6.2 Gizi Seimbang

download 6.2 Gizi Seimbang

of 15

description

BIO

Transcript of 6.2 Gizi Seimbang

PowerPoint Presentation

KEPERLUAN GIZI SEIMBANG

GIZI SEIMBANG ialah gizi yang mengandungi kesemua keperluan makana untuk badan dengan perkadaran yang betul.Organisma hidup spt manusia memperoleh nutrien melalui gizi mereka. Nutrien membekalkan tenaga dengan keperluan asasnya: *molekul-molekul yg bertindak sebagai sumber tenaga. *unit-unit asas kimia untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu yang rosak. *unsur-unsur dan sebatian-sebatian yang terlibat dalam pelbagaitindak balas metabolisme. * Untuk memenuhi semua keperluan ini, kita mmerlukan gizi yang seimbang.* Makanan yang membentuk gizi seimbang perlu mengandungi semua nutrien utama spt karbohidrat, protein, lipid, vitamin, mineral, air dan pelawas.* Nutrien ini perlu diambil dalam kadar yang betul untuk memenuhi keperluan harian badan. KEPERLUAN TENAGA HARIAN Setiap individu memerlukan tenaga yang mencukupi untuk menjalankan semua proses hidup spt: *denyutan jantung, pernafasan, perkumuhan, pengawalaturan suhu badan pada 37C.Tenaga terhasil daripada pengoksidaan glukosa melalui respirasi sel.Tenaga ini diukur dalam unit Joule (J)Nilai tenaga atau nilai kalori ialah kuantiti tenaga yang dibebaskan apabila satu gram makanan dioksidakan dengan lengkap. Ia menyukat tenaga dalam makanan. Cth nilai makanan:

Unit bagi nilai tenaga ialah joule per gram atau kaloriSatu kalori atau 4.2 joule adalah kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkkan suhu sebanyak 1darjah celcius bagi satu gram air.

Keperluan tenaga harian badan dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:

KANDUNAGAN NUTRIEN DALAM MAKANAN VITAMINMerupakan satu kumpulan sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk memelihara dan mengekalkan kesihatan.Vitamin tidak berfungsi sebagai substrat.Vitamin diperlukan dalam dalam proses fisiologi dan metabolisme badan.Vitamin dapat dikelaskan kepada 2 kumpulan: a) vitamin larut lemak: vitamin A, D, E dan K b) vitamin larut air: vitamin B kompleks dan vitamin C

Vitamin larut lemak tidak dapat dikumuh melaui air kencing tetapi disimpan dalam badan.Vitamin A, D, E dan K yang larut dalam lemak terdapat dalam haiwan dan penting dalam proses metabolime.Vitamin larut air tidak dapat disimpan dalam badan dan sebarang kuantiti berlebihan akan larut dalam air dan dikumuhkan keluar melalui air kencing.Vitamin B dan C yang terdapat dalam tumbuhan, haiwan dan miroorganisma berfungsi sebagai koenzim. MINERALMerupakan bahan bukan organik dalam bentu ion.Garam mineral diperlukan dalam kuantiti yang kecil (elemen surih) untuk pemeliharaan kesihatan dan pertumbuhan.Garam mineral dibahagi kepada 2 kumpulan: a) makronutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang besar. Sesetengahnya diperlukan dalam kuantiti lebih daripada 100 mg sehari. b) mikronutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Diperlukan dalam kadar yang sedikit iaitu kurang daripada 20 mg sehari.

Makronutrien Kalsium dan fosforus bertindak sebagai komponen utama struktur tulang dan gigi. Natrium, kalium, dan klorin memainkan peranan penting dalam fungsi saraf dan mempunyai pengaruh besar terhadap keseimbangan osmosis antara sel-sel badan dan bendalir interstis.

Mikronutrien Ferum diperlukan untuk penghasilan hemoglobin.Iodin didapati dalam hormon-hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid.Cth sumber ferum ialah hati kambing dan hati ayam Cth sumber iodin ialah makanan laut spt kerangPelawasPelawas merupakan serat diet yang tidak boleh dicernakan.Serat diet terdiri daripada selulosa yang wujud dalam dinding sel tumbuh-tumbuhan. Pakar diet mencadangkan agar 25 hingga 50 g serat disertakan dalam gizi harian utk mengekalkan kesihatan yang baik.Cth pelawasialah sayu-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijian yang sempurna.Pelawas yang tidak dicernakan dan diasimilasikan ke dalam badan dikeluarkan daripada salur alimentari bersama tinja.

Pelawas mempunyai daya penyimpanan air yang tinggi dan memberikan saiz kepada kandungan dalam usus, terutamanya di dalam usus besar.Ini membantu peristalsis yang menggerakkan makanan dengan cepat menerusi salur pencernaan.Ini mengelakkan pengumpulan bahan toksik dalam rektum yang boleh menyebabkan kanser usus.Fungsi serat: a) merangsang tindakan peristalsis dalam saluran pencernaan dan mengelakkan sembelit. b) serat yang larut air dalam sayur-sayuran serta buah- buahan dapat mengurangkan aras kolestrol darah. Kekurangan pelawas boleh menyebabkan sembelit. Sembelit boleh dielakkan dengan pengambilan pelawas dan air yang mencukupi.AirMerupakan 70% daripada berat badan manusia. Peranan air : a) sebagai pelarut untuk semua komponen organik dan garam mineral dalam badan. b) sebagai medium untuk tindak balas kimia dalam badan. c) sebagai medium pengangkutan d) air membantu dalam proses perkumuhan e) air mempunyai muatan haba spesifik yang tinggi. oleh itu, kehadiran air boleh membantu menstabilkan suhu badan. (pengawalaturan badan) f) mengurangkan geseran tulang di sendi (sebagai pelincir) GIZI YANG SESUAI BAGI KUMPULAN SASARANNutrien yang diperlukan oleh seseorang individu itu adalah berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.Gizi yang seimbang dan khas diperlukan untuk kumpulan sasaran berikut: