Alquds in malay issue 87 hi re

8
| 1 Issue No 87 // 6 APR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 6 APR 2016, Issue no 87 WARIS KEPADA PARA SYUHADA’ AL-QUDS ENGGAN MENERIMA MAYAT ANAK- ANAK MEREKA DALAM KEADAAN BEKU Isu minggu ini : Ahli waris kepada para syuhada’ Al-Quds pada hari Rabu (23/3), menegaskan bahawa mereka me- nolak penuh cadangan Israel untuk memulangkan mayat- mayat para syuhada’ dalam keadaan beku. Mereka menjelaskan bahawa Israel tidak mematuhi syarat- syarat persetujuan yang disepakati bersama antara Kerajaan Israel dan peguam- peguam si mati dalam isu pengembalian mayat, malah cuba untuk mengubah perjanjian dan meletakkan syarat- syarat baru yang tidak dapat diterima. Para waris memohon kepada Pertubuhan Bulan Sabit Merah Antarabangsa supaya menghantar pasukan perubatan dengan sesegera mungkin bagi memeriksa mayat- mayat syuhada’, sekaligus mengelakkan dari ditahan dalam tempoh yang MAJLIS HAK ASASI MANUSIA ME- NYENARAI HITAMKAN SYARIKAT- SYARIKAT YANG BEKERJASAMA DENGAN ISRAEL Perancangan israel untuk mendiri- kan 900 unit penempatan baru un- tuk pendatang- pendatang yahudi di Timur Jurusalem NETANYAHU MENGARAHKAN SUPAYA JASAD PARA SYUHADA’ TIDAK DIKEMBALIKAN KEPADA WARIS- WARIS MEREKA lama. Ini kerana, pendedahan mayat kepada suhu sejuk yang melampau, dalam tempoh yang lama akan mem- bawa kepada kerosakan organ- organ dalaman si mati. Ahli keluarga para syuhada’ yang terlibat turut menghar- gai keterangan sokongan Pertubuhan Hak Asasi Manusia berkenaan isu pe- nolakan salah seorang waris kepada as-syahid Hasan Al- Munasirah yang menolak mayatnya ditahan, dan me- minta dari pertubuhan itu agar men- gadakan tindakan susulan yang dapat membantu semua waris- waris syuha- da’ Al-Quds berkenaan isu itu.

description

 

Transcript of Alquds in malay issue 87 hi re

Page 1: Alquds in malay issue 87 hi re

| 1Issue No 87 // 6 APR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 87 // 6 APRIssue No 87 // 6 APRIssue No 87 , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

6 APR 2016, Issue no 87

WARIS KEPADA PARA SYUHADA’ AL-QUDS ENGGAN MENERIMA MAYAT ANAK- ANAK MEREKA

DALAM KEADAAN BEKU

Isu minggu ini :

Ahli waris kepada para syuhada’ Al-Quds pada hari Rabu (23/3), menegaskan bahawa mereka me-nolak penuh cadangan Israel untuk memulangkan mayat- mayat para syuhada’ dalam keadaan beku. Mereka menjelaskan bahawa Israel tidak mematuhi syarat- syarat persetujuan yang disepakati bersama antara Kerajaan Israel dan peguam- peguam si mati dalam isu pengembalian mayat, malah cuba untuk mengubah perjanjian dan meletakkan syarat- syarat baru yang tidak dapat diterima.Para waris memohon kepada Pertubuhan Bulan Sabit Merah Antarabangsa supaya menghantar pasukan perubatan dengan sesegera mungkin bagi memeriksa mayat- mayat syuhada’, sekaligus mengelakkan dari ditahan dalam tempoh yang

MAJLIS HAK ASASI MANUSIA ME-NYENARAI HITAMKAN SYARIKAT- SYARIKAT YANG BEKERJASAMA DENGAN ISRAELPerancangan israel untuk mendiri-kan 900 unit penempatan baru un-tuk pendatang- pendatang yahudi di Timur JurusalemNETANYAHU MENGARAHKAN SUPAYA JASAD PARA SYUHADA’ TIDAK DIKEMBALIKAN KEPADA WARIS- WARIS MEREKA

lama. Ini kerana, pendedahan mayat kepada suhu sejuk yang melampau, dalam tempoh yang lama akan mem-bawa kepada kerosakan organ- organ dalaman si mati. Ahli keluarga para syuhada’ yang terlibat turut menghar-gai keterangan sokongan Pertubuhan Hak Asasi Manusia berkenaan isu pe-nolakan salah seorang waris kepada as-syahid Hasan Al- Munasirah yang menolak mayatnya ditahan, dan me-minta dari pertubuhan itu agar men-gadakan tindakan susulan yang dapat membantu semua waris- waris syuha-da’ Al-Quds berkenaan isu itu.

Page 2: Alquds in malay issue 87 hi re

2 | Issue No 87 // 6 APR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

PEROBOHAN PENEMPATAN PENDUDUK PALESTIN MENINGKAT BERKALI- KALI GANDA SEJAK AWAL

TAHUN 2016Laporan rasmi yang dikeluar-kan oleh “Pertubuhan Kebang-saan Untuk Mempertahankan Palestin dan Menentang Is-rael” menunujukkan bahawa Kerajaan Israel secara terus- terusan membuat perlanggaran hak- hak penduduk Palestin dan meluaskan polisi perobo-han rumah- rumah penempatan rakyat Palestin. Begitu juga dengan rampasan tanah- tanah mereka dalam skala yang besar bermula awal tahun ini. Lapo-ran berikut menyebut tentang jenayah Israel itu yang mening-kat kesnya lebih dari 2 kali gan-da berbanding tahun lalu. Anta-ra alasan yang digunakan untuk menjalankan perobohan adalah, hukuman beramai- ramai dise-babkan oleh pemuda- pemuda kawasan berikut yang menyer-tai operasi intifada, ataupun da-kwaan tidak mendapat permit di tapak pembinaan.Laporan itu turut memetik kata- kata penyelaras aktiviti kema-nusiaan PBB, Robert Bieber,

yang menjelaskan bahawa kebanyakan perobohan itu menggunakan alasan kehakiman yang palsu, iaitu tidak mendapat permit. Sedangkan pada hakikatnya Kerajaan Israel hanya memberi permit kepada kurang dari 1.5 peratus daripada keseluruhan permintaan- permintaan yang dibuat oleh penduduk Palestin.Dalam kes lain pada pagi Selasa (29/3), pekerja- pekerja dan jentera- jentera perbandaran Israel didapati menghancurkan dinding dan tingkap sebuah bangunan milik Khalid Az-Zair di perkampungan Abbasiyah di bandar As-Sauri yang sejak beberapa bulan lalu diubah kawasannya un-tuk dijadikan padang permainan kanak- kanak. Mereka turut didapati mengancam Khalid untuk merampas tanahnya bagi dijadikan Taman Negara yang akan dilaksanakan di situ projek- projek Yahudi.

Page 3: Alquds in malay issue 87 hi re

| 3Issue No 87 // 6 APR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

MAJLIS HAK ASASI MANUSIA MENYENARAI HITAMKAN SYARIKAT- SYARIKAT YANG BEKERJASAMA DENGAN

ISRAEL

Akhbar Yahudi “Yediot Ahronot” pada petang Khamis (24/4), melaporkan bahawa Majlis Hak Asasi Manusia PBB meluluskan dengan majoriti akta untuk menyenarai hitamkan syarikat- syarikat antarabangsa yang beker-jasama secara langsung atau secara tidak langsung dengan Kerajaan Israel dalam projek- projek mereka di Tebing Barat dan Bukit Golan. Menurut sumber, sebanyak 32 negara mengundi menyokong draf resolusi berkenaan, manakala 15 negara lagi mengambil pendekatan berkecuali, walaupun dengan asakan dan tekanan oleh Amerika Syarikat, Israel dan Britain yang menolak akta tersebut dengan dakwaan berpihak kepada Arab dan Islam. Sum-ber berikut turut berkata bahawa akta itu dipersetujui untuk diletakkan dalam perbahasan dalam fasal ketujuh, akta yang dikhususkan untuk menolak Israel.

Susulan peristiwa itu, Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, mengecam penerimaan akta tersebut den-gan katanya PBB telah bertukar menjadi musuh yang menentang Israel yang merupakan satu- satunya negara di Timur Tengah yang mengamalkan sistem demokrasi, dan dalam masa yang sama menutup mata terhadap isu- isu perlanggaran yang berlaku di Iran, Syria dan Korea Utara. Netanyahu turut mendakwa kerajaan- kerajaan yang terlibat menyokong resolusi itu sebagai melakukan diskriminasi terhadap negara Yahudi.

Akta baru itu turut mengecam tindakan Israel yang menyalahi undang- undang antarabangsa, dan memberi perin-gatan kepada ahli- ahli perniagaan agar tidak menjalankan sebarang kerjasama dengan Israel secara langsung atau tidak secara langsung sepertimana yang termaktub dalam akta. Menurut sumber Israel, akta 17 daripada undang- undang itu adalah paling bahaya iaitu pengumpulan data mengenai syarikat- syarikat tempatan dan antarabangsa yang terlibat dengan Israel dan menyenaraikan syarikat terbabit, kemudian memastikan ianya dikemaskini pada setiap tahun.

Page 4: Alquds in malay issue 87 hi re

4 | Issue No 87 // 6 APR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Perancangan israel untuk mendirikan 900 unit penempatan baru untuk pendatang- pendatang yahudi di

Timur Jurusalem

KABINET ISRAEL “THE KNESSET” MELULUSKAN UNDANG- UNDANG UNTUK MENGUSIR KELUARGA-

KELUARGA PEJUANG- PEJUANG INTIFADAJawatankuasa perundangan Israel di “The Knesset” pada hari Rabu (23/3) meluluskan undang- undang baru untuk mengusir ke-luarga- keluarga para pejuang intifada dari penempatan mereka. Undang- undang itu bertujuan untuk memberikan tekanan ke-pada rakyat Palestin, lebih- lebih lagi pen-duduk kawasan yang terjajah sejak tahun 48, Jurusalem dan kawasan- kawasan seki-tarnya, supaya anak- anak mereka dihalang dari terlibat dengan sebarang serangan terh-adap Israel yang mana akan mengakibatkan seluruh keluarga mereka yang terlibat diusir dari penempatan mereka.

Akhbar Yahudi, Pisgat Ze’ev, pada hari Jumaat (25/3), mendedahkan perancangan Israel untuk membina 900 unit penempatan baru di kawasan Pisgat Ze’ev, Timur Jurusalem. Majlis perbandaran Israel melalui ketua bahagiannya telah mendedahkan perancangan itu dan mempersetujui perlaksanaannya. Akhbar berkenaan melaporkan bahawa beberapa pertemuan dan perbin-cangan telah diadakan diantara pelaksana- pelaksana projek dan pakar- pakar binaan untuk mendapatkan idea- idea mengenai projek itu. Siri- siri perbincangan itu telah membawa kepada persetujuan mengenai be-berapa projek. Laporan akhbar itu turut menyebut bahawa kajian berkenaan isu trafik di kawasan- kawasan penempa-tan pendatang telah dijalankan, dan beberapa penam-bahbaikan turut dicadangkan. Selain itu, Kementerian Pengangkutan Israel juga bersetuju untuk mengada-kan kajian menyeluruh berkenaan kawalan trafik di kawasan- kawasan jajahan mereka.

Page 5: Alquds in malay issue 87 hi re

| 5Issue No 87 // 6 APR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Perancangan israel untuk mendirikan 900 unit penempatan baru untuk pendatang- pendatang yahudi di

Timur Jurusalem

UNDANG- UNDANG ISRAEL MEMBENARKAN PEMENJARAAN KANAK- KANAK SEUMUR HIDUP

Penganalisis ketenteraan Israel, Roni Daniel, pada petang Sabtu (27/3) berkata bahawasanya rabbi- rabbi Yahudi membolehkan pembunuhan rakyat Palestin dahulu sehingga kini. Justeru itu, sikap rabbi- rabbi berikut ditambah dengan pemimpin- pemimpin politik yang turut meng-galakkan perkara yang sama, menjadi sebab utama yang menyumbang kepada pembunuhan rakyat Palestin, katanya sambil merujuk kepada peristiwa yang berlaku di Hebron baru- baru ini dimana seorang rakyat Palestin yang cedera dan terbaring di tanah ditembak oleh tentera Israel.

Jawatankuasa perundangan Israel pada hari Ahad (27/3) menerima rang undang- undang yang dike-mukakan oleh Menteri Kehakiman Israel, Ayelet Shaked, yang mem-benarkan pemenjaraan kanak- kanak Palestin seumur hidup, jika umur mereka kurang dari 14 tahun. Menu-rut undang- undang itu, kanak- kanak yang bersalah akan ditahan di dalam tahanan sehingga berusia 14 tahun, kemudian dipindahkan ke penjara lain untuk menyempurnakan tahan-an mengikut ketetapan mahkamah. Shaked mendakwa tujuan undang- undang ini adalah untuk mencegah berleluasanya pemberontakan mela-wan Israel di Jurusalem di kalangan kanak- kanak, dan undang- undang ini merupakan undang- undang se-mentara, berkuatkuasa sepanjang 3 tahun ini.

Page 6: Alquds in malay issue 87 hi re

6 | Issue No 87 // 6 APR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

NETANYAHU MENGARAHKAN SUPAYA JASAD PARA SYUHADA’ TIDAK DIKEMBALIKAN KEPADA WARIS-

WARIS MEREKA

Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, pada petang Ahad (28/3) mengarahkan agar jasad para syuhada’ Palestin tidak diserahkan kepada waris- waris mereka dengan alasan untuk menghalang hasutan serangan ke atas Israel yang dilakukan ketika upacara penge-bumian. Saluran dua televisyen Yahudi menyebut bahawa Netanyahu mengarahkan pelak-sanaan perkara itu sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak. Tujuan utama arahan itu dikeluarkan adalah untuk menghalang gelombang serang yang berterusan ke atas Israel.

Dalam kes lain, penduduk Palestin mengadakan kempen untuk mendapatkan semula jasad para syuhada’ dan mengecam arahan yang telah dikeluarkan oleh Netanyahu. Mereka men-ganggap arahan itu sebagai berlawanan dengan hak- hak asasi manusia dan adat- adat kema-nusiaan antarabangsa. Mereka turut menggesa agar jasad- jasad para syuhada’ dapat dikem-balikan tanpa membeza- bezakan diantara mereka dan tanpa mengenakan sebarang syarat. Begitu juga dengan desakan mereka supaya sebuah pasukan perubatan tempatan dibentuk dengan kerjasama pakar- pakar antarabangsa untuk menyelia proses bedah siasat ke atas jasad para syuhada’ untuk mengetahui punca sebenar kematian mereka.

Selain itu, mereka juga meminta dari Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) supa-ya mereka mengeluarkan pendirian mereka bagi menghalang proses bedah siasat dan pena-hanan mayat yang dianggap sebagai melanggar undang- undang kemanusiaan antarabangsa, dan menghalang sebarang penggubalan undang- undang yang membawa kepada larangan penyerahan mayat syuhada’ kepada waris- waris mereka ataupun penyerahan dengan syarat- syarat tertentu. Ini kerana, penahanan itu melanggar undang- undang dan sepatutnya ia dis-erahkan kepada keluarga si syahid tanpa sebarang sekatan atau syarat tertentu.

Page 7: Alquds in malay issue 87 hi re

| 7Issue No 87 // 6 APR , 2016 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

Page 8: Alquds in malay issue 87 hi re

8 | Issue No 87 // 6 APR , 2016

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News