Nota padat hbpe2103

37
HBPE 2103 Lee Man Jiau TOPIK 1 PERGERAKAN ASAS 1.1 PERGERAKAN ASAS - empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. - tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manupulatif alat. 1.2 PERGERAKAN LOKOMOTOR -bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. 1.2.1 Konsep ARAH-bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke kanan. ALUAN -corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain. MASA -masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal. 1.2.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor -aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah: BERJALAN Jalan berundur dan kemudian ke hadapan Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar permainan berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan BERLARI Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan Berlari dan berhenti apabila syarat diberikan dan berhenti apabila isyarat diberikan dan berlari semula Berlari ke hadapan serta berundur kesisi Berlari mengikut seorang ketua Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan Berlari mengikut arah zig-zag MELOMPAT Melompat seperti rusa melompat pagar Melompat tali atau garisan di atas lantai Melompat halangan yang ditinggikan sedikit dari paras lantai Melompat tinggi dan rendah berubah-ubah mengikut arahan Melompat dengan mencapai berbagai benda Melompat sampil bergerak kehadapan Melompat ke dalam dan keluar gelung rotan Melompat setempat Melompat melakonkan serta meniru cara kanggaru melompat Melompat melakonkan serta meniru cara katak melompat MELOMPAT KETINGTING Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat kiraan Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan Melompat ketingting berarah kehadapan- kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat LARI SISI Minta pelajar lakukan aktiviti-aktiviti dibawah berdasarkan arahan dalam bentuk tiupan wisel atau irama muzik: Lari sisi ke kiri dan ke kanan Lari sisi perlahan-pelahan dengan langkah yang rendah Lari sisi dengan badan dinaikkan Lari sisi kemudian galop Lari sisi sambil berpegang tangan dengan pasangan SKIP Skip ke hadapan Skip mengikut satu bulatan Skip dengan membuat pola tertentu Skip tinggi dan rendah mengikut isyarat Skip secara berpasangan Tunjukkan skip yang tenang dan menyeronokan 1

description

nota oum

Transcript of Nota padat hbpe2103

Page 1: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

TOPIK 1 PERGERAKAN ASAS1.1 PERGERAKAN ASAS- empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik

artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif.

- tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan

manupulatif alat.

1.2 PERGERAKAN LOKOMOTOR-bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.

1.2.1 KonsepARAH-bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan

atau ke kiri atau ke kanan.

ALUAN -corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk

lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.

MASA -masa yang digunakan untuk melengkapkan

pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan,

dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

1.2.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor-aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasa

dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah:

BERJALAN

• Jalan berundur dan kemudian ke hadapan

• Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar

permainan berjalan

• Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan

• Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila

berjalan

• Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak

• Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan

• Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di

kaki berjalan

BERLARI

• Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus

• Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi

• Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan

• Berlari dan berhenti apabila syarat diberikan dan

berhenti apabila isyarat diberikan dan berlari

semula

• Berlari ke hadapan serta berundur kesisi

• Berlari mengikut seorang ketua

• Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan

arahan

• Berlari mengikut arah zig-zag

MELOMPAT

• Melompat seperti rusa melompat pagar

• Melompat tali atau garisan di atas lantai

• Melompat halangan yang ditinggikan sedikit dari

paras lantai

• Melompat tinggi dan rendah berubah-ubah

mengikut arahan

• Melompat dengan mencapai berbagai benda

• Melompat sampil bergerak kehadapan

• Melompat ke dalam dan keluar gelung rotan

• Melompat setempat

• Melompat melakonkan serta meniru cara kanggaru

melompat

• Melompat melakonkan serta meniru cara katak

melompat

MELOMPAT KETINGTING

• Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah

kaki selama empat kiraan

• Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan

kekanan

• Melompat ketingting berarah kehadapan-

kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat

LARI SISI

Minta pelajar lakukan aktiviti-aktiviti dibawah berdasarkan

arahan dalam bentuk tiupan wisel atau irama muzik:

• Lari sisi ke kiri dan ke kanan

• Lari sisi perlahan-pelahan dengan langkah yang

rendah

• Lari sisi dengan badan dinaikkan

• Lari sisi kemudian galop

• Lari sisi sambil berpegang tangan dengan

pasangan

SKIP

• Skip ke hadapan

• Skip mengikut satu bulatan

• Skip dengan membuat pola tertentu

• Skip tinggi dan rendah mengikut isyarat

• Skip secara berpasangan

• Tunjukkan skip yang tenang dan menyeronokan

1

Page 2: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

MERANGKAK

• Merangkak

• Merangkak melalui pelbagai halangan

• Merangkak melalui bawah sarang labah-labah

• Merangkak secara berpasangan dengan kaki

pasangan diikat

• Merangkak melalui tali

GULING HADAPAN

a. Berdiri tegak tangan diluruskan ke atas ambil nafas

b. Bengkokkan lutut tangan lurus ke hadapan sedia

untuk berguling

c. Naikkan pinggul dan rapatkan tangan dan dada ke

tilam kemudian guling

d. Guling ke hadapan dengan dibantu (Guru perlu

meminta pasangan pelajar yang membantu

menyokong pinggul dan bahagian belakang

pengguling. Oleh kerana aktiviti ini berisiko tinggi

adalah dicadangkan kaedah tunjukcara digunakan)

e. Kembali ke ke dudukan dekam dan luruskan kedua-

dua tangan

GULING KE HADAPAN

a. Bersedia dengan tangan lurus ke atas

b. Bengkokkan lutut tapak tangan ke atas dan jari

menghala ke belakang

c. Sedia untuk berguling ke belakang dan letakkan

punggung di atas tilam

d. Tolak badan dengan tangan. Guling ke belakang

dengan dibantu (Guru perlu meminta pasangan

pelajar membantu menyokong pinggul dan

bahagian belakang pengguling. Oleh kerana aktiviti

ini berisiko tinggi adalah dicadangkan kaedah

tunjukcara digunakan)

e. Mendekam dan berdiri semula

GULING SISI

1.3 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTORPergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak

bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan

bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan

mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

1.3.1 Bentuk Pergerakan Bukan LokomotorDUDUK

• Duduk dalam keadaan bersila

• Duduk dalam keadaan melunjur

• Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan

kekanan

• Duduk dengan mengangkat kaki keatas

sedikit

• Duduk mendekam

BERDIRI

• Berdiri lurus

• Berdiri dengan membongkok kehadapan

• Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan

kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan

• Berdiri dengan memusing pada paras

pinggang

• Berdiri dengan mengilas kekiri dan kekanan

• Berdiri dengan memusing tangan kekiri dan

kekanan

BERPASANGAN

GUSTI TANGAN

TURUN NAIK PASANGAN

ENJIT-ENJIT SEMUT

TEPUK AMAI-AMAI

MENARIK SETEMPAT

MENGILAS SAMBIL MENEPUK TANGAN

MENARIK DAN MENAHAN RAKAN

Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti lokomotor dalam

pendidikan jasmani antaranya ialah

TEKAN TUBI

1.4 MANIPULASI ALATANPembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti

pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang

rotan, tali dan relang getah

1.4.1 KonsepManupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau

mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap

untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan

penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau

menangani sesuatu objek. Kemahiran asas manipulasi alat

dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya

tangan–mata, kaki–mata dan lain-lain.

1.4.2 Bentuk Pergerakan Manipulasi AlatMEMBALING DAN MELAMBUNG

• Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut

semula

• Melambung bola setinggi yang boleh dan

menyambut semula

• Melambung bola serendah yang boleh dan

menyambut semula

2

Page 3: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

• Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula

• Meleretkan bola kesasaran

• Menggolek relung

• Membaling pundi kacang ke pasangan

• Membaling pundi kacang melintasi satu garisan

• Membaling pundi kacang kedalam gelung rotan

atau sasaran lain

• Membaling pundi kacang sejauh yang boleh

MENYAMBUT

• Melambung pundi kacang ke udara dan

menyambut semula

• Melambung bola setinggi yang boleh dan

menyambut semula

• Melantunkan bola di dinding dan menangkap

semula

• Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh

pasangan

Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

MEMUKUL

• Memukul alatan dengan tangan

• Memukul alatan dengan genggaman

• Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran

• Melambung belon keudara dan kemudian memukul

• Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola

itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang

dari sisi dan bawah bahu.

• Jatuhkan bola kemudian pukul ketika bola itu

melantun dengan alatan

• Minta pelajar menjalankan aktiviti secara

berpasangan. Minta A lambungkan bola kemudian

B akan memukul bola dengan kayu

• Minta pelajar menjalankan aktiviti secara

berpasangan. Minta A leretkan bola kemudian B

akan memukul bola dengan kayu

AKTIVIT-AKTIVITI LAIN

MENYEPAK

MENAHAN

MENGELECEK

RUMUSAN• Pergerakan lokomotor bersifat gerakan yang

bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

• Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong

perilaku pergerakan yang dirancang.

• Pergerakan lokomotor berkaitan dengan

gerakan atau aliran.

• Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke

hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke

kanan.

• Haluan ialah melibatkan corak gerakan

contohnya samada boleh dalam bentuk lurus,

bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.

• Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam

keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke

tempat yang lain.

• Pergerakan bukan lokomotor juga diertikan

sebagai keupayaan mengerakkan bahagian

tubuh badan tanpa beralih tempat.

• Pergerakan bukan lokomotor adalah

pergerakan dalam keadaan statik dan

memberi penekanan kepada keseimbangan.

• Gerakan dalam aktiviti bukan lokomotor

perlulah dibuat dalam keadaan tenang dan

kurang tekanan.

• Kemahiran ini merupakan kemahiran asas

yang dapat menyediakan diri pelajar untuk

mempelajari asas sukan dan seterusnya

menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.

• Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita

menggayakan atau mempergunakan alatan

dengan cara yang betul dan cekap untuk

membentuk gerakan.

• Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina

di peringkat umur pra sekolah atau sekolah

rendah.

• Kemahiran manipulasi alat merupakan asas

kepada kemahiran sukan yang perlu dibina

daripada peringkat kanak-kanak.

• Kemahiran asas manipulasi alat dapat

meningkatkan koordinasi anggota badan

contohnya tangan-mata, kaki-mata dan lain-

lain.

TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR2.1 KEMAHIRAN PERSEPSI MOTORPersepsi motor membolehkan kanak-kanak:

• Merasa kehadiran dirinya dalam ruang

• Mengenalpasti arah kiri atau kanan dan depan atau

belakang

3

Page 4: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

• Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam

gerakan

Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak

membaca, mengenal dan mentafsir huruf isyarat. Kemahiran

persepsi motor berikut boleh diajar kepada pelajar pra

sekolah:

• Mengimbang

• Kesedaran badan

• Kesedaran ruang

• Kesedaran arah

• Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

Mengimbang - kebolehan untuk seseorang mengawal dan

mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti.

Keseimbangan akan tercapai dengan maksimum sekiranya

garis graviti, pusat graviti dan titik tengah sokongan berada

dalam satu garis. Koklea yang terdapat dalam organ

merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang

memelihara keseimbangan tubuh.

Terdapat dua jenis imbangan iaitu:

• Imbangan Statik-Kestabilan semasa pusat graviti

berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.

• Imbangan Dinamik – Mengekalkan kestabilan

diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas

titi atau berlari.

Aktiviti Mengimbang dalam Pendidikan

Jasmani

Imbangan Dinamik

Meniti di atas bangku

Meniti di atas tali

Imbangan menggunakan kaki tempurung

Lompat ketinting (imbangan dinamik)

Imbangan Statik

- aktiviti mengimbang statik dengan meminta pelajar

menggunakan tangan dan kaki, lutut, punggung dan

sebelah kaki untuk mengimbang.

- Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti

tangan, kaki, lutut, punggung dan lain-lain.

- Mengimbang badan menggunakan buai dalam keadaan

pegun (imbangan statik)

Aktiviti Kumpulan

olak patung

- Ketintingan bertiga

- Meniti diatas tali bersama rakan

- Ayun kaki serentak

- Berdiri diatas papan imbang

membayangkan dirinya sebagai ahli sarkas yang

beraksi mengimbang badan dalam aktiviti

persembahannya.

Laluan Imbangan

- aktiviti lebih menarik guru boleh membina laluan imbangan

dan pelajar diminta melalui laluan imbangan ini.

Contoh laluan imbangan

Kesedaran Tubuh Badan

Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak

tentang diri sendiri. Perkara yang penting t ialah:

• Bentuk dan saiz tubuh badan

• Bahagian-bahagian tubuh badan

• Keupayaan melakukan gerakan membongkok,

melurus, memusing, mengilas dan mengerak badan

• Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza

AKTIVITI

Berjalan

Golek balak

Lompat bintang

Dirian bangau

Membongkok

KESEDARAN RUANG

Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di

sekeliling kita.

Ruang diri - ruang yang mengelilingi individu

Ruang am - kawasan yang digunakan secara keseluruhan

semasa melakukan pergerakan.

Aktiviti:

Terbang rama-rama membolehkan pelajar mengetahui

ruang diri

Bergerak bagai burung terbang (ruang am)

KESEDARAN ARAH

- membolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya

memanipulasi arah didalam ruang persekitaranya.

-Kesedaran hala datar ialah kesedaran wujudnya arah ke

kiri dan kanan, atas bawah, hadapan belakang kiri kanan di

sisi tubuh badan seseorang.

Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai arah

pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan dan

4

Page 5: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

kaki digunakan dalam menolong mengembangkan

kesedaran hala datar kanak-kanak.

Aktiviti :

Permainan seperti angle in the snow di mana dalam

permainan ini

Buaya merangkak pelbagai arah (kesedaran ruang)

Melompat kanggaru pelbagai arah (Kesedaran ruang)

Kordinasi

Kordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang

cekap dalam pergerakan badan. Kordinasi melibatkan

penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan

angota tubuh badan menggunakan pancaindera serta

hubungannya dengan minda.

Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan

menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar.

Aktiviti:

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengelecek

dalam hoki

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal dalam

bola dengan baik dalam permainan bola sepak.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola

pada sasaran yang tepat dalam permainan skuasy.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola

dengan tepat ke arah sasaran.

Terdapat pelbagai aktiviti dalam pendidikan jasmani yang

membantu pelajar membentuk kordinasi yang baik di

kalangan pelajar semenjak di tadika lagi. Contohnya:

1. Persepsi motor penting dalam mengajar kanak-kanak

terutama pra sekolah. Bincangkan kepentingan persepsi

motor.

2. Huraikan kemahiran yang terdapat dalam kemahiran

persepsi motor.

3. Apakah bahagian yang terdapat dalam tubuh badan kita

yang mengawal imbangan?

4. Terdapat dua jenis imbangan. Huraikan dan beri contoh

dua jenis imbangan tersebut.

5. Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-

kanak tentang diri sendiri. Nyatakan aspek yang penting

tentang kesedaran ini.

6. Terdapat dua jenis ruang. Nyatakan dan huraikan kedua-

dua jenis ruang tersebut.

7. Nyatakan dan definisikan kordinasi badan.

RUMUSAN

• Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar

kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat

gerakan berkordinasi.

• Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-

kanak membaca, kemahiran persepsi membolehkan kanak-

kanak mahir mengenal dan mentafsir huruf isyarat.

• Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang

mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa

melakukan aktiviti.

• Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah

sifar keseimbangan akan tercapai.

• Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang

rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang.

• Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian

dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan

tubuh.

• Dalam permainan dan sukan imbangan penting untuk

memantapkan keperilakuan dan membentuk gerakan.

• Imbangan statik ialah kestabilan semasa pusat graviti

berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.

• Imbangan dinamik mengekalkan kestabilan di ubah

seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi atau berlari.

5

Page 6: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

• Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-

kanak tentang diri sendiri.

• Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak

bergantung kepada kesedaran tubuh badan.

• Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang

terdapat di sekeliling kita.

• Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu

lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian

tubuh badan.

• Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara

keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

• Kesedaran arah membolehkan pelajar dapat menyedari

dan seterusnya memanipulasi arah di dalam ruang

persekitarannya.

• Kesedaran luaran ini terbina daripada disebabkan

kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala

datar.

• Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai

arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan

dan kaki digunakan dalam menolong menggembangkan

kesedaran hala datar kanak-kanak.

• Pelbagai jenis penerokaan pergerakan akan dapat

membentuk perkembangan kesedaran arah.

• Bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke

atas dan ke bawah boleh membina kesedaran arah.

• Kordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota

badan serta kebolehan anggota tubuh badan menggunakan

pancaindera serta hubungannya dengan minda.

• Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan

menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar.

TOPIK 3 PERGERAKAN PENDIDIKAN3.1 GIMNASTIK PENDIDIKAN- lapan tema iaitu:

i. Kesedaran tubuh badan

ii. Kesedaran ruang

iii. Kesedaran masa

iv. Kesedaran perkaitan antara pelbagai

bahagian tubuh badan

v. Kesedaran beban

vi. Kesedaran aliran

vii. Kesedaran perkaitan dengan orang lain

viii. Kesedaran ritma

Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah:

• Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh

badan

• Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran

kemahiran

• Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui

penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi

penyelesaian masalah

• Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik

pergerakan yang baik

3.2 KESEDARAN TUBUH BADANKesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh

seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak, jari dan

lengan),torso, kaki (termasuk tapak, dan jari kaki). Semua

pergerakan dalam tema tersebut melibatkan komponen

kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan,

imbangan dan kordinasi.

Jadual 3.1: Jenis-jenis Pergerakan Dalam Tema Kesedaran

Tubuh Badan

Jenis Pergerakan

Maksud Jenis Pergerakan

Aktiviti

Bergerak secara sentuhan berselang.

Bergerak dengan bahagian pada tubuh badan berselang – seli menyentuh lantai.

• Berjalan, berlari, merangkak, dan berjalan secara melutut.

Bergerak secara sentuhan selalu.

Bergerak dengan bahagian tubuh badan menyentuh lantai sentiasa.

• Gulingan, guling balak, menarik dan menolak.

Bergerak tanpa sentuhan seketika.

Bergerak dengan seluruh tubuh badan di udara seketika

• Lompat bintang, lompat dakap dan lompat layang.

Menyokong beban pada bahagian tubuh.

Bergerak dengan beban di bahagian tubuh.

• Membawa pundi kacang di atas kepala serta Menggolekkan bola kecil di atas belakang badan

Membuat berbagai bentuk dengan

Membentukkan tubuh badan menjadi besar, kecil, panjang,

Pergerakan mengikut situasi seperti:

• bunga sedang

6

Page 7: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

bahagian tubuh badan.

pendek. kembang

• arnab tidur dalam

lubang

• galah menjulang

awan

• kain dilipat dua

Membekukan tubuh badan.

Berhenti bergerak apabila isyarat diberi.

• Galop

• Lompat kanggaru

dalam arah zig-zag

Merangkaikan dua atau lebih pergerakan.

Merangkaikan beberapa kemahiran ke dalam satu bentuk permainan kecil.

• Lompat ke dalam gelung rotan

• Menyusup di bawah

palang

• Berlari & melompat

melepasi palang

3.3 KESEDARAN RUANGRuang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan

semasa melakukan pergerakan iaitu:

• Ruang Diri - ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh

mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.

• Ruang Am - kawasan yang digunakan secara

keseluruhan dalam melakukan pergerakan.

Daya cipta kreatif juga dapat dilihat dalam cara kawasan

digunakan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau

menyampaikan sesuatu idea atau perasaan.

- kemahiran di dalam tema kesedaran ruang seperti:

a. Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan

Ruang

- dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke

satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang

kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu

tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh

dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari

dan melompat.

-pergerakan juga boleh dilakukan dengan

menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah pelajar

berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan

dengan melantunkan bola.

-kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan

komponen kecergasan fizikal terutamanya

ketangkasan dan kekuatan otot.

b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri

-melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan

bahagian tubuh badan tanpa melibatkan perubahan

tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri.

Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan

fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan

kelenturan.

c. Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras

Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras

bermaksud pergerakan yang dibuat dengan

menggunakan ruang diri dan ruang am. Ia boleh

dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana

dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu

pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang

lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini

pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya

kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan.

d. Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah

Dalam bergerak menggunakan berbagai arah

bermaksud satu pergerakan yang membolehkan

perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya.

Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.

e. Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan

Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan

bermaksud satu pergerakan yang membolehkan

perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih.

Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.

3.4 KESEDARAN MASA-pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan

seperti cepat, lambat dan serta merta.

Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza

-bergerak dengan pelbagai kelajuan contohnya cepat,

lambat dan serta merta.

Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza

• Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki

dirapatkan

• erjalan dengan cepat

• Berhenti dan berdiri tegak

• Berjalan dengan lambat

• Berhenti dan berdiri tegak

• Berjalan dengan serta-merta

• Berhenti dan berdiri tegak

Bergerak dengan Memilih Kelajuan yang Sesuai

Konsep yang diutarakan ialah perbezaan pergerakan dan

kelajuan yang sesuai dengan kemahiran atau alatan yang

digunakan. Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang

berbeza. Contoh aktiviti:

7

Page 8: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

• Bergerak seperti ulat

• Berhenti dan berdiri tegak

Bergerak dengan Mengawal Kelajuan ( Serta-merta)

- pelaku akan bergerak dengan pelbagai kelajuan yang

terkawal sama ada secara pantas (serta-merta) atau secara

lambat mengikut arahan atau keperluan gerakan. Contoh

aktiviti:

• Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki

dirapatkan

• Berjalan dengan cepat

• Berjalan dengan lambat

• Melompat

• Mendarat

• Berguling ke hadapan

• Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki

dirapatkan

Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk

Menghasilkan Kelajuan yang berbeza

Mengerakkan tubuh badan untuk menghasilkan kelajuan

yang berbeza ertinya kita mengerakkan anggota tubuh

badan untuk kelajuan yang berbeza

Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki

dirapatkan

• Hayun tangan dengan perlahan

• Hayun tangan dengan cepat

Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Memilih

Kelajuan yang Sesuai

-pelaku dikehendaki meneroka pelbagai pergerakan

mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai.

• Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas

• Buat dirian tangan dan kedua belah kaki lurus ke

atas

• Turunkan sebelah kaki perlahan-lahan ke lantai

• Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas

Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mengawal

Kelajuan

-pelakunya melakukan pergerakan serta merta dan kawalan

lambat.

• Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang

berlawanan dengan segera

• Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang

berlawanan dengan laju

• Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang

berlawanan dengan perlahan

Merangkai Pergerakan dengan Menggunakan Dua atau

Lebih Aspek

-pelakunya perlu meneroka pelbagai pergerakan mengikut

kelajuan dan tempo yang sesuai.

Aktiviti-aktiviti:

• Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki

dirapatkan

• Berlari

• Melompat dengan meluruskan tangan di atas

• Menghayunkan tangan dan kaki ke arah

berlawanan

• Mendarat dengan meluruskan tangan ke belakang

dan membengkokkan kedua-dua lutut

• Duduk mencangkung dengan meluruskan kedua

belah tangan ke hadapan.

• Melompat sambil mendepakan tangan dan

mengangkangkan kedua-dua belah kaki.

3.5 KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN

-gerakan yang mempunyai hubungan antara tubuh badan

dengan bahagian tubuh badan yang lain atau antara tubuh

badan dengan alatan.

Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu

Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain

Aktiviti yang dilakukan adalah:

• Melompat sambil mencangkung dengan kedua-dua

belah tangan lurus ke hadapan.

• berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut

dengan mendepakan kedua-dua belah tangan ke atas.

• Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan

di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat keatas dan

sebelah lagi memijak lantai.

• Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan

sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki di

udara

• Kedua-dua belah tangan mendekam kelantai

dengan sebelah kaki lurus dan sebelah lagi

dibengkokkan di atas lantai

• Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua

belah tangan ke atas.

Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk

Menunjukkan Perkaitan di antara Satu Bahagian Tubuh

Badan dengan yang Lain

- pelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang

akan menukar bentuk kepada pergerakan badan yang lain..

8

Page 9: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

• Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki

dirapatkan.

• Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi

diangkat ke belakang lurus selari dengan permukaan

lantai dengan tangan lurus ke hadapan.

• Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan

didepangkan dan sebelah kaki diangkat ke hadapan

selari dengan permukaan lantai.

• Sebelah tangan dan sebelah kaki yang

dibengkokkan menyokong badan di lantai sambil

tangan dan kaki sebelah lagi lurus ke atas.

• Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah

lutut dan hujung jari kaki jejak ke lantai, badan

dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.

Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh

Badan dengan Alatan

- pelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung

kepada jenis alatan seperti melompat dan lain-lain.

• Berlari menuju ke arah alatan

• Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah

tangan diangkat ke atas. Mendarat dengan kedua-dua

belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah

tangan lurus ke hadapan.

Mengerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan

Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alat

• Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan

menolak badan serta kaki untuk membuat gulingan

ke hadapan di atas bangku gimnastik.

Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil

Mengerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk

Mendapatkan Kestabilan

• Buat dirian tangan sambil badan dan kaki lurus ke

atas

• uat dirian tangan sambil mendepankan kedua

belah kaki ke udara

Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke

Pergerakan Baru dengan Mengunakkan Bahagian Tubuh

Badan untuk Mendahului Pergerakan

• Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut

dibengkokkan. Jatuhkan bahagian pinggul dan

belakang.

• Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah

tangan apabila tiba di bahagian tengkuk. Gulingkan

badan ke belakang.

• Kembali ke posisi berdekam dengan dengan

kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-lahan.

• Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi

Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan

Bahagian Tubuh Badan

- mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan

bahagian tubuh badan, pelaku perlu bergerak untuk

mencipta bentuk badan yang dikehendaki.

• Berdiri tegak, tangan di sisi

• Bengkokkan lutut dan merengkukkan badan

• Tolak lutut dan punggung ke depan diikuti dengan

pergerakan dada ke depan serta kepala ke belakang

• Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas

• Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan

diangkat lurus ke atas

RUMUSAN

• Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada

pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh

badan, ruang, masa aliran dan ritma.

• Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh

badan.

• Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran

kemahiran.

• Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui

penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi

penyelesaian masalah.

• Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik

pergerakan yang baik

• Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian

luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk

tapak, jari dan lengan), torso, kaki (termasuk tapak,

dan jari kaki).

• Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang

digunakan semasa melakukan pergerakan.

• Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian

tubuh badan membawa maksud gerakan yang

mempunyai hubungan antara tubuh badan dengan

bahagian tubuh badan yang lain atau antara tubuh

badan dengan alatan.

TOPIK 4 PERGERAKAN PENDIDIKAN4.1 KESEDARAN BEBAN

9

Page 10: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

-gerakan yang membentuk simulasi dan main peranan. Di

dalam pergerakkan kesedaran beban ini, pelajar perlu

melakukan pergerakkan yang diiringi dengan beban yang

dinyatakan dalam arahan guru. Arahan lisan yang

jelas,terang dan mudah difahami amat penting. Contoh

situasi yang dipilih ialah main peranan sebagai sebiji kelapa

yang dihanyutkan air dan tumbuh menjadi pokok serta

berbuah.

Kesedaran beban bermaksud kualiti pergerakan seperti

kuat, lembut, ringan dan tenang. Pergerakan juga dilihat

dapat meningkatkan nilai murni seperti keyakinan diri,

kreativiti dan estetika dalam diri murid. Aktiviti ini juga

memberi kelebihan dari segi kecergasan murid. Ia dapat

meningkatkan daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan,

ketangkasan dan imbangan semasa melakukan pergerakan

ini.

Elemen keselamatan:

• Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut

kemampuan dan kematangan murid, Jika aspek ini

diabaikan ia boleh mengakibatkan kecederaan.

• Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat

tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan

kemudaratan kepada murid.

• Guru boleh melakukan sokongan semasa

mengawal pendaratan murid.

Bergerak Berbagai Cara dan Membeku

Murid akan bergerak dengan pelbagai cara dan akhirnya

akan dalam keadaan statik iaitu membeku. Contohnya,

pergerakan seperti debunga bunga yang berterbangan dan

akan menjadi benih.

Bergerak Berbagai Cara dan Membeku

Arahan:

1. Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut.

2. Berdiri dalam keadaan kaki yang terbuka.

3. Depakan tangan anda separas bahu.

4. Bergerak seolah-olah sedang dihanyutkan di dalam

laut.

5. Kemudian berhenti dan duduk.

6. Peluk tubuh dan diam.

Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan

Ringan

Pergerakkan ini adalah kesinambungan dari pergerakkan

sebelum ini iaitu bergerak berbagai cara dan membeku.

Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan

Ringan

Arahan:

1. Sekarang bergerak seolah-olah buah kelapa akan

bercambah menjadi pokok.

2. Jingkitkan tapak kaki.

3. Angkat kepala dan tangan perlahan-lahan.

4. Gerakkan tubuh badan dan naik secara perlahan-

perlahan.

Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan

Menggunakan Alatan

Murid akan menggunakan alatan seperti bola sebagai beban

untuk menunjukkan kualiti berat dan ringan. Dalam situasi

ini, murid memainkan peranan sebagai pohon yang telah

membesar akan menghasilkan bunga dan buah. Semasa

aktiviti ini, murid diberi peluang meneroka, mengenalpasti,

memilih dan mencipta berbagai lakuan dengan kualiti berat

dan ringan. Murid digalakkan menggunakan ruang yang ada

pada alatan.

Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan

Menggunakan Alatan

Arahan:

1. Sekarang pokok kelapa akan mengeluarkan buah

dengan lebat.

2. Gunakan bola sebagai buah kelapa.

3. Bongkokkan badan sambil memegang bola.

4. Gerakkan badan dan naik secara perlahan-lahan.

Merangkaikan Dua atau Lebih Pergerakan dengan Kualiti

Berat dan Ringan Tanpa atau dengan Alatan

Semasa melakukan aktiviti ini murid akan merangkaikan

beberapa pergerakkan secara berterusan dengan memberi

penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan.

Merangkaikan dua atau lebih pergerakan dengan kualiti

berat dan ringan tanpa atau dengan alatan.

• Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut.

• Akhirnya kamu terdampar di pantai.

• Kamu bercambah ….

• Membesar ….

10

Page 11: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

• Dan berbuah lebat.

4.2 KESEDARAN ALIRAN-bagaimana cara seseorang individu melakukan beberapa

pergerakan yang dirangkai secara berterusan dan lancar.

Ketika melakukan pergerakan kesedaran aliran, apa yang

perlu ialah:

• Memilih jenis pergerakan yang sesuai dengan

kebolehan kita;

• Melakukan rangkaian pergerakan yang tersusun;

dan

• Memastikan bahawa pergerakan yang dibuat

mempunyai kelicinan pergerakan tanpa tersekat-sekat

atau terhenti.

1. Merangkai Pergerakan Secara Aliran Bebas

Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan

percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan

secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti.

Pergerakan rangkaian ini menguji daya tahan otot

pelajar. Disamping itu ia juga turut menguji kekuatan

otot, kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar.

Apa yang perlu dilakukan:

• Mula-mula rangkaikan beberapa

pergerakan secara sentuhan berselang, sentuhan

selalu atau tanpa sentuhan seketika.

• Pilihan cara bergerak perlu dipilih oleh

guru.

• Kemudian rangkaikan beberapa

pergerakan secara berterusan.

• Rangkaian yang ditentukan perlu

mempunyai permulaan dan penamat pergerakan.

• Rangkaikan beberapa pergerakan secara

licin, lancar, berterusan tanpa berhenti.

• Aktiviti perlu menggunakan ruang yang

maksimum.

• Ia perlu turut melibatkan kepelbagaian

kegunaan bahagian tubuh badan.

Rangkaian pergerakan secara aliran bebas adalah

percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara

kemas, lancar dan berterusan tanpa tersekat-sekat atau

terhenti. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji

tahap kecergasan daya tahan otot, kekuatan otot,

kelembutan, ketangkasan dan imbangan.

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran

Contoh aktiviti bagi merangkaikan pergerakan secara aliran

bebas adalah seperti berikut.

Langkah-langkah aktiviti:

• Mula-mula pelajar merangkak

dibawah kerusi.

• Kemudian naik ke atas meja

secara merangkak

• Selepas itu pelajar lalu di bawah

bangku.

• Pelajar kemudiannya berdiri dan

berjalan melepasi kon yang disusun secara

berhalangan.

• Pelajar bergerak melepasi gelung

rotan.

• Aktiviti akhir sekali pelajar akan

melompat melepasi peti lombol.

2. Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Terikat

Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu

rangkaian pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh

berhenti seketika pada tempat tertentu dalam

rangkaian pergerakan dengan mengekalkan

imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin

dan berkordinasi.

Apa yang perlu dilakukan:

• Semasa melaksanakan tugasan ini pelajar

perlu bergerak dengan satu cara, berhenti seketika dan

bergerak semula.

• Rangkaikan beberapa pergerakan

sentuhan berselang, membeku seketika dan teruskan

ke cara pergerakan yang lain.

• Guru boleh mempelbagaikan cara

pergerakan dan penggunaan bahagian tubuh badan.

• Rangkaian pergerakan dicipta

menggunakan alatan.

• Pastikan alatan yang disusun mencabar.

11

Page 12: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

• Guru boleh menyuruh pelajar

menggunakan berbagai arah, laluan dan kelajuan.

Pergerakan aliran terikat membawa maksud lakuan

terkawal. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji

daya tahan otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan

ketangkasan.

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran

Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi pergerakan

secara aliran terikat.

Semasa melakukan aktiviti di atas pelajar boleh berhenti

seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan

dengan membekalkan imbangannya.

Langkah-langkah aktiviti:

• Pertama, pelajar baring

menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak

badan ke atas dan timbang badan.

• Kemudian dengan tangan disisi

dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan.

• Kemudian dengan secara melutut

dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam).

• Pelajar belari-lari anak

kehadapan.

• Kemudian pelajar melompat ke

udara dengan kaki serta tangan mendepa.

3. Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas dan

Terikat

Ia merupakan satu pergerakan secara gabungan

antara aliran bebas dan aliran terikat bagi menjadikan

rangkaian licin, lancar dan berterusan. Aktiviti ini juga

dapat membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai

estetika pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Bagi

aspek kecergasan pula ia menguji daya tahan otot

pelajar. Disamping itu ia turut menguji kekuatan otot,

kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar.

Apa yang perlu dilakukan:

• Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara

aliran bebas

• Pengajaran perlu memberi peluang meneroka,

mengenal pasti, memilih dan mencipta.

• Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara

aliran terikat.

• Guru harus memilih pergerakan yang sesuai dengan

jenis aliran yang dipilih.

• Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara

aliran bebas dan aliran terikat dengan menggunakan

alatan.

• Disamping itu perlu diberi perhatian, gunakan

permulaan dan penamat yang berlainan.

• Gunakan aliran bebas dan aliran terikat berselang-seli

atau pada masa-masa tertentu.

• Gunakan berbagai arah, aras laluan dan kelajuan.

Gimnastik pendidikan akan menjadi lebih menyeronokkan

dan mencabar sekiranya kita dapat menggabungkan kedua-

dua pergerakan aliran bebas dan terikat. Tujuan ujian ini

adalah menguji ketangkasan, daya tahan otot, kekuatan otot,

kelembutan dan imbangan. Untuk aktiviti ini, anda

dikehendaki melakukan aktiviti pada 6 stesen yang

ditetapkan.

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi stesen 1, anda diminta menggunakan tali yang

disediakan untuk bergayut melepasi air. Jika tidak berjaya,

anda diminta mengulang semula. Selepas melepasi stesen

1, bergerak ke stesen 2. Di stesen 2, anda hendaklah meniti

kayu tanpa jatuh. Setelah berjaya, berlari ke stesen 3. Di

stesen 3, anda diminta memanjat tembok sehingga melepasi

tembok tersebut. Kemudian berlari ke stesen 4. Pada

stesen 4, anda hendaklah bergayut di monkey bar dan

bergerak sehingga selesai. Kemudian berlari ke stesen 5. Di

stesen 5, anda diminta merangkak ala komando tanpa

menyentuh jaring sehingga tamat. Kemudian berlari ke

stesen 6. Di stesen 6, anda perlu melalui parallel bar.

Pastikan tangan diluruskan dan kaki tidak mencecah tanah.

Buat sehingga selesai. Kemudian anda berlari ke garisan

penamat.

Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi merangkaikan

pergerakan secara aliran bebas dan terikat:

12

Page 13: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

Langkah-langkah aktiviti:

• Mula-mula pelajar merangkak dibawah

kerusi.

• Kemudian naik ke atas meja secara

merangkak

• Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku.

• Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan

melepasi kon yang disusun secara berhalangan.

• Pelajar bergerak melepasi gelung rotan.

• Kemudian pelajar akan melompat

melepasi peti lombol.

• Seterusnya, pelajar baring menelentang di

atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak badan ke atas dan

timbang badan.

• Kemudian dengan tangan disisi dan kaki

rapat guling ke kiri dan ke kanan.

• Kemudian dengan secara melutut dari

atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam).

• Pelajar belari-lari anak kehadapan.

• Dan di akhir aktiviti ini pelajar melompat ke

udara dengan kaki serta tangan mendepa.

Gaya arahan ketika mengajar Gimnastik Pendidikan adalah

penting kerana ia adalah untuk tujuan keselematan pelajar

semasa melaksanakan aktivti agar tidak tidak melakukan

kesilapan yang boleh membahayakan dirinya.

4.3 KESEDARAN RITMACorak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di kenali

sebagai kesedaran rithma. Rentak rithma boleh di lakukan

sama ada dakam bentuk rendah, tinggi, mendatar dan

terputus-putus. Gabungan pergerakan badan akan

menghasilkan pergerakan yang kreatif dan artistik mengikut

rentak rithma. Corak rithma adalah hasil gabungan pelbagai

rentak seperti mendatar, tinggi, rendah atau terputus-putus.

Corak rithma boleh dilakukan secara berulang-ulang.

Sementara rentak rithma akan dilakukan secara lembut,

pelahan, kuat, cepat, sederhana dan sebagainya. Di

peringkat awal latihan kesederan rithma atlet di lakukan

pelbagai corak pergerakan badan melalui rithma yang

berbeza-beza. Berbagai rentak rithma boleh dihasilkan

dengan cara menghentak kaki ke lantai, tepuk tangan dan

lain-lain.

Menggunakan Rentak Rithma untuk Menghasilkan

Rangkaian Pergerakan

Pergerakan berangkai dalam persembahan yang pelbagai

bentuk dibantu oleh rentak rithma.

Mendapatkan Rentak Rithma untuk Koreografi

Rangkaian Pergerakan

Koreografi ialah pergerakan berangkai dengan rentak ritma

dan dilakukan mengikut kreativiti individu. Rentak rithma

dihasilkan melalui bersiul, tepuk tangan dan melalui alat

muzik. Lagu-lagu rakyat seperti ‘burung kakaktua’ dan ‘rasa

sayang eh’ juga boleh digunakan. Pergerakan ini dilakukan

secara individu dan di ikuti kumpulan.

Mengabung Aliran Pergerakan Diiringi Rentak Ritma

Corak aliran pergerakan mengikut kepelbagaian rentak rima.

Aliran pergerakan dirancang secara teratur, kemas, lancar

dan menggunakan ruang latihan. Aliran yang di lakukan

mesti mempunyai permulaan, penamat serta dilakukan

secara berterusan dan berulang-ulang.

13

Page 14: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

1. Berikan tafsiran dan huraikan tema kesedaran

ritma.

2. Berikan aktiviti yang dilakukan dalam kesedaran

beban

RUMUSAN

• Pergerakan di dalam kemahiran kesederan beban

lebih kepada gerakan yang membentuk simulasi

dan main peranan.

• Kesedaran beban bermaksud kualiti pergerakan

seperti kuat, lembut, ringan dan tenang.

• Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara

mengawal kekuatan serta keupayaan otot ketika

melakukan pergerakan.

• Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut

kemampuan dan kematangan murid. Jika aspek ini

diabaikan ia boleh mengakibatkan kecederaan.

• Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat

tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan

kemudaratan kepada murid.

• Guru boleh melakukan sokongan semasa

mengawal pendaratan murid.

• Murid akan bergerak dengan pelbagai cara dan

akhirnya akan dalam keadaan statik iaitu membeku.

Pergerakan ini memerlukan guru memberi murid-

murid satu situasi dan murid perlu main peranan.

• Murid akan menggunakan alatan seperti bola

sebagai beban untuk menunjukkan kualiti berat dan

ringan

• Murid merangkaikan beberapa pergerakan yang

menggunakan lebih atau kurang daya dan kekuatan

otot tanpa alatan atau dengan alatan.

• Kesedaran aliran adalah bagaimana cara

seseorang individu melakukan beberapa

pergerakan yang dirangkai secara berterusan dan

lancar.

• Rangkaian pergerakan secara aliran bebas adalah

percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan

secara kemas, lancar dan berterusan tanpa

tersekat-sekat atau terhenti.

• Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah

satu rangkaian pergerakan yang terkawal.

• Dalam melakukan gerak kerja yang terikat ini, anda

boleh berhenti seketika pada tempat-tempat

tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan

mengekalkan imbangan badan.

• Gimnastik pendidikan akan menjadi lebih

menyeronokkan dan mencabar sekiranya kita dapat

menggabungkan kedua-dua pergerakan aliran

bebas dan terikat.

• Corak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di

kenali sebagai kesedaran rithma.

• Rentak rithma boleh dilakukan sama ada dakam

bentuk rendah, tinggi, mendatar dan terputus-

putus。

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK5.1 SEJARAH

Senaman beramai bagi tujuan upacara keagamaan telah

mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban

Cina 2000 tahun dahulu.

Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan

pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman

ini di kenali sebagai gimnasium.

Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai

latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan.

Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang

telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke

Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur

gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860 skim latihan

jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik

tentera telah ditubuhkan.

Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di

alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya

tahan.

Gimnastik Swedeish berdasarkan pergerakan berirama.

-kejohanan gimnastik dalam kalendar persekutuan

gimnastik antarabangsa iaitu:

• Sukan Olimpik: 4 tahun sekali

• Kejohanan Dunia : 4 tahun dan tidak berjalan

pada tahun olimpik

• Kejohanan Eropah : pergerakan pilihan

dalam acara pilihan acara individu (had 3

lelaki + 3 wanita

5.2 BENTUK PERTANDINGANSeseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan,

keseimbangan dan ketepatan pergerakan.

Ahli gimnastik lelaki:

14

Page 15: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

• Senaman lantai

• Kekuda berpelana

• Gelang

• Lombol

• Palang sejajar

• Palang tunggal

Gimnas wanita:

• Senaman lantai

• Lombol

• Palang bertingkat

• Batang titian

Pertandingan I

Pertandingan antara pasukan bagi acara lelaki dan wanita

dikenali sebagai pertandingan I. Pertandingan ini terbahagi

kepada dua bahagian, iaitu:

• Senaman wajib (IA)

Pergerakan senaman wajib mempunyai displinya telah

digubal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG)

yang merupakan badan dunia yang bertanggungjawab

mengawal segala jenis aktiviti gimnastik.

• Senaman pilihan (IB)

Senaman pilihan pula merupakan pergerakan pilihan dan

mengiku kretiviti pasukan atau peserta itu sendiri. Namun

pergerakan ini mesti mengandungi beberapa pergerakan

dari tiga peringkat kesukaran, iaitu mudah, pertengahan dan

sukar.

Pertandingan II

Di pertandingkan selepas pertandingan I, 36 gimnas lelaki

dan 36 gimnas wanita terbaik akan dipilih untuk bertanding

dalam pertandingan individu. Pertandingan II mengandungi

senaman campuran. Pertandingan ini melibatkan senaman

pilihan untuk menentukan juara keseluruhan.

Pertandingan III

Pertandingan III pula melibatkan pertandingan antara lapan

peserta terbaik bagi setiap alatan. Terdapat 6 acara alatan

bagi lelaki dan 4 acara alatan bagi wanita.

5.3 PERALATANPegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan

ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan

mengikut specifikasi. Selain itu, pegawai teknik dan pegawai

lain perlu memastikan aspek-aspek keselamatan, yang

antara lain meliputi perkara-perkara berikut:

1. Susunan atau kedudukan setiap alatan hendaklah

memikirkan aspek keselamatan peserta.

2. Tebal tilam untuk latihan senaman lantai hendaklah

sesuai dengan pertandingan. Tilam-tilam keselamatan

harus diletakkan di kawasan yang berisiko.

3. Peralatan di gimnasium mestilah diperiksa pada

setiap kali hendak digunakan disamping pemeriksaan

berkala.

4. Para peserta hendaklah mengelakkan daripada

melakukan kemahiran sukar atau yang berisiko tinggi,

tanpa latihan yang cukup.

5. Sukan gimnastik boleh dijalankan dengan syarat

diawasi oleh pegawai yang berkelayakan.

ALATAN

Kekuda Lombol

Rajah 5.5: Aksi kekuda lombol

Kekuda Berpelana

Rajah 5.7: Aksi kekuda berpelana

Palang Bertingkat

Gambarajah 5.9: Aksi palang bertingkat

Palang Tunggal

Rajah 5.10: Aksi palang tunggal

15

Page 16: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

Gelang

Rajah 5.11: Aksi gelang

5.4 MARKAH PERTANDINGANPersembahan Senaman Lantai

Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Potongan

markah akan dibuat sekiranya peserta melakukan perkara

berikut:

• Kemahiran yang tidak dilakukan daripada sepuluh

kemahiran yang dikehendaki (ditolak 0.5 markah setiap

kemahiran yang ditinggalkan).

• Kegagalan peserta melakukkan lompatan, gulingan,

imbangan dan putaran (ditolak 0.3 markah tiap-tiap

satu yang dilakukan).

• Kelemahan menggunakan cara yang berlainan,

kelajuan dan dinamik, yakni pembinaan persembahan

(ditolak sehingga 1.00 markah).

• Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan

(ditolak sehingga 4.00 markah),

• Setiap saat yang lebih dari masa yang dihadkan,

iaitu 40 saat (ditolak 0.1 markah setiap saat)

Unsur-unsur kemahiran (10 unsur @ 0.5)

5.0 markah

Perlaksanaan 4.0 markahPembinaan 1.0 markah 10.0 markah

Persembahan di Alatan

Potongan markah akan dibuat mengikut perkara berikut:

• Kegagalan menggunakan kelapan-lapan kemahiran

dari variasinya (dipotong 0.5 markah bagi tiap-tiap

kemahiran yangtertinggal).

• Kegagal menggunakan tiap-tiap alatan (dipotong

1.00 markah @ alatan).

• Pembinaan persembahan yang lemah, iaitu

kemahiran yang berbeza jenisnya, (dipotong sehingga

1.00 markah).

• Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan

(dipotong sehingga 5.00 markah).

• Pada setiap saat yang lebih dan 40 saat yang

diperuntukkan (dipotong 0.1 markah setiap saat).

• Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan

lalah seperti berikut:

5.5 KEMAHIRAN ASAS DALAM GIMNASTIKSenaman Lantai

Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan

gimnastik. Senaman lantai mempengaruhi pergerakan

gimnas di alatan. Pergerakan seperti dirian tangan dan

kuang hadapan biasanya dijadikan salah satu pergerakan di

palang bertingkat, kekuda lombol, batang titian, palang

sejajar, gelang dan palang tunggal.

Acara Lombol

Kekuda lombol merupakan direka oleh Ludwig Jahn, yang

dikenali sebagai bapa gimnastik moden. Apabila melakukan

lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal

untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. Lombol

mempunyai enam fasa, iaitu larian penujuan, lonjakan,

penerbangan awal, tunjalan, penerbangan akhir dan

pendaratan.

Acara Palang

Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas

membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan

pergerakan. Para gimnas wanita pernah mengunakan

palang sejajar sehingga tahun 1930. Selepas itu, satu

daripada palang telah direndahkan dan dikenali sebagai

palang bertingkat khas untuk wanita. Pergerakan di kedua-

dua alatan ini lebih menumpukan kepada pergerakan

ayunan daripada pergerakan kekuatan.

Kekuda Berpelana

Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu

acara yang sukar dalam sukan gimnastik. Kebanyakan

peserta memperolehi markah yang rendah dalam acara ini

dan merupakan acara yang kurang disukai. Alatan ini lebih

sama bentuk dengan kekuda lombol, tetapi mempunyai dua

pemegang kayu di atasnya digelar bonjol pelana. Peserta

akan menggunakan bonjol pelana ini untuk memindahkan

keseluruhan berat badannya di atas sebelah atau kedua-dua

lengannya. Kejayaan persembahan dalam acara kekuda

berpelana bergantung kepada tumpuan, imbangan dan

rentak.

Batang Titian

Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang

membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh,

kordmasi dan gaya yang baik. Ciri-ciri terpenting dalam

acara batang titian ialah pergerakan imbangan yang mesti

dilakukan dengan berhati-hati di atas alatan yang lebarnya

hanya 10 cm. Pergerakan ini mestilah mengandungi unsur-

16

Page 17: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

unsur akrobatik yang mengandungi pergerakan maju dan

undur, putaran penuh (termasuk satu di atas sebelah kaki),

pergerakan menapak, berlan, lompatan dan lonjakan.

Persembahan ini juga mestllah meliputi unsur-unsur

imbangan dalam kedudukan berdiri, duduk dan kedudukan

baring atau meniarap. Keseluruhan persembahan, para

peserta mestilah melakukannya di atas sepanjang batang

titian dengan licin dan kemas, juga perlu mempamerkan

perubahan rentak. Masa yang dihadkan bagi keseluruhan

persembahan lalah antara satu rnmit 10 saat, sehingga tidak

melebihi satu minit 30 saat.

Rajah 5.17: Batang titian

Acara Gelang

Gelang juga telah direkacipta oleh Ludwig Jahn dalam tahun

1980. Acara gelang telah menjadi salah satu acara penting

dalam sukan gimnastik. Dalam acara gelang setiap gimnas

akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan

pertama. Jika peserta ini terjatuh dari gelang, dia

mempunyai 30 saat untuk naik semula. Semasa mendarat

peserta tidak dibenarkan melangkah, tetapi boleh

membetulkan imbangannya tanpa ditolak markah. Purata

masa persembahan dalam acara gelang ini ialah di antara

40 saat hingga satu minit.

Rajah 5.18: Acara gelang

Acara Palang Tunggal

-merupakan acara terakhir dan selalu dapat mewujudkan

suasana kemuncak pertandingan. Semua gerakan di atas

palang tunggal ini melalui tangan dan bahagian depan

lengan.

1. Nyatakan tiga kejohanan besar dalam kalendar

gimnastik dunia.

2. Berikan lima alatan yang digunakan dalam

pertandi ngan gimnastik.

3. Huraikan dengan ringkas kemahiran yang terdapat

dalam pertandingan gimnastik.

RUMUSAN

• S ukan gimnastik dipercayai telah berkembang

sejak 2000 tahun dahulu.

• Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan

senaman sebagai gymnastics serta tempat

senaman ini dikenali sebagai gymnasium.

• Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat

antarabangsa yang terbesar dalam kalendar

persekutuan gimnastik antarabangsa.

• Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan,

keseimbangan dan ketepatan pergerakan.

• Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan

yang paling besar dan kenal di dunia. Kejohanan ini

diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap

Sukan Olimpik diadakan.

• Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara

lelaki dan empat acara wanita perlu disediakan

untuk latihan atau kejohanan.

• Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti

akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap

peralatan mengikut specifikasi.

• Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00.

Setiap peserta akan diberi 10.00 markah sebelum

ia memulakan persembahan.

• Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam

sukan gimnastik.

• Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan

wanita menggunakan papan anjal untuk

mendapatkan anjalan yang lebih tinggi.

• Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu

gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi

melakukan pergerakan.

• Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki

merupakan satu acara yang sukar dalam sukan

gimnastik.

• Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang

membantu perkembangan pembentukan dirian

tubuh, kordmasi dan gaya yang baik.

• Dalam acara gelang, setiap gimnas akan dibantu

oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan

pertama.

Acara palang tunggal merupakan acara terakhir dan selalu

dapat mewujudkan suasana kemuncak pertandingan.

TOPIK 6 GIMNASTIK ARTISTIK6.1 POLA PERGERAKAN DALAM

GIMNASTIK ARTISTIKSeorang gimnas perlu menguasai kemahiran-kemahiran

asas seperti melentur dan meregang, mengimbang,

menghambur, melompat dan melayang, melonjak,

menyokong, memusing dan mengilas, mengguling,

mengayun, melenting. Kemahiran asas ini menjadikan

seorang gimnas berupaya melakukan pergerakan senaman

lantai dan penggunaan alatan dengan baik dan kemas.

17

Page 18: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

Pergerakan menggunakan lombol lalu, lombol kangkang dan

lombol muka di atas peti lombol adalah merupakan

pergerakan asas menggunakan alatan yang perlu dikuasai

oleh gimnas terlebih dahulu. Pergerakan ini akan membantu

seorang gimnas menguasai pergerakan menggunakan

alatan yang memerlukan kekuatan tangan dan pendaratan

yang baik.

Beberapa pergerakan asas ketangkasan, imbangan dan

lombol akan memberi kesedaran ruang, masa, beban dan

aliran serta membina daya kreatif, rekacipta dan

pengubahsuaian bagi menghasilkan rangkaian pergerakan

yang harmoni dan estetik.

Gaya Dirian

Seorang gimnas perlu mempunyai cara berdiri yang

sempurna dan kemas bagi setiap permulaan pergerakan.

Kedudukan gaya dirian yang baik dapat membantu gimnas

memungut mata dalam persembahannya. Ciri-ciri dirian

yang baik:

1. Kaki dirapatkan;

2. Kedua-dua lutut ditekan ke belakang;

3. Perut dikempiskan;

4. Dada diangkat tinggi;

5. Bahu direndahkan;

6. Dagu diangkat agar mata memandang ke hadapan;

dan

7. Bernafas dengan selesa.

Guling Hadapan

Cara guling hadapan:

1. Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri;

2. Lutut dibengkokkan;

3. Tangan diangkat lurus ke hadapan;

4. Pastikan belakang dalam keadaan tegak;

5. Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai

dengan jarak seluas bahu;

6. Jongketkan badan dengan meluruskan lutut;

7. Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki;

8. Kepala ditundukkan ke dada;

9. Tangan dibengkokkan;

10. Bahu dibiarkan menyentuh lantai. (Pastikan anda

tidak bergolek atas kepala.);

11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki

diteruskan sambil mengekalkan kedudukan badan

yang bergulung semasa berguling ke hadapan;

12. Berdiri atas kaki semula; dan

13. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke

hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta

badan yang dibulatkan akan membantunya untuk

dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri

semula

ANSURMAJU GULING HADAPAN

Rajah 6.2: Ansur maju guling hadapan

GERAK KERJA PENYESUAIAN GULING HADAPAN

PERSEMBAHAN BERANGKAI GULING HADAPAN

Rajah 6.4: Persembahan berangkai guling hadapan

Guling Belakang

• Bengkokkan lutut agar paha selari dengan lantai.

• Badan dicondongkan ke hadapan serta tangan

diangkat lurus ke hadapan untuk memastikan pusat

graviti sentiasa diatas pangkal jari-jari kaki.

• Duduk rapat ketumit tanpa buntut terhentak.

• Dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk

belakang badan yang bulat.

Ansur Maju dalam Guling Hadapan

Rajah 6.6: Ansur maju guling belakang

Dirian Kepala

• Kaki diluruskan, gerakan dibuat pada hujung jari

kaki.

• Tangan menekan kuat ke lantai.

• Kepala dan tangan membentuk segitiga sama.

• Perlakuan dirian kepala bermula, dengan

memastikan hidung mencecah lantai.

• Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke

kedudukan dirian kepala, lutut dan badan

dirapatkan.

• Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan

diluruskan.

Dirian Tangan

• Badan diregang sebelum kaki ditendang naik.

18

Page 19: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

• Tangan lurus ke atas langkah kaki satu kaki

kehadapan

• Tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas

bidang bahu, menghala ke hadapan searah dengan

jari kaki, jari-jari tangan dibuka bagi menambah

keluasan tapaknya.

• Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan berat

badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan

tidak disokong oleh otot-otot.

• Pergerakan tangan terkawal dan lurus semasa

diayun ke bawah.

Rajah 6.16: Gerakan penyesuaian dalam gerak tangan

Roda Kereta

TEKNIK RODA KERETA

1. Muka menghadap ke hadapan.

2. Dada turun ke arah lutut, dan lakukan tolakan dari

kaki yang bengkok.

3. Kaki mengangkang, badan dikekal pada datar yang

sama, dan kepala kekal dalam kedudukan biasa

dengan lurus.

4. Mata memandang ke arah tangan di lantai

belakang, badan jangan dilengkungkan.

Kaki dibawa turun rapat sebelah tangan, dan berdiri

dalam kedudukan berbentuk bintang

Rajah 6.17: Gerakan dalam roda kereta

Rajah 6.18: Teknik dalam roda kereta

Rajah 6.19: Gerak kerja penyesuaian dalam roda kereta

CARA-CARA MENYOKONG RODA KERETA

Rajah 6.20: Cara menyokong roda kereta

Hambur Belakang/Tengkuk

TEKNIK HAMBUR BELAKANG

1. Mencangkung, lengan lurus ke hadapan, berdiri

atas pangkal jari-jankaki.

2. Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan.

Kedua-dua tangan hampir sebarisan dengan

kepala.

3. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus.

Belakang badan melengkung disebabkan pinggul

yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan

yang kuat.

4. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat.

Pendaratan dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah

4.25).

Rajah 6.22: Teknik hambur belakang

Rajah 6.23: Ansur maju hambur belakang

CARA MENYOKONG DALAM HAMBUR BELAKANG

Rajah 6.24: Menyokong dalam hambur belakang

Hambur Kepala

Teknik Hambur Kepala

1. Mencangkung atas pangkal jari-jari kaki, lengan

lurus ke hadapan,

2. Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan.

Kedua-dua tangan hampir sebaris dengan kepala.

3. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus.

Belakang badan melengkung disebabkan pinggul

yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan

yang kuat.

4. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat, yang

dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.30).

19

Page 20: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

Rajah 6.25: Teknik hambur kepala

Rajah 6.26: Pergerakan dalam hambur kepala

ANSURMAJU HAMBUR KEPALA

Rajah 6.27: Ansur maju dalam hambur kepala

CARA MENYOKONG HAMBUR KEPALA

Rajah 6.28: Cara menyokong dalam hambar kepala

Hambur Tangan

Pergerakan hambur tangan boleh dibahagikan kepada

empat aras iaitu:

• larian

• lonjakan

• penerbangan

• pendaratan.

TEKNIK DALAM HAMBUR TANGAN

1. Tangan diluruskan ke atas, dan bahu

dikembangkan. Mula melangkah seperti dalam lompat

pagar, laitu rendah dan panjang.

2. Pengembangan bahu dikekalkan, manakala dada

ditekan ke bawah arah lantai.

3. Bahu di belakang tangan yang diluruskan, dan kaki

ditendang dengan kuat ke belakang.

4. Kaki mula dirapatkan, kepala didongakkan dan

badan dikekalkan lurus.

5. Pendaratan dibuat di atas pangkal jari-jari kaki.

Rajah 6.29: Gerakan dalam hambur tangan

ANSURMAJU HAMBUR TANGAN

Rajah 6.30: Ansur maju dalam hambur tangan

CARA MENYOKONG HAMBUR TANGAN

Rajah 6.31: Ansurmaju dalam hambur tangan berpasangan

Rajah 6.32: Menyokong dalam hambur tangan

Hambur Terbang

Pergerakan hambur terbang boleh dibahagikan kepada

empat fasa pergerakan, iaitu lanan muncul, lonjakan,

penerbangan dan pendaratan.

TEKNIK LONJAKAN DUA KAKI UNTUK HAMBUR

TERBANG

1. Langkah gelongsor rendah dan panjang atas

sebelah kaki, sementara lengan dibawa ke belakang.

2. Lengan membantu untuk diregang sepenuhnya,

sambil tumit diangkat.

3. Kaki dan pergelangan kaki dikembangkan

sepenuhnya (Rajah 6.33).

Rajah 6.33: Teknik dalam hambur terbang

Rajah 6.34: Gerakan dalam hambur terbang

Hambur Lenting

TEKNIK DALAM HAMBUR LENTING

1. Belakang badan dibulatkan tapi tidak lekuk. Tolakan

akan bermula dari tumit bukan pangkal jari-jari kaki.

2. Kaki menolak dengan kuat. Badan jangan

dilengkung ke belakang terlampau banyak. Kepala

hendaklah sebaris dengan badan dan tidak

didongakkan.

3. Badan melalui kedudukan dirian tangan. Tolakan

yang kuat dari tangan melalui bahu.

4. Kaki menendang turun ke bawah.

20

Page 21: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

Rajah 6.35: Teknik dalam hambur terbang

Rajah 6.36: Gerakan dalam hambur lenting

ANSURMAJU HAMBUR LENTING

Rajah 6.37: Ansurmaju dalam hambur lenting

CARA-CARA MENYOKONG HAMBUR LENTING

Rajah 6.38: Cara-cara menyokong dalam hambur lenting

1. Berikan tafsiran dan nyatakan pola gerakan dalam

gimnastik artistik.

2. Huraikan aktiviti ansur maju bagi hambur lenting.

RUMUSAN

• Pergerakan menggunakan lombol lalu, lombol

kangkang dan lombol muka di atas peti lombol

adalah merupakan pergerakan asas menggunakan

alatan yang perlu dikuasai oleh gimnas terlebih

dahulu.

• Seorang gimnas perlu menguasai kemahiran-

kemahiran asas seperti melentur dan meregang,

mengimbang, menghambur, melompat dan

melayang, melonjak, menyokong, memusing dan

mengilas, mengguling, mengayun, melenting.

• Seorang gimnas perlu mempunyai cara berdiri yang

sempurna dan kemas bagi setiap permulaan

pergerakan.

• Kemahiran asas ini menjadikan seorang gimnas

berupaya melakukan pergerakan senaman lantai

dan penggunaan alatan dengan baik dan ke mas.

TOPIK 7 GIMRAMA7.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGANGimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik,

gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh

Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama me-

rupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas

lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh

dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil

di tangan. Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan

bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan

berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan

menyerupai pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang

tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan gimrama perlu

mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan

yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan

tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.

Rajah 7.1: Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan

bersifat estetik dan pergerakan gimrama mesti dilakukan

secara licin dan berterusan

Rajah 7.2: Gimrama juga boleh dilakukan samaada dengan

atau tanpa peralatan yang kecil di tangan

Pergerakan asas gimnastik berirama di percayai mula

diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah.

Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan

gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan

peraturan yang piawai. Pengasas sukan gimrama adalah

seorang pensyarah berbangsa Swis, iaitu Jacques Dalcroze.

Dalcroze yang telah membuka dua buah maktab perguruan

di Switzerland dan Jerman. Beliau telah memperkenalkan

latihan pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya

dalam abad ke-19.

Di awal tahun ke 20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari

negara Jerman yang memberi sumbangan yang besar

dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881-1970) dan Hernrich

Medau (1890-1974) telah memulakan sekolah gimrama

mereka sendiri. Mereka juga telah memperkenalkan

21

Page 22: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

perkaitan di antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan

iringan muzik. Medau memperkenalkan peralatan bola,

gelung dan belantan untuk sukan gimram.

Pada tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik Antara-

bangsa telah mengiktiraf Gimnastik berirama moden

sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan di peringkat

gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah

Kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest,

Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi

kalender tetap persatuan dengan di pertandingkan setiap

dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di

peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah

(European Championship) dan Kejohanan Empat Benua

(Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun

1978. Sukan gimrama telah di pertandingkan buat pertama

kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

7.2 KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN GIMRAMATali

Tali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian

peralatan mendaki gunung dan juga di bahagian peralatan

kapal. Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah

hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan tebal

8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas.

Spesifikasi Tali

Bahan Hem atau sebarang bahan sintetik yang mempunyai kualiti yang sama.

Panjang Mengikut tinggi gimnas, tali di ukur apabila gimnas berdiri dengan memijak di tengah tali dan kedua-dua

hujung tali di angkat ke aras ketiak gimnas.

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

Rajah 7.4: Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas

ialah hem atau sintetik

Gelung

Gelung boleh didapati di kedai sukan atau di kedai

permainan. Gelung di buat daripada plastik, rotan atau kayu

biasa digunakan oleh gimnas. Tinggi gelung yang sesuai

perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan

ditepi gimnas. Terdapat juga gimas yang menu balut gelung

dengan pita pelekat yang berwarna-warni. Balutan ini

bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung serta

menambahkan berat gelung di samping menjadikannya lebih

menarik.

Rajah 7.5: Gelung berpita

Spesifikasi Gelung

Bola

Bola adalah salah satu displin wajib dalam gimrama. Bola

yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat

untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh

Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

Spesifikasi Bola

Bahan Getah atau bahan sintetik dengan anjalan.

Garis pusat 18-20 cm

Berat 400 g minimum

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

BELANTAN (CLUB)

Belantan boleh di dapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk

direka bentuk. Dalam gimrama penggunaan belantan

dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang

tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan

biasanya di kuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman.

Spesfikasi Belantan

Bahan Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat.

Panjang 40-50 cm

Berat 150 g minimum bagi satu belantan

Bentuk Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis pusat pada tapak belantan sekurang-kurangnya 2 ½ cm.Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis pusatnya tidak melebihi 3 cm.

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap

sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi

dan latihan yang banyak

22

Page 23: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

REBEN

Kebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu

ringan dan la cepat tersimpul, terkusut dan mudah terkoyak

pada bahagian tepinya. Kain yang paling sesuai untuk

dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kain

reben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk

menghasilkan corak reben yang baik dan juga senang untuk

dibaling.

Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan

keupayaan gimnas. Bagi gimnas yang berpengalaman,

mereka perlu menggunakan reben yang berukuran 6 m

tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang

berumur 12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan

reben yang panjangnya 4-5 m. Riben di sangkut pada

bahagian hujung dengan kayu.

Specifikasi Reben

Bahan Satin atau bahan lain yang serupa dan tidak berkanji.

Lebar 4-6 cm

Panjang Jumlah panjang sebenar ialah 7m, satu meter di lipat pada hujungnya seperti pada Rajah 2.9 supaya menjadi 6 cm

Berat 35 g minimum (tidak termasuk kayu dan penyangkutnya)

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

Kain yang paling untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang

berat atau sutera

Specifikasi Kayu

Bahan Kayu, plastik, buluh atau fibre glass. Hujung kayu sepanjang 10 cm maksimum boleh di balut dengan pita untuk cengkaman yang lebih baik.

Bentuk Bulat atau berbentuk kon.

Garis pusat 1 cm maksimum pada bahagian yang lebar sekali.

Panjang 50-60 cm termasuk cincin penyangkut.

Dawai Penyangkut

Panjangnya 7 cm maksimum. Boleh menggunakan benang, dawai atau mata kail.

Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau

‘fibre glass’

Pakaian

Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian

yang selesa dan sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek

(track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau

leotard dengan atau tanpa tights. Sementara dalam

peringkat pertandingan penganjur akan hanya

membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau

leotard sahaja. Namun, ini adalah bergantung pada jenis dan

taraf pertandingan. Dalam pertandingan peringkat sekolah

atau kelab peraturan pakaian boleh diubah suai. Pengelola

pertandingan boleh membenarkan pakaian baju T dan seluar

trek, manakala dalam pertandingan peringkat antarabangsa,

hanya pakaian leotard dengan atau tanpa tights dibenarkan.

Mengikut undang-undang sukan ini, leotard yang dipakai se-

masa pertandingan mestilah berpandukan pada beberapa

peraturan. Cans leher depan dan belakang badan tidak

boleh terlalu luas di kedua-dua bahagian depan dan

belakang sehingga menjolok mata. Garis di punggung juga

tidak dibenarkan terlalu tinggi sehingga mendedahkan

bahagian punggung. Leotard boleh dipakai dengan atau

tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian renang atau

pakaian tarian juga tidak dibenarkan. Kain leotard boleh

terdiri daripada apa juga warna kecuali warna emas dan

perak. Kain nipis yang lut sinar atau lut cahaya tidak

dibenarkan.

Ramai di antara gimnas berlatih dan bertanding tanpa

memakai kasut. Walau bagaimanapun jika gimnas ingin me-

makai kasut semasa pertandingan, dia boleh memakai kasut

yang khas untuk gimrama. Kasut gimrama biasanya

diperbuat daripada kulit atau kain.

7.3 TEMPAT LATIHAN- dalam dewan tertutup. Di bahagian atas hendaklah kosong

dan tidak mempunyai halangan seperti lampu, palang, rasuk

dan struktur lain. Contoh: dewan sekolah, panggung, dewan

orang ramai atau gudang .

- permukaan lantai perlu bersih dan tidak terlalu licin.

- Permaidani yang lembut - biasanya berlatih di dalam

dewan dengan menggunakan tilam untuk kemahiran yang

sukar seperti gulingan.

23

Page 24: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

- Luas kawasan bagi pertandingan hendaklah berukuran 12

m X 12 m tetapi untuk latihan, luas kawasan ini adalah tidak

diwajibkan.

7.4 UNDANG-UNDANG AMPeraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik

Antarabangsa (FIG) terdapat dua acara pertandingan yang

utama.

• Gimnas menggunakan satu peralatan untuk setiap

latihan atau rutinnya. Acara ini disebut pertandingan

individu atau latihan sukarela individu.

• Acara latihan sukarela dipersembahkan oleh

sekumpulan gimnas (biasanya enam orang gimnas

serentak pada suatu kawasan yang ditetapkan). Setiap

kumpulan mengguna kan satu atau dua jenis peralatan

yang berlainan bagi setiap latihan. Acara ini disebut

pertandingan latihan berpasukan atau latihan

berkumpulan.

LATIHAN SUKARELA INDIVIDU

Terdapat tiga jenis pertandingan dalam acara ini iaitu:

1. Pertandingan I—Acara berpasukan

• Setiap pasukan perlu terdiri

daripada tiga atau empat orang gimnas.

• Setiap pasukan mesti

mempertunjukkan 10 latihan, laitu dua latihan bagi

setiap peralatan. Peralatan yang digunakan ialah tali,

bola, gelung, belantan dan reben.

• Setiap gimnas dalam pasukan

boleh mempersembahkan satu hingga empat latihan

maksimum dengan menggunakan peralatan yang

berlainan. Dengan itu setiap peralatan akan

dipersembahkan oleh dua gimnas yang berlainan

dalam satu pasukan.

• Dalam menentukan johan

pasukan, jumlah mata yang diperolehi daripada semua

gimnas akan diambil kira. Pasukan yang mendapat

agregat mata tertinggi dianggap sebagai pasukan

johan (jumlah mata maksimum: 100).

• Pertandingan I merupakan

pusingan kelayakan untuk masuk ke Pertandingan II

dan III.

2. Pertandingan II—Acara individu keseluruhan

Hanya gimnas yang telah mempersembahkan

sekurang-kurangnya tiga latihan dalam Pertandingan I

akan dipertimbangkan untuk pertandingan ini, Tiga

jumlah mata yang terbaik akan diambil kira untuk setiap

gimnas.

Seramai 26 peserta terbaik dalam pertandingan I layak

bertanding untuk pertandingan individu keseluruhan.

Penyertaan ini terhad kepada dua peserta dan setiap

pasukan.

Dalam pertandingan ini, setiap peserta mesti memper-

tunjukkan empat latihan dengan empat peralatan yang

ditetapkan oleh Pesekutuan Gimnastik Antarabangsa,

(FIG).

Untuk menentukan Johan Individu Keseluruhan, jumlah

mata yang diperolehi daripada keempat-empat latihan

yang dipertunjukkan akan diambil kira. Peserta yang

mendapat mata terbanyak akan menjadi johan individu

keseluruhan (jumlah mata maksimum: 40).

2. Pertandingan III—Pusingan akhir untuk setiap

peralatan

Lapan peserta terbaik (dengan maksimum dua peserta

setiap pasukan) bagi setiap peralatan yang

dipertandingkan dalam Pertandingan I layak menyertai

Pusingan Akhir untuk setiap peralatan.

Peserta yang memperolehi mata tertinggi bagi sesuatu

acara peralatan akan menjadi johan bagi peralatan

berkenaan (jumlah mata maksimum: 10).

1. Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk

pertandingan gimrama.

2. Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan

pertandingan gimrama.

3. Nyatakan corak pertandingan gimrama.

RUMUSAN

• Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan

gimnastik.

• Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik

oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

• Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan

bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan

berterusan

• Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai

mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua

Eropah.

• Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antara-

bangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama moden

sebagai suatu sukan tersendiri.

• Pertandingan di peringkat gimrama peringkat

antarabangsa yang pertama ialah kejohanan gimrama

24

Page 25: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada

tahun 1963.

• Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama

kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika

Syarikat.

• Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan

keperluan yang asas.

• Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan

lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan

Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben,

gelung dan belantan.

• Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah

hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan

tebal 8mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas.

• Gelung dibuat daripada plastik, rotan atau kayu

biasa digunakan oleh gimnas.

• Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke

paras punggung apabila ditegakkan ditepi gimnas.

• Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola

yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas

serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa

(FIG).

• Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap

sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi

dan latihan yang banyak.

• Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah

satin, nilon yang berat atau sutera.

• Panjang reben boleh diubahsuai mengikut saiz

fizikal dan keupayaan gimnas.

• Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai

pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergersk, laitu

seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan

baju T atau leotard dengan atau tanpa tights.

• Dalam peringkat pertandingan penganjur akan

hanya membenarkan peserta memakai leotard dan

tights atau leotard sahaja.

• Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan

tetapi pakaian seperti pakaian renang atau pakaian

tarian juga tidak dibenarkan.

• Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit

atau kain.

• Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan

latihan gimrama ialah di dalam dewan tertutup.

• Permaidani yang lembut adalah amat sesuai

sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama.

• Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam

gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan

yang diadakan.

TOPIK 8 GIMRAMA8.1 KEMAHIRAN PERGERAKAN BADANKesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan

dalam gimrama perlu dllakukan bersesuaian dengan

pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan

alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik

serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas.

Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan

dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang

licin dan baik. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di

antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan

menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat

mencabar bagi gimnas dan jurulatih.

Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada

beberapa kumpulan iaitu:

• Pergerakan melangkah

• Ayunan dan Pusingan

• Putaran dan pivot

• Alunan

• Lompatan dan layangan

• Imbangan,

• Lentikan

• Gulingan

8.1.1 Pergerakan MelangkahDalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi

corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang

lebih kompleks. Pergerakan melangkah ini akan dllakukan

dalam berbagai arah atau saiz. Melangkah hendaklah

dilakukan dengan ringan, anjal serta berada di atas bebola

kaki. Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung

kaki sentiasa dilunjurkan. Contoh-contoh pergerakan ini

adalah seperti:

Berjalan

Langkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki lain dengan

menggunakan bebola kaki serta luruskan hujung kaki dan

kaki menghala ke luar sedikit. Ayunan tangan dengan bebas

bermula dari bahagian bahu dan pergerakan tangan

kehadapan. Tangan yang dihayun kedepan hendaklah

bertentangan dengan pergerakan kaki kehadapan. Berada

dalam keadaan badan tegak dan pandang ke depan.

Berlari

25

Page 26: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

Keseluruhan cara berlari mempunyai persamaan dengan

berjalan cuma dilakukan dengan cepat dan kedua-dua kaki

diangkat dari lantai seketika. Contoh variasi: langkah besar,

langkah kecil, tendang ke belakang dengan kaki lurus atau

bengkok.

Lompat Ketinting

Lompat pada satu kaki dan mendarat pada kaki yang sama.

Lompat Skip

Lompat berturut-turut dengan kedua-dua kaki secara bergilir-

gilir

Chasse

Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut

dinamakan juga langkah-tutup-langkah. Gerakan Chasse

merupakan kemahiran yang mustahak bagi menyedialan diri

untuk gerakan yang lain. Dengan melajukan Chasse ke

depan dengan cepat, ia akan membantu persediaan untuk

lompatan, layangan atau pusingan.

Terdapat dua gerakan Chasse iaitu:

ke hadapan

ke sisi

Langkah Waltz

Langkah Waltz dilakukan dengan membengkokkan badan

dalam kiraan 1 dan di atas bebola kaki dalam kiraan 2 dan 3.

Variasinya boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan boleh di

mulakan dengan kaki kiri.

Langkah Grapevine

Langkah Grapevine merupakan pergerakan ke sisi. Teknik

asas adalah seperti benkut:

• Berdiri atas kaki kanan hulur kaki kiri ke sisi.

• Langkah kaki kiri dan silang kaki kanan ke depan

kaki kiri.

• Hulur kaki kiri ke sisi.

• Langkah kaki kanan dan silang kaki kanan ke

belakang kaki kiri.

8.1.2 Ayunan dan PusinganAyunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan.

Ayunan dan pusingan dlaplikasikan dalam gerakan gimrama

ketika persediaan, pergerakan akhir atau untuk

menyambung sesuatu pergerakan. Ayunan dan pusingan

boleh dilakukan dengan mana-mana anggota badan seperti

tangan, bahagian atas badan dan kaki.

8.1.3 Putaran dan Pivot

Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. Selain

daripada dua kaki putaran boleh dilakukan dengan anggota

badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. Terdapat

berbagai jenis putaran yang dilakukan bergantung kepada

sudut putaran contohnya separuh putaran (180°), putaran

penuh (360°) atau lebih daripada satu putaran. Putaran

adalah elemen asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama,

putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan.

Gerakan putaran penuh

Gerakan putaran Chamee. Putaran ini terdiri daripada

beberapa putaran separuh

Pivot dilakukan atas satu kaki. Kedudukan tubuh badan,

tangan dan kepala boleh dilakukan mengikut kreativiti

gimnas. Contohnya kedudukan kaki yang diangkat boleh

diluruskan, dibengkokkan atau diletakkan pada kedudukan

estatik. Terdapat dua cara melakukan pivot iaitu ke arah luar

(laitu ke arah kaki yang diangkat) atau ke arah dalam (ke

arah kaki yang melakukan pivot).

Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit

seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan putaran atau

pivot. Sepanjang membuat putaran dan pivot badan gimnas

hendaklah berada dalam tegap dan gimnas perlu mengawal

26

Page 27: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

pergerakan badannya untuk menetapkan imbangan. Otot-

otot perut serta kaki yang melakukan pivot perlulah kuat

dalam melakukan pivot. Bahagian kepala dan tangan

digunakan untuk membantu melakukan putaran dan pivot.

Contoh putaran dan pivot adalah seperti berikut:

Rajah 8.13: Gerakan pivot

ALUNAN

Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak

dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau keseluruhan

badan. Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan

cara contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut

atau berdiri. Kemahiran alunan badan merupakan kemahiran

gerakan gimnas yang agak susah.

Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya

dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang

menyupai gerakan ombak. Alunan tidak hanya melakukan

pergerakan tangan malah keseluruhan pergerakan tubuh

badan. Terdapat beberapa latihan ansur maju dalam

mempratikkan alunan yang akan membantu perlakuan

tersebut:

Gerakan teknik alunan

8.1.4 Lompatan dan LayanganTerdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang

dilakukan dalam gimrama. Lompatan dan mendarat boleh

dilakukan menggunakan satu atau dua kaki. Berikut adalah

beberapa variasi lompatan yang di gunakan oleh gimnas.

Gerakan jenis lompatan

Layangan merupakan satu lompatan tinggi dan berjarak

besar. Lonjakan menggunakan satu semasa melonjak dan

mendarat. Berikut adalah variasi layangan.

Rajah 8.16: Gerakan beberapa jenis layangan

Bagi proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan

lutut perlu di bengkokan sedikit. Proses ini akan membantu

tolakan kaki dari lantai serta meringankan pendaratan bagi

mengelakan kecederaan yang mungkin berlaku dilutut kaki

dan belakang. Pendaratan hendaklah dilakukan di atas

bebola kaki dan terus kebahagian kaki yang lain.

Contoh gerakan pendaratan

Semasa melakukan lompatan atau layangan gimnas perlu

tenang dan merasa seolah-olah gerakannya berhenti

sementara pada aras yang tertinggi di udara.

Rajah 8.18: Semasa melakukan lompatan atau layangan

gimnas perlu tenang dan merasa seolah-olah gerakannya

berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara

Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan amplitud

yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus.

27

Page 28: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

Rajah 8.19: Lompatan dan layangan patut di lakukan

dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang

lurus

Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak

harmoni dengan lompatan. Semasa menghayun tangan

bahu tidak perlu diangkat sekiranya bahun diangkat posisi

bahagian atas badan kelihatan bengkok.

Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak

harmoni dengan lompatan

1. Nyatakan komponen yang terdapat dalam

pergerakan melangkah.

2. Cirikan dan bezakan antara putaran dan pivot.

3. Cirikan pergerakan berjalan dan berlari dengan

betul.

RUMUSAN

• Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang

digunakan dalam gimrama perlu dilakukan

bersesuaian dengan pergerakan badan.

• Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu

dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta

dengan gaya badan yang bergaya dan kemas.

• Kesemua elemen teknik badan hendakiah

digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi

suatu rangkaian yang licin dan baik.

• Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di

antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan

menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat

mencabar bagi gimnas dan jurulatih

• Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai

variasi corak melangkah dari berjalan hingga ke

pergerakan yang lebih kompleks

• Dalam pergerakan melangkah juga bahagian

hujung kaki sentiasa dilunjurkan.

• Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan

turut dinamakan juga langkah-tutup-langkah

• Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi

peralatan.

• Ayunan dan pusingan dlaplikasikan dalam gerakan

gimrama ketika persediaan, pergerakan akhir atau

untuk menyambung sesuatu pergerakan.

• Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai.

• Selain daripada dua kaki putaran boleh dilakukan

dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut

atau belakang.

• Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu

gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan

dengan lompatan.

• Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan

tumit seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan

putaran atau pivot.

• Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak

dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau

keseluruhan badan.

• Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan

cara contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi;

berlutut atau berdiri.

• Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik

supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan

kemas yang menyupai gerakan ombak.

• Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan

yang dilakukan dalam gimrama. Lompatan dan

mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua

kaki

• Proses lompatan atau layangan, lonjakan dan

daratan lutut perlu dibengkokan sedikit.

• Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan

amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus.

TOPIK 9 GIMRAMA9.1 KEMAHIRAN PERALATANDalam mempelajari kemahiran peralatan pada peringkat

asas latihan akan bermula dengan kedudukan statik. Setelah

mahir mengawal peralatannya, gimnas boleh mengulangi

kemahiran dengan cara bergerak. Selepas dapat menguasai

berbagai pergerakan dengan alatan. Gimnas bolehlah cuba

menggabungkan beberapa pergerakan dengan muzik

supaya dapat melakukan pergerakan yang mempunyai

aliran di berbagai satah dan aras.

GelungGelung merupakan suatu peralatan yang menarik. Ruang

diperlukan terutama dalam pergerakan apabila

menggunakan gelung.

CARA MEMEGANG GELUNG

28

Page 29: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

KEMAHIRAN GELUNG

Ayunan Bulatan dan Angka Lapan

GolekanGelung boleh digolekkan atas lantai atau diatas badan.

Teknik golekan atas lantai adalah seperti berikut:

Gelung mesti di golekan supaya tegak dan menuju kearah

yang dikehendaki.

Golekan dalam keadaan berterusan dan licin tanpa tersekat

atau bergetar.

Gelung juga digolekkan atas badan teknik yang di buat

adalah seperti menggolek bola. Gelung hendaklah di pegang

kuat dan pastikan berada di satah tegak. Gelung di tekan

sedikit kebawah dan kemudian di tolak seperti menolak bola.

PutaranPutaran merupakan salah satu ciri-ciri utama peralatan

gelung. Putaran dilakukan dalam tiga jenis satah dalam tiga

arah.

1. Depan – pusingan ikut jam atau lawan arah jam.

2. Mendatar – ke dalam atau ke luar.

3. Sagital – ke depan atau ke belakang. Terdapat

berbagai cara memutar gelung.

Teknik memutar gelung adalah seperti berikut:

a. Gelung haruslah diputar dengan licin tanpa

bergetar atau tersekat-sekat.

b. Satah putaran adalah penting dan mesti jelas

kelihatan.

Lambungan

29

Page 30: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

Lambungan pada gelung boleh dilakukan dengan satu

tangan atau dengan kedua-dua tangan. Gelung boleh

ditangkap dengan satu tangan atau dengan kedua-dua belah

tangan. Arah lambungan gelung boleh terdiri pelbagai satah

— mendatar, menegak, sagital dan oblik,’

Reben-reben kelihatan cantik dan menarik serta menyeronokkan.

Oleh itu Reben boleh digunakan dengan berkesan dalam

semua pertunjukan. Persembahan reben memerlukan ruang

yang besar dan koreografi yang baik terutamanya untuk

latihan berkumpulan supaya reben tidak tersimpul atau

tersangkut.

Pergerakan dengan reben yang baik hendaklah besar, licin

dan mempunyai aliran yang berterusan. Pergerakan tangan,

kaki dan badan juga perlu dikordinasikan dengan

pergerakan reben. Jika tidak, reben senang tersimpul dan

terkusut atau terjerat pada diri sendiri.

KEMAHIRAN REBEN

Ayunan, Bulatan dan Angka Lapan

Lingkaran dari Bentuk Ular

Lambungan dan Sambutanla dapat dilambung pada satah depan, mendatar atau sagital

dengan menggunakan satu atau dua tangan. Lambungan

biasa dimulakan dengan ayunan, bulatan dan angka lapan.

Reben hendaklah disambut seberapa boleh pada hujung

kayu pemegang. la boleh juga disambut pada reben tetapi

biasanya di ikuti dengan larnbungan sekali lagi. Ketika di

udara, reber lah memanjang serta menunjukkan layangan

yang baik.

30

Page 31: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

BELANTANDalam mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan

kemahiran dengan kedua-dua belah tangan. Gimnas

memerlukan kemahiran dan kordinasi yang baik untuk

menyelaraskan pergerakan badan dengan pergerakan

belantan di tangannya. Pergerakan belantan yang baik

hendaklah mengikuti pergerakan badan dalam keadaan

ringan, berterusan dan dilakukan dengan jelas dalam satah

yang tertentu,

CARA MEMEGANG BELANTAN

KEMAHIRAN BELANTANAyunan dan Bulatan Besar

Bulatan Kecil1. Satah hadapan

2. Satah mendatar

MillsMills merupakan kemajuan dari pergerakan bulatan kecil. la

adalah pergerakan pantas dan memerlukan kekuatan dan

kelembutan pergelangan tangan.

Pergerakan Bukan Simetri

Lambung dan Sambut

Ketukan

1. Nyatakan beberapa teknik yang digunakan oleh

gimnas dalam mengendali alatan gelung.

2. Huraikan spesifikasi reben yang boleh digunakan.

RUMUSAN

• Dalam mempelajari kemahiran peralatan pada

peringkat asas latihan akan bermula dengan

kedudukan statik.

• Selepas dapat menguasai berbagai pergerakan

dengan alatan. Gimnas bolehlah cuba

menggabungkan beberapa pergerakan dengan

31

Page 32: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

muzik supaya dapat melakukan pergerakan yang

mempunyai aliran di berbagai satah dan aras.

• Gelung merupakan suatu peralatan yang menarik.

Ruang diperlukan terutama dalam pergerakan

apabila menggunakan gelung

• Gelung boleh di golekan atas lantai atau diatas

badan. Teknik golekan atas lantai adalah seperti

berikut:

• Putaran merupakan salah satu ciri-ciri utama

peralatan gelung. Putaran dilakukan dalam tiga

jenis satah dalam tiga arah.

• Lambungan pada gelung boleh dilakukan dengan

satu tangan atau dengan kedua-dua tangan.

• Reben merupakan gerakan alatan dalam gimrama

yang agak menarik. Ini adalah kerana reben

kelihatan cantik dan menarik serta menyeronokkan.

• Pergerakan dengan reben yang baik hendaklah

besar, licin dan mempunyai aliran yang berterusan.

• Peralatan yang paling sukar dikendalikan oleh gimn

as ialah belantan.

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF10.1 PERGERAKAN KREATIFPergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan

anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan

insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan

kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea,

perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara

simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh

dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau

berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan

mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut

menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam

pergerakan kreatif bukan berunsurkan pertandingan. Setiap

pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi

dan penilaian kendiri.

Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif

Kesemua unsur yang dinyatakan ini akan dapat membantu

pelakunya untuk berkomunikasi.

• Tubuh badan

• Ruang

• Masa dan

• Daya

10.2 TUJUANTujuan pergerakan kreatif ;

- meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan

ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan.

- memberi fokus kepada penggunaan pancaindera. untuk

mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan.

- pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar.

- untuk berkomunikasi melalui pergerakan.

- bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan

pemikiran, idea atau perasaan.

- untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar

berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan

10.3 NILAI YANG BOLEH DITANAMKAN DALAM PERGERAKAN KREATIF• Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan

• Keseronokan dan kepuasan

• Kesyukuran

• Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan

emosi

• Menghormati orang lain

• Menyedari keperluan orang lain

• Semangat cintakan keindahan alam sekitar

• Bekerjasama

• Baik hati

• Berhemah tinggi

• Kasih saying

• Kebebasan

• Kejujuran

• Rasional

• Bekerjasama

• Berdikari

• Keadilan

• Keberanian

• Kebersihan fizikal dan mental

• Kerajinan

• Kesederhanaan

• Semangat bermasyarakat

10.4 FAEDAH PERGERAKAN KREATIF• Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan

sensitiviti.

• Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman

tentang manusia.

• Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan

emosi.

• Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat Jay a diri

dan inisiatif.

32

Page 33: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

• Pergerakan kreatif membantu membina corak

tingkah laku yang utuh.

• Pergerakan kreatif menolong membentuk

kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan

menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi.

• Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan

diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan

masalah-masalah yang berhubung dengan prinsip-

prinsip asas mengenai corak pergerakan.

• Pergerakan kreatif menolong memberi makna

kepada pelbagai aspek pergerakan melalui

pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya.

• Pergerakan kreatif membina kesedaran serta

apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam

geraktari.

• Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan

kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan

mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan

bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu

masalah yang diberikan.

• Untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna

dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari

yang signifikan dan asli serta menarik dengan nilai-nilai

estetika.

• Perkembangan pelbagai bentuk pergerakan.

• Peningkatan kemahiran pergerakan.

• Penyelesaian masalah pergerakan dengan cara

tersendiri.

• Perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif

dan afektif.

• Perkembangan kesedaran badan dan konsep

kendiri yang positif.

• Pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri

dan orang lain.

• Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi,

ketangkasan, daya tahan dan kekuatan.

10.5 TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF

1. Kesedaran Tubuh Badan

Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan

di beri kepada pergerakan bahagian-bahagian badan

serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan

melahirkan idea atau perasaan.

a. Keseluruhan Tubuh Badan

Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan

keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti

daripada bergerak secara bebas atau terkawal.

Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor

atau bukan lokomotor tubuh badan. Misalnya,

pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan

secara bebas atau terkawal. Pergerakan boleh

berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut

rangsangan yang diberi, misalnya muzik.

Pergerakan berjalan dan buka tutup melibatkan

lokomotor dan bukan loko motor

b. Bahagian Tubuh Badan

Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan

bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan

tangan, kaki dan pinggul. Pergerakan ini adalah

persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah

dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan

yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan

sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang

diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkak seperti

kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal

pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut. Tapak

tangan dan lutut menjadi sokongan kepada berat

badan.

2. Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa

Tema ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana

cara tubuh badan bergerak dan membantu individu

mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan

perasaan melalui pergerakan.

a. Beban

Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan

itu mendapat rintangan, misalnya beban. Kesan

daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-

ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang

dilakukan. Misalnya, seseorang yang sedang

mencangkung akan sukar untuk berdiri jika

pergerakannya adalah berat-kuat iaitu seolah-olah dia

memikul benda berat. Namun adalah mudah untuk

33

Page 34: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

berdiri jika pergerakan adalah halus dan ringan

contohnya menyelam.

Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan

halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang

dilakukan

b. Masa

Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan

kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan

gerakan sama ada secara serta merta atau kawal

lambat. Contohnya pergerakan secara serta merta

ialah sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan

tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara

pergerakan kawal lambat ialah membayangkan cara

burung terbang tinggi.

3. Kesedaran Ruang

Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam

menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang ini akan

melibatkan penggunaan kawasan dan arah udalam

mentontonkan sesuatu pergerakan.

a. Kawasan

Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi

tumpuan kepada ruang diri dan ruang am. Sebagai contoh,

perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh badan digunakan

untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari

satu tempat ke satu tempat. Selain daripada melibatkan

penggunaan kawasan pergerakan ini juga melibatkan

penggunaan arah.

b. Arah

Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke

hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah.

Contohnya dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-

lompat dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juga

arah pergerakan tersebut. Pergerakan yang melibatkan

penggunaan kawasan dan arah dengan teratur boleh

dilakukan dengan menggunakan peta.

Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke

hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah

2. Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan

tubuh badan dengan menggunakan ruang dan masa

a. Aliran

Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan

ruang dan masa dalam melakukan gerakan.

Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu

Aliran bebas

Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana

keseluruhan tubuh badan berada di udara dan sukar

diberhentikan.

Aliran terikat

Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan

aliran terikat kerana pergerakan ini mudah

berhenti dan badan berada dalam keadaan

seimbang

b. Ruang

Salah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah

memberi tumpuan kepada kesedaran tentang cara

menggunakan ruang untuk melakukan pelbagai pergerakan.

Daya cipta kreatif dapat dihasilkan dan dipertontonkan

apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan

ruang terus dan ruang tidak terus. Ruang terus ialah ruang

yang digunakan secara langsung dengan berada dalam

lingkungan kawasan yang tidak luas aktiviti yang dilakukan

pada aras yang rendah. Contoh berjalan menggunakan

pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag. Ruang tidak

terus ialah kawasan atau ruang yang di gunakan secara

tidak langsung di gunakan dalam gerakan pelbagai aras.

Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas

berbanding ruang terus.

2. Penyesuaian terhadap Rakan

Penyesuaian terhadap Rakan adalah kemahiran yang

berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam

pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti

dalam kemahiran ini ialah: Penyesuaian terhadap rakan

adalah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau

34

Page 35: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui

pergeraka

Aktiviti 1

3. Kerja Berpasangan

Kerja berpasangan membolehkan hubungan dengan rakan

dapat dilakukan bersama-sama berdasarkan peralihan

tempat meniru sama ada selari atau pergerakan meniru

bertentangan. Daya kreatif dapat dipupuk dan di

pertontonkan secara unik

4. Arahan Tugasan

Anda dan rakan anda telah ditugaskan untuk membersihkan

kelas Lakukan tiga tugasan aksi pergerakan meniru selari

dan tiga pergerakan meniru bertentangan. Gunakan

tamborin atau tepukan tangan semasa melaksanakan

tugasan sebagai ritma.

Contoh Aktiviti

5. Kerja Berkumpulan

Dalam kerja berkumpulan penyesuaian terhadap rakan

secara berkumpulan perlu dilakukan oleh pelaku. Hubungan

yang berlaku dengan rakan boleh dilaksanakan seperti yang

berikut:

Ketua dengan pengikut.

Kumpulan bekerjasama

Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan.

Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan

dengan rakan ialah cara-cara penyesuaian terhadap rakan

yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari

kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga

kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian yang

lain.

2. Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat

Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah

ruang dengan menggunakan tubuh badan sebagai alat

persembahan secara spontan dan bebas.

a. Lompatan Asas

Terdapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak

kedudukan kaki untuk membuat lompatan tidak

ditetapkan. Pengalaman lompatan ini berguna untuk

membolehkan murid menyedari bahawa cara lompatan

berbeza akan memberi kesan yang berbeza.

b. Bentuk Tubuh Badan

Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai

bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa dalam

keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan

seimbang sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara

bahagian tubuh badan yang melibatkan regangan otot.

Empat bentuk badan asas ialah lebar (seperti tembok), lurus

(seperti panah), bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru).

c. Gaya Isyarat

Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh

badan yang tidak menyokong beban badan. Contohnya

kedua tangan melambaikan sedangkan berat badan di

sokong oleh kedua belah kaki.

d. Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian

tubuh badan yang tidak menyokong beban badan.

4. Ritma Berkaitan dengan Pekerjaan

Salah satu ritma yang agak terkenal dalam

pergerakan kreatif ialah rithma yang berkaitan

dengan pekerjaan. Setiap pelbagai bidang

pekerjaan sama ada dalam industri pertanian,

perkhidmatan atau perindustrian mempunyai ritma

tertentu. Ritma ini boleh digunakan sebagai

rangsangan pergerakan. Antara ciri untuk mengenal

pasti lakuan pergerakan yang berkaitan dengan

sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut:

Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat.

Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu

diulangkan.

Peralihan antara dua pergerakan.

Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan

pergerakan.

Kesedaran Bentuk-bentuk Pergerakan

Dalam kemahiran ini bentuk-bentuk pergerakan dibina

daripada pergerakan tubuh badan dalam sesuatu ruang.

Terdapat pelbagai bentuk-bentuk pergerakan seperti garisan

lurus, lengkung dan bulatan. Bentuk-bentuk ini boleh

dihasilkan atau di lihat sama ada di lantai atau di awangan.

Bentuk pergerakan di lantai boleh dilakukan dengan

pergerakan kaki secara melompat atau merangkak.

Pergerakan tangan seperti melambai-lambai atau ayunan

tangan ketika berkawad menghasilkan bentuk di awangan.

Bentuk pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau

berkumpulan.Alat gendang dan alat muzik lain seperti

35

Page 36: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

tamborin boleh di gunakan untuk menimbulkan suasana

pergerakan.

Orientasi Ruang

Ruang boleh dibahagikan kepada ruang diri, ruangan umum

dan persekitaran. Dalam membincangkan tema orientasi

ruang. Perbincang lebih mengutamakan arah bahagian

tubuh badan yang boleh digerakkan dan perkaitannya

dengan beberapa arah yang lain. Orientasi ruang ini

dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dimensi ruang,

orientasi berpasangan dan berkumpulan serta susunan dan

urutan.

PENAIKAN DARI LANTAI

Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu

mengerakan tubuh badan dari lantai beransur-ansur hingga

keseluruhannya lepas ke udara. Kemahiran ini

melambangkan perasaan kebebasan. Kemahiran penaikan

dari lantai dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu:

• Penaikan dari lantai

• Lepas dari lantai ke ruang udara

• Membina pelbagai bentuk di ruang

• Melakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang

Kesedaran Kumpulan

Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama

sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka

mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan

mempunyai peranan mereka tersendiri sama ada sebagai

ketua atau pengikut kumpulan tersebut untuk membentuk

pergerakan.

RUMUSAN

• Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara

pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti

untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai

daya ekspresi.

• Pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea,

perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan

secara simbolik melakukan pergerakan.

• Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada

secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan.

• Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood

dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut

menjadi lebih bermakna.

• Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk

meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan

ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan.

• Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang

unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau

perasaan.

• Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai-nilai positif

yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam

kehidupan seharian.

• Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan

sensitiviti;

• Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman

tentang manusia;

• Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan

emosi;

• Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat jaya diri

dan inisiatif;

• Pergerakan kreatif membantu membina corak

tingkah laku yang utuh;

• Pergerakan kreatif menolong membentuk

kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan

menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi;

• Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan

diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan

masalah-masalah yang berhubung dengan prinsip-

prinsip asas mengenai corak pergerakan;

• Pergerakan kreatif menolong memberi makna

kepada pelbagai aspek pergerakan melalui

pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya;

• Pergerakan kreatif membina kesedaran serta

apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam

geraktari;

• Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan

kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan

mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan

bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu

masalah yang diberikan

• Untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna

dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari

yang signifikan dan asli serta menarik dengan nilai-nilai

estetika.

• Perkembangan pelbagai bentuk pergerakan.

• Peningkatan kemahiran pergerakan.

• Penyelesaian masalah pergerakan dengan cara

tersendiri.

• Perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif

dan afektif.

36

Page 37: Nota padat hbpe2103

HBPE 2103 Lee Man Jiau

• Perkembangan kesedaran badan dan konsep

kendiri yang positif.

• Pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri

dan orang lain.

• Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi,

ketangkasan, daya tahan dan kekuatan.

• Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan

gerakan di beri kepada pergerakan bahagian-bahagian

badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus

dan melahirkan idea atau perasaan.

• Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan

bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan

tangan, kaki dan pinggul.

• Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan

untuk menyokong, memindah dan menerima berat

badan.

• Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila

pergerakan itu mendapat rintangan, misalnya beban.

Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan

kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang

menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan

yang sama.

• Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya

sendiri sama ada sebagai pemimpin atau pengikut.

• Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu

mengerakan tubuh badan dari lantai beransur-ansur

hingga keseluruhannya lepas ke udara.

• Salah satu ritma yang agak terkenal dalam

pergerakan kreatif ialah rithma yang berkaitan dengan

pekerjaan.

• Kesan daripada beban ini akan menghasilkan

kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan

yang dilakukan.

37