KONSEP KONTRAK

22
KONSEP KONTRAK (AL-AQD/PERTUKARAN) 9.1 Pengenalan Kehidupan harian manusia tidak akan terlepas dari ikatan kontrak atau pertukaran. Dalam bahasa Arab ia disebut sebagai al-aqd. Kontrak telah secara berpanjangan diamalkan dalam bidang ekonomi atau muamalah tetapi kemudiannya turut merangkumi juga aspek sosial dan politik kerana kebaikannya yang menekankan kepada komitmen terhadap semua pihak yang terlibat. Kontrak terangkum dalam aspek muamalah dan telah menjadikan perniagaan dan perdagangan sebagai suatu yang penting dalam proses kehidupan berekonomi untuk memelihara hubungan baik antara individu dalam masyarakat dan juga untuk memelihara hak setiap orang. Persetujuan antara dua pihak mengenai sesuatu perkara mewujudkan implikasi perundangan kepada mereka iaitu bertanggungjawab melaksanakan semua terma yang dipersetujui dalam kontrak. Islam telah menggariskan dasar-dasar tertentu mengenai kontrak (al-aqd) melalui ayat-ayat al-Quran dan hadith. Banyak hasil-hasil tulisan mengenai konsep kontrak atau pertukaran (al-aqd) telah dikemukakan oleh para fuqaha sejak dari zaman awal Islam lagi sehinggalah ke zaman kegemilangan Islam memberi penekanan kepada betapa pentingnya menulis segala kontrak yang dibuat dari segi tempoh, nilai, kerja, saksi dan terma-termanya bagi menggelakkan penipuan atau ketidakadilan. Wahai orang yang beriman! Tepatilah perjanjian-perjanjian itu”. (al-Ma’idah: 1)

description

ipk501

Transcript of KONSEP KONTRAK

Page 1: KONSEP KONTRAK

KONSEP KONTRAK (AL-AQD/PERTUKARAN)

9.1          Pengenalan

Kehidupan harian manusia tidak akan terlepas dari ikatan kontrak atau pertukaran. Dalam bahasa Arab ia disebut sebagai al-aqd. Kontrak telah secara berpanjangan diamalkan dalam bidang ekonomi atau muamalah tetapi kemudiannya turut merangkumi juga aspek sosial dan politik kerana kebaikannya yang menekankan kepada komitmen terhadap semua pihak yang terlibat. Kontrak terangkum dalam aspek muamalah dan telah menjadikan perniagaan dan perdagangan sebagai suatu yang penting dalam proses kehidupan berekonomi untuk memelihara hubungan baik antara individu dalam masyarakat dan juga untuk memelihara hak setiap orang. Persetujuan antara dua pihak mengenai sesuatu perkara mewujudkan implikasi perundangan kepada mereka iaitu bertanggungjawab melaksanakan semua terma yang dipersetujui dalam kontrak.

Islam telah menggariskan dasar-dasar tertentu mengenai kontrak (al-aqd) melalui ayat-ayat al-Quran dan hadith. Banyak hasil-hasil tulisan mengenai konsep kontrak atau pertukaran (al-aqd) telah dikemukakan oleh para fuqaha sejak dari zaman awal Islam lagi sehinggalah ke zaman kegemilangan Islam memberi penekanan kepada betapa pentingnya menulis segala kontrak yang dibuat dari segi tempoh, nilai, kerja, saksi dan terma-termanya bagi menggelakkan penipuan atau ketidakadilan.

“Wahai orang yang beriman! Tepatilah perjanjian-perjanjian itu”.

                                                                                                                                (al-Ma’idah: 1)

“Penuhilah janji kerana sesungguhnya janji itu pasti diminta tanggungjawab”.

                                                                                                                                                                (al-Isra’: 34)

9.2               Definisi Kontrak (al-Aqd/Pertukaran)

Secara umumnya kontrak atau akad (al-aqd) ini boleh diertikan sebagai “ikatan” atau “simpulan”. Ia merupakan satu peraturan mengenai persetujuan di antara satu pihak yang menawarkan (ijab) dan satu pihak yang menerima tawaran (qabul) mengikut cara yang disyariatkan serta muktamad (thabit) kesannya dari segi perundangan terhadap persetujuan itu. Akad memberi hak dan perlindungan kepada kedua belah pihak serta memperkukuhkan kerjasama untuk lebih serius dalam aktiviti ekonomi melalui pelaksanaan semua butiran kontrak.

Page 2: KONSEP KONTRAK

9.3               Rukun dan Syarat Kontrak (al-Aqd/Pertukaran)

i.             Ijab dan Qabul

Para fuqaha umumnya bersetuju bahawa asas utama dalam pembentukan kontrak ialah adanya tawaran dan penerimaan. Ijab adalah tawaran yang dibuat oleh pihak pertama dan qabul pula ialah penerimaan oleh pihak yang kedua terhadap tawaran yang dikemukakan itu. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan lisan, tulisan, isyarat, perbuatan, wakil, medium dan sebagainya asalkan kedua-dua belah pihak mengetahui dan penuh rela. Gabungan kedua-dua inilah yang membentuk kontrak. Oleh itu kontrak menjadi sah dengan persetujuan kedua belah pihak.

ii.                  Subjek kontrak (al-Aqd/Pertukaran)

Ia merujuk kepada sesuatu kontrak terkena padanya dan kesan kontrak yang lahir darinya. Ini boleh melibatkan harta seperti barangan jualan atau bukan harta seperti wanita, manfaat seperti sewaan dan tenaga. Secara ringkasnya terdapat empat syarat berhubung dengan perkara ini, iaitu;

a.                   Subjek yang dikontrakkan itu dibenarkan oleh syarak.

b.                  Sesuatu yang dikontrakkan itu mesti ada (wujud) sewaktu kontrak itu dilaksanakan. Ini dikecualikan pada jual beli tempahan (al-bay’ al-Salam).

c.                   Sesuatu yang dikontrakkan itu mestilah diketahui dengan jelas sifat atau spesifikasinya. Ia bermanfaat, bernilai dan boleh dimiliki.

d.                  Para fuqaha juga bersetuju mengenai keupayaan menyerahkan barang yang dikontrakkan.

iii.                Pihak Yang Berkontrak

Rukun ketiga ini berkaitan dengan kelayakan orang yang melakukan kontrak. Dalam perundangan Islam bukan semua orang boleh melakukan kontrak. Terdapat mereka yang tidak layak mengadakan kontrak dan seandainya dilakukan juga tanpa mengambilkira kelayakan ini bererti kontrak itu tidak diiktiraf dan tidak sah di sisi syarak. Dalam syariat Islam, mereka yang mempunyai kelayakan dan kuasa sahaja boleh untuk melakukan kontrak. Mereka yang berkelayakan ini dibahagikan kepada dua iaitu;

a.                   Kelayakan untuk menerima atau wajib (Ahliyyah al-Wujub) iaitu seseorang yang layak menerima segala hak dan tanggungjawab syarak.

b.                  Kelayakan untuk melaksana tugas (Ahliyyah al-Adaa’)  iaitu seseorang menunaikan segala hak yang dipertanggungjawabkan oleh syarak.

Secara umumnya peringkat kelayakan manusia dari perspektif Islam adalah cukup umur (baligh) dan berakal sihat serta matang (mumayiz dan rusyd) serta tidak muflis.

Page 3: KONSEP KONTRAK

9.4               Jenis-Jenis Kontrak (al-Aqd/Pertukaran)

Penjenisan kontrak boleh dibezakan berdasarkan sifat yang dinyatakan oleh syarak. Kontrak itu wajib dilaksanakan, direkod, dikuatkuasakan, dilakukan dengan penuh kerelaan. Amalan-amalan negatif yang bertentangan dengan agama dijauhi melalui larangan; penipuan, riba, penganiayaan dan memudaratkan orang lain. Secara umumnya jenis-jenis kontrak ialah;

i.                    Kontrak yang sahih  (benar)

Ia merupakan kontrak yang sempurna rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Oleh itu kesan kontrak ini adalah thabit dengan serta-merta iaitu kesan pemilihan kepada pembeli dan kesan harga kepada penjual.

ii.                  Kontrak yang tidak sahih (salah)

Kontrak jenis ini berlaku kerana tidak sempurna rukun atau syarat-syaratnya.

9.5               Penamatan Kontrak (al-Aqd/Pertukaran)

Penamatan dan pembatalan sesuatu kontrak boleh berlaku dan berkuatkuasa disebabkan oleh beberapa keadaan tetapi mestilah dengan memberitahu pihak yang satu lagi. Ini termasuklah;

i.                     Pembatalan kerana rosaknya kontrak. Sekiranya wujud pemalsuan, tidak amanah, penipuan dan paksaan.

ii.                   Tamat tempoh masa. Kontrak yang dipersetujui telah berjalan dengan sempurna sehingga tamat masa yang tertera dalam kontrak.

iii.                  Disebabkan khiyar sama ada khiyar syarat atau khiyar aib.

iv.                 Gagal melaksanakan kontrak. Salah satu pihak tidak memenuhi terma kontrak menyebabkan kontrak terbatal.

v.                   Kematian. Kematian salah seorang dari pihak yang membuat kontrak menyebabkan kontrak itu tidak sah lagi kuatkuasa perundangannya. Ini kerana kontrak itu hanya melibatkan mereka dan orang lain tidak berhak untuk menyambung kontrak tersebut.

9.6               Khiyar  (Pilihan) Dalam Kontrak (al-Aqd/Pertukaran)

Khiyar bermaksud memilih sama ada meneruskan kontrak atau sebaliknya iaitu menarik diri dalam sesuatu transaksi. Konsep ini adalah satu hak yang diperuntukkan oleh Islam kepada pihak yang melakukan kontrak bagi kepentingan setiap aktiviti ekonomi. Faedah khiyar ialah;

a.                   Memberi peluang sama ada kepada pembeli atau penjual secara lebih mendalam terhadap tindakan jualbeli yang dilakukan bagi kepuasan setiap urusniaga.

Page 4: KONSEP KONTRAK

b.                  Mengelakkan daripada ketidakpuasan, kerugian dan penyesalan di kemudian hari disebabkan kontrak dari segi harga, kuantiti dan kualiti barang-perkhidmatan.

9.6.1      Bahagian-bahagian Khiyar

Khiyar terbahagi kepada 17 jenis. Namun dalam perbincangan ringkas ini hanya beberapa bahagian khiyar sahaja yang akan dibincangkan iaitu khiyar Majlis, khiyar Syarat dan khiyar Aib.

i.             Khiyar Majlis

Khiyar ini bermaksud setiap pihak yang berkontrak mempunyai hak untuk membatalkan kontrak selama mana mereka berdua masih berada di majlis kontrak itu iaitu sebelum mereka bersurai atau berpisah. Berpisah dalam majlis itu sepertimana yang difahami pada adat seperti telah beredar atau keluar dari tempat transaksi berlaku.

ii.            Khiyar Syarat

Penjual atau pembeli atau salah seorang dari mereka membuat syarat pada waktu akad supaya kontrak itu mempunyai khiyar  (pilihan). Umpamanya pembeli mengatakan; “Saya beli barang ini dengan harta khiyar selama 2 hari”. Dengan lafaz ini maka kontrak jual beli itu telah berlaku dengan tempoh khiyar mengikut sepertimana yang telah ditetapkan. Tempoh Khiyar Syaratmenurut Jumhur fuqaha bahawa tempoh khiyar yang diisyaratkan hendaklah dimaklumi. Jika tidak, maka ia dianggap rosak. Dari segi tempoh masa khiyar, ada ulama yang berpendapat ia tidak boleh lebih daripada tiga hari.

iii.           Khiyar Aib

Ia bermaksud berlaku kecacacatan atau kerosakan sesuatu barang yang dibeli atau tidak menepati spesifikasi sepertimana yang dikontrakkan. Khiyar ini tetap  hukumnya dengan syarat secara tidak langsung atau secara isyarat (khiyar syarat). Pembeli boleh menamatkan kontrak ataupun meminta harga yang lebih rendah kerana pembeli tidak tahu sifat kecacatan itu sewaktu membeli atau sewaktu membuat kontrak. Dari segi hukum ia merupakan suatu yang harus berdasarkan beberapa hadith. Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w.;

“Aisyah telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah membeli seorang budak (hamba). Budak itu tinggal beberapa lama dengannya dan kemudian didapati budak itu cacat. Lelaki itu terus membawa kes itu kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian budak itu dikembalikan semula kepada penjualnya”.

                                                                                                                                                                              (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

Page 5: KONSEP KONTRAK

9.6.2.     Kaedah Menentukan Sesuatu Kecacatan

i.              Kecacatan yang dapat dilihat secara zahir

Dalam kes-kes seumpama ini, kecacatan yang berlaku dapat dikenal pasti secara mudah dan jelas dengan pandangan mata kasar sahaja. Ia tidak memerlukan tenaga seorang pakar untuk menilainya.

ii.           Kecacatan yang hanya diketahui oleh pakar

Terdapat kecacatan yang hanya boleh disahkan oleh mereka yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman sahaja. Ini boleh berlaku kepada semua perkara sama ada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda atau barangan yang dihasilkan oleh penggunaan mesin berteknologi tinggi.

9.7               Bentuk-Bentuk Kontrak (al-Aqd/Pertukaran) Dalam Islam

Perbincangan dalam bahagian ini akan tertumpu kepada bentuk kontrak yang kini diamalkan dalam urusniaga di institusi-institusi kewangan dan perbankan Islam semasa. Setelah memaklumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pembentukan kontrak dan beberapa perkara yang berkaitan, dalam bahagian ini tumpuan akan dilakukan dalam aspek bentuk-bentuk kontrak yang ada dalam struktur transaksi Islam.

9.7.1          Murabahah (Harga Kos dan Margin Untung)

Murabahah dilaksanakan dalam jualbeli dan pembiayaan modal. Ia adalah penjualan suatu barang pada harga yang dijumlahkan harga asal bersama kadar (margin) keuntungan yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli. Dalam hal ini penetapan kadar harga ditentukan oleh pemilik barang dan dipersetujui oleh pembeli. Sebagai contohnya, usahawan yang memerlukan tapak kilang telah memohon kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk membelikannya dari pemaju hartanah. Seterusnya Bank Islam menjualkannya semula kepada usahawan dengan harga yang terdiri dari harga asal dicampur dengan kadar keuntungan bagi pihak bank dan harga baru ini dipersetujui oleh mereka.

a.                   Rukun Murabahah

i.             Pemilik barang (pemilik modal)

ii.           Pembeli

iii.          Kos barang asal. Harga yang dibeli oleh pemilik barang / modal dari pengeluar.

Page 6: KONSEP KONTRAK

iv.          Jumlah keuntungan pemilik barang. Dipersetujui oleh kedua belah pihak yang terlibat.

v.            Kontrak

b.                  Syarat-Syarat Murabahah

i.             Kos sebenar barangan yang dijual hendaklah dinyatakan kepada pembeli. Ia meliputi kos langsung dan kos tidak langsung.

ii.           Kedua-dua pihak bersetuju dengan kadar keuntungan yang ditetapkan sebagai tambahan kepada kos atau modal pada barangan yang dijual beli secara murabahah.

iii.          Pihak pembeli boleh membatalkan kontrak murabahah sekiranya terdapat kekeliruan berhubung kadar modal atau kos asal barang yang dijual secara murabahah.

iv.          Barangan yang dijual bukan dari barangan ribawi (jenis-jenis riba) tetapi ia merupakan barangan (ain) atau wang (nilai).

c.                   Hukum Murabahah

i.                     Jumhur ulama mengatakan sesuatu barang yang cacat tidak boleh dijual secaramurabahah sehingga dijelaskan kecacatannya.

ii.                   Modal ialah sesuatu yang dipertanggungjawabkan ke atas pemodal atau pembeli (bank) yang pertama dan bukan ke atas pembeli yang kedua atau pelanggan.

iii.                  Hendaklah kontrak penjualan yang pertama itu sah. Jika kontrak itu fasid maka tidak harus jualan murabahah kerana murabahah  ialah penjualan dengan harga pertama (harga yang dibeli) dengan tambahan untung.

d.                  Murabahah Dalam Operasi Bank

Murabahah digunakan secara meluas dalam industri perbankan. Pembiayaan modal disediakan oleh pihak bank apabila pelanggan menghendaki sesuatu barang. Dalam urusniaga ini pihak bank akan terlebih dahulu membeli atau menyediakan barang yang dikehendaki oleh pelanggan. Bank akan membeli barang ini dengan harga tunai dari pekilang atau firma dan menjual balik kepada pelanggan secara murabahah  iaitu kos asal campur dengan kadar keuntungan tertentu dan dijual kepada pembeli dengan harga baru.

9.7.2          Wadiah (Janji Menyimpan)

Merupakan kontrak di antara satu pihak yang memiliki barang dengan pihak yang diamanahkan untuk berjanji menyimpan barang dengan tujuan untuk dijamin

Page 7: KONSEP KONTRAK

keselamatannya dari kecurian, kerosakan, kehilangan dan seumpamanya. Sekiranya berlaku kerosakan kepada barangan, pihak yang menjaganya tidak diminta membayar gantirugi kecuali ia disebabkan oleh kecuaiannya.Wadiah bentuk amanah (Yad al-Amanah) ini boleh berubah menjadi bentuk jaminan (Yad al-Dhamanah) apabila pemegang amanah barang atau wang menggunakannya dengan syarat telah memperoleh keizinan dari tuannya seperti yang berlaku dalam industri kewangan. Firman Allah yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan amanah-amanah yang diserahkan kepada kamu terhadap pemiliknya.”

                                                                                      (al-Nisa, 4:58)                           

Rukun wadiah ialah;

i.             Penyimpan. Iaitu tuanpunya barang sama ada individu mahupun organisasi.

ii.           Penerima simpanan. Orang yang diberi amanah menjaga barang.

iii.          Barang simpanan. Bukan dari jenis barang yang mudah rosak.

iv.          Akad. Ada tawaran dan penerimaan terhadap kontrak menjaga sesuatu barang atau harta.

Objektif wadiah;

i.             Menjamin keselamatan harta benda yang dimiliki oleh seseorang.

ii.           Mewujudkan sifat tolong-menolong di antara manusia.

iii.          Menanamkan sifat bertanggungjawab dan amanah terhadap hak-hak orang lain.

Hukum wadiah;

i.             Kontrak wadiah diizin oleh syarak kecuali terdapat ciri-ciri yang diharamkan seperti penipuan dan riba.

ii.           Penyimpan dan penerima simpanan tidak disyaratkan pada seseorang individu sahaja. Kerajaan, syarikat, bank dan persatuan boleh juga terlibat.

iii.          Sekiranya pengambilan upah dikenakan oleh penerima simpanan, corak simpanan akan berubah dari yad amanah kepada yad dhamanah.

Wadiah dalam operasi perbankan tanggungjawab bank hanya melibatkan bentuk jaminan (Yad al-Dhamanah) iaitu untuk akaun simpanan dan akaun semasa kerana ia memerlukan perbelanjaan dalam operasinya. Oleh itu bank mengenakan bayaran tertentu kepada pelanggan untuk menjaga wang simpanan, sijil, emas, barang kemas dan sebagainya. Dalam tempoh dalam kawalannya bank boleh menggunakan harta

Page 8: KONSEP KONTRAK

tersebut dan harta tersebut juga boleh diambil atau dikeluarkan oleh tuannya pada bila-bila masa. Akan tetapi sekiranya bank mendapat keuntungan semasa menggunakan harta tersebut maka itu adalah milik bank tetapi bank akan memberi sedikit dari untung tersebut kepada tuanpunya harta. Secara umumnya ia terdapat dalam 3 bentuk;

i.                    Akaun Simpanan al-Wadiah

ii.                  Akaun Semasa

iii.                Pelaburan

iv.                Perkhidmatan Peti Keselamatan

9.7.3          Mudarabah  (Perkongsian)

Merupakan satu kontrak perkongsian atau usahasama di antara pemodal yang membekalkan modal dengan pengusaha yang akan menjalankan aktiviti keusahawanan yang boleh menjana keuntungan. Pembahagian keuntungan adalah berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui bersama seperti 50:50, 60:40 dan 70:30. Manakala kerugian akan ditanggung oleh usahawan iaitu ia tidak memperoleh upah dari kerjanya sedangkan pemodal telah kehilangan modal yang disumbangkannya. Perkongsian pintar ini melibatkan pihak yang mempunyai modal tetapi tiada kepakaran dan pengalaman dalam perniagaan dengan ahli perniagaan yang berpengalaman tetapi kurang kemampuan dari segi modal.

Rukun mudarabah ialah;

i.                    Pemodal. Seorang dewasa, berfikiran waras dan sedia menyerahkan modalnya kepada usahawan sebagaimana jumlah yang dipersetujui.

ii.                  Usahawan. Seorang dewasa, berfikiran waras dan boleh mengurus aktiviti ekonomi tanpa campurtangan pemodal.

iii.                Modal. Bentuk wang tunai yang telah ditetapkan jumlahnya.

iv.                Projek. Semua jenis aktiviti ekonomi yang halal menurut Islam.

v.                  Untung. Hak perkongsian antara pemodal dan usahawan. Ia dibahagi dua mengikut nisbah yang telah dipersetujui dalam kontrak.

vi.                Kontrak. Tawaran dan penerimaan (ijab dan qabul) sama ada secara bertulis ataupun dengan lisan dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh kedua-dua belah pihak yang terlibat.

Syarat-Syarat mudarabah ialah;

Page 9: KONSEP KONTRAK

i.                    Bentuk modal. Merupakan wang tunai yang ditentukan nilainya dan diserahkan kepada pengusaha selepas akad perjanjian dengan syarat yang telah dipersetujui.

ii.                  Peratus pembahagian untung. Ia ditentukan semasa akad perjanjian.

iii.                Kerugian. Jika berlaku akan ditanggung oleh pemodal. Sedangkan pengusaha tidak akan memperolehi apa-apa pun jika projek perniagaan mengalami kerugian.

iv.                Usaha. Projek perniagaan yang dijalankan mestilah halal pada pandangan syarak.

v.                  Pembubaran. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum kerja projek dilakukan oleh pengusaha.

Manakala jenis-jenis mudarabah  terbahagi kepada 2 iaitu;

i.                    Mudarabah Mutlaqah. Pengusaha mendapat mandat penuh untuk melakukan kerja projek  tanpa sebarang sekatan dan syarat seperti masa, tempat, potfolio perniagaan dan pelanggan.

ii.                  Mudarabah Muqqayadah. Pengusaha melakukan kerja projek dengan sekatan dan syarat tertentu seperti lokasi, jenis potfolio dan masa.

Hukum Mudarabah;

i.                    Mudarabah merupakan kontrak yang telah dipraktikkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.

ii.                  Kedua pihak yang melakukan mudarabah mestilah terdiri dari orang yang berkelayakan memberi wakil atau menerima wakil (wakalah).

iii.                Tidak disyaratkan kedua belah pihak mesti terdiri dari orang Islam. Namun jika terdapat unsur haram seperti riba, kontrak ini tidak diharuskan.

Mudarabah dalam operasi perbankan dilaksanakan dengan persetujuan pembahagian untung rugi di antara bank dan pelanggan dan ia boleh didapati dalam bentuk;

i.                    Akaun Pelaburan

ii.                  Akaun Simpanan Tetap

iii.                Akaun Pelaburan Istimewa

9.7.4          Musyarakah (Syarikat)

Page 10: KONSEP KONTRAK

Perkongsian yang menetapkan hak ke atas dua pihak atau lebih dengan menyumbangkan modal dan keuntungan dibahagi sesama mereka. Musyarakah atau syarikat merupakan suatu gabungan modal atau usahasama di kalangan ahli bagi membiayai sesuatu projek bagi menjana keuntungan, untuk perkhidmatan kebajikan masyarakat, memupuk hubungan baik dan menjalankan perintah agama. Keuntungan dan kerugian akan ditanggung bersama mengikut nisbah saham atau sumbangan modal masing-masing. Firman Allah yang bermaksud;

“Maka mereka bersekutu pada satu per tiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan)”.

Rukun musyarakah ialah;

i.             Ahli-ahli syarikat. Seorang yang telah dewasa, berfikiran waras dan mampu untuk melakukan aktiviti ekonomi.

ii.           Modal. Meliputi wang tunai, harta tetap (benda) dan juga kemahiran yang boleh dinilai dengan wang.

iii.          Projek. Dilakukan bersama-sama oleh ahli-ahli syarikat.

iv.          Kontrak. Jelas dan mudah difahami serta berasaskan kerelaan semua pihak yang terlibat.

Manakala jenis-jenis musyarakah terdiri daripada;

i.                     Syarikat Inan: Berkongsi dua pihak atau lebih mengeluarkan modal untuk perniagaan atau perusahaan dan keuntungan dibahagikan mengikut kadar modal yang dikeluarkan seperti termetri dalam kontrak.

ii.                   Syarikat Wujuh: Syarikat yang ditubuhkan tanpa modal dan ahli-ahli dalam syarikat ini akan membeli barang dengan cara bayaran harga tangguh (hutang) atau credit, kemudian menjual barang tersebut dan keuntungan dikumpul dan dibahagikan sesama mereka. Pada kebiasaannya syarikat pengeluar barangan hanya memberi hutang kepada mereka yang dipercayai sahaja.

iii.                  Syarikat Abdan: Dua orang atau lebih berkongsi tenaga dan usaha melakukan sesuatu projek atau pekerjaan. Hasil aktiviti ekonomi ini dibahagikan sesama mereka seperti nisbah pembahagian yang dipersetujui dalam kontrak. Umpamanya gandingan usaha di antara seorang arkitek dengan seorang jurutera menubuhkan syarikat perundingan.

iv.                 Syarikat Mufawaddah: Perkongsian ke atas hasil pendapatan harta masing-masing, yang mana sumber hasil itu tidak dicampur sebagai harta syarikat dan tetap menjadi hak berasingan sedangkan masing-masing menanggung risiko ke atas apa yang berlaku pada syarikat tersebut.

Page 11: KONSEP KONTRAK

Modal keuntungan dan kerugian tidak semestinya sama, malah seorang ahli boleh mengeluarkan modal yang lebih banyak dari ahli yang lain. Begitu juga tentang kerja-kerja syarikat, seseorang ahli boleh bekerja 10 jam sehari sedangkan ahli yang lain hanya 7 jam sahaja. Ini berdasarkan kontrak yang dipersetujui, keuntungan dan kerugian mesti ditanggung bersama menurut kadar modal masing-masing.

Hukum musyarakah adalah seperti berikut;

i.             Syarikat akan terbatal apabila ahli menarik diri kerana seseorang ahli berhak menarik diri pada bila-bila masa atau disebabkan oleh kematian dan gila yang berterusan.

ii.           Disebabkan ahli seorang yang amanah, segala dakwaan untung atau rugi dari seorang ahli diterima dan diperakui.

iii.          Ahli tidak perlu bersumpah sekiranya berlaku kerosakan atau kerugian kecuali ada penyaksian dan bukti.

Dalam operasi bank aktiviti musyarakah wujud sama ada dalam pembiayaan pemilikan salah satu pihak (musyarakah mutanaqisah) atau menjadi syarikat bagi satu-satu projek.

9.7.5          Ijarah (Sewa)

Menjual manfaat (penggunaan) atau perkhidmatan dengan harga atau bayaran yang ditetapkan. Kaedah ini  digunakan dalam urusan sewa menyewa manfaat sesuatu harta benda dan juga upah mengupah untuk melakukan sesuatu kerja. Manfaat merujuk kepada penggunaan seperti kediaman bagi rumah, rumah, kenderaan dan sebagainya. Usahawan boleh menyewa tapak kilang dan mesin untuk kerja-kerja pengeluaran dengan tempoh, kadar dan syarat-syarat yang dipersetujui bersama dengan tuanpunya harta. Perkhidmatan pula merujuk kepada tenaga dan kepakaran yang digunakan bagi mendapatkan ganjaran. Firman Allah yang bermaksud;

“Jika mereka menyusukan anak, maka berikanlah kepada mereka upahnya.”

Rukun ijarah  ialah; Pemberi sewa/tuanpunya harta, penyewa/orang yang mengupah, bayaran sewa atau upah, manfaat atau faedah dan lafaz (sighah) ijab-qabul.

Syarat manfaat atau faedah ijarah ialah;

i.             Bernilai.

ii.           Manfaat itu diserahkan kepada yang menyewa.

iii.          Diketahui kadarnya dengan jangka masa yang ditetapkan.

Page 12: KONSEP KONTRAK

Jenis ijarah/sewaan terbahagi kepada;

i.             Ijarah pada Zimmah; sewaan yang belum ada barang sewaktu akad dilakukan.

ii.           Ijarah pada Ain; sewaan sesuatu yang ada barangnya pada waktu kontrak dilakukan.

Hukum ijarah adalah seperti berikut;

i.             Kedua pihak hendaklah terdiri dari mereka yang boleh dipertanggungjawabkan di sisi syarak.

ii.           Kematian tidak membatalkan kontrak dan waris si mati bertanggungjawab untuk meneruskannya.

iii.          Terbatal kontrak jika barang yang disewa itu rosak sama sekali. Sekiranya kerosakan yang dialami kurang teruk, kaedah khiyar boleh dilakukan.

Dalam operasi perbankan, ijarah diamalkan apabila bank menawarkan sewaan barangan atau perkhidmatan tertentu kepada pelanggan dengan kadar upah (bayaran) tertentu berdasarkan tempoh masa dan jenis penggunaan yang telah dimuktamadkan oleh kedua belah pihak.

9.7.6          Wakalah (Wakil)

Perlantikan seseorang mengambil tempat seseorang dan mewakilinya bagi melaksanakan sesuatu tugas bagi pihaknya seperti membuat perjanjian, memberi dan memungut hutang dan lain-lain lagi semasa orang yang diwakili masih hidup. Akad ini memberi kuasa kepada wakil atau agen menjalankan sesuatu kerja bagi pihak yang diwakilinya. Firman Allah yang bermaksud;

“…sekarang utuslah salah seorang dari kamu membawa wang perak ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan lebih baik lagi halal; kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan.”

                                                                                                          (al-Kahfi:19)

Rukun-rukun wakalah adalah seperti berikut;

i.             Wakil. Seorang yang berakal dan mumaiyiz serta tahu tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

ii.           Pihak (orang) yang berwakil. Berakal, mumaiyiz dan tidak muflis.

iii.          Perkara yang diwakili. Ia mesti dibolehkan oleh syarak dan dimiliki oleh pihak yang berwakil. Perkara itu hendaklah diketahui secara jelas untuk menggelakkan penipuan.

Page 13: KONSEP KONTRAK

iv.          Kontrak. Lafaz menyatakan mewakilkan seseorang dan lafaz penerimaan terhadap tugas perwakilan.

Manakala jenis wakalah terbahagi kepada;

i.             Wakalah Mutlaqah; tidak terikat dengan syarat tertentu (selain dari syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian).

ii.           Wakalah Muqayyadah; diikat dengan syarat tertentu. Dihadkan masa atau keadaan.

Hukum wakalah adalah;

i.             Wakalah tidak boleh diwarisi dan dibubar apabila berlaku kematian.

ii.           Berakhir wakalah dengan selesai tugas-tugas yang diwakilkan atau wakil menarik diri ataupun pihak yang berwakil menyingkirkan wakil tersebut.

iii.          Wang atau harta yang diterima sebelum diserahkan kepada pemilik asalnya tertakluk kepada hukum wadiah. Ia menjadi tanggungjawab wakil. Akan tetapi sekiranya barang atau benda yang diwakilkan musnah maka berakhirnya wakalah.

Dalam sektor perbankan Nor Mohamed Yakcop (1996: 91) menjelaskan bahawa  bank boleh menjalankan operasinya berdasarkan wakalah dalam skop yang luas khususnya bank mengeluarkan kemudahan surat kredit (Letter of Credit). Begitu juga dalam perkhidmatan pembelian saham, penjualan, pelaksanaan jaminan atau pesanan barang luar negeri di mana bank boleh melakukan peranan yang serupa.

9.7.7          Kafalah (Jaminan)

Kafalah  ialah jaminan iaitu tanggungjawab ke atas hak orang lain atau seseorang yang mempunyai tanggungjawab tertentu untuk diambil tindakan atau mendapatkan sesuatu barang ganti kepada pihak yang berhak. Secara keseluruhannya bermaksud kesanggupan tanggungjawab seseorang penjamin untuk  bertanggungjawab terhadap orang lain (si berhutang). Jaminan terbahagi kepada dua;

i.             Jaminan diri: menjamin orang yang tertuduh ke atas mahkamah. Seperti seseorang berkata; “Aku jamin kehadiran Hasri dalam perbicaraan itu nanti”.

ii.           Jaminan harta (hutang): menjamin di atas hutang dan keselamatan. Seperti seseorang berkata; “Hutang Zailani adalah tanggungan aku”.

Rukun kafalah meliputi;

i.             Penjamin. Orang yang menawarkan jaminan wang, harta atau diri untuk menanggung hutang. Ia mesti seorang yang baligh, berakal, tidak dilarang menggunakan hartanya (muflis) dan dilakukan mengikut kehendaknya.

Page 14: KONSEP KONTRAK

ii.           Orang yang dijamin. Ia mesti dikenali oleh penjamin atau orang yang berhutang.

iii.          Sesuatu yang dijamin. Hutang wang, harta atau barang. Ia mesti diketahui jenis, jumlah, sifat dan bendanya.

iv.          Lafaz kafalah. Perkataan yang menunjukkan kesanggupan untuk menjamin hutang seperti seseorang berkata; Hutang dia adalah dijamin oleh aku. Tanpa ada sebarang syarat yang bersangkutan dengannya.

Hukum kafalah adalah;

i. Orang yang dijamin tidak dikenakan syarat di atas.

ii. Pihak yang menerima jaminan boleh menuntut barang yang dijamin dari penjamin bila sampai tempohnya.

iii. Bilangan penjamin tidak terbatas, bergantung kepada perjanjian yang dipersetujui.

Dalam sektor perbankan, bank boleh menawarkan konsep kafalah dalam aktivitinya seperti mengeluarkan Surat Jaminan (Letter of Guarantee) dan pihak bank boleh mengenakan caj perkhidmatan terhadap pengeluaran surat tersebut.

9.7.8           al-Rahn (Gadaian)

Definasi al-Rahn menurut H.M. Arsjad Thalib Lubis (1968: 136) ialah menjadikan sesuatu barang yang berupa harta dan berharga sebagai jaminan hutang dan ia akan dijadikan bayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar. Oleh itu al-Rahn menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran atau jaminan bagi sesuatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya tidak terdaya membayar hutang. Dalam konteks ekonomi, ia merupakan satu bentuk skim mikro kredit untuk usahawan kecil dan sederhana di mana usahawan boleh mendapatkan modal melalui tindakan menggadaikan atau mencagarkan barang berharga kepada seseorang atau institusi gadaian. Sekiranya usahawan gagal membayar balik pinjaman setelah tempoh masanya luput maka barang berharga yang digadainya akan dilelong dan pihak yang memegang gadaian hanya akan mengambil kadar hutangnya bersama kos yang berkaitan sahaja sementara wang baki lelongan akan diserahkan kepada penggadai. Ini sebagai suatu jaminan kepada pihak yang menerima gadaian bahawa hak mereka terhadap hutang yang diberi kepada penggadai tidak akan hilang meskipun penggadai tidak dapat membayar hutang. Allah berfirman yang bermaksud;

“Sekiranya kamu di dalam perjalanan dan kamu dapati tidak dapat penulis, maka hendaklah kamu menerima gadaian”.

                                                                            (al-Baqarah: 283)

Rukun al-Rahn (gadaian) adalah seperti berikut;

Page 15: KONSEP KONTRAK

i.             Penggadai (al-Rahin). Si berhutang atau dinamakan juga sebagai pelanggan atau orang yang berhutang. Ia mesti seorang yang telah baligh dan berakal serta tidak dilarang menggunakan hartanya dan dilakukan dengan kehendaknya sendiri.

ii.           Pemegang gadai (al-Murtahin). Pemberi hutang atau penerima gadaian ataupun institusi al-Rahn.

iii.          Barang gadaian (al-Marhun). Barang yang berharga, boleh dijual beli dan di bawah kawalan penggadai. Keutamaannya ialah barang kemas dibuat dari emas.

iv.          Bayaran yang diberi kepada penggadai. Ia adalah hutang dan diketahui jumlahnya.

v.            Sighah atau lafaz kontrak ijab dan qabul berkaitan dengan gadaian.

Hukum al-Rahn (gadaian) adalah;

i.             Penggadai berhak menarik balik gadaiannya jka barang gadaian itu belum lagi diterima oleh pemegang gadai.

ii.           Pemegang gadai boleh menggunakan barang tersebut jika tidak mengurangkan nilai harganya seperti rumah.

iii.          Pemegang gadai tidak dikenakan ganti rugi sekiranya barang gadaian itu rosak, hilang dan sebagainya tidak disengajakan.

Dalam sektor perbankan, bank boleh menggunakan al-Rahn bagi menjamin keselamatan haknya ketika menjalankan urusniaga dengan pelanggan dengan memberikan pinjaman atau menjalankan produk ini secara langsung bagi meluaskan peranan bank. Dalam hal ini bank akan menggenakanupah menyimpan barang gadaian kepada penggadai dan bukannya bayaran kerana pinjaman yang diberikan.