penuh geoi

download penuh geoi

of 12

Transcript of penuh geoi

1.0 PENDAHULUAN Geografi merupakan satu bidang yang berkait rapat dengan alam sekeliling. Geografi mempunyai dua unsur iaitu unsur fizikal dan kemanusiaan. Unsur fizikal adalah seperti tanah,air, udara, batuan, dan laia-lain. Manakala unsur kemanusiaan pula adalah yang berkait rapat dengan segala aktiviti manusia seperti kegiatan pertanian, perindustrian dan sebagainya. Namun begitu kita hanya akan membincangkan tentang geografi fizikal yang mengalami perubahan akibat daripada kegiatan manusia. Dalam geografi fizikal terdapat tiga sub-bidang utama iaitu kajiiklim dan cuaca, biogeografi dan geomorfologi yang saling berkait antara satu sama lain. Bagi memahami dengan lebih mendalam tentang geografi fizikal yang saling berkaitan, satu kajian telah dijalankan di persekitaran Kampus Baru Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terletak di Proton City. Kawasan ini mempunyai keluasan seluas 800 hektar secara keluasannya. Namun kawasan yang dikaji hanyalah seluas 200 hektar. Kajian yang dijalankan berdasarkan tiga komponen utama geografi fizikal iaitu litosfera, biosfera dan hidrosfera.

2.0 LITOSFERA DAN ATMOSFERA (GEOMORFOLOGI DAN CUACA) Hakisan merupakan proses penggondolan dan kikisan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen yang bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak. Penggondolan merupakan satu proses yang melibatkan hakisan pengangkutan dan pemendapan bahan atau bebanan di kawasan cerun ke kawasan yang lebih rendah. Terdapat beberapa unsur mempengaruhi kadar penggondolan tanah. Antaranya bentuk muka bumi, tekstur batuan, iklim, tumbuh-tumbuhan, tindakan haiwan dan aktiviti manusia. Kebiasaanya proses penggondolan ini berlaku dalam jangka masa yang panjang. Kewujudan tenaga kinetik dan geseran semasa agen hakisan bergerak menuruni permukaan bumi merupakan salah satu punca yang membawa kepada berlakunya hakisan tanah. Hakisan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu salah satunya hakisan permukaan yang merujuk kepada proses yang melibatkan pengaliran air dan layangan angin di cerun secara keseluruhan. Manakala hakisan dalam alur pula terdiri daripada proses yang melibatkan hakisan galir dan galur oleh air mengalir. Terdapat 3 jenis hakisan yang dikenalpasti di kawasan kajian iaitu hakisan percikan, hakisan kepingan dan hakisan galir dan galur.

2.1 Kawasan Dan Kaedah Kajian Kawasan kajian yang dijalankan bertempat di Kampus Baru Universiti Pendidikan Sultan Idris di Proton City. Kawasan ini berkeluasan seluas 800 hektar dan 200 hektar daripadanya dijadikan sebagai tapak kajian. Persekitaran tapak kajian yang dipilih memiliki bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, struktur tanah yang tidak serata dan masih lagi dalam proses pembinaan. Kaedah yang digunakan adalah kaedah pemerhatian dan kaedah rujukkan. Berpandukan kaedah pemerhatian, didapati bahawa terdapat sebahagian tanah dari kawasan bukit di tapak pembinaan dijadikan sebagai sumber bekalan tanah untuk menambak kawasan yang tidak rata dan berlopak. Selain itu, berdasarkan kaedah ini juga satu pembandingan dapat dihasilkan iaitu dengan membandingkan antara kawasan bukit yang masih digunakan tanahnya untuk aktiviti pembinaan dan belum dibaikpulih (bukit A) dengan kawasan bukit yang telah ditereskan serta ditanam tumbuhan litup bumi selepas digondolkan (bukit B). Kaedah rujukkan yang digunakan adalah berpandukan sumber buku dan jurnal.

2.2 Hasil dan Perbincangan 2.2.1 Kawalan Hakisan yang terdapat di tapak kajian: 2.2.1.1 Kawalan hakisan cerun

Kawasan yang cerun seperti kawasan bukit akan ditereskan bertujuan bagi mengawal kadar hakisan yang terdapat di tapak kajian. Terdapat dua bukit di tapak kajian iaitu bukit A dan bukit B. Bagi bukit A, hakisan banyak berlaku kerana bukit ini belum lagi ditereskan. Manakala bukit B telah ditereskan dan di tanam dengan tumbuhan litup bumi. Walaubagaimanapun kecerunan bukit B tidak dibina dengan sekata seperti mana yang ditunjukkan oleh gambarajah dibawah:

Series 2200 180 160 140 120 100 80 60 40 20 0 Series 2

Kecerunan Bukit B Kecerunan di bukit B tidak seragam bagi menjimatkan kos pembinaan. Terdapat lima tingkat di bukit B yang sudah ditereskan dan setiap tingkat mempunyai longkang atau drain bagi mengurangkan halaju aliran air.

2.2.1.2 Kawalan hakisan longkang/pemparitan Dikawasan kajian juga disediakan kawalan hakisan pemparitan bagi bertujuan untuk mengawal halaju aliran air supaya kadar hakisan di kawasan itu terkawal. Terdapat dua jenis kawalan hakisan iaitu Earthdrain dan Rockswall dikawasan ini.

3.0 BIOSFERA Tujuan kajian ini dijalankan di kawasan pembinaan bangunan itu untuk mengenalpasti dan memerhati jenis dan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan yang masih boleh menyesuaikan diri dalam keadaan sekitarnya setelah kawasan itu telah diterokai. Sebelum kawasan ini diterokai, kawasan ini berbukit bukau serta tanahnya dilitupi dengan pelbagai kehidupan tumbuh tumbuhan hutan. Setelah aktiviti peneresan tanah tersebut telah dilakukan bagi tujuan pembinaan bangunan di kawasan tersebut kemusnahan tumbuh-tumbuhan juga turut berlaku. Penerokan kawasan tersebut telah menyebabkan kandungan nutrien dalam tanah itu telah berubah serta tanah tersebut terdedah dengan bahangan matahari yang terlalu tinggi kerana kurang tumbuhtumbuhan yang berfungsi sebagai litupan bumi dan juga pokok pokok yang tinggi. Justeru itu, hakisan tanah yang berlaku akibat daripada perubahan cuaca seperti hujan dan panas menyebabkan berlakunya luluhawa dan merosotkan kualiti tanah dan kandungan nutrien berubah yang menyebabkan hanya segelintir tumbuhan mampu menyesuaikan diri manakala yang lainnya musnah.

3.1 Kaedah Kajian Antara kaedah kajian yang telah digunakan ialah pemerhatian dan rujukan.Kaedah pemerhatian digunakan untuk melihat pelbagai spesies tumbuhan yang wujud di kawasan kajian. Selain itu, gambar bagi setiap jenis tumbuhan telah diambil untuk digunakan. Seterusnya,kaedah rujukan digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi setiap jenis dan ciri-ciri tumbuhan tersebut.

3.2 Kawasan Kajian Kawasan kajian kami ialah kampus baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terletak di Proton City. Luas kawasan kajian kami meliputi kawasan seluas 200 ekar ke arah utara.Kawasan ini masih dalam pembinaan bangunan dan juga penimbusan untuk meratakan kawasan yang beralun. Kawasan yang telah diterokai dan dibiarkan akan ditumbuhi pelbagai tumbuhan seperti lalang, rumput dan lain-lain tumbuhan. Kawasan inilah yang akan kami kaji dalam lingkungan kawasan yang telah ditetapkan. Malahan kami juga mengkaji tumbuhan di kawasan cerun-cerun yang sedang dalam proses penarahan dan penutupan.

3.3 Hasil Kajian 3.3.1Faktor kewujudan. Banyak tumbuhan yang hidup secara semulajadi dan meliar di kawasan yang terhakis. Biasanya tumbuh-tumbuhan ini wujud disebabkan oleh faktor sebaran. Terdapat tiga faktor sebaran yang menyebabkan kewujudan tumbuhan meliar semulajadi di kawasan kajian kami iaitu udara (angin), air (hujan) dan binatang. Antara pokok yang hidup disebabkan oleh sebaran angin

1. 2.

Semalu (Mimosa Pudica) rumput tahi ayam (Ageratum Conyzoides)

Pokok yang wujud disebabkan sebaran binatang 1. Senduduk Ungu (Melastoma Malabathricum) Pokok yang wujud disebabkan sebaran hujan. 1. Bunga butang (Comphrena Globosa L)

3.3.2 Ciri-ciri tumbuhan 1. Semalu (Mimosa Pudica). tumbuhan merayap semusim (annual), Batang tumbuhan ini tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang, dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m. 2. Bunga butang (Comphrena Globosa L). Bunga yang berbentuk bulat serta mempunyai banyak bunga, ditanam melalui pembiakan biji benih dan bunga akan didapati selepas 40 hari penanamannya. 3. rumput tahi ayam (Ageratum Conyzoides). Rumput ini banyak dijumpai di kawasan kering dan tanah terbiar. Daun berbulu lembut, tepi daun bergerigi dan berbau apabila di ramas. Mempunyai jambak bunga berwarna putih atau ungu dan terdapat pada pucuk. 3.3.3 Cadangan Pemulihan Tanah Dua kaedah utama penanaman tumbuhan telah digunakan untuk mengawal bentuk muka bumi dan memulihkan semula struktur tanah iaitu spot turfing dan close turfing. Spot turfing merupakan kaedah penanaman secara jarak dan ditanam di semua permukaan tanah rata. Spot turfing digunakan bagi tanah landai kerana tanah landai tidak terlalu berisiko untuk terhakis. Close turfing pula merupakan kaedah penanaman secara rapat. Biasanya kaedah close turfing ini digunakan di kawasan tanah yang bercerun. Kawasan bercerun tidak mempunyai tumbuhan semulajadi maka, apabila ia dibersihkan, tanah akan menyerap lebih banyak air semasa hujan dan menjadikannya lebih berat. Oleh itu, close turfing sesuai untuk menstabilkan tanah di cerun ini.

4.0 HIDROLOGI Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti jumlah takungan air di kawasan pembinaan kampus baru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Hal ini kerana penerokaan kawasan tersebut yang asalnya kawasan hutan tebal telah mengalami perubahan proses kitaran hidrologi. Selain itu, kajian ini turut mengenalpasti kepentingan sistem saliran yang dibina oleh pihak pemaju dalam mengekalkan kualiti air di tapak kajian. Kajian ini juga meliputi status kualiti air di kawasan tersebut. Antaranya ialah suhu, kadar pH air, sedimen, COD, BOD, dan DO. Kajian ini dijalankan dengan beberapa objektif : a) Mengenalpasti jumlah takungan air yang dibina di tapak kampus baru UPSI.

b) Mengenalpasti kepentingan sistem saliran yang dibina supaya kualiti air dikekalkan. c) Menilai dan membandingkan suhu, pH dan sedimen di setiap takungan air kawasan tersebut. 4.1 Kaedah Dan Kawasan Kajian Kajian dijalankan di tapak Kampus Baharu UPSI yang meliputi kawasan seluas 200 ekar persegi. Terdapat beberapa bentuk muka bumi yang dikenal pasti dikawsan ini seperti bukit, anak sungai dan tasik. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kajian kualitatif dan kaedah kuantitaf. Kaedah kajian kualitatif yang dijalankan ialah mengukur nilai pH dan suhu air di dalam sistem saliran samaada secara semulajadi atau buatan seperti tasik, sungai dan kolam takungan. Manakala kaedah kuantitatif pula adalah dengan merujuk kajian yang telah dijalankan sebelum ini.

4.2 Hasil Dan Perbincangan 4.2.1 Kualiti air Indeks Kualiti Air (IKA) menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) dikira berdasarkan kepada enam parameter yang utama Keperluan Oksigen Kimia (COD), Ammoniakal Nitrogen (NH N),Ph Oksigen Terlarut (OD), Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) dan Pepejal Terampai (SS). Walau bagaimanapun, hanya tiga parameter yang diambil ketika kajian iaitu Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan Ph Oksigen Terlarut (OD). 4.2.2 Parameter Kualiti Air Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) Parameter ini digunakan untuk mengukur kualiti oksigen yang digunakan oleh bekteria dalam proses pengoksidaan aerobik (Azlina Binti Suleiman, 2005). Kehadiran BOD dalam air merupakan petunjuk bagi pencemaran bahan-bahan organik. Piawai yang dikeluarkan oleh JAS untuk kualiti air kelas III adalah 3 mg/l. Keperluan Oksigen Kimia (COD) Ujian ke atas COD dilakukan bagi menentukan kekuatan organik air buangan dan pencemaran dengan mengukur kandungan oksigen yang diperlukan bagi pengoksidaan kimia bahan-bahan organic dalam air. Piawai JAS bagi pengukuran COD untuk air kelas III ialah 50 mg/l. Oksigen Terlarut (OD) Jumlah oksigen dalam air amat bergantung pada suhu air, faktor kemasinan dan factor tekanan(). Kehilangan oksigen dalam air boleh disebabkan oleh peningkatan kandungan bahan organik, tindakan aerobik mikroorganisma yang menggunakan DO untuk menghuraikan bahan organic tersebut. JAS menetapkan piawaian bagi kualiti air kelas III untuk DO ialah 3-5 mg/l.

Nilai pH Nilai pH adalah sukatan kandungan ion hidrogen di dalam larutan. Nilai pH member kesan tidak langsung terhadap hidupan lain bergantung kepada ketahanan sesuatu kehidupan (Abdullah Mohamad Said, 1999). Nilai pH yang lazim adalah julat antara 6.7 hingga 8.6. sehubungan dengan keputusan analitikal, indeks kualiti air (WQI) dalam setiap pemantauan pada sistem saliran yang ada di tapak kajian dinyatakan dalam rajah dibawah. Rajah: Nilai pH dan Suhu Air di Tapak Pembinaan Kampus Baharu UPSI35 30 25 20 15 10 5 0 kolam 1 kolam 2 kolam 3 kolam4 kolam 5 kolam 6 kolam 7 sungai salak tasik 1 tasik 2 suhu nilai pH

Suhu turut disukat kerana mempengaruhi ciri-ciri fizik, kimia dan biologi air. Ciri-ciri air yang dipengaruhi suhu ialah ketumpatan, kelikatan, keboleh larutan gas dan penghuraian bahan organik (Abdullah Mohamad Said, 1999).

4.3 Kepentingan Sistem Saliran Sistem saliran yang dibina dikawasan tapak pembinaan adalah bertujuan untuk mengekalkan kualiti air di kawasan tapak kajian. Secara umumnya sistem saliran yang dibina adalah untuk membersihkan air melalui proses pembersihan semulajadi. Proses ini boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu pencairan, pemendapan dan penurasan. Namun demikian melalui kajian yang telah dijalankan hanya proses pemendapan yang dapat dikenal pasti. Proses pemendapan ialah proses apabila bahan pencemar seperti pepejal terampai mendap dan menjadikan air kembali bersih. Sumber pencemaran tidak berpunca merupakan masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan pihak berkuasa tempatan. Hakisan air permukaan yang membawa sedimen dan bahan pencemar dari tapak pembinaan. Membina kolam perangkap sedimen di kawasan pembinaan bertujuan memerangkap sedimen yang ada.

5.0 RUMUSAN Hasil kajian yang telah dijalankan, dapat dinyatakan bahawa tapak kajian ini sememangnya telah terdedah kepada agen-agen hakisan seperti aliran air hujan, angin dan jentera pembinaan sehingga mengubah landskap muka bumi di kawasan kajian tersebut. Bagi menggelak masalah ini daripada terus menjadi serius dan merosakkan struktur muka bumi secara keseluruhannya, beberapa kaedah kawalan telah difikirkan dan dikenalpasti. Antaranya adalah membina teres bukit, Earth Drain, Rock Drain, Out Fall dan tanaman litup bumi. Oleh itu, dengan adanya kaedah kawalan ini masalah hakisan di tapak kajian dapat dikurangkan. Secara tidak langsung telah dapat mengelak berlakunya bencana alam dan seterusnya mengurangkan perubahan landskap di kawasan kajian. Setelah mengambil kira kompenan biosfera di kawasan kajian, didapati pelbagai spesies tumbuhan yang mampu hidup dan mencorakkan lanskap di tapak kajian. Berdasarkan pemerhatian, pelbagai spesies tumbuhan ditemui dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Rujukan yang dibuat telah memberikan maklumat yang jelas untuk mengenalpasti spesiesspesies tumbuhan selain mengenalpasti ciri-ciri yang membantu tumbuhan tersebut untuk menyesuaikan diri. Hal ini demikian kerana tapak kajian terdedah dengan agen hakisan maka bentuk penyesuaian perlu ada pada setiap jenis spesies tumbuhan. Kajian juga mendapati bahawa terdapat pelbagai kepentingan sistem saliran kepada keseimbangan ekosistem yang terdapat dalam tapak kajian. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti kualiti air dan nilai pH air yang terdapat dalam sistem saliran di kawasan kajian. Berdasarkan kajiaan yang dijalankan kami mendapati bahawa ketiga-tiga komponen tersebut saling berkait dan bergantung antara satu sama lain. Pembinaan kampus baru UPSI sememangnya banyak memberi kesan kepada persekitaran kawasan tersebut seperti tanah runtuh, kupupusan habitat, pencemaran air dan sebagainya. Namun begitu masalah tersebut masih boleh diatasi dengan pembaik pulih dan penyelenggaraan dengan betul seperti membina teres, sistem saliran yang baik dan sebagainya.

LAMPIRAN KOLAM-KOLAM TADAHAN

Gambar 1: Kolam tadahan 1

Gambar 2 : Kolam tadahan 2

Gambar 3 : Kolam tadahan 3

Gambar 4 : Kolam tadahan 4

Gambar 5 : Kolam tadahan 5

Gambar 6 : kolam tadahan 6

Gambar 7 : Kolam tadahan 7 MENDAPAN SEDIMEN

Gambar 8 : Sungai Salak

Gambar 8 : Gambar 9 : Kedalaman mendapan sedimen kolam tadahan 1 Kedalaman mendapan sedimen kolam tadahan 3

Gambar 10 : Gambar 11 : kedalaman mendapan sedimen kolam tadahan 5 Kedalaman mendapan sedimen kolam tadahan 6 TASIK

Gambar 13 : tasik 1 SISTEM PERPARITAN

Gambar 14 : tasik 2

Gambar 15 : sistem parit yang dibina bagi memudahkan air dari kolam tadahan mengalir ke tasik. Gambar 16: Parit yang memerangkap sedimen.

Gambar 17 : sistem perparitan yang tidak dibina dengan sistematik