AL QURB DAN AL BU'D

14
IUS 4163 TASAWUF PERBANDINGAN TAJUK TUGASAN: AL QURB DAN AL BU'D PELAJAR: NURUL FAIZAH BINTI CHE MAHMOOD NO. MATRIK : 035353 IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN KAUNSELING (A) SEMESTER 7 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR

Transcript of AL QURB DAN AL BU'D

IUS 4163TASAWUF PERBANDINGAN

TAJUK TUGASAN:AL QURB DAN AL BU'D

PELAJAR:NURUL FAIZAH BINTI CHE MAHMOOD

NO. MATRIK : 035353

IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN KAUNSELING (A) SEMESTER 7

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR

Maksud al-Qurb ialah dekat. Maksudnya dekat seorang hamba dalam taatnya dan disiplin waktu melalui ibadat-ibadatnya.

DEFINISI AL QURB (DEKAT)

Maksud al-Bu’d ialah jauh. Yang bermaksud pengotoran diri dengan menentang dan menghampakan diri terhadap taat kepada Allah SWT dan jauh daripada Allah SWT.

DEFINISI AL BU'D (JAUH)

AL QURB TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU:

1. AL QURB NAWAFIL2. AL QURB FARAID

AL QURB NAWAFIL : BERMAKSUD HILANGNYA SIFAT KEMANUSIAAN DAN TERBIT SIFAT ALLAHSWT DALAM DIRI MANUSIA ITU.

AL QURB FARAID : BERMAKSUD HILANG SECARAKESELURUHAN TERHADAP MAKHLUK SEKELILING DAN DIRINYA SENDIRI DAN MENGANGGAP SEMUANYAMUSNAH KECUALI ALLAH SWT.

AL BU'D

TIDAK DIJUMPAI PEMBAHAGIAN

PEMBAHAGIAN AL QURB (DEKAT) DAN AL BU'D (JAUH)

Dalam pembahasannya tentang kedekatan dan kejauhan al-Qusyairi mengabungkan pelbagai sudut pandangan yang cukup rumit. Ia memulakan pembahasannya dengan mengungkapkan beberapa definisi kemudian mengumpulkan hadis tentang ibadah sunat.

AL QURB (DEKAT) DAN AL BU'D (JAUH) MENURUT AL QUSYAIRI

Dalam hadis itu Tuhan berbicara tentang hamba-hambaNya yang melalui pengamalan ibadah wajib dan sunat. Yang mana menunjukkan hamba akan semakin dekat dengan Tuhannya. Tuhan berkata, “Aku menjadi pendengaran yang dengannya ia melihat”. Hadis tentang ibadah sunat itu menjadi dasar bagi keseluruhan yang berbicara tentang tentang hubungan antara kesedaran diri (yang terjadi dalam kedekatan yang sangat dekat) hingga hilangnya kesedaran (terjadi dalam kedekatan yang lebih dekat dengan penyatuan)

Tingkatan pertama dalam keadaan taqarrub atau al-qurb (kedekatan) akan muncul ketika seorang hamba sentiasa menanti setiap kehendak Tuhannya. Yang bermaksud ia sentiasa tetap dalam ketaatan di setiap waktu melalui seluruh ibadah kepada Nya.

KEADAAN DALAM BERTAQARRUB

Keadaan al-bu'd (kejauhan) adalah ketika seorang hamba menentang dan tidak mahu bersikap taat terhadap seluruh perintah AllahTingkatan pertama al-bu'd adalah jauh dari taufiq, kemudian jauh dari kenyataan (tahqiq). Bahkan sesungguhnya jauh dari taufiq adalah juga beerti jauh dari tahqiq.

KEADAAN DALAM AL BU'D (JAUH)

"Para hamba sentiasa bertaqarrub kepada Ku, dengan melaksanakan semua aturan yang Aku wajibkan kepada mereka. Dan seorang hamba sentiasa bertaqarrub kepada Ku melalui ibadah-ibadah sunat, sehingga ia mencintaiKu dan Aku mencintainya. Apabila aku telah mencintainya, maka Aku menjadi pendengaran dan penglihatan baginya. Maka dengan Ku ia melihat, dan dengan Ku ia mendengar. "

DALAM SEBUAH HADIS QUDSI DIJELASKAN:

Kedekatan Allah Maha berkuasa kepada hamba-hamba Nya terbuka untuk semua orang melalui makrifat dan kekuasaan yang Dia anugerahkan kepada para Mukmin melalu rahmat Nya serta kepada para wali Allah yang terpilih.

Kedekatan hamba kepada Tuhannya, mula-mula dicapai melalui iman dan pembenarannya. Dan kemudiaan melalui kedekatan ihsan dan seluruh ketaatannya. Sedangkan kedekatan al-Haq kepada hambaNya terjadi melalui maknifat yang dilimpahkan kepadanya di dunia. Dan kelak di akhirat, ia akan dimuliakan dengan kesempatan untuk menyaksikan Nya secara nyata.

Abu Husain an Nuri melihat seorang murid Abu Hamzah. Ia berkata kepadanya. "Engkau adalah seorang murid Abu Hamzah yang pernah memberikan nasihat tentang kedekatan. Kalau kau bertemu dengan beliau sampaikan bahawa Abu al- Hussain al Nuri mengirimkan salam dan mengatakan. " Dekatnya kedekatan adalah seperti yang kita alami kini, yakni jauhnya jarak yang jauh. "

Jika yang dimaksud dengan kedekatan adalah dekat dengan zat, maka Allah Maha Mengetahui, terbebas dari hal itu. Dia berada melampaui segala batas, wilayah, pangkal, tujuan, serta ukuran.

Allah tidak bersentuhan dengan makhluk, begitu juga tidak terpisah dengan sesuatu yang Dia liputi. Dia adalah pemilik sifat keagungan shamadiyah yang terlampau lembut untuk pertemuan dan perpisahan.

Al-Qurb adalah dekat. Yang bermaksud dekatnya hamba dalam taatnya dan disiplin waktu melalui ibadat-ibadatnya. Hamba yang ingin sentiasa dekat dengan Allah maka di akan sentiasa patuh dan taat kepada setiap perintah Penciptanya. Manakala maksud al-Bu’d ialah jauh. Yang bermaksud pengotoran diri dengan menentang dan menghampakan diri terhadap taat kepada Allah S.W.T. Hamba yang jauh dengan Allah akan sentiasa berada dalam kegelapan dan menentang kepada setiap perintah Allah dan tidak patuh dan taat kepada setiap suruhan dan perintah Penciptanya.

KESIMPULAN