensi kenaikan pangkat serta

Pemeringkatanganjaran yang akan diterima bergantung kepada:

-Pendapat penyelia tentang mutu kerja berdasarkan penilaian prestasi, sama ada secara formal atau pun tidak formal.

8.4 Implikasi Etika - Pekerjaan menggambarkan maruah dan harga diri seseorang

Penilaian

- Pendapat boss tentang kerja yang dilakukan adalah penting

Prestasi

- Oleh itu, pengurus mempunyai tanggungjawab moral untuk

melaksanakan penilaian prestasi dengan betul, kerana:

Penilaian prestasi, yang diukur berdasarkan pendapat penyelia, membawa impak kepada persepsi pekerja terhadap harga diri mereka;

Penilaian prestasi merupakan suatu kontrak moral iaitu menilai sejauh mana pekerja telah mencapai sesuatu standard, dan jumlah ganjaran yang akan diterima.

Jadual 8.1

Perkara-perkaraBagi memastikan proses penilaian yang beretika, garis panduan

Penting dalam

berikut perlu dipatuhi:

Penilaiaan

Prestasi-Tetapkan objektif - Pekerja harus mengetahui dengan jelas/tepat tentang objektif yang harus di capai dan dapat memberi input kepada objektif berkenaan;

-Dapatkan maklumbalas - Pekerja berhak menerima maklum balas mengenai prestasi mereka jika dimaklumkan hanya pada akhir tempoh adalah tidak adil;

-Guna criteria yang sah - Prestasi harus diukur menggunakan kriteria yang sah;

-Sediakan maklumat penting berkenaan kakitangan - Penyelia harus menyediakan maklumat anekdot yang memadai mengenai pencapaian atau kegagalan pekerja;

-Hak menambahbaik - Penyelia harus memaklumkan kepada pekerja sekiranya prestasi mereka lemah/tidak memuaskan, dan berikan kaunseling, tunjuk ajar serta latihan supaya mereka dapat mempertingkatkan diri.

Topik 9 Pekerja dan Suasana Kerja

9.1 Menghormati Hak- Syarikat mempunyai hak untuk melindungi diri daripada

Kebersendirianpenipuan, kehilangan maklumat-maklumat proprietari, rahasia

Pekerjadagang, atau sebarang ancaman terhadap fasiliti mereka, pekerja, pelanggan serta orang awam di mana pekerja sendiri berpotensi menjadi punca. Oleh itu, majikan akan menjalankan:

Ujian-ujian pra-pengambilan kerja (contohnya, ujian poligraf dan lain-lain untuk mengesan calon pekerja yang menipu kini ujian tersebut adalah salah dari segi undang-undang)

Memantau/mengekang cara hidup peribadi pekerja

- Sejauh manakah pengurus boleh mencabuli kehidupan peribadi pekerja demi melindungi kepentingan syarikat?

- Adakah hak syarikat melindungi kepentingan mereka mengatasi hak kebersendirian pekerja?

9.2 Penyalahgunaan- Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebagai justifikasi moral bagi

Bahan Bahayasyarikat menjalankan ujian mengesan penyalahgunaan bahan bahaya:

Bagi calon pekerja, syarikat perlu memastikan bahawa:

- Ujian adalah tepat. Sekiranya terdapat penggunaan dadah, ia perlu mempunyai preskripsi doktor yang sah.

- Keputusan ujian perlu disimpan sebagai maklumat sulit.

Bagi pekerja sedia ada, ujian harus berdasarkan:

-Penyelia perlu diberi latihan menggunakan teknik-teknik yang betul untuk mengesan penyalahgunaan.

-Menjalankan ujian after the fact, iaitu setelah berlaku sesuatu kemalangan berkaitan kerja, memudaratkan orang lain atau kerosakan harta, yang melibatkan pekerja berkenaan.

Ujian rawak ke atas semua pekerja (iaitu bagi jenis pekerjaan yang keselamatannya berisiko tinggi) boleh disokong sekiranya:

- Syarikat mengesyaki pekerja serta mempunyai maklumat sah bahawa pekerja terlibat;

- Sekiranya terdapat bukti statistik bahawa penyalahgunaan dadah di kalangan pekerja adalah signifikan;

-Prinsip probable cause (sebab paling berkemungkinan), di mana ujian hanya boleh dijalankan jika terdapat maklumat sah bahawa penyalahgunaan dadah telah mengakibatkan prestasi kerja menurun. Dari segi moralnya, semua pekerja harus tidak terkecuali daripada dipilih untuk menjalani ujian.

9.3 Penganiayaan -Pengurus/boss naik berang, memarahi, mengancam dan

Pekerja

menghina pekerja, sekiranya pekerja enggan:

Memalsukan akaun agar memberi gambaran palsu bahawa kedudukan kewangan syarirkat kukuh.

Melayani gangguan seksual.

Mengelak menunaikan tugas juri atau berbohong dalam makhamah bagi pihak syarikat.

- Setiap orang berhak mempunyai reputasi umum yang baik, ketenangan hati dan tidak menghadapi sebarang ancaman undang-undang.

Topik 10 Kesetiaan Kepada Syarikat Majikan

10.1 Kesetiaan- Apabila seseorang diambil bekerja, maka ia harus setia kepada syarikat majikan. Dalam situasi tertentu, pekerja perlu terus setia walaupun selepas meninggalkan syarikat.

- Kesetiaan adalah sesuatu yang dihargai serta diharapkan oleh majikan daripada para pekerja mereka.

-Adalah menjadi tanggungjawab moral pekerja untuk:

Menyempurnakan tugas mengikut tahap kompetensi yang sesuai;

Mematuhi arahan-arahan yang sah dari pihak atasan;

Merahsiakan maklumat dan rahasia dagang syarikat;

Mengelak kelakuan/tindakan yang bertentangan dengan kepentingan syarikat yang sah.

- Pekerja yang melanggar syarat-syarat di atas boleh dikenakan tindakan disiplin atau dipecat.

10.2 Peniupan Wisel- Bermaksud menuduh rakan sekerja, penyelia dan/atau pengurus telah bertindak/berlaku tidak bermoral atau melanggar undang-undang, seperti:

Memalsukan akaun, menerima rasuah, mengguna sumber syarikat bagi kepentingan peribadi, mencuri hakmilik/harta syarikat, menjalankan tugas sambilan diluar pengetahuan syarikat.

10.2.1 Peniupan -Bermaksud membuat tuduhan mengikut saluran dalaman

Wisel

syarikat dengan melapurkan kepada penyelia/pihak atasan.

Dalaman

Adakah seseorang pekerja itu mempunyai tanggungjawab moral untuk meniup wisel dalaman?

Jawapannya adalah ya, setelah syarat-syarat berikut di mana peniupan wisel dalaman dibenarkan dapat dijustifikasikan dari segi moral (Lihat Jadual 10.1):

Apabila jelas dan terbukti bahawa sesuatu perkara itu akan membawa akibat buruk yang signifikan kepada syarikat.

Peniup wisel telah pasti dan mempunyai fakta yang tepat.

Sama ada pihak atasan pengurusan telah pun maklum mengenai salahlaku tersebut.

Yakin bahawa peniupan wisel akan dapat menghalang/ menghentikan salahlaku.

Akibat buruk kepada reputasi serta prospek peniup wisel perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.

Sama ada salahlaku berkenaan dapat dihentikan melalui teguran scara terus kepada pesalahlaku.

10.2.2 Peniupan -Bermaksud melaporkan salahlaku kepada pihak luar syarikat,

Wisel

seperti media dan pihak berkuasa.

Luaran

- Syarat-syarat di mana peniupan wisel luaran dibenarkan dan dijustifikasikan sebagai bermoral adalah KESEMUA ENAM syarat peniupan wisel dalaman, DITAMBAH dengan syarat berikut:

Usaha telah pun dibuat untuk melapurkan salahlaku mengikut saluran dalaman.

Keadaan jelas menunjukkan bahawa agensi luar seperti auditor mahu pun badan-badan lain berkenaan tidak dapat atau tidak sanggup melaporkan salahlaku tersebut.

Salahlaku berkenaan boleh memudaratkan pihak pemegang saham, pekerja atau orang awam secara signifikan.

Keburukan akibat daripada peniupan wisel haruslah setimpal dengan keburukan akibat salahlaku.

Adakah pekerja mempunyai tanggungjawab moral untuk meniup wisel luaran?

Pekerja yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam operasi syarikat, maka lebih besar tanggungjawab moralnya untuk meniup wisel.

Penyelia/pengurus yang bertanggungjawab gagal menghalang salahlaku tersebut.

10.3 Alasan Moral Bagi Pemecatan boleh dijustifikasikan jika peniup wisel:

Memecat Peniup

-Sengaja berbohong mengenai kes salahlaku, dengan membesar-besarkan kes untuk memberi gambaran yang lebih serius dari yang sebenarnya.

-Meniup wisel sebagai membalas dendam terhadap kakitangan atau penyelia

-Sebagai menunjukkan bantahan terhadap polisi syarikat

-Bertujuan merosakkan reputasi rakan yang sama-sama mengejar kenaikan pangkat.

Pemecatan tidak dapat dijustifikasikan jika:

-Pekerja telah meniup wisel untuk menghalang akibat buruk.

-Syarikat ingin membalas dendam ke atas peniup wisel.

10.4 Salah TafsirKesetiaan mempunyai batasan, BUKAN bermaksud kita harus

Kesetiaan

menyembunyikan kesilapan serius atau salahlaku undang-undang.

Sesuatu usaha untuk menutupi/mengaburi salahlaku atau tindakan-tindakan yang mendatangkan mudarat yang serius adalah suatu kegagalan dalam menunaikan tanggungjawab.