Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

download Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

of 17

Transcript of Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    1/17

    MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA,103, JALAN TEMPLER46700 PETALING JAYA,

    SELANGOR DARUL EHSAN

    Tajuk:Pendidikan, latihan dan maklumat koperasi

    Disediakan untuk:

    ENCIK syamsul khairi

    Ahli kumpulan :

    MOHD FAIZOL BIN HASAN

    FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI

    HAMSYINUR BINTI YUSOF

    NORZIYANA BINTI ABDUL RAHMAN

    Nurul badriah binti zulkifle

    Raja hamimah binti raja hamid

    Rohaya binti abdul hamid

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    2/17

    ISI KANDUNGAN

    NO. PERKARA M/S

    1. SENARAI NAMA AHLI I

    2. BIODATA AHLI ii/iii

    3. SEKAPUR SIREH 1

    4. MKM SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN

    KOPERASI

    2-3

    5. KEPENTINGAN PENDIDIKAN, LATIHAN

    DAN MAKLUMAT DALAM KOPERASI

    4-8

    6. DIPLOMA PENGURUSAN KOPERASI DI

    MKM

    9

    7. IJAZAH SARJANA MUDA

    PENTADBIRAN PERNIAGAAN-

    PENGKHUSUSAN PENGURUSAN

    KOPERASI

    10-11

    6. BIBILIOGRAFI 12

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    3/17

    AHLI KUMPULAN

    BIL. NAMA I/C NO MATRIKS1. MOHD FAIZOL BIN HASAN 870121-10-5791 D0008060012F2. FATIN HAFIZAH BINTI

    MOHAMMAD SUKRI900126-14-5752 D0008060055F

    3. HAMSYINUR BINTI YUSOF 900825-05-5078 D0008070088F4. NORZIYANA BINTI ABDUL

    RAHMAN900420-01-6376 D0008060030F

    5. NURUL BADRIAH BINTIZULKIFLE

    901228-11-5516 D0008060039F

    6. RAJA HAMIMAH BINTI RAJAHAMID

    901016-14-5668 D0008060037F

    7. ROHAYA BINTI ABDUL HAMID 900228-14-6422 D0008070084F

    iBIODATA AHLI

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    4/17

    ii

    FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI ialahpelajar Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya.Mendapat pendidikan di Sekolah KebangsaanSeksyen 20, SAMT Kuala Kubu Bharu dan SMK TTDIJAYA, Shah Alam. Berasal dari Shah Alam, Selangor.

    MOHD FAIZOL BIN HASAN ialah pelajar MaktabKerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal dariRaub, Pahang. Mendapat pendidikan menengah diSekolah Menengah Kebangsaan Dong. Pernah

    menjawat jawatan Warden di Resorts World Bhd.

    HAMSYINUR BINTI YUSOF ialah pelajar MaktabKerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal dariRembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan dariSekolah Kebangsaan Kg.Tanjung, Sekolah MenengahKebangsaan Dato Undang Haji Adnan, dan SekolahMenengah Teknik (ERT) Dato Undang Haji Sharif.

    NORZIYANA BINTI ABDUL RAHMAN ialah pelajarMaktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasaldari Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikandari Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin,Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang HajiAdnan.

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    5/17

    iii

    NURUL BADRIAH BINTI MOHAMMAD ZULKIFLEialah pelajar Maktab Kerjasama Malaysia, PetalingJaya. Berasal dari Setiu,Terengganu. Mendapatpendidikan di Sekolah Kebangsaan Bari (Pantai)

    Setiu,Terengganu. Pendidikan menengah di SekolahMenengah Kebangsaan Penarek Setiu,Terengganu.

    RAJA HAMIMAH BINTI RAJA HAMID ialah pelajarMaktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasaldari Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan rendah di

    Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 2. Pendidikanmenengah di Sekolah Menengah Kebangsaan PuteriWilayah dan Sekolah Menengah Teknik SetapakKuala Lumpur.

    ROHAYA BINTI ABDUL HALIM ialah pelajar Maktab

    Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal dariKuala Lumpur. Mendapat pendidikan rendah diSekolah Kebangsaan Sultan Hishamuddin Alam Shahdan Sekolah Kebangsaan Sri Perak. Pendidikanmenengah di Sekolah Menengah KebangsaanPerempuan Methodist, Sekolah MenengahKebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakob danSekolah Menengah Sri Iskandar.

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    6/17

    SEKAPUR SIREH

    Dengan menyebut nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha

    mengasihani, kami memanjatkan kesyukuran ke atas hadrat dan kurniaan-Nya

    yang tidak ternilai memberi kami peluang untuk meneruskan perjalanan yang

    penuh cabaran sehingga detik ini. Selawat dan salam ke atas junjungan beasr

    Rasulullah S.A.W. Akhirnya, pada 20 September 2008 dengan izin-Nya buku

    skrap yang bertajuk Pendidikan, Latihan dan Maklumat Koperasi telah siap

    dihasilkan.

    Pertama sekali, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidakterhingga kepada pansyarah kami yang tidak putus-putus memberi sokongan

    dan dorongan kepada kami iaitu Encik Syamsul Khairi, selaku pensyarah

    Sejarah, Prinsip dan Falsafah Koperasi Semester 1 bagi tahun 2008. Syukran

    jazilan!!!

    Seterusnya, kepada seluruh ahli kumpulan; ijoy, fieza, anor, nozie, bard,

    raja dan aya yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam

    menjayakan tugasan yang telah diberikan ini. Nampaknya segala usaha dan jerihperih sepanjang pembikinan tugasan ini akhirnya telah membuahkan hasil yang

    memuaskan. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa-jasa kalian

    jazakumullah khaira!!!

    Tidak lupa juga kepada Perpustakaan Maktab Kerjasama Malaysia yang

    telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada kami khususnya dalam

    pencarian bahan-bahan ilmiah yang sangat berguna dalam menyiapkan tugasan

    yang telah diberikan.

    Akhir kalam, semoga kalian memperoleh 1001 pengetahuan tentang

    Pendidikan, Latihan dan Maklumat Koperasi. Sekianwassalam

    1

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    7/17

    MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (MKM) SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN

    KOPERASI

    Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) adalah merupakan satu-satunya

    institusi pengajian dalam bidang koperasi di Negara ini. Ia telah ditubuhkan pada

    tahun 1956 dengan pembiayaan daripada Colonial Welfare and Development

    Fund. Kerajaan kemudiannya telah memberikan sumbangan dengan

    menambahkan bangunan MKM di dalam tahun 1959,1964 dan 1982. Maktab

    Kerjasama Malaysia telah diperbadankan sebagai Badan Berkanun pada tahun

    1968.

    Misi MKM ialah bagi menjadikan ia sebagai sebuah pusat kecemerlangandalam bidang latihan perkoperasian di peringkat nasional dan antarabangsa bagi

    mewujudkan dan meningkatkan warga koperasi yang terlatih, professional dan

    bermaklumat.

    Objektif MKM adalah seperti berikut:-

    Meningkatkan kemahiran dan kecekapan di bidang pengurusan dankepimpinan melalui program latihan yang menyeluruh.

    Meningkatkan kefahaman berkoperasi dan memupuk sikap positif

    serta nilai-nilai murni melalui program pendidikan yang berterusan.

    Meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan koperasi.

    Mewujudkan kelompok pemikir yang boleh dimanfaatkan oleh sektor

    koperasi dan masyarakat umum sebagai tempat rujukan.

    Mengadakan rangkaian perhubungan dengan institusi tempatan danantarabangsa.

    Mengendalikan penyelidikan, khidmat konsultansi dan penerbitan bagi

    menerap serta menyebarkan falsafah dan konsep koperasi.

    Menyediakan pusat sumber maklumat dalam bidang koperasi.

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    8/17

    2

    Falsafah pendidikan koperasi yang ditekankan oleh MKM ialah kearah

    membentuk satu sistem ekonomi yang diasaskan di atas prinsip-prinsip dan

    falsafah koperasi yang berlainan daripada yang diperlukan di dalam syarikat

    swasta dan milik kerajaan. Ke arah ini MKM melihat pendidikan kopersi sebagai

    suatu usaha sepanjang hayat bagi meningkatkan potensi koperasi dan anggota

    secara total. Usaha ini diharap dapat mewujudkan koperasi yang cekap dan

    berkesan di samping dapat melahirkan koperator yang seimbang dan harmonis

    dari segi rohani dan jasmani. MKM bercita-cita untuk melahirkan generasi

    koperasi yang bersatu, berilmu pengetahuan, cekap, dinamik, berakhlak mulia

    dan bertanggungjawab.

    Kelahiran ANGKASA diawal dekad 70-an, telah memperlihatkan

    penganjakan paksi dalam penekanan program-program yang dianjurkan oleh

    MKM. Kewujudan badan induk gerakan koperasi ini, sekurang- kurangnya

    memberi ruang dan peluang yang lebih untuk MKM memberikan penumpuan

    serta focus kepada program-program yang lebih memanfaatkan tenaga

    pemimpin koperasi, yang terdiri daripada kalangan anggota lembaga danjuruaudit dalam serta tenaga pengurusan koperasi.

    Era pertengahan dekad 70-an hinggalah ke tahun-tahun yang membawa

    kepada pengisytiharan Era Baru Koperasi telah menyaksikan MKM bergerak

    cergas memperkenalkan program yang bercorak lebih khusus. Kebanyakan

    daripada program yang diperkenalkan, khasnya yang berorientasikan

    perniagaan, adalah diasaskan kepada bahan-bahan latihan yang disediakan oleh

    pihak ILO MATCOM. Ini merupakan zaman pendewasaan bagi kebanyakan

    tenaga akademik MKM. Zaman ini juga turut menyaksikan permulaan arah aliran

    untuk memberi peluang kepada tenaga akademik untuk menimba pengalaman

    serta memperolehi lulusan lanjutan dalam bidang yang berkaitan dengan sektor

    koperasi.

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    9/17

    3

    KEPENTINGAN PENDIDIKAN , LATIHAN DAN MAKLUMAT DALAMKOPERASI

    Prinsip kelima iaitu pendidikan, latihan dan maklumat dalam koperasi

    merupakan prinsip yang amat penting untuk kemajuan dan pembangunan

    koperasi. Ahli Lembaga Koperasi (ALK) hendaklah merancang program

    pendidikan, latihan dan cara menyampaikan maklumat koperasi untuk

    anggotanya yang berubah setiap tahun demi memantapkan pergerakan koperasi

    masing-masing. Pendedahan terhadap ketiga-tiga aspek yang terkandung dalam

    prinsip kelima amat penting dalam mewujudkan anggota koperasi yang

    berkualiti, berwawasan dan berpandangan jauh seperti mana yang ditekankan

    dalam objektif jangka pendek Dasar Koperasi Negara (DKN).

    Pendidikan koperasi yang merangkumi jati diri koperasi, tadbir urus

    koperasi, perundangan koperasi, kepenggunaan dan sebagainya adalah satu

    proses yang panjang untuk mengubah persepsi, meningkatkan pengetahuan,

    kesetiaan, kemahiran dan membentuk pemimpin koperasi. Visi dan misi yang

    terkandung dalam pendidikan koperasi dapat meminimumkan permasalahan

    kefahaman koperasi dan merealisasikan perancangan pembangunan yang telah

    digubal oleh pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi.

    Antara kaedah pendidikan koperasi ialah mengadakan kursus, bengkel

    atau seminar yang dianjurkan oleh MKM dan ANGKASA yang diadakan

    sepanjang tahun. Berasaskan senarai program pendidikan koperasi yang

    dianjurkan oleh kedua-dua badan, anggota koperasi boleh bekerjasama dengan

    ALK bagi menjayakannya sama ada waktu bekerja atau pada hujung minggu

    demi manfaat bersama. Jika program ini dianjurkan pada waktu bekerja,

    koperasi berdaftar boleh memohon kebenaran daripada majikan anggota

    koperasi dan mendapatkan Cuti Tanpa Rekod untuk anggotanya daripada JPK

    Malaysia.

    4

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    10/17

    Selain daripada program pendidikan sedia ada (Siri 1, 2, 3, KKB dan

    PKS), program baru, iaitu Kursus Tatacara Minit Mesyuarat, Kursus Pemantapan

    Pengurusan Koperasi dan Kursus Touch Typing telah dikenal pasti. Kursus-

    kursus itu adalah sebahagian dari kursus yang dirancang untuk menambah baik,

    mengukuh dan memperkasakan minda warga koperasi. Kepentingan kursus ini

    tidak memberi apa-apa makna jika pemimpin koperasi tidak memberi kerjasama

    untuk melaksanakannya di peringkat koperasi masing-masing. Walaupun

    pelbagai kemudahan seperti tenaga pengajar, bahan pengajaran, perbelanjaan

    makan minum dan sijil disediakan, ANGKASA masih mengharapkan kerjasama

    yang menyeluruh untuk sama-sama merealisasikannya.

    Dalam membangunkan koperasi ahli ANGKASA, Bahagian Pelajaran,Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan (B4P) telah memperhebatkan lagi

    perkhidmatan dan penyelenggaraan yang dikendalikan oleh Unit PEKA, Pra

    Audit dan SEKKOP. Unit PEKA bukan sahaja membimbing Lembaga Koperasi

    dalam mempelbagai ?aktivitinya tetapi juga membantu koperasi itu dari segi

    mendidik anggotanya tentang peranan dan tanggungjawab. Unit ini juga

    membantu koperasi mendapat khidmat nasihat daripada pakar-pakar dalam

    aktiviti yang dijalankan.

    Dalam mengimbangkan program pembangunan pendidikan, B4P juga

    telah memperhebatkan program seminar di setiap negeri. Program seminar

    seperti zakat dan keusahawanan adalah usaha untuk memperkukuhkan

    kerjasama antara ANGKASA Pusat, ANGKASA Negeri dengan koperasi di

    negeri-negeri menjadi kenyataan. Pelbagai idea dan maklumat telah diperoleh

    dan dibincangkan dalam Mesyuarat B4P bagi tindakan susulan pada tahun

    depan.

    5

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    11/17

    Dengan mengambil kira dasar-dasar semasa Kementerian Pembangunan

    Usahawan dan Koperasi, B4P juga telah memperhebatkan peranan Pusat

    Produk Koperasi. Selain menjadikannya pusat mempamerkan hasil-hasil

    koperasi, B4P telah berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran

    koperasi yang terlibat. Lantaran itu, B4P dari semasa ke semasa akan menjalin

    kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti MARDI, LPP, RISDA,

    FELCRA dan sebagainya agar produk koperasi dapat diketengahkan di pasaran

    tempatan dan antarabangsa.

    Maklumat gerakan koperasi juga mempengaruhi pemikiran, etika dan

    budaya seseorang anggota koperasi. Maklumat yang tidak tepat dan lengkap

    daripada kalangan pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi perlu dielakkan.Anggota koperasi yang prihatin dan aktif akan sentiasa berusaha mendapatkan

    maklumat terkini dan tepat tentang gerakan koperasi daripada media cetak dan

    media elektronik. Maklumat ini jika berkaitan dengan kepentingan dan aspirasi

    bersama ia hendaklah dimaklumkan kepada ALK.

    Selain itu, ALK juga perlu menyediakan papan kenyataan khas koperasi

    untuk tatapan anggotanya yang sering berurusan dengan koperasi. Manakala

    bahan bacaan koperasi seperti kertas kerja, bulletin, risalah dan majalahdaripada JPK (WAWASAN), MKM (DIMENSI KOOP) dan ANGKASA

    (PELANCAR) atau mana-mana koperasi berdaftar disimpan di pusat sumber

    koperasi. Untuk menjayakan dan memperkembangkan bahan di pusat sumber,

    satu peruntukan khas diwujudkan bagi membolehkan anggotanya membeli

    bahan tersebut terutama anggotanya yang kerap berada di luar negeri.

    6

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    12/17

    Anggota koperasi yang mempunyai maklumat terkini tentang pencapaian

    sesebuah koperasi berdaftar sama ada dalam atau di luar negeri boleh

    menyampaikan maklumat secara bertulis ke dalam peti khas untuk dimuatkan

    dalam buletin koperasi dan dibincangkan oleh pihak pentadbiran dan

    pengurusan koperasi dalam mesyuaratnya. Kemudahan teknologi maklumat di

    pusat sumber memudahkan anggota koperasi melayari laman Web mana-mana

    koperasi berdaftar dalam dan di luar negeri untuk mengetahui tentang perubahan

    dan perkembangan dalam memenuhi kehendak anggotanya, maklumat ini

    merupakan sebahagian daripada matlamat untuk melahirkan pemimpin yang

    berilmu, prihatin dan berwawasan.

    Perkembangan pendidikan dalam gerakan koperasi di Malaysia tidakdiberi kepentingan yang sewajarnya oleh pemerintah di awal penubuhannya di

    Malaysia. Ini disebabkan koperasi mula diperkenalkan di Malaysia adalah atas

    dasar kepentingan bagi membebaskan masyarakat petani dan pekerja dripada

    belenggu keberhutangan yang meruncing. Koperasi digambarkan sebagai

    medium alternative mudah bagi masyarakat mendapatkan pinjaman wang

    dengan kadar faedah yang rendah.

    Mengikut laporan The Government of Malaysia on Co-operativveEducation and Training, Internation Labour Officer Expanded Programme of

    Technical Assistant, 1965 menyatakan terdapat lima sebab mengapa pergerakan

    koperasi di Malaysia gagal iaitu:

    i) Terdapat kekurangan kesedaan dan semangat untuk memajukan

    persatuan

    ii) Kekurangan para pegawai koperasi

    iii) Kekurangan latihan dan jumlah pegawai koperasi

    iv) Kekurangan pemeriksaan buku kira-kira dan kegagalan untuk

    membentuk semangat berniaga

    v) Memberikan pinjaman kepada ahli tanpa kawalan 7

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    13/17

    Senario ini membawa kepada desakan di kalangan pengamal koperasi

    supaya kerajaan menubuhkan sebuah pusat latihan bagi melatih pegawai

    koperasi untuk melicinkan lagi perjalanan gerakan koperasi.

    Pelbagai langkah telah diambil bermula di awal 1948 olah Jabatan

    Pembangunan Koperasi dengan mengadakan kursus-kursus koperasi

    khususnya di luar bangar. Kesan daripada kursus yang dijalankan ini amat

    memuaskan dalam meninkatkan kecekapan dalam mentadbir dan menguruskan

    perjalanan koperasi. Ini dapat dibuktikan apabila lima orang yang menghadiri

    kursus di atas telah diberi jawatan sebagai Honourable Co-operative Organiser.

    Walaupun kursus-kursus ini dijalankan secara tidak sepenuh masa dan

    teratur,kursus ini menambahkan kecekapan pegawai-pegawai koperasi dalam

    melaksanakan tugas mereka.

    Pertambahan mendadak bilangan peserta yang mengikuti latihan-latihan

    yang disediakan ini membuktikan wujud keperluan untuk menubuhkan sebuah

    pusat latihan dan pendidikan koperasi. Pusat latihan ini diperlukan bukan shaja

    untuk memenuhi keperluan latihan biagi peawai koperasi mlah untuk melahirkanpemimpin-pemimpin yang berwibawa.

    8

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    14/17

    PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN KOPERASI DI MKM

    Program Diploma Pengurusan Koperasi yang mula diperkenalkan pada

    tahun 1991, dan kini berusia 17 tahun, telah menerrima seramai 84 orang pelajar

    baru yang mendaftar bagi sesi pengambilan Jun 2008. sambutan yang begitu

    menggalakkan ini merealisasikan matlmat MKM untuk menarik seberapa ramai

    individu mengikuti program Diploma Pengurusan Koperasi yang diiktiraf oleh

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysia Qualification Agency (MQA) ini.

    Untuk melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti serta lebih banyak

    koperasi mempunyai tenaga pengurusan yang terlatih dan berkaliber, MKM

    dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah bersetuju

    menganjurakan program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Pengkhususan

    Pengurusan Koperasi, yang akan memulakan sesi pengajian sulungnya pada

    Disember 2008 kelak.

    Bagi memenuhi keperluan latihan koperasi-koperasi yang menjalankan

    perniagaan runcit, MKM telah menganjurkan bengkel Development of Consumer

    Co-operatives in Malaysia pada 1 dan 2 Julai 2008. bengkel ini adalah anjuran

    bersama antara MKM dengan International Cooperative Alliance (ICA). Seminarini dikendalikan oleh pakar dari Japan Consumer Cooperative Union (JCCU),

    yang telah memberi panduan dan pengajaran mengenai pengurusan perniaagan

    runcit dengan berpandukan pengalaman dari Jepun.

    Di samping penganjuran semanar, bengkel dan kursus-kursuss dalam dan

    luar kampus, MKM mengorak langkah menerbitkan sebuah buku berjudul

    Gerakan Koperasi di Malaysia, yang memperlihatkan senario perkembangan

    dan kepentingan gerakan koperasi di Malaysia terhadap pembangunun Negaradan boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap lapisan masyarakat.

    9

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    15/17

    IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN- PENGKHUSUSAN

    PENGURUSAN KOPERASI

    Satu program di bawah kerjasama Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)-

    Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dilancarkan iaitu Program Ijazah Sarjana

    Muda Pentadiran Perniagaan (Pengursan Koperasi). Program yang akan

    ditawarkan pada hujung tahun 2008 ini bertujuan untuk mempertingkatkan

    peranan MKM sebagai pusat pendidikan dan latihan bagi gerakan koperasi

    dalam pembentukan modal insan bagi sector tersebut serta mengeluarkan lebih

    ramai graduan di peringkat professional bagi mengisi jawatan-jawatan di

    peringkat pengurusan atasan koperasi seperti saranan dalam Dasar Koperasi

    Negara (DKN).

    Sehubungan itu MKM dan UUM telah menandatangani memorandum

    persefahaman (MOU) untuk mengadakna kerjasama dan berhasrat

    mengendalikan program pengajian akademik secara bersama. Ia adalah untuk

    kebaikan kedua-dua institusi dalam mengenal pasti peluang-peluang bagi

    membangunkan program untuk menyediakan latihan, pendidikan dan aktiviti-

    aktiviti berasaskan pengetahuan bagi gerakan koperasi, atas dasasrpersefahaman dan faedah bersama. Pemerteraian MOU ini diadakan sempena

    Majlis Perjumpaan Bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

    pada 4 Julai yang lalu.

    10

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    16/17

    Secara ringkas, Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

    dalam Pengkhususan Pengurusan Koperasi yang akan dijalankan secara

    sepenuhh masa yang akan mengambil masa 3 hingga 4 tahun pengajian iaitu

    merangkumi 7-8 semester. Bilangan kursus yang ditawarkan adalah sebanyak

    42 merangkumi 128 jam kredit dan secara purata setiap semester merangkumi 6

    kursus termasuk satu semester yang dikhaskan untuk medium pengantar

    bahasa Inggeris ini akan dapat ditawarkan kepada Negara ASEAN, Asia Barat,

    Afrika dan lain-lain Negara sedang membangun yang sekaligus dapat

    mempertingkatkan imej MKM selaras dengan visi untuk menjadi institusi latihan

    koperasi bertaraf dunia.

    11

  • 8/14/2019 Assignment Pendidikan Dan Latihan Koperasi

    17/17