KAJIAN TINDAKAN BM SUKU KATA KV + KV

106
PENDAHULUAN Membaca boleh ditakrifkan sebagai perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Membaca boleh juga dimaksudkan sebagai menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bermakna mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu. Membaca merupakan asas kepada kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf, membunyikan suku kata, membatangkan suku kata seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran membaca merupakan salah satu fokus dalam Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh murid-murid prasekolah. Menguasai kemahiran membaca 1

Transcript of KAJIAN TINDAKAN BM SUKU KATA KV + KV

PENDAHULUAN

Membaca boleh ditakrifkan sebagai perlakuan mendapatkan

maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak.

Membaca boleh juga dimaksudkan sebagai menyuarakan

tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan

memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bermakna

mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta

melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan

itu.

Membaca merupakan asas kepada kejayaan seseorang murid.

Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan

menyebut huruf, membunyikan suku kata, membatangkan suku

kata seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran

membaca merupakan salah satu fokus dalam Tunjang

Komunikasi Bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh

murid-murid prasekolah. Menguasai kemahiran membaca1

bukan sekadar membantu kanak-kanak lebih berjaya

menguasai tunjang-tunjang lain tetapi juga membantu

meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan

sosial dengan lebih baik. Kajian ini dijalankan bertujuan

menambahbaik amalan pengajaran pengkaji untuk membantu

murid meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata

terbuka kv + kv bagi membolehkan murid-murid menguasai

kemahiran membaca yang lebih kompleks.

Pengkaji menggunakan pendekatan belajar melalui bermain

sebagai suatu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran

murid membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui

permainan ‘Dadu Berbunyi’. Permainan yang menyeronokkan

dengan suku kata yang berwarna-warni diharapkan dapat

menarik minat responden untuk meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu

Pengkaji adalah seorang guru prasekolah yang ditugaskan

mengajar murid-murid prasekolah di sebuah sekolah

2

Kementerian Pelajaran Malaysia di Pulau Pinang. Setelah

masuk minggu ke tujuh sesi persekolahan, pengkaji dapati

masih terdapat beberapa orangg murid tidak dapat

menguasai kemahiran membatangkan dua suku kata mudah yang

terdiri daripada pola kv + kv. Mereka kelihatan seperti

memencilkan diri dan tidak berminat apabila aktiviti

membaca dijalankan.

Dalam pemerhatian pengkaji, responden ini sudah

menguasai kemahiran mengenal huruf vokal dan huruf

konsonan dan boleh membunyikan suku kata tunggal kv

dengan betul. Tetapi apabila digabungkan dua suku kata

kv + kv untuk membentuk perkataan, mereka mengalami

kesukaran membatangkannya dengan tepat. Mereka sering

lupa bunyi suku kata pertama semasa mahu membatang dua

suku kata tersebut. Pengkaji pernah mengguna kaedah

latih tubi dengan meminta responden mengeja dan

membatangkan suku kata pertama secara berulang-ulang di

ikuti dengan suku kata kedua. Namun, apabila diminta

untuk membatang dua suku kata tersebut, responden masih

gagal membatangkannya dengan betul. Kegagalan kanak-

3

kanak membatangkan suku kata mudah kv + kv ini, akan

mengakibatkan mereka sukar menguasai kemahiran membaca

yang lebih sukar.

Berdasarkan pemerhatian tingkah laku murid semasa sesi

aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung,

pengkaji mengesan seramai 10 orang daripada 25 orang

murid di dalam kelas, lemah dalam kemahiran membatangkan

dua suku kata kv + kv. Pengkaji merasakan kemungkinan

terdapat faktor kelemahan diri pengkaji sendiri yang

menyumbang kepada isu yang dbincangkan ini. Pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji gunakan,

mungkin mungkin bersifat tradisional dan tidak berjaya

menarik dan mengekalkan minat murid untuk meningkatkan

kemahiran membatangkan suku kata kv + kv ini. Apabila

pendekatan dan strategi yang pengkaji gunakan kurang

mantap maka ianya tidak mampu merangsang murid menguasai

kemahiran membatangkan suku kata. kv + kv.

4

Bertitik tolak daripada kesedaran ini, pengkaji telah

mengambil tindakan dengan membuat penambahbaikan amalan

pengajaran pengkaji untuk membantu murid meningkatkan

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv+ kv. Pengkaji

perlu memperbaiki kelemahan pada diri sendiri dengan

membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih

efektif supya responden dapat menguasai kemahiran yang

diperkatakan ini.

Pengkaji telah menerapkan mekanisme yang dapat merangsang

dan mengekalkan minat murid untuk meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv ini dengan

bersumberkan kepada pendapat Rabven (1977) yang

menyatakan apabila murid-murid tidak berminat dalam mata

pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat

mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat

belajar dan akan melakukan apa jua yang terlintas dalam

fikiran mereka.

5

Adalah menjadi tanggungjawab pengkaji sebagai seorang

pendidik untuk melakukan penambahbaikan dalam amalan

pengajaran untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku

ka terbuka kv + kv di kalangan responden.

Refleksi Sorotan Literatur

Pengkaji telah memilih pendekatan belajar melalui bermain

bagi meningkatkan kemahiran murid membatangkan suku kata

terbuka kv + kv kerana bermain adalah fitarah semula jadi

kanak-kanak. Permainan adalah suatu gerak kerja

rangsangan yang menggembirakan seseorang disamping dapat

membantu perkembangan fizikal dan mental individu

tersebut. Justeru itu, melalui permainan Dadu Berbunyi

ini dapat merangsang kognitif kanak-kanak membatangkan

suku kata yang dibaca.

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai

sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan

kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

6

Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin

akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap

sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan

yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga

bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan

semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990)

Sigmun Freud ( 1968 ) memandang main sebagai suatu cara untuk

mengurangkan emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan

melepaskan tindakan dalam dunia khayalan. Maka, main

memainkan peranan yang penting dalam perkembangan emosi dan

sosial kanak-kanak. Begitu juga dengan Jean Piaget (1962)

yang berpendapat bahawa tujuan main ialah menggerakkan

perkembangan kognitif kanak-kanak di samping

memperkukuhkan pembelajaran yang baru dijalankan dalam

suasan yang tenang.

Vygotsky (1967), “Main membantu perkembangan bahasa dan

pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui

penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam

pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada

kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi

dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal

7

situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka

dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang

tinggi melalui bermain”.

Melalui pendekatan ini juga, akan mendatangkan

keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu

pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga

kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan

kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi

perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.   Neuman dan

Copple (2004) melihat hubungan bermain dengan kemahiran

literasi yang melibatkan simbol, struktur bunyi dan bahan

bercetak. Kemahiran bahasa dan literasi dapat dipupuk

melalui permainan bunyi bahasa, simbol-simbol dan konsep

bahan bercetak.

Cristie dan Roskos (2009) juga berpendapat kebanyakan

kanak-kanak mampu mengenal pasti perkataan bertulis

semasa mereka bermain. Pengajaran dan pembelajaran bahasa

melalui bermain jelas dapat meningkatkan kemahiran bahasa

8

dan literasi kanak-kanak. Menurut Caplan dan Caplan

(1973), main sebagai penentu penting bagi perkembangan

kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,

perkembangan sosial dan intelek di samping dapat

memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan

ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi

pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan

kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam

pelbagai cara.

Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman

pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi

keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui

aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar

tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di

sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan. Apabila

kanak-kanak seronok belajar sesuatu perkara, mereka terus

berminat untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran,

kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara menjadi semakin

baik.

9

Wardle (2008) menyatakan bermain dapat merangsang fungsi-

fungsi otak dan domain pembelajaran berintegrasi antara

satu sama lain secara semula jadi. Hal ini tidak berlaku

semasa pengajaran secara langsung yang dilakukan guru.

Kajian Sharifah Nor et al. (2009) yang melihat pendekatan

aktiviti permainan dari segi perkembangan kognitif

mendapati kanak-kanak teruja dengan aktiviti permainan,

terlibat secara aktif, berasa seronok dan kreatif.

Aktiviti bermain adalah penting dalam pengajaran dan

pembelajaran terutamanya bahasa. Christie dan Roskos

(2009) berpandangan terdapat hubungan aktiviti bermain

dengan persekitaran permainan dalam pemupukan kemahiran

literasi.

Rudolf Steiner, pengasas Pendekatan Waldorf berpandangan

pendidikan formal tidak sesuai untuk kanak-kanak, malah

kanak-kanak perlu digalakkan bermain dan meneroka

imiginasi mereka (Roopnarine & Johnson 2005). Dari aspek

10

perkembangan sosial, kurikulum Waldorf percaya kanak-

kanak belajar kemahiran bersosial dan berinteraksi dalam

kumpulan rakan sebaya melalui bermain. Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSKP) 2010 memfokuskan

pembelajaran berpusatkan kanak-kanak dan antara fokus

utamanya ialah pembelajaran melalui bermain (KPM 2010).

Dalam KSPK, aktiviti belajar melalui bermain amat

digalakkan sama ada di dalam atau pun di luar bilik

darjah.

Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan

bermain bagi kanak-kanak kerana dengan bermain, kanak-kanak

boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka di samping

menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Beliau juga

menyatakan bahawa bermain boleh mendatangkan kegembiraan,

kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Jerome Singer

(Spodek,1987) menganggap “imaginative play” sebagai usaha

kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental

mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat

bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang

boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi

masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.

11

Pengkaji menetapkan pendekatan belajar melalui bermain

sebagai landasan kepada peningkatan penguasaan murid

dalam kemahiran membatangkan suku kata kv + kv kerana

apabila keseronokan murid dapat dipancing, mereka akan

terlibat secara aktif, serta dapat mengekalkan tumpuan

pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung sekaligus membantu mereka menguasai

kemahairan yang dipelajari secara tidak langsung.

FOKUS KAJIAN

12

Walaupun murid-murid ini telah menguasai kemahiran

mengenal abjad kecil dan abjad besar serta boleh

membunyikan suku kata tunggal kv, tetapi mereka masih

lemah dalam kemahiran membatangkan terus dua suku kata kv

+ kv untuk membentuk perkataan mudah. Apabila perkataan

yang terdiri daripada pola kv + kv diberikan, meraka

dapat mengeja dengan betul. Tetapi apabila hendak

membatangkannya menjadi perkataan, mereka lupa bunyi suku

kata yang pertama menyebabkan mereka tidak dapat

membatangkan perkataan itu dengan tepat.

Murid-murid ini juga tidak menunjukkan minat ataupun

dapat mengekal minat mereka dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran kerana penyelidik mendapati mereka tidak

memberi fokus apabila penyelidik sedang mengajar. Keadaan

ini kalau dibiarkan, akan membuatkan masalah ini semakin

rumit yang akan membawa kepada kesukaran untuk menguasai

kemahiran membatangkan suku kata yang lebih sukar.

Penyelidik akan memberi penekanan dan fokus pada masalah

ini kerana pengkaji bimbang kegagalan penguasaan

kemahiran membaca yang asas dan mudah ini di kalangan

13

responden akan memberi impak negetif terhadap penguasaan

kemahiran membaca yang lebih kompleks.

Tinjauan Masalah

Pengkaji telah melakukan pemerhatian ke atas tingkah laku

murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran

sepanjang bulan Februari dan Mac. Hasil daripada

pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati responden

sudah mengenal huruf konsonan dan huruf vokal. Responden

juga sudah boleh membunyikan suku kata tunggal kv

seperti ‘ba bi bu be be bo. Namun begitu responden

masih belum menguasai kemahiran untuk membantangkan dua

suku kata kv + kv untuk membentuk perkataan yang

mempunyai maksud. Keadaan ini disebabkan responden sering

lupa bunyi suku kata awal apabila hendak membatangkan

perkataan tersebut. Kesan daripada kegagalan menguasai

kemahiran ini, responden gagal menguasai kemahiran

14

membatangkan perkataan yang mempunyai dua suku kta kv +

kv.

Ujian pra telah dijalankan kepada semua responden yang

terlibat untuk mengetahui sejauh mana mereka dapat

menguasai kemahiran membatangkan dua suku kata kv + kv.

Setelah dianalisa keputusannya, pengkaji mendapati,

majoriti responden gagal menguasai kemahiran membatangkan

dua suku kata kv + kv untuk membentuk perkataan yang

mempunyai maksud dengan betul.

Pengkaji juga telah melaksanakan temubual ringkas, tidak

berstruktur dan separa struktur terhadap responden yang

didapati belum menguasai kemahiran yang ditetapkan dan

temubual dengan ibu atau bapa mereka.

Analisa Tinjauan Masalah

15

Hasil daripada analisa pemerhatian, temubual dan ujian

pra semasa tinjauan awal dijalankan, pengkaji dapati

sepuluh orang murid prasekolah mengalami masalah

menguasai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv +

kv menggunakan kaedah mengeja dan membatang secara terus.

Kelemahan ini telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran agak terganggu kerana responden tidak dapat

membatangkan suku kata yang dimaksudkan setelah diajar

oleh guru. Keadaan ini membuatkan responden tidak mampu

mempelajari atau membatangkan perkataan yang lebih sukar.

Pengkaji juga khuatir berlaku penarikan diri dikalangan

responden ini disebabkan rasa rendah diri dan malu kerana

tidak dapat membaca. Pengkaji mempunyai keinginan

memperbaiki kelemahan pengajaran bagi memasti responden

menguasai kemahiran yang ditetapkan.

Menjadi tanggungjawab pengkaji seorang guru memainkan

peranan untuk membantu responden dengan menyediakan

pendekatan pembelajaran yang dapat membantu mereka

16

mengatasi masalah dalam kemahiran yang dimaksudkan ini.

Melalui masalah yang telah dikenalpasti, penyelidik telah

mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam

membantu responden menguasai kemahiran membatangkan dua

suku kata terbuka kv + kv. Penyelidik telah menjalankan

kajian tindakan ini melalui permainan yang diberi nama

‘Dadu Berbunyi’ untuk membantu respoden meningkatkan

kemahiran membatangkan suku kata kv + kv. Kajian ini

dilakukan untuk memastikan responden dapat menguasai

salah satu kemahiran 4M iaitu membaca dengan baik.

Tindakan ini perlu dilaksanakan bagi mengelakkan

responden menghadapi masalah dan kesulitan yang

berterusan dalam pembelajaran pada masa akan hadapan.

Permainan yang melibatkan penggunaan dadu sudah tidak

asing lagi kepada kanak-kanak seusia dengan murid

prasekolah. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak sudah

biasa dengan permainan dam, dam ular, dam tangga dan

sebagainya di mana dadu adalah alat penting dalam

permainan. Pengkaji telah menambah elemen bunyi pada

dadu tersebut supaya dapat menarik dan mengekalkan minat

17

serta tumpuan murid dalam aktiviti yang dijalankan

disamping memberi rasa seronok kepada mereka. Hal ini

demikian adalah kerana semua kanak-kanak sangat tertarik

kepada bunyi-bunyian.

Tujuan kaedah ini dipilih adalah untuk melihat sejauh

mana pendekatan belajar melalui bermain ‘Dadu Berbunyi’

ini membantu responden dalam meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata kv + kn seperti yang dinyatakan

oleh Friedrich Frobel (1852), perkembangan kanak-kanak

akan meningkat sekiranya aktiviti dijalankan dalam bentuk

bermain.

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

18

Selepas kajian ini selesai dijalankan, responden diharap

akan mencapai objektif seperti berikut:

1. Pendekatan belajar melalui bermain ‘Dadu Berbunyi’

dapat membantu murid menguasai kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

2. Mengekalkan minat belajar membatang suku kata

terbuka kv + kv melalui pendekatan belajar melalui

bermain ‘Dadu Berbunyi’.

3. Meningkatkan prestasi membatangkan suku kata terbuka

kv + kv melalui pendekatan belajar melalui bermain

permainan ‘Dadu Berbunyi’.

SOALAN KAJIAN

Persoalan kajiaan yang ingin dikaji adalah seperti

berikut:

1. Adakah responden dapat meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv menggunakan

pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’.19

2. Adakah responden dapat mengekalkan minat dan focus

semasa belajar membatangkan suku kata terbuka kv +

kv melalui pendekatan belajar melalui bermain.

3. Adakah responden dapat meningkatkan pencapaian

membatangkan suku kata kv + kv menggunakan

pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’.

Batasan Kajian

1. Dapatan kajian terbatas kepada kumpulan responden

yang dikaji. Ia tidak bertujuan untuk

digeneralisasikan kepada kumpulan murid yang lain.

2. Tahap peningkatan kemahiran membatangkan suku kata

yang dimaksudkan terbatas kepada pencapaian

responden dalam ujian pra dan ujian pasca yang

dijalankan oleh pengkaji terhadap responden.

20

Kepentingan Kajian

Berdasarkan masalah kajian dan objektif kajian di atas,

perlulah kajian dibuat bagi melihat kesan pendekatan belajar

melalui bermain permainan Dadu Berbunyi dalam membantu‘ ’responden meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata kv +

kv. Ia sekaligus dapat membantu penyelidik untuk menarik minat

responden serta mengekalkan tumpuan mereka dalam aktiviti

pembelajaran yang akan membawa kepada peningkatan prestasi

dan objektif pembelajaran dapat dicapai.

Bermain sambil belajar akan mendatangkan keseronokan dan

hiburan serta merangsang individu mempelajari sesuatu

melalui cara yang aktif. Justeru itu dalam Huraian

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2003 muka surat 260 telah menghuraikan

Pendekatan Belajar Melalui Bermain yang menjadi asas

konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Penekanan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain

menjadi fitrah kanak-kanak. Aktiviti ini menggembirakan

dan memberi peluang kepada kanak-kanak membuat

penerokaan dan interaksi dengan persekitaran.

21

Definisi Istilah

Bahagian ini akan cuba menjelaskan beberapa konsep

penting atau istilah penting berhubung dengan kajian

yang dijalankan. Istilah-istilah atau konsep-konsep yang

dimaksudkan itu ialah:

Main

Main ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti yang

memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak

tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain

perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan

sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap

sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah

pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan

tertentu.

22

Bermain

Mengikut Kamus Dewan (edisi Ketiga) pula, bermain adalah

melakukan sesuatu untuk bersenang atau bersuka.

Permainan

Permainan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Allessi &

Trollip (1991) permainan ialah suatu aktiviti yang

melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal.

Permainan mampu untuk mewujudkan suatu suasana yang dapat

merangsangkan pembelajaran atau penguasaan sesuatu

kemahiran.

Belajar melalui bermain

Belajar Melalui Bermain adalah satu teknik pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui

23

teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan

kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang

hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan

dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan

penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan

tatabahasa.

Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting

dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat

masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam

perkembangan hidup seseorang individu selain daripada

pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia,

program pendidikan prasekolah adalah satu program

pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4

hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara

formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan

Kurikulum Prasekolah, 1998).

24

Ujian pra

Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua

sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum

kajian dijalankan.

Ujian pasca

Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh

semua sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

diakhir kajian dijalankan.

Minat

Menurut Mok Soon Sang (2003) seseorang murid yang mempunyai

minat dan sikap positif terhadap pembelajaran akan menumpukan

perhatiaannya terhadap aktiviti pengajaran guru.

25

Ujian rintis

Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada

kumpulan murid yang tidak terlibat dalam kajian untuk

menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.

Murid Prasekolah.

Murid prasekolah adalah kumpulan kanak-kanak yang terdiri

daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur di

dalam lingkungan 4 + dan 5 + tahun.

26

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini difokuskan kepada 10 daripada 25 orang murid

Prasekolah Bestari 1, Sekolah Kebangsaan Padang Tembak,

Air Itam, Pulau Pinang. Responden berumur 6 tahun.

Responden ini terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan

4 orang murid perempuan. Tujuh orang responden berbangsa

Melayu dan tiga orang responden berketurunan India.

Keseluruhan responden bersikap seperti memencilkan diri

dan tidak memberi perhatian semasa pengkaji mengajar di

dalam kelas. Dua orang daripada enam orang responden

lelaki tidak fokos dan sering mengganggu rakan lain.

Secara keseluruhannya semua responden datang dari

keluarga yang mempunyai tahap akademik yang sederhana dan

masyarakat yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada

guru untuk memastikan kemenjadian anak mereka dalam

pelajaran. Responden adalah berprestasi sederhana dalam

menguasai kemahiran yang diajar. Responden juga datang

27

daripada keluarga taraf ekonomi yang sederhana dan

mendiami rumah pangsa di sekitar kawasan sekolah.

Namun begitu, responden ini senang diurus dan tidak

banyak memberikan masalah serta senang dikawal. Pengkaji

mewakilkan responden-responden ini sebagai R1, R2, R3,

R4, R5, R6, R7, R8, R9 dan R10.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Tajuk kajian yang dipilih setelah perbincangan dengan

penyelia ialah “Pendekatan Belajar Melalui Bermain Permainan

Dadu Berbunyi (Rujuk Lampiran F) dalam meningkatkan‘ ’kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan

oleh para penyelidik antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang

telah dibangunkan oleh Kemmis & MacTaggart (1988). Model

tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan

gelungan (cycle) seperti berikut:

28

i. Mereflek (reflect)

ii. Merancang (plan)

iii. Bertindak (action)

iv. Memerhati (observe)

Rajah 1:

Konsep kajian tindakan Kemmis adalah berasas daripada konsep

Lewin tetapi diubah suai dengan memberi perhatian khas kepada

29

penyelidikan tindakan. Kemmis menjelaskan kajian pendidikan

adalah proses berterusan tetapi terdapat gelungan-gelungan refleksi

kendiri dan perkembangan kajian. Skema kajian termasuk

perancangan, tindakan, perhatian, refleksi dan re-perancangan

sebagai asas penyelesaian masalah sendiri.

Gambar rajah menunjukkan kajian tindakan dijalankan

berpandukan proses berikut:

1. Guru menjalankan refleksi ke atas sesuatu isu

pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.

2. Guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk

mengatasi masalah yang dihadapinya.

3. Guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan

dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan

tindakan yang dijalankan itu.

Tindakan Kitaran Pertama

Prosedur Tindakan

Dadu Berbunyi

30

Selepas membuat refleksi terhadap pengajaran dan

pembelajaran lepas, penyelidik telah menyediakan satu

Rancangan Pengajaran Slot (RPS) Bahasa dan Komunikasi

Bahasa Malaysia dengan mengaplikasikan pendekatan Belajar

Melalui Bermain melalui permainan ‘Dadu Berbunyi’ ( Rujuk

Lampiran F ). Sudah menjadi fitrah semulajadi kanak-kanak

gemar akan permainan. Murid-murid yang lambat menguasai

kemahiran membatangkan dua suku kata ini terdiri daripada

murid yang kurang motivasi dan tidak fous serta

mendiamkan diri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Justeru itu pengkaji telah mengolah satu situasi

pembelajaran berbeza daripada kebiasaaan dengan

mengaplikasikan aktiviti pembelajaran melalui bermain

ini, diharapkan dapat memberi tarikan kepada mereka untuk

belajar kerana mereka merasakan lebih santai dan tidak

mengalami tekanan untuk belajar.

Pengkaji melaksanakan aktiviti permainan ‘Dadu Berbunyi’

( Rujuk Lampiran F ) selama 30 minit di dalam tiap-tiap

31

satu sesi pengajaran dan pembelajaran 60 minit. Ianya

merupakan aktiviti kumpulan, setiap kumpulan terdiri

daripada 5 orang murid dan dilakukan di dalam kelas

Prasekolah Bestari 1, Sekolah Kebangsaan Padang Tembak,

Air Itam, Pulau Pinang. Aktiviti ini dijalankan pada

peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji telah mentadbirkan aktiviti ini kepada 10 orang

responden yang telah kenalpasti selama dua minggu.

Langkah-Langkah Tindakan

Aktiviti permainan ‘Dadu Berbunyi’ dijalankan selama 30

minit dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran 60

minit. Aktiviti ini berlangsung pada peringkat

perkembangan pembelajaran. Semasa aktiviti ini

dijalankan, responden dibahagikan kepada dua kumpulan.

Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang responden.

Secara bergilir-gilir dalam kumpulan responden diberi

satu kad suku kata kv dan sebuah dadu berbunyi yang32

setiap sisinya terdapat suku kata kv yang berbeza.

Responden dikehendaki melambung dadu dan memadankan kad

suku kata yang dipegang dengan suku kata yang terpamer

pada permukaan dadu. Murid membatangkan suku yang

digabungkan itu. Contohnya, seorang responden memegang

kad suku kata ‘ba’ dan diminta membunyikannya

berulangkali. Kemudian responden itu melambung ‘Dadu

Berbunyi’, Apabila dadu mendarat, permukaan paling atas

mempamerkan suku kata ‘tu’. Responden menggabungkan kad

suku kata yang dipegang dengan suku kata pada permukaan

dadu, ‘ba’ ‘tu’. Seterusnya responden membatangkan dua

suku kata kv + kv tersebut dengan kuat. Setelah dapat

memabatangkan dua suku kata tersebut, responden akan

menandakan ( / ) pada carta kosa kata yang dipamerkan.

Ini akan memberi pemahaman kepada responden selain

daripada dapat membatangkan suku kata tersebut perkataan

itu juga mempunyai makna tersendiri. Setiap murid akan

melakukan 5 kali lambungan dadu dan membatangkan 5

perkataan yang terdiri daripada dua suku kata terbuka kv

+ kv.

33

Jadual 1: Carta menunjukkan suku kata pada pada kad yang digabungkan dengan suku kata pada “Dadu Berbunyi”

Suku kata pada kad pada

tangan

Suku kata pada sisi “Dadu

Berbunyi”

ba

tu

ju

ra

ta

ja

yu

Aktiviti permainan ‘Dadu Berbunyi ini’ bersifat

fleksibel. Suku kata pada permukaan dadu boleh

ditukarganti bagi memperbanyakkan lagi kosa kata dari

golongan kemahiran yang sama ataupun kemahiran

membatangkan dua suku kata mencabar.

Pengkaji menggunakan satu slot pengajaran dan

pembelajaran (RPH) untuk menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran. Standard pembelajaran diambil berdasarkan

apa yang terkandung di dalam Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan.

34

Refleksi

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah

pengkaji laksanakan untuk tujuan rawatan, responden

disediakan dengan aktiviti permainan ‘Dadu Berbunyi’

untuk membatangkan dua suku kata terbuka kv + kv.

Responden telah menunjukkan respon yang positif. Pengkaji

dapat menarik minat responden untuk memberikan tumpuan

pada aktiviti pembelajaran yang berlangsung. Disamping

itu dan fokus responden dapat dikekalkan kerana terdapat

elemen pertandingan sesama ahli kumpulan dan ganjaran

yang disediakan kepada responden yang berjaya dalam

aktiviti pembelajaran yang disediakan.

Aktiviti permainan membatangkan suku kata ini, memberi

suntikan semangat kepada responden untuk terlibat secara

aktif dalam pembelajaran. Hal ini dapat dilihat apabila

semua responden berlumba untuk bermain, secara tidak

langsung dapat mengikis sikap memencilkan diri, tidak

35

fokus ataupun perlakuan mengganggu rakan lain semasa

aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

pengkaji dengan bantuan pembantu membuat pemerhatian dan

menanda senarai semak kemahiran membatangkan suku kata

yang dikuasai oleh responden.

Keseluruhannya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

menggunakan pendekatan belajar melaui bermain dapat

mencetuskan suasana pembelajaran yang rancak dan bermakna

kepada responden. Objektif pengajaran dan pembelajaran

yang yang dirancangkan tercapai.

Cara Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengumpul data

berdasarkan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Pengkaji telah menggunakan instrument-instrument seperti

berikut:

36

Pemerhatian

Pengkaji telah melakukan pemerhatian dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sepanjang bulan Februari dan

Mac ke atas murid Prasekolah Bestari 1 sekolah Kebangsaan

Padang Tembak, Pulau Pinang. Pengkaji telah merangka dan

menyediakan borang pemerhatian berhubung dengan perkara-

perkara yang ingin diperhatikan semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran berlaku. Pemerhatian pengkaji bertumpu

kepada lima item menggunakan borang skala kadar untuk

melihatan tindak balas responden terhadap pengajaran dan

pembelajaran. Semasa pemerhatian pra, pengkaji ingin

memerhatikan respon responden terhadap pengajaran dan

pembelajaran membatangkan dua suku kata terbuka kv + kv

menggunakan kaedah konvensional iaitu mengeja dan

langsung membatang. (Rujuk Lampiran A)

Pengkaji juga melakukan pemerhatian ke atas responden

dengan memberikan fokus yang sama iaitu tindakbalas

terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran semasa rawatan

37

dilaksanakan terhadap responden. Semasa pemerhatian pasca

ini, pengkaji ingin memerhatikan sejauh mana pendekatan

belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’ dapat

membantu responden meningkatkan kemahiran membatangkan

suku kata terbuka kv + kv. (Rujuk Lampiran B)

Temu bual

Menurut Walker & Burnhill (1988) pengumpulan data

melalui temubual boleh dilaksanakan dalam pelbagai kajian

tinjauan Pengkaji telah melaksanakan temubual bersama

responden semasa sesi rawatan dijalankan. Temu bual

dijalankan oleh pengkaji bagi mendapat maklumbalas

responden terhadap sesi rawatan yang pengkaji jalankan.

Pengkaji telah bertanya kepada responden beberapa soalan

melalui temubual berstruktur dan separa struktur.. Temu

bual yang dijalankan ini sangat bergantung kepada

kepetahan responden untuk meluahkan perasaan mereka, apa

yang mereka alami semasa proses pengajaran dan

38

pembelajaran berlangsung. Kebolehan responden terhadap

mengekspresi idea dan kebolehan meluahkan apa yang dirasa

oleh mereka ataupun perasaan terhadap tindakan yang

pengkaji laksanakan. Temubual ini juga terbuka kepada

perkara-perkara yang tidak diduga. Temubual ini

diditadbirkan kepada responden lelaki dan perempuan untuk

melihat kemungkinan terdapat perbezaan pendapat

disebabkan perbezaan gender.

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Pengkaji telah melaksanakan ujian pra dan ujian pasca

kepada responden untuk melihat sejauh manakah

keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain permainan

‘Dadu Berbunyi’ dapat meningkaktan penguasaan responden

terhadap kemahiran membatangkan dua suku kata terbuka kv

+ kv. Semasa ujian pra dijalankan, pengkaji meminta

responden membatangkan dua suku kata terbuka kv + kv

tanpa mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain.

Pengkaji telah mentadbir ujian pra kepada kumpulan

39

sasaran sebelum pelaksanaan tindakan penambahbaikan

dijalankan. Responden mengambil ujian ini pada waktu

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ujian ini

mengandungi 20 perkataan yang terdiri daripada suku kata

kv + kv yang perlu dibatangkan oleh responden.

Jadual 2: Ujian Pra dan Pasca.

40

41

Bil Suku kata

awal

Suku kata

akhir

Tandakan

( / )

1. ba ju

2. bi ji

3. bo la

4. bu ku

5. da da

6. da du

7. du ri

8. ka ki

9. ku da

10. ka yu

11. ma ta

12. me ja

13. to pi

14. ko pi

15. ce ri

16. su du

17. gu la

18. gu li

19. su su

20. sa wi

JUMLAH

Setelah responden melalui sesi rawatan, pengkaji telah

mentadbirkan ujian pasca terhadap responden. Untuk ujian

pasca, pengkaji menggunakan soalan ujian yang sama

setelah selesai pengajaran dan pembelajaran menggunakan

pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’ ( Rujuk Lampiran F ).

Ujian Pasca dijalankan kepada kumpulan sasaran untuk

mengesan sejauh mana responden dapat meningkatkan

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv setelah

pengkaji melakukakan penambahbaikan amalan pengajaran

dalam sesi rawatan.. Ujian pasca ini ditadbirkan selepas

tamat dua minggu pengkaji melaksanakan tindakan

penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Responden menunjukkan peningkatan yang amat

menggalakkan.

Ujian pra dan ujian pasca ini juga telah ditadbirkan

kepada sekumpulan murid kelas Prasekolah Bestari 2 yang

tidak terlibat dengan kajian yang pengkaji jalankan yang

42

dikenali sebagai ujian rintis. Ujian rintis ialah satu

ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak

terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan

kebolehpercayaannya.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA KITARAN PERTAMA

Antara statistik yang digunakan oleh pengkaji ialah

dengan menggunakan bilangan, pengiraan peratus, jadual

serta graf untuk menunjukkan hasil analisis. Bahagian ini

juga mengandungi data-data yang diperoleh hasil daripada

kajian ke atas sepuluh orang responden kajian.

43

Data-data dianalisis supaya dapat mencari dan menjawab

kehendak soalan yang diajukan oleh pengkaji iaitu

berkenaan dengan pendekatan belajar melalui bermain

permainan ‘Dadu Berbunyi’ dapat menarik minat dan

meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv

+ kv. Penganalisaan data dibuat melalui analisis

statistic menggunakan perbandingan data yang direkodkan

dalam jadual. Data-data mentah yang diperoleh dianalisis

untuk mendapatkan peratusan dan skor purata. Hal ini

bertujuan untuk membuktikan penggunaan pendekatan belajar

melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi, dapat

meningkatkan minat dan penguasaan responden dalam

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Pendekatan Belajar Melalui bermain Permainan ‘Dadu

Berbunyi’ menarik minat responden menguasai kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

44

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan , pengkaji

telah membuat analisis data yang peroleh berkenaan

dengan minat responden terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran membatangkan suku kata terbuka kv + kv

semasa sesi pembelajaran secara konvensional dan sesi

pembelajaran rawatan dilakukan. Keputusan yang diperolehi

daripada instrument pemerhatian pra dengan penggunaan

borang skala kadar menunjukkan pelbagai reaksi responden

semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dan

dibantu oleh seorang rakan kolaborasi iaitu seorang guru

membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid

semasa pelaksanaan aktiviti dijalankan. Guru pembantu

membantu pengkaji mentadbir senarai semak yang

disediakan. Pengkaji menyediakan 5 item skala kadar dan

kesahan skala kadar ini ditentukan oleh pakar yang

dirujuk dan triangulasi antara kaedah. melalui

pemerhatian pasca pula, kesemua responden telah

menunjukkan peningkatan skor purata yang

memberangsangkan.

45

Berikut adalah hasil analisis yang dibuat oleh pengkaji

berdasarkan data terkumpul yang diperoleh menerusi borang

pemerhatian skala kadar. Pemerhatian telah dijalankan

pada sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum dan semasa

sesi rawatan dilaksanakan. Berikut merupakan hasil

analisis pemerhatian pengkaji terhadap respon dan minat

responden terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang telah dilaksanakan.

Jadual 3: Rubrik Pemarkahan Borang Skala Kadar

Pemarkahan

skor huraian

1 Kurang berminat

2 Berminat

3 Sangat berminat

46

Pemerhatian Pra

Jadual 4: Skala Kadar Pemerhatian Pra Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Konvensional

Bi

l

Item Skor

1 2 3

1. Memberi respon semasa guru mengajar. 8 2 0

2. Penglibatan murid dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.

8 2 0

3. Tumpuan ketika guru memberikan

arahan pembelajaran.

7 3 0

47

4. Keseronokan yang ditunjukkan semasa

aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

8 2 0

5. Berminat untuk membatangkan suku

kata yang diberikan oleh guru.

9 1 0

JUMLAH 40 10 0

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji

mendapati bahawa responden mendapat purata skor markah

1.20 yang membawa kepada skala kurang berminat. Sebanyak

lima item telah dinilai melalui pemerhatian yang dibuat.

Hasil dapatan melalui pemerhatian pra ini, kesemua

sepuluh orang responden menunjukkan kurang berminat

terhadap pengajaran dan pembelajaran membatangkan suku

kata terbuka kv + kv yang pengkaji laksanakan secara

konvensional. Secara puratanya, kesemua responden hanya

mendapat skor pada skala 1 iaitu kurang berminat.

48

Justeru itu, pengkaji menggunakan item skala kadar yang

sama bagi membuat pemerhatian pasca semasa sesi rawatan

dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pemerhatian telah pengkaji lakukan bagi melihat perubahan

sebelum rawatan dan selepas rawatan dijalankan terhadap

responden.

49

Pemerhatian Pasca

Jadual 5: Skala Kadar Pemerhatian Pasca Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Sesi Rawatan

Bi

l

Item Skor

1 2 3

1. Memberi respon semasa guru mengajar. 0 4 6

2. Penglibatan murid dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.

0 2 8

3. Tumpuan ketika guru memberikan

arahan pembelajaran.

0 3 7

4. Keseronokan yang ditunjukkan semasa

aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

1 2 7

5. Berminat untuk membatangkan suku

kata yang diberikan oleh guru.

0 3 7

JUMLAH 1 14 35

50

Hasil daripada pemerhatian pasca yang pengkaji

laksanakan, secara keseluruhannya responden menunjukkan

respon yang sangat berminat apabila memperoleh jumlah

skor purata 2.70 markah semasa mengikuti sesi pengajaran

dan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’. Enam orang responden

telah mendapat skor sangat berminat dan empat orang

responden lagi mendapat skor berminat dari aspek memberi

respon semasa guru mengajar.

Item yang kedua iaitu penglibatan murid dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran, memaparkan data dua orang

responden telah mendapat skor berminat manakala lapan

orang responden telah mendapat skor sangat berminat. Bagi

item ketiga pula, tiga orang responden mendapat skor

berminat dalam memberi tumpuan semasa guru memberi arahan

untuk melakukan aktiviti dan tujuh orang responden

menunjukkan kesungguhan untuk menjalankan aktiviti yang

disediakan.

51

Item keempat pula memaparkan keseronokan yang dipamerkan

oleh responden semasa melakukan akativiti pengajaran dan

pembelajaran yang berlangsung. Seramai tujuh orang

responden menunjukkan mereka seronok melakukan aktiviti

tersebut dengan mendapat skor sangat berminat. Manakala

dua orang responden mendapat skor berminat. Masih

terdapat seorang responden yang tidak menunjukkan

keseronokan mengikuti aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dalam sesi rawatan kali kedua ini.

Item terakhir iaitu berminat untuk membatangkan suku kata

yang diberikan oleh guru. Melalui aktiviti rawatan kali

kedua ini, pengkaji mendapati tiga orang responden

berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang

disediakan sementara tujuh orang responden menunjukkan

komitmen yang tinggi dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran mendapat skor sangat berminat.

52

Responden berminat belajar membatangkan suku kata terbuka

kv + kv menggunakan pendekatan belajar melalui bermain

permainan “dadu Berbunyi’.

Tembual

Pengkaji telah mengadakan temubual bersama responden

selepas selesai melaksanakan sesi rawatan kali pertama

dan kali kedua untuk mendapat respon mereka terhadap sama

ada berminat atau tidak belajar membatangkan suku kata

terbuka dengan menggunakan pendekatan belajar melalui

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’.

53

Transkrip temubual selepas pemerhatian pasca

Jadual 6: Transkrip temubual bersama responden selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesi rawatan

Respon

Pengkaj

i

: Kamu suka tak belajar sebut (membatangkan)

suku kata guna ‘Dadu Berbunyi’?

R1 : Suka, sambil main sebutkan bunyi sekali.

R2 : Suka, seronok ada bunyi.

R3 : Saya suka, saya mudah ingat cikgu.

R4 : Suka cikgu, seronok main lambung dadu sambil

belajar.

R5 : Suka. Saya boleh sebut perkataan terus cikgu.

R6 : Saya suka. Tak bosan.

R7 : Suka. Seronok.

R8 : Suka. Guna buku tak seronok.

R9 : Suka cikgu. Saya cepat ingat.

R10 Saya suka. Saya seronok main dan baca.

Berdasarkan Jadual 6, kesemua sepuluh orang responden

menyatakan rasa suka dan berminat terhadap pengajaran dan

pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui

54

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’. Kesemua responden

telah menyatakan bahawa mereka suka belajar membatangkan

suku kata terbuka kv + kv kerana pengkaji telah

menggunakan permainan dadu yang mempunyai bunyi apabila

dilambung semasa aktiviti pembelajaran.

R1 telah menyatakan bahawa dia suka belajar membatangkan

suku kata terbuka kv + kv menggunakan dadu berbunyi

kerana boleh membatangkan suku kata dan bermain secara

serentak. R2, R3 dan R4 juga menyatakan mereka suka dan

seronok belajar menggunakan dadu berbunyi kerana bahan

pembelajaran yang disediakan mengeluarkan bunyi, mudah

untuk mengingat bunyi suku kata dan seronok bermain

sambil belajar.

Manakala R5, R6 dan R7 menyatakan mereka suka belajar

membatangkan suku kata terbuka kv + kv menggunakan

pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’ kerana mereka boleh membatangkan suku kata yang

terpamer secara terus tanpa perlu mengeja, tidak bosan

dan menyeronokkan. Begitu juga dengan pernyataan yang

55

dibuat oleh R8, R9 dan R10. Mereka suka dengan aktiviti

yang dijalankan kerana tidak seronok belajar guna buku,

lebih mudah ingat untuk membatangkan suku kata guna bahan

yang disediakan dan aktiviti pembelajaran main sambil

baca menimbulkan keseronokan.

Kesimpulannya, melalui hasil temubual ini pengkaji dapat

rumuskan bahawa kesemua responden telah menyatakan bahawa

mereka suka pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji

laksanakan dengan menggunakan pendekatan belajar melalui

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’. Mereka juga lebih

mudah membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui

aktiviti bermain berbanding penggunaan buku bacaan.

Pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’ membantu dalam meningkatkan prestasi responden.

56

Untuk mengkaji sama ada pendekatan belajar melalui

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’ dapat meningkat

pencapaian penguasaan prestasi responden terhadap

kemahiran yang ditetapkan, pengkaji telah menyediakan

lembaran kerja suku kata yang mengandungi 20 kosa kata

yang terdiri daripada suku kata terbuka kv + kv. Pengkaji

telah menyediakan soalan yang sama untuk tujuan ujian pra

dan pasca. Lembaran kerja ujian pra dan ujian pasca rujuk

Lampiran D.

Jadual 7: Analisis Keputusan skor Ujian Pra.

Ujian Pra

Responden Jumlah skor diperolehi Peratus/20 %

R1 3 15R2 4 20R3 2 10R4 3 15R5 4 20R6 2 10R7 2 10R8 8 40R9 3 15R10 4 20

57

Berdasarkan jadual keputusan skor markah ujian pra yang

telah pengkaji jalankan, didapati tiada seorangpun

responden yang berjaya mencapai keputusan 100% dalam

membatangkan 20 kosa kata yang terdiri daripada suku kata

terbuka kv + kv. Kesemua responden tidak berjaya mencapai

50% ke atas. R8 memperoleh jumlah skor yang paling

tinggi iaitu 40% yang membawa maksud beliau berjaya

membatangkan 8 kosa kata terbuku kv + kv. Manakala R3, R6

dan R7 memperoleh peratusan paling kurang iaitu 10% di

mana hanya berjaya membatangkan 2 kosa kata yang terdiri

daripada suku kata terbuka kv + kv.

R1, R4 dan R9 memperoleh jumlah 3 skor berjaya

membatangkan suku kata terbuka kv + kv dengan betul.

Selebihnya R2, R5 dan R10 hanya berjaya memperoleh jumlah

4 skor betul yang membawa kepada pencapaian 20%. Melalui

ujian pra yang telah pengkaji tadbirkan kepada responden

setelah pengkaji menajalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan kaedah mengeja dan

58

membaca secara konvensional menunjukkan bahawa kesemua

responden gagal mendapat jumlah peratus skor melebihi

40%.

Pengkaji telah mentadbirkan ujian pasca dengan

menggunakan soalan yang sama bagi melihat perbezaan

pencapaian responden setelah pengkaji melaksana aktiviti

pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan

belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’.

Jadual 8: Analisis Keputusan Skor Ujian Pasca.

Ujian Pasca

Responden Jumlah skor diperolehi Peratus

/20 %

R1 16 80

R2 20 100

R3 10 50

R4 16 80

R5 20 100

R6 12 60

59

R7 10 50

R8 20 100

R9 16 80

R10 20 100

Ujian pasca ditadbirkan pada minggu kedua setelah selesai

pengkaji melaksanakan sesi rawatan ke atas responden

dengan mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran

menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan

‘Dadu Berbunyi’. Responden menunjukkan peningkatan yang

amat menggalakkan kesemua responden dapat dilihat

mencapai 50% ke atas.

Tiga orang responden iaitu R2,R5 dan R8 berjaya

membatangkan kesemua 20 kosa kata yang terdiri daripada

suku kata terbuka kv + kv yang membawa kepada keputusan

100%. Responden-responden lain seperti R1, R4 dan R9

juga menunjukkan peningkatan prestasi dengan memperoleh

jumlah 16 skor rmembatangkan suku kata kv + kv dengan

60

betul yang membawa kepada pencapaian 80%. R6 memperoleh

keputusan 60% yang telah berjaya membatangkan 12 daripada

20 kosa kata kv + kv. Sementara R3 dan R7 juga

memperlihatakan perubahan apabila mencapai keputusan 50%

berbanding pencapai ujian pra.

Pendekatan belajar melalui bermain permaianan ‘Dadu

Berbunyi’ dapat meningkatkan penguasaan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv di kalangan

responden. Kesemua responden menunujukkan perubahan

positif dalam pencapaian masing-masing. Bagi membuktikan

peningkatan penguasaan kesemua responden, pengkaji telah

membuat analisis pencapaian responden bagi kedua-dua

ujian pra dan ujian pasca. Berikut merupakan anlisis

perbezaan merkah dan peratus yang telah diperolehi

kesemua responden.

61

Jadual 9: Analisis Perbezaan Pencapaian Responden dalam Ujuan Pra dan Ujian Pasca

Responde

n

Ujian

Pra

/20

Peratus

( % )

Ujian

Pasca

/20

Peratus

( % )

Peratus

Peningka

tan

R1 3 15 16 80 65

R2 4 20 20 100 80

R3 2 10 10 50 40

R4 3 15 16 80 65

R5 4 20 20 100 80

R6 2 10 12 60 50

R7 2 10 10 50 40

R8 8 40 20 100 60

R9 3 15 16 80 65

R10 4 20 20 100 80

62

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R100102030405060708090100

Ujian PraUjian Pasca

Responden

Peratus

Rajah 2: Graf Bar Menunjukkan Perbandingan PenguasaanResponden Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pasca.

Berdasarkan analisis yang pengkaji telah lakukan bagi

ujian pra dan ujian pasca, didapati bahawa R2, R5 dan R10

telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang paling

tinngi iaitu sebanyak 80%. Semasa ujian pra, ketiga -

tiga responden ini hanya memperolehi 20% sahaja. Namun

setelah pengkaji melaksanakan sesi rawatan, ujian yang

sama telah pengkaji berikan semasa ujian pasca ketiga -

tiga responden berjaya mencapai 100%. Tiga orang

responden iaitu R1, R4 dan R9 turut menunjukkan

peningkatan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 65%.

Mereka hanya mencapai 15% semasa ujian pra dan melonjak

63

sehingga 80% semasa ujian pasca. Manakala R8 meningkat

daripada 40% semasa ujian pra kepada 100% untuk ujian

pasca yang menunjukkan peningkatan sebanyak 60%.

R6 menunjukkan peningkatan peratus sebanyak 50% dari 10%

pencapaian semasa ujian pra kepada 60% pada ujian pasca.

Begitu juga dengan R3 dan R7, mereka tetap mengalami

peningkatan peratus pencapaian walaupun agak rendah

berbanding responden yang lain. Kedua-dua responden ini

memperoleh 50% semasa ujian pasca berbanding 10% semasa

ujian pra yang menunjukkan peningkatan sebanyak 40%.

Berdasarkan analisis yang telah pengkaji lakukan,

keseluruhannya, kesemua responden menunjukkan peningkatan

peratus dan berjaya meningkatkan jumlah skor markah bagi

ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan. Justeru itu,

melalui peratusan ujian pra dan ujian pasca yang

menunjukkan peningkatan yang sangat memberansangkan

membuktikan bahawa pendekatan belajar melalui bermain

64

permainan “Dadu Barbunyi’ dapat meningkatkan penguasaan

responden dalam membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

DAPATAN KAJIAN/ REFLEKSI KITARAN PERTAMA.

65

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pengkaji telah

mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi data

daripada pemerhatian, temubual dan ujian pra dan ujian

pasca yang telah dilaksanakan dan pengkaji mendapati

bahawa pendekatan belajar melalui bermain dengan

permainan ‘Dadu Berbunyi’ yang pengkaji bangunkan ini

merupakan satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat

responden dalam meningkatkan pengusaan kemahiran

membatangkan suku kata kv + kv dengan betul. 100%

responden menyatakan suka belajar melalui permainan ‘Dadu

Berbunyi’ semasa ditemubual selepas pengajaran dan

pembelajaran sesi rawatan dijalanlan.

Hasil kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan

responden dalam membatangkan dua suku kata terbuka kv +

kv menjadi lebih mudah dan menarik. Responden telah dapat

membatangkan suku kata kv + kv dengan membunyikan suku

kata pertama dan suku kata kedua secara terus tanpa perlu

mengeja terlebih dahulu. Kesemua responden dapat dilihat

mencapai 50% ke atas dalam ujian pasca yang dijalankan.

66

Kajian tindakan ini juga memberi kesedaran kepada

pengkaji, agar lebih kreatif pada masa hadapan untuk

membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti

ini, agar sentiasa dapat memberi sesuatu kelainan kepada

murid dalam menguasai sesutu kemahiran selaras dengan

kemampuan dan kehendak mereka disamping dapat

meningkatkan pemahaman dan penguasaan kemahiran yang

perlu dikuasai mereka. Berdasarkan kajian-kajian lepas

dan penulisan yang berkaitan, keberkesanan pendekatan

belajar melauli bermain dalam menguasai kemahiran bacaan

dapat meningkatkan minat, memupuk nilai-nilai murni serta

menunjukkan peningkatan dalam kemahiran bacaan. Sharifah

Nor Puteh dan Aliza Ali (2010) dalam kajian menyatakan

bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal

kanak-kanak adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui

aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian

daripada dunia kanak-kanak.

67

Daripada dapatan kajian, pengkaji berpendapat bahawa

tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini telah berjaya

mempertingkatkan kemahiran responden dalam mengusai

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Pengkaji dapati bahawa responden yang dahulunya lemah

dalam kemahiran membatangkan suku kata kv + kv kini telah

menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti

yang dijalankan.

Responden juga menunjukkan keseronokan untuk belajar

bersama-sama rakan sebaya yang lain kerana mereka telah

berjaya menghindarkan rasa rendah diri disebabkan

kelemahan yang mereka alami. Penguasaan responden

terhadap kemahiran ini bukan sahaja membolehkan mereka

membatangkan kosa kata yang terdiri daripada suku kata kv

+ kv malah mereka turut mencabar diri membatangkan suku

kata yang lebih sukar. Dapatan kajian ini, memberi satu

kesimpulan kepada pengkaji bahawa semua murid mempunyai

potensi untuk berjaya sekiranya diberi perhatian,

tumpuan dan bimbingan yang betul dengan pendekatan mesra

68

murid dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran

bacaan mereka.

Namun begitu, terdapat dua orang responden yang masih

belum mencapai tahap penguasaan kemahiran yang tekal. Hal

ini dibuktikan daripada analisis ujian pra dan pasca

walaupun tahap peratusan peningkatan yang diperoleh oleh

dua responden ini menunjukan peningkatan namun hanya

mencatat 40% sahaja, paling rendah dibandingkan dengan

responden yang lain. Kedua dua responden ini masih boleh

dibantu untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka

membatangkan suku kata secara lebih tekal.

69

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan berkaitan

dengan penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran

dengan memilih pendekatan belajar melalui bermain sebagai

usaha membantu meningkatkan tahap penguasaan responden

dalam kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv

dengan betul. Memandangkan kajian tindakan ini pengkaji

jalankan pada awal tahun, adalah sangat penting agar

responden tidak ketinggalan dalam menguasai kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv dengan baik supaya

semua responden tidak tersekat untuk menguasai kemahiran

membatangkan suku kata yang lebih sukar seterusnya

kemahiran bacaan yang sempurna.

70

Kajian tindakan yang dijalankan ini, dapat membantu

pengkaji mengetahui amalan sendiri sama ada berkesan atau

tidak dalam membantu responden menguasai sesuatu

kemahiran yang ditetapkan. Melalui kajian tindakan yang

telah dijalankan ini, satu kaedah pengajaran dan

pembelajaran telah dilaksanakan. Hasil daripada tindakan

yang dijalankan ini, pengkaji dapati bahawa peningkatan

penguasan kemahiran membatangkan suku kata kv + kv di

kalangan responden sangat memberangsangkan. Walaupun dua

orang responden yang masih belum mencapai tahap

penguasaan kemahiran yang tekal, namun kedua-duanya

menunjukan peningkatan prestasi yang baik Kedua - dua

responden ini masih boleh dibantu untuk meningkatkan

lagi kemahiran mereka membatangkan suku kata secara lebih

tekal.

Justeru itu, pengkaji berhasrat melanjutkan kajian ini ke

kitaran yang kedua dengan menumpukan kepada fokus kajian

yang sama. Pengkaji percaya tindakan yang dilaksanakan

71

dalam kajian ini boleh ditambahbaik dengan memperincikan

lagi langkah-langkah perlaksanaan aktiviti dan

mempelbagaikan cara perlaksanaan aktiviti agar ianya

lebih memberikan keseronokan kepada responden serta

memberi kesan pemahaman dan ingatan yang kekal terhadap

responden.

Pengalaman melaksanakan kajian tindakan pada gelungan

yang pertama ini, memberi kesedaran kepada pengkaji

supaya dapat mempelbagai dan memperincikan lagi cara

pengumpulan data. Pengkaji mungkin boleh memantapkan lagi

teknik menganalisis data agar dapatan kajian mempunyai

kesahan yang tinggi pada gelungan yang kedua.

72

TINDAKAN KITARAN KEDUA

Berdasarkan kajian kitaran pertama, pengkaji mendapati

masih terdapat dua orang responden yang belum mencapai

tahap penguasan kemahiran membatangkan suku kata terbuka

kv + kv secara tekal. Hal ini mungkin didorong oleh

beberapa faktor antaranya responden mudah lupa dan daya

tumpuan pada aktiviti pembelajaran yang singkat. Pengkaji

telah membuat penambahbaikan dalam amalan pengajaran dan

pembelajaran supaya kedua-dua responden ini dapat

meningkatkan penguasaan kemahiran kepada tahap yang lebih

meyakinkan.

Pengkaji masih lagi mengekalkan fokus dan objektif kajian

yang sama yang digunapakai pada kajian kitaran pertama

untuk diaplikasikan pada kajian kitaran kedua ini.

Pengkaji juga masih menggunakan pendekatan yang sama

iaitu belajar melalui bermain permainan’ Dadu Berbunyi’. 73

PROSEDUR TINDAKAN

Pengkaji membuat penambahbaikan amalan pengajaran dan

pembelajaran dengan melaksanakan aktiviti rawatan dalam

dua sesi pengajaran dan pembelajaran selama dua minggu.

Tindakan ini bagi membantu responden yang menghadapai

masalah mudah lupa dan tumpuan yang singkat dalam

aktiviti pembelajaran. Untuk tujuan itu, pengkaji telah

membuat inovasi dalam aktiviti permainan ‘Dadu Berbunyi’

supaya aktivitinya menjadi lebih menarik dan berkesan

dalam mengekalkan ingatan serta tumpuan responden

terhadap apa yang dipelajari. Semasa kajian kitaran

74

pertama, pengkaji hanya mengguna satu dadu saja, tapi

untuk aktiviti kitaran kedua, dua dadu digunakan bagi

mencantum dua suku kata terbuka kv + kv. Responden

dikehendaki melambung dua dadu serentak, apabila dadu itu

mendarat, responden perlu membatangkan suku kata yang

terpamer pada permukaan dadu. Ganjaran berbentuk hadiah

disediakan bagi meningkatkan persaingan dan motivasi

kepada responden.

Jadual 10: Pelaksanaan Kajian Kitaran Kedua

Minggu ketiga Aktiviti yang dijalankan

Isnin i. Aktiviti penganjaran dan

pembelajaran menggunakan

pendekatan belajar melalui

75

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi

2’.

ii. Pemerhatian dan temubual

dijalankan.

Minggu keempat

Khamis i. Aktiviti penganjaran dan

pembelajaran menggunakan

pendekatan belajar melalui

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi

2’.

ii. Ujian pasca 2 dijalankan kepada

responden.

Jadual 10 menunjukkan pelaksanaan kajian kitaran kedua

pada minggu ketig dan keempat. Pada minggu ketiga,

pengkaji melaksanakan sesi rawatan pada hari Isnin selama

30 minit. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berlangsung pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap

respon responden seterusnya melaksanakan temubual dengan

responden sebaik tamat waktu pengajaran dan pembelajaran.

76

Pada minggu keempat, responden telah mengikuti sesi

rawatan selama 30 minit pada hari Khamis. Pendekatan yang

sama digunakan, tetapi kosa kata baru diperkenalkan untuk

meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv

+ kv di kalangan responden. Pada hari yang sama,

responden menduduki ujian pasca 2. Item ujian pasca 2

adalah sama dengan item ujian pasca pertama bagi

mendapatkan dapatan kajian. Sesi rawatan kepada dua orang

responden ini, memberikan satu saingan kepada mereka

kerana pengkaji telah mewujudkan suatu suasana

pembelajaran yang saling cabar-mencabar. Pengkaji

memberikan peneguhan dan ganajaran bagi memastikan

responden dapat menajamkan ingatan serta mengekalkan

tumpuan pada apa yang dipelajari.

77

CARA MENGUMPUL DATA

Bagi melaksanakan kajian kitaran kedua ini, pengkaji

masih menggunakan kaedah dan instrument pengumpulan data

yang sama iaitu pemerhatian, temubual dan ujian pasca.

78

Pemerhatian

Pengkaji melakukan pemerhatian pasca 2 ke atas responden

semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung

untuk mendpatkan maklumat berkaitan dalam proses

pengumpulan data. Pemerhatian dijalankan berdasarkan

minat dan tumpuan responden terhadap aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dan pelaksanaan pendekatan belajar yang

diaplikasikan ke atas responden. Data yang diperoleh

berdasarkan pemerhatian dicatat dalam borang pemerhatian.

Temubual

Pengkaji telah menjalankan temubual ke atas responden

untuk mendapatkan respon terhadap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang telah dilaksanakan. Temubual perlu

dibuat supaya maklumat yang diperoleh boleh dikumpul

selain mendapat triangulasi sumber. Temubual yang

dilaksanakan berbentuk temubual tidak berstruktur dan

separuh struktur bagi memberi peluang kepada pengkaji79

untuk meneroka secara mendalaam data yang ingin dikumpul

dan bergantung kepada kepetahan responden melontarkan

idea ataupun jawapan mereka.

Ujian pasca

Pengkaji telah mentadbirkan ujian pasca 2 setelah

responden mengikut sesi rawatan kitaran kedua. Ujian

pasca 2 ini bertujuan untuk menilai pendekatan belajar

melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2 ’ yang telah

diinovasikan daripada aktiviti rawatan kitaran pertama.

Borang ini menggunakan borang yang sama yang digunakan

dalam ujian pasca pertama untuk membuat perbandingan

keputusan pelaksanaan tindakan yang dijalankan disamping

menilai tahap peningkatan penguasaan kemahiran responden.

80

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Analisis dan interpretasi data bagi dapatan ppersoalan

kajian kiataran kedua

Pendekatan Belajar Melalui bermain Permainan ‘Dadu

Berbunyi 2’ menarik minat responden menguasai kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan , pengkaji

telah membuat analisis data yang peroleh berkenaan

dengan minat responden terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran membatangkan suku kata terbuka kv + kv

81

semasa sesi pembelajaran secara sesi pembelajaran rawatan

dilakukan. Pengkaji menyediakan 5 item skala kadar yang

sama dengan kajian kitaran pertama. Pemerhatian pasca 2

ini , kedua-dua responden telah menunjukkan peningkatan

skor purata 3.00.

Berikut merupakan hasil analisis pemerhatian pengkaji

terhadap respon dan minat responden terhadap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan

belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2’ yang

telah dilaksanakan.

10.1.2 Pemerhatian Pasca 2

Jadual 11: Skala Kadar Pemerhatia Pasca 2 Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran

Bi

l

Item Skor

1 2 3

1. Memberi respon semasa guru mengajar. 0 0 2

2. Penglibatan murid dalam sesi 0 0 2

82

pengajaran dan pembelajaran.

3. Tumpuan ketika guru memberikan

arahan pembelajaran.

0 0 2

4. Keseronokan yang ditunjukkan semasa

aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

0 0 2

5. Berminat untuk membatangkan suku

kata yang diberikan oleh guru.

0 0 2

JUMLAH 0 0 10

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji

mendapati bahawa responden mendapat purata skor markah

3.00 yang membawa kepada skala sangat berminat. Hasil

dapatan melalui pemerhatian pasca 2 ini, kesemua dua

orang responden menunjukkan sangat berminat terhadap

pengajaran dan pembelajaran membatangkan suku kata

terbuka kv + kv yang pengkaji laksanakan dengan

pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

83

Berbunyi 2’. Pendekatan Belajar Melalui bermain Permainan

‘Dadu Berbunyi 2’ berjaya menarik minat responden

menguasai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv +

kv disamping dapat mengekal tumpuan responden terhadap

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Responden berminat belajar membatangkan suku kata terbuka

kv + kv menggunakan pendekatan belajar melalui bermain

permainan “dadu Berbunyi 2’.

Tembual

Pengkaji telah mengadakan temubual bersama responden

selepas selesai melaksanakan sesi rawatan kajiankitaran

kedua untuk mendapat respon mereka terhadap sama ada

berminat atau tidak belajar membatangkan suku kata

terbuka dengan menggunakan pendekatan belajar melalui

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’.

84

Transkrip temubual selepas pemerhatian pasca

Jadual 12: Transkrip temubual bersama responden selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesi rawatan kitaran kedua.

Respon

Pengkaj

i

: Kamu suka tak belajar sebut (membatangkan)

suku kata guna ‘Dadu Berbunyi’?

R2 : Suka, guna dua dadu lebih seronok.

R7 : Suka, lebih senang nak sebut.

Berdasarkan Jadual 12, dua orang responden ini menyatakan

rasa suka dan berminat terhadap pengajaran dan

pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2’. Kesemua responden

telah menyatakan bahawa mereka suka belajar membatangkan

suku kata terbuka kv + kv kerana pengkaji telah

menggunakan dua dadu yang mempunyai bunyi apabila

dilambung semasa aktiviti pembelajaran.

85

R3 telah menyatakan bahawa dia lebih suka belajar

membatangkan suku kata terbuka kv + kv menggunakan dua

dadu berbunyi kerana boleh membatangkan suku kata dan

bermain secara serentak. Bunyi yang dikeluarkan oleh dua

dadu lebih seronok dan dapat menarik perhatian serta

tumpuannya untuk membatangkan dua suku kata kv + kv

menjadi suku kata yang bermakna.

Manakala R7 menyatakan dia suka belajar membatangkan suku

kata terbuka kv + kv menggunakan pendekatan belajar

melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2’ kerana dia

boleh membatangkan suku kata yang terpamer dari dua

permukaan dadu secara terus tanpa perlu mengeja. R7 juga

menyatakan bahawa permainan itu tidak bosan malah dia

rasa seronok dan tidak jemu.

Kesimpulannya, melalui hasil temubual ini pengkaji dapat

rumuskan bahawa kesemua responden telah menyatakan bahawa

mereka suka pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji

86

laksanakan dengan menggunakan pendekatan belajar melalui

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2’. Mereka juga lebih

mudah membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui

aktiviti bermain berbanding penggunaan buku bacaan.

Pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’ membantu dalam meningkatkan prestasi responden.

Pengkaji telah melaksanakan ujian pasca 2 untuk mengkaji

sama ada pendekatan belajar melalui bermain permainan

‘Dadu Berbunyi 2’ dapat meningkat pencapaian penguasaan

prestasi dua orang responden ini terhadap kemahiran yang

ditetapkan. pengkaji telah menyediakan lembaran kerja

suku kata yang mengandungi 20 kosa kata yang terdiri

daripada suku kata terbuka kv + kv yang sama dengan ujian

pra dan ujian pasca pertama.

Jadual 13: Analisis Perbezaan Pencapaian Responden dalamUjuan Pasca 1 dan Ujian Pasca 2.

87

Respond

en

Ujian

Pasca

pertama

/20

Peratus

( % )

Ujian

Pasca 2

/20

Peratus

(%)

Peratus

Peningka

tan

%

R3 10 50 20 100 50

R7 10 50 20 100 50

Berdasarkan jadual keputusan skor markah ujian pasca 2

yang telah pengkaji jalankan, didapati kedua-dua

responden menunjukkan peningkatan dalam penguasaan

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv. Keadaan

ini dibuktikan dengan peningkatan prestasi R3 daripada

50% kepada 100%. R7 tujuh juga memperlihatka peningkatan

prestasi apabila dia juga mencapai 100%.

Kesimpulannya, inovasi kepada perlaksanaan aktiviti main

melalui belajar dalam kajian kitaran kedua ini

membuktikan bahawa ketiga-tiga persoalan kajian terjawab.

Kedua-dua responden dapat meningkatkan miant dan tumpuan

88

terhadap apa yang dipelajarai seterusnya dapat

meningkatkan prestasi mereka dalam kemahiran membatangkan

suku kara terbuka kv + kv sebagai persediaan kepada

pemguasaan kemahiran membaca yang lebih kompleks.

DAPATAN KAJIAN KITARAN KEDUA

Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan, pengkaji

mendapati bahawa penambahbaikan terhadap teknik

pengajaran dan pembelajaran yang telah pengkaji lakukan

dalam kajian kitaran kedua ini telah memberi kesan

peningkatan penguasaan responden terhadap kemahiran yang

dibincangkan ini. Pengkaji telah membuat inovasi pada

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan

kaedah belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’

yang mempunyai kesinambungan daripada aktiviti pada

89

kitaran pertama. Dengan penambahbaikan aktiviti bermain,

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi

lebih menarik seterusnya dapat membuatkan responden

menumpukan perhatian serta berminat untuk mempelajari

kemahiran yang mahu diterapkan.

Kejayaan kitaran kedua dalam meningkatkan kemahiran

responden membatangkan suku kata terbuka kv + kv

membuktikan bahawa setiap murid itu mempunayi peluang

untuk berjaya dan pengkaji sebagai seseorang pendidik

perlu sentiasa kreatif, kritis dan inovatif dalam

mempelbagaikan pendekatan,teknik dan kaedah pengajaran

dan pembelajaran supaya setiap murid dapat ditingkatkan

potensinya secara maksima.

Setiap responden adalah individu yang berbeza dan terdiri

daripada kumpulan pelbagai kebolehan seperti yang

dinyatakan oleh Papalia (2001), manusia berbaza dari segi

jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenaga

personaliti dan emosi. Faktor persekitaran pula, seperti

90

gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar

sekolah dan di rumah, komuniti masyarakat. Slavin (1997),

mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran

dan pembelajaran.Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar

terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya

kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina,

bakat dan minat.

Melalui kajian tindakan ini, dapat dikenalpasti bahawa

pendekatan yang digunapakai oleh pengkaji dalam membantu

responden meningkatkan penguasaan kemahiran membatangkan

suku kata terbuka kv + kv menunjukkan kejayaan seperti

yang diharapkan. Daripada analisis data yang diperolehi

membuktikan objektif kajian ini tercapai.

91

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji telah menjalankan kajian penyelidikan berkaitan

dengan penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran

dengan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain

bagi membantu responden menguasai kemahiran membatangkan

suku kata terbuka kv + kv supaya semua responden tidak

tercicir dalam menguasai kemahiran membaca. Pendekatan

belajar melalui bermain telah terbukti menunjukkan

keberkesanannya meningkatkan kemahiran responden kerana

main itu adalah dunia kanak-kanak, dan kehidupan mereka

memang tidak dapat dipisahkan daripada bermain. Namun

begitu, kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh setiap

92

murid ataupun responden menuntut guru atau pengkaji tidak

hanya tertumpu kepada satu pendekatan sahaja.

Untuk kajian yang seterusnya, pengkaji merasakan perlu

ada pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif

yang dapat menarik perhatian responden dan merangka satu

strategi yang membantu mereka mengingat kembali maklumat

yang dipelajari supaya proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih berkesan serta penguasaan responden

terhadap sesuatu kemahiran mencapai tahap paling

maksimum.

Pada masa akan datang, pengkaji mungkin melaksanakan

kajian tindakan terhadap sekumpulan responden untuk

menguji tahap penguasaan sesuatu kemahiran atau

penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan

menggabungkan beberapa pendekatan atau teknik dalam

bentuk stesen. Disamping itu, pengkaji juga mungkin akan

menambah bilangan responden supaya dapatan daripada

kajian yang dibuat mendapat kebolehpercayaan yang lebih

93

tinggi terhadap kaedaha atau pendekatan yang

diaplikasikan. Kaedah pengumpulan data dan instrument

pengumpulan yang digunakan juga boleh ditambahbaik dengan

mempelbagaikannya bagi mendapatkan keberkesanan yang

lebih menyeluruh serta kebolehpercayaan yang tinggi.

94

13.0 BIBLIOGRAFI

Cosby S. Rogers and Janet K. Sawyer, (1834). Play in the livesof Children, National

Association for the Education of Young Childern. ConnecticutAvenue.

Fatimah Othman, (2009). Jurnal Pendidikan Prasekolah.Perlaksanaan Dan

Keberkesanan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam KemahiranAsas

Membaca Di Kelas Prasekolah, 1 – 48.

Fauziah Md Jaafar, (2010). Jurnal Pendidikan. Kepentingan AktivitiBermain Dalam

Pendidikan Prasekolah, 1 – 8.

JulianiAbdullah, (2010), Bacalah Sayang, Kuala Lumpur :Kreatif Kembara Sdn.

Bhd.

Juriah Long, (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysi :Kuala Lumpur:

Fajar Bakti.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2003). Huraian KurikulumPrasekolah

95

Kebangsaan. Kualan Lumpur: Pusat PerkembanganKurikulum.

Marohaini Yusoff, (1999), Strategi Pengajaran Bacaan danKefahaman, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, (2000).Tatabahasa Dewan Jilid

2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn., Bhd.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah, (2003) PanduanPendidikan Prasekolah,

Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Piaget, J. (1962). Play, dreams, and imitation inchildhood, New York: Norton.

Rozumah Baharudin dan Salma Ishak, (1985). Panduan AktivitiPrasekolah.

Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Saayah bte Abu, (2005). Pelaksanaan Aktiviti Belajar MelaluiBermain di Tadika-

tadika Kawasan Melaka Tengah, Melaka. Maktab PerguruanIslam, Bangi,

Selangor.

Sharida Sharudin, (2001), Bacalah Sayang, Kuala Lumpur:Associated Educational

Distributor (M) Sdn. Bhd.96

Sinclair, A. & Papandropoulou, I.B, (1984). Learning To Readand Skilled reading:

Allyn & Bacon.

Sylva, K, Bruner, J. S., & Genova, P.(1976). The role ofPlayain the Problem 3 -5

years old. In J. Bruner, A. Jolly, & K. Sylva.

Yahya Othman, (2004), Mengajar Membaca: Teori dan Aplikasi.Panduan

Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, Pahang: PTSPublication

& Distributor Sdn. Bhd.

14.0 LAMPIRAN

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran

MukaSurat

A Rubrik Pemarkahan Borang Skala Kadar 68

B Skala Kadar Pemerhatian Semasa 69

97

Pengajaran Dan Pembelajaran C Soalan Temubual bersama responden

selepas aktiviti pengajaran dan

pembelajaran sesi rawatan

70

D Ujian Pra dan Pasca. 71

E Rancangan pengajaran slot 72

F Permainan Dadu Berbunyi 74

Lampiaran A

Rubrik Pemarkahan Borang Skala Kadar

Pemarkahan

skor huraian

98

1 Kurang berminat

2 Berminat

3 Sangat berminat

LAMPIRAN B

99

Skala Kadar Pemerhatian Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran

Bi

l

Item Skor

1 2 3

1. Memberi respon semasa guru mengajar.

2. Penglibatan murid dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.

3. Tumpuan ketika guru memberikan

arahan pembelajaran.

4. Keseronokan yang ditunjukkan semasa

aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

5. Berminat untuk membatangkan suku

kata yang diberikan oleh guru.

JUMLAH

100

LAMPIRAN C

Temubual bersama responden selepas aktiviti pengajaran

dan pembelajaran sesi rawatan

Respon

Pengkaj

i

Kamu suka tak belajar sebut (membatangkan) suku

kata guna ‘Dadu Berbunyi’?

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

101

LAMPIRAN D

Ujian Pra dan Pasca.

Suku Kata kv + kv Skor/catatan

baju biji

bola

buku dada

dadu

duri kaki

102

kuda

kayu mata

meja

topi kopi

ceri

sudu gula

guli

susu sawi

LAMPIRAN E

103

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

KELAS : PRASEKOLAH BESTARI 1

TARIKH : 28 MAC 2012

MASA : 60 MINIT

BIL MURID : 10 ORANG

TUNJANG : KOMUNIKASI: BAHASA MALAYSIA

STANDARD KANDUNGAN : (BM 3.4) Membina dan membaca suku kata.

STANDARD PEMBELAJARAN : (BM 3.4.3) Membina dan

membunyikan

suku kata hasil gabungan

huruf

konsonan dan huruf vocal

(Contoh: ba)

OBJEKTIF PELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran

murid dapat:

i. Membunyikan suku kata

terbuka kv.

ii. Membatangkan suku kata

terbuka kv + kv dengan

betul.

104

PENGETAHUAN SEDIA ADA : murid telah kenal huruf vakal dan huruf

konsonan.

PENERAPAN NILAI : Sabar, patuh arahan, berani, bersyukur

BAHAN BANTU MENGAJAR : Kad suku kata, dadu berbunyi, carta kosa kata

kv + kv

FOKUS KECERDASAN PELBAGAI: Bahasa, muzik, naturalis

Aktiviti

Set induksi (5 minit)

Menyanyi lagu bunyi huruf vokal ( Melodi lagu Pak Mamat Ada Kebun)

Langkah 1 ( 10 minit )

Guru mempamerkan kad suku kata tunggal. Murid diminta membunyikan suku kata tunggal kv yang ditunjukkan oleh guru secara kelas, kumpulan dan individu.

Langkah 2 (10 minit )

Murid diminta membunyikan suku kata terbuka kv + kv dengan teknik ejaan terus berdasarkan kad kosa kata yang dipamerkan.

Langkah 3 (30 minit)

105

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan setiap kumpulan 5 orang. Setiap murid dalam kumpulan secara bergilir-gilir bermain permainan membatangkan suku kata melalui permainan ‘Dadu Berbunyi’. Murid akan menggabungkan suku kata pada kad yang dipegang dengan suku kata yang terpamer pada dadu seterusnya membatangkan suku kata tersebut untuk membentuk kosa kata yang mempunayi maksud.Murid yang berjaya membatangkan sekurang-kurangnya 4 kosa kata akan diber ganjaran.

Penutup ( 5 minit )

Murid diminta memadankan dua suku kata yang dipamerkan pada carta dan membatangkannya untuk membentuk kosa kata.( 5 kosa kata kv + kv )

LAMPIRAN F

Foto aktiviti Permainan Dadu Berbunyi

106