07 Dsp Pj Tahun 3

download 07 Dsp Pj Tahun 3

of 16

Transcript of 07 Dsp Pj Tahun 3

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    1/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    1

    STANDARD PRESTASIMATEMATIK TAHUN 1

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI

    PENDIDIKAN JASMANI

    TAHUN TIGA

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    2/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara.

    2

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    3/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    PENDAHULUAN

    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar denganpelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh manamurid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahappencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada gurutentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modalinsan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

    3

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    4/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi

    tujuan pelaporan individu.

    o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi

    memberi gambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

    menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalamstandard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betulmenggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptorialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti

    boleh ditaksir dan dicapai.

    o Evidens

    Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan bolehbuat berdasarkan deskriptor.

    Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasandalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian

    bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

    4

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    5/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    KERANGKASTANDARD PRESTASI

    BAND STANDARD

    1 Tahu

    2 Tahu dan Faham

    3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

    4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

    5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

    5

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    6/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    TAFSIRAN BAND

    BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

    1 TAHUMurid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas ataumemberi respons terhadap perkara yang asas.

    2 TAHU DAN FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi ataumenterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT

    Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatukemahiran pada suatu situasi.

    4

    TAHU, FAHAM DAN BOLEH

    BUAT DENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu

    mengikut prosedur atau secara sistematik.

    5TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADABTERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, denganmengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikappositif.

    6TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADABMITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyaikeupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan sertacabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untukmendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yangsesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

    6

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    7/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    MATLAMAT KURIKULUM

    Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat sertaberkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

    OBJEKTIF KURIKULUM

    Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah berkebolehan untuk:

    1. Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan2. Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor

    3. Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan

    4. Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan

    5. Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala

    6. Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal

    7. Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat

    8. Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan9. Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan

    7

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    8/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal

    2Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan

    3Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan dankecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan

    4Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk melakukan pergerakan dan aktivitiyang dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan

    5Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukanpergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secaraseronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri

    6Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativitiminda menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan

    8

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    9/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    1

    Tahu

    B1Tahu melakukan kemahiranpergerakan dan aktiviti fizikal

    B1D1Melakukan kemahiran gimnastik asasyang mudah

    B1D2Melakukan kemahiran asas

    permainan yang mudah

    B1D3

    Melakukan kemahiran asas olahraga

    B1D1E1Melakukan imbangan di atas bangku gimnastik

    B1D1E2Melakukan aktiviti bergayut pada posisi badanlurus dan lutut difleksikan.

    B1D2E1Menghantar dan menerima bola menggunakan

    tangan, kaki dan alatan.

    B1D2E2Melakukan servis menggunakan tangan, kakidan alatan.

    B1D2E3Melakukan balingan bola atas bahu dan bolapelbagai aras.

    B1D3E1

    Berlari dalam pelbagai kelajuan dan jarak.

    B1D3E2Melompat menggunakan sebelah kaki danmendarat dengan kaki yang berbeza

    9

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    10/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    10

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    11/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    2

    Tahu danFaham

    B2Tahu dan faham melakukankemahiran pergerakan dan aktivitifizikal berkaitan kecergasan

    B2D1Melakukan gimnastik asas

    B2D2Melakukan kemahiran asaspermainan

    B2D3Melakukan kemahiran asas balingandalam olahraga

    B2D1E1Melakukan hambur daripada aras rendah danmendarat pada aras tinggi.

    B2D1E2Melakukan rangkaian imbangan

    B2D2E1Menggelecek bola dengan menggunakanalatan.

    B2D2E2Melakukan pukulan pepat (forehand)dan kilas (backhand).

    B2D3E1Melontar, merejam dan melempar objek padapelbagai jarak.

    11

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    12/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    3

    Tahu, Faham danBoleh Buat

    B3

    Tahu, faham dan bolehmengembangkanpengetahuan dan kebolehandalam kemahiranpergerakan dan kecergasanmengikut konsep pergerakandan konsep kecergasan

    B3D1Melakukan kemahiran gimnastik asasdengan lakuan yang betul

    B3D2Melakukan kemahiran asas permainandengan lakuan yang betul

    B3D3Berkebolehan melakukan kemahiran asaslompatan dalam olahraga

    B3D4Melakukan senaman dengan lakuan yang

    betul

    B3D1E1Mengimbang badan sebelum dan selepasmelakukan guling depan.

    B3D2E1Melakukan kemahiran mengadang danmemintas.

    B3D2E2Menjaring menggunakan tangan, kaki danalatan.

    B3D3E1Melompat melepasi halangan pada pelbagaiaras.

    B3D4E1Melakukan senaman yang dapat

    meningkatkan kapasiti aerobik, daya tahandan kekuatan otot dalam masa yangditetapkan.

    12

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    13/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganBeradab

    B4Tahu, faham dan bolehmengaplikasi pengetahuan dankebolehan untuk melakukanpergerakan dan aktiviti yangdapat mengekalkan danmeningkatkan kemahiran dankecergasan

    B4D1Mengaplikasikan kemahirangimnastik asas

    B4D2Mengaplikasikan kemahiran asaspermainan

    B4D3Mengaplikasi konsep dan prinsipdalam kemahiran asas olahraga

    B4D4Mengaplikasi aktiviti fizikal dalamkomponen kecergasan

    B4D5Mengaplikasi corak pergerakkanmengikut irama

    B4D1E1Melakukan imbangan secara berkumpulan

    B4D1E2Melakukan guling belakang

    B4D2E1Melakukan balingan tangan lurus mengikut danmelawan arah pusingan jam.

    B4D3E1Mengenalpasti lakuan yang betul dalamkemahiran asas berlari, lompatan dan balingan.

    B4D4E1Melakukan dan menerangkan kepentingansenaman daya tahan dan senaman kekuatanotot.

    B4D5E1Melakukan satu rangkaian pergerakan mengikuttempo.

    13

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    14/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    B4D6Melakukan kemahiran akuatik asas

    atau

    Melakukan aktiviti rekreasi dankesenggangan

    B4D6E1Mengawal pernafasan dan melakukantendangan keribas (flutter kick) dalam posisi

    meniarap dan terlentang

    atau

    Bermain permainan strategi dan permainantradisional

    14

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    15/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    5

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganBeradabTerpuji

    B5Menguasai dan mengaplikasipengetahuan dan kebolehan ataskesedaran kepentinganmelakukan pergerakan danaktiviti fizikal untuk meningkatkankemahiran dan kecergasan danmelakukannya secara seronok,mengamalkan langkah-langkahkeselamatan dan mempamerkantanggungjawab kendiri

    B5D1Menguasai elemen pengurusan dankeselamatan

    B5D2Mengamalkan tanggungjawab kendiri

    B5D3

    Melibatkan diri dalam interaksi sosial

    B5D1E1Mematuhi peraturan serta mengamalkanelemen pengurusan dan keselamatan

    persediaan diri dan pakaian

    mematuhi peraturan keselamatan

    menyimpan alatan di tempat yang sesuai

    B5D2E1Mempunyai keyakinan dan tanggungjawabkendiri semasa melakukan aktiviti fizikal

    berkeyakinan melakukan aktiviti

    menerima cabaran dan berasa seronok

    menerima kemenangan dan kekalahansecara positif

    B5D3E1

    Berkebolehan berkomunikasi dengan baik diantara:

    guru

    rakan

    ahli kumpulan

    15

  • 7/30/2019 07 Dsp Pj Tahun 3

    16/16

    DRAF DSP Pendidikan Jasmani Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    6

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganBeradabMithali

    B6Memperkembangkanpengetahuan dan kemahiransecara sistematik dan berterusanserta menjana kreativiti mindamenjurus kepada gaya hidupsihat untuk kesejahteraan

    B6D1Mengamalkan konsep kemahiranpergerakan, kecergasan dan gayahidup sihat.

    B6D1E1Berupaya memupuk kreativiti minda, dalamkemahiran pergerakan dan aktiviti kecergasanuntuk kesejahteraan hidup.

    B6D1E2Mengamalkan pengambilan makanan yangseimbang menjurus kepada gaya hidup sihat.

    16