Konsep Masalah Bahasa Dan Komunikasi

5
KONSEP DAN DEFINISI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 1. Definisi masalah, bahasa dan komunikasi Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 (2007), masalah diertikan sebagai sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Bahasa pula didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Selain itu, bahasa juga didefinisikan sebagai percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun. Di samping itu, Komunikasi pula dijelaskan sebagai perhubungan (secara langsung) atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dll. 2. Konsep bahasa. Lufti Abas (1975:4) mengemukakan konsep bahasa iaitu sebagai satu data yang dianalisis dalam linguistik. Menurut definisi linguistik, bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi- bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia itu berkomunikasi. Mangantar Simajuntak (1982:5) pula mengatakan bahasa ialah satu sistem kognitif manusia yang unit yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah ayat yang tidak terbatas untuk dipakai oleh manusia sebagai alat komunikasi dan mengakumulasi ilmu pengetahuan. Bahasa tidak terbatas kepada simbol-simbol sahaja tetapi terbahagi kepada beberapa komponen yang penting. The American Speech-Language- Hearing Association (ASHA) (1982) membahagikan bahasa kepada beberapa bahagian iaitu dari segi bentuk (form), kandungan (content) dan penggunaan (use). Bentuk bahasa dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut tahap kesukaran penguasaannya iaitu aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (kamus Dewan Edisi terkini). Morfologi pula merupakan kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan (Kamus Dewan Edisi Terkini) manakala sintaksis pula merupakan pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat (Kamus dewan edisi ke-4) Kandungan bahasa yang dimaksudkan ialah dari segi semantik iaitu kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata (kamus dewan Edisi Terkini). Di samping itu, penggunaan bahasa merujuk kepada pragmatik iaitu cabang linguistik yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada 1

description

sem 1

Transcript of Konsep Masalah Bahasa Dan Komunikasi

KONSEP DAN DEFINISI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

1. Definisi masalah, bahasa dan komunikasiMenurut Kamus Dewan edisi ke-4 (2007), masalah diertikan sebagai sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Bahasa pula didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Selain itu, bahasa juga didefinisikan sebagai percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun. Di samping itu, Komunikasi pula dijelaskan sebagai perhubungan (secara langsung) atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dll.

2. Konsep bahasa.Lufti Abas (1975:4) mengemukakan konsep bahasa iaitu sebagai satu data yang dianalisis dalam linguistik. Menurut definisi linguistik, bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia itu berkomunikasi.Mangantar Simajuntak (1982:5) pula mengatakan bahasa ialah satu sistem kognitif manusia yang unit yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah ayat yang tidak terbatas untuk dipakai oleh manusia sebagai alat komunikasi dan mengakumulasi ilmu pengetahuan.Bahasa tidak terbatas kepada simbol-simbol sahaja tetapi terbahagi kepada beberapa komponen yang penting. The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) membahagikan bahasa kepada beberapa bahagian iaitu dari segi bentuk (form), kandungan (content) dan penggunaan (use).

Bentuk bahasa dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut tahap kesukaran penguasaannya iaitu aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (kamus Dewan Edisi terkini). Morfologi pula merupakan kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan (Kamus Dewan Edisi Terkini) manakala sintaksis pula merupakan pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat (Kamus dewan edisi ke-4)

Kandungan bahasa yang dimaksudkan ialah dari segi semantik iaitu kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata (kamus dewan Edisi Terkini). Di samping itu, penggunaan bahasa merujuk kepada pragmatik iaitu cabang linguistik yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu (Kamus Dewan Edisi Terkini).

RumusanBerdasarkan konsep yang dikemukakan oleh keempat-empat tokoh bahasa yang saya rujuk, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa merupakan salah satu instrumen atau alat yang memerlukan pengetahuan khusus dan digunakan dalam komunikasi seharian oleh sekelompok masyarakat. Bahasa tidak terbatas kepada pengucapan yang dilafazkan secara sewenang-wenangnya tetapi memerlukan individu tersebut menggunakan bahasa dengan baik dengan memasukkan nilai etika dan budi pekerti yang tinggi dalam pertuturannya.

3. Konsep komunikasiSecara general, komunikasi merupakan sebuah analogi perpindahan maklumat menerusi deretan simbol yang sama kepada individu atau sekelompok insan yang lain. Menurut Verdeber & Verdeber (1977) komunikasi adalah satu proses mengongsi makna melalui pengucapan dan diikuti dengan penerimaan baik secara sengaja atau sebaliknya sehingga meninggalkan kesan. Mengikut McAuley (1988) pula, komunikasi dapat mempengaruhi serta meningkatkan keyakinan seseorang. Seterusnya beliau menentukan bahawa komunikasi dapat menentukan tindakan, kepuasan dan menjalin hubungan.Menurut Anuar, 2009, komunikasi atau pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Di samping itu, komunikasi manusia juga memerlukan kelancaran yang padu iaitu keupayaan untuk bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat agar komunikasi yang sedang berlangsung tidak tergangu.Menurut sumber bacaan scribd, komunikasi terbahagi kepada lima jenis iaitu komunikasi haiwan, komunikasi interpersonal iaitu komunikasi dua hala, komunikasi intrapersonal iaitu komunikasi berarah sehala yang berlaku pada pemikiran individu, komunikasi tanpa lisan iaitu pragmatik dan komunikasi melalui telekomunikasi atau perantara berjarak jauh.Komunikasi berperanan sebagai medium penjalin hubungan yang mesti mempunyai nilai etika yang baik seperti tutur kata yang manis dan bersopan santun. Selain itu, komunikasi berperanan sebagai sumber rangsangan atau penggalak emosi. Contohnya, individu yang berada dalam keadaan sedih akan tersenyum apabila mendengar nasihat yang diujarkan dalam bentuk jenaka. Komunikasi juga boleh meningkatkan estim-diri. Apabila individu tersebut terlibat dalam sesuatu komunikasi, secara tidak langsung, dia akan berasa bahawa dia diperlukan dalam sesuatu perkara manakala dia akan berasa lemah sekiranya lawan bicara beliau mengherdik atau menghinanya. Komunikasi juga boleh dijadikan sebagai wahana perkongsian dalam kehidupan di mana wujud kerjasama antara dua atau lebih pihak dalam melaksanakan sesuatu yang pasti memerlukan komunikasi.Kesimpulannya, komunikasi sangatlah penting kerana ianya merupakan asas hidup bermasyarakat yang tidak dapat dielakkan. Proses ini tidak wujud secara terpencil tetapi berlaku dalam setiap aspek kehidupan manusia (Mohd Sharani Ahmad, 2008).

KesimpulanThe National Information Center for Children and Youth disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai ... kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata dan tidak upaya mengikut arahan.Menurut Mohd Sharani Ahmad (2008), kelemahan atau masalah sewaktu berkomunikasi berkait rapat dengan kelemahan anak menggunakan bahasa lisan dan bukan lisan dengan jelas.Melalui definisi dan konsep masalah, bahasa dan komunikasi yang telah dibincangkan secara mendalam di atas, dapat disatukan ideanya mengenai masalah bahasa dan komunikasi. Kita dapat menyimpulkan bahawa masalah bahasa dan komunikasi ini merupakan satu perkara yang harus diambil perhatian serius dalam mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini demikian kerana bahasa dan komunikasi merupakan dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai pertalian yang rapat dan hubung kait dengan berjaya atau tidak seseorang itu dalam hidupnya.

4. Konsep PertuturanPertuturan adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (artikulasi). Menurut Kamarudin Hj. Husin (1987), pertuturan juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat.

Kemahiran Bertutur

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

Aspek-aspek Pertuturan

Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek pertuturan seperti berikut:

Sebutan Tekanan Mora ( panjang pendek Jeda ( persendian) Intonasi Nada Tatabahasa Kelancaran Kefasihan Laras Bahasa

Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.

Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu.

Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah kelancaran bertutur yang serius.

Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing3