Lari Berpagar

19
Olahraga ( Lari Berpagar ) Pengenalan Acara lari berpagar memerlukan aplikasi teknik yang tepat dan betul Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan kperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yan tinngi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar. Kategori Acara Lari Berpagar Kenapa ada yang terbang terbalik tu? Acara lari berpagar peringkat antarabangsa mempunyai dua jarak yang berbeza bagi setiap kategori untuk lelaki (L) dan perempuan (P). Jarak bagi setiap kategori acara tersebut, ialah: (i) 110 meter lari berpagar (L) (ii) 110 meter lari berpagar (P) (iii) 4000 meter lari berpagar (L)

description

WAJ 3121

Transcript of Lari Berpagar

Olahraga ( Lari Berpagar)Pengenalan

Acara lari berpagar memerlukan aplikasi teknik yang tepat dan betul

Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan kperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yan tinngi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.

Kategori Acara Lari Berpagar

Kenapa ada yang terbang terbalik tu?

Acara lari berpagar peringkat antarabangsa mempunyai dua jarak yang berbeza bagi setiap kategori untuk lelaki (L) dan perempuan (P). Jarak bagi setiap kategori acara tersebut, ialah:(i) 110 meter lari berpagar (L)(ii) 110 meter lari berpagar (P)(iii) 4000 meter lari berpagar (L)(iv) 400 meter lari berpagar (P)Kemahiran Lari BerpagarTerdapat beberapa fasa dalam melaksanakan acara larian berpagar. Fasa-fasa tersebut ialah:PermulaanLonjakanMendaratPenamat

Kombinasi teknik dalam acara lompat berpagar

(a) Fasa permulaanTeknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok permulaan.Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.Lari dengan larian yang konsisiten dari permulaan hingga dua langkah terakhir.Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada dihadapan daripada kaki yang melangkah pagar.(b) Fasa lonjakanJarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:Ketinggian atletKelajuan larianJarak jangkauan kaki hadapanKelajuan langkah kaki hadapanJarak lonjakan ke pagar adalah mengikut keupayaan atlet. Lonjakan pagar juga bergantung kepada kecondongan badan yang sesuai melepasi pagar dengan meminimumkan pergerakan di udara. Kecondongan badan ke hadapan (dip) membantu keselesaan di udara dan dapat menimbangi daya tarikan graviti.Gaya lonjakan kaki yang baik:Meninggalkan muka trek sama seperti pecutMelonjak dengan menggunakan hujung tapak kakiKaki hadapan diangkat tinggiKepala tegak memandang ke hadapanPusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak

(c) Fasa layanganAngkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi mengarah keluar. Ayun tangan yang selari dengan kaki belakang dengan pantas.Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah-olah melayang ke udara.(d) Fasa mendaratJatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi pagar.Berat badan di hadapan kaki.Tarik tangan yang bertentangan kaki hadapan ke belakang dengan pantas.Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg)(e) Fasa penamatLari dengan pecutan maksimum sebai sahaja kaki hadapan mendarat.Ayunkan kedua belah tangan secara agresif dengan bantuan kaki belakang.Pecut hungga ke garisan penamat dengan enam langkah sahaja

https://budakpjk.wordpress.com/nota-ringkas/olahraga-lari-berpagar/

Lari BerpagarLARI BERPAGARAcara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukannya satu acara lompatan. Alatan asas seperti tali, batang rotan dan skitel boleh digunakan untuk mempelajari kemahiran asas lari berpagar.

Kemahiran Lari BerpagarBagi acara lari berpagar, seseorang pelari perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di samping itu, kelicinan berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiap pelari. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap pelari mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan pelari pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik supaya badan dapat dilenturkan secara automatik semasa membuat lompatan.

Teknik Lari Berpagar Yang Betula) Menuju pagar pertama i) Bilangan langkah larian hendaklah tetap. ii) Berlari dengan pantas (lari pecut).iii) Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar.

b) Melepasi pagari) Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan.ii) Bengkokkan badan ke hadapan.iii) Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu.iv) Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan smelangkah melepasi pagar.v) Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).

c) Berlari di antara pagar i) Bilangan langkah hendaklah sama. ii) Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.

d) Mengakhiri larianGaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat.Kesalahan Teknik Yang Biasa Dilakukan Dalam Acara Lari Berpagara) Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalam acara lompat tinggi.b) Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama.c) Ketika cuba melepasi pagar, peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar.d) Melepasi pagar dengan badan yang tegak.e) Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar.

Peraturan Asas Bagi Perlumbaan Lari Berpagara) Pelari hendaklah mengikut lorong masing-masing.b) Blok mulaan atau alat berlepas mestilah digunakan pada masa pertandingan.c) Pelari dikehendaki melangkah pagar melalui bahagian atasnya.S F l = o -language:MS'>c) Gaya panjang

Bagi gaya peluru, kedua-dua belah kaki mesti dirapatkan, iaitu hujung belakang ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan. Semenatara bagi gaya sederhana pula, lutut kaki belakang selari dengan hujung kaki hadapan. Kedua-dua gaya ini biasanya dilakukan oleh para pelajar sekolah manakala gaya panjang pula biasanya dilakukan oleh peserta-peserta yang tinggi. Dalam gaya panjang ini, lutut kaki belakang adalah selari dengan bahagian tumit kaki hadapan.Walaubagaimanapun, kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah:-a) Bentuk badan peserta (tinggi/rendah)b) Masa tindak balas pesertac) Kekuatan kakid) Kordinasi yang cekap

Menggunakan Blok MulaanBlok mulaan ini digunakan untuk menghasilkan suatu daya tolakan yang maksimum (lebih berkesan) apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok mulaan adalah seperti berikut:-a) Jarak blok dari garis permulaan hendaklah memberi keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada penggunanya ketika dalam keadaan sedia.b) Jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garis permulaan adalah di antara 30 48cm.c) Jarak di antara bahagian belakang blok dengan bahagian hadapan blok adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan.d) Melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu.e) Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan untuk memijak bahagian belakang blok.f) Pastikan blok dipasang dengan ketat dan kuat.

Keadaan Ke GarisanTerdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan semasa berada dalam keadaan Ke Garisan. Antaranya ialah:a) Berjalan menuju ke blok dan berdiri dengan blok itu berada di bawah kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan.b) Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas blok.c) Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. Jarak di antara kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan bidang bahu.d) Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan imbangan yang maksimum.

Keadaan SediaTerdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh peserta semasa berada dalam keadaan Sedia. Antaranya ialah:-a) Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu.b) Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.c) Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan.

Berlepas Dari Blok MulaanBerlepas dari blok mulaan merupakan satu tindakan ledakan. Semasa pelari berlepas dari blok mulaan, kedua-dua belah kaki pelari akan menolak blok dengan kuat dan pantas. Tangan pelari perlu dihayun untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok tadi. Bagi memastikan pelari dapat berlepas dengan pantas dan sempurna, beberapa pergerakan perlu dilakukan oleh pelari. Antaranya ialah:-a) Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta-merta.b) Jarak langkah yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek.

Mulaan Di Bahagian Selekoh Di Lorong LarianSekiranya pelari harus memulakan larian dari bahagian selekoh lorong larian, blok mulaan hendaklah dipasang secara bersudut. Melalui cara ini, pelari tersebut akan dapat bergerak ke bahagian dalam lorong lariannya dengan lurus.

Menamatkan Perlumbaan Lari PecutSemasa menuju ke garisan penamat, seseorang pelari tidak digalakkan melompat ke garis tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan kepantasannya. Biasanya, dalam perlumbaan lari pecut, pelbagai gaya pelari yang boleh dilihat semasa tiba di garisan penamat. Antaranya ialah:-a) Ada sesetengah pelari yang menamatkan lariannya dengan cara mendepakan tangannya ke belakang dan badannya (bahagian torso) pula digerakkan ke hadapan.b) Ada juga sesetengah pelari yang menamatkan lariannya dengan gaya menundukkan bahagian kepalanya.c) Ada juga pelari yang memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir apabila tiba di garisan penamat.

Walau apapun gaya yang dilakukan oleh pelari untuk menamatkan larian pecut, adalah penting untuk bagi seseorang pelari itu mengekalkan postur mekanis yang baik. Ini kerana sekiranya sebaliknya berlaku, kepantasan dan imbangan badan pelari mungkin akan terjejas.http://cikgucekgi-caah.blogspot.com/2011/12/lari-berpagar.html

Lari berpagar 1.0 JENIS PAGAR

1) NATIONAL ALUMINIUM HURDLE

2) POLANIK HURDLE

3) UCS INTERNATIONAL HURDLE

4) UCS ULTIMATE HURDLE

2.0 PERATURAN Pelari berlari dalam lorong masing-masing. Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang oelari dalam keadaan berikut: - Mengheret kaki di bawah palang pagar. - Melompat pagar di lorong lain atau, - Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.

3.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN v 60 meter lari berpagar (tertutup sahaja) v 100 meter lari berpagar (wanita) v 110 meter lari berpagar (lelaki) v 400 meter lari berpagar

4.0 FASA LARI BERPAGAR

1. Menuju pagar pertama v Bilangan langkah larian hendaklah tetap v Berlari dengan pantas (lari pecut) v Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar

2. Lonjakan v Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa. v Kaki kehadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi. v Apabila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan. v Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan. v Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar. v Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

3. Melepasi pagar Gaya melepasi pagar v Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah kehadapan. v Bongkokkan badan kehadapan. v Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu. v Tapak kaki belakang hendaklah mengarah keluar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar v Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat)

4. Pulihan v Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu.

5. Condong badan dikekalkan. v Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar.

6. Berlari di antara pagar v Bilangan langkah hendakalah sama v Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan

7. Mengakhiri larian v Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat

5.0 ANSUR MAJU LATIHAN LARI BERPAGAR Latihan 1

-Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu. Melangkah batang rotan.

Latihan 2 -Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan. Melangkah batang rotan yang ditinggikan.

1) Tujuan latihan 1 dan 2 ialah; Untuk membantu setiap peserta membina ritma Untuk membantu setiap peserta membina bilangan langkah yang seragam ketika berlari diantara halangan. 2) Semasa latihan berlari, peserta-peserta digalakkan membilang setiap langkah yang mereka buat dengan menyebut, Lompatsatuduatigalompat

Latihan 3 -Latihan ini merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan. Peserta perlu berjalan dan melangkah dihujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan ini diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung peserta. -Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada berlari anak.

Latihan menggerakkan kaki belakang

Latihan 4 - Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun.

Susun batang rotan dan lompat melepasinya Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakan kaki belakang semasa melepasi pagar.

Latihan 5 - Lari berpagar dari peringkat mulaan gaya dekam sehingga ke garisan penamat. -Tujuan latihan ini ialah untuk membina keseragaman langkah-langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.

Latihan 6 Halangan di atas tanah

a) Melangkah tali yang direntang ditanah. b) Berlari dan melangkah batang rotan rendah. c) Berlari dan melangkah halangan di tanah

Latihan 7 -Halangan dengan ketinggian

a) Berlari dan melangkah tali anjal yang direntang. b) Berlari dan melangkah kaki dan lutut. c) Berlari dan melangkah gulungan tilam (yang diikat). d) Berlari dan melangkah bangku panjang (rujuk rajah 2.1) e) Berlari dan melangkah bangku panjang secara berulang ( rujuk 2.2) f) Berlari dan melangkah ketinggian yang berbeza (guna tilam yang digulung untuk memberi ketinggian berbeza iaitu rendah ke tinggi.

Latihan 8 - Melangkah bahagian tengah dua halangan.

a) Melangkah tengah halangan. b) Melangkah tengah halangan secara berulang.

Latihan 9 - Menendang ke hadapan a) Tendangan karate

b) Tendang tembuk

c) Tendang bola yang digantung

Latihan 10 - Melangkah pagar Guna pagar halangan rendah dengan jarak 1-1.5 meter antara halangan. Kaki dihadapan dibengkokkan dan diangkat melepasi halangan dan dijatuhkan serta merta bila tumit melepasi halangan. Bila kaki melangkah itu mencecah tanah, kaki belakang dibawa dengan cepat melepasi halangan.

Latihan 11 -Latihan kaki belakang secara berasingan. Halangan di letak antara 3 4 meter dengan ketinggian 20 cm. Latihan diadakan pada sebelah kaki sahaja. Dengan cara berjalan, kaki melangkah bergerak ke hadapan dan kaki belakang diangkat melepasi halangan. Ulang beberapa kali dan kemudian ulang latihan dengan berlari.

Latihan 12 - Melangkah melepasi pagar menggunakan kaki melangkah secara berasingan. Halangan seperti latihan 3. Latihan diadakan pada sebelah kanan halangan sahaja. Dengan cara berjalan, kaki melangkah di gerak ke hadapan melepasi halangan. Ulang beberapa kali dan kemudian ulang latihan dengan berlari.

Latihan 13 -Halangan rendah ( kurang dari 20 cm ) Pelari bergerak melepasi halangan rotan yang diletak d atas kon. Jarak antara halangan diubah supaya pelari melangkah tiga kali sebelum melompat melepasi halangan dan kaki melepasi halangan mestilah yang sama.

Latihan 14 Halangan sederhana ( 30 40 cm ) Pelari bergerak melepasi halangan setinggi 30 40 cm. Jarak antara halangan diubah sehingga 6 meter.

Latihan 15 -Halangan pelbagai ketinggian Ulang latihan 6 dengan ketinggian pagar 61 cm, 76 cm, 84 cm, 91.4 cm dan 1 meter atau pada ketinggian yang sesuai.

Latihan 16 Lari berentak/ beritma a) Gunakan lorong larian biasa. 3 zon, A, B, C ditandakan di atas lorong dengan batang rotan/tali berjarak 1.5 meter. Jarak antara zon 6 hingga 7 meter. b) Mulakan larian secara melonjak melepasi zon A. Gunakan kaki kanan untuk melonjak dan kaki kiri sebagai kaki hadapan, iaitu kaki yang mendahului pergerakan melepasi pagar sebaliknya sekiranya atlet menggunakan kaki kiri sebagai kaki lonjakan. c) Setelah mendarat dengan kaki kiri, ambil 3 langkah, pendaratan kaki kanan sebagai langkah pertama pada langkah ketiga, melonjak dengan kaki kanan untuk melepasi zon B, dan seterusnya hingga melepasi zon C. patah balik dengan pelakuan aktiviti yang sama.

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwinhttp://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/lari-berpagar.html