[2]DISKUSI KEEMPAT

download [2]DISKUSI KEEMPAT

of 4

Transcript of [2]DISKUSI KEEMPAT

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEEMPAT

    1/4

    OBJEKTIF

    i. Mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran dan memahami isi-isi kandungannya.

    ii. Mempelajari dan memahami hukum tajwid dalam membaca al-Quran.

    iii. Melahirkan insan yang beramal dengan surah al-Kafirun.

    1. 0 MUQADIMAH

    Surah ini dinamakan al-Kafirun kerana Allah S.W.T memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W

    supaya menegaskan kepada orang-orang kafir : Katakanlah, wahai orang-orang kafir. Aku

    tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

    Ia juga dinamakan al-Munabazah, al-Ikhlas dan al-Muqasyqasyah

    2. 0 AL-QURAN DAN TERJEMAHAN

    1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir.

    2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

    3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah.

    4. Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,

    5. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah.

    6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku. "

    3. 0 PENGENALAN

    Merupakan surah yang ke-109 daripada 114.

    Surah al-Kafirun diturunkan di Mekah Al-Mukarramah.

    Terdiri daripada enam ayat.

    DISKUSI 4 :

    UNTUKKU AGAMAKU UNTUKMU AGAMAMU

    (SURAH AL-KAFIRUN)

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEEMPAT

    2/4

    4. 0 SEBAB DITURUNKAN

    Al-Tabari dan lbnu Kathir serta periwayat yang lain menceritakan : Beberapa orang musyrikin,

    di antaranya al-Walid bin al-Mughirah dan al-As bin Wail telah datang menemui Rasulullah

    S.A.W di rumahnya. Mereka telah menawarkan kepada Baginda kekayaan mereka sehingga

    ingin menjadikan Baginda adalah manusia yang paling kaya di antara yang lain dan mereka

    juga menawarkan untuk mengahwinkan Baginda dengan jelitawan Arab. Kedua-dua tawaran

    itu diminta oleh mereka untuk ditukarkan dengan satu syarat sahaja iaitu memberhentikan

    sikap penentangannya terhadap orang Arab dan penyembahan berhala serta

    memberhentikan kecamannya terhadap adat tradisi yang mereka warisi dan datuk nenek

    terdahulu. Semua tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai

    usaha diplomatik mereka yang terakhir, maka Rasulullah S.A.W diminta bertolak ansur

    dengan cara sehari menyembah berhala dan di hari yang lain pula mereka beramai- ramai

    menyembah Tuhan Nabi S.A.W. Akan tetapi tawaran ini juga telah ditolak oleh Rasulullah

    S.A.W dan keadaan ini diperjelaskan lagi dengan turunnya surah ini.

    Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa al-Walid bin al-Mughirah, al-'Ashi bin Wa-il, al-Aswad

    bin Muthalib dan Umayyah bin Khalaf bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan berkata: "Hai

    Muhammad! Mari kita bersama menyembah apa yang kami sembah dan kami akan

    menyembah apa yang engkau sembah dan kita bersekutu dalam segala hal dan engkaulah

    pemimpin kami. " Maka Allah menurunkan ayat ini (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang

    bersumber dari Sa'id bin Mina )

    Turut menyokong an-Nasaiburi : Surah ini diturunkan dalam sekumpulan orang kafir Quraisy ,

    mereka telah berkata, Hai Muhammad! Marilah engkau mengikuti agama kami dan kami

    mengikuti agamamu dan engkau bersama kami dalam semua masalah yang kami hadapi,

    engkau menyembah Tuhan kami setahun dan kami menyembah Tuhanmu setahun. Jika

    agama yang engkau bawa itu benar, maka kami berada bersamamu dan mendapat bahagian

    darinya, dan jika ajaran yang ada pada kami itu benar, maka engkau telah bersekutu pula

    bersama-sama kami dan engkau akan mendapat bahagian daripadanya pula. Maka turunlah

    surah Al Kafirun sebagai jawapan terhadap ajakan mereka.

    Telah diriwayatkan Ibnu Ishak dan yang lain daripada Ibnu Abbas : Bahawa asbab nuzul surah

    tersebut adalah ketika mana Walid bin Mugirah, As bin Wail as Sahmi, Aswad bin Abdul

    Muttalib dan Umaiyah bin Khalaf bersama rombongan pembesar-pembesar Quraisy datang

    menemui Nabi S.A.W. Mereka berkata, Hai Muhammad! Marilah engkau mengikuti agama

    kami dan kami mengikuti agamamu dan engkau bersama kami dalam semua masalah yang

    kami hadapi, engkau menyembah Tuhan kami setahun dan kami menyembah Tuhanmu

    setahun. Lalu turunlah surah Al-Kafirun sebagai jawapan terhadap ajakan mereka.

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEEMPAT

    3/4

    5. 0 INTIPATI SURAH DAN AYAT

    Dalam ayat-ayat ini terdapat penafian selepas penafian, penegasan selepas penegasan,

    penekanan selepas penekanan. Ia menggunakan segala uslub penafian, penegasan dan

    penekanan. Maksud Qul "Katakanlah" ialah suatu perintah Ilahi yang tegas yang

    membayangkan bahawa persoalan aqidah adalah urusan Allah yang Maha Tunggal,

    sedangkan Nabi Muhammad S.A.W tidak punya sesuatu pun dalam urusan ini. Allah jua yang

    memerintah dan menghukum, perintah dan hukumNya tidak boleh ditolak.

    1. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir.

    Allah menyeru mereka dengan hakikat diri dan menyifatkan mereka dengan sifat-sifat

    mereka yang sebenar iaitu mereka bukan berada di atas agama yang benar, mereka

    bukanlah orang-orang Mukmin malah mereka adalah orang-orang yang kafir. Tiada

    titik pertemuan di antara engkau dengan mereka. Ayat pertama ini menerangkan

    hakikat perpisahan yang tidak mungkin bertemu.

    2.

    Aku tidak sembah apa yang kamu sembah.

    Maksudnya, kerana itu ibadatku tidak sama dengan ibadat kamu dan Tuhanku tidak

    sama dengan tuhan kamu.

    3. Dan kamu bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.

    Maksudnya, kerana itu ibadat kamu tidak sama dengan ibadatku dan tuhan kamu

    tidak sama dengan Tuhanku.

    4. Dan aku bukannya penyembah tuhan yang kamu sembah.

    Ini ialah ayat penguat bagi ayat yang pertama.

    5. Dan kamu juga bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.

    Ayat ini merupakan ulangan untuk menguatkan ayat yang kedua supaya tidak ada

    ruang lagi bagi sebarang kekeliruan setelah ditegas dan diulang dengan segala cara

    penegasan dan ulangan.

    6. Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku

    Ayat ini merupakan kesimpulan daripada hakikat perpisahan yang tidak mungkin

    bertemu dan hakikat perbezaan yang tidak mungkin dicampuradukkan. Aku di sini

    kamu di sana, tiada jambatan, tiada titian dan tiada jalan yang menghubungkan di

    antara kita. Satu perpisahan yang syumul dan satu perbezaan yang amat jelas dan

    ketara. Perpisahan ini adalah perlu untuk menjelaskan tanda-tanda perbezaan yang

    asas, iaitu perbezaan dalam iktiqad, dasar pemikiran, hakikat sistem hidup dan tabiat

    agama.

    Tauhid dan syirik merupakan satu sistem yang bercanggah antara satu sama lain.

    Tauhid adalah satu sistem yang membawa manusia dan alam seluruhnya kepada Allah

    yang Tunggal, tiada sekutu bagiNya. Ia menentukan sumber tempat manusia

    menerima aqidah, syariat, nilai-nilai dan ukurannya, adab sopan dan akhlak, serta

    pandangan-pandangannya terhadap kehidupan.

  • 8/10/2019 [2]DISKUSI KEEMPAT

    4/4

    Prinsip yang diterima oleh orang Mukmin itu ialah Allah yang Tunggal tiada sekutu

    bagiNya. Seluruh hidupnya ditegakkan di atas asas ini tanpa bercampur dengan

    sebarang bentuk syirik sama ada zahir (kasar) atau pun khafi (halus). Perpisahan yang

    jelas ini perlu kepada para daie dan madu. Kepercayaan jahiliyah telah bercampur-

    aduk dengan konsep iman yang benar terutamanya kepada golongan manusia yang

    telah mengenal aqidah yang benar, kemudian menyeleweng darinya. Golongan

    manusia seperti ini adalah yang paling degil untuk kembali beriman dalam keadaannyayang bersih dari sebarang penyelewengan. Mereka lebih degil daripada manusia yang

    tidak pernah mengenal aqidah yang benar. Mereka merasakan diri mereka di atas

    jalan yang benar, sedangkan mereka sebenarnya sesat dan menyeleweng.

    6. 0 NILAI DAN PENGAJARAN

    Disabitkan dalam sahih Muslim daripada Jabir bahawa Rasulullah S.A.W membaca surah ini

    dengan surah al- Ikhlas dalam solat dua rakaat sebelum tawaf.

    Dalam Sahih Muslim juga daripada hadith Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W

    membaca kedua-duanya dalam solat sunat fajar. Diriwayatkan juga di sisi Ahmad, Tarmizi,

    Nisaie, Ibnu Majah dan Ibnu Umar, dan telah berkata Tarmizi : Ini adalah Hadis Hasan.

    Telah didahulukan dalam surah al-Zilzal dalam Hadith Ibnu Abbas dari Tarmizi bahawa al-

    Kafirun menyamai seperempat Al-Quran.

    Diriwayatkan Abu Qasim at-Tabrani dari Jabalah bin Harithah iaitu abang kepada Zaid bin

    Harithah : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : Sekiranya kamu ingin tidur maka

    bacalah al-Kafirun hingga ke akhirnya, sesungguhnya surah ini dapat melepaskan diri daripadaperbuatan syirik. Imam Ahmad turut meriwayatkan seperti itu daripada Harith Bin Jabalah.

    Kesimpulannya, telah disabitkan bahawa Rasulullah S.A.W telah membaca surah ini, dengan

    surah al-Ikhlas dalam solat dua rakaat sebelum tawaf, dalam solat sunat fajar, dalam dua

    solat sunat selepas maghrib, diiringi dengan surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlas.

    RUJUKAN

    1. Tafsir Munir Fil Aqidah, Syariat Dan Manhaj, oleh al-Ustaz Doktor Wahbah az-Zuhaili, Jilid 15, Juz 29-30 .