Post on 07-Feb-2023
Penghormatan dan Penjagaan Kami
terhadap Masyarakat
12Komitmen Kami terhadap Alam Sekitar
16
“Penghasilan nilai jangkamasa panjang tidak mungkin dapat
dihasilkan tanpa mengambil kira kriteria seperti ketahanan
ekonomi, kesamarataan sosial dan ekologi yang terpelihara.”
Peter Brabeck-Letmathe
Pengerusi, Nestlé S.A.
Muka depan:
Projek pemuliharaan tanah bencah oleh Nestlé
(Malaysia) Berhad dan Tabung Kehidupan Liar dan
Alam Sekitar Sedunia (WWF) di Setiu, Terengganu
membantu memastikan masyarakat setempat
menikmati kualiti hidup yang lebih baik di samping
menawarkan sumber pendapatan baru yang
mampan bagi kaum wanita. Ini bertepatan dengan
falsafah Penciptaan Nilai Bersama Nestlé.
Warga Kerja dan Persekitaran Kerja Kami
22Para Pengguna dan Pasaran Kami
28
Kan
du
nganMaklumat Ringkas 2 Kenyataan Pengarah Urusan 4 Nestlé, Satu Permulaan Penuh Kemanusiaan 6
“Nest”, Simbol Kebanggaan Nestlé 6 Makna Tanggungjawab Korporat Kepada Kami 7
Penghormatan dan Penjagaan Kami terhadap Masyarakat 12 Komitmen Kami terhadap Alam Sekitar 16
Warga Kerja dan Persekitaran Kerja Kami 22 Para Pengguna dan Pasaran Kami 28
Program “Dear Nestlé” Memberi Ganjaran Kepada Pengguna 34
Memastikan Kesegaran Sepanjang Masa 35 Penglibatan Pihak Berkepentingan 36 Kajian 37
Sasaran dan Pencapaian 42 Jaminan Luaran 56 Tadbir Urus Korporat 58
Prestasi dan Pematuhan 59 Dari Jawatankuasa Tanggungjawab Korporat 62
Maklumat Perhubungan Nestlé 63
2 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Maklumat Ringkas
Kumpulan Nestlé
• Diasaskan pada tahun 1866 oleh Henri Nestlé
• Pengeluar makanan terbesar di dunia,
beribu pejabat di Switzerland
• Beroperasi di lebih 100 buah negara
• Mempunyai 276,000 warga kerja di seluruh dunia
• 456 buah kilang di 84 buah negara
• Lebih 8,500 jenama dan lebih dari 10,000 produk
yang berbeza
• Angka jualan 32 bilion produk individu setiap tahun
• Pusat dan kemampuan penyelidikan pemakanan swasta
yang terbesar di dunia, bertempat di Switzerland
• 24 pusat penyelidikan & pembangunan di seluruh dunia
• Pelaburan tahunan sebanyak RM5 bilion untuk penyelidikan
& pembangunan
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 3Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 3
Kategori Produk di Malaysia
• Kopi dan Minuman • Bahan Bantuan Masakan / Makanan Siap Dimasak • Susu • Minuman
• Makanan Kanak-Kanak/Bayi • Bijirin Sarapan • Tenusu Dingin • Ais Krim • Coklat dan Konfeksi
• Pemakanan Penjagaan Kesihatan • Pemakanan Prestasi • Nestlé Professional
Nestlé Malaysia
• Ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1912
• Peneraju pengeluaran makanan Halal
• Mempunyai 5,000 warga kerja
• Lebih dari 300 produk Halal
• Mencatat perolehan sebanyak RM3.9 bilion bagi tahun 2008
• Disenaraikan di Bursa Malaysia semenjak tahun 1989
• Beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor
• 7 kilang dan 6 pejabat jualan
• 1 Pusat Pengedaran Kebangsaan
4 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Kenyataan Pengarah Urusan
Kami sedar bahawa peranan kami
terhadap masyarakat adalah
jauh lebih besar dari hanya
sebagai pengeluar dan pengedar
produk makanan dan minuman.
Bagi kejayaan CSV, kami perlu
menglibatkan diri dengan pelbagai
pihak berkepentingan yang mewakili
setiap sektor lapisan masyarakat
bagi memastikan kami sentiasa rapat
bukan sahaja dengan para pelanggan
dan pengguna, tetapi juga bersama
mereka yang mungkin terpinggir
dalam masyarakat.
Berjalan melalui lorong-lorong di kawasan Chow Kit bersama
Dr. Hartini Zainuddin, Penasihat Rumah Nur Salam, rumah
perlindungan bagi kanak-kanak terbiar di kawasan tersebut,
En. O’Carroll diberi penjelasan tentang aktiviti-aktiviti kurang
diingini yang terdedah kepada kanak-kanak tersebut.
Sejak 1912, Nestlé telah membina kepercayaan
penduduk Malaysia dengan jenama dan aktiviti kami.
Kami sememangnya berhasrat untuk meneruskan usaha
untuk menambah baik kualiti hidup rakyat Malaysia selari
dengan visi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan
kami. Sebagai syarikat makanan dan minuman terbesar
di negara, kami komited untuk Menjana Khasiat Rakyat
Malaysia dalam semua aspek. Kami telah bertapak di
Malaysia selama 96 tahun dan kami akan terus memberi
nilai kepada masyarakat dalam memenuhi komitmen
sosial, ekonomi dan alam sekitar kami.
Salah satu cabaran terbesar bagi mana-mana syarikat
ialah untuk meneruskan komitmen mereka terhadap
tanggungjawab korporat apabila kemerosotan ekonomi
mula mendatangkan kesan dan mengancam margin
keuntungan. Apabila langkah-langkah penjimatan kos
dilaksanakan, dan jaminan kerja berada dalam tahap yang
membimbangkan, usaha-usaha tanggungjawab sosial
kerap kali ditangguhkan atau diabaikan sama sekali.
Nestlé harus menghadapi cabaran ini di samping
menghadapi tekanan kos luaran yang di luar jangkaan
disebabkan oleh turun naik harga komoditi yang tidak
menentu serta kenaikan kos lain seperti kos input bahan
pembungkusan. Ini sudah tentu meletakkan Syarikat
dalam keadaan yang sukar untuk memenuhi harapan
pihak berkepentingan: tanggungjawab kami adalah untuk
memberikan pulangan terbaik kepada para pemegang
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 5
Kanak-kanak dari Rumah Nur Salam menunjukkan penghargaan mereka terhadap
sumbangan lebih daripada 1,000 biji telur dari Nestlé, di bawah program ROCKS Eggxtra
Nourishment yang menggalakkan warga Nestlé menyumbangkan telur demi membekalkan
khasiat kepada golongan yang kurang bernasib baik.
saham dan/atau melindungi pengguna-
pengguna tempatan daripada beban kenaikan
harga produk kami.
Kami telah memberi komitmen untuk memberi
nilai kepada setiap produk Nestlé, memelihara
kualiti dan meningkatkan khasiat pemakanan
serta kesihatan sejajar dengan janji kami
untuk menjadi peneraju di dalam Pemakanan,
Kesihatan dan Kesejahteraan.
Kami telah mengambil satu lagi langkah ke
hadapan dengan memperkenalkan rangkaian
“Produk Berposisi Popular” (PPP) iaitu
produk pemakanan pada harga berpatutan
yang mampu dibeli oleh sebahagian besar
masyarakat. Ini merupakan contoh terbaik
bagi konsep tanggungjawab korporat Nestlé
yang berlandaskan Penciptaan Nilai Bersama
(CSV) di mana bagi membolehkan Syarikat
menjalankan perniagaan yang mampan, kami
perlu mewujudkan nilai jangka panjang bagi
para pemegang saham dan pada masa yang
sama mencipta nilai bagi masyarakat.
Kami sedar bahawa peranan kami terhadap
masyarakat adalah jauh lebih besar dari hanya
sebagai pengeluar dan pengedar produk
makanan dan minuman. Bagi kejayaan CSV,
kami perlu menglibatkan diri dengan pelbagai
pihak berkepentingan yang mewakili setiap
sektor lapisan masyarakat bagi memastikan
kami sentiasa rapat bukan sahaja dengan para
pelanggan dan pengguna, tetapi juga bersama
mereka yang mungkin terpinggir dalam
masyarakat.
Produk Nestlé membentuk purata sebanyak
12% dari perbelanjaan barang dapur di
Malaysia. Ini bermakna sebilangan besar
jenama kami merupakan bahagian penting di
dalam rumah rakyat Malaysia. Kami tidak akan
berkompromi dalam memelihara kepercayaan
pengguna terhadap kualiti serta keselamatan
produk kami. Ada masanya kepercayaan
pengguna mungkin tergugat seperti insiden
pencemaran melamin baru-baru yang ini telah
mencetuskan rasa panik di kalangan pengguna
seluruh dunia dan seterusnya mengkucar-
kacirkan industri makanan. Ketika krisis
sebeginilah para pengguna akan menghargai
syarikat yang mempunyai tanggungjawab
sosial dan melaksanakan amalan etika yang
melebihi paras pematuhan minima.
Penciptaan Nilai Bersama bermakna segala
pelaburan kami mestilah membawa manfaat
kepada Syarikat dan juga masyarakat di mana
kami beroperasi. Kami memberi nilai untuk
para peladang, pembekal, pekerja dan kepada
keseluruhan masyarakat. Ia juga merangkumi
rasa hormat kami terhadap alam sekitar dan
bagaimana kami mengurangkan impak negatif
dari operasi kami terhadap alam sekitar di
samping memelihara sumber alam semulajadi
untuk generasi akan datang.
Laporan ini adalah yang ketiga dalam siri laporan
Tanggungjawab Korporat yang menggariskan
perancangan yang akan diambil dan pencapaian
kami setakat ini. Maklumbalas yang kami
terima telah membantu meningkatkan mutu
proses laporan dan memantau kemajuan kami
dalam masyarakat, tempat kerja, pasaran dan
alam sekitar.
Komitmen kami untuk Menjana Khasiat Rakyat
Malaysia akan sentiasa teguh dalam perjalanan
menuju ke arah Pemakanan, Kesihatan dan
Kesejahteraan, dan kami juga akan terus
mencipta nilai bersama untuk meningkatkan
mutu kehidupan rakyat Malaysia menerusi
komitmen kami terhadap tanggungjawab
korporat.
Sullivan O’Carroll
6 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Nestlé, Satu Permulaan Penuh Kemanusiaan
Henri Nestlé telah menunjukkan pemahaman awal tentang
kuasa pembinaan jenama dan telah menggunakan piagamnya
sebagai tanda perniagaan pada tahun 1867. Diterjemahkan
dari bahasa Jerman, Nestlé bermaksud “sarang kecil”, dan
kini, simbol yang masyhur ini dikenali di serata dunia sebagai
lambang nilai-nilai kemesraan, keselamatan, khasiat, keakraban
keluarga, pemupukan nilai murni dan keprihatinan hinggalah ke
hari ini.
Pada tahun 1867, Henri Nestlé, seorang ahli farmasi terlatih
telah menghasilkan satu sumber alternatif bagi pemakanan bayi
yang berkhasiat dan mampu dimiliki oleh kaum ibu yang tidak
dapat memberi susu badan. Tujuan utama produk ini ialah untuk
memerangi masalah kematian bayi akibat malpemakanan pada
masa itu. Produk baru ini, Farine Lactee Nestlé, makanan susu
pertama, telah menyelamatkan nyawa seorang bayi pra-matang
yang tidak dapat diberi susu badan oleh ibunya.
Lebih 140 tahun kemudian, Nestlé meneruskan warisan
pengasasnya – iaitu memperbaiki mutu kehidupan – dan ini
terkandung dalam nilai dan prinsip-prinsip perniagaan korporat
kami.
“Nest”, Simbol Kebanggaan Nestlé
6 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 7
“Peranan unik bagi sesebuah
perniagaan ialah untuk mencipta
nilai, iaitu demi membangunkan
perniagaan dengan jayanya
dalam jangka panjang, kita mesti
menjangkaui pematuhan dan
kemampanan dan mencipta nilai
untuk masyarakat.”
Peter Brabeck-Letmathe
Pengerusi Nestlé S.A.
Nestlé telah diasaskan di atas tanggungjawab
sosial, nilai dan prinsip kemanusiaan yang
kukuh lebih dari 140 tahun dahulu. Bagi kami,
tanggungjawab korporat bukanlah sesuatu
yang dipaksa dari luar tetapi merupakan asas
yang sedia ada di dalam perniagaan kami.
Di Nestlé kami percaya perniagaan kami
akan hanya membawa nilai jangkamasa
panjang kepada pemegang saham jika ia juga
membawa nilai kepada masyarakat. Ini adalah
konsep tanggungjawab korporat Nestlé atau
lebih dikenali dengan konsep “Penciptaan
Nilai Bersama”.
Makna Tanggungjawab Korporat Kepada Kami
Kehidupan petani-petani beras merah tradisional di Serikin, Sarawak telah mendatangkan kesan yang
positif melalui skim perladangan kontrak Nestlé yang unik, yang membantu mencipta peluang-peluang
pendapatan baru bagi kaum petani, sejajar dengan konsep penciptaan nilai bersama Nestlé.
8 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Kami menilai segala komitmen kami
dengan kerap untuk memastikan pelaburan
yang dilakukan adalah yang terbaik untuk
Syarikat dan masyarakat di mana kami
beroperasi. Kami cuba mencipta nilai untuk
para peladang, pembekal, pekerja kami
and segenap lapisan masyarakat, serta
menjaga alam sekitar sebaik-baiknya. Satu
asas Prinsip Korporat Nestlé menyarankan
bahawa Syarikat tidak akan mengorbankan
pembangunan jangkamasa panjang untuk
keuntungan jangkamasa pendek, bagi
memastikan perniagaan yang mampan dan
memenuhi komitmen kami kepada para
pemegang saham.
Penciptaan nilai bersama merangkumi
banyak bidang. Contohnya, meningkatkan
pengetahuan pengguna tentang khasiat
pemakanan akan membolehkan mereka
membuat pilihan yang lebih sihat, manakala
bagi Nestlé kami melabur dalam produk
yang berkhasiat yang boleh menambah
keuntungan jangkamasa panjang melalui
permintaan pengguna. Sila rujuk contoh-
contoh di bawah.
Bagi mengutamakan keperluan yang lebih
getir dan penting bagi masyarakat, kami
menggunakan Matlamat Pembangunan
Millennium Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) sebagai petunjuk asas bagi
mencapai objektif penciptaan nilai bersama.
Contoh Penciptaan Nilai Bersama di Nestlé Malaysia
Komitmen Terhadap Halal Pemuliharaan Tanah Bencah di Setiu Menjana Khasiat Rakyat Malaysia
Impak rantaian
nilai
Cara Pembelian & Pengilangan
yang baik
Tatacara Perniagaan Mampan Mempromosikan Pemakanan,
Kesihatan dan Kesejahteraan
Konteks
pertumbuhan
Memperbaiki inovasi teknologi dan
pertumbuhan pembekal menerusi
pengetahuan mengenai Halal
Pemahaman yang lebih mendalam
tentang persekitaran
Inovasi & renovasi produk
menjadikannya lebih berkhasiat dan
sihat dengan menggunakan kepakaran
penyelidikan dan pertumbuhan (R&D)
Manfaat bagi
Nestlé
Pertumbuhan keuntungan menerusi
jualan & eksport produk Halal
Membina pertalian dengan pihak
berkepentingan & meluaskan tapak
pengguna
Pertumbuhan keuntungan hasil produk
berkualiti tinggi dan tambah nilai
termasuk PPP
Manfaat bagi
masyarakat
Kepercayaan pengguna dan
keyakinan terhadap kualiti dan
ketenangan minda bagi pengguna
Muslim.
Membina kehidupan dan mata
pencarian yang mampan dengan
pemindahan ilmu pengetahuan di
samping memelihara alam semulajadi
Memenuhi keperluan pengguna yang
mahukan pilihan yang lebih sihat sejajar
dengan Pelan Tindakan Pemakanan
10-Tahun oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 9
Apa sahaja projek Tanggungjawab Korporat
yang dilaksanakan mestilah mendokong
pembangunan mampan dan mencapai
satu atau lebih Matlamat Pembangunan
Millennium PBB. Kami memandang
pencapaian Matlamat Pembangunan
Millenium PBB sebagai objektif penting
bagi meningkatkan taraf komuniti dan
sasaran-sasaran tersebut adalah seperti
berikut:
a) Membasmi kemiskinan tegar dan
kelaparan
Perladangan Cili Kontrak
Program Mentor bagi Industri
Makanan IKS
Tatacara Pembelian Tatacara Pengilangan yang Baik
Pembangunan bidang pertanian dan
pembekal menerusi pemindahan ilmu
pengetahuan
Piawaian keselamatan makanan yang
semakin baik, pematuhan undang-undang
dan pensijilan Halal
Bekalan bahan mentah pada kualiti dan
harga yang di dalam jangkaan
Potensi untuk bekerjasama dengan IKS
bagi pengilangan secara kontrak atau
sebagai sumber
Menambah pendapatan para peladang,
membasmi kemiskinan di masyarakat luar
bandar & mengurangkan sandaran kepada
import
Piawaian pengeluaran makanan yang
lebih tinggi & meningkatkan keyakinan
pengguna terhadap makanan buatan
tempatan
DARI KIRI:
Selain mempertingkatkan kesedaran terhadap
alam sekitar di kalangan masyarakat Setiu,
Nestlé bekerjasama dengan WWF-Malaysia untuk
mewujudkan sumber pendapatan yang mampan
bagi penduduk-penduduk Kg. Mangkuk.
MILO menyentuh hati rakyat Malaysia melalui
sokongannya terhadap pelbagai program
pembangunan belia dan sukan,
serta aktiviti-aktiviti pensampelan.
Kaum petani di Bukit Awang, Kelantan amat
bangga kerana cili mereka digunakan dalam
pengeluaran Sos Cili MAGGI yang dieksport
ke pasaran-pasaran antarabangsa. Projek itu
telah dianugerahkan akreditasi SALAM untuk
kecemerlangan dalam amalan-amalan pertanian
di Malaysia.
Sukarelawan kami, di bawah program sukarela warga
kerja Nestlé ROCKS, menyambut Krismas dengan
meluangkan masa bersama kanak-kanak daripada
Agathians Shelter, sebuah rumah anak yatim untuk
kanak-kanak terbiar.
b) Mencapai pendidikan awal secara
keseluruhan
c) Menggalakkan kesamarataan jantina
dan hak-hak kaum wanita
d) Mengurangkan kadar kematian
kanak-kanak
e) Meningkatkan kesihatan kaum ibu
f) Memerangi HIV/AIDS, Malaria dan
penyakit-penyakit lain
g) Menentukan kemampanan alam sekitar
h) Menjalin kerjasama global
10 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
MAKNA TANGGUNGJAWAB KORPORAT KEPADA KAMI
Kami amat sedar bahawa masih banyak yang perlu dilakukan dan banyak
lagi yang perlu kami pelajari, tetapi kami tetap bertekad untuk melaksanakan
komitmen kami. Setiap seorang warga kerja Nestlé telah menyumbang dalam
pelbagai cara untuk melaksanakan komitmen Tanggungjawab Korporat kami
dan akan terus berbuat demikian kerana Tanggungjawab Korporat adalah
sebahagian dari DNA kami.
Usaha Tanggungjawab Korporat kami boleh dikategorikan mengikut Matlamat Pembangunan Millennium PBB:
Pemakanan, Kesihatan & Kesejahteraan
• Menggalakkan gaya hidup yang sihat dan aktif
• Mengurangkan obesiti dan penyakit
berkaitan
Alam Sekitar
• Menggalakkan amalan mampan
• Mengurangkan asap
• Menjimatkan tenaga
• Mengurangkan sisa buangan
Warga Kerja
• Polisi Sumber Manusia yang progresif
• Penggajian yang kompetitif
• Latihan dan pertumbuhan
Pembangunan Masyarakat
• Pembasmian kemiskinan
• Memperkasakan kaum wanita
Membangunkan Kerjasama Global
• UNDP
• WWF
Pendidikan
• Kesamarataan untuk semua
Matlamat Pembangunan Millennium PBB
10 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 11
MAKNA TANGGUNGJAWAB KORPORAT KEPADA KAMI
Fokus Utama Kami dalam Penciptaan Nilai Bersama
Penciptaan nilai bersama adalah nilai kami dan cara kami
mengendalikan perniagaan. Ia menjadi panduan bagi kami
memastikan perniagaan kami sentiasa beretika dan berhasil dari
segi ekonomi, tindakan-tindakan kami tidak mencemarkan alam
sekitar dan juga mempunyai tanggungjawab sosial. Sehubungan
itu, Nestlé menumpukan perhatian kepada pemakanan, air dan
pembangunan luar bandar sebagai bidang untuk mencipta nilai
bersama bagi Syarikat dan masyarakat. Bidang-bidang ini adalah
teras strategi perniagaan Syarikat dan amat penting untuk
membangunkan masyarakat yang lebih sihat.
Sebagai Syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan
terbesar di dunia, Nestlé bertanggungjawab menyediakan
produk-produk yang selamat, berkualiti , dan ditambah nilai bagi
membantu orang ramai di seluruh dunia memenuhi keperluan
pemakanan berkhasiat mereka bagi menikmati gaya hidup yang
sihat. Dengan sokongan Pusat Penyelidikan Nestlé di Lausanne,
pusat penyelidikan & pembangunan pemakanan swasta terbesar di
dunia, Syarikat berada dalam posisi yang baik untuk merealisasikan
visinya agar dikenali sebagai pakar dan peneraju dalam Pemakanan,
Kesihatan dan Kesejahteraan. Tambahan pula, pengetahuan
mendalam tentang pengguna setempat meletakkan kami di tahap
yang lebih baik untuk memenuhi keperluan-keperluan pemakanan
mereka dan menyesuaikan formula produk kami kepada citarasa
dan pilihan tempatan.
Satu daripada ancaman terbesar bagi Syarikat adalah cabaran
kekurangan bekalan air, yang semakin ketara di serata dunia,
dengan penderitaan akibat kemarau dan kekurangan air. Jika isu
air ini tidak ditangani dengan jayanya, ia boleh mengakibatkan
kekurangan bekalan makanan yang mana akan melonjakkan
harga bahan makanan dan menggugat tahap pemakanan. Sebagai
sebuah Syarikat makanan terulung, Nestle berasa bimbang
“krisis makanan” ini berpotensi untuk bertukar menjadi satu
krisis jangka panjang mengenai air dan kedapatan makanan yang
mungkin mendatangkan akibat buruk kepada masyarakat, dan juga
perniagaan kami.
Satu lagi bidang yang diberi perhatian oleh Nestlé adalah
pembangunan masyarakat luar bandar bagi memastikan mereka
juga mempunyai peluang menikmati produk-produk berkhasiat,
dari perspektif kemampuan dan bekalan produk tersebut.
Di dalam hal ini, pembangunan ekonomi dan pendidikan adalah
kunci untuk menaikan taraf kehidupan masyarakat tersebut
termasuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan tahap
pemakanan dan kesihatan mereka.
Kami sentiasa menilai segala aktiviti Tanggungjawab Korporat
yang kami sertai bagi memastikan kami sentiasa mematuhi prinsip
di mana kejayaan kami dalam mencipta nilai untuk pemegang-
pemegang saham dan juga untuk masyarakat akan menghasilkan
situasi yang bermanfaat kepada semua pihak. Di dalam usaha untuk
merangka kerja yang kami lakukan, skop inisiatif Tanggungjawab
Korporat kami terbahagi secara kasarnya kepada 4 bidang berikut:
1) Penghormatan dan Penjagaan Kami terhadap Masyarakat
2) Komitmen Kami terhadap Alam Sekitar.
3) Warga Kerja dan Persekitaran Kerja Kami
4) Para Pengguna dan Pasaran Kami
Model Penciptaan Nilai Bersama Nestlé
PENCIPTAAN
NILAI BERSAMA
Pemakanan, Air,
Pembangunan Luar Bandar
KEMAMPANAN
Pengelolaan Alam Sekitar: Bertindak hari ini
dalam cara yang melindungi bumi
demi masa hadapan
PEMATUHAN
Undang-undang, Prinsip-prinsip Perniagaan
dan Kod Tingkah Laku Pengurusan
“Nestlé memberi tumpuan kepada
tiga aspek dalam penciptaan
nilai – pemakanan, air dan
pembangunan luar bandar
– yang amat penting untuk kejayaan
perniagaan dan memenuhi keperluan
kemasyarakatan.”
Paul Bulcke
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé S.A.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 13
BerkongsiSemangat Penciptaan Nilai Bersama adalah untuk membina dan
berkongsi kejayaan kami dengan masyarakat. Melalui inisiatif-
inisiatif tanggungjawab korporat kami, Nestlé bukan sahaja
mendekati malah turut memperbaiki kehidupan masyarakat kurang
bernasib baik di Malaysia, termasuk mereka yang kurang upaya
secara fi zikal dan mental.
14 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Penghormatan dan Penjagaan kami
terhadap Masyarakat
Berpandukan Matlamat Pembangunan Millennium Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang mengutamakan keperluan
mustahak masyarakat dengan menumpukan perhatian kepada
pembasmian kemiskinan, pendidikan dan isu-isu kesihatan,
kemampanan alam sekitar dan juga kerjasama strategik bagi
memperkuatkan segala usaha, kami telah berjaya mencapai objektif
yang kami gariskan.
Membina Kehidupan yang Mampan
Salah satu dari program kami yang berjaya membantu
mengurangkan kemiskinan adalah inisiatif perladangan kontrak
yang telah memberi impak yang besar kepada kehidupan para
petani yang menyertai program ini. Nestlé mempunyai sejarah
yang panjang dalam membantu petani, yang mendatangkan impak
positif ke atas pembangunan ekonomi dan kawasan persekitaran
dan juga menaikan taraf hidup masyarakat luar bandar.
Para petani yang menyertai program perladangan kontrak diajar
tentang kesedaran alam sekitar dan perlu memastikan proses
perladangan mereka mengikut Tatacara Pertanian Baik (GAP),
yang memastikan perladangan dijalankan dalam keadaan yang
selamat dan mampan. Apabila petani miskin tegar di kawasan
pedalaman Kelantan, yang merupakan sebahagian dari peserta
Skim Peladangan Cili Nestlé, dapat mempraktikan GAP, ini
bermakna satu kemajuan besar telah dicapai, kerana Penciptaan
Nilai Bersama turut bermakna memelihara alam sekitar supaya
ia boleh dikekalkan. Bagi Nestlé, nilai yang wujud ialah sumber
bahan mentah tetap dengan kualiti yang sesuai bagi menghasilkan
produk yang berkenaan. Komitmen kami untuk menggunakan
hasil pertanian tempatan sebagai sumber bahan mentah sekiranya
ada peluang yang sesuai untuk berbuat demikian juga merupakan
menyumbang ke arah menggalakkan pertumbuhan mampan.
Baru-baru ini, para petani di Kelantan diberi rangsangan tambahan
melalui ikrar bagi memberi bantuan dari segi teknikal untuk
projek Cili Puri, yang mana ia akan menstabilkan harga di ladang,
mengurangkan sisa cili segar di samping memberi peluang untuk
pendapatan tambahan kepada petani-petani tersebut.
Begitu juga dengan inisiatif Beras Merah di Sarawak yang telah
memberi petani setempat peluang untuk menjadi sebahagian dari
rantaian pembekal Nestlé, kerana ia adalah bahan mentah utama
yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai bijirin makanan bayi
yang dihasilkan bagi kawasan serantau.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 15
PENGHORMATAN DAN PENJAGAAN KAMI TERHADAP MASYARAKAT
Kesamarataan dalam Pendidikan
Selain aktiviti berkaitan pertanian, Nestlé juga menyokong
kesamarataan dalam pendidikan, terutamanya di kalangan
masyarakat luar bandar yang kurang kemudahan asas pembelajaran.
Nestlé percaya bahawa pendidikan adalah pemangkin utama yang
akan membantu memutuskan rantai kemiskinan dan meningkatkan
pertumbuhan luar bandar, dan telah memulakan banyak inisiatif
pendidikan bagi kanak-kanak yang tidak berkemampuan, ibu
tunggal dan mereka yang kurang upaya.
Nestlé juga memberi sumbangan bantuan makanan bulanan bagi
mereka yang memerlukan dan kini, 30 buah badan amal menerima
bantuan menerusi program ini dan mendapat sumbangan makanan
berkhasiat asas bagi mereka yang di bawah jagaan, terutamanya
anak-anak yatim, orang tua dan yang tidak berkemampuan.
Program Sukarela Kakitangan Nestlé
Walaupun sumbangan makanan dan wang ringgit amat bermakna,
apa yang mustahak bagi mereka yang kurang bernasib baik ialah
kasih sayang, perhatian dan luangan masa. Program Reaching Out
to Communities and Kids (ROCKS), satu program sukarelawan
oleh kakitangan Nestlé telah dimulakan pada tahun 2005 bagi
menggalakkan warga kerja melibatkan diri dengan masyarakat di
mana Syarikat beroperasi; dan telah menjalankan pelbagai aktiviti
bagi membantu organisasi yang terlibat. Salah satu daripada aktiviti
yang terserlah oleh Nestlé ROCKS ialah inisiatif Nestlé Eggxtra
Nourishment, bertujuan untuk mengumpulkan sejumlah telur
ayam yang akan digunakan bagi memberi khasiat tambahan di
dalam makanan.
Di dalam kutipan yang pertama kali diadakan, ROCKS berjaya
mengumpul lebih 1,000 biji telur ayam segar dari warga kerja
Nestlé dan ia kemudiannya disumbangkan kepada Rumah Nur
Salam, sebuah rumah perlindungan bagi kanak-kanak terbiar di
kawasan Chow Kit. Kutipan kali kedua turut dilakukan dengan
jayanya dan perancangan telah diatur untuk melakukan kutipan
setiap setiap bulan. Rumah Nur Salam adalah salah sebuah daripada
30 badan amal yang dibantu oleh Nestle, dan warga kerja Syarikat
diberi pelepasan sebanyak 16 jam setahun untuk menjalankan
kerja-kerja sukarela.
DARI KIRI:
Skim perladangan kontrak beras merah
tradisional Nestlé di Serikin, Sarawak berusaha
untuk mempertingkatkan taraf kehidupan dan
punca pendapatan bagi kaum petani secara
mampan serta mencipta peluang-peluang dan
mempertingkatkan tahap pendapatan mereka.
Pengarah Hal-Ehwal Korporat Kumpulan dan
Kesejahteraan, Tengku Marina Tunku Annuar
Badlishah, berbual dengan salah seorang
penghuni warga emas di rumah orang tua Little
Sisters of the Poor ketika salah satu projek
kemasyarakatan Nestlé ROCKS.
Sukarelawan Nestlé dengan berhati-hati
mengangkut lebih daripada 2,000 biji telur yang
telah dikutip di bawah projek ROCKS ‘Eggxtra
Nourishment’ untuk dihantar ke salah satu
daripada 30 penerima di bawah jagaan Nestlé.
Kanak-kanak pra-sekolah di Kg. Keranaan,
Sabah kini mempunyai sebuah tadika di kampung
mereka di mana mereka boleh mendapat
pendidikan asas dalam persekitaran yang
memberangsangkan, bantuan hasil daripada
Nestlé dan Raleigh.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 17
PemuliharaanKomitmen Nestlé terhadap amalan-amalan perniagaan yang mesra
alam bukan satu obligasi tetapi merupakan sebahagian daripada
operasi harian kami. Langkah-langkah yang tegas diambil untuk
mengurangkan sebarang kesan negatif terhadap alam sekitar.
Disebabkan kebanyakan bahan mentah kami berasaskan bahan
pertanian, kemampanan sumber air adalah penting kerana ia
mempunyai kesan terhadap keselamatan makanan kita pada masa
akan datang.
18 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Komitmen Kami Terhadap Alam Sekitar
Sejak dari mula lagi, Nestlé amat komited terhadap amalan perniagaan
yang mesra alam sekitar dan sentiasa membuat pelaburan besar bagi
meningkatkan prestasinya di dalam pengurusan alam sekitar. Kami
amat percaya bahawa sumbangan kami ke arah alam sekitar yang
terpelihara akan membantu kami memenuhi keperluan semasa tanpa
menjejaskan keperluan generasi akan datang.
Perlindungan alam sekitar adalah tertera dengan jelas di dalam
Prinsip Perniagaan Korporat kami, manakala Polisi Nestlé mengenai
Alam Sekitar mengukuhkan lagi komitmen ini. Tambahan pula, Nestlé
mendokong sepenuhnya ketiga-tiga prinsip utama Kompak Global
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan alam sekitar iaitu:
• Menyokong pendekatan berhati-hati di dalam menangani
apa-apa cabaran yang melibatkan alam sekitar
• Mengambil inisiatif untuk menggalakkan tanggungjawab
yang lebih tinggi terhadap alam sekitar
• Menggalakkan pembangunan dan penyebaran teknologi
mesra alam.
Pengurusan Air
Walaupun pertukaran cuaca telah menjadi topik perbincangan
hangat selama beberapa tahun kebelakangan ini, Nestlé
berpendapat bahawa isu kekurangan air memerlukan tindakan
yang lebih segera dan telah mengambil langkah-langkah secara
aktif untuk mewujudkan kesedaran dan merangsang perubahan
di dalam penjimatan dan pengurusan air. Program Pembangunan
Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) turut berkongsi pendapat
dengan kami dengan menyatakan: “Air adalah tunggak kepada
pembangunan yang mampan, termasuk pembasmian kemiskinan.
Memandangkan air adalah amat penting di dalam mengurangkan
kemiskinan, menjaga kesihatan manusia dan ekosistem,
pengurusan sumber air adalah amat mustahak.”
Sebagai sebuah syarikat makanan dan minuman, Nestlé bergantung
kepada air bersih untuk terus membekalkan makanan yang
selamat dan berkualiti tinggi bagi para pengguna di seluruh dunia.
Oleh itu, kesediaan air – dari segi kuantiti dan kualiti – mempunyai
impak terhadap perniagaan kami di dalam berbagai cara, dan
adalah penting bagi kami untuk menghadkan penggunaan air dan
pembaziran sumbernya.
Di Malaysia dan di tempat lain di mana Nestlé beroperasi, usaha-
usaha kami telah berjaya mengurangkan pengunaan air di tahap
pembuatan sejajar dengan peningkatan di dalam pengeluaran.
Kami mensasarkan untuk mengurangkan jumlah air yang digunakan
DARI KIRI:
Nestlé memberi perhatian kepada air,
pengurusannya serta isu-isu berkaitan dengannya
kerana ia mempunyai kesan yang amat besar
terhadap kemampanan perniagaan kami untuk
terus menyediakan produk-produk makanan dan
minuman yang selamat dan berkualiti tinggi.
Setiap kemudahan pengilangan kami sentiasa
menerokai cara-cara untuk melaksanakan
usaha-usaha pemuliharaan dan rawatan bagi
sisa demi menghasilkan penjimatan dalaman
serta untuk melindungi alam sekitar.
Nestlé dan WWF-Malaysia bekerjasama untuk
menanam semula pokok bakau di kawasan tanah
bencah Setiu sebagai sebahagian daripada
usaha-usaha pemuliharaan.
Nestlé menyokong masyarakat setempat di
Kg. Mangkuk, Setiu, Terengganu untuk
menggunakan sumber asli yang sedia ada untuk
membantu menampung mata pencarian mereka
seperti anyaman bakul dan pengeluaran makanan
ringan tempatan.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 19
KOMITMEN KAMI TERHADAP ALAM SEKITAR
untuk setiap kilo makanan dan minuman yang kami hasilkan. Bukan
itu sahaja, bahkan kami juga cuba memastikan sisa air yang dibuang
adalah bersih dan diuruskan dengan bertanggungjawab mengikut
keadaan persekitaran. Kami juga menggalakkan langkah-langkah
penjimatan air pada para petani dan masyarakat setempat.
Di bahagian dalaman, kami mempunyai program untuk
mengurangkan pengunaan air sebanyak 5% setiap tahun. Kami
sedang berusaha ke arah sasaran ini, dan trend keseluruhan
di dalam 6 tahun kebelakangan ini menunjukan pengurangan
penggunaan air sebanyak lebih dari 3.5% setiap tahun.
Asas bagi setiap aktiviti pangurusan air adalah Nestlé Water Policy
– Water Resource Guidelines for Sustainable Management, yang
menjadi rujukan bagi setiap pengurus, dan dilaksanakan di tahap
kilang menerusi Nestlé Environmental Management System
(NEMS) yang mendefi nisikan dan memantau dengan ketat semua
kriteria berkenaan pematuhan di semua kilang-kilang Nestlé.
NEMS adalah selari sepenuhnya dengan piawaian ISO 14001 bagi
pengurusan alam sekitar.
Menerusi NEMS kami memastikan teknik-teknik pengilangan yang
mesra alam dan cara-cara untuk mengitar semula produk sisa,
dan juga kaedah pemprosesan yang meminimakan penggunaan
air dan tenaga. Inovasi dan teknologi adalah mustahak di dalam
pembangunan mampan, kerana teknologi yang lebih canggih akan
meningkatkan kecekapan operasi.
Di bahagian luaran, kami kerjasama dengan Tabung Hidupan Liar
Sedunia Malaysia (WWF), bagi pemuliharaan kawasan tanah
bencah Setiu, yang bukan sahaja kaya dengan sumber alam
semulajadi, tetapi juga bertindak sebagai penapis semulajadi untuk
bahan pencemaran dan juga sebagai kawalan banjir di kawasan
tersebut. (Rujuk Kajian No 2)
Di Nestle, kami percaya sasaran sahaja tidak mencukupi, kami
juga perlu memikul tanggungjawab dan melaporkan dengan telus.
Kebolehan dan kesanggupan berkongsi maklumat menguatkan lagi
komitmen kami kepada ketelusan dan kejujuran, di antara kualiti
yang perlu ada di dalam mana-mana Syarikat yang mahu mencapai
piawaian tertinggi sebagai warga korporat.
Nestlé S.A. ialah ahli pengasas di dalam UN Global Compact CEO
Water Mandate, yang dilancarkan di sidang kemuncak ketua-ketua
UN Global Compact di Geneva pada bulan Julai 2007.
Bagi memastikan kami selari dengan sistem piawaian antarabangsa
berkenaan pengurusan alam sekitar, kami sedang mendapatkan
pengesahan sijil luaran ISO 14001 untuk semua kilang-kilang kami,
yang akan menyeragamkan dan membantu untuk menjelaskan
tahap pematuhan kami kepada pihak berkepentingan.
20 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
KOMITMEN KAMI TERHADAP ALAM SEKITAR
A
P
C
Do
NEMS
4.1 Syarat-syarat Am
4.3 Perancangan
4.2 Dasar Alam Sekitar
4.6 Semakan Pengurusan
4.4 Pelaksanaan dan Operasi
4.4.1 Sumber, peranan,
tanggungjawab dan kuasa
4.4.2 Kecekapan, latihan dan kesedaran
4.4.3 Komunikasi
4.4.4 Dokumentasi
4.4.5 Kawalan dokumen
4.4.6 Kawalan operasi
4.4.7 Ketersediaan kecemasan dan tindakan
4.5 Pemeriksaan
4.5.1 Pemantauan dan
ukuran
4.5.2 Penilaian Pematuhan
4.5.3 Ketidakpatuhan,
tindakan pembetulan
dan pencegahan
4.5.4 Kawalan rekod
4.5.5 Audit dalaman
Sistem Pengurusan Alam Sekitar Nestlé - NEMS (GI-14.001)
4.3.1 Aspek alam sekitar
4.3.2 Syarat perundangan
dan lain-lain
4.3.3 Objektif, sasaran
dan program-program
Penggunaan Tenaga
'08'07'06'05'04'03'02'01'00
6,9
04
7,2
65
6,5
47
5,5
34
4,8
62
4,9
06
4,6
30
4,2
65
4,7
01
MJ s
etiap t
an
Selain dari NEMS, kami menguatkuasakan beberapa piawai prestasi
teknikal dalaman yang kebanyakannya memenuhi atau melebihi
undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan. Yang paling ketara
ialah Syarat Teknikal Minima Alam Sekitar, yang menjadi piawai
di dalam bidang seperti penggunaan tenaga dan air yang lebih
efi syen, pengurusan bahan sisa, rawatan air kumbahan dan asap.
Kami memastikan pematuhan kepada syarat-syarat ini dengan
satu program audit komprehensif yang merangkumi pengurusan,
prestasi teknikal dan keselamatan loji. Selain itu, prestasi di dalam
mengurangkan impak kepada alam sekitar diukur dengan satu set
petunjuk setiap bulan dan petunjuk keseluruhan dilaporkan kepada
ibu pejabat korporat kami di Switzerland.
Sistem Pengurusan Bahan Sisa Bersepadu (SPB) ialah satu sistem
pengurusan bersepadu dengan satu proses seragam bertujuan
untuk mengelakkan kerja bertindih dan kurang efi syen yang akan
timbul dari proses pelaksanaan berasingan bagi setiap bidang
iaitu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan keselamatan
makanan di Nestlé. ISO 14001 ialah satu dari komponen penting
yang akan dimasukkan di dalam pensijilan SPB.
Berdasarkan hala tuju dalaman, semua loji di Malaysia akan
mendapat pensijilan SPB menjelang akhir tahun 2008. Pensijilan
SPB termasuk 3 sistem dibawah:
• Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan
• Sistem Pengurusan Alam Sekitar
• Sistem Pengurusan Pekerjaan, Kesihatan dan Keselamatan
Penambahan ketara disaksikan dalam perbelanjaan pelaburan modal
berkaitan dengan penambahan kapasiti pengeluaran; satu trend
yang bermula sejak tahun 2007. Disebabkan aktiviti penyediaan
dan permulaan operasi, terutamanya di loji-loji di Shah Alam dan
Kuching, penggunaan tenaga dan air dan juga pengeluaran asap ke
udara telah meningkat.
Proses dan pengesahan produk dan juga pusingan pembersihan
yang komprehensif memerlukan penggunaan tenaga dan air tanpa
penghasilan produk yang boleh dijual. Walau bagaimanapun,
di sesetengah bidang yang tidak terlibat dengan aktiviti penyediaan,
kami telah melihat penurunan ketara di dalam pengunaan tenaga
dan air kerana usaha berterusan untuk meningkatkan dan
mengoptimakan operasi pengeluaran.
1. Pengurusan Tenaga & Pengeluaran bahan keudara
- Pengurusan Tenaga meningkat 10.22% (4,701 MJ setiap
tan produk pada tahun 2008) berbanding 2007 (Penggunaan
Tenaga 4,265 MJ setiap tan produk). (lihat Rajah 1)
- Pengeluaran asap ke udara meningkat 14.89% (0.54 SOx
setiap tan produk pada 2008) di dalam SOx setiap tan
produk berbanding dengan 2007 (0.47 SOx setiap tan
produk). (lihat Rajah 2)
- Pengeluaran CO2 meningkat lebih kurang 2.07% (193 CO
2
pada 2008) setiap tan produk berbanding dengan 2007 (197
CO2). (lihat Rajah 3)
2. Pengurusan Air
- Bagi penggunaan air, 2008 menyaksikan kenaikan 4.11%
(5.56 M3 pada 2008) setiap tan produk berbanding dengan
2007 (5.34 M3). (lihat Rajah 4)
Pengurusan Bahan Buangan
Nestlé Malaysia telah melaksanaan Pengurusan Bahan Sisa
Bersepadu (SPB) bagi kesemua kilang dan juga Gudang Barang
Pulangan Sentral (CRW) di Klang, yang memastikan ketiga-tiga
bidang penting ini dikendalikan oleh entiti yang sama – Pemusnahan,
Pembuangan & Pengurusan Bahan Buangan Setempat, Jualan
Makanan Binatang Ternakan dan Jualan Bahan Skrap.
Rajah 1
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 21
KOMITMEN KAMI TERHADAP ALAM SEKITAR
Pengeluaran Bahan Keudara
'08'07'06'05'04'03'02'01'00
4.1
1
3.2
0
3.8
4 4.2
0
1.9
3
1.4
4
1.0
0
0.4
7
0.5
4
SO
x s
etiap t
an p
roduk
Pengeluaran Bahan Keudara
'08'07'06'05'04'03'02'01'00
28
4
34
1 335
334
231
218
187
193
197
CO
2 s
etiap t
an p
roduk
Pengunaan Air
'08'07'06'05'04'03'02'01'00
7.9
5
6.2
0
6.4
6
5.9
2
5.7
6
5.9
6
5.2
7
5.3
4
5.5
6
m3 s
etiap t
an p
roduk
Pengunaan Bahan Bungkusan
'08'07'06'05'04'03'02'01'00
318
28
4
268
268
22
9
212
18
2 199
169
kg b
agi setiap t
an p
roduk
Selain dari kilang, CRW juga mesti melaporkan angka berkenaan
pembuangan sisa pepejal sebaik sahaja Sistem Pengurusan Bahan
Sisa Bersepadu beroperasi sepenuhnya.
Sepanjang tahun 2008, CRW membuang ke tempat buangan
sampah 1,300 tan atau 46% lebih rendah dari tahap tahun 2007
disebabkan kurangnya pemulangan dari pasaran dan juga langkah-
langkah kitar semula. Sepanjang empat tahun yang lepas, CRW telah
mengumpul semula 5,000 tan bahan-bahan untuk dikitar semula
dan untuk 2009, ini dijangka bertambah sebanyak 15% berbanding
2008; berikutan adanya jentera baru bagi meremukkan tin susu,
minuman dan pek tetra sedia diminum. Selain dari mengurangkan
beban tempat buangan sampah setiap tahun, terdapat juga
peningkatan dalam produktiviti dan aktiviti kitar semula.
Sebagai sebahagian dari inisiatif “Rantaian Pembekal Hijau”, semua
bahan yang boleh dikitar semula (plastik, kadbod, tin, aluminium
dan kaca) dijual kepada pengkitar semula. Bahan yang telah tamat
tempoh dijual kepada kontraktor untuk dijadikan makanan binatang
ternakan. Bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula dibuang di
tempat buangan bahan sisa dengan kawalan yang ketat.
Pembungkusan
Pembungkusan memainkan peranan yang penting dalam
memastikan khasiat pemakanan dan kualiti produk terjamin
sepanjang tempoh hayatnya; ia juga mengelakkan pembaziran
akibat kerosakan fi zikal dan pencemaran benda asing sambil
memenuhi kehendak pengguna yang mahukan bungkusan yang
berfungsi dengan baik.
Mengurangkan sisa bahan buangan setelah bungkusan dibuka
kekal sebagai sesuatu yang diberi perhatian teliti oleh Nestlé dan
merupakan objektif utama dalam program inovasi dan renovasi
pembungkusan kami.
Penggunaan bahan pembungkusan yang optima dalam tahun 2008
menyaksikan pengurangan lebih kurang 10% di dalam penggunaan
bahan pembungkusan per tan produk berbanding data bagi tahun
2007 (180kg per tan produk berbanding 199kg pada tahun 2007).
Aktiviti pengurangan sumber kami termasuklah pelbagai
peningkatan yang seringkali tidak disedari oleh para pengguna,
satu contoh yang baik ialah bekas kotak MAGGI Noodle untuk
pengedaran yang telah dipertingkatkan dari 30’s ke 60’s, yang
seterusnya mewakili penjimatan yang ketara. Pada tahun 2008
sahaja, projek pengurangan sumber kami berjaya mengurangkan
lagi penggunaan bahan pembungkusan sebanyak kira-kira 313 tan
setahun.
Selari dengan polisi global Nestlé, kami menyokong penggunaan
bahan kitar semula. Kami telah menjalankan sepenuhnya operasi
penukaran cawan MAGGI Hot Cup kepada cawan plastik yang nipis
(20% lebih ringan) dan dipasangkan dengan kadbod kitar semula
bagi menambah kekerasan dan menebat haba.
Rajah 2 Rajah 3 Rajah 4 Rajah 5
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 23
BerusahaAset utama kami bukanlah bangunan-bangunan pejabat,
kilang-kilang atau jenama-jenama kami. Sebaliknya, ia adalah
organisasi global kami yang terdiri daripada pelbagai bangsa,
agama dan kaum yang semuanya bekerjasama di bawah satu
budaya korporat. Di Nestlé, kami berusaha untuk memastikan
pasukan kami yang berdedikasi dan berkelayakan mencapai
keseimbangan kehidupan dan kerjaya yang baik.
24 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Warga Kerja dan Persekitaran Kerja Kami
A manahKami memperolehi keyakinan
sesama sendiri, daripada pengguna
dan rakan niaga melalui kecekapan,
kejujuran dan integriti kami.
ebanggaanKami berasa bangga dengan
semangat kami membina jenama-
jenama yang berjaya melalui warga
kami serta kualiti aktiviti-aktiviti dan
produk-produk kami.
K
HormatKami menghormati dan mengambil
berat ke atas individu yang terdiri
daripada pelbagai budaya, agama
dan tradisi.
Logo “Kecekalan Teras Kecemerlangan” menunjukkan
ikatan istimewa di mana bakat dan kemahiran bersatu,
“tangan” masing-masing mencapai satu sama lain.
kecekalan teraskecemerlangan
Nilai korporat kami iaitu Kepercayaan, Hormat, Melibatkan diri dan Kebangaan
adalah asas bagi segala yang kami lakukan di Nestlé, dan ianya adalah
nilai yang dikongsi di seluruh Syarikat. Empat nilai utama ini membentuk
komitmen kami kepada “Kecekalan Teras Kecemerlangan” iaitu ikrar warga
kerja kami untuk sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan di dalam apa
sahaja yang kami lakukan, dengan penuh cermat dan rasa hormat.
englibatanKami giat melibatkan diri dalam
proses perubahan yang proaktif
untuk membina pertumbuhan yang
berkekalan dan menguntungkan.
P
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 25
WARGA KERJA DAN PERSEKITARAN KERJA KAMI
Kesejahteraan di tempat Kerja
Adalah mustahak bagi warga kerja kami
untuk menyumbang ke arah visi korporat
kami untuk menjadi syarikat rujukan
terulung di dalam Pemakanan, Kesihatan
dan Kesejahteraan. Oleh itu, Syarikat telah
membentuk latihan Nutrition Quotient
(NQ), yang diwajibkan bagi setiap warga
kerja bertujuan untuk memberi mereka
pengetahuan asas dan pemahaman
tentang pemakanan supaya mereka boleh
menjadi Duta Pemakanan, Kesihatan dan
Kesejahteraan (NHW) kami.
Pengetahuan tentang pemakanan tidak
mencukupi dan kami menggalakan warga
kerja untuk mempraktikkan pengetahuan ini
dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kami
percaya bahawa warga kerja yang sihat
akan melahirkan pekerja yang gembira dan
juga meningkatkan produktiviti. Setakat
ini, warga kerja digalakkan menyertai
pelbagai inisiatif dan aktiviti seperti Cabaran
Kesejahteraan 100 hari, Nestlé Supermeet
dan juga aktiviti-aktiviti yang dirancang
oleh Kelab Rekreasi dan jawatankuasa
sukan. Warga kerja juga diberikan peluang
mendapatkan pemeriksaan kesihatan,
nasihat pemakanan dan resepi makanan
sihat.
Latihan dan Pembangunan
Di Nestlé, kami percaya latihan adalah
penting di dalam membangunkan warga
kami, yang merupakan tulang belakang
Syarikat. “Nestlé On The Move” membantu
warga kerja kami mendapatkan kecekapan
yang bersesuaian dan terkini sejajar dengan
perubahan peranan mereka di dalam
organisasi.
Sebagai sebahagian dari program Employee
Value Proposition of Enriching, latihan
dalaman dan luaran yang direka khas yang
memfokus kepada kecekapan kepimpinan,
kecekapan fungsi dan keberkesanan
individu turut dijalankan dan setakat ini
latihan telah mencapai 18,894 hari pekerjaan
dengan bilangan warga kerja seramai 9,039
orang telah dilatih.
Syarikat telah menganjurkan pelbagai
program latihan termasuk mempromosikan
E-pembelajaran. Lebih dari 727 kursus
E-pembelajaran telah disediakan pada
tahun 2008 dengan purata 45 orang
pengguna aktif setiap bulan.
Pada tahun 2008, Nestlé juga mula
meluaskan Pasukan Kerja Bermisi (MDWT)
ke luar Bahagian Pengeluaran dan lebih
kurang 30 pasukan baru telah dibentuk.
Ini akan diluaskan lagi secara berperingkat
ke unit perniagaan dan bahagian lain
selaras dengan Program Kecemerlangan
Berterusan Nestlé (NCE).
Diploma Eksekutif dalam Pengurusan
Pengeluaran (EDMM) – satu kerjasama
dengan Universiti Terbuka Malaysia
ialah program selama 18 bulan yang
menggabungkan pembelajaran di tempat
kerja dan kelas bagi Pengurus Barisan
Pertama Nestlé. Pada tahun 2008,
sasarannya ialah untuk melaksanakan
projek pilot EDMM, dan ia telah berjaya
melahirkan 48 orang graduan.
DARI KIRI, IKUT ARAH JAM:
Di bawah semangat Amanah, Hormat, Penglibatan dan Kebanggaan, pasukan pengurusan telah mendaki dan menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu di Sabah sebagai sebahagian daripada inisiatif Kesejahteraan.
Nestlé Supermeet merupakan satu temasya sukan yang dihadiri lebih daripada 1,600 orang atlet daripada 13 kontinjen di Malaysia dan Singapura, dan bertujuan untuk menyatukan pasukan dan membina semangat berpasukan yang erat.
Demi mempromosi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan, kami melancarkan FitNest, sebuah gimnasium di Ibu Pejabat kami, untuk menggalakkan warga kerja mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.
Acara-acara seperti Konvensyen Jualan Nestlé memberi warga kerja kami peluang untuk mengeratkan silaturahim dan bersatu sebagai sebuah keluarga Nestlé.
Diabetes Alert merupakan sebuah kempen dalaman yang diadakan untuk memberi warga kerja kami pengetahuan yang relevan untuk pemahaman yang lebih mendalam bagi mencegah atau mengawal penyakit diabetes.
26 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Satu inisiatif baru di dalam organisasi ialah
perlaksanaan “Bilik Pasukan” iaitu satu
persekitaran maya yang membolehkan
pasukan-pasukan dari cawangan jualan
serantau, gudang, loji dan ibu pejabat
Nestlé untuk bekerja dengan lebih cekap
tanpa mengira zon geografi atau zon masa.
Kecermerlangan Berterusan Nestlé (NCE)
yang dilancarkan pada bulan Oktober 2008
adalah bertujuan untuk melaksanakan
Pengurusan Prestasi Total (TPM) di semua
kilang menjelang 2013, dan menyediakan
satu Rantaian Bekalan yang cekap di setiap
unit perniagaan menjelang 2018.
Inisiatif Kecemerlangan Berterusan
Nestlé ialah:
• Fokus kepada Pengguna dan
Pelanggan
• Menyeragamkan Sasaran Perniagaan
dan Operasi
• Membangunkan Kepimpinan dan
Kecekapan
• Mempunyai satu Model Operasi untuk
meningkatkan prestasi
• Menggunakan dan mengaplikasi
kaedah bertaraf dunia dan amalan
terbaik.
Sebagai pengiktirafan, Nestlé telah
dijemput untuk berkongsi inisiatif melalui
ceramah dan perbincangan mengenai
piaiwaian amalan Sumber Manusia dan
Pengurusan Perubahan, oleh syarikat-
syarikat ternama seperti Petronas,
Telekom Malaysia and syarikat-syarikat
milik Kerajaan (GLCs) yang lain.
Kami juga membantu untuk memastikan
bahawa generasi graduan akan datang akan
berkebolehan untuk bertugas dengan serta-
merta dan kerap mengambil pelatih-pelatih
bagi memberikan mereka pendedahan.
Satu memorandum persefahaman telah
ditandatangani bersama Career Xcel di
bawah naungan Kementerian Pelajaran bagi
membantu melatih para siswazah untuk
menghadapi dunia korporat. Sementara
itu, kerjasama Workers’ Institute of
Technology, Polytechnic dan Universiti
Terbuka Malaysia (OUM) memberikan
perspektif dan pengalaman kerja secara
langsung kepada para pelajar.
Kebolehan Warga Kerja
Pada tahun 2008, Nestle mengambil
seramai 1,420 pekerja baru. Dari segi
demografi , komposisi warga kerja kami
mencerminkan kepelbagaian dari segi
WARGA KERJA DAN PERSEKITARAN KERJA KAMI
etnik, jantina dan umur (70% Melayu, 21%
Cina, 8% kaum India & lain-lain, 1% pekerja
luar negara)
Dari segi kesamarataan jantina, setakat
Disember 2008, 67% pekerja Nestlé
Malaysia adalah lelaki dan selebihnya 33%
wanita. Di tahap pengurusan, pecahannya
ialah 59%lelaki dan 41% wanita sementara
di tahap bukan pengurusan, pecahannya
adalah 70% lelaki dan 30% wanita.
Suara Anda 2007
Pada tahun 2007 Nestlé menjalankan satu
penyelidikan suasana organisasi – Suara Anda
– yang telah melihat satu tahap penyertaan
yang amat memberangsangkan iaitu 91%.
Kadar penyertaan yang tinggi itu telah
membolehkan kami bertindak dengan yakin
terhadap maklum balas yang diperolehi bagi
membina kekuatan kami dan memperbaiki
bidang-bidang penting yang akan menolong
kami mencapai objektif iaitu menjadi sebuah
tempat kerja yang baik. Dalam penyelidikan
itu, Nestlé juga berkedudukan baik apabila
dibandingkan dengan syarikat-syarikat global
berprestasi tinggi yang lain.
Inisiatif strategik untuk meningkatkan operasi kilang kami melalui
pembangunan modal insan menyaksikan kumpulan pertama seramai
48 orang peserta menerima Diploma Eksekutif dalam Pengurusan
Pengeluaran mereka dari Universiti Terbuka Malaysia.
Di Nestlé, keselamatan tidak boleh dirunding. Oleh itu, pelbagai
langkah keselamatan diadakan untuk memastikan bahawa aset
terbesar kami, iaitu warga kerja kami, boleh menyumbang dan bekerja
dalam persekitaran yang selamat.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 27
WARGA KERJA DAN PERSEKITARAN KERJA KAMI
Keselamatan di tempat Kerja
Seperti yang dinyatakan di dalam Polisi
Kesihatan dan Keselamatan di Tempat
Kerja Nestlé, warga kerja kami ialah aset
paling bernilai dan keutamaan diberikan
dalam melindungi mereka. Mengelakkan
kecederaan dan penyakit yang berkaitan
dengan pekerjaan dan menyepadukan
kesihatan dan keselamatan pekerja kami
di dalam semua aspek perniagaan kami
adalah bahagian penting dalam strategi
kami untuk menjadi sebuah syarikat
Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan
yang dipercayai.
Petunjuk penting prestasi keselamatan
kami, Kadar Kekerapan Hilang Masa (LTIFR)
mengukur semua ketidak hadiran untuk
bekerja selama sekurang-kurangnya sehari
disebabkan kecederaan atau penyakit yang
berkaitan dengan pekerjaan – satu piawai
yang diterima dengan meluas di peringkat
antarabangsa yang berlandaskan Piawai
Ukuran Kemalangan (US-OSHA).
Keselamatan
– Jumlah kemalangan yang berlaku dari
bulan Januari hingga Disember 2008
Keselamatan
'08'07'06'05'04'03'02'01
5.2
6
4.8
8
4.1
5
3.0
6
1.6
0
2.1
5
2.3
8
4.7
2
Jum
lah k
em
ala
ngan a
kib
at
kehila
ngan m
asa s
eju
ta jam
• Perkara Berkaitan + Perkara Tidak
Berkaitan + Kematian = 35 kes
• Bantuan perubatan melebihi
pertolongan cemas = 8 kes
Dari segi keselamatan di dalam Bahagian
Pengeluaran, kehilangan jam bekerja akibat
kemalangan bagi setiap juta masa bekerja
meningkat dari 2.15 LTIFr pada tahun 2007
kepada 2.38 LTIFr pada tahun 2008.
Langkah-langkah telah diambil untuk
menguatkan Keselamatan Berdasarkan
Tabiat (BBS) di dalam operasi Pengeluaran
dan Rantaian Bekalan dan kemajuan telah
dicapai dari penyertaan Pengamatan Tabiat
(penyertaan warga kerja).
Loji NESCAFE mencapai Sifar (0) kehilangan
masa kerana kecederaan sejak tahun 2004
(lebih dari 5 tahun) sejak memperkenalkan
“5 Inisiatif Keselamatan” (5S) di Kompleks
Shah Alam. Inisiatif 5S tersebut ialah
Latihan Keselamatan, Mesyuarat
Keselamatan, Audit Keselamatan, Log Out
Tag Out (LOTO) dan BBS, dan memfokus
kepada petunjuk penting di dalam
kerangka, memberikan penilaian tentang
amalan terbaik dan meningkatkan daya
saing sesama unit dengan mempamerkan
prestasi mereka secara visual. Sasarannya
ialah untuk mengsepadukan fungsi dan
aktiviti keselamatan di seluruh organisasi.
Sebagai tambahan, selari dengan inisiatif
untuk menggalakan amalan terbaik di
dalam keselamatan jalanraya bagi semua
warga kerja di seluruh dunia, kami telah
menubuhkan Jawatankuasa Pemanduan
Cermat, yang mempromosikan inisiatif
keselamatan jalanraya untuk menambah
kesedaran pekerja di dalam tabiat
pemanduan yang selamat. Mesej
Pemanduan Selamat dihantar melalui e-mel
kepada semua warga kerja Nestlé sebanyak
dua kali seminggu, sebagai peringatan akan
pentingnya memandu dengan selamat.
Rantaian Bekalan
Pada tahun 2008, pasukan pelatih Rantaian
Bekalan telah memberi latihan kepada para
pembekal dalam usaha untuk menaikan
taraf Operasi Gudang Pembekal dan
menambah nilai dengan mengekalkan
kualiti produk kami dan meningkatkan tahap
perkhidmatan pelanggan. Modul latihan
termasuk Operasi Gudang, Menguruskan
Pulangan Pasaran, Pengurusan Kualiti
dan Makhluk Perosak, Keselamatan dan
Kawalan, Kesihatan & Alam Sekitar.
Wanita Lelaki
67%
33%
Kesamarataan Jantina Keseluruhan
pada Disember 2008
Melayu Cina India/
Lain-lain
Expatriat
70%
21%
8%
1%
Golongan Etnik Keseluruhan
pada Disember 2008
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 29
SinergiDiterajui oleh wawasannya untuk Menjana Khasiat Rakyat
Malaysia, Nestlé berganding bahu dengan Perusahaan-perusahaan
Kecil dan Sederhana yang berusaha untuk berkecimpung dalam
industri makanan dan minuman yang amat kompetitif. Di bawah
Program Mentor IKS yang kini dalam tahun kesembilannya, Nestlé
terus berkongsi sumber-sumber, kepakaran dan amalan-amalan
terbaiknya yang bertaraf dunia.
30 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Para Pengguna dan Pasaran Kami
Pengguna Nestlé di serata dunia mendapat manfaat dari
kecemerlangan pengilangan bertaraf dunia, kepakaran penyelidikan
dan pembangunan terbaik di dalam pemakanan dan makanan,
piawaian kualiti dan keselamatan antarabangsa namun dengan
produk yang diolah agar menepati citarasa tempatan.
Kepercayaan pengguna adalah keutamaan bagi Nestlé dan kami
bertekad untuk membina kepercayaan ini dengan meningkatkan
rangkaian produk dan perkhidmatan menerusi pengetahuan
mendalam tentang pengguna serta maklum balas dari pihak
berkepentingan. Tambahan pula, kami ingin memberi keyakinan
kepada para pengguna apabila mereka memakan dan meminum
produk kami bahawa semua produk kami bukan sekadar selamat
dan memenuhi piawai kualiti tertinggi tetapi kami juga memberi
jaminan semua produk kami yang dikilang, dipasarkan, diimport
atau dieksport oleh Nestlé Malaysia adalah disahkan Halal oleh
pihak-pihak yang bertauliah.
Menjana Khasiat Rakyat Malaysia
Para pengguna mempunyai kedudukan yang strategik di dalam
hala tuju Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami bagi
menunjukan bahawa visi korporat kami disasarkan untuk
memenuhi keperluan pengguna dari segi rasa, profi l pemakanan
dan kenikmatan di dalam semua produk Nestlé.
Pelaburan global kami di dalam penyelidikan dan pembangunan
(R&D) jelas menunjukkan komitmen Nestlé terhadap inovasi dan
renovasi produk berasaskan kajian dan percubaan saintifi k. Apabila
kami menggunakan pengetahuan ini di dalam produk, pengguna
mendapat manfaat dari nilai pemakanan manakala Nestlé dapat
mengembangkan perniagaannya.
Dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes,
hipertensi, penyakit kardiovaskular dan juga peningkatan jumlah
rakyat Malaysia yang terlebih berat badan dan obes, Nestlé turut
berkongsi kerisauan Kementerian Kesihatan Malaysia tentang
tahap kesihatan penduduk.
Kami sentiasa meneliti kandungan pemakanan produk-produk
kami; mengurangkan komponen yang sensitif kepada kesihatan
awam seperti gula, garam dan asid lemak trans, di samping
memperkayakannya dengan komponen yang memberi kesan
positif kepada kesihatan seperti kalsium, zat besi, serat dan bijian.
Menyokong Kementerian Kesihatan
Nestlé menyokong usaha-usaha Pelan Tindakan Pemakanan
Kebangsaaan Malaysia II (NPANM II) oleh Kementerian Kesihatan
untuk menangani isu-isu kesihatan yang berkaitan pemakanan yang
melibatkan rakyat Malaysia.
DARI KIRI, IKUT ARAH JAM:
Setiap produk Nestlé melalui proses R&D yang mendalam serta piawaian kualiti yang ketat sebelum ia dilancarkan, kerana kami menghargai kepercayaan yang telah diberi oleh para pengguna kepada kami.
Minat kami terhadap Halal lahir daripada tanggungjawab sosial dan rasa hormat terhadap warga kerja dan pengguna-pengguna kami yang beragama Islam. Hari ini, kami mula menghargai pelaburan jangka panjang yang telah kami lakukan dalam pembuatan dan pemasaran produk-produk Halal.
Walaupun merupakan jenama global, NESCAFÉ dihasilkan di sini bagi memenuhi citarasa pengguna-pengguna tempatan.
Bagi menyokong usaha-usaha Kerajaan dalam memerangi penyakit-penyakit tidak berjangkit dalam negara, Nestlé telah bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan yang relevan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam kempen Bulan Pemakanan Malaysia untuk mempromosikan pemakanan yang berkhasiat kepada masyarakat.
Minuman MILO sedia-diminum kini kurang manis, tetapi lebih lazat! Penuh dengan vitamin dan mineral berkhasiat, ia menyediakan tenaga yang diperlukan bagi menyerlahkan anak-anak anda sebagai juara.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 31
PARA PENGGUNA DAN PASARAN KAMI
Untuk meningkatkan
status pemakanan
penduduk
Untuk mencegah dan
mengawal penyakit tidak
berjangkit berkaitan dengan pemakanan
Meningkatkan jaminan kedapatan makanan keluarga terutamanya di kalangan kumpulan berpendapatan rendah
Menggalakkan amalan pemakanan yang optimum di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil
Mencegah dan mengawal kekurangan pemakanan
Menggalakkan pemakanan sihat dan hidup cergas
Menyokong usaha melindungi pengguna dari segi mutu dan keselamatan makanan
Memastikan
semua
orang boleh
mendapatkan
maklumat
pemakanan
Penilaian dan
pemantauan
berterusan ke
atas situasi
pemakanan
Menggalakkan
penyelidikan
dan
pembangunan
yang berterusan
Memastikan
pemakanan
dan dietetik
diamalkan oleh
profesional
terlatih
Memantapkan
keupayaan
institusi
dalam aktiviti
pemakanan
RANGKA KERJA PELAN TINDAKAN PEMAKANAN
KEBANGSAAN MALAYSIA II (2006-2015)
OBJEKTIF
KHUSUS
STRATEGI
PEMBOLEH
STRATEGI
PEMUDAH
STRATEGI
ASAS
Memasukkan objektif, isu dan komponen pemakanan ke dalam dasar
dan rancangan pembangunan negara
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.
32 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
PARA PENGGUNA DAN PASARAN KAMI
Langkah-langkah berikut telah diambil oleh Nestlé untuk memenuhi
beberapa keperluan yang digariskan di dalam NPANM II:
1. Menggalakkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup
aktif dengan menambah pilihan makanan yang sihat
Tindakan Nestlé:
(i) Nestlé memang menyediakan rangkaian produk yang
besar dan menggunakan kepakaran R&D, kami sedang
meningkatkan portfolio yang sedia ada untuk menjadikan
produk-produk lebih berkhasiat tanpa mengenepikan rasa
enak, contohnya dengan mengurangkan gula, garam dan
lemak
(ii) Melancarkan Produk Berposisi Popular (PPP) yang
menyediakan pemakanan pada harga berpatutan untuk
lebih ramai rakyat Malaysia
(iii) Penggunaan herba tradisional tempatan seperti Tongkat Ali,
Ginseng, Halia, Pegaga, dan sebagainya.
2. Menyokong usaha-usaha melindungi pengguna dari segi
kualiti dan keselamatan makanan
Tindakan Nestlé:
(i) Menyediakan bahan-bahan bacaan bagi meningkatkan
pengetahuan pengguna tentang label pemakanan,
keselamatan makanan dan hak pengguna untuk
mendapatkan makanan yang selamat dan berkualiti
(ii) Menyokong penguatkuasaan Polisi Keselamatan Makanan
Kebangsaan & Pelan Tindakan Kebangsaan untuk
Keselamatan Makanan
(iii) Menyediakan dan mengedarkan bahan bacaan tentang
label makanan dan Halal untuk manfaat umum.
3. Memastikan semua mempunyai akses kepada maklumat
tentang pemakanan
Tindakan Nestlé:
Membuka pusat promosi pemakanan yang dilengkapkan
dengan pakar pemakanan dan bahan-bahan yang bersesuaian
di samping memberi khidmat nasihat tentang pemakanan
menerusi talian Bebas Tol Khidmat Pengguna Nestlé: 1-800-
88-3433 dan laman web kami di www.nestle.com.my. Pada
tahun 2008, Nestlé terus mendidik penggunanya mengenai
saiz sajian nasi/mi, sayuran dan daging dan menekankan sajian
sihat yang mempunyai kadar lemak yang sihat dan berada di
dalam lingkungan 650kCal setiap sajian.
4. Menggalakan penyelidikan dan pembangunan berterusan
di dalam makanan dan pemakanan
Tindakan Nestlé:
(i) Terus melabur di dalam pusat penyelidikan swasta
terbesar dunia
(ii) Berkerjasama dengan institusi akademik dan organisasi yang
berkaitan dengan makanan dan pemakanan seperti MARDI,
UKM, NSM dan lain-lain
5. Memastikan pemakanan dan dietetik diamalkan
oleh pakar yang terlatih
Tindakan Nestlé:
(i) Menyediakan lebih banyak peluang bagi latihan lepasan
ijazah bagi pakar pemakanan dan diet
(ii) Pengambilan pelajar ijazah pertama jurusan pemakanan dari
UKM dan UPM untuk latihan praktikal
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 33
PARA PENGGUNA DAN PASARAN KAMI
Di samping usaha-usaha tersebut, Nestlé dan jenama-jenamanya
terus menggalakkan rakyat Malaysia menjalankan gaya hidup aktif.
MILO telah bergiat aktif dalam mempromosikan sukan remaja dan
kanak-kanak selama lebih 50 tahun sementara NESVITA OMEGA
PLUS menggalakan rakyat Malaysia untuk berjalan sebatu untuk
memperbaiki tahap kesihatan.
Produk Berposisi Popular
Satu dari pencapaian utama kami pada tahun 2008 adalah
memperkenalkan satu rangkaian Produk Berposisi Popular (PPP)
yang menawarkan rakyat Malaysia pemakanan dengan harga
berpatutan dan enak di dalam diet seharian mereka. Contoh produk
di dalam rangkaian tersebut ialah NESTUM Sarapan Berkhasiat dan
NESPRAY CERGAS. Di samping harga yang berpatutan, produk-
produk ini juga mengandungi zat-zat tambahan seperti zat besi
yang mungkin kurang di sesetengah lapisan masyarakat kita.
*Sila rujuk Kajian 1 untuk maklumat lanjut mengenai PPP
Kaji Selidik tentang Tabiat Makan Murid-murid Sekolah Rendah
Sebagai susulan dari kaji selidik Nestlé-UKM yang dijalankan pada
tahun 2001, Nestle melabur untuk kaji selidik kedua bagi menilai
tahap pemakanan semasa di kalangan 13,000 murid-murid sekolah
rendah di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah dan Sarawak.
Kaji selidik ini meneliti status pemakanan, tabiat makan, aktiviti fi zikal
serta pengetahuan dan sikap tentang pemakanan di kalangan murid
berumur di antara 6 hingga 12 tahun. Ia dilaksanakan oleh sepasukan
penyelidik dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains
Kesihatan Bersepadu, UKM dan dijangka siap menjelang Mac 2009.
Keputusan kaji selidik ini akan digunakan sebagai asas laporan
tentang status pemakanan murid-murid sekolah rendah di Malaysia,
dan inisiatif untuk pencegahan yang bersesuaian akan dibincangkan
dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi menambah pengetahuan
pemakanan, sikap dan amalan di kalangan murid-murid sekolah
rendah.
Komunikasi dengan Pengguna
Komunikasi dengan pengguna bagi memahami kehendak mereka,
memberi respon kepada sebarang pertanyaan atau mendengar
maklum balas mereka adalah penting bagi kami. Kami melakukannya
menerusi Pusat Khidmat Pengguna Nestlé, yang boleh dihubungi
ketika waktu pejabat di talian bebas tol 1-800-88-3433. Sepanjang
tahun 2008, Pusat tersebut menerima sebanyak lebih dari
20,000 panggilan di mana panggilan tertinggi (78.9%) dicatatkan
melibatkan skandal melamin di China dan juga pelancaran produk-
produk baru Nestlé. Melalui Pusat Perhubungan tersebut, Nestlé
berupaya meyakinkan ibu bapa dan pengguna yang khuatir tentang
keselamatan produk-produk Nestlé semasa krisis melamin itu.
Kajian Pemantauan Jenama Korporat
Pada tahun 2008, Nestlé menjalankan satu kajian pemantauan
jenama korporat. Apabila disoal mengenai syarikat yang
mengeluarkan makanan atau minuman, syarikat pertama yang
disebut secara spontan oleh para pengguna ialah Nestlé. Tahun
2008 juga menyaksikan peningkatan ketara terhadap kesedaran
spontan tentang Nestlé di kalangan pengguna di dalam pengkalan
data kami.
Kebanyakan yang disoal selidik juga mempunyai pandangan positif
terhadap Syarikat dan berasa bahawa Nestlé adalah pakar dan
peneraju di dalam pemakanan, satu imej yang belum dikuasai oleh
mana-mana syarikat setakat ini.
DARI KIRI:
Kami menyediakan pelbagai peluang untuk
membolehkan pengguna-pengguna muda kami
mempamerkan bakat dan keupayaan masing-
masing melalui pelbagai aktiviti-aktiviti dan
program-program menarik.
Disebabkan sambutan hangat, acara OMEGA
PLUS Walk-a-Mile yang bertujuan untuk
meningkatkan kesihatan jantung melalui aktiviti
berjalan kaki, telah dianjurkan di beberapa
bandaraya di seluruh negara.
NESTUM Sarapan Berkhasiat adalah sumber
makanan yang berharga berpatutan untuk
seisi keluarga yang membolehkan lebih ramai
pengguna menikmati kualiti tinggi jenama-jenama
kami.
Kompas Pemakanan Nestlé mengandungi
maklumat yang membantu pengguna membuat
pilihan bijak yang boleh mempengaruhi kesihatan
dan pemakanan mereka.
34 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
“Artikel tentang Pemakanan adalah rujukan
pemakanan yang bagus. Sekarang saya tahu
manfaat makanan yang saya ambil setiap hari.
Teruskan usaha baik ini!”
Rina Soh, 47 tahun
“Saya cuba menmanfaatkan semua petua yang
diberikan oleh Dear Nestlé. Sebelum ini, saya banyak
mengambil makanan yang manis atau snek. Sekarang
saya memberi fokus kepada sayur-sayuran dan buah-
buahan – dan cuba untuk mengambil 5 warna setiap
hari. Terima kasih Dear Nestlé kerana membantu saya
membina keyakinan diri dan menjadi lebih sihat, serta
mendapatkan bentuk badan yang ideal.”
Aida Ros Liana Desa, 26 tahun
Program “Dear Nestlé” Memberi Ganjaran Kepada Pengguna
“Terima kasih atas idea untuk mengamalkan hidup
yang sihat. Ianya memang berguna supaya kita tahu
apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki hidup
kita, terutama berkenaan makanan.”
Prem Kumar Gopal Chand, 45 tahun
Program kesetiaan pengguna “Dear Nestlé” yang kini berada
di dalam tahun ke-12, mendekati isi rumah di Malaysia;
menawarkan nasihat pemakanan percuma, resipi masakan
sihat, sampel produk, baucar diskaun dan jemputan ke forum
dan demonstrasi masakan. Ahli-ahli juga boleh mendapat
peringatan mengenai kesihatan secara interaktif, memberi
ulasan resipi atau menanyakan soalan secara maya.
Memandangkan Nestlé Malaysia merupakan peneraju bidang
Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan, program “Dear
Nestlé” diketengahkan sebagai rakan rakan kongsi dalam
pemakanan dan kesihatan yang membantu rakyat Malaysia
mengamalkan gaya hidup yang seimbang dan sihat.
Terdapat juga versi maya bagi kiriman berbentuk pos di
www.nestle.com.my/dearnestle. Versi maya memaparkan
lebih banyak artikel mengenai pemakanan dan kesihatan, resipi
dan alat interaktif seperti kalkulator Berat Badan Unggul (BMI)
dan kalkulator kalori.
Program ini telah mendapat maklum balas positif dari
pengguna terutamanya di dalam bidang Pemakanan, Kesihatan
dan Kesejahteraan.
34 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 35
Memastikan Kesegaran Sepanjang Masa
Kesegaran terus menjadi keutamaan di Nestlé Malaysia, bagi
memastikan pengguna dapat memilih hanya produk-produk
segar Nestlé dari rak-rak barangan apabila mereka mengunjungi
pasar raya besar atau kedai serba guna kegemaran mereka.
Kami bekerjasama dengan pembekal-pembekal untuk
menerima bahan mentah sesegar mungkin dan mengilangkan
bahan mentah ini menjadi bahan siap dalam tempoh paling
singkat. Kami kemudiannya memastikan bahawa produk
yang telah siap dihantar kepada pelanggan sejurus selepas
pengeluaran, bagi memastikan ia boleh didapati di rak barangan
secepat mungkin.
Usaha kami dipertingkatkan dengan kaedah tersendiri yang
dibangunkan oleh rakan sekerja kami di Ibu Pejabat Nestlé di
Switzerland. Maklumat dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sedia
ada untuk digunakan agar kami boleh memberikan tumpuan
terhadap kesegaran secara proaktif.
Komitmen dan pendekatan tegas untuk kesegaran produk,
digabungkan dengan proses pengukuran prestasi yang
kukuh telah membolehkan kami menunaikan janji kami bagi
Memastikan Kesegaran Produk.
Komitmen dan pendekatan tegas kami terhadap
kesegaran produk, digabungkan dengan proses penilaian
prestasi yang kukuh telah membolehkan kami untuk
menunaikan janji Memastikan Kesegaran Produk.
36 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Sebagai sebahagian dari usaha Syarikat untuk mengadakan dialog dua hala dengan pihak berkepentingan yang utama mengenai impak penting di dalam bidang masing-masing, Nestlé Malaysia menjemput mereka untuk perbincangan susulan selepas perbincangan meja bulat yang pertama dijalankan pada Oktober 2007. Tujuannya untuk memberi peluang kepada Syarikat mendengar pandangan, cadangan, buah fi kiran dan sebarang isu atau kerisauan tentang imej Syarikat di mata orang ramai, operasi perniagaannya dan tanggungjawab korporat. Perbincangan itu juga membolehkan Nestlé membentangkan tindakan susulan dan perkembangan lanjut yang telah dicapai sejak perbincangan yang pertama.
Sesi bermula dengan pembentangan oleh Pengarah Urusan Nestlé Malaysia, Encik Sullivan O’Carroll, yang menegaskan konsep Penciptaan Nilai Bersama dan menggariskan pendekatan Syarikat tentang Pemakanan, Air dan Pembangunan Luar Bandar. Beliau juga menerangkan tentang rangkaian Produk Berposisi Popular (PPP), yang bertujuan untuk menawarkan para pengguna dengan produk pemakanan yang enak pada harga berpatutan.
Semasa perbincangan bersama pihak berkepentingan dijalankan, beliau juga menerangkan kemajuan yang telah dicapai sejak perbincangan sebelumnya, di mana Nestlé menyahut seruan supaya bertindak sebagai mentor dan telah menjemput lebih ramai petani di bawah skim perladangan kontrak untuk projek Beras Merah di Sarawak. Nestlé juga memberi sumbangan besar ke arah perkembangan industri makanan Halal di Malaysia dan memberikan sokongan serta nasihat di dalam kerjasamanya dengan Halal Industry Development Corporation (HDC).
Selepas pembentangan, pihak berkepentingan telah dibahagikan untuk membincangkan 4 tajuk yang dianggap penting untuk operasi Syarikat dan peranannya di dalam masyarakat:1) Pemakanan Kesihatan2) Pembangunan Mampan / Alam Sekitar3) Kod Pengendalian Perniagaan / Amalan Perniagaan Beretika4) Keselamatan dan Kedapatan Makanan
Berdasarkan perbincangan oleh setiap kumpulan, berikut adalah cadangan-cadangan utama yang dibuat oleh pihak berkepentingan:
Pemakanan & Kesihatan
• Mendidik orang ramai tentang pemakanan dan kesihatan, dan ini tidak semestinya terhad kepada manfaat yang diberikan oleh produk-produk Nestlé tetapi juga mempromosikan Piramid Panduan Makanan dan menggalakkan aktiviti fi zikal.
• Memberi perhatian kepada peningkatan penyakit kronik yang membimbangkan orang ramai terutamanya yang melibatkan kanak-kanak, dan peningkatan penyakit tidak berjangkit.
• Menggalakkan tabiat makan yang sihat di kalangan kanak-kanak.• Mempertingkatkan komunikasi tentang inisiatif yang dijalankan oleh
Nestlé dalam Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan, contohnya tentang khasiat pemakanan rangkaian PPP; Asas Pemakanan; 60/40+ dan sebagainya.
Alam Sekitar
• Mendidik orang ramai tentang penjimatan air dan menggalakkan sikap sayang dan menghargai sungai dan tanah bencah bagi mengubah tabiat suka membazir.
• Menyematkan kesedaran tentang alam sekitar di kalangan kanak-kanak.• Mempelopori program 3R dan menggalakkan kitar semula, terutamanya
di kalangan warga kerja dan seluruh rantaian bekalan.• Menggalakkan pembekal dan penjual mengamalkan tatacara mesra alam.
Etika Perniagaan yang Baik
• Mendidik pihak berkepentingan tentang Kod Pengendalian Perniagaan Nestlé.
• Berkongsi pengalaman tentang prosedur Sumber Manusia yang beretika di dalam bidang yang mempunyai impak ke atas syarikat-syarikat lain seperti langkah pemberhentian kerja.
• Meneruskan kerjasama dengan HDC untuk membangunkan industri makanan Halal di Malaysia and mempromosikan Malaysia sebagai hab Halal bagi kawasan serantau.
Keselamatan dan Kedapatan Makanan
• Berkongsi kepakaran dengan industri kecil dan sederhana jika terdapat isu berkenaan keselamatan produk.
• Bertindak dengan lebih proaktif untuk mengenalpasti risiko di dalam keselamatan makanan berikutan isu melamin.
• Menggalakkan pembekal dan penjual di dalam rantaian bekalan supaya melangkaui tahap pematuhan minima di dalam menangani isu keselamatan makanan.
36 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Penglibatan Pihak Berkepentingan
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 37
Penciptaan Nilai Bersama Kajian 1 – Pemakanan, Kesihatan dan KesejahteraanPenyusunan semula posisi Nestlé ke arah syarikat Pemakanan,
Kesihatan dan Kesejahteraan merupakan respon dari perubahan
demografi , permintaan dari gaya hidup yang sibuk, peningkatan
penghidap penyakit tidak berjangkit dan kepantasan komunikasi dan
pengembaraan.
Syarikat kami menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan dalam
menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang
aktif bagi mengelakkan masalah-masalah yang berkaitan dengan
obesiti, diabetes dan masalah jantung. Kami telah melakukan beberapa
perubahan besar bagi meningkatkan profi l produk-produk kami ke
arah menyokong usaha Kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang
lebih sihat.
Langkah strategik terhadap penyusunan semula ini juga telah
menghasilkan Asas Pemakanan Nestlé iaitu satu pendekatan dinamik
bagi menganalisa nilai pemakanan produk-produk Nestlé bagi
membolehkan produk-produk ini sentiasa mencapai nilai pemakanan
pada tahap optima. Setiap produk makanan dan minuman akan hanya
mencapai tahap Asas Pemakanan Nestlé apabila kesemua faktor
nutrisinya memenuhi kriteria bagi kategori masing-masing.
Kriteria yang digunakan dalam Asas Pemakanan Nestlé telah dirangka
menggunakan cadangan-cadangan mengenai pengambilan pemakanan
yang dikeluarkan oleh beberapa pihak seperti Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (2003) and Institut Perubatan Amerika Syarikat (2006).
Beberapa langkah positif telah diambil bagi memperbaiki profi l nutrisi
rangkaian produk-produk kami seperti mengurangkan kandungan
gula, sodium dan lemak, memperkayakan produk-produk tersebut
serta memperkenalkan Produk Berposisi Popular (PPP) satu rangkaian
produk pada harga berpatutan dan memberi manfaat khasiat yang
jelas untuk memastikan kelompok masyarakat yang lebih besar dapat
menikmati produk-produk kami.
Kajian Tanggungjawab Korporat
Kajian-kajian berikut
memberikan pemahaman yang
lebih mendalam tentang bidang
yang menjadi tumpuan kami
iaitu – Pemakanan, Air dan
Pembangunan Luar Bandar.
Ia membantu kami memberikan
penerangan yang lebih jelas
tentang bagaimana kami
berusaha untuk mencipta
nilai bersama di samping
merangsang perubahan jangka
panjang untuk masyarakat.
38 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Rangkaian PPP adalah bertujuan untuk menyediakan pemakanan yang lebih seimbang dengan menambah zat makanan pada barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan, di samping rasa yang enak serta senang digunakan. Produk-produk ini sedikit-sebanyak dapat menyumbang ke arah usaha-usaha Kerajaan dalam meningkatkan status kesihatan rakyat Malaysia.
Bagaimana sebenarnya produk PPP dihasilkan? Ia berbeza di setiap pasaran dan ianya berdasarkan kehendak tempatan, peraturan pemakanan, tahap keperluan pemakanan serta isu-isu kesihatan awam setempat seperti penyakit berjangkit ataupun tidak berjangkit.
Produk-produk dalam rangkaian ini menawarkan para pengguna pilihan makanan berkhasiat pada harga yang berpatutan bagi memenuhi sebahagian besar keperluan asas makanan seharian mereka bagi mencapai tahap pemakanan yang optima. Menerusi inovasi, ramuan PPP dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan yang lebih kos efektif seperti bahan berasaskan sumber tumbuh-tumbuhan yang mempunyai profi l nutrisi yang tepat.
Rangkaian produk PPP telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2007 dengan NESTUM SARAPAN BERKHASIAT dan NESPRAY CERGAS. Walaupun jenis produk di dalam rangkaian ini tidak berapa besar buat masa ini, produk PPP akan dimajukan untuk membantu meningkatkan status, pertumbuhan dan perkembangan.
Pengeluaran rangkaian produk-produk PPP ini merupakan satu daripada usaha dalaman yang diambil Nestlé bagi mempercepatkan evolusinya sebagai syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan yang disegani dan dipercayai. Di Malaysia, Nestlé akan sentiasa komited dalam usaha untuk Menjana Khasiat Rakyat Malaysia menerusi produk-produk yang akan menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik.
“Antara objektif utama Persatuan Pemakanan Malaysia
(NSM) adalah untuk menggalakkan pemakanan sihat kepada
masyarakat, dalam menyokong usaha Kerajaan memerangi
masalah pemakanan yang melanda negara. Ini termasuklah
malpemakanan serta penyakit kronik yang berkaitan dengan
diet di negara ini seperti obesiti, diabetes, penyakit koronari
jantung, hipertensi, serta sesetengah jenis barah. Integrasi yang
lebih baik serta kerjasama yang melibatkan sektor swasta,
contohnya sokongan yang Nestlé Malaysia berikan kepada
Bulan Pemakanan Malaysia 2008, membolehkan pelbagai aktiviti
promosi kesihatan dijalankan bagi merangkumi lebih ramai
rakyat serta memperkasakan pengguna agar mereka boleh
membuat pilihan yang lebih bijak berkenaan gaya hidup dan
tabiat pemakanan masing-masing.”
Dr Tee E SiongPresiden, Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM)
KAJIAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 39
Penciptaan Nilai Bersama Kajian 2 – Air
Pemuliharaan sumber air merupakan salah satu dari tiga perkara utama yang difokuskan di bawah strategi Nestlé ke arah Penciptaan Nilai Bersama kerana Syarikat menyedari bahawa sumber air untuk alam sekitar dan kegunaan manusia sentiasa diancam oleh faktor-faktor seperti pertambahan penduduk, pencemaran alam serta peningkatan permintaan bagi makanan serta gaya hidup yang menggunakan air dengan banyak.
Rundingan bersama pakar dan pihak berkepentingan telah membantu Nestlé memahami dengan lebih mendalam tentang potensi Syarikat bagi memainkan peranan dan memberi komitmen terhadap pemuliharaan sumber air. Nestlé sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan peranannya, baik melalui operasi syarikat atau dengan menyumbang kepada langkah-langkah pengurusan air yang positif dan berkesan.
Di peringkat dalaman misalnya, Nestlé Malaysia mempunyai pelan bagi mengurangkan pengunaan air sebanyak 5% setiap tahun dan trend keseluruhan bagi 6 tahun kebelakangan ini menunjukan pengurangan tetap sebanyak lebih 3.5% setiap tahun.
Di peringkat luaran, Syarikat telah mengambil pelbagai inisiatif melalui kerjasama dengan pihak lain seperti Tabung Kehidupan Liar and Alam Sekitar Sedunia (WWF). Kerjasama yang terkini adalah di Terengganu, bertujuan bagi memulihara tanah bencah Setiu, iaitu satu kawasan yang bukan sahaja kaya dengan sumber semulajadi yang penting untuk kehidupan air, malah ia bertindak sebagai penapis semulajadi bagi bahan pencemar alam serta mengawal kejadian bencana banjir bagi kawasan tersebut.
Tanah bencah Setiu juga merupakan habitat dan tempat sarang terbesar di Malaysia bagi kura-kura jenis painted terrapin iaitu satu spesis yang kini menghadapi ancaman kepupusan. Ia juga merupakan habitat bagi 29 jenis mamalia, 28 jenis reptilia dan 112 spesis burung.
“Pemuliharaan habitat air tawar seperti yang dijalankan oleh WWF-Malaysia di tanah
bencah Setiu, Terengganu memerlukan penyelarasan objektif serta komitmen jangka
panjang dari rakan kongsi, pihak penaja, dan masyarakat setempat. Dengan latihan yang
bersesuaian serta program pembangunan kapasiti, kaum wanita di Setiu dapat belajar
menghargai betapa pentingnya pengurusan tanah bencah mampan dan memperolehi
kemahiran serta pengetahuan bagi menggunakan sumber semulajadi untuk menjana
pendapatan alternatif bagi mempertingkatkan tahap sosio-ekonomi mereka. Banyak lagi
yang perlu dilakukan dan kami berterima kasih kerana mempunyai sekutu di dalam Nestlé
Malaysia untuk menyokong komponen pembangunan komuniti di dalam projek ini.”
YBhg. Dato’ Dr. Dionysius S.K. SharmaPengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif, WWF-Malaysia
40 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Sumber pendapatan utama penduduk kampung Setiu datang dari hasil tanah bencah tersebut; diusahakan terutamanya oleh kaum wanita yang memproses dan menjual bahan makanan berasaskan produk perikanan seperti ikan masin, ikan bilis serta belacan.
Projek ini lahir dari kajian yang disokong oleh Nestlé terhadap keperluan sosio-ekonomi dan keadaan terkini masyarakat tempatan, bagi mengenalpasti kapasiti keperluan mereka. Sebagai ibu dan wanita yang turut mencari nafkah bagi menyara kehidupan sekeluarga, kaum wanita memainkan peranan penting bagi kemajuan jangka panjang yang mampan bagi daerah terbabit dan mereka telah dikenalpasti sebagai pihak berkepentingan dalam projek ini.
Projek ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan memulihara tanah bencah Setiu, sambil meningkatkan pengetahuan dan kecekapan dalam bidang keusahawanan bagi kaum wanita di situ. Ini akan membolehkan mereka menceburi bidang pengeluaran dan pemasaran produk-produk tradisional menggunakan bahan daripada sumber semulajadi yang kekal di tanah bencah tersebut.
Di samping peluang untuk mencipta punca pendapatan yang mampan dan memperbaiki taraf kehidupan, kaum wanita ini juga diharap akan dapat memastikan persekitaran tanah bencah tersebut akan sentiasa terpelihara.
Kaum wanita tempatan ini telah dilatih dalam kemahiran-kemahiran asas keusahawanan, termasuk pemasaran, penjenamaan serta kemahiran komunikasi – yang juga berguna bagi industri pelancongan. Mereka juga dilatih untuk menunjuk ajar wanita-wanita lain bagi memastikan projek ini akan terus kekal. Mereka turut dilatih di dalam aspek alam sekitar dan mereka digalakkan untuk mengunakan kaedah ‘Hijau’ dalam perniagaan pengeluaran makanan.
Projek ini merupakan projek berterusan dan bertujuan untuk membabitkan masyarakat setempat dalam usaha untuk mencapai objektif iaitu meningkatkan sumber pendapatan bagi masyarakat tempatan dimana daerah tersebut dikenalpasti sebagai salah satu daerah termiskin di Terengganu. Segala inisiatif ini akan memberi sumbangan besar kepada usaha pemuliharaan tanah bencah tersebut.
“Daripada tidak mempunyai apa-apa, sekarang kami memiliki
satu perniagaan kecil, dan mampu membeli peralatan
mustahak yang diperlukan dengan bantuan Nestlé. Dari
ceramah dan kepakaran yang dikongsi oleh Nestlé, penduduk
kampung juga mendapat lebih banyak idea berkenaan
bagaimana untuk meningkatkan perniagaan mereka.”
Rusnita bt. Ngah
Ketua Kumpulan PEWANIS
(Pengusaha Wanita Setiu – Women Entepreneurs of Setiu)
Kg. Mangkuk, Penarik, Setiu, Terengganu
KAJIAN TANGGUNGJAWAB KORPORAT
40 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 41
Penciptaan Nilai Bersama Kajian 3 – Pembangunan Luar Bandar
Menyedari bahawa pendidikan merupakan pemangkin utama yang bagi meningkatkan taraf kehidupan, membanteras kemiskinan dan juga membolehkan masyarakat berkembang maju, Nestlé Malaysia telah melancarkan beberapa inisiatif yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan mempromosikan kemajuan bagi masyarakat luar bandar. Salah satu contoh usaha ini ialah pembinaan beberapa buah tadika di Malaysia Timur yang dapat membantu menyediakan keperluan yang amat penting untuk kemajuan sambil memenuhi objektif-objektif Matlamat Pembangunan Millennium Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dengan kerjasama Raleigh International – sebuah badan bukan kerajaan untuk pembangunan kaum belia di United Kingdom – Nestlé setakat ini telah membina 4 buah tadika di kawasan pedalaman Sabah, dalam usaha menyediakan peluang pendidikan sama rata bagi masyarakat yang kurang kemudahan infrastruktur untuk menimba ilmu pengetahuan. Dengan menyediakan kemudahan pelajaran pra-sekolah, Nestlé percaya ia akan dapat membantu kanak-kanak di kawasan yang terlibat untuk melalui liku-liku awal kehidupan.
Pertama sekali, kampung-kampung yang amat memerlukan kemudahan ini akan ditentukan berdasarkan jaraknya dari bandar, jumlah kanak-kanak dan juga kemudahan persekolahan di sekitarnya. Nestlé kemudian membiayai pembinaan tadika-tadika tersebut dan melengkapkannya dengan kemudahan pembelajaran serta perabot. Sukarelawan-sukarelawan dari Raleigh kemudiannya akan membina tadika-tadika tersebut. Langkah-langkah melatih tenaga pengajar dari kawasan kawasan tersebut akan menentukan kejayaan dan kemampanan projek tersebut.
Nestlé percaya inisiatif ini memberi nilai kepada masyarakat setempat kerana pembelajaran peringkat awal amat penting bagi memperbaiki mutu kehidupan masyarakat kampung yang terlibat. Projek tadika ini juga adalah selari dengan usaha Nestlé dalam menyumbang ke arah pertumbuhan total kanak-kanak.
Tadika Nestlé yang pertama, dikenali sebagai “Nest”, telah dibina di Kg. Liu pada tahun 2005. Ini diikuti dengan tadika-tadika di Kg. Saguon pada tahun 2006, Kg. Paus pada tahun 2007 dan Kg. Keranaan pada tahun 2008. Setiap projek tadika ini disokong penuh oleh masyarakat setempat yang berasa amat bangga apabila kanak-kanak dari kampung mereka akan mempunyai kelebihan apabila mereka mula melangkah ke alam persekolahan. Warna kuning di tadika pertama Nestlé “Nest” telah gunakan sebagai warna rasmi bagi setiap tadika yang dibina seterusnya dan setiap bangunan tadika ini merupakan kebanggaan penduduk di kampung yang terlibat.
Setiap tahun, purata seramai 25 orang kanak-kanak pra-sekolah berumur antara 4-6 tahun akan memasuki tadika di kampung-kampung ini. Sesetengah tadika mempunyai jumlah kemasukan yang lebih tinggi kerana ada kanak-kanak dari kampung berdekatan yang turut mendaftar. Kakitangan Nestlé akan melawat tadika-tadika ini dari masa ke semasa bagi memastikan kesemuanya berjalan lancar dan dikemaskini, manakala tenaga pengajar di tadika akan terus memberikan laporan kemasukan serta kemajuan murid.
Pada bulan November 2006, pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah melawat tadika Nestlé yang pertama iaitu di Kg. Liu setelah mengetahui tentang projek tersebut melalui pihak media. Dalam lawatan tersebut, mereka menemuramah dua orang tenaga pengajar, memeriksa buku-buku rekod murid serta mengikuti sebahagian dari aktiviti kelas. Pegawai-pegawai Kementerian berasa kagum dengan kurikulum serta kualiti tenaga pengajar dan akhirnya telah mendaftarkan tadika tersebut sebagai salah satu pusat pra-sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran.
42 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
PENGHORMATAN DAN PENJAGAAN KAMI TERHADAP MASYARAKAT – Pendidikan
Menyediakan peluang-peluang pendidikan untuk masyarakat terpinggir.
Sasaran Dan Pencapaian
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Nestlé menyokong peluang
pendidikan saksama, terutamanya
untuk masyarakat di kawasan
pedalaman yang kekurangan
kemudahan asas untuk pendidikan
pra-sekolah bagi memulakan
kehidupan berbanding rakan sebaya
mereka di kawasan yang lebih
bernasib baik.
Dengan kerjasama Raleigh International, agensi kerajaan
(KEMAS) dan badan bukan kerajaan tempatan (Yayasan
PACOS), inisiatif ini sehingga kini telah mengenal pasti
dan membina 4 buah tadika di kawasan pedalaman
Sabah:
Kg. Keranaan
Dibina pada tahun 2008 untuk 40 kanak-kanak pra-sekolah
di kampung yang mempunyai kira-kira 700 penduduk.
2 wanita tempatan daripada masyarakat tersebut turut
dilatih untuk mengajar kanak-kanak berkenaan.
Kg. Paus
Dibina pada tahun 2007 untuk kira-kira 800 penduduk
yang sebelum ini hanya mempunyai sebuah Sekolah
Rendah. Tadika berkenaan juga membolehkan salah
seorang gadis dari kampung itu dilatih sebagai guru
sekolah.
Kg. Saguon
Dibina pada tahun 2006 dan mempunyai 23 kanak-kanak
berdaftar berusia antara 4-6 tahun. Ia dikendalikan oleh
seorang guru terlatih dan kampung itu telah menghantar
seorang lagi anggota masyarakatnya untuk dilatih bagi
membantu guru sedia ada. Pada tahun 2006, sekolah
berkenaan turut menganjurkan majlis tamat sekolah untuk
kanak-kanak lebih tua di Kg Saguon.
Kg. Liu
Dibina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, 27 kanak-
kanak tempatan yang berusia di antara 5 hingga 6 tahun
mendaftar di sekolah berkenaan. Berikutan kunjungan
rasmi pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran,
sekolah tersebut disenaraikan sebagai pusat pra-sekolah
rasmi.
Selain membina pembinaan tadika-tadika ini, Nestlé
menyediakan peluang kepada belia tempatan untuk
mengambil bahagian dalam projek-projek komuniti
bersama Raleigh International menerusi penajaan
golongan muda Malaysia. Nestlé turut menyediakan
bekalan makanan kepada sukarelawan untuk
melaksanakan ekspedisi mereka.
Bekerjasama dengan Raleigh
International untuk membina satu
lagi tadika pada tahun 2009.
Memantau kemajuan dan memberi
bantuan yang diperlukan untuk
semua tadika berkenaan.
Terus menaja belia sukarelawan
tempatan untuk menyertai
ekspedisi Raleigh.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 43
SASARAN DAN PENCAPAIAN
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Menyediakan peluang pembelajaran
untuk kanak-kanak kurang upaya
dan terencat akal.
Mendirikan 4 Sudut Pembelajaran Nestlé di Wisma
Harapan Brickfi elds, Sekolah Khas Cheras dan Sekolah
Khas Klang untuk Persatuan Untuk Orang Kurang Upaya
Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Pusat
Spastik, Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor dan
Wilayah Persekutuan. Sudut pembelajaran ini dilengkapi
dengan alat bantuan pembelajaran sewajarnya untuk
mereka yang kurang upaya fi zikal dan mental bagi
memastikan mereka berpeluang untuk memperbaiki diri
mereka.
Mendirikan Pusat Pembelajaran Nestlé yang lebih besar
di Pusat Latihan Vokasional, Wisma Harapan Brickfi elds.
Menyediakan lebih banyak Sudut
Pembelajaran Nestlé di mana
ianya diperlukan dan memantau
perkembangan Sudut sedia ada
supaya dapat memberi bantuan
tambahan atau mengemaskini
peralatan mengikut keperluan.
Rancangan sedang dilaksanakan
untuk membantu pembinaan kantin
di Sekolah Khas Klang.
Nestlé turut meneliti rancangan
untuk menyediakan pemakanan
berkhasiat dan sokongan
perancangan menu untuk
kakitangan dapur sekolah
berkenaan bagi memastikan
pemakanan sewajarnya untuk
kanak-kanak tersebut.
Memberi sokongan kepada
Persatuan Penjagaan Kesihatan
Mesra Kanak-Kanak Kebangsaan
Malaysia bagi memperbaiki
persekitaran hospital untuk kanak-
kanak yang sakit supaya ia lebih
mesra kanak-kanak, sejajar dengan
matlamat Kementerian Kesihatan.
Pada tahun 2008, Nestlé menaja satu lagi Bengkel Terapi
Mainan. Ia dianjurkan di Malaysia Timur di mana pakar-
pakar penjagaan kesihatan tempatan diberikan latihan
oleh pakar-pakar dari Hospital Kanak-kanak di Sydney.
Pada tahun 2007, Nestlé bekerjasama dengan Persatuan
untuk menganjurkan Bengkel Terapi Mainan di mana
pakar daripada Hospital Kanak-kanak di Sydney diundang
untuk melatih pakar-pakar penjagaan kesihatan tempatan.
Mendirikan Sudut Mesra Keluarga di Institut Pediatrik,
Hospital Kuala Lumpur.
Mendirikan Perpustakaan Mainan di Unit Terapi Carakerja,
Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, untuk kanak-
kanak Sindrom Down dan penyakit serius lain.
Memberikan sokongan berterusan
kepada Persatuan.
Membantu murid sekolah terutama
di luar bandar meningkatkan tahap
kemahiran Bahasa Inggeris mereka.
Dengan kerjasama British Council, Nestlé memulakan
projek “Click into English” (CIE) yang disokong oleh
Pusat Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran
untuk menyediakan kemahiran sewajarnya bagi
meningkatkan kemahiran mengajar Bahasa Inggeris
dan kebolehan guru menerusi penggunaan ICT. CIE
bertujuan merapatkan jurang digital dan memperbaiki
tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar
di Malaysia. Projek perintis dilancarkan di Kedah dan
Terengganu.
Nestlé kini sedang
mempertingkatkan laman web
berkenaan supaya ia dapat
diserahkan kepada Kementerian
Pelajaran untuk penganjuran projek
di seluruh Negara.
44 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
SASARAN DAN PENCAPAIAN
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Kem Permulaan Pintar KOKO bersama New Straits Times
dan Kementerian Pelajaran bertujuan untuk meningkatkan
tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan menyemai
minat dalam Bahasa Inggeris, sambil mempertingkatkan
kemahiran berpidato di kalangan murid sekolah rendah.
Menggalakkan tabiat membaca di
kalangan kanak-kanak sekolah.
Kerjasama dengan Nanyang Siang Pau selama 5
tahun berturut-turut untuk memupuk tabiat membaca
di kalangan generasi muda menerusi Pertandingan
Mengumpul Cerita bagi Sekolah Rendah Cina.
Meneruskan program yang sangat
berjaya ini pada tahun 2009.
Penajaan kelas teater untuk kanak-
kanak istimewa.
Di bawah geran khas oleh Nestlé, Jumping Jellybeans
(JJ) dapat meneruskan latihan teater untuk kanak-kanak
istimewa di Pusat Pembelajaran Keperluan Khas untuk
kanak-kanak autistik. Latihan teater untuk kanak-kanak
di MAGIC (Malaysian Association of Guardians for the
Intellectually Challenged) turut diteruskan dengan tetap.
Kanak-kanak istimewa yang
menyertai program ini menunjukkan
peningkatan yang ketara dan Nestlé
akan terus menjalankan penajaan.
Latihan & Mentor
Meningkatkan kemahiran teknikal dan berkongsi pengetahuan dengan mereka yang memerlukan.
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Menggalak kesamarataan jantina
dan memperkasa wanita menerusi
latihan dan pendidikan.
Sokongan berterusan untuk eHomemakers – satu
rangkaian ibu tunggal dan wanita kurang bernasib baik
yang mengingini keseimbangan antara kehidupan rumah-
kerjaya yang lebih baik menerusi pilihan bekerja yang
fl eksibel. Satu contoh sokongan kami ialah mempromosi
dan membeli bakul mesra alam yang dihasilkan
menggunakan suratkhabar lama oleh wanita SALAM.
Nestlé turut menaja buletin kumpulan tersebut dan
bekerjasama dengan eHomemakers untuk menganjurkan
pertandingan Hari Ibu Tahunan mereka yang mengiktiraf
ibu-ibu yang menempuh pelbagai kemungkinan untuk
membawa perubahan.
Sokongan berterusan kepada
kumpulan berkenaan.
Membantu IKS tempatan mencapai
piawaian bertaraf dunia.
Menerusi program mentor yang dimulakan pada
tahun 1999, Nestlé berkongsi kepakaran teknikal dan
pengetahuan dengan IKS dalam industri makanan untuk
membantu mereka berkembang dan menangani cabaran
masa hadapan dalam persekitaran perniagaan global yang
mencabar. Program berkenaan juga memenuhi komitmen
Nestlé untuk membangunkan industri makanan tempatan.
Sehingga kini, lebih 2,800 peserta dari lebih 1,580 syarikat
di seluruh Malaysia termasuk Malaysia Timur telah
mengambil bahagian dalam program tersebut.
Mentor berterusan kepada IKS
dan bergerak ke tahap lebih tinggi
dengan menyertakan topik-topik
baru dalam program tersebut,
terutama yang memberi tumpuan
kepada pembangunan Halal.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 45
SASARAN DAN PENCAPAIAN
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Menyediakan bantuan ketika
malapetaka dan bencana alam
untuk meringankan beban mangsa
dan memastikan mereka terus
mendapat khasiat pemakanan
meskipun tiada tempat tinggal.
Ketika waktu memerlukan, pasukan Nestlé terus
membekalkan makanan dan minuman yang memberi
khasiat seperti MILO, NESCAFÉ, mi MAGGI dan Bijirin
Sarapan NESTLÉ kepada mangsa dan pekerja bantuan
bencana alam termasuk banjir dan tanah runtuh di seluruh
negara.
Meneruskan usaha-usaha ini dan
mampu menyediakan bantuan
secara berkesan dan pantas.
Pertanian
Nestlé sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan jalinan rantaian bekalan dengan transformasi aktiviti pengeluaran
pertanian secara tradisional kepada produk tambah nilai.
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Perladangan kontrak dilaksanakan
apabila terdapat keperluan untuk
memperolehi bahan mentah
pada kualiti yang tertentu dan
memastikan kesediaan bahan
mentah pertanian tempatan yang
tetap. Jika ada dan munasabah
dari segi ekonomi, Nestlé akan
menggunakan sumber bahan
mentah dari kawasan setempat.
Pemerolehan cili tempatan
untuk membantu meningkatkan
pendapatan petani dan
menggalakkan Amalan Pertanian
Terbaik (GAP).
Perladangan kontrak cili dimulakan di Kelantan pada
tahun 1995. Daripada 4 orang petani pada awalnya yang
menghasilkan 16 metrik tan cili di tanah seluas 4 ekar,
jumlah telah mengingkat dengan pesat dan pada tahun
2008, terdapat 300 orang petani yang terlibat dalam skim
berkenaan dan menghasilkan 800 metrik tan di tanah
seluas 300 ekar.
Pada tahun 2008, petani-petani berkenaan diberikan
rangsangan tambahan apabila Nestlé bersetuju untuk
menyediakan sokongan teknikal rasmi bagi Projek Cili Puri
Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Awang (PPKBA).
Satu laporan sosial dikendalikan oleh Universiti Teknologi
MARA untuk projek cili pada tahun 2006, mengesahkan
dengan statistik yang diperolehi bahawa projeck ini
memberi kesan positif secara keseluruhan.
Terus mencari ruang baru untuk
memperluaskan inisiatif ini.
Pemerolehan beras merah
tempatan untuk membantu
meningkatkan taraf pendapatan
petani dan menggalakkan Amalan
Pertanian Baik (GAP).
Penanaman beras merah Nestlé telah dilancarkan
secara rasmi pada Oktober 2007. Skim perladangan
kontrak bersama petani di Sarawak akan mengamalkan
pembakaran sifar bagi ladang yang telah dituai serta
penggunaan kaedah kultur dan bahan bukan kimia bagi
memastikan pereputan tangkai yang cepat menjadi
kompos yang kemudian akan menyuburkan tanah secara
organik.
Berikutan kejayaan penanaman
percubaan, Nestlé kini bekerjasama
dengan petani tempatan di Sarawak
untuk perladangan komersial dan
penanaman beras merah yang
digunakan dalam Bijirin Bayi Nestlé.
Bantuan Bencana
Nestlé sentiasa berada di barisan hadapan untuk membantu mangsa yang ditimpa bencana alam.
46 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Pada tahun 2008, Nestlé Malaysia menandatangani
dua perjanjian bersama Institut Penyelidikan dan
Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk
kerjasama pertanian mengenai penyelidikan dan
pembangunan R&D), dan Memorandum Persefahaman
(MoA) untuk pengurusan dan perlaksanaan Danatekno
Beras Merah Kementerian Teknologi Sains dan Inovasi
(MOSTI). MoA berkenaan akan menyaksikan peruntukan
sebanyak RM2 juta daripada RM2.5 juta disalurkan
kepada MARDI untuk usaha R&D dan Agronomi utama,
manakala RM500,000 selebihnya itu akan diperuntukkan
kepada Nestlé untuk tujuan komersil.
KOMITMEN KAMI TERHADAP ALAM SEKITAR
Nestlé mempunyai Polisi Alam Sekitar yang menggariskan strategi Syarikat di seluruh dunia berhubung isu-isu alam sekitar
dan mematrikan komitmen teguhnya sejak sekian lama untuk mengamalkan tatacara perniagaan yang mesra alam seperti
memelihara sumber asli dan mengurangkan pembaziran.
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Memelihara sumber alam
semulajadi dengan mengenalpasti
peluang untuk bekerjasama dengan
badan bukan kerajaan seperti
Pertubuhan Perlindungan Hidupan
Liar Dunia (WWF).
Bekerjasama dengan WWF-Malaysia untuk projek 4
tahun di Setiu, Terengganu, bagi melindungi tanah
bencah dan mewujudkan peluang pendapatan baru
untuk kaum wanita di Tanah Bencah Setiu, objektif
projek ini termasuklah mewujudkan kesedaran tentang
pemuliharaan sumber alam semulajadi tempatan,
penyelidikan komuniti, program pembinaan keupayaan,
perancangan perniagaan, pemantauan dan penilaian.
Pada tahun 2008, Nestlé menganjurkan seminar bersama
penduduk kampung tempatan untuk berkongsi kepakaran
Syarikat dari segi pembinaan keupayaan keusahawanan.
Di akhir tempoh, hasil positif projek
berkenaan akan memperkasa
kaum wanita kampung ini untuk
mewujudkan mata pencarian
mampan serta pada masa
yang sama, memulihara habitat
semulajadi tanah bencah di
kawasan berkenaan. Masyarakat
setempat kini lebih peka kepada
persekitaran mereka serta
kepentingannya dan inisiatif industri
desa mereka dijangka bermula pada
awal tahun 2009.
Inisiatif-inisiatif Pertanian Mampan
(SAI) dibangunkan bersama
syarikat makanan global lain untuk
bekerjasama dengan petani bagi
menggalakkan amalan terbaik.
Setakat ini, usaha berkenaan telah meningkatkan mutu
dan menangani masalah keselamatan dalam rantaian
bekalan makanan; membantu memenuhi permintaan
yang meningkat untuk makanan bermutu kesan
dari pertumbuhan bilangan penduduk, peningkatan
pendapatan dan perubahan diet; membantu menangani
kesan buruk amalan pertanian ke atas sumber-sumber asli
dan alam sekitar yang menjejaskan produktiviti pertanian.
Di bawah projek SAI, penukaran penggunaan pelindung
plastik untuk kawalan perosak kulit koko, kepada
penggunaan bahan alternatif yang mudah terurai, hingga
ke penggunaan semburan kawalan berasaskan organik
telah diamalkan.
SASARAN DAN PENCAPAIAN
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 47
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Selain itu, penukaran plastik kepada penggunaan
‘mulching’ yang mudah terurai dan pembekalan anak
benih secara berpusat kepada peladang sebagai “subsidi
tidak langsung” untuk mengimbangi peningkatan kos
pengeluaran dilaksanakan di Tawau dan Raub.
Syarikat turut memberikan sokongan dan bimbingan
kepada peladang dari segi pengurusan tanaman dan
amalan mampan kepada peladang kontrak cili dan beras
merahnya.
Sistem Pengurusan Alam
Sekitar Nestlé (NEMS) adalah
berasaskan penambahbaikan
berterusan kitaran pengurusan dan
menguruskan prestasi alam sekitar
Syarikat. NEMS sejajar dengan
keperluan piawaian antarabangsa
ISO14001:2004
Sistem ini memastikan teknik pengeluaran mesra
alam diamalkan dan kaedah untuk memulihkan produk
sampingan, serta cara pemprosesan yang mengurangkan
penggunaan air dan tenaga, dan penghasilan bahan
buangan. Ia turut menilai kepatuhan kilang kepada
piawaian perundangan dan dalaman, menyiasat sebarang
insiden yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar
dan mengambil tindakan sewajarnya.
Bagi tahun 2008, Pengurusan Tenaga menyaksikan
peningkatan dalam penggunaan tenaga sebanyak
10.22% MJ bagi setiap tan produk; pengeluaran asap
menyaksikan peningkatan sebanyak 14.89%; pengeluaran
CO2 menyaksikan peningkatan kira-kira 2.07%; dan
pengurusan air, menyaksikan peningkatan 4.11% bagi
setiap tan produk berbanding tahun 2007. Peningkatan ini
disebabkan peningkatan ketara dalam pelaburan modal
demi menambah keupayaan pengeluaran pada tahun
2008 di mana hasil daripada aktiviti pelaksanaan dan
permulaan, khususnya di kilang Shah Alam dan Kuching,
penggunaan tenaga dan air serta pengeluaran udara
meningkat disebabkan penggunaan tenaga dan air tanpa
menghasilkan produk boleh dijual.
Di kawasan yang tidak terjejas dengan aktiviti-aktiviti
pelaksanaan ini, Nestlé menyaksikan penurunan yang
meyakinkan dari segi penggunaan tenaga dan air
disebabkan peningkatan berterusan dan pengeluaran
yang dioptimumkan.
Semua kilang akan mendapat
pensijilan ISO 14001.
Terus mencapai dan melepasi
semua KPI yang ditetapkan.
Nestlé Malaysia mempunyai
program untuk mengurangkan
penggunaan air sebanyak 5% setiap
tahun dan trend keseluruhan bagi
tempoh 6 tahun lalu menunjukkan
pengurangan berterusan melebihi
3.5% setiap tahun.
Pembungkusan - mengenalpasti
dan memastikan pengurangan sisa
selepas barangan dibeli pengguna.
Tahun 2008 menyaksikan pengurangan kira-kira 9.5%
dalam penggunaan bahan pembungkusan bagi setiap tan
produk berbanding data tahun 2007 (180 kg bagi setiap
tan produk berbanding 199kg pada tahun 2007).
Membangun semula bahan
pembungkusan kami secara
berterusan untuk mengurangkan
bahan yang digunakan atau
menggunakan konsep baru yang
mesra alam.
SASARAN DAN PENCAPAIAN
48 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Pengurusan sisa Dalam usaha untuk mengurangkan sisa menerusi
pengitaran semula, Nestlé menubuhkan Gudang Barang
Pulangan Sentral (CRW) pada tahun 2004 di Bukit Raja,
Klang, untuk menerima dan memproses pulangan
produk yang rosak dan sudah luput tarikh. Sebagai
sebahagian daripada inisiatif “Rantaian Bekalan Hijau”,
semua bahan pembungkusan yang boleh dikitar semula
(plastik, kadbod, tin, aluminium dan kaca) dijual kepada
pengusaha kitar semula. Produk yang sudah luput tarikh
dijual kepada kontraktor untuk dijadikan makanan haiwan.
Bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula dilupuskan
sewajarnya di tapak pelupusan sanitari di bawah kawalan
ketat. Disebabkan pengurangan jumlah pulangan pasaran
dan usaha kami dalam meningkatkan pengitaran semula,
pada tahun 2008, CRW melupuskan 1,300 tan kurang dari
tahun sebelumnya di tapak pelupusan berkenaan.
Pada tahun 2009 kami
menjangkakan peningkatan dalam
pengitaran semula sebanyak 15%
dengan pengenalan mesin khas
yang boleh merenyukkan tin susu
cecair, tin minuman dan bungkusan
tetra RTD. Inisiatif lain melibatkan
Pengurusan Sisa Kilang akan turut
meliputi peningkatan pengitaran
semula dan mengurangkan jumlah
buangan ke tapak pelupusan bagi
membantu Syarikat mengurangkan
sisa buangan.
WARGA KERJA DAN PERSEKITARAN KERJA KAMI – Pembinaan kapasiti bersama warga kerja
Nestlé percaya bahawa setiap warga kerja seharusnya berpeluang untuk membina potensi mereka di tempat kerja yang
selamat dan saksama di mana mereka didengari, dihormati dan dihargai. Nilai-nilai korporat kami Percaya, Hormat,
Penglibatan dan Kebanggaan diperhati dan diamalkan secara konsisten di semua peringkat di seluruh organisasi.
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Mewujudkan suatu tenaga kerja
yang dinamik.
Pada tahun 2008, Nestlé mengambil seramai 1417 warga
kerja baru justeru menyumbang ke arah penciptaan
pekerjaan di Malaysia.
Nestlé akan terus mengambil warga
kerja baru mengikut keperluan
perniagaan.
Syarikat menggalakkan
penambahbaikan berterusan
menerusi latihan dan peningkatan
kemahiran profesional di semua
peringkat dalam organisasi, dan
peluang kerjaya adalah berdasarkan
merit.
‘Nestlé on the Move’ adalah salah satu daripada
contoh utama kerana ia membantu warga kerja kami
bergerak seiring dengan kecekapan terkini dan berkaitan
memandangkan perubahan peranan mereka dalam
organisasi.
Program latihan dalaman dan luaran mengikut kesesuaian
yang memberi tumpuan kepada kecekapan kepimpinan,
kecekapan fungsi dan keberkesanan peribadi dilaksanakan
secara berterusan.
Untuk memperkenalkan program
kepimpinan yang disemak semula
digelar Keberkesanan Peribadi dan
Pembaharuan Kepimpinan (PEARL)
yang memberi lebih tumpuan
kepada keberkesanan peribadi
dan susulan rancangan tindakan
menerusi Latihan Eksekutif.
Memanfaatkan pembelajaran
bercampur (Bilik kuliah dan E-
pembelajaran) untuk kebanyakan
program Latihan Dalaman Korporat.
Pasukan Kerja Bermisi (MDWT)
adalah inisiatif perubahan utama,
bergerak daripada sistem hirarki
kepada organisasi rangkaian yang
memerlukan pemerkasaan dan
pembabitan warga kerja kami
yang mempunyai kemahiran dan
pengetahuan yang diperlukan.
Sejumlah 189 pasukan telah diwujudkan sejak Jun 2005
merangkumi semua peringkat daripada barisan hadapan
kepada pengurusan atasan Bahagian Pengeluaran.
Pada tahun 2008, kami meluaskan konsep Pasukan Kerja
Bermisi (MDWT) melangkau Bahagian Pengeluaran dan
30 pasukan baru diwujudkan pada tahun 2008 termasuk 2
unit perniagaan, Rantaian Bekalan dan Sumber Manusia.
Nestlé akan terus melaksanakan
konsep MDWT dalam unit
perniagaan dan bahagian lain sejajar
dengan inisiatif Kecemerlangan
Berterusan Nestlé (NCE).
Keutamaan bagi tahun 2009 adalah
memulakan modul kepimpinan
untuk peringkat pengurusan kanan
dan pertengahan.
SASARAN DAN PENCAPAIAN
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 49
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Diploma Eksekutif Pengurusan Pengeluaran (EDMM) adalah kerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia – program 18 bulan yang merupakan kombinasi pembelajaran di tempat kerja dan bilik kuliah untuk Pengurus Barisan Pertama Nestlé.
Pada tahun 2008, sasarannya adalah untuk menyempurnakan program perintis Diploma Eksekutif Pengurusan Pengeluaran (EDMM). Seramai 48 warga kerja menamatkan pengajian EDMM pada tahun 2008, membolehkan mereka memainkan peranan sebagai Pengurus Barisan Pertama (FLM). Sejajar dengan kemajuan Syarikat, sebahagian daripada mereka dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Pengeluaran.
Kumpulan ke-2 sedang mengikuti program berkenaan dan akan menamatkan latihan mereka pada April 2009 dan dijangka terdapat 32 orang graduan lulusan EDMM pada tahun 2009.
Bagi semua FLMs yang baru, E-pembelajaran akan digunakan sebagai kaedah penyampaian bagi program EDMM. Satu pasukan tugas sedang menyediakan sekurang-kurangnya 4 modul mengenai E-pembelajaran yang lengkap menjelang menjelang akhir tahun.
Kakitangan Jualan Nestlé Menerusi kerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), sebuah Kolej Jualan disediakan untuk warga kerja kami menjalani program 6 bulan bagi memperolehi Sijil Profesional dalam Jualan.
Sijil Profesional dalam Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Jualan, satu lagi kerjasama antara Nestlé dan OUM turut ditawarkan kepada warga kerja.
Ini adalah program berterusan di mana 3 kumpulan telah menamatkan latihan dan kumpulan ke-4 akan memulakan latihan pada Februari 2009. Rancangan masa hadapan adalah untuk menyediakan Program Diploma Eksekutif untuk mereka yang telah menghadiri program sijil bagi meluaskan pengetahuan mereka dalam bidang jualan dan meningkatkan kecekapan mereka.
Kami akan meneruskan pensijilan ini di pelbagai lokasi terutama untuk kakitangan Jualan yang ingin meningkat kebolehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris.
Operator Pengeluaran Bagi operator pengeluaran, Nestlé bekerjasama dengan Institut Teknologi Pekerja (WIT) dan dalam sesetengah keadaan, bersama Politeknik untuk melatih mereka sebagai Operator Teknikal dengan menyediakan kemahiran dan pengetahuan teknikal peralatan asas.
Program akan diteruskan sebagai sebahagian dari pembangunan sumber manusia.
Latihan Pemakanan Pada tahun 2007, Nestlé Malaysia memulakan Latihan Pemakanan bagi memastikan semua warga kerja Nestlé memiliki pengetahuan mengenai pemakanan berkhasiat dan mampu menggunakan pengetahuan berkenaan dalam urusan seharian. Ianya adalah program secara berterusan bagi semua warga kerja Nestlé. Pada tahun 2008, program berkenaan diperluaskan ke semua cawangan dan kilang. Sehingga kini, lebih daripada 1,000 orang yang terdiri daripada warga kerja Nestlé dan rakan kongsi komunikasi telah dilatih.
SASARAN DAN PENCAPAIAN
50 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Biasiswa kepada anak warga kerja
dan pesara
Pada tahun 2008, Nestlé menyediakan 10 anugerah
Biasiswa Nestlé kepada anak warga kerja dan pesara
untuk meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian
tinggi. Sejak permulaannya pada tahun 1978, seramai 182
pelajar menerima manfaat daripada anugerah berkenaan.
Terus memberikan 10 biasiswa
kepada mereka yang layak dan
memerlukan dengan jumlah yang
diberi disemak semula mengikut
keperluan individu.
Memupuk budaya prihatin di
kalangan warga kerja menerusi
program sukarela.
Program sukarela warga kerja Nestlé Reaching Out to
Communities and Kids (ROCKS) menjana komitmen
dalaman Tanggungjawab Sosial Korporat Nestlé.
Seramai 4,000 warga kerja boleh menggunakan
16 jam daripada waktu bekerja setiap tahun untuk
membantu di mana-mana 30 rumah kebajikan yang
dibantu oleh Nestlé. Tahun ini, ROCKS memulakan
Eggxtra – usaha pengumpulan telur ayam bertujuan
menyediakan pemakanan berkhasiat untuk mereka yang
kurang bernasib baik. Respon terhadap usaha ini amat
memberangsangkan.
Meningkatkan keahlian di kalangan
warga kerja dan menambah
nilai kepada ROCKERS dengan
memulakan aktiviti baru yang
bermakna dan mampan.
Membina warga kerja yang sihat Sejajar dengan Program Kesejahteraan Syarikat, bermula
pada tahun 2008, Nestlé House telah diisytiharkan
sebagai ‘Bangunan Bebas Rokok’.
Di bawah program Tindakan Kesejahteraan, satu
inisiatif untuk warga kerja, Syarkat mensasarkan
untuk mewujudkan tenaga kerja yang lebih sihat yang
memahami dan menghargai Pemakanan, Kesihatan dan
Kesejahteraan. Di bawah inisiatif ini, setiap warga kerja
perlu menjalani latihan asas pemakanan dan digalakkan
untuk menyertai Cabaran Kesejahteraan 100 Hari untuk
menambahbaik kesihatan dan kesejahteraan mereka
secara keseluruhan. Sebagai sokongan kepada kempen
ini, warga kerja digalakkan untuk menggunakan tangga
berbanding lif. Promosi turut dilakukan menerusi paparan
poster sepanjang koridor dan pantri.
Bagi tahun 2009, Nestlé akan
berpindah ke bangunan baru dan
polisi ‘Bangunan Bebas Rokok’
akan dikekalkan. Di bangunan
baru berkenaan, kawasan tangga
kecemasan akan diubah dan
digunakan oleh warga kerja sebagai
laluan berjalan kaki, berbanding
menggunakan lif.
Inisiatif-inisiatif Keselamatan,
Kesihatan dan Alam Sekitar (S.H.E.).
Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di bawah SHE
sepanjang 2008 termasuk:
- Penekanan semula MDWT & BBS.
- Latihan Kecemasan & HAZMAT bersama BOMBA
yang dikendalikan menerusi latihan berskala penuh
yang membabitkan BOMBA di kilang-kilang di
Kuching dan Chembong.
- Anugerah Keselamatan Kerja Nestlé 2008.
- SHE Menjangkau Pengeluaran dijalankan di mana
mesyuarat Rangkaian SHE di kilang (menyediakan bilik
pasukan dan pelaksanaan). Rangkaian memperolehi
manfaat daripada latihan tidak formal dan formal serta
perkongsian.
- Menjalankan Program CARE.
- Bilik-bilik pasukan disediakan bagi menghadapi
ancaman Selsema Avian/Pandemik Manusia.
Program BBS dan MDWT akan
diteruskan manakala audit CARE
sedang dijalankan di bahagian
Jualan, Rantaian Bekalan dan ibu
pejabat antara tahun 2009-2010.
SASARAN DAN PENCAPAIAN
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 51
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
- Menyediakan bilik-bilik pasukan untuk pelaksanaan
Pengurusan Krisis.
- Hari Kilang SHE dianjurkan (di Kompleks Chembong)
- Pensijilan NIMS untuk kilang-kilang.
Sejajar dengan inisiatif global Nestlé untuk memastikan
amalan terbaik keselamatan jalan raya bersama warga
kerja kami, kami telah membentuk satu Jawatankuasa
Pemanduan Selamat, diamanahkan untuk mengetuai
inisiatif keselamatan jalan raya bagi meningkatkan
kesedaran kakitangan mengenai tabiat pemanduan yang
selamat. Inisiatif termasuk pengedaran mesej pemanduan
selamat pada pelekat dan perentang di semua lokasi
utama Nestlé. Mesej dicetak dengan kerjasama Jabatan
Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia dan mesej dua
kali seminggu mengenai Pemanduan Selamat dihantar
menerusi e-mel kepada semua kakitangan Nestlé sebagai
peringatan berterusan mengenai kepentingan pemanduan
yang selamat.
Dari segi keselamatan di bahagian pengeluaran
perniagaan, kejadian kehilangan waktu bagi setiap jam
manusia meningkat daripada 2.15 LTIFr pada tahun 2007
kepada 2.38 LTIFr pada tahun 2008.
Inisiatif yang dirancang pada tahun
2009 termasuk latihan pemanduan
berhemah dan kempen Pemanduan
Selamat.
Usaha dijalankan untuk
memperbaharui Keselamatan
Berasaskan Tingkahlaku (BBS)
dalam Operasi Pengeluaran &
Rantaian Bekalan dan menunjukkan
penambahbaikan dari segi peraturan
Pengamatan Tabiat (penyertaan
oleh warga kerja).
Ini akan dilakukan menerusi
penyemaian silang Amalan Terbaik
KESELAMATAN dengan pengenalan
“5 Inisiatif Keselamatan” iaitu
Latihan Keselamatan, Mesyuarat
Keselamatan, Audit Keselamatan,
LOTO dan BBS.
Pensijilan NIMS (Sistem
Pengurusan Bersepadu Nestlé)
adalah satu sistem pengurusan
bersepadu. Kepentingan penubuhan
NIMS adalah untuk memudahkan
pengurusan penambahbaikan
dan kepatuhan berterusan. NIMS
menyediakan proses pengurusan
biasa, satu piawaian dan amalan
yang dipermudahkan serta turut
menyediakan audit untuk kualiti,
keselamatan makanan dan SHE.
Setakat ini, kilang yang mempunyai piawaian ISO 14001,
OHSAS 18001 adalah:-
• Kilang PJ disahkan & diiktiraf pada 4 Dis 2007 (lulus
audit pengawasan pada 16 Dis 2008)
• Kilang MILO/Coklat Chembong disahkan & diiktiraf
pada 18 Nov 2008
• Kilang Ais Krim Chembong disahkan & diiktiraf pada
19 Nov 2008
Kilang-kilang ini turut diiktiraf MS1722 Bahagian 1
(Piawaian Malaysia untuk Sistem Keselamatan Carakerja
& Pengurusan Kesihatan).
Pada tahun 2009, kilang Batu
Tiga, Shah Alam dan Kuching akan
dinilai dan diiktiraf ISO14001,
OHSAS18001.
SASARAN DAN PENCAPAIAN
52 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Kecemerlangan Berterusan Nestlé
(NCE)
Inisiatif ini dimulakan untuk mengetengahkan 3C iaitu
menggembirakan pengguna, menyampaikan kelebihan
daya saing dan cemerlang dalam kepatuhan. NCE
dimulakan pada tahun 2008.
Sasarannya adalah melaksanakan
Pengurusan Prestasi Menyeluruh
di semua kilang menjelang 2013,
dan menyediakan Rantaian Bekalan
LEAN di semua unit perniagaan
menjelang 2018.
PARA PENGGUNA DAN PASARAN KAMI - Pemakanan, Kesihatan & Kesejahteraan
Komitmen kami untuk Menjana Khasiat Rakyat Malaysia dengan menambah baik kesihatan pengguna menerusi kepakaran
kami dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) makanan serta pemakanan.
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Nestlé dalam perjalanannya untuk
menjadi Syarikat Pemakanan,
Kesihatan dan Kesejahteraan yang
dipercayai dan bertanggungjawab,
menawarkan produk bernilai tinggi
dengan manfaat tambahan. Sebagai
sebuah Syarikat yang berasaskan
pengguna, Nestlé mengeluar
dan memasarkan produknya bagi
memenuhi keperluan pengguna
tempatan.
Berkomunikasi dengan pengguna serta mendapatkan
pandangan mereka sememangnya penting bagi
Nestlé dan ini telah dijalankan menerusi Pusat
Khidmat Pengguna yang berdedikasi bagi memenuhi
keperluan berkaitan pengguna kami sama ada dalam
bentuk maklumat, maklum balas atau nasihat. Tahap
perkhidmatan yang baik dicapai menerusi waktu
kunjungan dan analisis perubahan pantas, yang
membantu mengembalikan keyakinan pengguna dalam
kualiti produk Nestlé dan keseriusan kami untuk memiliki
pengguna yang berpuas hati.
Nestlé turut mendekati pengguna menerusi siri
demonstrasi masakan sihat. Pada tahun 2008, 20
demonstrasi memasak diadakan di mana Nestlé
mendekati pelbagai kumpulan berbeza, dari Warga Emas
ke Persatuan Wanita dan Pengamal Penjagaan Kesihatan.
Matlamatnya adalah untuk menggalakkan lebih ramai
pengguna memasak hidangan sihat dan berkhasiat untuk
diri dan keluarga mereka.
Nestlé akan terus berkomunikasi
bersama pengguna.
Pada tahun 2008, Nestlé memberi penekanan kepada
perancangan hidangan sihat yang mengandungi nisbah
lemak yang sihat dan dalam lingkungan 650kCal untuk
setiap hidangan. Kami juga akan terus mendidik pengguna
mengenai saiz setiap sajian untuk nasi/mi, sayur-sayuran
dan daging.
Bekerjasama dengan Kerajaan. Nestlé mensasarkan untuk meneruskan kerjasamanya
dengan Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan
(NGO) berkaitan untuk meningkatkan tabiat makan
yang sihat dan status semua rakyat Malaysia. Strategi
Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan Syarikat
menyokong Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan
Malaysia II (NPANMII).
Nestlé amat jelas mengenai cara
untuk menyokong usaha Kerajaan
dalam Pelan Tindakan Pemakanan
10 Tahun menerusi pembangunan
produk yang mengandungi kurang
gula, kurang garam, kurang lemak
dan sebagainya.
SASARAN DAN PENCAPAIAN
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 53
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Bekerjasama dengan NGO untuk
membantu Kerajaan mencapai
matlamat Pelan Tindakan
Pemakanan Kebangsaan 10 Tahun
Ke-II.
Pada tahun 2001/2002 Nestlé memberi geran bagi
menaja kaji selidik mengenai status khasiat pemakanan,
tabiat pemakanan, aktiviti fi zikal serta pengetahuan
pemakanan dan sikap kanak-kanak sekolah rendah
berusia antara 6 hingga 12 tahun. Kaji selidik susulan
dijalankan pada tahun 2007 dan meliputi kira-kira 13,000
kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara. Matlamat
utama kaji selidik ini adalah untuk menghasilkan laporan
mengenai status pemakanan kanak-kanak sekolah rendah
di Malaysia yang boleh digunakan sebagai rujukan kepada
agensi berkaitan dan berfungsi sebagai kaedah untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat umum.
Kajian berkenaan dijangka disiapkan
pada tahun 2009 dan hasilnya akan
disiarkan dalam tempoh separuh
tahun pertama.
Menyediakan produk tambah nilai
yang relevan.
Pengguna yang memilih produk-produk Nestlé bukan
saja diberi jaminan tentang keselamatan dan kualitinya,
malah produk kami kini lebih seimbang dari segi khasiat
pemakanan dengan tambahan manfaat kesihatan.
Strategi Nestlé adalah berdasarkan penyediaan produk
yang terbukti lebih baik dari segi pilihan pengguna
dan nilai pemakanan berbanding saingannya dan ini
berasaskan pada proses pengujian produk tersendiri
digelar 60/40+ yang membantu untuk menambah baik
rasa dan nilai pemakanan produk secara berterusan,
seterusnya menyumbang kepada penguasaan bahagian
pasaran dan meningkatkan keuntungan. Kami terus
meneliti kandungan khasiat pemakanan produk kami,
mengurangkan komponen yang sensitif kepada kesihatan
umum seperti garam, gula dan asid lemak trans dan
menambah bahan lain yang dianggap positif untuk
kesihatan seperti kalsium, zat besi, bijian penuh
dan serat.
Pelaburan berterusan dalam R&D
dan kerjasama dengan komuniti
saintifi k untuk meningkatkan
kepimpinan kami menerajui bidang
Makanan, Pemakanan, Kesihatan
dan Kesejahteraan.
Asas Pemakanan – menaik taraf
bagi manfaat pengguna
Pada tahun 2005, Nestlé Malaysia memulakan langkah
untuk menilai profi l pemakanan portfolio produknya
secara menyeluruh dan dengan mengetahui profi l
pemakanan setiap produk Nestlé, kami berupaya
untuk terus mengoptimumkan komposisi khasiat
pemakanannya. Dari sini, kami telah menghasilkan Mi
MAGGI TASTYLITE yang mengandungi kandungan
lemak yang lebih rendah dengan menggunakan teknologi
pengeringan udara dan rangkaian minuman kurang
manis seperti MILO. Produk yang mencapai status
Asas Pemakanan Nestlé mewakili pilihan tepat apabila
pengguna memilih untuk mengambilnya dalam konteks
diet yang seimbang. Produk makanan atau minuman akan
hanya mencapai status Asas Pemakanan Nestlé apabila
semua faktor pemakanannya memenuhi kriteria untuk
kategori masing-masing.
Untuk menghasilkan lebih banyak
produk yang memenuhi status Asas
Pemakanan, dan memperbaharui
produk sedia ada.
SASARAN DAN PENCAPAIAN
54 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Produk Berposisi Popular (PPP)
– rangkaian produk pada harga
berpatutan dengan khasiat
pemakanan dan rasa yang enak.
Pada tahun 2008, Nestlé telah memperkenalkan
rangkaian produk digelar PPP iaitu hasil daripada
pemahaman mendalam tentang pengguna + sains =
menyediakan produk berkualiti tinggi dengan khasiat
pemakanan yang baik yang mampu dimiliki pengguna
setiap hari. Produk-produk dirumus berasaskan
pertimbangan setempat: peraturan makanan, masalah
kekurangan khasiat pemakanan yang dihadapi,
keprihatinan penjagaan kesihatan umum.
Untuk memperkenalkan lebih
banyak PPP.
Komunikasi dengan media Bengkel media tahunan dianjurkan untuk wakil media
berbincang mengenai isu berkaitan Pemakanan,
Kesihatan dan Kesejahteraan.
Terus berinteraksi dan
memaklumkan media mengenai
perkembangan terkini dari segi
Makanan, Pemakanan, Kesihatan
dan Kesejahteraan.
Komunikasi dengan pengguna Bagi berinteraksi dengan proaktif dengan para pengguna,
Pusat Khidmat Pengguna Nestlé berkomunikasi dengan
pengguna menerusi panggilan telefon, e-mel, kunjungan
bersemuka dan surat menyurat. Pada tahun 2008, Pusat
berkenaan menerima lebih daripada 20,000 hubungan
dengan pengguna dengan bilangan pertanyaan yang
tinggi (78.9%) khususnya disebabkan skandal melamin
di China dan pelancaran produk baru Nestlé. Nestlé
berjaya memberi jaminan kepada ramai ibu bapa dan
pengguna yang prihatin mengenai keselamatan produk
Nestlé sepanjang krisis melamin. Kebanyakan pertanyaan
juga diterima mengenai topik berkaitan kesihatan dan
pemakanan bagi bayi, kanak-kanak dan warga emas.
Pusat Hubungan Pengguna Nestlé, yang dianggotai
oleh pakar pemakanan dan pakar teknologi produk
berkelayakan sedia membantu pengguna berhubung
pertanyaan mereka.
Tahap perkhidmatan yang
baik dicapai menerusi waktu
maklumbalas dan analisis
perubahan yang pantas yang
membantu mengembalikan
keyakinan pengguna dalam
kualiti produk Nestlé. Ia juga
mempamerkan keseriusan kami
untuk memastikan pengguna
berpuas hati dan kami akan terus
melipat gandakan usaha.
Komunikasi dengan pihak
berkepentingan
Melibatkan diri bersama pihak berkepentingan untuk
mengumpulkan maklum balas mengenai produk
dan perkhidmatan Nestlé menerusi pelbagai saluran
– kumpulan fokus, kajian pengunjung di Pameran Nestlé
Menjana Khasiat Rakyat Malaysia, dialog berterusan
bersama NGO dan pemimpin pendapat menerusi
perjumpaan pihak berkepentingan.
Kami akan terus meningkatkan
usaha untuk berkomunikasi dengan
pihak berkepentingan menerusi
pelbagai saluran dan mengambil
tindakan sewajarnya mengikut
maklum balas yang diterima.
SASARAN DAN PENCAPAIAN
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 55
Sasaran kami Pencapaian kami setakat ini Menuju kehadapan
Menyediakan Kesegaran ‘Menyediakan Kesegaran’ adalah Amalan Terbaik Nestlé
yang disepadukan ke dalam proses perniagaan seharian
dan dijajarkan secara fungsi silang. Matlamat utama
adalah membentuk pengurusan berkesan dan cekap
bagi jangka hayat produk di seluruh perniagaan untuk
menyediakan kesegaran produk menurut piawaian fi zikal.
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk kesegaran adalah
Indeks Kesegaran Inventori di mana kami mengukur
‘% jangka hayat selebihnya’ sebagai piawaian dan
menetapkan pertambahan sasaran global bagi memantau
prestasi dan penambahbaikan untuk menyalurkan
strategi Kesegaran. Sasaran Kesegaran Nestlé Malaysia
ditetapkan pada 95%, berdasarkan jumlah nilai stok
‘>80% Jangka Hayat Selebihnya’ untuk produk Keluaran
Tempatan dan ‘>70% Jangka Hayat Selebihnya’
untuk produk import. Tempoh “segar” adalah “waktu
dalam minggu dari tarikh pengeluaran ketika produk
mengekalkan ciri positifnya dari segi luaran, rasa dan
tekstur seperti ukuran dibuat oleh Penyelidikan Saintifi k
dan Teknikal Nestlé.
Kami akan terus meningkatkan
tahap dalam mencapai kesegaran
kami, untuk manfaat pengguna.
Menguruskan Isu Melamin Pada bulan September 2008, beberapa syarikat di China
telah dikaitkan dengan skandal membabitkan susu
dan makanan bayi yang dicemari dengan melamin,
mengakibatkan krisis makanan global dan memusnahkan
kepercayaan pengguna. Sejak awal krisis ini, produk
Nestlé adalah antara produk yang diisytiharkan selamat
digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam
menangani krisis ini, Nestlé amat bernasib baik kerana
mempunyai warga kerja yang cekap dan profesional,
melaksanakan sistem Kualiti yang padu di seluruh
rantaian makanan, dari ladang sehingga ke pasaran
dan mempunyai Jawatankuasa Krisis berstruktur yang
membolehkan Syarikat memantau dan bertindak terhadap
isu berkenaan secara berhati-hati dalam pasaran, dengan
media tempatan, bekerjasama dan melibatkan diri dengan
pihak berkuasa serta pelanggan dan pengguna kami.
Menuju ke hadapan, Nestlé akan
terus menambah baik piawaian
keselamatan dan kualiti di
seluruh rantaian bekalan untuk
mengurangkan sebarang risiko
krisis makanan seumpamanya.
SASARAN DAN PENCAPAIAN
56 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Jaminan Luaran - Penganugerahan
Tahun di dalam ulasan merupakan satu tempoh di mana Nestlé
(Malaysia) Berhad menerima pelbagai anugerah, terutama di
dalam laporan sosial. Anugerah yang diterima sepanjang tahun
menjadi pemangkin agar Syarikat terus memacu ke hadapan dalam
usahanya untuk mencapai kecemerlangan dan Penciptaan Nilai
Bersama dalam segala apa yang kami lakukan.
1. ACCA MESRA
Nestlé memenangi anugerah Laporan Sosial ACCA Mesra
bagi laporan Tanggungjawab Korporat
Nestlé (Malaysia) Berhad memenangi anugerah tersebut di
majlis Malaysia Environmental and Social Reporting Awards
(MESRA) 2007 anjuran Association of Chartered Certifi ed
Accountants (ACCA) dalam kategori Laporan Sosial.
Nestlé mengatasi 44 buah syarikat lain dengan laporan
Tanggungjawab Korporat yang pertama diterbitkan, dan diberi
pujian berdasarkan kriteria berikut:
- berjaya menunjukkan integrasi pertumbuhan mampan di
dalam strategi perniagaan
- menerangkan dengan jelas makna pertumbuhan mampan
bagi Syarikat
- mengenalpasti dan menerangkan impak sosial yang utama
dan isu-isu yang timbul dari operasi perniagaannya
- segala usaha dilengkapi dengan sasaran kemampanan,
pencapaian dan tindakan susulan.
- melibatkan diri dengan pihak berkepentingan
Anugerah tahunan ini bertujuan untuk menggalakkan pelaksanaan
pelaporan amalan yang mampan (atau tanggungjawab korporat)
di kalangan syarikat di Malaysia; di mana warga korporat digalakkan
untuk memberi laporan tentang impak operasi perniagaan mereka
kepada alam sekitar dan masyarakat setempat di mana mereka
beroperasi.
2. Anugerah StarBiz-ICRM
Nestlé Memenangi Dua Anugerah di majlis Anugerah
StarBiz-ICRM yang diadakan buat julung kalinya
Sebanyak tujuh buah syarikat diberi penghargaan di dalam majlis
tersebut anjuran StarBiz dan Institut Tanggungjawab Korporat
Malaysia kerana mempamerkan tanggungjawab korporat
(CR) yang cemerlang. Nestlé menerima dua anugerah, dalam
kategori ‘Komuniti’ bagi program mentor bersama IKS dan
‘Pasaran’ menerusi inovasi dan renovasi berterusan rangkaian
produk kami dan mengurangkan gula, sodium dan lemak.
Kami juga diberi penghargaan dalam usaha untuk membina
masyarakat yang lebih sihat dengan memperkenalkan Kompas
Pemakanan Nestlé, inisiatif pertama seumpamanya di dunia
oleh mana-mana syarikat.
Para pemenang dihakimi dalam empat kategori – Pasaran,
Tempat Kerja, Alam Sekitar dan Komuniti.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 57
3. Syarikat Paling Dikagumi
Nestlé Malaysia adalah Syarikat Paling Dikagumi
di Malaysia
Nestlé (Malaysia) Berhad mendapat tempat tersohor sebagai
pemenang keseluruhan bagi syarikat paling dikagumi di
Malaysia dalam tinjauan Asia 200 oleh Wall Street Journal Asia.
Dalam tinjauan yang sama, Kumpulan disenaraikan No. 1 dalam
kategori reputasi korporat, kualiti produk dan perkhidmatannya;
dan No. 3 bagi inovasi.
Tinjauan yang melibatkan 2,447 orang eksekutif dan profesional
yang dijalankan oleh fi rma penyelidikan pasaran Colmar Brunton
di 12 negara Asia-Pasifi k mendedahkan bahawa Nestlé Malaysia
dipilih kerana evolusi inovatif jenama Nestlé di Malaysia dalam
posisi kami sebagai pengeluar makanan Halal terulung dan
pendekatan unik terhadap tanggungjawab korporat. Selain itu,
Syarikat juga diberi pujian atas pengurusan masa yang bijak
dalam memberi respon berkenaan aktiviti meletakkan harga,
kos dan promosi.
4. Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG/The Edge 2007
Di majlis Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG/The Edge
2007, Nestlé (Malaysia) Berhad muncul sebagai peneraju
industri makanan dan minuman, berada di tempat kedua
dalam segmen Kumpulan Pengguna dan tempat ketujuh
dalam penilaian keseluruhan tentang pulangan nilai kepada
pemegang saham. Anugerah yang masuk tahun ke-tujuh ini
bertujuan untuk memberi penghormatan kepada syarikat yang
disenaraikan di Bursa Malaysia yang telah memberi pulangan
nilai yang cemerlang kepada pemegang saham.
5. Anugerah NACRA
Nestlé Menerima Dua Hadiah Emas di majlis NACRA 2008
Nestlé (Malaysia) Berhad menerima anugerah di dalam
dua kategori di majlis Anugerah Laporan Tahunan Korporat
Kebangsaan (NACRA) 2008. Syarikat memenangi anugerah
emas bagi kategori Rekabentuk Laporan Tahunan Korporat
Terbaik dan Tanggungjawab Korporat dan Sosial Terbaik (CSR).
Majlis tahunan yang dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia
Berhad, Malaysian Institute of Accountants (MIA), Malaysian
Institute of Management (MIM) dan Malaysian Institute of
Certifi ed Public Accountants (MICPA) bertujuan untuk memberi
penghargaan kepada amalan laporan tahunan korporat yang
cemerlang.
6. Sahabat IKS
IKS Mengiktiraf Usaha Nestlé
Nestlé turut memenangi Anugerah Pengiktirafan IKS dalam
kategori sahabat IKS di majlis makan malam tahunan oleh
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bertempat di Pusat
Konvensyen Pameran Antarabangsa MINES pada 13 Disember
2008.
58 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Tadbir Urus Korporat
Nestlé sememangnya komited terhadap piawaian tertinggi dalam
tadbir urus korporat. Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan setiap individu
adalah bertanggungjawab secara langsung kepada pemegang
saham dan pemegang berkepentingan untuk memastikan bahawa
tadbir urus yang baik dijanjikan dan diamalkan di setiap peringkat
operasi Syarikat termasuk hubungan dengan pihak ketiga. Dokumen
yang menjadi bimbingan termasuk “Prinsip-prinsip Perniagaan
Korporat Nestlé” dan “Kod Pembekal Nestlé”. Syarikat telah
menerapkan “Prinsip-prinsip Tadbir Urus Korporat Nestlé” milik
syarikat pemegangnya, Nestlé S.A. Vevey, Switzerland sebagai
amalan terbaik dalam tadbir urus korporat.
Prinsip-prinsip tadbir urus korporat merangkumi empat bahagian,
seperti berikut:
• hak dan tanggungjawab para pemegang saham
• layanan saksama kepada para pemegang saham
• tugas dan tanggungjawab para pengarah
• pendedahan dan ketelusan
Prinsip-prinsip ini adalah sejajar dengan Bahagian 1 dan Bahagian
2 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dan perenggan 15.26 serta
15.27 atau syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities
Berhad.
Nota: Kenyataan penuh mengenai Tadbir Urus Korporat
disiarkan dalam Laporan Korporat Nestlé 2008.
“Ianya adalah satu langkah yang berani bagi Nestlé Malaysia
untuk menerapkan perbincangan bersama pihak berkepentingan
di dalam operasi. Ianya adalah satu forum untuk merunding,
mengkritik, memuji dan membina (4C) nilai-nilai perniagaan dan
tingkahlaku. Perbincangan dua hala yang jujur, telus dan proaktif
dengan pihak berkepentingan membolehkan kita menetapkan
keutamaan dan bertindak sebagai pengimbang bagi memastikan
sesuatu syarikat kekal releven kepada orang awam. Saya
berharap Nestlé Malaysia, salah seorang ahli pengasas Business
Ethics Institute Malaysia, akan menggiatkan lagi aktiviti-aktiviti
yang melibatkan pihak berkepentingan seperti Pameran Nestlé
Menjana Khasiat Rakyat Malaysia dan dialog yang berterusan
dengan pelbagai pihak termasuklah rakan niaga, pembekal, dan
pihak Kerajaan bagi menegakkan dan meningkatkan piawaian
tertinggi dalam tingkahlaku beretika dan tadbir urus korporat
yang secara tradisi memang diamalkan olehnya.”
Dr. Zainal Abidin bin Abdul Majid
Pengerusi, Business Ethics Institute of Malaysia
58 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 59
Prestasi dan Pematuhan
Tahun Kalendar
2008 2007 2006 2005 2004
Sepanjang tahun
Tertinggi - RM 32.00 32.00 26.00 25.75 24.30
Terendah - RM 25.50 23.40 21.40 23.00 21.00
2004
RM
2005 2006 2007 2008
18.0
21.5
25.0
28.5
32.0
Harga Saham (Bursa Malaysia) - Tutup
Berdasarkan harga tutup akhir bulan
60 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
PRESTASI DAN PEMATUHAN
2008
RM’000
2007
RM’000
2006
RM’000
2005
RM’000
2004
RM’000
Jumlah Jualan 3,877,068 3,416,028 3,275,541 3,127,441 2,901,183
Perolehan / Aliran Tunai
Untung sebelum cukai 441,353 395,298 363,285 331,253 297,209
% jumlah jualan 11.4% 11.6% 11.1% 10.6% 10.2%
Untung selepas cukai & kepentingan minoriti 340,887 292,042 264,219 266,819 220,408
% jumlah jualan 8.8% 8.5% 8.1% 8.5% 7.6%
Dividen dibayar & dicadangkan (bersih) 448,341 266,889 234,500 199,794 188,069
Susut nilai harga tetap 74,124 71,327 69,776 72,482 71,149
Aliran tunai (keuntungan
+ susut nilai + pelunasan) 416,302 371,355 341,412 351,679 305,243
% jumlah jualan 10.7% 10.9% 10.4% 11.2% 10.5%
Perbelanjaan modal 188,055 102,640 79,065 75,458 62,056
Harta Digunakan
Harta tetap (bersih) 633,526 520,124 491,696 476,177 525,562
Bayaran sewa beli terdahulu (bersih) 4 52,933 53,968 55,003 56,038 –
Syarikat bersekutu 3,242 3,600 3,417 3,212 2,894
Harta tidak ketara 61,024 61,280 66,342 72,724 84,067
Aset cukai tertunda 3,980 2,631 6,709 10,033 2,903
Penghutang, deposit & pembayaran prabayar 23,814 22,194 19,414 – –
Harta semasa bersih 4 (148,575) 69,592 133,568 106,957 (84,998)
Jumlah 629,944 733,389 776,149 725,141 530,428
Dibiayai Oleh
Modal saham 234,500 234,500 234,500 234,500 234,500
Rizab 281,255 402,759 324,606 289,552 217,035
Jumlah dana pemegang saham 515,755 637,259 559,106 524,052 451,535
Cukat tertunda 56,801 50,630 45,558 32,683 32,566
Kepentingan minoriti – – – – –
Tanggungan faedah persaraan 54,698 40,321 64,277 63,929 46,327
Pinjaman 2,690 5,179 107,208 104,477 –
Jumlah 629,944 733,389 776,149 725,141 530,428
Sesaham
Harga pasaran 3 (RM) 27.00 26.25 24.80 24.30 23.10
Perolehan 1 (sen) 145.37 124.54 112.67 113.78 94.00
Nisbah harga perolehan 18.57 21.08 22.01 21.36 24.58
Dividen (bersih) (sen) 191.19 113.81 100.00 85.20 80.20
Kadar hasil dividen (%) 7.1 4.3 4.0 3.5 3.5
Lindungan dividen 1 (bil.) 0.8 1.1 1.1 1.3 1.2
Dana pemegang saham (RM) 2.20 2.72 2.38 2.23 1.93
Harta ketara bersih 2 (RM) 1.94 2.46 2.10 1.92 1.57
Personnel (bil.) 5,293 4,685 4,151 3,818 3,750
Kilang (bil.) 7 7 7 7 7
Nota :
1. Perolehan sesaham dan lindungan dividen adalah berdasarkan keuntungan selepas cukai.2. Harta ketara bersih meliputi modal saham campur rizab tolak harta tak ketara.3. Harga pasaran adalah berdasarkan harga saham pada hari urusniaga terakhir dalam bulan Disember.4. Angka-angka perbandingan untuk tahun 2006 telah diklasifi kasikan semula selaras dengan keperluan pembentangan FRS 101.
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 61
PRESTASI DAN PEMATUHAN
Perolehan Sesaham(sen)
'08'07'06'05'04
94
.0
11
3.8
11
2.7
12
4.5
14
5.4
Jumlah Jualan(RM juta)
'08'07'06'05'04
2,9
01 3,1
27
3,2
76
3,4
16
3,8
77
Dividen Bersih Sesaham(sen)
'08'07'06'05'04
80
.2 85
.2
10
0.0 1
13
.8
19
1.2
Untung Sebelum Cukai(RM juta)
'08'07'06'05'04
29
7
33
1
36
3
39
5
44
1
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 61
62 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Menyediakan laporan Penciptaan Nilai Bersama ini adalah sesuatu
yang mencabar dan memberi kepuasan; mencabar kerana setelah
memenangi Anugerah MESRA bagi Laporan Tanggungjawab
Korporat Terbaik, kami mesti memperbaiki mutu laporan bukan
sahaja untuk memenuhi kehendak kami yang tinggi tetapi juga
kehendak pihak berkepentingan; dan ianya memberi kepuasan
kerana kami dapat mengukur kemajuan yang kami capai sepanjang
12 bulan yang lalu dan menilai kekuatan dan peluang-peluang yang
boleh kami gunakan.
Jawatankuasa Tanggungjawab Korporat terdiri dari warga kerja
pelbagai bahagian dan unit perniagaan; yang telah memberi
pandangan mengikut bidang dan kepakaran masing-masing.
Laporan ini adalah hasil kerja berpasukan, bukan sahaja dari dalaman
tetapi juga dengan penglibatan rakan komunikasi kami, Westcoast
Communications dan Mutiara RTS Sdn Bhd.
Jawatankuasa sedar bahawa laporan ini mungkin tidak lengkap
tanpa pengesahan pihak ketiga dan kami berharap akan dapat
mendapatkan pengesahan ini secara rasmi di dalam laporan kami
yang akan datang.
Sementara itu, kami berharap anda akan mendapati laporan ini
berguna, menarik dan berfaedah. Kami menghargai komen dan
maklum balas anda untuk membantu kami memperbaiki lagi
laporan kami. Sila telefon, menulis surat atau hantarkan e-mel
kepada kami. Butiran bagi menghubungi kami terdapat di muka
surat seterusnya.
JAWATANKUASA TANGGUNGJAWAB KORPORAT:
Penasihat :
Sullivan O’Carroll
(Pengarah Urusan)
Pengerusi Jawatankuasa :
Tengku Marina Tunku Annuar Badlishah
(Pengarah Hal Ehwal Korporat Kumpulan dan Kesejahteraan)
Ahli-ahli Jawatankuasa :
Ariffi n Buranudeen Asrina Mohd Shariff
Elvi Sazali Jaafar Chia Wee Leng
Tengku Ida Tengku Ismail Tracy Lew
Immy Ooi Lashvinder Kaur
Marinus de Kloe Alfyan Adnan
William Kuek D. Thanaselvam
Yong Lee Keng Mike Teh
Dari Jawatankuasa Tanggungjawab Korporat
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 63
Maklumat Perhubungan Nestlé
Kami ingin memahami pandangan anda dengan lebih baik dan mendengar pendapat
anda tentang inisiatif Tanggungjawab Korporat kami. Kami ingin mengetahui apa
yang anda fi kir kami patut pertingkatkan, dan apakah kekurangan atau kelemahan
kami. Hubungi kami juga jika anda ingin memberi komen tentang produk kami,
mencadangkan produk baru, mendapatkan resipi atau inginkan nasihat berkaitan
pemakanan dari kami. Kami mahu mendengar dari anda.
Lawati laman web kami di www.nestle.com.my
Telefon kami menerusi talian percuma 1-800-88-3433
Faks kepada kami di 03-7965 6767
Tulis surat kepada kami di Nestlé Consumer Services
Nestlé House
4 Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Selangor
E-mel kami di Nourishing.Malaysia@my.nestle.com
Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W 63
64 Nestlé (Malaysia) Berhad 110925-W
Komitmen kami terhadap Malaysia tidak akan pudar dan kami akan terus memperbaiki kualiti kehidupan rakyat Malaysia melalui jenama-jenama dan produk-produk serta aktiviti-aktiviti Penciptaan Nilai Bersama kami.