Post on 10-Jul-2016
description
1
ISLAMDi
ASIA TENGGARA
2
SUB TOPIK 1:
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA
TENGGARA
3
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
•Menyatakan teori dan bukti kedatangan Islam Ke Asia Tenggara
4
TOKOH DAN TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA
TOKOH
TEORI
EMANUEL GADINHO
EREDIA
PROFESOR SYED NAQUIB AL-
ATTAS
S.Q FATIMI
ARAB
CHINA
CHINAas
as
1 2
3 SNOUK HURGRONJE
INDIA
as
4
TEORI KEDATANGAN ISLAM
5
1 2
TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI SEMENANJUNG TANAH ARAB
a) John Carwford b) Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
i. Islam berkembang menerusi aktiviti para pedagang
ii. Catatan China menyatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300M
iii. Sejak awal lagi, pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga China
iv. Sebelum berdagang ke China, mereka singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara terutamanya di Selat Melaka untuk menunggu perubahan angin monsun.
v. Mereka menetap selama beberapa bulan sehingga sebahagian daripada mereka membina perkampungan dan berkahwin dengan orang tempatan.
i. Persamaan antara bahan penulisan dan kesusateraan di Asia Tenggara dengan semenanjung Tanah Arab
ii. Perkataan arab yang terdapat pada tulisan jawi telah diambil daripada bahasa Arab
iii. Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi budaya Arab seperti amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin
iv. Kebanyakan karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari Arab
v. Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan bahawa pendakwah Arab pertama tiba di Pasai ialah sufi yang bernama Syeikh Ismail dan telah mengislamkan Raja Pasai iaitu Merah Silu
6
1 2
TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA
a) Emanuel Gadinho Eredia b) S.Q Fatimi
i. Khan Fo atau Canton telah menjadi pusat perniagaan terkenal dalam kalangan peniaga Arab Islam sejak abad ke-9M.
ii. Hubungan antara peniaga membolehkan Islam berkembang dalam kalangan peniaga Cina di negara China.
iii. Peniaga China Islam yang berniaga di Asia Tenggara telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara
i. Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara sekitar tahun 876M.
ii. Buktinya penemuan Batu Bersurat Terangganu di Sungai Tersat Kuala Berang Terangganu.
7
1 2
TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA
a) SNOUCK HURGRONJE (SEJARAWAN BELANDA
i. Wujud hubungan perdagangan
ii. Islam ke Asia Tenggara menerusi Gujerat dan Pantai Koromandel abad ke 13
iii. Mereka berdagang ke Asia Tenggara, lalu menyebarkan Islam
iv. Batu marmar pada batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India
v. Unsur kebudayaan Hindu dari India
8
KBAT
Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara Yang Dikemukan Oleh Ahli Sejarawan Mempunyai Satu
Persamaan Iaitu Islam Disebarkan Oleh Pedagang.
Adakah Anda Setuju Dengan Pernyataan Tersebut? Berikan
Alasan Anda
9
SUB TOPIK 2:
PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
10
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
• Menyenaraikan cara penyebaran Islam di Asia Tenggara.
• Menghuraikan cara penyebaran dan penerimaan Islam di Asia Tenggara.
•Menyenaraikan cara penyebaran Islam di Asia Tenggara.
11
PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
PERDAGANGAN
Disebarkan oleh pedagang Arab, China dan India yang berdagang di Pelabuhan Selat
Melaka, Indochina, Teluk Siam serta pelabuhan di Kepulauan Rempah
Perkampungan pedagang Islam menjadi pusat perbincangan tentang Islam
Kemurnian sikap serta tingkahlaku pedangan Islam menjadi ikutan rakyat setempat
Semangat dakwah Islamiah para pedagang menarik minat masyarakat tempatan.
Mereka juga membawa ulama dan tinggal beberapa bulan atau menetap di pelabuhan
untuk berdakwah
12
PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
PERKAHWINAN
Disebarkan melalui perkahwinan siasah ( dalam kerabat diraja) dan perkahwinan
biasa
Dengan perkahwinan itu, negeri-negeri tersebut dapat diIslamkan
Di Melaka, puteri raja dikahwinkan dengan raja Kedah, Pahang, Siak, Kampar dan Inderagiri
Perkahwinan biasa berlaku antara pedagang atau ulama Islam dari India dan Semenanjung
Tanah Arab dengan penduduk tempatan
Menyebabkan Islam tersebar dalam kalangan keluarga dan masyarakat sekeliling
13
PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
PENGISLAMAN RAJA DAN
GOLONGAN BANGSAAWAN
Apabila raja sesebuah negeri memeluk Islam, amalan ini akan diikuti oleh
rakyatnya
Di Pasai , pengislaman Raja Malik al-Salih, telah menyebabkan para pembesar
memeluk Islam
Pengislaman Megat Iskandar Syah telah diikuti oleh pembesar Melaka, keluarga
diraja dan rakyat keseluruhannya
Selepas pengislaman Raja Malik al-Salih telah menjadi kerajaan Islam yang kuat
dan Islam tersebar dengan cepat menerusi usaha pemerintah.
14
PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
PERANAN PUSAT
KEBUDAYAAN
Menjadi pusat keilmuan dan penyebaran Islam
Banyak kitab Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
Kerajaan Samudera –Pasai telah menjadi pusat penterjemahan di Kepulauan
Melayu
Sultan Mansur Syah, pemerintah Melaka mengirimkan kitab al-dur al-Manzum ke
Samudera-Pasai untuk diterjemahkan oleh Ulama Pasai
Cerdik pandai dan ulama di Samudera-Pasai menjadi pakar rujuk kepada ulama
dari luar
15
KBAT
Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara Yang Dikemukan Oleh Ahli Sejarawan Mempunyai Satu
Persamaan Iaitu Islam Disebarkan Oleh Pedagang.
Adakah Anda Setuju Dengan Pernyataan Tersebut? Berikan
Alasan Anda
16
SUB TOPIK 3:
PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA
17
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
•Menyatakan pengaruh Islam dalam masyarakat di Asia Tenggara
•Mengklasifikasikan pengaruh Islam dalam masyarakat di Asia Tenggara.
Pentadbiran
Institusi kesultanan menggantikan institusi beraja
Sultan sebagai ketua negara
Mufti ialah penasihat Sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran
Wujud jawatan kadi,khatib, bilal, pemungu zakat, dan penjaga harta wakaf
Nama raja menggunakan nama Islam seperti Sultan Mahmud Syah (Sultan terpuji)
Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka diberi gelaran Khalifatul Mukminin
(pemimpin orang mukmin)Gelaran Zilullah Fil Alam (bayangan Allah SWT di dalam alam) juga digunakan oleh raja-raja
Melaka
PENGARUH ISLAM DALAM
SISTEM PEMERINTAHAN
18
19
Perundangan
Undang-undang syariah diperkenalkan
Dilaksanakan dalam kes jenayah, urusan pernikahan, perniagaan dan pembahagian harta
pusaka
Termaktub dalam Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Muzaffar Syah
Sultan Alaudin Riayat Syah mempraktikkan undang-undang Islam dengan tegas di Melaka
Di Acheh terdapat kanun yang mempunyai ciri-ciri perlembagaan Islam yang dikenali sebagai
Kanun Mahkota Alam.
PENGARUH ISLAM DALAM
SISTEM PEMERINTAHAN
20
Semangat Jihad
Sultan Acheh menggunakan semangat jihad untuk melindungi kesucian Islam daripada
serangan portugis.
Disebarkan kepada rakyat tempatan melalui penulisan ulama dalam kitab
Syeikh Narudin al-Raniri dan Abdul rauf Singkel menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi
setiap orang Islam
Di Jawa rakyat bersatu dengan prinsip-prinsip Islam untuk menghalau Portugis dan Belanda
Syeikh Daud al-Pattani menerangkan kelebihan berjihad dalam karangannya
PENGARUH ISLAM DALAM
SISTEM PEMERINTAHAN
Sering menulis surat kepada pelajarnya di Pattani supaya menentang penjajah Siam
21
PENDIDIKAN FORMAL DI
ASIA TENGGARA
Pusat pendidikan formal (dayah) yang terawal muncul dalam pemerintahan Kerajaan Perlak
Di SumateraDi Samudera –Pasai muncul pusat
penterjemahan karya agama yang menjadi tempat rujukan kerajaan Islam yang lain
Pendidikan pondok berkembang dengan meluas dan mata pelajaran yang diajar ilah Fikah,
Usuludin , Taswuf, Hadis dan Tafsir
Madrasah ialah tempat melaksanakan pendidikan formal
Istana merupakan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan
Sistem pendidikan di Acheh terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu rendah (rangkang) menengah ( muenasah) dan pengajian tinggi
atau universiti ( Jamiah Bait al-Rahman)
PENGARUH ISLAM DALAM
SISTEM PENDIDIKAN
22
Pengaruh Islam dikenalpasti dari aspek tulisan jawi yang berasal daripada
bahasa arab. Ulama telah mengubahsuai huruf arab dalam al-
Quran begi menulis perkataan melayu
Tulisan jawi telah menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran
kerajaan Islam
Melalui tulisan jawi, istilah abahasa arab telah
digunakan dalam bahasa melayu seperti sultan,
syukur, masjid dan berkat.
Dengan huruf jawi, masyarakat Melayu boleh menggunakan untuk membaca dan menulis sehingga melahirkan sasterawan
tempatan seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul
Rauf Singkel
Bahasa Melayu telah berkembang menjadi bahasa Lingua franca bagi kepulauan Melayu. Bahasa Melayu
digunakan sebagai bahasa perantara dalam kalangan pedagang dari Timur
dan Barat
PENGARUH ISLAM DALAM BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa Ilmu. Cerita panji dalam
bahasa Jawa telah disampai dalam bahasa Melayu dan hasil
kesusteraan tutur terpengaruh dengan gaya dan tatabahsasa Arab
23
Kesenian Islam
• Seni khat pada batu nisan dan
ukiran kayu
• Terdapat abjad-abjad Arab dan jawi
pada batu nisan
• Seni khat merakamkan ayat suci al-quran, hadis,
dan catatan tentang sejarah sesebuah
pemerintahan tempatan
• Seni khat diukir padabilah mata
keris, seni ukiran kayu
PENGARUH ISLAM DALAM KESENIAN ISLAM
• Pengaruh senibina pada bangunan masjid, kubah,
mimbar, mihrab dan menara azan
24
Ekonomi
• Menggalakkan umat Islam agar
rajin berkerja
•Mengamalkan unsur halal semasa
berniaga
• Baitulmal diperkenalkan di Acheh yang berfungsi sebagai perbendaharaan
negara
• Menggalakkan orang Islam berdagang
PENGARUH ISLAM DALAM EKONOMI
• Melarang perbuatan mengemis
• Amalan riba, penipuan, dan
penindasan dilarang
• Saranan berjimat cermat dan rajin
berusaha
25
KBAT
Islam mewajibkan seseorang untuk menuntut ilmu.Pada
pandangan anda, mengapakah ilmu pengetahuan begitu
penting dalam membentuk sahsiah seseorang individu?
26
KBAT
Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda ingin amalkan sebagai seorang
pemimpin masa depan?
27
KBAT
Kerajaan Malaysia berhasrat menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecermelangan ilmu dirantau ini.
Berikan cadangan anda untuk merealisasikan hasrat tersebut.