Post on 27-Jan-2023
Isu moral yang dipilih : Penderaan kanak-kanak
Rasional memilih isu moral Penderaan kanak-kanak
Saya memilih isu moral ini kerana penderaan terhadap kanak-kanak
merupakan satu isu moral yang hangat diperkatakan sejak dahulu
sampai sekarang. Isu Moral ini juga sentiasa dipaparkan di dada
akhbar dan kian meningkat hari demi hari. Isu penderaan kanak-
kanak ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap golongan
masyarakat setiap kali perkara ini dibangkitkan di media massa
atau setiap kali seseorang kanak-kanak menjadi mangsa. Reaksi
masyarakat akan berterusan untuk seketika atau sehingga berita
menunjukkan pihak perundangan telah menjatuhkan hukuman ke atas
si pendera ataupun tiada lagi terdapat dan terpaparnya berita
sedemikian di media massa. Masyarakat seterusnya menjadi lebih
peka atau kurang peka bergantung pada peranan dan persepsi
individu terhadap setiap kes yang berlaku. Jadi saya ingin
menjadi individu yang peka terhadap isu penderaan kanak-kanak
ini.
Penderaan kanak - kanak 1
Pendahuluan
Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim
yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak iaitu mereka yang
berusia kurang daripada 18 tahun.
Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis,
antaranya ialah:-
1.Penderaan fizikal kanak-kanak.
2.Penderaan mental kanak-kanak.
3.Penderaan seksual kanak-kanak.
1.Penderaan fizikal kanak-kanak
Penderaan kanak - kanak 2
Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam
yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti
kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera
tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi
memuaskan diri mereka secara psikologi.
2.Penderaan mental kanak-kanak
Terdapat lima kategori tingkah laku buruk ibu bapa yang
dikelaskan sebagai penderaan emosi ialah:-
1. Penolakan
2. Pengasingan
3. Menakutkan
4. Sikap tidak peduli
5. Sikap merasuah fikiran
Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas
kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecacatan
psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini dianggap sebagai
penderaan emosi.
3.Penderaan seksual kanak-kanak
Penderaan kanak - kanak 3
Tindakan itu dianggap penderaan seksual terhadap kanak-kanak
ialah apabila seorang kanak-kanak dieksploi-tasi untuk kepuasan
seksual oleh seorang dewasa atau seseorang yang umurnya lebih tua
daripada mangsa. Jika seseorang kanak-kanak itu telah disetubuhi
oleh seorang ahli keluarganya, ia dikenali sebagai sumbang
mahram.
Berikut adalah beberapa cara penderaan seksual kanak-kanak boleh
berlakut:
Bukan fizikal
Stimulasi verbal
Panggilan telefon lucah
Ekshibisionis
Exploitasi contohnya pelacuran dan pornografi
Secara Fizikal
Meraba kemaluan kanak-kanak
Memaksa kanak-kanak meraba kemaluan pelaku
Cuba menerobos atau menerobos faraj, mulut atau dubur
kanak-kanak dengan objek , jari atau zakar pelaku.
Penderaan kanak - kanak 4
Peta Minda
Punca, Kesan dan Langkah-langkah Mengatasi Penderaan kanak-kanak
Penderaan kanak - kanak 5
Kecederaan padaanggota fizikalkanak - kanak.
Tekananmasalah
ekonomi danbeban kerja
yang dihadapioleh ibu bapa.
Harus mengadakankelas bimbinganuntuk memberipendidikan
keibubapaan kepadapasangan yang akandan sudah mendirikan
rumah tangga.
Punca Kesan
Pengasuh danpenjaga yang
Kecatatan padaanggota fizika kanak
– kanak.
Harus memberikanlatihan yang
secukupnya kepadapengasuh dan penjaga
kanak – kanak.
Langkah Mengatasi
Penderaan kanak - kanak 6
Kurangnyadidikan agama
Krisis rumahtangga
Pengasuh danpenjaga yang
Kanak – kanakmenjadi agresif danmudah terangsangdengan perbuatan
ganas.
Emosi danperkembangan sahsiah
kanak – kanakterjejas.
Kecatatan padaanggota fizika kanak
– kanak.
Pendera yangdikenalpasti harusdiberikan didikan
agama.
Harus mengadakankaunseling keluarga
bahagia untukmenyedarkan ibu bapa
.
Harus memberikanlatihan yang
secukupnya kepadapengasuh dan penjaga
kanak – kanak.
Huraian punca, kesan dan langkah-langkah mengatasi penderaan kanak-kanak
Huraian punca – punca penderaan kanak – kanak
Pada zaman yang penuh dengan pembangunan ini, masyarakat kini
semakin rakus mengejar kebendaan dan semakin mengabaikan sikap prihatin
terhadap masyarakat yang lain. Mereka kini sudah menetapkan sifat
persaingan antara masyarakat kini sangat penting untuk menjadi yang
terbaik dan mendapat kehidupan yang baik. Bak kata mutiara oleh Sydney
Charles Buxton kehidupan ini seperti permainan catur, siapa yang‘memandang jauh ke depan dialah yang menang . Sesetengah ibu bapa yang’terlalu mementingkan pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab
terhadap anak-anak juga semakin meningkat pada akhir-akhir ini. Sifat
keibubapaan dalam diri mereka semakin hari semakin hilang tanpa mereka
sedari. Oleh sebab itu, kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak pada
masa kini semakin meningkat.
Ada beberapa perkara yang menjadi punca berlakunya kes
penderaan kanak-kanak. Pertama ialah tekanan masalah ekonomi atauPenderaan kanak - kanak 7
Gagal mengawalnafsu seks
Mempertingkatkanpenguatkuasaan
undang-undang keatas pendera kanak-
kanak.
beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa. Ramai ibu bapa yang
menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut. Oleh sebab terlalu
sibuk dan penat dengan tugas atau pekerjaan, stres yang dialami akan
dilemparkan kepada anak-anak. Anak-anak yang menanti kepulangan ibu
atau bapa akan di marahi atau dipukul sehingga anak-anak menangis
kesakitan dan terdapat lebam-lebam pada anggota badan. Ibu bapa yang
melakukan perkara yang sedemikian tidak menghiraukan atau berasa belas
kasihan terhadap anak-anak mereka yang mereka sakiti. Nilai moral seperti
sifat perikemanusiaan dan kasih sayang yang tidak kukuh dalam diri akan
mudah hilang jika mereka tidak mengamalkan nilai-nilai moral tersebut.
Selain itu, punca paling utama berlakunya masalah
penderaan anak-anak ini ialah ibu bapa yang kurangnya pendidikan
agama. Ilmu agama adalah sangat penting dalam hidup setiap individu.
Agama akan memberi petunjuk kepada individu tentang sesuatu perkara
yang baik ataupun buruk. Mereka yang tidak mempunyai didikan agama
mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa dan pahala
bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu kesalahan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di
dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik
dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada
penyelesaiannya. Islam juga menerapkan sikap yang baik yang perlu
dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi
terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah
menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang
tidak menjaga amanahnya (anak-anak) dengan baik. Sebagai manusia
yang bertamadun dan mempunyai akal fikiran, kita seharusnya dapat
membezakan perkara yang baik dan buruk. Mendera kanak-kanak adalah
perbuatan yang salah kerana kanak-kanak merupakn amanah yang dititipkan
olah Tuhan kepada kita untuk meneruskan generasi. Sebagai ibu bapa
seharusnya bersyukur di kurniakan anak bukannya mendera mereka.
Penderaan kanak - kanak 8
Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti
pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan
pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini.
Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru.
Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-
anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Kegagalan mengawal nafsu seks adalah punca utama
berlakunya penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan
individu pelaku devian ini. Di Malaysia, banyak kes yang telah
timbul dan yang terbaru dan masih diperkatakan adalah kes Nurin
Jazimin dimana, kanak-kanak ini telah mengalami penderaan
seksual, penderaan fizikal, bahkan telah dibunuh dan disumbat di
dalam beg sukan dan diletakkan di sebuah pasaraya. Ini
menunjukkan bahawa pelaku devian ini tidak mempunyai yang waras,
tidak dapat berfikir dan seolah-olah otak mereka telah beku.
Penderaan juga boleh berlaku dimana-mana termasuk di
pusat asuhan kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa menghantar anak
mereka ke pusat asuhan kanak-kanak yang mereka tidak pasti latar
belakangnya. Ini sepatutnya tidak berlaku. Sebelum ibu bapa
menghantar anak-anak mereka, mereka perlu menitik beratkan latar
belakang tempat yang hendak dihantar dan latar belakang
pengasuhnya. Apabila berlaku penderaan anak mereka barulah mereka
mula sedar betapa silapnya cara mereka yang tidak terlalu
mengambil rendah perkara tersebut.
Penderaan kanak - kanak 9
Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi punca
terjadinya kes penderaan kanak-kanak.Ketagihan ini menyebabkan
mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.Anak-anaklah yang
sering menjadi mangsa mereka.Seperti yang diketahui,kesan dadah
atau arak menyebabkan si penagihnya lupa diri dan khayal.Oleh
itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah
menyeksa anak-anak yang tidak berdosa.
Di samping itu, media massa juga mempengaruhi pemikiran setiap
lapisan masyarakat pada masa kini. Media massa yang berunsurkan aksi
ganas kerap kali dapat kita saksikan di kaca televisyen seperti rancangan
WWE dan filem-filem yang berunsurkan pergaduhan seperti Crows‘ ’ ‘Zero . Aksi-aksi yang di paparkan ini akan memanipulasikan pemikiran dan’mengubah seseorang individu menjadi ganas. Secara tidak langsung , ibu
atau bapa yang berasa sukar untuk mendidik anak-anak akan menggunakan
kekerasan untuk mendidik anak-anak. Setiap aksi ganas yang telah mereka
saksikan akan digunakan untuk mendidik anak-anak tanpa memikirkan
kesan negative perbuatan tersebut. Tanpa mereka ketahui, perbuatan
tersebut merupakan penderaan bagi kanak-kanak.
Ibu dan ayah tiri juga adalah salah satu punca yang boleh
dikatakan juga popular dalam berlakunya penderaan kanak-kanak.
Kadangkala ibu bapa yang telah bercerai atau kematian suami akan
berkahwin lain. Maka ibu atau ayah tiri mereka seolah-olah
membenci anak-anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya.
Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak ini tidak berlaku sewaktu
ayah atau ibu sebenar kanak-kanak ini berada di rumah. Ayah atau
ibu tiri ini akan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak ini
sewaktu ibu atau ayah mereka tiada. Jika di depan, dia akan
bermuka-muka seolah-olah menyayangi kanak-kanak tersebut. Pada
Penderaan kanak - kanak 10
kebiasaannya penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri bersifat
penderaan fizikal dan penderaan yang dilakukan ayah tiri bersifat
fizikal dan seksual.
Kurangnya perhatian ibu bapa juga merupakan salah satu punca
yang menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak – kanak. Ada ibu
bapa yang tidak menjaga anak mereka dengan baik. Sepatutnya ibu
bapa perlu prihatin dan perlu mengetahui bahawa kanak-kanak
akalnya belum berkembang. Jika kanak-kanak yang hiper aktif,
mereka seolah-olah tidak kisah dengan siapa mereka bersama. Oleh
itu kanak-kanak ini akan terdedah kepada penculikan oleh individu
yang mengambil kesempatan. Contoh yang sama juga boleh kita
tinjau terhadap kes Nurin Jazimin. Kanak-kanak ini boleh
dibiarkan ibu bapa mereka pergi ke pasar bersendirian tanpa
ditemani sesiapa. Ibu bapa yang melakukan perkara sedemikian
seolah-olah tidak menggunakan akal mereka dengan baik. Mereka
terlalu sibuk dengan kegiatan mereka sendiri sehingga mengabaikan
anak-anak mereka.
Penderaan kanak - kanak 11
Huraian kesan – kesan penderaan kanak – kanak
Pelbagai kesan atau akibat yang dialami oleh kanak-kanak
yang menjadi mangsa penderaan.Deraan merupakan satu paksaan yang
diterima oleh kanak-kanak dan mereka tidak dapat
membantah.Keadaan ini merupakan satu seksaan atau penindasan. Ibu
bapa perlu sedar jika terlalu memaksa anak-anak,ini akan
menjejaskan perkembangan emosi mereka. Apabila emosi mereka
terjejas,ini akan menimbulkan kesan yang buruk ke atas
perkembangan sahsiah mereka. Selain itu,hukuman deraan rotan
seperti merotan dan memukul juga menyebabkan kanak-kanak sentiasa
berkeadaan bimbang,menimbulkan rasa kecewa,hilang keyakinan diri
sendiri,bersikap agresif,dan fikiran mereka sering terganggu.
Penderaan kanak - kanak 12
Penderaan kanak-kanak akan menyebabkan berlakunya gangguan
emosi dan mental khususnya kepada mangsa itu sendiri. Ia juga
akan membuatkan kanak-kanak tersebut trauma dan berasa diri tidak
disayangi. Kesannya kanak-kanak akan menunjukkan satu perubahan
drastik seperti murung, suka menyendiri, atau menjadi lebih
pasif. Bukan itu sahaja, ini secara tidak langsung akan
membuatkan prestasi pembelajaran mereka merosot. Keadaan ini
secara tidak langsung akan membuatkan pelajar menjadi malas dan
malu ke sekolah disebabkan kecederaan yang mereka alami sama ada
penderaan itu dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri ataupun
pembantu rumah.
Penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang
mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda
seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang
mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnya perasaan tidak
berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat,
sistem perlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasi sistem
badan akan berlaku dan seterusnya membawa kepada kesakitan mental
setiap kali ingatan mengimbas kembali episod pahit yang dilalui
dahulu. Penderaan emosi terhadap kanak-kanak mula dihuraikan
dalam jurnal sejak awal tahun tujuh puluhan. Pada masa itu pakar
psikiatri sukar mengenali kes-kes ini kerana tiada persetujuan
dan kata sepakat tentang maksud penderaan emosi. Mangsa tidak
mengadu emosi mereka didera dan simptom yang wujud pada mereka
pula tidak spesifik. Manakala, pemeriksaan pada tubuh badan
mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidak ada
Penderaan kanak - kanak 13
kecederaan yang boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, mereka
melalui kelainan dalam perkembangan diri terutama sekali pada
personaliti mereka. Walaupun sukar dikesan, penderaan emosi tetap
menjadi fokus dalam kerja klinikal dan perundangan perubatan
terutamanya dalam bidang psikiatri.
Penderaan kanak-kanak juga menyebabkan kerosakan psikologi
iaitu kerosakan dan kecacatan yang berlaku pada proses
perkembangan, serta kerencatan pada potensi perkembangan dan
kreatif mental kanak-kanak itu. Proses perkembangan mental yang
penting ialah kecerdasan akal, ingatan, pengenalan, persepsi ,
fokus tumpuan, penguasaan bahasa , perkembangan moral dan
seterusnya. Apabila berlaku kerosakan, kecacatan dan kerencatan
pada proses perkembangan, tidak kira serta merta atau kemudian,
akan menyebabkan kerosakan pada tingkah laku, fungsi kognitif,
afektif dan fungsi fizikal kanak-kanak berkenaan. Kesemua ini
menunjukkan bahawa perkembangan emosi dan psikologi kanak-kanak,
walaupun dihuraikan secara berasingan tetapi berhubung kait
antara satu sama lain dan perlu dinilai dalam pemeriksaan
klinikal pada kanak-kanak.
Gangguan psikiatri yang timbul akibat penderaan emosi
ialah kemurungan, gangguan reaktif pertalian kasih sayang
(reactiveattachment disorder), masalah salah laku dan aduan
psikosomatik. Gangguan negatif lain adalah gangguan tingkah laku
seksual,penyalahgunaan dadah dan cuba membunuh diri. Kanak -
kanak yang mengalami pelbagai jenis penderaan (emosi,
Penderaan kanak - kanak 14
fizikal,seksual) didapati mempunyai risiko tinggi untuk mendapat
kemurungan dan distimia (dysthymia) berbanding dengan kanak -
kanak lain apabila umur mereka meningkat .Dalam siasatan lanjut
semasa kanak-kanak ini masih kecil lagi, mereka didapati kerap
datang ke klinik dengan pelbagai masalah tingkah laku dan emosi
seperti kerap kencing malam atau kerap meninggalkan tanda najis
dalam seluar . Ada juga menyebabkan keadaan yang lebih dikenali
dahulu sebagai keskanak-kanak yang tidak membesar bukan kerana
masalah organik(non-organic failure to thrive, NOFT).
Penderaan kanak – kanak akan menyebabkan gangguan
perkembangan fizikal. Akibat deraan emosi kanak-kanak ini tidak
membesar seperti kanak-kanak lain.Ketinggian dan berat badan
mereka didapati berada di bawah persentil yang ketiga untuk umur
kanak-kanak (3rd centile for age) dan ini bukan disebabkan
masalah organik. Ini dianggap sebagai satu jenis kekerdilan
psikososial (psychosocial dwarfism) yang dulunya lebih dikenali
sebagai non-organic failure to thrive. Ini kerana apabila kanak-
kanak ini ditempatkan dalam suasana yang sihat diperkayakan
dengan kasih saying serta mendapat kemudahan dan keperluan
fizikal yang lain, perkembangan mereka akan pulih seperti biasa.
Penderaan emosi saolah-olah telah merencatkan perkembangan
fizikal kanak-kanak itu. Kajian juga menunjukkan ada korelasi
yang tinggi antara penderaan emosi dengan perkembangan fizikal di
kalangan kanak-kanak.
Penderaan kanak - kanak 15
Selain itu, penderaan kanak – kanak juga menyebabkan
gangguan pada perkembangan emosi. Perkembangan psikologi kanak-
kanak akibat deraan emosi juga didapati terjejas. Mereka tidak
berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak
lain. Sistem dan cara pemakanan juga agak luar biasa. Mereka
makan tidak tentu masa dan gemar mengutip makanan tidak tentu
arah. Tingkah laku mereka adalah lebih keanak-anakan dan tidak
mengikut tahap umur mereka. Adakalanya mereka didapati liar dan
ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.
Pemerhatian mereka juga pernah disifatkan sebagai pandangan radar
kerana mempunyai ciri-ciri pemerhatian yang sangat berhati-hati
tanpa mempunyai ciri-ciri penerokaan. Perkembangan emosi kanak-
kanak ini juga tidak stabil. Mereka tidak menunjukkan tindak
balas emosi yang bersesuaian. Mereka mempunyai harga diri yang
rendah dan sering menghadapi masalah dalam pergaulan. Kesemua ini
menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik mereka dan kerencatan
perkembangan lain secara menyeluruh.
Huraian langkah – langkah mengatasi penderaan kanak - kanak
Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan
diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah
Penderaan kanak - kanak 16
dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu
bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang
mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-
galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak
bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di
samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak
boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang
lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa
atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan
penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera
berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat
perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.
Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-
kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada
setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini
amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan
tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga.
Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-
anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik.
Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada
berlaku,peranan masyarakat haruslah diutamakan. Masyarakat haruslah
sentiasa peka dengan keadaan di sekelilingnya. Jika mendapati terdapat salah
seorang jiran yang melakukan penderaan terhadap anak-anak, mereka
haruslah segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis secepat
yang mungkin tanpa mempedulikan ancaman daripada jiran mereka. Selain
itu, pengawalan keselamatan di sekeliling kediaman penduduk haruslah
Penderaan kanak - kanak 17
diperketatkan. Hal ini amatlah penting bagi memastikan tidak ada seorang
pun yang berani mendera kanak kanak serta dapat memastikan kanak-–kanak mendapatkan perlindungan daripada didera serta disakiti oleh mana-
mana pihak yang tidak bermoral itu. Dalam usaha ini, penduduk setempat
sendiri haruslah melakukan rondaan secara bergilir-gilir untuk memastikan
tiada sebarang kejadian yang tidak diingini serta mencurigakan daripada
berlaku.
Kerajaan mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan
kepada masyarakat umum bagi membanteras gejala yang tidak
berperikemanusiaan ini.Namun, perasaan tidak takut dan berasa
bersalah di kalangan sesetengah masyarakat untuk melakukan
penderaan masih berlaku.Keadaan ini berlaku kerana tiada tindakan
tegas yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Untuk itu,Akta
Perlindugan Kanak-Kanak 1997 perlu diperkukuh bagi menjamin akta
ini menjadi undang-undang yang serba lengkap bagi melindungi
kanak-kanak.
Jenayah penderaan perlu dibanteras dengan
berkesan.Kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk
membendung gejala ini daripada berleluasa.Ibu bapa janganlah
bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat
ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan
dengan cara mendera atau menghukum mereka.Kegembilangan Malaysia
di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan
masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan
keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan
sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset pentingPenderaan kanak - kanak 18
negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita
sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat
suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk
membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika
mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa
kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila
meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes
penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana
pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.
Lampiran
Women's Aid Organisation is a partner in the Malaysian Coalition
for the Prevention of Child Sexual Abuse (MCPCSA).
Penderaan kanak - kanak 19
TALIAN BANTUAN
Pertubuhan Pertolongan
Wanita (WAO)03-7956 3488
Pusat Krisis Wanita ( WCC,
Penang)04-228 0342
All Women Action Society of
Malaysia (AWAM)03-7957 0224
TELEDERA 1-800-883040
BEFRIENDERS 03-7956 8144
P.S. The Children 03-74931303
Statistik penderaan kanak- kanak
Penderaan kanak - kanak 20
Penderaan kanak - kanak 22
Cerita Sebenar Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai
.
Norhashimah (kiri) Dan anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita
pelekat
Cerita sebenar mengenai isu VIDEO Penderaan Kanak-Kanak di Taska
Permata Kota Masai.
Akibat marahkan majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan
di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita
pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit
ketat dengan kain bedung. Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh
terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah
jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada
umum. Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22
tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik
Penderaan kanak - kanak 23
berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya
berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
Menurut pemilik tadika tersebut dia dikhianati oleh dua bekas
pekerjanya bagi merosakkan nama baik dan perniagaannya.
Dalam rakaman video penderaan itu, Ahmad Afiq (GAMBAR) paling
teruk didera apabila mulutnya ditampal pelekat dan tubuhnya
dililit kain bedung dengan ketat, Perbuatan kejam tersebut
menyebabkan Ahmad Afiq mengalami kegatalan di mulut dan hidung
hingga terpaksa mendapat rawatan di klinik.
Klip VIDEO Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota
Masai dipercayai dirakam pertengahan Disember tahun lepas oleh
kakitangannya yang bermasalah sebelum dibuang kerja pada Januari
lalu, sebelum dibuang mereka sering mengambil cuti dengan alasan
anak sakit, namun kerana memerlukan kakitangan yang mempunyai
Penderaan kanak - kanak 24
komitmen yang tinggi, Saherah terpaksa memberhentikan pekerja
tersebut. Mungkin kerana tidak berpuas hati kerana dibuang,
pekerja tersebut bertindak menyebarkan rakaman Video Penderaan
Kanan-kanak taska bertujuan memalukan majikannya.
Hasil laporan polis yang dibuat, dua wanita berusia 20 hingga 22
tahun dipanggil bagi memberi keterangan, aku harap kedua wanita
tersebut ditahan kerana cubaan membunuh, kerana perbuatan
kejamnya boleh menyebabkan kematian.
Penderaan kanak - kanak 25
Bibliografi
1. http://mindapengarang.wordpress.com/2009/06/07/penderaan- kanak-kanak/
2. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/
Minda_Penderaanbukansemata-matalebam/Article/index_html
3. http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp? e=PMR&s=BM&b=OGO&m=2&t=&r=g&i=PNP
4. http://www.wao.org.my/backup_v1_21.7.2011/news/derakanak.htm
Penderaan kanak - kanak 26