20130911070905 kuliah 1.
Click here to load reader
-
Upload
mohammad-wahab -
Category
Education
-
view
229 -
download
0
Transcript of 20130911070905 kuliah 1.
Teori dan Etika Moral (HMF 3033)
Dikendalikan OlehProf. Dr. N.KanthasamyTelefon: 05-4505171
Bilik: 1B-5 Kompleks Malim [email protected]
Kuliah 1Definisi Moral, Etika, Akhlak, dan Nilai
DEFINISI MORALBerasal dari bahasa Latin ‘mores‘
bermaksud adat kebiasaan atau ‘moralis’ yang bererti tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat.
Istilah: bermaksud kualiti perbuatan manusia; sama ada perbuatan itu benar ataupun buruk.
Moral merangkumi segala nilai murni seperti merendah diri, benar, belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih sayang, berdikari, dll.
DEFINISI ETIKAPerkataan etika berasal daripada bahasa
Yunani (Greek) iaitu ‘Ethes’ atau ‘Ethos’ yang bermakna adat ataupun cara hidup manusia.
Istilah: satu set peraturan tingkah laku atau undang-undang seperti kod etika perguruan, guaman , dll.
Etika ialah satu kajian dan falsafah tentang kelakuan manusia yang memberi penekanan ke atas penentuan tentang apa yang betul dan apa yang salah.
Ia bermaksud prinsip kelakuan yang betul mengenai sesuatu proses yang tertentu sebagai tingkah laku yang menunjukkan moralnya.
DEFINISI AKHLAK
Dari segi bahasa bermaksud tabiat dan adat, budi pekerti, kelakuan dan juga berhubung kait dengan sifat peribadi dan perlakuan manusia.
Dari sudut istilah: Suatu hal keadaan yang tetap dalam jiwa manusia yang dapat mengeluarkan perbuatan sama ada baik atau buruk tanpa perlu kepada pemikiran dan pengamatan.
Akhlak ialah suatu hal yang tetap dalam jiwa manusia yang membawa kepada lahirnya perbuatan sama ada baik atau buruk.
Perbuatan yang wujud daripada seseorang merupakan tindakan sepontannya yang tidak perlu kepada akal untuk berfikir dan juga tidak memerlukan kepada pengamatan yang mendalam.
Contoh: Kamu suka menolong orang yang ditimpa kesusahan, kamu akan terus menolongnya tanpa berfikir atau mengamati sama untuk menolong atau tidak.
DEFINISI NILAI Satu unsur yang dapat mencerminkan
perlakuan seseorang dan juga bermaksud kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap seseorang yang lain.
Asas pembentukan sikap, tanggapan, motivasi, personaliti, kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa dan organisasi.
PERBEZAAN ETIKA DAN MORAL Antara Teori dan Praktikal
Etika merupakan teori berkenaan perlakuan manusia di mana ia mengkaji akan perlakuan manusia dan seterusnya mengutarakan teori tertentu berkenaan manusia.
Moral adalah bersifat praktikal di mana ia merupakan suatu yang diamalkan oleh seseorang sama ada baik atau buruk.
Antara Umum dan Khusus Moral menyentuh perkara umum berkenaan
tingkah laku manusia. Etika pula lebih kepada pengkajian yang
terperinci berkenaan tingkah laku yang bersifat khusus.
Contohnya moral hanya menyatakan ukuran bagi sesuatu perlakuan, manakala etika menjelaskan secara terperinci akan ukuran tersebut.
Kepentingan Beretika Fitrah
Sifat semulajadi manusia tanpa dibimbing dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk
Kelakuan yang tidak baik bergantung dgn jiwa manusia. Seseorang itu akan berasa bersalah tidak bahagia dan hilang ketenangan jiwa.
KeamananMasalah sosial dalam masyarakat
berpunca daripada kurangnya prinsip etika
Manusia perlu mengenepikan sifat tamak, keegoan mementingkan diri sendiri dan kembali kepada hidup beretika.
Status manusiaManusia dianugerahkan akal dan
memiliki rohani yang dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Segala tindak tanduk berdasarkan pertimbangan akal.
Kesempurnaan peribadi
Penggalak kebaikan dan Penghalang kejahatan
Faktor yang mempengaruhi Etika Manusia
dianugerahkan akal, bahasa, kebudayaan dan beretika
fitrah yang berkeupayaan melaksanakan sesuatu perkara ynag baik @ jahat
akal, fizikal dua unsur yang saling berkembang menghasilkan sesuatu yang baik dan yang jahat.
Naluri
makan perkahwinan suka kepada anak ketuhanan
Adat dan kebiasaan
Keturunan
Persekitaran
Terima kasih