NOTA kataganda.pptx

16
KATA GANDA

Transcript of NOTA kataganda.pptx

No Slide Title

KATA GANDA

Kata ganda terbahagi kepada lima bahagian.(a) Kata Ganda Seluruh(b) Kata Ganda Separa(c) Kata Ganda Berima/Bersajak(d) Kata Ganda Menyaling(e) Kata Ganda SemuSetiap kata ganda (kecuali kata ganda separa) mesti dieja dengan menggunakantanda sempang ( - ).

Kata Ganda SeluruhKata dasarnya diulang dan digandakan.Contoh pagi-pagi, benar-benar, bulat-bulat, guru-guru, baring-baring...1. Mata-mata itu sedang mengawal persimpangan jalan.2. Ular sawa itu menelan bulat-bulat seekor anak kambing.3. Pelajar itu rajin-rajin belaka.Kata Ganda SeparaKata ganda separa mengalami pengulangan sukukata pertama pada kata asalnya.Contohbola-bola = bebola laki-laki = lelakikuda-kuda = kekuda daun-daun = daunlayang-layang = lelayang kabu-kabu = kekabu1. Ramai tetamu datang ke majlis hari lahirnya.2. Gegendang telinganya pecah.3. Bantalnya diisi dengan kekabu.Contoh ayat:Jejentik suka hidup dalam air yang jernih.Air mata Anita mengalir semasa menghiris bebawang itu.Di halaman rumahnya penuh dengan dedaun kering.Kekura itu berjalan sangat lambat.Rumah usang itu dipenuhi dengan sarang lelabah. Emak duduk di atas kekuda itu semasa menyiang ikan.

Kata Ganda BerimaKata ganda berima ialah perkataan yang ditambahmengalami perubahan bunyi.Contohhuru-hara, kering-kontang, kuih-muih, mundar-mandir,gunung-ganang, pindah-randah, bukit-bukau.1. Pemandangan gunung-ganang sungguh indah sekali.2. Kuih-muih yang dibuat oleh Puan Aini sungguh enak.3. Rakyat akan hidup dalam huru-hara sekiranya berlaku peperangan.Biasanya, salah satu perkataan yang mengalami penggandaan berima tidak boleh digunakan secaraberasingan sebagai kata bebas.Perhatikanlah bahawa perkataan yang berhuruf condong itu tidak boleh digunakan secara berasingan.Contoh batu-batan gunung-ganang mandi -manda serta-merta warna-warni gilang-gemilangINTAGJusteru itu, ada juga kedua-dua perkataan yangmengalami penggandaan berima tidak bolehdigunakan secara berasingan sebagai kata bebas.Contoh gotong-royong huru-hara huyung-hayang mundar-mandir porak-peranda tungkus-lumusINTAGKata Ganda MenyalingKata dasar itu diulang dengan menggunakan awalan meN-.Contoh bantu-membantu, karang-mengarang, kejar-mengejar, tari-menari, tawar-menawar.1. Penduduk desa itu hidup-membantu.2. Dia membeli barang itu tanpa tawar-menawar lagi.3.Pertandingan masak-memasak itu diadili oleh tukang masak yang berpengalaman.Kata Ganda SemuKata ganda semu membawa makna yang tertentu.Contohapi-api, anai-anai, anting-anting, epok-epok,gado-gado, jentik-jentik, labi-labi, oleh-oleh..1. Agar-agar yang dijual di kedai Mak Limah sungguh sedap rasanya.2. Wajahnya iras-iras wajah ibunya.3. Badannya gatal-gatal kerana digigit pijat-pijat.NOTAPENTINGKata ganda semu bukan membawa makna banyak seperti kata gandayang lain.PERINGATANContoh Kesalahan Pembetulan* dua orang budak-budak* beberapa buah kedai-kedai* semua negeri-negeri

* dua orang budak* beberapa buah kedai* semua negeriContoh Kesalahan Pembetulan* Budak-budak itu nakal-nakal belaka.* Pelajar-pelajar itu rajin- rajin belaka.* Jalan-jalan di ibu kota lebar-lebar belaka.

* Budak itu nakal- nakal belaka.* Pelajar itu rajin- rajin belaka.* Jalan di ibu kota lebar-lebar belaka.Latihankuih-muihsayur-mayurteka-tekikusut-masaibukit-bukauhutan-belantara1. ________________ di gerai itu amat lazat.

2. _______________ yang dijual di pasar itu sangat segar.Kuih-muihSayur-mayurkuih-muihsayur-mayurteka-tekikusut-masaibukit-bukauhutan-belantara3. Rambutnya ________________________ kerana baru bangun daripada tidur.4. Tarzan tinggal di ________________________ bersama binatang-binatang buas.5. Jawapan bagi ________________________ amat mudah sekali.kusut-masaihutan-belantarateka-teki