1 Konsep Asas Moral 32's

32

description

elm

Transcript of 1 Konsep Asas Moral 32's

  • Konsep Asas Moral konsep moral konsep akhlak konsep etika konsep baik; benar; patut aliran pemikiran naturalis aliran pemikiran emotivis aliran pemikiran intuisionis aliran pemikiran rasionalis

  • Konsep Moral moral berasal dari bahasa Yunani morales = tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.

    seseorang individu dikatakan bermoral jika ia mengamalkan nilai-nilai murni seperti baik hati, belas kasihan, merendah diri, dsb

    perbincangan:

  • Ketika berjalan seorang diri menuju ke pasar raya, Emy terjumpa satu dompet orang lain yang tercicir di tepi jalan. Tiada sesiapa melihatnya, dia boleh menyimpannya kalau dia mahu, tetapi, Emy segera menyerahkannya kepada pegawai polis.Beri pendapat anda tentang moral yang di tunjukkan oleh Emy

  • Khamis 3 Disember, 2010

    Polis Rampas Satu Kilogram Ganja,Tahan Dua Warga Thailand

    LANGKAWI: Polis Langkawi menahan dua lelaki warga negara Thailand serta merampas satu kilogram ganja di Sungai Kilim di sini hari ini.

    Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30an diberkas ketika sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Langkawi menyerbu sebuah bot kecil pada 2 petang tadi, kata Ketua Polis Langkawi Supt Ishak Hassan.

    Beliau berkata ketika pemeriksaan dilakukan, dua lelaki itu didapati tidak memiliki dokumen perjalanan. BERNAMA

  • Konsep Akhlak Akhlak ialah perilaku, pekerti yang ditunjukkan melalui tingkahlaku, tutur kata, pemikiran dan tindakan yang ditunjukkan oleh seseorang. Seseorang individu tidak dilahirkan terus ber- akhlak mulia. Akhlak mulia dibentuk melalui pen-didikan, asuhan dan ajaran agama. Di sesetengah tempat, minum arak dalam majlis bukan suatu kesalahan, tetapi agama Islam mengharamkan arak kerana boleh menyebabkan mabuk dan merosakkan akhlak. Apakah perbezaan antara moral dan akhlak?

  • Konsep Etika berasal dari perkataan Yunani ethos = adat atau cara hidup. Etika adalah satu bidang kajian mengenai tingkah laku manusia. Kajian tentang falsafah moral, bagaimana berkelakuan baik, tanggung jawab individu, dsb. Etika memberi panduan kepada sesuatu kum-pulan untuk menjamin kebaikan untuk semua orang. Contoh: etika keguruan, etika wartawan, etika keguruan, etika perniagaan, dsb

  • seorang peniaga beras telah mencampurkan beras yang berkualiti dengan beras bermutu rendah dan menjualnya dengan harga beras berkualiti tinggi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Perbuatan menipu pengguna ini adalah salah menurut etika perniagaan.contoh: etika perniagaan

  • RUMUSAN moral ialah tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat

    akhlak ialah perilaku, pekerti yang ditunjukkan melalui tingkahlaku, tutur kata, pemikiran dan tindakan yang ditunjukkan oleh seseorang individu

    etika ialah satu bidang kajian mengenai tingkah laku manusia