KPP 4023

download KPP 4023

of 16

Transcript of KPP 4023

  • 7/28/2019 KPP 4023

    1/16

    (PROGRAM DPLI UPSI-KIPSAS)JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)

    KPP4023PSIKOLOGI PENDIDIKAN

    MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN

    DI SMA PADANG TENGKU DAN PENYELESAIAN

  • 7/28/2019 KPP 4023

    2/16

    DI SMA PADANG TENGKU DAN PENYELESAIAN

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    ISI KANDUNGAN

    BIL TOPIK M/S

    1.0 PENGENALAN 1

    2.0 MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN 2

    3.0 PUNCA-PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK

    TAMBAHAN 4

    4.0 PENYELESAIAN MELALUI PENDEKATAN KONTRUKTIVISME

    SOSIAL (SCAFFOLDING) 8

  • 7/28/2019 KPP 4023

    3/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN

    DI SMA PADANG TENGKUDAN PENYELESAIAN MELALUI TEORI PSIKOLOGI

    1.0 PENGENALAN

    Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih

    daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama

    ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan

    kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna.

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), terdapat beberapa masalah

    yang wujud diantara pelajar mahupun guru itu sendiri semasa pengajaran dan

    pembelajaran dijalankan. Permasalahan yang wujud ini boleh disebabkan oleh banyak

    faktor seperti masalah kognitif, behaviorisme, persekitaran yang akan membentuk

    tingkah laku, pemikiran, emosi dan sosial yang tidak seimbang dikalangan pelajar.

  • 7/28/2019 KPP 4023

    4/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    2.0 MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN

    Matapelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran penting dalam

    sistem pendidikan di negara ini. Elemen mengira juga tergolong dalam asas 3M

    (menulis, mengira dan membaca) yang menjadi tunjang kepada Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan (FPK). Kelemahan pelajar dalam matapelajaran matematik sering

    menjadi tumpuan terutama ketika negara sedang mengejar kemajuan dalam duniayang semakin berkembang di mana matapelajaran matematik merupakan asas kepada

    pengukuran tahap kognitif individu. Kemahiran penyelesaian masalah dalam

    matapelajaran matematik ini dapat memupuk kemahiran berfikir, dan pelajar dapat

    menggunakannya untuk kegunaan harian serta untuk masa hadapan.

    Sebagai satu kajian sosial, matematik bukan sahaja membincangkan alat-alat dan

    tatacara berkaitan dengan sistem-sitem nombor tetapi matematik itu juga

    membicarakan masalah-masalah yang dialami oleh orang semasa cuba memahami

    dan membuat penyelarasan yang sesuai dengan semua jenis pengalaman yang

    bersabit dengan kuantiti (Frank J. Swetz dalam Liew Su Tim, 1983)

  • 7/28/2019 KPP 4023

    5/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    Perbezaan jurang antara kedua-dua matapelajaran ini juga semakin ketara

    kerana pola GPMP bermula dari tahun 2008 hingga tahun 2012 bagi kedua-duamatapelajaran adalah berbeza. Matapelajaran matematik teras mengalami peningkatan

    yang berterusan sejak tahun 2008 manakala matapelajaran matematik tambahan pula

    mengalami penurunan yang berturut bermula pada tahun 2009 sehingga tahun 2012.

    Hingga ke hari ini, mata pelajaran matematik tambahan masih dianggap sukaroleh kebanyakan pelajar tingkatan 4 dan 5. Bilangan calon SPM yang memperoleh

    gred A+ dalam kertas berkenaan dianggarkan hanya 10 hingga 20 peratus berbanding

    dengan matematik teras. Malah, terdapat calon SPM cemerlang dalam matematik

    teras, tetapi kecundang dalam matematik tambahan.

  • 7/28/2019 KPP 4023

    6/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    3.0 PUNCA-PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK

    TAMBAHAN

    Pelajar-pelajar yang mengikuti pelajaran matematik tambahan ini merupakan

    pelajar dari kelas aliran sains dan juga perakaunan. Jadi matapelajaran matematik

    tambahan ini merupakan matapelajaran yang wajib walaupun ramai diantara pelajar

    mengambil matapelajaran matematik tambahan ini secara terpaksa tanpa minat yangmendalam dalam matematik.

    Selain itu juga, syarat kemasukan pelajar ke kelas aliran sains dan perakaunan

    yang longgar juga menjadi antara faktor penyebab berlakunya masalah ini.

    Kebanyakan pelajar yang lemah dalam matapelajaran ini merupakan pelajar yang

    lemah dalam matematik dan bukan dari golongan yang cenderung kepada kecerdasan

    logik matematik. Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam

    Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: Kecerdasan Verbal Linguistik, Kecerdasan Visual,

    Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal, Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan

    Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan

  • 7/28/2019 KPP 4023

    7/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    Montague (1993) melaporkan bahawa pelajar yang berpencapaian rendah

    menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalampenyelesaian masalah. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan pelajar

    untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan banyak langkah penyelesaian

    (multi-step). Selain itu, pelajar yang berpencapaian rendah dalam matematik juga

    menghadapi kesukaran mengingat. Ini merupakan ketidakupayaan pelajar dalam

    menguruskan maklumat untuk penyimpanan. Kesukaran mengingat menghalangpelajar daripada menyimpan fakta dengan lama. Miller dan Mercer (1997)

    mengatakan pelajar yang menghadapi kesukaran mengingat akan memberi kesan

    kepada keupayaannya menyelesaikan masalah berayat dengan cara berikut:

    i) Pelajar tidak berupaya menyimpan fakta-fakta matematik atau

    maklumat baru

    ii) Pelajar tidak ingat langkah-langkah algoritma

    iii) Pelajar-pelajar menunjukkan kelemahan dalam ulang kaji pelajaran

    iv) Pelajar-pelajar menghadapi kesukaran menyatakan masa

    v) Pelajar-pelajar menghadapi masalah menyelesaikan masalah yang

  • 7/28/2019 KPP 4023

    8/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    Penguasaan kemahiran matematik adalah penting bagi pelajar menunjukkan

    inisiatif sendiri untuk membuat latihan dan menyelesaikan masalah matematiktambahan dari semasa ke semasa. Bahasa matematik juga menjadi kesulitan kepada

    pelajar. Bahasa matematik berbeza dengan bahasa biasa kerana ia mempunyai makna

    yang tersendiri dan di gunakan dalam konteks matematik yang tertentu. Di samping

    itu, banyak istilah matematik digunakan dalam kurikulum matematik tambahan tidak

    dapat difahami oleh pelajar. Kekeliruan tentang istilah merupakan satu masalah yangdi hadapi oleh pelajar yang menyebabkan mereka tidak dapat memahami maksud

    istilah tersebut.

    Masalah pembelajaran matematik tambahan ini juga semakin bertambah

    disebabkan oleh pemikiran pelajar itu sendiri telah disetkan bahawa matapelajaran

    matematik tambahan merupakan matepelajaran yang sukar dan telah menjadi

    kebiasaan sekiranya tidak cemerlang dalam matapelajaran ini. Pelajar juga menjadi

    takut apabila sering mendengar cerita-cerita berkaitan matematik tambahan

    merupakan matapelajaran yang begitu sukar dan mencabar.

  • 7/28/2019 KPP 4023

    9/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    Oleh itu, guru perlu bijak menggunakan kreativiti serta inovatifnya dalam

    menyampaikan isi pengajaran terutamanya tentang penyelesaian masalah agar dapatmewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan kondusif. Kemahiran kognitif

    pelajar perlu dijana dengan baik agar mereka dapat menggunakan kemahiran yang

    sedia ada untuk menyelesaikan masalah matematik

  • 7/28/2019 KPP 4023

    10/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    4.0 PENYELESAIAN MELALUI PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

    SOSIAL (MODEL SCAFFOLDING)

    Menurut Robert Havighurst dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan

    Abdul Aziz Abdul Syukur (2008), pada peringkat awal remaja (12-18 tahun), remaja

    akan mencapai kematangan fizikal seperti ketinggian maksimum pada peringkat ini.

    Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal, iaitu boleh membuat

    pemikiran hipotetikal-deduktif. Dari segi perkembangan emosi, timbul pelbagai emosi

    laen seperti ingin kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk

    mengawal emosi. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya.Remaja pada

    peringkat ini juga mula tertarik kepada rakan sebaya dari jantina yang berlainan.

    Berdasarkan Teori perkembangan Psikososial Erikson Suppiah Nachiappan,

    Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Syukur (2008) pula, pelajar-pelajar sekolah

    menengah tergolong dalam tahap kelima (12-20 tahun). Tahap ini melibatkan remaja

    awal dan remaja akhir. Tugas remaja pada peringkat ini adalah untuk mendapatkan

    perasaan ego identity dan mengelak kekeliruan peranan. ego identity bermakna

  • 7/28/2019 KPP 4023

    11/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    4.1 Penyelesaian Melalui Model Scaffolding

    Scaffolding refers to the assistance that adults and more competent peers provide

    during learning episodes (Temple et al., 2011). This support can take the form of

    clues, reminders, encouragement, breaking down the problem into steps, providing

    an example, or anything else that allows the student to grow in independence as a

    learner (Slavin, 1997 dalam Diane H. Tracey, Lesley Mandel Morrow 2012).

    Scaffolding merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk belajar

    dan memecahkan masalah. Bantuan tersebut dapat berupa petunjuk, dorongan,

    peringatan, menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah pemecahan, memberikan

    contoh, dan tindakan-tindakan lain yang memungkinkan pelajar itu belajar sendiri. Ini

    merupakan teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki kemahiran yang

    lebih untuk membantu seseorang yang kurang berpengetahuan. Pembelajaran dengan

    bantuan scaffolding memberi manfaat kepada pelajar yang lemah.

    Pendekatan melalui scaffolding memberi dua sumbangan, iaitu ia menjadikan

  • 7/28/2019 KPP 4023

    12/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    Pendekatan ini menjurus kepada konstruktivisme sosial yang disebut

    pendekatan konstruktivisme sosial. Pendekatan konstruktivisme sosial memandangkebenaran matematik tidak bersifat tepat dan mengidentifikasi matematik sebagai

    hasil dari pemecahan masalah dan pengajuan masalah (problem posing) oleh

    manusia.

    Dalam pembelajaran matematik tambahan, pelajar berinteraksi dengan guru,

    dengan pelajar lain dan berdasarkan pada pengalaman tidak formal pelajar

    mengembangkan strategi-strategi untuk memberi respon kepada masalah yang

    diberikan. Pendekatan ini sesuai dengan masalah pembelajaran yang di hadapi pelajar.

    Menurut Roslina Radzali (2007) kepercayaan pelajar yang naif tentang ciri

    penyelesaian masalah perlu diperbetulkan. Pelajar perlu diberi kesedaran, bimbingan

    dan pengalaman bahawa memahami konsep yang mendasari masalah adalah penting

    untuk berjaya dalam penyelesaian masalah matematik tambahan. Pelajar perlu

    diberikan pendedahan melalui latihan, supaya mereka melihat masalah yang

    hendak diselesaikan dari sudut prinsip asasnya dan tidak melihat masalah secara

  • 7/28/2019 KPP 4023

    13/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    5.0 PENUTUP

    Secara kesimpulannya, dengan sistem pembelajaran matematik tambahan yang

    menekankan penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh

    pelajar membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya membuatkan

    minat mereka untuk terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali membuat pelbagai

    andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang cuba di sampaikan

    oleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia bermaksud pembentukan

    konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah berbeza dengan hasrat yang ingin

    dicapai oleh pendidik.

    Seseorang pelajar yang tidak menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran

    matematik akan menghadapi masalah pemahaman dalam matematik tambahan.

    Kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang

    lebih rendah, iaitu dalam bentuk hirarki. Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan

    masalah atas sebab-sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya

    kesalahfahaman konsep.

  • 7/28/2019 KPP 4023

    14/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas pelajar rata-rata menunjukkan

    bahawa mereka tidak mampu memahami soalan, tidak tahu merancang strategi dansudah tentu tidak tahu melaksana strategi. Pembelajaran adalah suatu proses yang

    aktif. Pelajar perlu membina skim-skim matematik berasaskan penggunaan kalkulator

    atau pengalaman sendiri. Selain itu pelajar juga perlu di beri peluang berbincang dan

    bertukar-tukar fikiran semasa menyelesaikan masalah.

  • 7/28/2019 KPP 4023

    15/16

    PSIKOLOGI PENDIDIKAN - KPP 4023 |2013

    6.0 RUJUKAN

    Liew Su Tim (1983), Pengajaran matematik disekolah Malaysia, Shah Alam:

    Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

    Salhah Abdullah (2009), Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

    Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin dan Sabri Ahmad (2007), Trend Pengajaran

    Dan Pembelajaran Matematik, Kuala Lumpur : Utusan Publications and

    Distributors Sdn. Bhd

    Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Syukur (2008), Siri

    Pendidikan Guru : Psikologi Pendidikan, Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Diane H. Tracey, Lesley Mandel Morrow (2012),Lenses on Reading, Second Edition:

    An Introduction to Theories and Models, New york: Guilford Press

    Roslina bt. Razali (2007), Thesis Masters : Kepemimpinan pengetua dalam

    pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berintegrasikan ICT

    John Dewey (1859), The Child and the Curriculum: Including the School and Society,

    New York : Casimo Inc.

  • 7/28/2019 KPP 4023

    16/16

    Lampiran 1

    BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %

    2012 100 100 4 4.0 13 13.0 14 14.0 13 13.0 16 16.0 14 14.0 5 5.0 13 13.0 7 7.0 1 1.0 99 99.0 4.00 +0.10

    2011 93 93 0 0.0 19 20.4 9 9.7 11 11.8 17 18.3 6 6.5 10 10.8 16 17.2 4 4.3 1 1.1 92 98.9 4.10 +0.68

    2010 92 92 0 0.0 6 6.5 11 12.0 13 14.1 14 15.2 13 14.1 6 6.5 18 20.0 9 9.8 2 2.2 90 97.8 4.78 +0.72

    2009 104 104 2 1.9 9 8.7 5 4.8 9 8.7 9 8.7 9 8.7 13 12.5 29 27.9 12 11.5 7 6.7 97 93.3 5.50 -0.90

    2008 76 76 10 13.2 5 6.6 0 0.0 10 13.2 9 11.8 8 10.5 10 13.2 15 19.7 7 9.2 2 2.6 74 97.4 4.60

    2012 48 48 0 0.0 0 0.0 1 2.1 1 2.1 2 5.0 2 5.0 4 8.3 6 12.5 10 20.8 22 45.8 26 54.2 7.65 -0.06

    2011 70 70 0 0.0 0 0.0 0 0.0 0 0.0 2 5.0 5 7.1 7 10.0 15 21.4 18 25.7 23 32.9 47 67.1 7.59 -0.98

    2010 28 28 0 0.0 0 0.0 0 0.0 3 10.7 2 7.1 3 10.7 3 10.7 5 18.0 8 28.6 4 14.3 24 85.7 6.61 +0.09

    2009 28 28 0 0.0 1 3.6 0 0.0 2 7.1 0 0.0 2 7.1 4 1 4.3 7 25.0 10 35.7 2 7.1 2 6 92.9 6.70 -0.10

    2008 23 23 0 0.0 0 0.0 0 0.0 2 8.7 1 4.3 1 4.4 7 30.4 4 17.4 5 21.7 3 13.0 20 87.9 6.60

    MATEMATIK

    TERAS

    MATEMATIK

    TAMBAHAN

    E G9 1-8GPMP

    A- B+ B C+ DMATA PELAJARAN TAHUN

    JUMLAH

    CALON

    A+ A

    Jadual 1.1 :Analisis matapelajaran matematik & matematik tambahan bagi tahun 2008-20012

    Sumber : Majalah an-Nur SMA al-Maidah Addiniah Padang Tengku Edisi 24-27

    SMA AL-MAIDAH ADDINIAH PADANG TENGKU

    KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

    ANALISIS GRED PURATA MATAPELAJARAN

    +/-JUMLAH

    AMBIL

    C