HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

14
TOPIK 1: SUMBER EKONOMI DAN KEHENDAK MANUSIA Disediakan oleh: Chin Han Wei

description

HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas

Transcript of HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

Page 1: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

TOPIK 1: SUMBER EKONOMI DAN KEHENDAK MANUSIA

Disediakan oleh:

Chin Han Wei

Page 2: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

1.1 DEFINISI EKONOMI Perkataan ekonomi berasal daripada perkataan Greek

iaitu “oikou” dan “nomos” (“oikounomos). “Oikou” bermakna isi rumah dan “nomos” bermakna

peraturan. Ekonomi bermakna peraturan isi rumah iaitu ia mengkaji

bagaimana isi rumah memperuntukkan pendapatan yang diperoleh (walaupun terhad) secara cekap.

Ilmu ekonomi wujud kerana kehendak-kehendak manusia tidak pernah terhad, sedangkan sumber-sumber ekonomi yang sedia ada adalah terhad.

Oleh sebab sumber ekonomi terhad (tanah, buruh, modal dan pengeluar) adalah terhad, maka barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan juga terbatas dan gagal memenuhi kehendak setiap manusia.

Page 3: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

Akibat daripada ketidakseimbangan yang wujud di antara kehendak-kehendak manusia yang tidak pernah terhad dengan sumber-sumber ekonomi yang terhad, maka kita boleh mendefinisikan ekonomi sebagai satu kajian sains sosial yang mengkaji tingkahlaku masyarakat, iaitu bagaimana masyarakat menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak mereka yang tidak pernah terhad.

Page 4: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

1.2 SUMBER-SUMBER EKONOMI (FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN)

Sumber-sumber ekonomi terbahagi kepada: Tanah Buruh Modal Pengeluar

Sumber ekonomi ini juga dikenali sebagai faktor-faktor pengeluaran.

Digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan.

Sumber ekonomi yang sedia ada adalah terhad dan hanya mampu memenuhi sebahagian daripada kehendak manusia.

Page 5: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

1.2.1 TANAH

Merupakan sumber semula jadi. Daripada aspek ekonomi, tanah meliputi sumber-

sumber yang terkandung di daratan dan lautan. Misalnya, hasil pertanian (getah, kelapa sawit dan

lada hitam), penternakan (lembu, kambing dan ikan ayer tawar), perlombongan (bahan galian seperti petroleum dan bijih timah), pembalakan (perhutanan) dan perikanan.

Selain itu, tanah juga digunakan untuk tujuan perindustrian (kilang-kilang) dan perumahan (bangunan seperti rumah kediaman, sekolah dan hospital).

Pulangan ke atas penggunaan tanah adalah sewa.

Page 6: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

1.2.2 BURUH

Buruh merujuk kepada sumber tenaga manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran.

“Kita” adalah buruh. Sebagai buruh, kita menyumbang tenaga

dalam bentuk mental dan fizikal dalam proses pengeluaran.

Ganjaran diatas sumbangan kita adalah gaji atau upah.

Page 7: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

Daripada aspek ekonomi, kita boleh mengkategorikan buruh kepada 3 : Buruh mahir

Yang berpendidikan tinggi dan terlatih seperti guru Buruh separuh mahir

Yang berpendidikan sederhana tinggi dan kurang terlatih seperti kerani am

Buruh tidak mahir Buruh yang tidak terlatih dan berpendidikan rendah

seperti petani

Page 8: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

1.2.3 MODAL

Kita memerlukan modal untuk memudah dan mempercepatkan kerja.

Contohnya, seorang tukang masak, “modal” baginya adalah peralatan memasak seperti dapur gas, pisau, kuali dan lain-lain.

Dengan adanya peralatan ini, kerja akan menjadi lebih cepat dan mudah.

Modal sebagai alat atau objek yang dicipta oleh manusia untuk memudah dan mempercepatkan kerja perburuhan.

Pulangan ke atas penggunaan modal adalah kadar bunga.

Page 9: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

Daripada aspek ekonomi, kita boleh mengkategorikan modal kepada 2 iaitu: Modal dalam bentuk fizikal

Mesin, jentera, kilang dan peralatan yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Modal kerja Wang, stok bahan mentah dan stok barang separuh

siap. Akan tetapi modal kerja tidak dianggap sebagai modal

dalam kontek ekonomi kerana ia tidak dapat menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan secara langsung.

Page 10: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

1.2.4 PENGELUAR

Seperti buruh, pengeluar juga merupakan sumber tenaga manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Namun, pengeluar bertindak sebagai “pengelola” dalam merancang, mengurus, mengarah dan mengawal proses pengeluaran sesebuah firma atau syarikat.

Misalnya, sebagai Pengarah Operasi, kita perlu memastikan operasi kilang berjalan dengan lancar dan cekap.

Daripada aspek ekonomi, pengeluar akan cuba menyelesaikan tiga masalah asas ekonomi iaitu, apa, bagaimana dan untuk siapa barang dan perkhidmatan dikeluarkan?

Page 11: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

Mereka perlu memastikan sumber-sumber ekonomi seperti tanah, buruh dan modal walaupun terhad akan digunakan secara efisyen untuk menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak-kehendak manusia.

Walau bagaimanapun, tidak semua kehendak manusia dapat dipenuhi.

Pulangan kepada pengeluar adalah keuntungan.

Kehendak merujuk kepada keinginan untuk memiliki sesuatu (barang-barang dan perkhidmatan) yang bukan keperluan hidup.

Page 12: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

1.3 KEHENDAK-KEHENDAK MANUSIA

Keperluan Kehendak

Perlu untuk meneruskan kehidupan

Tidak perlu untuk meneruskan kehidupan

Mesti dan harus dipenuhi Tidak mesti dipenuhi

Bukan keselesaan hidup Keselesaan hidup

Mudah untuk dipenuhi Sukar untuk dipenuhi

Terhad Tidak terhad

Tidak ada pilihan (keperluan asas adalah sama untuk setiap individu)

Banyak pilihan (kehendak adalah tidak terhad dan berbeza untuk setiap individu)

Contohnya, makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan

Contohnya, kereta, peti sejuk, televisyen, radio, kamera, jam tangan dan lain-lain.

Page 13: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

Dalam aspek ekonomi, kita boleh membezakan kehendak manusia yang tidak terhad kepada 2: Barang-barang merujuk kepada barang nampak

iaitu barang dalam bentuk nyata contohnya buku dan kereta.

Perkhidmatan merujuk pada barang yang tak nampak iaitu barang dalam bentuk tidak nyata contohnya perkhidmatan guru dan perkhidmatan tuisyen.

Page 14: HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 1 sumber ekonomi dan kehendak manusia

1.3.1 BARANGAN