Bm k1 obj tahun 4

12
BM 1 Tahun 4 1 011 PEMAHAMAN (011) [1¼ jam- 1 jam 15 minit] 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian. 3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti dengan empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga 13 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Hana seorang murid yang sangat rajin, _________ selalu meluangkan masa membaca di perpustakaan. A. kami B. dia C. beliau D. baginda 2. ___________ mahu lanun yang melakukan kekacauan di perairan negeri kita ini dihapuskan dengan segera, titah Sultan Melaka kepada Hang Tuah. A. Patik B. Beta C. Hamba D. Tuanku 3. Qairil Anuar telah dipilih ___________ wakil sekolah kami dalam pertandingan sukan Ragbi peringkat kebangsaan kali ini. A. sebagai B. seperti C. oleh D. dengan 4. Encik Ali __________ di ruang tamu rumahnya. A. ulang-alik B. lalu-lalang C. pindah-randah D. mundar-mandir 5. Dalam sekelip mata sahaja pahlawan yang ____________ itu sudah dapat menumpaskan musuhnya. 011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Transcript of Bm k1 obj tahun 4

Page 1: Bm k1 obj tahun 4

BM 1 Tahun 4 1 011

PEMAHAMAN (011) [1¼ jam- 1 jam 15 minit]

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian.3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti dengan empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C

dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

BAHAGIAN A[20 markah]

Soalan 1 hingga 13Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Hana seorang murid yang sangat rajin, _________ selalu meluangkan masa

membaca di perpustakaan.

A. kami

B. dia

C. beliau

D. baginda

2. ___________ mahu lanun yang melakukan kekacauan di perairan negeri kita ini

dihapuskan dengan segera,” titah Sultan Melaka kepada Hang Tuah.

A. Patik

B. Beta

C. Hamba

D. Tuanku

3. Qairil Anuar telah dipilih ___________ wakil sekolah kami dalam pertandingan sukan

Ragbi peringkat kebangsaan kali ini.

A. sebagai

B. seperti

C. oleh

D. dengan

4. Encik Ali __________ di ruang tamu rumahnya.

A. ulang-alik

B. lalu-lalang

C. pindah-randah

D. mundar-mandir

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Page 2: Bm k1 obj tahun 4

BM 1 Tahun 4 2 011

5. Dalam sekelip mata sahaja pahlawan yang ____________ itu sudah dapat

menumpaskan musuhnya.

A. gagah

B. ganas

C. kasar

D. bengis

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.

6. Puan Aisyah ______________ periuk yang hitam legam itu dengan menggunakan

sabut kelapa.

A. mengesat

B. menggesel

C. menyental

D. menggesek

7. Puan Siti melarang Adib _________ adiknya yang masih kecil.

A. berkasar

B. terkasar

C. mengasari

D. kekasaran

8. Pihak polis berasa _________ akan penjelasan saksi kejadian ini kerana dia gugup

ketika bercakap.

A. sedih

B. takut

C. curiga

D. risau

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Page 3: Bm k1 obj tahun 4

BM 1 Tahun 4 3 011

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.

9. Tukang besi itu sedang membuat _____________ keris.

A. selaras

B. sebilah

C. sebuah

D. sebatang

10. Air mata Puan Aina berlinangan ______________ menatap beberapa keping gambar

anak tunggalnya yang kini belajar di luar negara.

A. jika

B. ketika

C. selama

D. bahawa

11. Anggota polis itu____________ abang Ahmad.

A. adalah

B. ialah

C. daripada

D. dari

12. Farah mengetahui keadaan keluarga Nabila kerana mereka ___________ tinggal

sekampung.

A. kelak

B. akan

C. belum

D. pernah

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Page 4: Bm k1 obj tahun 4

BM 1 Tahun 4 4 011

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.

13. Puan Aida dan anaknya ____________ sebelum berpisah.

A. beriring-iringan

B. bersalam-salaman

C. berdakap-dakapan

D. berpandang-pandangan

14. Beliau akan menyampaikan ceramah __________ kebaikan menyertai aktiviti

kokurikulum.

A. akan

B. bagi

C. dengan

D. tentang

15. Pisau yang __________ itu tidak dapat digunakan untuk memotong daging.

A. tajam

B. tumpul

C. pendek

D. panjang

Pilih ayat yang betul.

16. A Kawasan tapak perkhemahan itu bukan luas sangat.

B Amir berasal daripada Johor.

C Tiap khemah dapat memuatkan empat orang murid.

D Sila patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Page 5: Bm k1 obj tahun 4

Tugu Peringatan Perang Kundasang dibina bertujuan untuk mengenang keberanian

tawanan tentera Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun di Sandakan semasa

perang dunia kedua.

Tugu Peringatan yang berbentuk seperti benteng ini dirancang oleh arkitek bernama

J.C Robinson. Tempat ini terdiri daripada empat buah taman yang saling berkaitan. Walaupun

begitu, taman-taman ini tetap terpisah. Bendera negara yang tenteranya gugur dalam tawanan

Jepun digantung pada benteng Tugu Peringatan itu.

Taman-taman itu dinamakan Taman Australia, Taman Mawar Inggeris yang rasmi,

Taman Borneo yang dihiasi bunga liar dari Gunung Kinabalu dan yang teratas sekali ialah

Taman Kontemplasi yang dilengkapi dengan kolam refleksi dan pagoda.

Tugu ini dibuka untuk pengunjung tempatan dan asing. Pengunjung bukan saja dapat

melihat taman yang sempurna tetapi juga dapat mengenang jasa mereka yang sanggup

mengorbankan hidup demi kemerdekaan orang lain. Taman ini terbuka untuk umum dengan

bayaran masuk yang murah, iaitu RM2.00 bagi sekeping tiket.

BM 1 Tahun 4 5 011

Soalan 17 hingga 20Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

17. Siapakah J.C Robinson?

A. Pahlawan Sabah yang terbilang.

B. Tentera yang terkorban di tangan Jepun.

C. Seorang arkitek.

D. Anak kepada seorang tentera Australia.

18. Di manakah terletaknya Tugu Peringatan Perang tersebut?

A. Britain.

B. Borneo.

C. Sarawak.

D. Kundasang.

19. Apakah tujuan Tugu Peringatan Perang itu dibina?

A. Menjadi kenang-kenangan.

B. Mengenang jasa tentera British.

C. Mengenang jasa tentera Australia.

D. Mengenang jasa dan keberanian tawanan perang yang gugur.

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Page 6: Bm k1 obj tahun 4

BM 1 Tahun 4 6 011

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A. Tugu itu dibina oleh rakyat tempatan.

B. Tiket masuk ke tugu itu adalah percuma.

C. Tugu itu hanya boleh dilawat oleh pelancong asing.

D. Tugu itu mempamerkan pembinaan taman yang sempurna.

SOALAN BAHAGIAN A TAMAT

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Page 7: Bm k1 obj tahun 4

BM 1 Tahun 4 7 011

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

Sofia dan Nadia berjalan menuju ke taman rekreasi berhampiran rumah mereka. “Mari kita

duduk di ______________. Kata Nadia kepada adiknya, Sofia sambil berjalan ke arah

kerusi rehat. Kerusi tersebut terletak di bawah sebatang pokok yang rendang. “ Wah,

seronoknya tempat __________!” kata Sofia. Nadia tersenyum melihat adiknya yang

kelihatan ceria ketika berada di taman permainan itu. “Kak, bolehkah saya pergi bermain di

____________?” tanya Sofia. Nadia mengangguk sambil memerhatikan adiknya berlari ke

arah papan gelongsor. Di taman rekreasi ____________ terdapat ramai pengunjung lain

yang turut beriadah sama.

[4 markah]

Soalan 22

a. Tulis jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.Jawapan:____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Ayat Tanya: Sudahkah kamu menutup makanan di atas meja dengan tudung saji?. Tanya ibu. [2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

[2 markah]

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

ini sana sini itu situ

Cikgu Salina Hana

Aduh, cikgu..sakitnya

kaki saya!

Page 8: Bm k1 obj tahun 4

BM 1 Tahun 4 8 011

c. Soalan berikut berdasarkan petikan di bawah ini.

Tuliskan maksud peribahasa di atas.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 23

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Makanan seimbang membekalkan

___________________________________________________________________.

[1 markah]

b. Mengapakah kita memerlukan makanan yang seimbang?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[2 markah]

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga. Namun ramai orang yang tidak menyedarinya. Oleh itu, untuk memastikan diri sentiasa sihat dan cergas, kita mestilah bijak dalam memilih makanan yang berkhasiat dan memberi faedah kepada tubuh. Kita hendaklah makan makanan yang seimbang untuk kesihatan dan kecergasan tubuh.

Makanan seimbang merupakan makanan yang mesti dimakan untuk memastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan biasa. Makanan yang seimbang akan memberikan kita tenaga. Sekiranya kita makan makanan yang seimbang, kita dapat menjauhkan diri daripada penyakit. Selain itu, makanan yang seimbang juga membekalkan tenaga kepada kita serta membina tubuh. Kita memerlukan makanan berkhasiat dan vitamin untuk tumbesaran.

Jika seseorang itu tidak makan makanan secara sempurna atau kurang makan makanan berkhasiat, biasanya akan mudah mendapat serangan jantung, barah dan pelbagai lagi penyakit kronik. Oleh itu, kita harus memastikan makanan yang dimakan setiap hari mengandungi kadar protein, karbohidrat, fiber yang mencukupi, vitamin serta lemak secara optimum. Sumber protein boleh didapati daripada ikan, daging, susu dan telur manakala makanan yang mengandungi karbohidrat pula seperti nasi, kentang, bijirin, sayur-sayuran dan sebagainya.

Amalan pemakanan sihat menjadi faktor penting untuk kesihatan diri dan keluarga.

Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Page 9: Bm k1 obj tahun 4

BM 1 Tahun 4 9 011

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

[2 markah]

Soalan 24

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Makanan berkhasiat dan vitamin penting untuk tumbesaran tubuh.

Tubuh kita tidak memerlukan tenaga yang mencukupi setiap hari.

Tubuh akan berfungsi dengan biasa jika kita kurang mengambil makanan yang seimbang.

Betul

Salah

Setiap orang memerlukan makanan yang seimbang untuk kesihatan tubuh.

Pada hari minggu yang lalu, Chong dan kakaknya telah melawat Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, di Shah Alam, Selangor. Ramai pengunjung yang melawat taman itu pada hari tersebut. Selepas membayar tiket masuk, mereka menaiki kereta api khas yang disediakan oleh pihak taman.

Kakak Chong telah membawanya melawat Taman Haiwan, Taman Cendawan, Taman Orkid dan Rumah Iklim Sederhana Empat musim. Chong dan kakaknya juga melalui jambatan gantung sewaktu melawat Taman Haiwan. Jambatan gantung dibina supaya pengunjung dapat melihat haiwan-haiwan dari jarak jauh tanpa mengganggu dan menakutkan haiwan tersebut.

Chong juga dapat melihat pelbagai spesies cendawan yang dibiakkan dalam makmal cendawan di Taman Cendawan. Chong tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di hadapan replika cendawan yang dijadikan simbol Taman Cendawan. Bersebelahan dengan taman itu, terbentang luas sebuah kolam. Kolam itu kelihatan begitu menarik dengan pancutan air pancut di tengah-tengahnya. Ini menambahkan lagi keindahan alam di taman itu.

Chong dan kakaknya turut pergi ke Empangan Kuning yang terdapat di Taman Pertanian itu. Mereka dapati ramai orang sedang memancing sambil menikmati keindahan alam yang menghijau di sekeliling empangan tersebut. Menurut kakak Chong, Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam diadakan khas oleh pihak Kementerian Pertanian Malaysia untuk memelihara flora dan fauna supaya tidak pupus. Chong berasa sungguh gembira kerana dapat menikmati keindahan dan keunikan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.

Page 10: Bm k1 obj tahun 4

BM 1 Tahun 4 10 011

a. Perkataan melawat dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan

_________________________.

[1 markah]

b. Apakah tempat-tempat yang dilawati oleh Chong dan kakaknya di taman itu?____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[2 markah]c. Apakah tujuan jambatan gantung itu dibina?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[2 markah]d. Kementerian manakah yang bertanggungjawab membina taman itu? Mengapa?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[3 markah]

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Page 11: Bm k1 obj tahun 4

BM 1 Tahun 4 11 011

Soalan 25

Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sumber: Buku teks Bahasa Melayu tahun 4

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[2 markah]

b. Mengapakah kita harus rajin membaca?____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[1 markah]

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Mari Membaca

Mari, mari, kawan semuaMari kita rajin membaca

Membaca buku jadi amalanPenuhi dada ilmu berguna

Mari kawan marilah semuaMembaca buku di mana sahaja

Bersama keluarga dan juga rakanPenyuluh hidup masa hadapan

Dengarlah kawan janganlah jemuPanduan ini jadi ikutan

Membaca itu jambatan ilmuMenuntut ilmu amalan mulia

Mari kawan mari membacaBanyak ajaran dapat dijana

Rajin membaca walau dimanaInilah teladan sepanjang zaman

Page 12: Bm k1 obj tahun 4

BM 1 Tahun 4 12 011

c. Tandakan (√) pada pernyataan yang benar dan tandakan (x) pada pernyataan yang salah.

Membaca buku dapat menghasilkan sebuah jambatan.

Rajin membaca buku dapat menambah ilmu pengetahuan.

[1 markah]

d. Berdasarkan rangkap yang diberikan, bagaimanakah caranya kita dapat menggalakkan orang lain agar suka membaca?____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh , Disemak dan disahkan oleh,

........................................ ........................................................

NOR MAHANI MOHD ASRAN ZAMALIAH HJ ABDUL KARIMGuru Bahasa Melayu tahun 4 Guru Besar

011© 2016/skbb/normahanimohdasran/ SULIT

Mari kawan mari membaca

Banyak ajaran dapat dijana