Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

download Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

of 26

Transcript of Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    1/26

    CONTOH HADIS PALSU YANG TERSEBAR

    Soalan:

    Apakah contoh-contoh hadis dhaif dan palsu yang telahtersebar dalam masyarakat?

    Jawapan:

    Berikut saya senaraikan beberapa contoh hadis-hadis yangpopular di dalam masyarakat. Sayangnya hadis-hadis yangpopular ini pada hakikatnya adalah dhaif atau palsu. Saya

    menyebutnya sebagai dhaif atau palsu dengan meletakkankomen dan hasil kajian para ulama hadis dulu dan kini untuksama-sama diteliti dan difahami. Ini bermakna, bukanlah sayayang memandai-mandai mengatakan ia dhaif atau palsu, tetapisaya berpandukan kepada hasil kajian yang telah sedia ada didalam buku-buku para ulama hadis. Bagi para pembaca,mereka dialu-alukan untuk membetulkan kesilapan saya samaada dari segi penggunaan bahan rujukan atau kesilapan dalamterjemahan teks asalnya yang ditulis dalam bahasa arab.

    Di samping itu saya juga selitkan sedikit ulasan bagi

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    2/26

    menjelaskan maksud hadis tersebut dan juga membincangkanadakah maksud hadis boleh diterima dan disokong oleh dalil-dalil daripada Al Quran atau hadis sahih. Walau bagaimana baikmaksud sesuatu hadis yang dhaif atau palsu, hadis tersebuttetap tidak boleh dinyatakan atau diiklankan sebagai hadissahih atau sebagai sabda Nabi SAW. Hadis tersebut mungkinboleh dianggap sebagai kata-kata hikmah atau nasihat yangbaik sekiranya maksudnya tidak bertentangan dengan ajaranIslam. Pembaca akan dapat melihat apa yang saya maksudkandalam huraian setiap hadis.

    Pertama:

    Maksudnya: Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China.

    Kedudukan Hadis:

    Ini adalah hadis palsu. Hadis ini telah disebutkan sebagai palsuoleh Ibn al Jauzi di dalam buku al Maudhuat[1]. Pembaca jugaboleh melihat buku Menangkis Pencemaran Terhadap Agamadan Tokoh-Tokohnya karya Mohd. Asri Zainul Abidin untukmendapat maklumat lanjut tentang hadis ini. Hadis ini dikritikjuga oleh pengkaji hadis seperti Ibnu Tahir al Maqdisi(507H)[2], al Iraqi[3], Ibn Hibban[4] dan MuhammadNasiruddin al Albani[5].

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    3/26

    Ulasan:

    Hadis ini kerap dijadikan hujah bagi membuktikan bahawaIslam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sejauh yangmungkin walaupun ke negara China. Sedangkan padahakikatnya hadis ini adalah palsu. Telah ada dalil-dalil sertahujah-hujah yang jelas dalam Al Quran dan hadis-hadis sahihtentang kewajipan menuntut ilmu serta kelebihan mereka yangmempunyai ilmu. Terdapat ayat-ayat Al Quran yang mengiktiraf

    golongan yang berilmu contohnya:

    Maksudnya : ALLAH mengangkat kedudukan orang-orang yangberiman dan yang mempunyai ilmu dengan beberapa darjat[6].

    Begitu juga di dalam hadis-hadis sahih terdapat saranan kearah menuntut ilmu antaranya seperti hadis:

    Maksudnya: Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmumaka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga[7].

    Maksudnya: Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiapmuslim [8].

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    4/26

    Telah diketahui umum bahawa menuntut ilmu adalah kewajipandalam kehidupan umat Islam. Apa yang ingin saya sebutkan disini adalah kesalahan menggunakan hadis palsu dalammenyatakan sesuatu perkara yang telah sedia ada dalam Islamsama ada di dalam Al Quran atau hadis-hadis sahih. Tindakanmenggunakan hadis palsu ini boleh menjadikan kita lupabahawa ayat Al Quran atau hadis sahih sudah pun memadaidan mencukupi untuk kita menyatakan sesuatu yang berkaitan

    dengan Islam. Berhati-hatilah dalam menggunakan sesuatuhadis. Pastikan bahawa hadis tersebut adalah sahih sebelummenggunakannya sebagai dalil atau hujah.

    Kedua:

    Maksudnya: Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

    Kedudukan Hadis:

    Hadis ini adalah hadis palsu. Menurut Yusuf al Qaradhawi,walaupun maksud hadis ini benar, bukanlah bermakna ituadalah hadis yang benar-benar datang dari Nabi SAW[9]. Hadisini juga ditolak kesahihannya sebagai sabda Nabi SAW oleh

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    5/26

    seorang pengkaji hadis zaman ini, Abd. Fattah AbuGhuddah[10].

    Ulasan:

    Seperti yang telah disebutkan dalam komen saya terhadaphadis pertama, terdapat banyak dalil dalam Al Quran dan hadis-

    hadis yang sahih yang menyuruh dan menggalakkan umatIslam menuntut ilmu. Dalil-dalil itu sudah mencukupi dan kitatidak perlu lagi menggunakan hadis-hadis palsu yang direka.Penggunaan hadis-hadis palsu adalah salah walaupun denganniat yang baik.

    Wujudnya segolongan pendakwah atau penceramah yang tidakmendalami bidang hadis telah menyebabkan ramai pendengaryang terkeliru dengan hadis-hadis yang tidak sahih tetapidisangkanya sahih. Bahkan disangkanya hadis ini menjadikaedah utama dalam agama Islam sehingga dia terlupa dalilyang sudah sedia ada dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih.Pendakwah atau penceramah selalunya mencari jalan singkatuntuk mengumpulkan bahan ceramahnya lalu merekamenggunakan buku-buku berbentuk akhlak atau buku ceritayang kadangkala tidak memperdulikan kesahihan fakta yangdimuatkan di dalamnya. Ada yang mengambil hadis-hadisdaripada buku al Ghazali iaitu Ihya Ulumiddin yangsememangnya mengandungi banyak hadis dhaif dan palsu. al

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    6/26

    Iraqi telah berusaha untuk menyemak kembali hadis-hadis didalam buku Ihya Ulumiddin dan mengkaji kesahihannya ataukedhaifannya. Segala kajian al Iraqi itu beliau muatkan di dalambukunya berjudul al Mughni An Hamli al Asfar dan jika kitamembaca kajian beliau, kita akan dapati terlalu banyak hadisyang tidak sahih ada dalam buku al Ghazali itu.

    Kepada pembaca buku Ihya Ulumiddin, saya nasihatkan supayamereka melihat kajian al Iraqi dan memastikan adakah hadis itu

    sahih atau tidak. Terdapat beberapa versi buku Ihya Ulumiddinyang dicetak bersama dengan kajian al Iraqi sebagai nota kaki.Tidak ada sesiapa yang menyalahkan al Ghazali keranakesilapannya dalam buku Ihya Ulumiddin kerana al Ghazaliadalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan.Beliau berkemungkinan besar tidak tahu bahawa sesuatu hadisitu palsu lalu menyebutnya dalam Ihya Ulumiddin. Tetapi kitasebagai pembaca pada zaman ini perlulah mengelak dari

    menggunakan hadis-hadis palsu dalam Ihya Ulumiddin keranakita telah pun tahu tentang kepalsuannya berdasarkan kajian alIraqi serta ulama lain. Kita menghormati al Ghazali tetapi kitatidak akan mengulangi kesilapan yang beliau telah lakukan iaitutersalah dalam menyebut hadis-hadis palsu yang disangkabeliau sebagai sahih.

    Ketiga:Maksudnya: Tidur selepas subuh/ waktu pagi menghalangrezeki.

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    7/26

    Kedudukan Hadis:

    Hadis ini adalah hadis palsu. Hadis ini dilabelkan sebagai palsuoleh al Hasan Ibn Muhammad al Shoghoni dan disokong olehahli hadis masa kini, Abd. Fattah Abu Ghuddah[11]. Manakaladi antara ulama yang melabelkan hadis ini sebagai sangat dhaifpula ialah al Haithami[12], Ahmad Syakir[13], MuhammadNasiruddin al Albani[14] dan Syuaib al Arnaouth[15].

    Ulasan:

    Tiada tegahan dan tiada pula suruhan ke arah perkara ini.Perkara ini dilakukan mengikut kesesuaian keadaan dankeperluan. Sedangkan sesiapa sahaja yang ingin mencari hadisini pasti akan menemui bahawa para ulama hadis yang terkenaltelah mengkritik hadis ini sekaligus menjadikannya hadis yangtidak sahih. Ada pula yang berhujah bahawa logik akalmenyokong hadis ini kerana orang yang bekerja akan lewat ketempat kerja dan tidak dapat menjalankan tugas sekiranya tidurselepas subuh. Mereka seolah-olah lupa bahawa ada jugamasyarakat kita yang bekerja pada waktu petang dan malam.Adakah mereka tidak dapat menjalankan tugas jika tidurselepas subuh?

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    8/26

    Persoalan rezeki ini adalah persoalan besar dan untukmenyatakan sesuatu perkara itu menghalang rezeki, kitamemerlukan hujah dan dalil yang kuat daripada Al Quran atauhadis sahih. Terdapat beberapa perkara lagi yang dikatakanmenghalang rezeki seperti minum daripada gelas sumbing,menjahit baju di badan sendiri dan lain-lain lagi tetapisemuanya tidak mempunyai dalil atau hujah daripada Al Quranatau hadis sahih.

    Keempat:

    Kisah sahabat Nabi bernama Salabah yang tidakmembayar zakat.

    Kedudukan Hadis:

    Hadis ini adalah hadis palsu. Maklumat lanjut ada di dalambuku al Sohih al Musnad Min Asbab al Nuzul karya SyeikhMuqbil bin Hadi al Wadii[16]. Buku ini merupakan antara hasilkarya yang terbaik daripada Syeikh Muqbil yang merupakanseorang pengkaji hadis dari negara Yaman. Beliau berusahamengumpulkan asbab nuzul (sebab-sebab ayat Al Quranditurunkan) yang sahih sahaja. Ini kerana sememangnya telahdiketahui bahawa tidak semua asbab nuzul yang tercatat dalambuku-buku terdahulu adalah sahih. Menurut Syeikh Muqbil,kisah Salabah yang tidak membayar zakat ditolak kesahihannya

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    9/26

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    10/26

    Albani[19].

    Ulasan:

    Boleh dikatakan semua ulama tafsir dan hadis yang terkenal

    telah mendhaifkan hadis ini. Tidak ada seorang ulama pun yangmengatakan kisah ini benar. Sayangnya hadis ini amat popularterutama dalam kalangan yang ingin mengajak masyarakatsupaya membayar zakat serta tidak melengahkanpembayarannya. Kisahnya berkisar tentang seorang sahabatNabi SAW yang bernama Salabah bin Hathib yang pada asalnyamiskin. Namun setelah didoakan oleh Nabi SAW, dia telahmenjadi kaya raya. Kekayaannya menjadikannya sombong dan

    enggan menunaikan zakat. Akhirnya beliau tidak diterimataubatnya oleh Rasulullah SAW kerana turunnya ayat daripadasurah at Taubah. Selepas baginda wafat, para khalifah tidakingin menerima zakat yang ingin diberikan oleh Salabah. Kisahini adalah kisah yang tidak benar.

    Azab siksa yang dijanjikan kepada mereka yang tidakmembayar zakat telah ada disebutkan di dalam nas-nas yangsahih iaitu Al Quran dan hadis sahih. Oleh sebab itu kita melihatdalam sejarah Islam berlakunya peperangan yang dipimpin olehkhalifah pertama Islam , Abu Bakr al Siddiq menentang

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    11/26

    golongan yang tidak mahu membayar zakat.

    Kelima:

    Maksudnya: Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya,maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.

    Kedudukan Hadis:

    Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan olehal Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[20].Sebelum daripada al Albani, hadis ini juga telah didhaifkan olehal Haithami[21].

    Ulasan:

    Setahu penulis, tidur selepas Asar belum dibuktikankemudharatannya dari segi perubatan. Kalaulah sekiranya

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    12/26

    dapat dibuktikan dari segi perubatan bahawa perbuatan inimemberikan kesan kepada akal manusia, maka kita akanmenyatakan bahawa ia dilarang berhujahkan kenyataan dariaspek perubatan tersebut dan bukannya berhujahkan hadisyang tidak sahih ini. Hadis dhaif dan palsu tetap tidak bolehdijadikan hujah atau dalil untuk melarang sesuatu perkara yangasalnya tidak dilarang.

    Terdapat satu kisah berkaitan persoalan tidur selepas waktu

    Asar. Seorang imam fiqh dan hadis yang masyhur, al Laith binSaad (175H) pernah ditegur oleh salah seorang rakannyakerana beliau mendapati al Laith tidur selepas Asar pada bulanRamadhan. Rakannya itu membacakan hadis yang telahdisebutkan di atas tadi (riwayat Ibnu Adi dalam buku al Kamil)sebagai hujah untuk menegur al Laith. Apabila al Laithmendengar sanad hadis itu dibaca, maka beliau telahmengesan satu kecacatan dalam hadis tersebut iaitu terdapat

    periwayat bernama Abdullah bin Lahiah yang meriwayatkanhadis itu daripada periwayat bernama Aqil. Al Laith lalu berkata:Aku tidak akan meninggalkan perkara yang bermanfaat kepadadiriku ini (tidur selepas Asar) hanya kerana hadis yang diambildari jalan Ibnu Lahiah dari Aqil. Maksud al Laith ialah beliautidak akan meninggalkan tidur selepas Asar yang bermanfaatbaginya hanya kerana satu hadis yang tidak sahih[22].

    Keenam:Maksudnya: Kebersihan itu separuh daripada iman.

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    13/26

    Kedudukan Hadis:

    Hadis ini telah dikritik dan dilabelkan sebagai hadis dhaif jiddan(sangat dhaif) oleh al Iraqi[23] dan dinyatakan sebagai palsuoleh al Albani[24] dengan lafaz yang hampir sama iaitukebersihan itu menyeru kepada keimanan.

    Ulasan:

    Telah disepakati oleh semua orang yang mempelajari tentangIslam melalui sumber utamanya iaitu Al Quran dan hadis sahih

    bahawa Islam memang mementingkan kebersihan. Tetapi tidakada hadis yang menyatakan bahawa Kebersihan itu separuhdaripada iman. Kita perlu berhati-hati apabila menyebutkansesuatu hadis dan tidak sekadar menyebutnya keranamaknanya bertepatan dengan ajaran Islam.

    Terdapat satu perkara yang menarik yang saya pernah temuiiaitu satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dalam SahihMuslim[25] dengan lafaz: yangditerjemahkan dengan maksud: Kebersihan itu sebahagiandaripada iman. Terjemahan sebegini saya temui di dalam salah

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    14/26

    sebuah majalah yang pernah saya baca. Sedangkan maksudhadis itu yang sebenar menurut kata para pengkaji hadis dalambuku-buku mereka ialah: Bersuci dari hadas adalah separuhdaripada solat. Terdapat perselisihan pendapat tentangmaksud hadis ini dalam buku Jami al Ulum wa al Hikam karyaIbnu Rejab al Hanbali (795H). Ibnu Rajab telahmembincangkan maksud sebenar perkataan danperkataan dengan membawa banyak pendapat paraulama. Kesimpulan yang diambil oleh Ibnu Rajab ialahperkataan membawa maksud bersuci daripada hadasdan maksud pula ialah solat[26]. Maksud hadis ini

    betul, namun hakikat ini tidak bermakna kata-kata tersebuttelah benar-benar diucapkan oleh Rasulullah SAW. Kita mestiberhati-hati dalam menyebut sesuatu berkaitan RasulullahSAW[27].

    Ketujuh:

    Maksudnya: Perselisihan dalam umatku adalah rahmat.

    Kedudukan Hadis:

    Hadis ini telah dikategorikan oleh beberapa orang ulama hadissebagai tidak ada asalnya. Perkataan ini bermaksud tidak adaasal usulnya dalam mana-mana buku hadis. Begitulah pendapatyang dikemukakan oleh al Subki sebagaimana dicatatkan olehal Albani dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[28]. Al

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    15/26

    Iraqi juga menolak kesahihan hadis ini[29].

    Ulasan:

    Hadis ini telah menyatakan bahawa menjadi satu rahmat bagi

    kita jika kita berselisih pendapat. Ini adalah pandangan yangperlu diteliti dengan mendalam kerana kita amat yakin bahawaperselisihan selalunya membawa kepada perpecahan. Ibn Hazmdalam bukunya al Ihkam Fi Usul al Ahkam telah menyatakanbahawa jika sekiranya perselisihan itu rahmat, maka sudahpasti permuafakatan pula akan menjadi satu perkara yang tidakdirahmati. Ini adalah pendapat yang tidak benar samasekali[30].

    Ada sesetengah penulis yang menafsirkan perselisihan dalamhadis ini dengan maksud perselisihan dalam bidang fiqh danbukan perselisihan dalam bidang aqidah. Tafsiran sebeginiadalah tepat tetapi pada pandangan penulis, kita tidak perlumembuat tafsiran sebegini kerana hadis ini bukanlah hadis yangsahih. Tafsiran sebegini diperlukan sekiranya hadis ini sahih dankita tidak dapat memahami maksudnya. Ada pun sekiranyasesuatu hadis itu tidak sahih, tidak perlulah kita bersusah payahhendak memahaminya. Tumpukan usaha kita kepada hadisyang sahih sahaja. Wallahu alam.

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    16/26

    Kelapan:

    Maksudnya: Sabar itu separuh daripada iman

    Kedudukan Hadis:

    Menurut Ibn Rajab al Hanbali, ini adalah kata-kata sahabat danbukan hadis Nabi SAW[31]. Di antara yang menyebutnyasebagai hadis Nabi SAW ialah al Ghazali dalam bukunya IhyaUlumiddin. Menurut al Iraqi yang mengkaji hadis-hadis IhyaUlumiddin, hadis tersebut adalah dhaif[32]. Begitu juga denganal Albani yang menyatakannya sebagai sangat dhaif[33].Menurut al Baihaqi dan al Zubaidi, kata-kata ini mauquf (kata-kata sahabat)[34].

    Ulasan:

    Memandangkan bahawa kata-kata ini adalah kata-kata sahabatdan melihat kepada maksudnya yang tidak menyalahi mana-mana asas dalam Islam, maka boleh diucapkan dan disebarkankepada masyarakat. Apa yang perlu ialah menyatakannyasebagai kata-kata sahabat atau kata-kata hikmah dengan tidakmenyatakannya sebagai hadis Nabi SAW. Kita juga mesti

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    17/26

    mengutamakan ayat-ayat Al Quran yang menceritakan perihalkesabaran dan kepentingannya seperti ayat-ayat di dalam surahLuqman yang menceritakan nasihat Luqman kepada anaknyayang antara lainnya mengandungi nasihat supaya bersabar diatas segala ujian yang menimpa diri. Begitu juga dengan hadis-hadis sahih yang menceritakan soal kesabaran dan pahalaorang-orang yang sabar. Itu mesti didahulukan daripada kata-kata hikmah atau kata-kata sahabat agar masyarakat sentiasamemahami kewajipan mendahulukan Al Quran dan hadis sahihdalam kehidupan.

    Kesembilan:

    Maksudnya: Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebihbesar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yangpaling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu.

    Kedudukan Hadis:

    Hadis ini telah dinilai sebagai hadis dhaif oleh Syuaib alArnaouth ketika beliau menyemak hadis-hadis di dalam bukuJami al Ulum Wa al Hikam tulisan Ibn Rajab alHanbali[35].Beliau telah mengambil pandangan Ibnu Hajar alAsqalani yang menyatakan bahawa kata-kata ini ialah kata-kataseorang ulama tabiin yang bernama Ibrahim Bin Ablah.

    Menurut al Albani dalam Silsilah al Ahadith al Dhaifah: Munkar.Al Albani telah menukilkan kata-kata Ibnu Taimiyyah (728H)

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    18/26

    dalam Majmu al Fatawa:

    Tidak ada asalnya (hadis tersebut) dan tidak diriwayatkan olehpakar-pakar yang mengetahui tentang kata-kata Nabi SAW danperbuatan baginda. Dan memerangi orang-orang kafir (jihad)adalah sebesar-besar amalan bahkan merupakan amalan yangterbaik yang dilakukan oleh seseorang manusia[36].

    Ulasan:

    Hadis ini boleh menyebabkan sebahagian umat Islam tersalahanggap lantas memperkecilkan kefardhuan jihad dankeagungan pahala mereka yang berjihad sebagaimana yang

    telah disebutkan di dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih.Hadis ini sering digunakan oleh mereka yang bercakap atasnama kesufian untuk menunjukkan betapa pentingnya jihadmelawan kehendak hawa nafsu. Tiada siapa yang menafikanperlunya kita melawan nafsu yang ingin mengajak ke arahmaksiat dan sudah sedia ada di dalam hadis-hadis sahihtentang kepentingan mujahadah menentang kehendak nafsu iniseperti hadis Nabi SAW:

    Maksudnya: Orang yang berjihad ialah yang berjuangmenentang kehendak dirinya (yang buruk)[37].

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    19/26

    Tetapi hadis ini tidaklah sampai bermaksud seperti yangdigambarkan oleh hadis palsu tadi sehingga ke tahapmenjadikan peperangan itu kecil dan melawan nafsu lebihbesar mengatasi segalanya. Firman ALLAH:

    Maksudnya : Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihadpada jalan ALLAH dengan diri mereka sendiri dan harta mereka

    lebih besar pahalanya (dari orang yang hanya memberikanharta dan tidak pergi ke medan peperangan) di sisi ALLAH danitulah orang-orang yang berjaya[38].

    Di dalam Islam terdapat pelbagai jenis jihad dan di antaranyaialah jihad peperangan mempertahankan Islam daripada

    musuh, jihad dalam menuntut ilmu, jihad membangunkanekonomi, jihad menentang hawa nafsu yang menjurus ke arahmaksiat dan lain-lain lagi. Namun begitu, hadis yang disebutkantadi adalah dhaif atau lebih rendah kedudukannya dan kitadilarang menggunakan hadis sedemikian dalam menyatakansesuatu hukum. Marilah kita menggunakan hadis-hadis sahihdalam menentukan sesuatu perkara atau hukum. Inilah perkarayang telah disarankan oleh para ulama sejak dahulu hinggakini.

    Kesepuluh:

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    20/26

    Maksudnya: Berbual di masjid memakan pahala sepertibinatang liar memakan rumput.

    Kedudukan Hadis:

    Menurut beberapa orang ulama hadis, hadis ini adalah palsu.Hadis ini disebut di dalam buku-buku seperti Ihya Ulumiddin

    karya al Ghazali. Al Iraqi telah memberikan komennya terhadaphadis ini dengan kata beliau: Aku tidak menemui asalnya[39].Pendapat tersebut disokong oleh al Albani di dalam bukunyaSilsilah al Ahadith al Dhaifah[40]. Di antara ulama hadis lainyang menyatakan bahawa hadis ini palsu ialah al Zubaidi, alFairuz Abadi, Ibn Hajar al Asqalani, Ali al Qari dan Abd. FattahAbu Ghuddah[41].

    Ulasan:

    Hadis ini secara zahirnya seolah-olah melarang kita daripadaberbual atau berbincang di masjid. Sedangkan di dalam hadis-hadis yang sahih, kita dapati Rasulullah SAW seringkaliberbincang dan berbual dengan para sahabat di dalam masjid.Bahkan lebih dari itu, sekumpulan orang Islam dari Habsyah

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    21/26

    telah bermain di dalam Masjid Nabawi dengan permainan pisau.Permainan tersebut bertujuan mengisi masa lapang dan jugamelatih kemahiran bersenjata. Maka Rasulullah SAW danisterinya Aisyah bersama-sama melihat kepakaran orang-orangHabsyah bermain senjata dan tidak melarangnya[42].

    Masjid merupakan tempat untuk kita berbincang, menuntutilmu, merancang perkara-perkara kebaikan dan juga bertegursapa serta beramah mesra. Inilah yang berlaku pada zaman

    Rasulullah SAW dan ia berlainan dengan apa yang disebutkanoleh hadis yang tidak sahih ini. Seharusnya masjid berperananseperti zaman Rasulullah SAW bagi memastikan umat Islamterus maju dan berjaya seperti pada zaman Rasulullah SAW danpara sahabat.

    [1]Al Maudhuat Ibn al Jauzi jilid 1 muka surat 215.

    [2]Makrifat al Tazkirah Ibn Tahir al Maqdisi hadis no. 118.

    [3]Al Mughni An Hamli al Asfar hadis no. 36 susunan olehAbu Muhammad Asyraf Bin Abd. Maqsud cetakan pertama1995 Maktabah Dar al Thabariyyah, Riyadh.

    [4]Kata-kata beliau diambil daripada buku Ahadith La TasihhuSulaiman Bin Salih al Kharashiy hadis no. 21 laman webwww.saaid.net).

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    22/26

    [5]Silsilah al Ahadith al Dhaifah hadis no. 416 dan Dhaif alJami al Shaghir hadis no. 906 dan 907.

    [6]Surah al Mujadalah ayat 11.

    [7]Hadis riwayat Muslim hadis nombor 2699

    [8]Hadis riwayat Ibnu Majah hadis nombor 224 dan iadisahihkan oleh al Albani dalam semakannya terhadap SunanIbn Majah. Hadis ini juga dinilai sebagai hadis hasan olehBasyar Awwad Maruf dalam kajiannya terhadap Sunan Ibn

    Majah.

    [9]Taisir al Fiqh Li al Muslim al Muashir Prof.Yusuf alQaradawi m.s. 215.

    [10]Qiimatu al Zaman Inda al Ulama Abd. Fattah AbuGhuddah muka surat 30 cetakan kelapan,1998 Maktab alMathbuat al Islamiyyah, Halab.

    [11]Al Mashnu Fi Marifati al Hadith al Maudhu Ali al Qaritahqiq Abd. Fattah Abu Ghuddah muka surat 230.

    [12]Majma al Zawaaid al Haithami hadis no. 6091.

    [13]Al Musnad Ahmad Ibn Hanbal edisi tahqiq AhmadSyakir jilid 2 muka surat 4.(www.dorar.net)

    [14]Dhaif al Jami as Shaghir hadis no. 1484 dan 3531.

    [15]Al Musnad Ahmad Ibn Hanbal hadis no. 530 cetakanMuassasah al Risalah, Beirut.

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    23/26

    [16]As Sahih al Musnad Min Asbab an Nuzul Muqbil Bin Hadial Wadii muka surat 11-12 cetakan kedua 1994 Dar IbnHazm.

    [17]Kaifa Nataamalu Maa al Sunnah al Nabawiyyah Prof.Dr.Yusof al Qaradhawi muka surat 67al Mahad alAlami Li al Fikr al Islamiyy, Amerika Syarikat.

    [18]Al Mughni An Hamli al Asfar al Iraqi hadis no. 3340.

    [19]Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhuah hadis no.1607..

    [20]Silsilah al Ahadith ad Dhaifah wa al Maudhuah al Albanihadis no. 39 dan Dhaif al Jami al Shaghir hadis no. 5861.

    [21]Majma al Zawaaid al Haithami hadis no. 8254.

    [22]Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhuah al Albanihuraian bagi hadis no. 39.

    [23]Al Mughni An Hamli al Asfar al Iraqi hadis no. 278.

    [24]Dhaif al Jami al Shaghir hadis no. 6163 dan 2414.

    [25]Hadis no. 223 dan diriwayatkan juga oleh al Tirmizi (hadisno. 3517).

    [26]Jami al Ulum wa al Hikam Ibn Rajab al Hanbali jilid 2muka surat 7 hingga 14.

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    24/26

    [27]Sila lihat kembali jawapan kepada soalan nombor 18 dalambuku ini.

    [28]Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhuah hadis no.57.

    [29]Al Mughni An Hamli al Asfar al Iraqi hadis no. 74.

    [30]Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhuah huraianhadis no. 57.

    [31]Jami al Ulum wa al Hikam Ibnu Rajab al Hanbali jilid 2 muka surat 10.

    [32]Al Mughni An Hamli al Asfar al Iraqi hadis no. 3651.

    [33]Dhaif al Jami al Shaghir hadis no. 3535.

    [34]Nota kaki no. 1 dalam buku al Mashnu Fi Marifati al Hadith

    al Maudhu Ali al Qari muka surat 218.

    [35]Jami al Ulum Wa al Hikam Ibnu Rejab al Hanbali jilid 1 muka surat 489.

    [36]Diambil daripada huraian al Albani dalam Silsilah al Ahadithad Dhaifah wa al Maudhuah hadis no. 2460.

    [37]Hadis sahih riwayat al Tirmizi (hadis no. 1621) dandisahihkan oleh al Tirmizi serta disokong oleh al Albani.

    [38]Surat at Taubah ayat 20.

  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    25/26

    [39]Al Mughni An Hamli al Asfar hadis no. 410.

    [40]Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhuah hadis no.4.

    [41]Al Mashnu Fi Marifati al Hadith al Maudhu Ali al Qarimuka surat 92 (nota kaki no.2).

    [42]Hadis Sahih riwayat al Bukhari (hadis no. 3530) dan Muslim(hadis no. 2105).

    *MOHON DISEBARKAN

    ___________________________________________________

    ________________

    Source:

    http://www.facebook.com/photo.php?pid=278068&op=1&view=all&subj=133994899953502&aid=-1&auser=0&oid=133994899953502&id=109822995712140
  • 7/28/2019 Contoh Hadis Palsu Yang Tersebar

    26/26

    http://www.hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu20.htm

    LA TAHZAN BLOG:http://www.latahzan00.blogspot.com/

    http://www.hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu20.htmhttp://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.latahzan00.blogspot.com%2F&h=98d90gjBqLw4j471YYQVtZwzUPQhttp://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.latahzan00.blogspot.com%2F&h=98d90gjBqLw4j471YYQVtZwzUPQhttp://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.latahzan00.blogspot.com%2F&h=98d90gjBqLw4j471YYQVtZwzUPQhttp://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.latahzan00.blogspot.com%2F&h=98d90gjBqLw4j471YYQVtZwzUPQhttp://www.hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu20.htm