Modul Penuh Dr.io PDF

download Modul Penuh Dr.io PDF

of 33

Transcript of Modul Penuh Dr.io PDF

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    1/33

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

    KPF 4023PENGURUSAN KURIKULUMBILIK DARJAHSiri Modul Pembelajaran

    UNIT

    2TOPIK

    TEORI-TEORI BERKAITAN

    KURIKULUM BILIK DARJAH

    KUMPULAN KULIAH:

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMANO.

    MATRIKTANDA

    TANGAN

    NOORFAZILAH BT AZLAN L20112007393

    NAPISAH BT HUSSIN L20112007394

    NORAZLINA BT FUAD L20112007395

    NURASHIKIN BT TUKIRAN L20112007396

    NUR SYAHIDA BT RANI L20112007397

    PENSYARAH: DR. IKHSAN OTHMAN

    SEMESTER 2 - SESI 2012/13

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    2/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    1

    KANDUNGAN HALAMAN

    Hasil Pembelajaran.............................................................................2

    Peta Minda...........................................................................................2

    Pengenalan..........................................................................................3

    Konsep dan Pengertian Teori-teori Pembelajaran...........................4

    Teori-teori Kurikulum dan Pengajaran..............................................8

    Aplikasi Teori Dalam Amalan Pengurusan Kurikulum...................15

    Bilik Darjah

    Kurikulum Merupakan Segala Bentuk Pembelajaran.....................20

    Yang Terancang Yang Berlaku Di Dalam Bilik Darjah

    Isu-isu Berkaitan................................................................................23

    Rumusan.............................................................................................24

    Glosari.................................................................................................25

    Bibliografi............................................................................................27

    Latihan Kendiri

    Soalan Objektif........................................................................28

    Soalan Esei..............................................................................29

    Skema Jawapan.......................................................................30

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    3/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    2

    UNIT 2

    TEORI-TEORI BERKAITAN KURIKULUM BILIK DARJAH

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat:

    1. Memberi takrif konsep dan pengertian teori-teori pembelajaran

    2. Memahami teori-teori kurikulum dan pengajaran

    3. Mengaplikasikan teori dalam amalan pengurusan kurikulum bilik darjah

    4. Menerangkan bahawa kurikulum merupakan segala bentuk pembelajaran yang

    terancang yang berlaku dalam bilik darjah5. Menilai isu-isu yang berkaitan dengan teori-teori kurikulum bilik darjah

    PETA MINDA

    TEORI-TEORI BERKAITANKURIKULUM BILIK DARJAH

    Konsep dan pengertian teori-teori pembelajaran

    Teori-teori kurikulum dan pengajaran

    Aplikasi teori dalam amalan pengurusan

    kurikulum bilik darjah

    Kurikulum merupakan segala bentukpembelajaran yang terancang di dalam bilik

    darjah

    Isu berkaitan teori kurikulum bilik darjah

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    4/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    3

    PENGENALAN

    Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang

    psikologi pendidikan.Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus

    kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip

    tertentu. Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan

    dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teoridalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar. Apakah yang

    dimaksudkan dengan teori? Stanovich (1992) telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu

    set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data

    dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang. Cohen, R pula mendefinisikan teori

    sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi

    definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap

    benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan peraturan bagi membentuk satu

    pernyataan beru. Dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian

    ataupun hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kajian. Manakala takrifan bagi

    kurikulum ialah, kurikulum menjadi ilmu teras dalam bidang pendidikan dan merupakan nadi

    penentu pada masyarakat akan datang. Bidang kurikulum berdiri di atas pelbagai cabang ilmu

    seperti pengurusan, ekonomi, sains, kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Kejayaan sistem

    pendidikan di sesebuah negara bergantung kepada reka bentuk kurikulumnya. Reka bentuk

    kurikulum yang unggul menjadikan negara itu maju dan membangun. Jadi, tidak hairanlah di

    kebanyakan negara maju berusaha membangunkan kurikulumnya sejajar dengan keperluan

    dan matlamat pembangunan negara. Reka bentuk kurikulum menjadi dasar bagi

    pengembangan potensi individu dan pembangunan sumber asli negara yang dipadankan

    dengan ilmu yang diperoleh melalui kurikulum. Aspek pengurusan kurikulum bilik darjah dengan

    matlamat pendidikan adalah saling berhubungkait dengan yang lain. Bagi merealisasikan

    matlamat pendidikan, semua pihak perlu berganding bahu bagi menjayakan pengurusan

    kurikulum bilik darjah yang berkesan. Pendidik dan bakal pendidik pula memainkan perananutama bagi merealisasikan hasrat pendidikan negara melalui penterjemahan kurikulum dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, seorang guru juga perlu mengetahui dan

    memahami elemen-elemen pengurusan kurikulum bilik darjah serta berusaha untuk menguasai

    kemahiran-kemahiran yang berkaitan. Kecekapan guru menjalankan peranannya akan

    mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah

    yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    5/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    4

    KONSEP DAN PENGERTIAN

    2.1 Konsep Dan Pengertian Teori-Teori Pembelajaran

    Menurut Robert M. Gagne (1970) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku

    atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan

    oleh proses pertumbuhan. Morgan dan King (1975) dalam buku Introduction to Psychologypula

    mentafsirkan pembelajaran sebagai sebarang tingkah laku yang kekal akibatnya pengalaman

    yang diperolehi atau latihan yang telah dijalani. Pembelajaran merupakan suatu fenomena

    utama yang melibatkan perkembangan dan pertumbuhan individu, kemajuan sesuatu kaum dan

    ketamadunan mereka. Kepentingan fenomena ini telah menyebabkan para cerdik pandai,

    umpamanya pendidik, ahli sains, psikologis dan fisiologis telah bersama-sama cuba menerokai

    fenomena ini supaya dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan secara berkesan. Ekoran

    daripada cita-cita dan usaha inilah wujudnya pelbagai prinsip atau teori yang sekarang

    digunakan dalam bidang pendidikan. Terdapat pelbagai teori-teori pembelajaran yang boleh

    digunapakai oleh para pendidik bagi menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dengan

    lebih berkesan. Konsep pembelajaran yang berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kiniboleh diklasifikasikan kepada lima mazhab yang utama, iaitu, behavioris, kognitif,

    konstruktivisme, sosial dan humanis.

    Teori pembelajaran merujuk kepada penjelasan tentang proses, prinsip dan hukum

    pembelajaran yang dihasilkan melalui kajian saintifik. Kepentingan teori pembelajaran adalah

    untuk menjelaskan bagaimana pembelajaran berlaku dan sebagai asas pembentukan strategi

    pengajaran. Pembelajaran juga merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada

    pengalaman (Slavin, 1991). Kita sebagai guru perlu membantu murid-murid dalam memfokus

    proses pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas

    dan kemahiran secara berkesan. Ini menyebabkan ahli psikologi telah membina pelbagai teori

    pembelajaran yang berbeza. Antara teori-teori pembelajarannya ialah:

    2.1.1 Teori Pembelajaran Behavioris

    Teori ini diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terdiri daripada Ivan Pavlov, Edward Thorndike

    dan B.F. Skinner. Ahli teori behaviorist menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan

    tingkah laku. Dalam teori ini beberapa istilah diperkenalkan antaranya ialah pelaziman.

    Pelaziman merupakan suatu proses di mana tingkah laku organisma berkaitan dengan

    rangsangan daripada persekitaran. Ivan P.Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak

    balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yang timbul akibat rangsangan. Contohnya

    apabila guru memberikan arahan supaya berdiri, murid dengan cepatnya berdiri. Arahan itu

    ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerak balas.

    Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku

    akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Dalam contoh ini terdapat dua

    rangsangan; pertama ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan kedua ialah aspek

    emosi, iaitu rasa seronok dan gembira. Jadi, murid-murid mengaitkan satu rangsangan

    (suasana pembelajaran) dan satu lagi rangsangan lain (suasana seronok). Oleh itu, murid

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    6/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    5

    berkenaan pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran perkaitan

    ini dinamakan pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan 2 rangsangan ini dikenali sebagai

    pelaziman.

    Manakala E.L.Thorndike (1874-1949) iaitu pelopor psikologi Amerika memperkenalkan

    pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan rangsangan dan gerak balas.

    Eksperimen telah dilakukan ke atas seekor kucing lapar yang diletakkan dalam sangkar.Daripada hasil eksperimen, Thorndike mengemukakan 3 hukum utama iaitu hukum kesediaan,

    hokum latihan dan hukum kesan. Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan

    yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Seorang murid dikatakan akan berasa puas

    apabila dia bersedia untuk bertindak. Sebaliknya, murid yang belum bersedia untuk bertindak

    akan berasa kecewa. Manakala Hukum Latihan menyatakan pertalian antara rangsangan dan

    gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Hukum Kesan pula menyatakan

    bahawa pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat

    kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Misalnya seorang murid

    mengucapkan salam kepada guru dan salam itu disambut dengan senyuman guru. Murid itu

    akan berasa pengalaman itu menyenangkan dan dia akan mengulangi lagi.

    Skinner pula memperkenalkan teori pelaziman operan yang mengkaji tentang perkaitan

    antara tingkah laku dan kesannya. Dalam teori ini, tingkah laku yang tidak diingini sebenarnya

    boleh diubah kepada tingkah laku yang diingini.

    2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial

    Albert Bandura yang merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal telah

    memperkenalkan teori pembelajaran sosial. Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran

    manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan kerja.

    Menurut Bandura, terdapat 4 elemen penting dalam pembelajaran pemerhatian iaitu:

    i) memberi perhatian

    ii) mengekalkan maklumat

    iii) menghasilkan tingkah laku

    iv) motivasi dan peneguhan

    Aplikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baik kerana

    perlakuan guru selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian, tingkah laku dan bahasa

    pertuturan guru mestilah baik.

    Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut:

    a) Memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung, iaitu

    dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto.

    Contohnya, kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya

    berjalan dan sebagainya.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    7/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    6

    b) Pemerhatian melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Sekat lakuan merupakan

    sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tiidak sesuai dalam situasi B.

    Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak

    boleh melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya

    peraturan bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku. manakala

    memerhati melalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru amalan dalam sesuatu

    situasi.

    c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turut

    melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun

    mengetahui cara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid lain

    membaca buku di dalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya.

    Keinginan untuk membaca itu timmbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya

    tidak ada murid lain membaca, kemungkinan keinginan Amir untuk membaca tidak

    timbul.

    2.1.3 Teori Humanistik

    Teori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu. Pendekatan

    humanistik menekankan keseluruhan murid, dengan kata lain aspek emosi dan sosial

    kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi

    untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia juga menekankan

    kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan sentiasa mengambil berat tentang

    anak didiknya.

    2.1.4 Teori Pembelajaran Kognitif

    Teori ini berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripadaperingkat bayi kepada zaman kanak-kanak, remaja dan seterusnya alam dewasa. Menurut

    Gagne (1970), pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit.

    Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah.

    Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut:

    i) Pembelajaran isyarat

    Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakan

    perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh kebiasaan. Misalnya, apabila loceng

    berbunyi pukul 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masing-masing dan

    mereka akan terus berdiri serta memberikan penghormatan kepada guru yang masuk. Inimerupakan pembelajaran isyarat dan ia tidak banyak menggunakan akal fikiran.

    ii) Pembelajaran menganggu gerak balas

    Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna

    guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    8/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    7

    iii) Rangkaian

    Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain untuk

    melengkapi satu tugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola dalam permainan

    tenis, pemain hendaklah berdiri di posisi yang sesuai, di tapak yang munasabah dan

    mengayunkan raket dengan gaya yang betul agar bola tenis dipulangkan dengan baik. Siri

    tingkah laku ini disebut rangkaian.

    iv) Pertalian berbahasa

    Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila

    seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan benda yang dilihat dengan nama objek secara

    menyebutnya. Misalnya, apabila melihat bola, kanak-kanak tersebut terus menyebut bola.

    v) Pembelajaran diskriminasi

    Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk

    bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam kelas, murid dapat membezakan antara

    fakta yang kurang penting dengan fakta yang penting.

    vi) Pembelajaran Konsep

    Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau

    kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna dan bentuk akan mengkategorikan kuning,

    merah, biru, putih, hitam dan hijau sebagai warna manakala bulat, segitiga, segiempat dan

    bujur sebagai bentuk.

    vii) Pembelajaran hukum

    Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep,

    rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila air membeku,

    isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadu dan bertambah.

    Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untuk membentuk hukum.

    viii) Penyelesaian Masalah

    Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang paling rumit. Ia melibatkan penggunaan

    konsep serta pembelajaran hukum. Gagne telah menggunakan urutan-urutan penyelesaian

    masalah sebagaimana yang dicadangkan oleh John Dewey.

    Urutan langkah itu seperti berikut:

    a) mengenal masalah

    b) mencari maklumat

    c) membuat hipotesisd) menguji hipotesis

    e) membuat rumusan

    2.1.5 Teori Konstruktivisme

    Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka.

    Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan yang

    terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    9/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    8

    Vygotsky, ahli psikologi yang banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu

    pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi sosial, adat budaya dan aktiviti yang

    membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.

    2.2 Teori-Teori Kurikulum Dan Pengajaran

    2.2.1 Pengertian teori kurikulum

    Satu set generalisasi yang saling berkait secara logik, konsep dan cadangan dan lain-

    lain yang mewakili satu pandangan sistematik sesuatu fanomena kurikulum. Berfungsi

    untuk memperkata, menjangka dan menerangkan fenomena kurikulum dan sabagai

    polisi untuk panduan aktiviti kurikulum (Zais : 1979).

    Satu set huraian eksplanandum yang melibatkan :a) Hukum am dan prinsip berkaitan yang berfungsi sebagai aksiom (pernyataan yang

    benar dan betul).

    b) Hukum berkaitan tertentu menjadi teorem atau dalil yang diterbitkan daripada

    aksiom.

    c) Definisi konsep yang terlibat dalam huraian tentang aksiom dan teorem.

    (Reese,1970)

    2.2.2 Kandungan Teori Kurikulum

    TEORI

    KURIKULUM

    Liputan

    Perkembangan

    Rekabentuk

    Pembahagian

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    10/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    9

    i) Liputan Kurikulum

    Keluasan muatan kurikulum

    Menggariskan unsur budaya atau ilmu pengetahuan pilihan yang sepatutnya

    membentuk muatan kurikulum

    Pemahaman memerlukan penelitian latar belakang masyarakat dan falsafah,

    keadaan masyarakat semasa serta ideologi pendidikan semasa

    ii) Pembahagian Kurikulum

    Kepelbagaian kurikulum kepada pelbagai jurusan, program dan bidang

    pengetahuan yang berlainan

    Menghuraikan persoalan tentang bagaimana kurikulum dipecah-pecahkan

    kepada pelbagai bahagian tertentu serta menentukan murid manakah yang

    dibolehkan belajar pecahan-pecahan tersebut

    Mencantumkan proses kepelbagaian dan penempatan kurikulum.

    iii) Rekabentuk Kurikulum

    Corak penyusunan secara menegak dan mendatar untuk memandu gurumengutarakan kurikulum kepada murid melalui proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Ke arah memenuhi tuntutan ideologi pendidikan dan matlamat kurikulum.

    iv) Perkembangan Kurikulum

    Usaha untuk membaiki kurikulum.

    Katalis perkembangan : Ledakan pengetahuan, teknologi, kepekaan kehidupan

    dan hubungan antarabangsa

    Konsepsi perkembangan : Proses analisis situasi, pembinaan, pelaksanaan dan

    penilaian kurikulum.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    11/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    10

    2.2.3 Teori Kurikulum

    Terdapat empat teori kurikulum yang penting iaitu:

    1. Teori Disiplin Mental

    2. Teori Kurikulum Saintifik

    3. Teori Fungsional

    4. Teori kurikulum sekolah

    2.2.3.1 Teori Disiplin Mental

    Ia merupakan teori kurikulum yang terawal. Menurut teori ini kuasa mental boleh

    dibangunkan menerusi banyak latihan seperti menghafal. Terdapat dua andaian asas

    tentang pembelajaran dan kurikulum :

    Pembelajaran mesti dipaksakan. Justeru, dendaan patut dikenakan sekiranyamatlamat pembelajaran hendak dicapai.

    Kawalan yang ketat perlu dilaksanakan ke atas proses pembelajaran. Dengan

    demikian adalah diharapkan intelek pelajar akan bertambah maju peringkat demi

    peringkat.

    Menurut teori kurikulum disiplin mental, sekolah merupakan tempat membina

    perkembangan akal. Kurikulumula merupakan alat untuk menghalusi keupayaan akal.

    Semua pelajar di sekolah akan belajar perkara yag sama. Fungsi pendidikan adalah

    untuk latihan mental.

    Pelopor William James dan Thorndike, E.L.

    Logik Psikologi- indera akal mempunya otot.

    Fungsi kurikulum Sekolah membina perkembangan otot

    Kurikulum halusi perkembangan otot.

    Kandungan

    Liputan : Semua ilmu untuk membina otot mental

    Pembahagian : Tidak perlu kerana setiap orang dilahirkan

    dengan otot mental yang sama.

    Rekabentuk : Tiada

    Perkembangan : Tiada

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    12/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    11

    2.2.3.2 Teori Kurikulum Saintifik

    Gerakan pengurusan saintifik telah mula menguasai barat pada awal kurun ke-20 dan

    tempiasnya turut dirasai oleh disiplin pendidikan. Pengurusan saintifik banyak bersandar

    pada konsep kecekapan dan kepiawaian. Kedua-dua unsur inilah yang menyebabkan

    peningkatan produktiviti industri dan perniagaan. Salah satu pengaruh daripada gerakan

    saintifik ialah pewujudan objektif pembelajaran dalam bentuk perlakuan. Kaedah ini

    membenarkan guru mengukur kemajuan murid beliau seperti mana pengurus kilangmengukur prestasi pekerja beliau.

    Menurut teori kurikulum saintifik, Sekolah merupakan tempat untuk memproses

    input iaitu (murid) menjadi output yang bersedia memikul peranan dalam kehidupan.

    Oleh sebab itu, kanak kanak di beri pendidikanp untuk masa depan. Kanak-kanak

    perlu dibezakan mengikut kecerdasan untuk memberi latihan spesifik yang selaras

    dengan peranan mereka dalam masyarakat.

    Pelopor Franklin Bobbit, Frederick W.Tayler

    Logik

    Pengeluaran barang industri

    Sekolah memproses input (murid) menjadi output yang bersedia

    memikul peranan dalam kehidupan

    Fungsi kurikulum Pendidikan untuk masa depan

    Kandungan

    Liputan :

    Disiplin ilmu yang sesuai

    Menyediakan kanak kanak melakukan aktiviti spesifik

    dengan betul

    Pembahagian :

    Merujuk kepada orang yang berlainan dalam kelas sosial

    Membezakan kanak kanak untuk mempelajari aktiviti

    aktiviti selaras dengan peranan mereka dalam kelas

    sosial masing masing apabila dewasa.

    Darjah kecerdasan membezakan semua orang untuk

    diajar perkara yang selaras dengan takdir masing -

    masing

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    13/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    12

    Rekabentuk :

    Aktiviti yang perlu dirancang dengan penyusunan langkah

    secara teliti untuk membantu kanak kanak belajarr

    sendiri

    Guru merekabentuk kurikulum yang sesuai

    Perkembangan : Tiada

    2.2.3.3 Teori fungsional

    Teori ini beranggapan bahawa peranan asas pendidikan ialah menyebarkan pengetahuan

    / kemahiran kepada generasi seterusnya. Pendidikan juga dikatakan sebagai agen

    sosialisasi - mengintegrasikan warga ke dalam masyarakat. Dalam hal ini pendidikanmengambil peranan menyebarkan nilai - nilai teras masyarakat, di samping bertindak

    sebagai pengawal sosial. Sebagai satu agen sosial, pendidikan bertindak menyisihkan

    anggota masyarakat menurut merit. Tanpa disedari pelajar cerdas dipilih untuk profesion

    bergaji tinggi manakala yang kurang cerdas dilatih untuk profesion kolar biru, contoh

    dalam sektor teknikal.

    Pelopor E. Durkheim, Talcott Parson

    LogikSosiologi Fungsi sosial

    Masyarakat wujud berasaskan sistem peranan anggotanya

    Fungsi kurikulum Pendidikan memasyarakatkan kanak kanak

    Kandungan

    Liputan :

    Memuatkan ciri ciri budaya umum dan khusus

    Menyediakan kemahiran kerja untuk memenuhi fungsi

    sosial

    Pembahagian :

    Mengikut permintaan tenaga manusia dan peningkatan

    kemahiran untuk memenuhi petak pekerjaan.

    Membahagikan kurikulum kepada beberapa bidang dan

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    14/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    13

    program

    Menempatkan murid untuk belajar ilmu dalam bidang

    yang berlainan

    Rekabentuk :

    Kurikulum rasmi

    Menyediakan kanak kanak bagi berperanan sebagai

    anggota masyarakat

    Pendidikan menerapkan nilai, pengetahuan dan

    kemahiran

    Perkembangan :

    Perkembangan teknologi mempengaruhi kurikulum untuk

    memenuhi tuntutan kerja

    Kemahiran untuk laksana pekerjaan

    2.2.3.4 Teori Kurikulum Sekolah

    Menurut teori sekolah, pendidikan sebagai satu alat kawalan sosial dan penerapan

    ideology. Sekolah merupakan tempat pembentukan masyarakat mengikut kehendak dan

    keperluan Negara itu sendiri. Oleh sebab itu, liputan, pembahagian dan rekabentuk

    kurikulum sentiasa berubah mengikut reformasi pendidikan

    Pelopor John Dewey, Arcer, Goodlad

    Logik Sosiologi Sekolah institusi masyarakat

    Fungsi kurikulum Pendidikan sebagai satu alat kawalan sosial dan penerapan

    ideology

    Kandungan Liputan :

    Berasaskan ideologi pendidikan golongan dominan

    Pembahagian :

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    15/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    14

    sebagai alat kawalan sosial

    kepelbagaian jurusan dapat memberi peluang kepada

    murid murid yang berbeza mengikut pencapaian, minat

    dan kecenderungan

    Rekabentuk :

    rekabentuk berlaku di peringkat sekolah, masyarakat dan

    institusi

    ditentukan oleh golongan dominan

    corak dan struktur kurikulum untuk menyatupadukan

    semua rakyat

    Perkembangan :

    mengikut proses morfogenesis

    perubahan sistem pendidikan berlaku mengikut

    perubahan politik, sosial dan ekonomi

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    16/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    15

    2.3 Aplikasi Teori Dalam Amalan Pengurusan KurikulumBilik Darjah

    2.3.1 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

    i) Pembelajaran merupakan satu proses mental

    Melalui prinsip ini, pembelajaran dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses

    pembelaran, pelajar sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal

    fikiran mereka melalui kaedah tinjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan

    kepentingan berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik darjah harus dipraktikkan

    supaya pelajar dapat berfikir dengan sempurna. Mereka harus didedahkan dengan

    pengalaman atau keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu. Mereka

    perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan

    yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu beraksi terhadapnya.

    Prinsip ini memberi perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi,

    ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.

    ii) Pembelajaran adalah proses cuba jayaDalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah dan kita

    akan cuba untuk menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik.

    Pada kebiasaannya, kita akan cuba menyelesaikan masalah dengan pelbagai

    percubaan sehinggalah salah satu daripada percubaan tersebut dapat

    mengatasinyanya. Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di

    bilik darjah. Malahan, ia juga merupakan cara yang paling digemari oleh pelajar.

    Melaluinya, pelajar berpeluang untuk mengetengahkan pendapat mereka dan

    menggunakan idea sendiri untuk mengatasi masalah. Daripada kesukaran mengatasi

    masalah itu, maka celik akal akan terhasil secara automatik. Pengalaman-pengalaman

    itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka.

    iii) Pembelajaran adalah satu penyiasatan

    Dalam hal ini, pelajar biasanya meneliti, memerhati, menganalisis, membuat

    perbandingan, mengesan dan sebagainya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

    pelbagai cara boleh digunakan untuk membolehkan penyiasatan dilakukan. Guru boleh

    menggunakan teknik penemuan, inkuiri, teknik menyelesaikan masalah, teknik lawatan

    dan sebagainya. Pelajar juga boleh mengadakan sesi-sesi perbincangan,

    membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan perlu dan sesuai. Situasi ini

    memberi mereka peluang untuk bertukar-tukar pandangan, mengetengahkan

    penemuan, menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya.

    iv)Isi pelajaran disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak

    Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah

    mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget. Oleh yang demikian,

    isi pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah

    mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan

    dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di

    sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut

    perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    17/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    16

    belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M. Dengan itu

    guru hendaklah mengajar pelajar tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka

    dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah

    rendah.

    2.3.2 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

    i) Pembelajaran adalah satu tabiat

    Prinsip ini amat sesuai diterapkan dalam proses pembelajarn khususnya pembelajaran

    bahasa. Pembelajaran adalah bertujuan untuk membentuk kebiasaan dan kerana itu ia

    memberikan banyak ulangan dan latihan. Pembelajaran harus juga dijalankan secara

    intensif dan bukan dalam bentuk berselang-selang. Dalam proses pembelajaran,

    bilangan pelajar mestilah tidak terlalu besar. Guru perlu merancang dengan rapi dan

    teliti. Pembelajaran harus bermula daripada yang mudah dahulu, dan diikuti oleh pola-

    pola yang kompleks sifatnya. Selain itu, setiap kesilapan atau kesalahan yang berlaku

    hendaklah dibetulkan di peringkat awal lagi supaya ia tidak menjadi kekal sebagaikebiasaan yang negatif.

    ii) Pengukuhan dalam pembelajaran

    Pengukuhan penting kerana ia merupakan alat untuk menentukan pembentukan tingkah

    laku yang dikehendaki berlaku dengan sempurna. Menurut prinsip ini, sesuatu gerak

    balas yang betul perlu diteguhkan oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan yang

    memberangsangkan. Dalam situasi pembelajaran, pengukuhan positif yang kerap

    dilakukan adalah pujian, mempamerkan keistimewaan, memberi pengiktirafan, memberi

    maklum balas yang menggalakkan, memberi dorongan, galakan dan sebagainya.

    iii) Latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkanLatihan yang dimaksudkan di sini ialah ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu

    rangsangan. Latihan ini dilakukan untuk membiasakan diri dengan sesuatu tabiat yang

    telah terbina supaya ia kekal. Latihan-latihan seperti ini hendaklah dilakukan dalam

    keadaan yang bermakna. Kebijaksanaan guru menguruskan dan menyebarkan latihan

    dengan sempurna akan menghasilkan keberkesanan dan pembelajaran akan dapat

    dikekalkan sepanjang masa.

    iv) Operasi rangsangan dan tindak balas dalam pengajaran

    Pembelajaran adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Penggunaan kedua-

    dua eleman ini biasanya akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam

    proses pembelajaran, terdapat pelbagai rangsangan yang boleh difikirkan dan

    diperkenalkan oleh guru. Di samping bertujuan untuk menghasilkan satu pembentukan

    tingkah laku yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak serta

    meningkatkan minat dan motivasi. Sebagai contoh, apabila guru ingin menyuruh pelajar

    beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah, guru boleh mengaitkannya dengan cara

    untuk berjaya dalam kehidupan.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    18/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    17

    Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelbagai rangsangan boleh dicipta. Ini

    termasuklah mempelbagaikan tingkah laku dan pola interaksi guru dan pelajar,

    mempelbagaikan pengalihan saluran deria, mempelbagaikan aktiviti, pendekatan,

    kaedah dan teknik, mempelbagaikan alat bantu mengajar dan penggunaan contoh-

    contoh lain yang baik dan sebagainya. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan

    sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, guru ingin

    pelajar supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, denganmemberi mereka latihan-latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir

    menyelesaikan masalah yang sukar, maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran

    kepada tahap yang seterusnya.

    2.3.3 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

    Prinsip yang paling penting adalah bahawa guru-guru tidak memberikan pengetahuan

    kepada pelajar. Sebaliknya, pelajar mesti membangunkan ilmu pengetahuan secara

    sendiri dalam struktur mental mereka. Ini bermakna, pelajar harus berusaha sendiri

    dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Berikut merupakan antaraaplikasi teori konstruktivisme yang boleh dipraktikkan oleh guru:

    i) Guru berperanan sebagai tutor dan fasilitator

    Konstruktivisme tidak mengenepikan peranan guru secara aktif atau memandang sepi

    tehadap nilai kepakaran dan pengetahuan yang ada pada mereka. Konstruktivisme

    mengubah suai peranan tersebut supaya guru dapat membantu pelajar membina

    pengetahuan dan tidak terlalu tertumpu kepada menghasilkan semula satu seri fakta.

    ii) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran

    Guru-guru konstruktivis menyediakan alat seperti penyelesaian masalah dan aktiviti-

    aktiviti pembelajaran yang berasaskan inkuiri yang dapat membentuk dan menilai idea-idea mereka, mengait simpul kesimpulan dan membuat inferensi dan menarik serta

    menyampaikan pengetahuan mereka dalam satu persekitaran pembelajaran kolaboratif.

    Guru membantu menciptakan situasi di mana pelajar merasa selamat untuk

    bertanya dan membayangkan pengetahuan dan pendapat melalui cara-cara sendiri,

    sama ada secara personal atau dalam kumpulan perbincangan. Guru harus

    menciptakan aktiviti-aktiviti yang menghalakan pelajar ke arah memancarkan semula

    pengetahuan dan pengalaman lepas.

    iii) Pelajar memainkan peranan pusat dalam mengawal pembelajaran

    Pelajar mengawal proses pembelajarn mereka, dan mereka membimbing arah dan hala

    tuju dengan memancarkan semula pengalaman-pengalaman mereka. Proses ini

    menjadikan mereka pakar dalam pembelajaran mereka.

    iv) Pelajar diberi peluang untuk mengorak pembelajaranGuru-guru konstruktivisme menggalakkan pelajar memerhatikan dengan teliti bagaimana

    aktiviti dapat membantu mereka menguasai sesuatu pemahaman. Dengan menyoal diri

    sendiri dan menggunakan strategi tertentu, pelajar dalam kelas konstruktivis, secara

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    19/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    18

    ideal akan menjadi pakar. Ia memberi mereka alat yang berkesan untuk mengekalkan

    pembelajaran. Melalui satu persekitaran bilik darjah yang terancang dengan baik, pelajar

    belajar bagaimana hendak mempelajari sesuatu. Apabila mereka secara berterusan

    menggunakan pengalaman mereka, pelajar akan mendapati idea mereka menjadi

    semakin rumit dan kompleks dan mereka memperkembangkan kebolehan mereka untuk

    mengintergrasikan dan membangunkan maklumat baru.

    v) Pelajar melibatkan diri secara aktif (fizikal, sosial, mental dan emosi)

    Konstruktivisme membentuk pelajar daripada seoarng penerima yang pasif kepadaseorang peserta yang aktif dalam proses pembelajaran. Pelajar hanya boleh membinailmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajarandan pembelajaran. Mereka perlu menggunakan minda mereka secara aktif untukmembandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka danuntuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini.

    Pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarah danmengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka. Pada akhir sesi pengajaran,mereka terlibat dalam proses-proses menilai dan menaksir pemikiran sendiri melalui

    refleksi dan renungan.

    vi) Pelajar menentukan strategi pembelajaran sendiri

    Pelajar perlu merancang strategi pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri serta

    membuat refleksi dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku. Guru-guru pula

    perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran

    berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar

    untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka.

    vii) Penyelesaian masalah dan pemahaman yang mendalamAktiviti utama dalam kelas konstruktivisme ialah menyelesaikan masalah. Pelajar

    menggunakan kaedah inkuiri untuk bertanyakan soalan, menyiasat, dan menggunakanpelbagai sumber untuk mendapatkan jawapan dan penyelesaian. Semasa pelajar

    meneroka sesuatu topik, mereka akan menghasilkan kesimpulan, dan apabila

    penerokaan diteruskan, mereka menyemak semula konklusi tersebut. Penerokaan

    melalui penyoalan, menghalakan kepada lebih banyak soalan.

    Pelajar mempunyai idea yang mungkin kemudiannya mereka dapati banyak yang

    tidak sah, tidak betul, atau tidak mencukupi untuk menerangkan pengalaman baru. Idea-

    idea ini adalah langkah sementara dalam integrasi pengetahuan. Pengajaran

    konstruktivisme mengambil kira konsep semasa pelajar dan membina daripadanya

    pengalaman-pengalaman baru.

    viii) Kerjasama dan pembelajaran koperatif digunakan

    Kelas konstruktivisme bergantung sepenuhnya kepada bekerja bersama-sama (collabo-

    ration) di kalangan pelajar. Terdapat banyak alasan mengapa kolaborasi menyumbang

    kepada proses pembelajaran. Alasan utama yang ditanggapi dengan baik ialah melalui

    pembelajaran kolaboratif, pelajar belajar tentang belajar bukan sahaja untuk mereka

    tetapi juga untuk rakan sebaya. Apabila pelajar menyemak dan menyelenggarakan

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    20/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    19

    proses pembelajaran bersama-sama, mereka boleh mencernakan strategi atau kaedah

    daripada persetujuan antara satu sama lain.

    ix) Pembinaan ilmu pengetahuan kendiri

    Pelajar membina pengetahuan sendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman dan

    interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, pelajar membina maklumat berasaskan

    pengalaman sedia ada; apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini adalahpenting. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling mempengaruhi antara

    pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru; proses-proses yang berterusan

    melibatkan penjanaan idea, pemeriksaannya dan kemudian penstrukturan semula idea-

    idea tersebut. Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama dan

    baru; ia melibatkan pengubahsuaian kefahaman konsep-konsep lama dan baru

    berasaskan kepercayaan individu.

    x) Penggunaan penaakulan dan logik dalam menilai informasi baru

    Apabila seorang pelajar menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak

    konsisten atau serasi dengan penerangan baru, ia akan bermotivasi untuk membetulkan

    ketidakseimbangan pada dirinya. Pelajar tersebut akan berusaha menerima informasibaru dan menganalisisnya sebelum menerima atau menolaknya.

    xi) Menggunakan kemudahan yang disediakan oleh guru

    Guru-guru sebagai fasilitator menyediakan pelbagai bahan sokongan untuk membantu

    pelajar dalam proses pembelajaran kendiri. Bahan bantu pengajaran yang digunakan

    oleh guru-guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar.

    Bahan-bahan bantu pengajaran yang dipersembahkan juga mesti menarik danpelbagai untuk menarik minat pelajar agar mereka cepat menguasai ilmu baru. Pelajarmengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berdasarkan pemahaman

    kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    21/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    20

    2.4 Kurikulum Merupakan Segala Bentuk Pembelajaran Yang Terancang YangBerlaku Di Dalam Bilik Darjah

    Zais (1996),

    Kurikulum meliputisegala pembelajaran:

    DI SEKOLAH

    (Terancang &tidak

    dirancang) DI SEKOLAH

    (Terancang)DI BILIKDARJAH

    (Terancang)

    Kurikulum

    Umum Khusus

    Pelbagai tanggapan dan pendapat tentang kurikulum yang boleh kita rumuskan sebagai

    kurikulum adalah segala bentuk pembelajaran yang terancang dalam bilik darjah. Menurut

    Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua

    pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk

    membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan

    masing-masing. Saylor dan Alexander 1974 mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan

    dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh

    dan objektif yang spesifik yang berkait dengannya. Rancangan ini dibina oleh pusat

    persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) telah mendefinisikan kurikulum sebagai segala

    rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi

    pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada

    dua bahagian :

    i Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta

    segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

    ii bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum)

    seperti kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain- lain.

    Ishak Ramly (2003) menyatakan kurikulum merangkumi semua pengalaman yang

    didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan di dalam bilik

    darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu :

    i) kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    22/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    21

    ii) kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara

    praktikal di dalam kelas.

    iii) Kurikulum ialah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan

    pengalaman individu ataupun berkumpulan.

    Daripada pendapat di aras dapat disimpulkan bahawa kurikulum sememangnya suatubentuk pembelajaran yang terancang yang mana kurikulum itu sendiri merupakan aktiviti

    pembelajaran yang dirancang atau disusun berpandukan kandungan kurikulum kebangsaan,

    sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang mana objektif dan matlamatnya ditentukan terlebih

    dahulu. Kurikulum mestilah terancang untuk memastikan ia berjaya dilaksanakan.

    Perancangan bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat

    implementasinya di dalam bilik darjah menerusi rancangan pengajaran harian. Tanpa

    perancangan sebenarnya guru merancang untuk gagal. Perancangan perlu disokong dengan

    matlamat atau objektif yang jelas dan kebolehcapaiannya adalah tinggi. Jika perancangan yang

    dibuat begitu baik tetapi matlamatnya tidak jelas, maka guru yang melaksanakannya sudah

    pasti merasa keliru terhadap halatuju yang hendak dicapai. Kurikulum hanyalah dokumen jika

    tidak dilaksanakan menerusi pendekatan kaedah, strategi dan aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran yang berkesan. Oleh sebab itu, sesuatu kurikulum yang hendak disampaikan

    dalam bilik darjah perlulah terancang untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

    Keberkesanan pelaksanaan tugas guru di bilik darjah bergantung kepada perancangan

    yang berkesan dalam melaksanakan kehendak-kehendak kurikulum. Berpandukan kurikulum,

    guru perlu merancang penggunakan buku teks, penggunaan buku sumber, penggunakan buku

    rujukan, penggunaan bahan-bahan pengayaan dan penggunaan teknologi maklumat di dalam

    bilik darjah.

    Perancangan pelaksanaan kurikulum di bilik darjah juga melibatkan penguasaan isi ataupengetahuan, kemahiran, penggunaan kaedah pengajaran, penglibatan aktif pelajar,

    perkembangan strategi belajar, penggunaan alat bantu mengajar dan sebagainya. Kurikulum

    juga menjadi asas bagi guru merancang latihan- latihan, ujian, peperiksaan dan tugasan untuk

    mengukur dan menilai kebolehan pelajar.

    Kurikulum terancang dapat memaksimumkan keupayaan murid untuk beroleh

    pengetahuan. Lebih daripada 95 % maklumat atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru

    dapat dikuasai atau difahami murid. Kejayaan sesuatu kurikulum sekolah adalah berkait rapat

    dengan pengoperasian kurikulum sekolah. Sehubungan itu, guru haruslah menguasai

    kemahiran dalam mentafsir perubahan kurikulum sekolah dengan tepat serta kebolehan

    membuat pengubahsuaian berdasarkan keperluan pelajar, persekitaran dan kemudahan

    sumber yang sedia ada atau dapat diperolehi.

    Peranan guru dalam pengoperasian kurikulum ialah menghayati perubahan kurikulum

    sekolah, meningkat dan mengemaskini pengetahuan dan kemahiran dalam mentafsir dan

    melaksanakannya dengan berkesan. Rajah di bawah menunjukkan penglibatan guru dalam

    perancangan dan pelaksanaan kurikulum di bilik darjah.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    23/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    22

    Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu

    memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum

    serta sukatan pelajarannya. Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tantang mata

    pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemhiran mengajar termasuk menghubungkait

    pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran dengan

    bagi pelajar- pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan

    kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.

    Di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi

    tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan

    keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan

    bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan

    kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan

    meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum melalui pengubahsuaian dalam

    rancangan mengajar.

    ANALISIS KURIKULUM

    MENENTUKAN

    KEPERLUAN

    PELAKSANAAN

    PERANCANGAN

    PENGAJARAN

    PELAKSANAAN

    PENGAJARAN-

    PEMBELAJARAN

    PENILAIAN

    KAJIAN SEMULA DAN

    TINDAKAN SUSULAN

    Falsafah, rasional, objektif, isi kandungan

    Bahan-bahan dan alatan pengetahuan ( isi pelajaran, strategi

    dan teknik, susunan dan pengendalian bilik darjah).

    Kemahiran guru

    Rancangan pengajaran dan susunan bilik darjah

    Bahan- bahan pengajaran (isi, susunan, aktiviti, penyerapan

    nilai,ilmu dan kemahiran, peruntukan masa)

    Teknik mengajar

    Aktiviti sokon an

    Kesan pengajaran dan pembelajaran, kesan bahan pelajaran,

    prestasi murid dan pencapaian objektif.

    Rancangan

    Strategi dan teknik

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    24/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    23

    Antara kepentingan kurikulum terancang adalah untuk digunakan sebagai rujukan bagi

    meneguhkan kelebihan dan kekuatan serta membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat

    dalam perancangan tersebut. Ia juga boleh membantu guru merancang aktiviti-aktiviti dan gerak

    kerja susulan. Selain itu, kurikulum terancang juga boleh dijadikan sebagai senarai semak yang

    membolehkan guru- guru memerhatikan dan mengenal pasti sama ada butiran-butiran penting

    berkaitan tertinggal ataupun tidak. Ini boleh mengelakkan pengajaran seseorang guru itu

    menjadi seperti bidang terjun dalam proses penyampaian ilmu. Di samping itu ia bolehmenambah keyakinan guru untuk menghadapi murid ketika proses penyampaian ilmu dalam

    bilik darjah.

    2.5 Isu-isu berkaitan

    2.5.1 Terlalu banyak teori pembelajaran

    Terdapat 5 Teori Pembelajaran yang dipelajari oleh para guru untuk diaplikasikan

    kepada pelajar masing-masing semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun keranaterdapat terlalu banyak teori maka guru sukar untuk menggunakan teori yang tepat. Ini kerana

    bagi memastikan keberkesanan teori, guru terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari

    teori yang paling tepat untuk digunakan kepada pelajar mereka. Oleh yang demikian, sukar

    untuk mendapatkan komitmen daripada setiap guru untuk berusaha mencari Teori

    Pembelajaran yang patut digunakan kepada pelajar mereka kerana usaha ini memerlukan

    persediaan yang rapi dan penilaian yang berterusan.

    2.5.2. Guru menggabungkan banyak teori dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran

    Antara isu lain yang sering berlaku ialah guru menggabungkan banyak teori dalam satusesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan semua teori digunapakai kepada pelajar

    dan menjimatkan masa, guru telah menggabungkan dua atau lebih teori dalam satu sesi

    pengajaran dan pengajaran. Ini menyebabkan guru sukar membuat penilaian tentang ketepatan

    penggunaan teori dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut jenis pelajar dalam

    bilik darjah yang berbeza.

    2.5.3. Guru sukar memilih teori yang tepat untuk diaplikasikan dalam bilik darjah

    Kebanyakan guru yang sukar untuk memilih teori yang tepat untuk diaplikasikan dalam

    bilik darjah ialah guru yang tidak mampu membuat penilaian secara peribadi dan perkaitan

    langsung antara teori yang bakal digunakan dan jenis pelajar mereka. Oleh yang demikian guruperlulah memahami setiap teori yang dipelajari dan mengenali pelajar mereka dengan lebih

    mendalam supaya pemilihan teori pembelajaran adalah tepat dan berkesan.

    2.5.4 Guru sering kali menolak teori sebagai sesuatu yang ideal dan tidak dapat

    dipraktikkan

    Isu guru sering kali menolak teori sebagai sesuatu yang ideal dan tidak dapat

    dipraktikkan merupakan isu yang paling sukar ditangani kerana melibatkan keperibadian guru

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    25/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    24

    itu sendiri. Program motivasi diri untuk para guru perlulah diwujudkan bagi membolehkan para

    guru sedar akan tugas hakiki mereka iaitu mendidik pelajar. Apabila guru telah dimotivasikan

    maka semangat untuk guru belajar semula teori pembelajaran dan mengaplikasikan teori

    tersebut dalam bilik darjah akan terlaksana.

    RUMUSAN

    Teori-teori pembelajaran berfungsi untuk membantu pembelajaran seseorang dengan

    cara yang paling berkesan. Dalam situasi tertentu seperti mendedahkan konsep asas sesuatu

    perkara, pendekatan behavioris mungkin lebih berkesan. Setelah konsep asas tersebut

    dikuasai, pendekatan kognitif boleh diguna untuk melatih kemahiran berfikir pelajar supaya

    mereka lebih aktif berinteraksi dengan maklumat yang diberi dan memproses maklumat

    tersebut untuk jangka masa yang panjang. Pendekatan yang dibawa oleh teori konstruktivisme

    pula menjadikan pelajar seakan seorang saintis yang perlu meneroka sendiri maklumat-

    maklumat yang ada dan membina kefahaman sendiri berdasarkan pengetahuan sedia mereka

    dan maklumat yang baru diperolehi. Pendekatan ini lebih kepada mengaplikasi pengetahuan.Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, peringkat perkembangan kognitif

    kanak-kanak merupakan faktor yang paling penting dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengajaran harus dikembangkan daripada konkrit

    kepada abstrak. Penggunaan model yang sesuai memainkan peranan yang penting untuk

    menyampaikan konsep pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pelajar-pelajar

    seronok apabila menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah

    pengajaran. Oleh itu, guru harus mempertimbangkan keperluan asas pelajar mereka dipenuhi.

    Guru-guru perlu menjadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa seronok, gembira, harmonis dan selamat

    dengan melibatkan diri mereka ke dalamnya. Guru juga perlu bersifat penyayang dan memupuk

    nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang

    sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran. Pendek kata, teori-teori pembelajaran yang ada saling lengkap-melengkapi

    antara satu sama lain. Kekurangan yang ada pada teori behavior akan ditampung oleh teori

    kognitif dan begitulah sebaliknya. Teori-teori ini jika ia digunakan dengan berkesan dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran seseorang tentu akan mempastikan pencapaian objektif-

    objektif pembelajaran.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    26/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    25

    GLOSARI

    Aksiom : Proposisiyang samada tidak dibuktikan atau didemonstrasikantetapi dianggap tidak dapat disangkal, atau tertakluk kepadasesuatu keputusan.

    Analisis : Kaedah yang menentukan tugas dan kemahiran.

    Diskriminasi : Layanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di manalayanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili olehindividu berkenaan.

    Eksplanadum : Satu fenomena yang perlu dijelaskan.

    Elisitasi : Kecerdasan

    Fenomena : Sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan,diberikan dan dijelaskan secara saintifik.

    Generalisasi : Kesimpulan yang berupa pernyataan umum dari beberapapernyataan khusus.

    Hipotesis : Satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antaradua atau lebih pemboleh ubah.

    Hukum kesan : Ikatan rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jikaterdapat kesan yang memuaskan (ganjaran) selepas sesuatugerak balas yang dihasilkan.

    Hukum kesediaan : Kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelumindividu itu bertindak, iaitu belajar.

    Hukum latihan : Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuhjika terdapat latihan.

    Ideologi : Satu kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah lakuseseorang.

    Implementasi : Perlaksanaan

    Kognitif : Aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis,

    membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

    Kondusif : Sesuai, menyumbang atau menggalakkan.

    Konsepsi perkembangan : Pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran(seseorang atau sesuatu kumpulan) tentang sesuatu idea ataugagasan.

    Konstruktivisme : Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan

    atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan

    pengalaman sedia ada.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    27/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    26

    Kurikulum : Laluan, garis panduan, rancangan yang teratur yang

    merangkumi aktiviti akademik dan bukan akademik.

    Logik : Fikiran, idea, huja, alasan atau prinsip.

    Metakognitif : Proses minda yang menyebabkan seseorang itu sedar tentang

    pemikirannya, berusaha untuk mengingat dan merenung

    kembali perkara yang telah difikirkan, menilai atau menganalisis

    proses berfikir yang telah dilalui serta membuat perancangan

    untuk menggunakannya dengan lebih berkesan pada masa

    akan datang.

    Morfogenesis : Proses perubahan dan perkembangan bentuk organ atauindividu.

    Pembelajaran : Sebarang perubahan tingkahlaku

    Pembelajaran kolaboratif : Satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam

    aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan

    dengan beberapa orang pelajar yang lain.

    Pembelajaran koperatif : Kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai

    kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai

    satu matlamat yang sama.

    Pengajaran : Penyampaian,tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersamaoleh guru dan murid

    Polisi : Rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmisebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatukeputusan atau dasar.

    Profesion kolar biru : Pekerjaan yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas-tugasyang lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal, sepertikerja kilang.

    Psikologi : Ilmu mengenai jiwa atau mengenai fikiran manusia.

    Reformasi : Perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaanyang lebih baik.

    Sosiologi : Ilmu pengetahuan tentang masyarakat (termasuk carakehidupannya, pertumbuhannya dan lain-lain)

    Teorem : Satu pernyataan yang telah dibuktikan berdasarkan pernyataanpernyataan terdahulu, contohnya teorem-teorem yang lain, danpernyataan-pernyataan yang telah diterima sebelumnya, sepertiaksiom-aksiom.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    28/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    27

    BIBLIOGRAFI

    Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Utusan

    Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2008). Falsafah dan Kurikulum. Quantum Books.\

    Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM :Cetak Ratu Sdn. Bhd.

    Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. PTS Publications and

    Distributors Sdn Bhd.

    Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala

    Lumpur, Kayazano Enterprise.

    Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka

    Mohamad Daud Hamzah dan Koh Tsu Koon. 1987. Perkembangan Kurikulum: Satu PanduanPraktis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Dalam NorainiIdis dan Shuki Osman, Pengajarn dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:McGraw Hill. Pps 161-188.

    Mok Soon Sang. (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)

    Sekolah Menengah Semester 1 &2. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Nik Aziz Nik Pa. (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik.

    Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Shukor. 2008. Siri Pendidikan Guru :Psikologi Pendidikan. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. (Jun 2011). Pengantar Pendidikan.

    Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

    Zaini Abdullah.(2011). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Universiti

    Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

    .

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    29/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    28

    LATIHAN KENDIRI

    SOALAN OBJEKTIF

    1. Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman

    mereka dan setiap murid membina pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu

    pengetahuan melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. Siapakahtokoh pelopor teori di atas?

    A. Ivan PavlovB. E.L. ThorndikeC. B.F. SkinnerD. Vygotsky

    2. Berikut merupakan kandungan teori kurikulum kecuali

    i. liputan

    ii. rekabentuk

    iii. fungsional

    iv. disiplin mental

    v. perkembangan

    A. i, ii

    B. ii, iii

    C. iii, iv

    D. iv, v

    3.

    Pernyataan di atas merujuk bentuk pembelajaran:

    A. Kontekstual

    B. Behaviorisme

    C. Konstruktivisme

    D. Kogntif

    4. Manakah kenyataan yang tepat tentang pendekatan pembelajaran konstruktivisme?

    A. Guru tidak menyampaikan maklumat secara telus kepada murid.B. Murid mengaplikasikan idea-idea baru dalam konteks yang sama antara satu sama

    lain.

    C. Murid mengaplikasikan idea-idea baru dalam konteks yang berbeza antara satu

    sama lain.

    D. Guru perlu mengawal kebolehan, murid dan keperluan supaya pembelajaran berja-

    ya.

    Pembelajaran adalah satu fahaman bahawa murid membina

    pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan

    pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan

    pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    30/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    29

    5. Apakah elemen penting dalam Teori BehaviorismeA. Ilmu dan PemikiranB. Rangsangan dan GerakbalasC. Tingkahlaku dan PerbuatanD. Pengajaran dan Pembelajaran

    6. Ishak Ramly (2003) menyatakan kurikulum merangkumi semua pengalaamn yang

    didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilikdarjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahgaian seperti yang berikut

    kecuali

    A. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah.

    B. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di

    dalam kelas.

    C. Kurikulum ialah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan

    pengalaman individu ataupun berkumpulan.

    D. Kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran

    bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik yang berkait

    dengannya.

    SOALAN ESEI

    1. Terdapat 4 jenis teori kurikulum iaitu teori kurikulum disiplin mental, teori kurikulum

    saintifik, teori kurikulum fungsional dan teori kurikulum sekolah. Huraikan teori kurikulum

    sekolah.

    Soalan 2 & 3 berdasarkan pernyataan di bawah:

    2. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan lima prinsip pembelajaran Teori

    Konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Rohani.

    3. Huraikan mana-mana lima daripada lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yangCikgu Rohani perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya.

    4. Nyatakan secara ringkas apakah yang diideakan dalam Teori Kognitif?

    5. Huraikan kepentingan kurikulum terancang dalam bilik darjah?

    Cikgu Rohani adalah seorang guru yang percaya bahawa

    pembelajaran berkesan seharusnya berpusatkan murid. Beliau seringmengapliksasikan Teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktivisme

    bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

    berkesan.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    31/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    30

    SKEMA JAWAPAN

    SOALAN OBJEKTIF

    1. D 4. A

    2. C 5. ?

    3. C 6. D

    SOALAN ESEI

    1. Liputan :

    Berasaskan ideologi pendidikan golongan dominanPembahagian :

    sebagai alat kawalan sosial

    kepelbagaian jurusan dapat memberi peluang kepada murid murid yangberbeza mengikut pencapaian, minat dan kecenderungan

    Rekabentuk :

    rekabentuk berlaku di peringkat sekolah, masyarakat dan institusi ditentukan oleh golongan dominan

    corak dan struktur kurikulum untuk menyatupadukan semua rakyatPerkembangan :

    mengikut proses morfogenesis

    perubahan sistem pendidikan berlaku mengikut perubahan politik, sosial danekonomi

    2. Prinsip pembelajaran Teori Konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita:

    Pembelajaran berpusatkan pelajar.

    Pengetahuan bermakna dibina pelajar.

    Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain

    afektif dan domain psikomotor.

    Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.

    Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.

    Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.

    Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.

    Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.

    Guru berperanan sebagai fasilitator.

    3. Lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Rohani perlu usahakan untukmemastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya.i) Pembelajaran isyarat

    - Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, gurumenjalankan pembelajaran isyarat.

    ii) Rangsangan gerak balas- Dalam pembelajaran rangsangan gerak balas, guru mementingkan

    peneguhan.iii) Rangkaian motor

    - Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    32/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    2

    iv) Prinsip pertalian bahasa- Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan

    kemahiran menulis pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.- Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja

    konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yangpenting.

    v) Diskriminasi

    - Merupakan aspek yang penting dalam penguasaan konsep.- Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu

    kategori dengan kategori yang lain.- Pelajar juga perlu tahu membezakan ciri-ciri yang penting dan kurang

    penting dalam sesuatu kategori.vi) Pembentukan konsep

    - Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep denganmudah.

    - Dia harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalamsesuatu kelas atau kategori.

    - Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh memandupelajar untuk membentuk konsep dengan mudah dan jelas.

    vii) Pembentukan hukum- Guru boleh mengajar hokum dengan menggunakan kaedah

    perbandingan, dan dengan mengaplikasikan hokum dalam situasipembelajaran yang berlainan.

    - Guru harus member arahan yang jelas, mudah dan memfokus kepadaaspek-aspek yang penting dalam hokum.

    viii) Penyelesaian masalah- Dalam proses penyelesaian masalah, guru memberikan situasi

    masalah yang perlu diatasi oleh pelajar.- Guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hokum dan konsep

    yang perlu diaplikasi.- Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah

    pelajar mencari jawapannya sendiri.

    4. Teori kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yangberlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripadatingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajiankepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akalmengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaranmereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal,kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini,manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akanmenyusun segala maklumat di dalam ingatan.

    5. Antara kepentingan kurikulum terancang dalam bilik darjah adalah digunakan sebagairujukan bagi meneguhkan kelebihan dan kekuatan serta membaiki kelemahan-

    kelemahan yang terdapat dalam perancangan tersebut. Ia juga membantu guru-guru

    merancang aktiviti-aktiviti dan gerak kerja susulan. Selain itu, kurikulum terancang juga

    boleh dijadikan sebagai senarai semak yang membolehkan guru-guru memerhatikan

    dan mengenalpasti sama ada butiran-butiran penting berkaitan tertinggal ataupun tidak.

    Ini boleh mengelakkan pengajaran seorang guru itu menjadi bidang terjun dalam

    proses penyampaian ilmu. Di samping itu juga, ia boleh membantu meningkatkan

  • 7/29/2019 Modul Penuh Dr.io PDF

    33/33

    Topik 2 : Teori-teori Berkaitan Kurikulum Bilik Darjah

    keyakinan guru untuk menghadapi murid serta menyampaikan dan mengembangkan

    ilmu pengetahuan dengan berkesan.