HSM3013
MALAYSIA : MELAKA HINGGA KE NEGERI-NEGERI MELAYU BARU
SEMESTER 1 SESI 2014/2015
NAMA PENSYARAH: DR HARYATI BINTI HASAN
TAJUK : PENUBUHAN KERAJAAN MELAYU BARU DI SEMENANJUNG MALAYSIA
PADA ABAD KE-18 MEMPERLIHATKAN PERSAMAAN DAN PERBEDAAN ASAS.
BINCANGKAN.
NAMA AHLI KUMPULAN 5
WAN MUHD SALIHIN BUKHARI BIN SALAHUDIN (D20141067618)
WAN IRFAN AMIRUL MUZAMMIL BIN WAN AZMI (D20141067596)
WILFRED HENRY EMANG (D20141067606)
VERONICA RUNIN ANAK JALIN (D20141067591)
SITI MAISARAH BINTI AMRAN (D20141067609)
SITI NADRAH BINTI RAZALI (D20141067592)
SITI NUR SYAFIIQAH BINTI SHAH RIZAL (D20141067579)
SYUHERNA BINTI NANDU (D20141067612)
1.0 PENGENALAN
Penubuhan Kerajaan Melayu Baru di Semenanjung Malaysia
merupakan kerajaan yang wujud selepas Kesultanan Melayu
Melaka. Kerajaan-kerajaan Melayu Baru ini wujud pada kurun ke-
18. Antaranya ialah negeri Selangor, Terengganu, Kelantan dan
Negeri Sembilan. Namun begitu, pengasasan keempat-empat
kerajaan ini mempunyai latar belakang yang berbeza kerana
pengasasnya berasal dari tempat atau kawasan yang berbeza.
Sebagai contoh, pengasas dari Terengganu berasal dari negeri
Johor dan Selangor mempunyai pengasas berbangsa Bugis.
Pengasas Negeri Sembilan pula diasaskan daripada Pagar Ruyung
manakala Kelantan berasal dari Patani. Dalam konteks ini
menunjukkan sebelum penubuhan kerajaan-kerajaaan ini, telah
wujud pemerintahan di negeri-negeri tersebut. Kerajaan-
kerajaan ini mula berkembang pada awal abad ke-18 sehingga
abad ke-20. Oleh itu, amat jelaslah bahawa banyak persamaan
dan perbezaan antara kerajaan negeri-negeri melayu baru antara
satu sama lain dari aspek fasa sebelum pemerintahan
sehinggalah fasa pemerintahan yang sah di atas takhta
kerajaan.
2.0 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU BARU
Kerajaan negeri-negeri Melayu wujud sejak kurun ke-14. Negeri-
negeri Melayu terbentuk dan berkembang secara berasingan dan
tidak mempunyai sempadan yang jelas. Kerajaan negeri-negeri
Melayu terbahagi kepada tiga bahagian berasaskan kewujudan
iaitu, negeri-negeri Melayu Awal seperti Melaka dan Johor,
negeri-negeri Melayu Tua seperti Kedah, Pahang dan Perak dan
seterusnya negeri-negeri Melayu Baru iaitu Negeri Sembilan,
Terengganu, Kelantan, Selangor dan Perlis. Kerajaan negeri-
negeri Melayu mewarisi sistem politik, pentadbiran dan sistem
sosial yang diamalkan semasa Kesultanan Melayu Melaka kecuali
Negeri Sembilan. Oleh itu, terdapat persamaan dan perbezaan
penubuhan kerajaan negeri-negeri Melayu Baru terutamanya dari
segi politik dan perundangannya.
Sistem pemerintahan kerajaan Melayu baru iaitu negeri
Terengganu, Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan mempunyai
struktur pemerintahan yang sama.1
2.1 TERENGGANU
Sejak abad ke-15 hingga akhir abad ke-18, Terengganu
terletak dibawah pengaruh Melaka-Johor. Terengganu merupakan
negeri yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia.
Penubuhan kerajaan Terengganu bermula pada tahun 1720-an oleh
sebuah keluarga baru. Pada Batu Bersurat Terengganu, terdapat
catatan Raja Mandalika. Malah menurut sejarah Terengganu
terdapat juga beberapa pengasas seperti Megat Panji Alam,
Telanai dan sebuah keluarga pembesar Johor yang dihantar ke
Terengganu untuk melaksanakan pemerintahan. Pada abad ke-18,
Terengganu berada di bawah pengaruh dinasti Bendahara Johor
sepenuhnya. Pengasasan kesultanan bermula apabila Tun Zainal
Abidin anakanda Bendahara Tun Habib Abdul Majid ditabalkan
sebagai sultan sekitar tahun 1720-an. Terdapat beberapa
pendapat mengatakan pelantikan Tun Zainal Abidin sebagai
sultan dibuat dengan perkenan kerajaan Patani. Manakala,
terdapat sumber lain juga mengatakan pelantikan ini dibuat
oleh kerajaan Johor.2
TUHFAT AL-NAFIS
Menurut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun
Zainal Abidin yang juga dikenali sebagai ‘Bendahara Padang
1 Hj. Dr. Syed Ibrahim, Malaysia Kita: Selangor : Golden Books Centre Sdn. Bhd.Wisma ILBS, 2007, hlm. 1462 Mubin Shepperd, “A Short History of Terengganu,” MBRAS (Reprint) no. 10, 1983, hlm. 9-11.
Saujana’ ini ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Raja
Tua Daeng Menampuk atas titah Sultan Sulaiman Badrul Alam
Shah, Johor. Manakala menurut sumber lain Hikayat Johor serta
Pahang, Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta Kerajaan
negeri Terengganu oleh Nang Chayang Patani(Raja Perempuan Mas
Cayam) iaitu Raja Pattani. Menurut hikayat Johor serta Pahang,
Tun Zainal Abidin datang ke Patani setelah Paduka Raja
Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu.3 Ketika
berada di Pattani, Tun Zainal Abidin telah dijadikan anak
angkat oleh Raja Pattani, Nang Chayang.4 Sultan Abdul Jalil
Riayat Shah IV telah mengutuskan seorang panglima untuk
menjemput Tun Zainal Abidin di Patani. Namun begitu, Raja
Patani tidak membenarkan anak angkatnya iaitu Tun Zainal
Abidin balik ke Johor sebaliknya mengutuskan Sultan Abdul
Jalil Riayat Shah IV untuk datang menjemput saudaranya sendiri
di Patani.
Ketika berada di sana, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
digambarkan berkahwin dengan Nang Chayang dan seterusnya
berkahwin dengan penari istan iaitu Dang Sirat. Kemudian,
baginda berangkat bersama Tun Zainal Abidin ke Johor. Semasa
di Johor, Tun Zainal Abidin telah dikurniakan takhta di negeri
Terengganu. Namun begitu, kedua-dua sumber ini mempunyai
perbezaan pendapat kerana menurut buku Tuhfat al-Nafis, Raja Tua
Daeng Menampuk yang menabalkan Tun Zainal Abidin dan tidak
menyebut pemergian Tun Zainal Abidin ke Pattani dan hal ini
3 Leonard Y. Andaya: The Kingdom of Johor 1641-1728, Oxford University Press, Kuala Lumpur, hlm. 154-155.4 Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan Diraja Sultan Mizan, 2011, hlm. 87.
berbeza dengan sumber Hikayat Johor dengan Pahang yang
mencatatkan bahawa Raja Pattani iaitu Chang Nayang yang
menabalkan baginda sebagai sultan Terengganu.
HIKAYAT PATANI
Manakala, menurut Hikayat Patani pula amat berbeza
pengkisahannya dengan Hikayat Johor dengan Pahang kerana
berlaku ketidaksamaan masa peristiwa perkahwinan Sultan Johor
dengan Raja Patani serta Dang Sirat. Dalam Hikayat Patani,
Sultan Abdul Jalil Shah III ialah Yang Dipertuan Besar Johor
iaitu sepupu kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV yang
telah berkahwin dengan Chang Nayang iaitu pemerintah kerajaan
Patani. Hal ini sangat jelas kerana melihat kepada masa
kedatangan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677M), adalah
sangat tepat iaitu semasa pemerintahan Raja Ungu (1634-1635M).5
Manakala, masa kedatangan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
adalah pada 1699-1718M dan ini sangat menunjukkan perbezaan
masa kedatangan kedua-dua pemerintah. Oleh itu, amat tepatlah
jika Sultan Abdul Jalil Shah III yang telah berkahwin dengan
Nang Chayang dan Dang Sirat dan bukannya berlaku perkahwinan
antara Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dengan pemerintah
Patani.
Secara keseluruhannya, kedatangan Tun Zainal Abidin ke
Patani adalah benar dan begitu juga dengan kedatangan Sultan
Abdul Jalil Riayat Shah IV. Namun begitu, perkahwinan Sultan
Abdul Jalil Riayat Shah IV dengan Raja Kuning adalah sangat
5 Haji Buyung Adil, Sejarah Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka 1971, hlm. 69-72.
meragukan kerana melihat kepada masa pemerintahan Raja Kuning
adalah pada tahun 1635M sehingga 1686M yang juga merupakan
Nang Chayang yang terakhir yang memerintah Patani setelah
mangkatnya Raja Ungu. Manakala, penabalan Tun Zainal Abidin
sebagai sultan Terengganu pada tahun 1726M dan jelaslah bukan
Raja Kuning yang menabalkan Tun Zainal Abidin sebagai sultan
tetapi Mas Jayam. Manakala, menurut buku Tuhfat al-Nafis mengenai
kedatangan Raja Tua Daeng Menampuk datang ke Terengganu untuk
menabalkan Tun Zainal Abidin sebagai sultan Terengganu selepas
1725M. Justeru, berlaku penabalan sebanyak dua kali ke atas
Tun Zainal Abidin iaitu Raja Patani sebelum 1726M dan Rja Tua
Menampuk selepas 1726M. Maka, berangkatlah Sultan Zainal
Abidin ke Terengganu dan disambut oleh orang-orang besar
Terengganu dan bermulalah dinasti Bendahara Johor memerintah
di Terengganu.
2.2 SELANGOR
Sebelum penubuhan kerajaan melayu Selangor, Selangor
masih di bawah penguasaan Kerajaan Melayu Johor. Namun begitu,
pada abad ke-18 pengasasan kerajaan melayu baru Selangor telah
bermula daripada keturunan Bugis. Pengasasan ini bermula
apabila Raja Lumu diangkat menjadi sultan Selangor oleh sultan
Perak dan menggunakan gelaran Sultan Salehudin. Peristiwa
penguasaan Bugis terhadap politik Selangor sebenarnya bermula
pada tahun 1740, dimana Daeng Chelak bersama-sama orang Bugis
berundur dari Johor ke Selangor berikutan permusuhan antara
orang Melayu Johor dan Bugis. Beliau telah menegakkan
kekuasaan mereka di Selangor dan menganggap kerajaan tersebut
sebagai negeri kurnia kepada waris sah Yamtuan Muda.6
Penguasaan kuasa Bugis ini sebenarnya bermula apabila
Raja Kechil menaiki takhta kerajaan Johor. Hal ini demikian
kerana Raja Kechil yang telah merampas kerajaan ini dengan
membunuh Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Hal ini menjadi titik
tolak kedatangan Bugis apabila Sultan Sulaiman meminta bantuan
untuk mengusir Raja Kechil. Berbekalkan bantuan Upu-upu Bugis
Lima Bersaudara iaitu Daeng Perani, Daeng Marewah, Daeng
Menambun, Daeng Kemasi dan Daeng Chelak akhirnya Sultan
Sulaiman berjaya mengusir Raja Kechil yakni Sultan Abdul Jalil
Rahmat Shah keluar dari takhta kerajaan Johor. Sebagai tidak
memungkiri perjanjian, Sultan Sulaiman telah melantik Daeng
Marewah sebagai Yamtuan Muda Johor.
Setelah kemangkatan Daeng Marewah, jawatan Yamtuan Muda
Johor telah diberikan kepada Daeng Chelak dan memakai gelaran
Paduka Sri Raja Chelak. Peranan Daeng Chelak ketika memegang
jawatan Yamtuan Muda Johor semakin mencabar kerana sewaktu
pemerintahan beliau sering kali berlaku kekacauan di wilayah-
wilayah naungan kerajaan Johor-Riau. Sekitar tahun 1730, Daeng
Mateko telah berbaik-baik dengan Raja Kechil dari Siak dan
telah mengacau ketenteraman di Selangor. Hal ini membuatkan
Daeng Chelak ke Kuala Selangor dengan angkatan prang dari Riau
bagi mengawal keamanan akibat kekacauan yang tercetus.
6 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1983, hlm. 110
Semenjak hal tersebut, Daeng Chelak sentiasa berulang alik
dari Riau ke Kuala Selangor bagi memastikan keamanan Selangor
berterusan. Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor
penduduk di situ memohon kepada baginda untuk menetap disitu.
Namun baginda menolak dan telah mengarahkan salah seorang
puteranya iaitu Raja Lumu untuk menetap di sana.
Semasa pemerintahan Raja Lumu iaitu sebagai sultan
Selangor, langkah pertama Sultan Salehuddin adalah dengan
mengukuhkan kedudukan keturunannya dengan memisahkan Selangor
daripada pengaruh Johor-Riau. Namun begitu, Sultan Salehuddin
menyedari bahawa tidak mungkin baginda mendapatkan
pengiktirafan sebagai pemerintah Selangor daripada Johor
kerana berasa tidak layak di atas takhta kerajaan apatah lagi
tidak memiliki alat-alat kebesaran diraja, cop mohor dan
nobat. Akhirnya, pada tahun 1770, Raja Lumu telah mendapat
pengiktirafan Sultan Perak dan digelar Sultan Salehuddin Shah.
Hal ini disebabkan usaha baginda mendapatkan pengiktirafan
daripada sultan Perak kerana Perak mempunyai keistimewaan
apatah lagi Perak masih mempunyai jurai keturunan daripada
Kesultanan Melayu Melaka.7 Melalui penguasaan tersebut,
Selangor memiliki Kesultanan yang tersendiri dan keluarga yang
memerintah adalah berketurunan Bugis.8
2.3 NEGERI SEMBILAN
7 Haji Buyong Adil, Sejarah Selangor : Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,1981, hlm. 18.8 Hj. Dr. Syed Ibrahim, Malaysia Kita, Selangor : Golden Books Centre Sdn. Bhd. Wisma ILBS, 2007, hlm. 146.
Pada akhir kurun ke-17, orang di Sungai Ujong, Johol,
Naning dan Jelebu telah brsama-sama menjemput seorang raja
dari Minangkabau untuk dijadikan raja pemerintah di Negeri
Sembilan. Seorang raja dari Minangkabau iaitu Raja Kasah telah
datang ke Negeri Sembilan dan ditabalkan menjadi raja. Namun
begitu, Raja Kasah dihalau balik ke Minangkabau kerana tidak
berjaya mengatur dan memajukan Adat Perpatih di Negeri
Sembilan seperti yang dikehendaki oleh Datuk yang
menjemputnya. Kemudian dipanggil lagi seorang lagi anak raja
Minangkabau iaitu Raja Adil untuk ditabalkan menjadi raja
tetapi kemudiannya dihalau juga seperti yang berlaku kepada
Raja Kasah.9
Pada tahun 1770, empat orang Datuk Undang di Negeri
Sembilan iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan
Rembau telah bersetuju menghantar utusan kepada Raja Pagar
Ruyung di Minangkabau untuk memohon seorang anak Raja di
Minangkabau untuk dijadikan raja di Negeri Sembilan.10 Sebelum,
angkatan perutusan pergi ke Pagar Ruyung, Panglima Bandan dan
Panglima Bandut menghadap Sultan Johor untuk memohon izin
mereka berangkat ke Pagar Ruyung. Ketika sampai ke Pagar
Ruyung dan menghadap Raja Minangkabau iaitu Sultan Muning Shah
III untuk menyatakan maksud kedatangan mereka. Raja Pagar
Ruyung bersetuju dan telah mengutus seorang Orang Besar di
Minangkabau bernama Raja Khatib pergi dahulu ke Negeri
Sembilan untuk membuat persediaan bagi menerima kedatangan
9 Buyong bin Adil, Sejarah Alam Melayu, Penggal V, 1948, hlm. 4310 Abdul Samad Idris, (Datuk) Hubungan Minangkabau dengan Negeri Sembilan, 1961, hlm. 49.
seorang anak raja Minangkabau bernama Raja Melewar yang akan
dirajakan di Negeri Sembilan.
Apabila Raja Khatib sampai ke Negeri Sembilan, ia telah
belot kepada Raja Minangkabau dan telah mengaku sebagai raja
sebenar yang telah dihantar oleh Raja Pagar Ruyung untuk
dijadikan raja di Negeri Sembilan. Tidak lama setelah Raja
Khatib sampai di Negeri Sembilan, Raja Pagar Ruyung telah
bersiap sedia menghantar Raja Melewar dengan pengiringnya
seramai empat puluh orang ahli pertikaman yang gagah berani
bertolak ke Negeri Sembilan. Raja Melewar telah bertolak dari
Minangkabau menuju ke Siak. Ketika di sana, Raja Siak pula
membekalkan Raja Melewar dengan empat puluh orang ahli
pertikaman yang handal sebagai pengiring. Pada masa tersebut
Raja Siak berada di bawah pengaruh Minangkabau.
Dari Siak, Raja Melewar pergi ke Johor menghadap Sultan
Johor. Ketika berada di sana, Sultan Johor telah mengurniakan
kepada Raja Melewar sebuah cap mohor dan diberi kuasa penuh
memerintah negeri yang kemudiannya dinamakan sebagai Negeri
Sembilan. Penganugerahan cap mohor tersebut menunjukkan bahawa
Negeri Sembilan masih lagi berada di bawah penguasaan Johor.
Apabila tiba di Penajis iaitu suatu tempat di Rembau, Raja
Melewar telah ditabalkan sebagai Yamtuan pada tahun 1773.
Kehadiran Raja Melewar ke Negeri Sembilan telah mencetuskan
peperangan dengan Raja Khatib kerana baginda telah tahu tipu
muslihat Raja Khatib yang mengaku sebagai raja yang dihantar
ke Negeri Sembilan. Raja Melewar telah melancarkan perang
kepada Raja Khatib yang telah dibantu oleh ayah mertuanya
iaitu Penghulu Na’am di Kampung Bukit.
Dalam peperangan tersebut, Raja Melewar telah kalah dan
berundur ke tempat bernama Sepri dan kemudiannya mengumpul
semula askarnya untuk menyerang Raja Khatib di Seri Menanti.
Ketika pertempuran tersebut, Raja Melewar akhirnya mengalahkan
Raja Khatib. Raja Melewar terus bersemayam di Seri Menanti
sebagai Yamtuan Seri Menanti dan daerah Seri Menanti dinamakan
sebagai ”Tanah Mengandung” iaitu tanah yang dipunyai sendiri
oleh Yamtuan Seri Menanti. Luak atau daerah yang termasuk
dalam “Tanah Mengandung” ini ialah Ulu Muar, Jempul, Teraci,
Gunung Pasir dan Inas. Sejak dari itulah Sembilan buah luak di
Negeri Sembilan teah digabungkan dan disebut sebagai Negeri
Sembilan iaitu luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau,
Jelai, Kelang, Naning, Segamat dan Pasir Besar dan Ulu Pahang.
Namun begitu setelah kemangkatan Raja Melewar, para
pembesar Negeri Sembilan sekali lagi menjemput anak raja dari
Minangkabau untuk ditabalkan menjadi raja di Seri Menanti.
Raja Pagar Ruyung telah menghantar seorang raja Minangkabau
yang bernama Raja Hitam untuk menjadi raja di Negeri Sembilan.
Apabila Raja Hitam sampai ke Negeri Sembilan, baginda telah
ditabalkan di Penajis, Rembau menjadi Yamtuan Seri Menanti dan
bersemayam di Seri Menanti. Setelah menjadi Yamtuan Seri
Menanti lebih kurang 13 tahun, Raja Hitam pun mangkat dan
diganti oleh Raja Lenggang.
2.4 KELANTAN
Sejak abad terawal lagi, Kelantan telah menjadi negeri
naungan Srivijaya. Malah beberapa orang sejarawan turut
berpendapat bahawa pusat kerajaan Srivijaya adalah di negeri
Kelantan sebelum berpindah tempat ke Timur Sumatra.
Kemudiannya abad ke-13 dan 14, Kerajaan Kelantan telah menjadi
negeri naungan bagi Empayar Majapahit pula dan seterusnya pada
tahun 1499, Kelantan telah jatuh ke tangan Kesultanan Melayu
Melaka. Setelah pengaruh agama islam yang kebanyakannya dibawa
oleh saudagar-saudagar Arab tersebar luas di Asia Tenggara,
Sultan dan rakyat Melaka turut menganut agama itu.11 Ini adalah
merupakan satu pemangkin yang besar dalam penyebaran agama
Islam kerana setelah Melaka menjadi sebuah kerajaan Islam,
negeri-negeri jajahan takluknya dan negeri naungannya yang
lain seperti Pahang, Terengganu dan juga Kelantan turut sama
memeluk agama Islam kerana ingin menunjukkan taat setia kepada
Sultan Melaka dan ingin menjamin keselamatan negeri.
Sejak abad yang terawal lagi, Kelantan telah dikenali
sebagai ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’ dan juga terkenal
dengan gelaran negeri ‘Cik Siti Wan Kembang’. Pada tahun 1225,
seorang penulis dari China menyebut Kelantan sebagai Chi-Lan-
Tan yang mana pada masa itu sedang berada di bawah naungan
kerajaan Srivijaya. Manakala pada tahun 1365 pula, berdasarkan
kepada sebuah syair Jawa Kuno yang bertajuk ‘Nagarakertagama’
11 Kay Kim Khoo, Warisan Kelantan : Volume I, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1982, hlm. 49
yang dikarang oleh Prapanca, menyebut bahawa Kelantan pada
masa itu adalah sebahagian daripada Empayar Majapahit.
Menurut catatan Shen-Yu (414-512) dari Dinasti Tang pula,
Kelantan dikenali dengan nama ‘Ho-lo-tan’ atau ‘kou-lo-tan’
dan beliau juga turut mencatatkan bahawa ‘Ho-lo-tan’ itu
adalah merupakan sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu.
Ptolemy juga di dalam bukunya, ‘Far East’ ada menyebut tempat-
tempat yang bernama ‘Kolipolis’ , ‘Kalongka’ dan ‘Tharra’ yang
dipercayai adalah kawasan-kawasan yang terdapat di negeri
Kelantan. Berdasarkan kepada satu buku yang bertajuk ‘Research
on Ptomely’s Geography of Eastern Asia’ karangan Gerini, nama
Kelantan disebut sebagai suatu percantuman antara perkataan
‘Kolam’ yang bermaksud tanah dan ‘autam’ yang bermaksud
sempadan. Lama-kelamaan, cantuman perkataan-perkataan tersebut
menjadi Kelantan.
PENGASASAN NEGERI KELANTAN
Dipercayai bahawa pada tahun 1411 masihi, Negeri Kelantan pada
zaman awalnya diperintah oleh seorang Raja Islam yang bernama
Raja Kumar. Raja Kumar ini telah menjalin hubungan baik dengan
Maharaja China. Buktinya, Raja Kumar pernah menghantar ufti
dan persembahan kepada Maharaja China dan sebagai balasannya,
Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain
sutera dan surat kepujian. Namun begitu, para sejarawan
sehingga kini masih belum dapat mengesahkan asal usul Raja
Kumar itu.
Selepas pemerintahan Raja Kumar, Kelantan diperintah oleh
Sultan Iskandar, dan seterusnya diikuti oleh putera baginda
iaitu Sultan Mansur. Di bawah pemerintahan baginda, negeri
Kelantan menjadi semakin masyhurdan mendapat nama di merat-
rata tempat. Disebabkan itu, pada tahun 1477 Masihi, Sultan
Mahmud Shah yang sedang memerintah kerajaan Melaka ketika itu
telah menyerang dan menakluk Kelantan. Kemudiannya, salah
seorang daripada Puterii Sultan Munsur yang bernama Onang
Kening telaah dikahwini oleh baginda. Sementara itu, Raja
Gombak iaitu putera Sultan Mansur telah menaiki takhta
kerajaan Kelantan setelah kemangkatan baginda pada tahun1521
dan menerima gelaran Sultan Gombak. Pemerintahan ini
kemudiannya disusuli oleh Raja Ahmad (1527-1547) dengan
gelaran Sultan Ahmad dan seterusnya Raja Mansur (1547-1561)
yang memerintah dengan gelaran Sultan Mansur.
Pada ketika itu, Kelantan telah ditakluk oleh Patani yang
telah mengenakan ufti dan cukai yang tinggi ke atas negeri
itu. Raja Patani juga turut mencampuri urusan pentadbiran
kerajaan Kelantan dengan melantik seorang Gabenor yang digelar
‘Datu’ untuk memerintah bersama-sama dengan kerajaan Kelantan.
Semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur, baginda telah
memberontak kerana ingin membebaskan negerinya daripada
cengkaman Raja Patani. Setelah bebas daripada Patani dalam
kira-kira tahun 1544, baginda telah mula menggunakan gelaran
‘sultan’ dan setelah baginda mangkat pada tahun 1561, Sultan
Ibrahim (1561-1597) pula menaiki takhta dan kemudiannya
disusuli Sultan Muhammad (1597-1602). Dinasti keturunan
baginda telah berakhir di sini disebabkan baginda tidak
mempunyai waris untuk menggantikannya.
Seterusnya, pemerintahan kerajaan Kelantan digantikan
pula oleh Raja Loyor iaitu putera kepada Datu Nik Jamaluddin
dan memerintah Kelantan pada tahun 1602-1605 dengan gelaran
Sultan Adiluddin. Setelah baginda mangkat, takhta pemerintahan
diterajui oleh puteranya yang bernama Sultan Samiruddin (1605-
1616) dan seterusnya digantikan pula oleh Sultan Abd Kadir
(1616-1632). Di bawah pemerintahan baginda inilah, negeri
Kelantan terpaksa digabungkan dalam Persekutuan Patani
disebabkan oleh desakan Raja Patani. Setelah kemangkatan
baginda, takhta kerajaan digantikan oleh puteranya iaitu Raja
Sakti I. Namun, takhta pemerintahannya telah dirampas oleh
pamannya iaitu Raja Abdullah. Raja Abdullah Berjaya
membebaskan Kelantan dari Patani dan memerintah Kelantan dari
Kota Jelasin dengan gelaran Sultan Abdullah. Raja sakti I pula
memerintah di Pangkalan Datu kerana masih mendapat sokongan.
Maka, negeri Kelantan ketika itu telah diperintah oleh dua
orang raja.
HIKAYAT CIK SITI WAN KEMBANG
Menurut satu riwayat, Cik Siti Wan Kembang adalah puteri
kepada Sultan Ahmad yang telah berkahwin dengan Cik Bainun
iaitu Puteri Seri Nara DiRaja (sepupu Raja Hussein dari
Johor). Setelah kemangkatan ayahandanya, Sultan Ahmad, Cik
Siti Wan Kembang telah ditabalkan menjadi pemerintah Kelantan
tetapi disebabkan beliau masih kecil, Raja Hussein telah
dilantik menjadi pemangku Raja Kelantan. Pada tahun 1610,
setelah kemangkatan Raja Hussein, Cik Siti Wan Kembang pun
menaiki takhta sebaga Raja Kelantan dan menjadikan Gunung
Chinta Wangsa sebagai pusat pentadbirannya.
Disebabkan oleh kemasyhuran pemerintahannya, Cik Siti Wan
Kembang pun telah diberi gelaran ‘Paduka Cik Siti’ oleh
pedagang Arab yang banyak berkunjung dan berdagang di Gunung
Chinta Wangsa. Baginda juga mempunyai seekor kijang yang amat
disayangi baginda hinggakan gambar kijang itu diterap diatas
wang emas. Gambar kijang itu kemudian turut dijadikan lambang
kebesaran Kelantan hingga hari ini. Disebabkan tidak mempunyai
zuriat kerana tidak pernah berkahwin, Cik Siti Wan Kembang
telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkatnya yang
kemudian akan mewarisi takhta pemerintahannya kelak.
Puteri Saadong adalah puteri kepada Raja Loyor yang
memerintah di Jembal dan hubungan yang terjalin di antara Cik
Siti Wan Kembang dengan Raja Loyor amatlah baik. Disebabkan
kecantikan Puteri Saadong, Maharaja Siam telah menghantar
utusan untuk mengahwini tetapi utusan itu telah ditolak Puteri
Saadong. Maharaja Siam telah menculik Puteri Saaadong dan
membawa baliknya ke Siam.12 Tetapi menurut cerita, setelah
Puteri Saadong kembali ke Kelantan, berlaku pergaduhan antara
Raja Abdullah dengan puteri. Akibat terlalu marah, Puteri
Saadong telah menikam Raja Abdullah dengan cucuk sanggulnya.
PEMERINTAHAN KELANTAN DI BAWAH KETURUNAN JEMBAL
12 Nik Safiah Karim & Wan Abdul Kadir Yusuf, Kelantan Dalam Perpekstif Sosio-budaya ,1985, hlm. 76
Setelah kemangkatan Sultan Abdullah, adindanya yang bernama
Raja Abdul Rahim pula diangkat menjadi sultan dengan gelaran
Sultan Abdul Rahim. Akan tetapi, pemerintahan baginda yang
amat kejam itu yang mendorong Raja Sakti I yang pada ketika
itu bersemanyam di Pangkalan Datu menyerang dan lalu membunuh
baginda pada tahun 1649. Setelah itu, Raja sakti I bertindak
pula menyatukan Kelantan daripada taklukan Patani dan
seterusnya menyerang dan menjatuhkan Kerajaan Patani.
Kemudian, Baginda memerintah kesemua negeri-negeri Kelantan
dan jajahan takluknya. Baginda juga dikenali sebagai pengasas
dinasti ‘Keluarga Diraja Jembal’.
Setelah kemangkatan Raja Sakti I pada tahun 1662,
pemerintahan dipegang oleh puteranya yang bernama Raja Bahar
(1651-1670) dan seterusnya diikuti pula oleh pemerintahan Raja
Sakti II (1670-1715). Semasa pemerintahannya, Kelantan menjadi
tidak stabil kerana negeri itu telah terbahagi kepada dua
bahagian oleh Raja Mas Kelantan iaitu permaisuri Raja Bahar.
Pembahagian itu menyebabkan kawasan Kota Kubang Labu di
bahagian Barat Kelantan dikurniakan kepada Tuan Sulung yang
pernah menjadi Datu Kelantan Barat; manakala Kota Pangkalan
Datu dibahagian timur Kelantan pula dikekalkan di bawah
pemerintahan Raja Sakti II. Namun, pada tahun 1713, Raja Sakti
II telah bertindak menghalau Tuan Sulung daripada Kota Kubang
Labu.13
Zaman pemerintahan Dinasti Diraja Jembal dikatakan
berakhir apabila Raja Sakti II mangkat pada tahun 1715.
Sebelum mangkat, baginda dikatakan telah menolong Long Bahar13 Ibid, hlm. 70
iaitu adik kepada Tuan Sulung untuk menggantikan baginda
menjadi Raja Kelantan. Dengan itu, Long Bahar telah ditabalkan
menjadi Raja Kelantan pada tahun 1719 dan diberi gelaran ‘Tuan
Besar’. Baginda adalah merupakan pengasas dinasti diraja
Kelantan yang ada pada masa kini.
PERANG SAUDARA DI ANTARA PEMERINTAH KELANTAN
Dalam tahun 1717, sekali lagi Kelantan dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu Timur dan Barat di mana pada kali ini, Kelantan
Barat telah diserahkan oleh Mas Cayang (puteri Raja Bahar
dengan Raja Mas Kelantan) kepada Long Muhammad iaitu anak
kepada Tuan Sulung. Pada tahun 1733, Long Muhammad telah
menyerang Kelantan Timur yang menyebabkan Tuan Besar Long
Bahar terbunuh di dalam perperangan itu. Kemudian pada tahun
1746 pula, Long Muhammad telah dikalahkan oleh Long Sulaiman
iaitu putera kapada Tuan Besar Long Bahar. Dengan itu, Long
Sulaiman pula dilantik menjadi Raja Kelantan Timur yang bebas
oleh Sultan Yunus Patani (yang memerintah Kelantan Barat)
iaitu putera kepada Tuan Besar Long Bahar tetapi dengan
isterinya yang kedua iaitu Raja Pah (puteri kepada Raja Sakti
II).
Pada tahun 1749, Sultan Yunus telah ditembak mati oleh
Long Nuh dan mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Patani yang
bar. Namun begitu, keran bimbang hal pembunuhan Sultan Yunus
itu diketahui oleh Long Sulaiman, Long Nuh kemudiannya
bertindak memberikan Kelantan Barat kepada Long Sulaiman.
Setelah menggabungkan kembali kedua-dua negeri Kelantan itu,
Raja Long Sulaiman kemudiannya memindaahkan pusat
pemerintahannya yang sebelum ini di Kota Pangkalan Datu ke
Kota Kubang Labu.
Semasa pertelingkahan di antara Long Muhammad dengan Long
Sulaiman pada kira-kira 1746, Long Muhammad telah mendapatkan
perlindungan politik daripada Raja Legih iaitu Long Abdul
Rahman. Legih (sekarang dikenali sebagai Narathiwat) adalah
satu wilayah patani yang telah berjaya membebaskan diri dari
taklukan Patani. Long Abdul Rahman ingin membantu Long
Muhammad mendapatkan kembali takhta kerajaan Kelantan dengan
berusaha menjatuhkan pemerintahan Raja Long Sualiman. Maka
berlakulah beberapa siri peperangan di antara Kelantan dan
Lengih yang bermula pada tahun 1755 dan berakhir pada tahun
1756 dengan kemangkatan Raja Long Sualiman. Justeru, Long
Muhammad diangkat menjadi raja Kelantan tetapi kemudian
dibunuh oleh Long Abdul Rahman. Akibatnya Kelantan diletakkan
pula dibawah naungan Raja Legih dan Long Pandak iaitu adinda
bekas Raja Kelantan yang terbunuh diangkat pula menjadi Raja
Kelantan.
PEMERINTAHAN LONG YUNUS
Long Yunus merupakan putera tunggal kepada Raja Long Muhammad
yang telah ditinggalkan sejak dalam kandungan ibunya lagi.
Kemudian, beliau telah dihalau oleh bonda angkatnya, Raja
Perempuan Patani yang bernama Mas Cayang, lalu mengembara ke
Kelantan dan melalui kehidupannya yang miskin di kampung-
kampung. Long Yunus mempunyai seorang sahabat karib bernama
Long Ja’afar dan mereka gemar bermain laga ayam. Long Ja’afar
adalah seorang putera Datu Reman. Mereka menjadi juara ayam
dan telah menyabung ayam di merata-rata tempat.
Pada tahun 1757, mereka berdua telah berangkat ke
Terengganu yang ketika itu diperintah oleh Sultan Mansur Shah,
dan pada waktu yang sama, mereka mendapat tahu bahawa Raja
Long Pandak sedang bersiap sedia menyerang Terengganu. Raja
Long Pandak adalah pemerintah yang zalim dan sering melakukan
kezaliman keatas rakyat. Disebabkan oleh itu, Long Yunus ingin
menghalau Raja Long Pandak daripada Kelantan. Lalu Long Yunus
memohon bantuan daripada Sultan Mansur dari Terengganu dan
juga menerima bantuan daripada tentera Remand dan juga
sukarelawan daripada Kelantan. Long Yunus berjaya menyerang
benteng Kelantan di Kota Kubang Labu dan akhirnya pada tahun
1765, Long Yunus telah berjaya pula mengusir Raja Long Pandak
beserta dengan seluruh kuasa Legih di Kelantan dan terus
mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Kelantan. Long Ja’afar
kemudiannya diangkat menjadi Mangkubumi Kelantan dengan
gelaran ‘Tengku Seri Maharaja Perdana Menteri’.
Semasa pemerintahan Long Yunus, negeri Kelantan berada
dalam keadaan aman dan damai kerana baginda merupakan seorang
pemerintah yang baik lagi adil. Pada tahun 1777, Raja Long
Yunus telah memindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke
Pangkalan Galuh (dikenali sebagai Kota Bharu sekarang iaitu
ibu negeri Kelantan kini). Namun pada akhir pemerintahannya,
berlaku pula pertelingkahan di antara Long Yunus dengan Sultan
Mansur Terengganu yang pernah membantu baginda dahulu.
Akibatnya, pada tahun 1794, Terengganu yang diperintah oleh
Sultan Zainal Abidin II (pengganti Sultan Mansur) cuba
menyerang Kelantan, tetapi tidak sempat bertempur.
Selepas kemangkatan Long Yunus pula, Terengganu telah
menyerang Kelantan sebanyak dua kali iaitu pada kali pertama
pada tahun 1795, tetapi tewas, dan akhir sekali pada tahun
1800. Dalam serangan kali ini, Terengganu telah dibantu oleh
patani dan akhirnya berjaya mengalahkan Kelantan. Pada tahun
1794, Tengku Muhammad dari Terengganu telah diangkat menjadi
Pemangku Raja di Kelantan. Tengku Muhammad adalah menantu Raja
Long Yunus kerana telah berkahwin dengan puterinya yang
bernama Cik Ku Wan The. Namun, pada tahun 1801, Long Muhammad
iaitu putera Raja Long Yunus melancarkan serangan balas dari
Ulu Kelantan dan berjaya membebaskan semula negeri Kelantan
daripada tawaanan Terengganu. Selepas peperangan tamat,
barulah Long Muhammadd mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan
Muhammad I.
Sultan Muhammad I adalah merupakan seorang pemrintah yang
baik dan adil. Baginda berusaha untuk mengelakkan negerinya
diancam oleh kuasa-kuasa yang lain. Salah satu cara yang telah
dilakukan oleh baginda ialah dengan menjalinkan hubungan
diplomatic dengan Siam. Pada tahun 1818, Kelantan telah
menghantar ufti yang berupa bunga emas kepada Siam dan Siam
pula membalas dengan memberikan hadiah yang berharga.
Penghantaran bunga emas ini telah dibuat setiap tiga tahun
sekali dan disebabkan oleh hubungan diplomatic ini, Terengganu
tidak lagi berani untuk mengancam Negeri Kelantan.
3.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN NEGERI-NEGERI MELAYU BARU
3.1 PERSAMAAN
Pengasas
Melihat kepada corak pemerintahan dalam negeri-negeri Melayu
Baru, keempat-empat buah negeri ini diasaskan oleh orang luar
yang bukan berketurunan darah diraja ataupun sultan. Sebagai
contoh, Terengganu diasaskan oleh Tun Zainal Abidin iaitu
seorang anak berketurunan bendahara Johor iaitu Tun Habib
Abdul Majid. Jika dilihat peristiwa ini, pengasas kepada
Terengganu telah mula diperintah oleh darah yang berketurunan
Bendahara dan melalui peristiwa inilah bermulanya dinasti
Bendahara memegang tampuk pemerintahan Terengganu dan
berakhirnya sudah pemerintahan daripada keturunan diraja.
Contoh kedua pula dapat dilihat, apabila pengasasan
Negeri Sembilan juga diasaskan oleh anak raja dari Minangkabau
yang telah dijemput untuk memerintah di Negeri Sembilan.
Bermula daripada Raja Kasah yang telah ditabalkan menjadi
Yamtuan sehinggalah pemerintahan Yamtuan Antah antara tahun
1872 hingga 1888.14 Oleh itu, dari sistem pengasasan bagi kedua
negeri ini diasaskan oleh orang luar iaitu Terengganu
diasaskan oleh keturunan Bendahara Johor manakala Negeri
Sembilan diasaskan oleh anak raja dari Minangkabau.
Pengiktirafan
Dari segi pengiktirafan pula, kebanyakan negeri melayu baru
ini menerima pengiktirafan sebelum kerajaan yang tersendiri.
Sebagai contoh, Negeri Sembilan mendapat pengiktrafan daripada
negeri Johor. Hal ini demikian, sebelum membentuk menjadi
Negeri Sembilan, negeri ini telah menjadi naungan kepada
kerajaan negeri Johor. Oleh itu, terdapat beberapa luak yang
diketuai oleh Datuk Penggawa telah meminta anak raja
Minangkabau untuk ditabalkan menjadi Yamtuan Negeri Sembilan.
14 Al Caldecott, Jelebu, Papers on Malay Subject, Part 2.
3.2 PERBEZAAN
Sistem Pemerintahan
Dalam sistem pemerintahan terdapat perbezaan adat yang
diamalkan oleh masyarakat di negeri-negeri Melayu Baru iaitu
corak pemerintahan bagi setiap negeri. Negeri Sembilan
merupakan satu-satunya negeri yang mengamalkan adat yang
berbeza dan unik kerana mengamalkan sistem adat perpatih.
Dalam adat perpatih ini telah diasaskan oleh Datuk Perpatih
Nan Sebatang dari Pagar Ruyung. Adat ini telah dibawa masuk ke
Negeri Sembilan dan Naning oleh orang-orang Minangkabau. Dalam
adat ini corak pemerintahan terdapat lebih kepada sistem
demokrasi manakala dalam sitem Temenggung pula diamalkan oleh
negeri Terengganu, Selangor dan Kelantan. Sistem pemerintahan
Temenggung ini lebih kepada bersifat feudal iaitu Raja
memiliki kuasa autokrasi.
Penggunaan istilah Raja
Penggunaan penggunaan bagi pemerintah juga berbeza dalam
negeri-negeri Melayu. Di Negeri Sembilan menggunakan istilah
Yamtuan Besar bagi raja. Contohnya, pada tahun 1773 penggunaan
istilah Yamtuan Besar telah diwujudkan pada pemerintahan Raja
Melewar yang diangkat sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan.
Bagi negeri-negeri Melayu Baru yang lain menggunakan istilah
Sultan dalam sistem pemerintahan. Contohnya, di Negeri
Terengganu Tun Zainal Abidin telah diangkat menjadi Sultan dan
menggunakan gelaran Sultan Zainal Abidin. Hal ini jelas
menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara penggunaan
istilah pemerintah dengan corak pemerintahan.
4.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannnya, setiap penubuhan kerajaan dalam
negeri-negeri melayu baru memperlihatkan pembukaan kerajaan
dalam sistem pemerintahan oleh setiap pemerintah. Sistem
pemerintaha yang dijalankan setiap negeri-negeri melayu baru
ini mempunyai keunikannya tersendiri. Hal ini kerana penubuhan
setiap kerajaan ini diasaskan oleh orang luar yang bukan
berketurunan darah putih, malahan pengiktirafan atau
kedaulatan setiap kerajaan ini diiktiraf oleh negeri lain.
Setiap negeri-negeri melayu baru pula mempunyai persamaan dan
perbezaan dalam pelbagai aspeknya. Hal ini dikatakan demikian
kerana persamaan dalam setiap negeri-negeri melayu baru dapat
dilhat melalui pengasasan kerajaan dan pengiktirafan
kesultanan. Manakala dari segi perbezaan dalam negeri-negeri
melayu baru pula iaitu sistem pemerintahan yang digunakan dan
penggunaan istilah raja yang diguna pakai berbeza antara satu
sama lain. Keupayaan dan kebijaksanaan pemerintah dalam
mengasaskan dan memerintah kerajaan masing-masing menyebabkan
kerajaan negeri-negeri melayu baru ini muncul dan berkembang
di Semenanjung Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-18
berikutan beberapa negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu
mengalami kemerosotan pada awal abad ke-18.
BIBLIOGRAFI
A.Teeu, D.K Wyatt, Hikayat Patani, Springer Science + Business
Media Dordrecht, 1970
Abdul Samad Idris, (Datuk) Hubungan Minangkabau dengan Negeri Sembilan, 1961
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia,
Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1983
Haji Buyung Adil, Sejarah Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka 1971
Hj. Dr. Syed Ibrahim, Malaysia Kita: Selangor : Golden Books Centre
Sdn. Bhd. Wisma ILBS, 2007
Kay Kim Khoo, Warisan Kelantan, Volume 1, Perbadanan Muzium Negeri
Kelantan, 1982
Leonard Y. Andaya: The Kingdom of Johor 1641-1728, Oxford UniversityPress, Kuala Lumpur
Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan Diraja Sultan Mizan, Dirgahayu Tuanku Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008, 2011
Mubin Shepperd, “A Short History of Terengganu,” MBRAS (Reprint) no. 10,
1983
Norhalim Ibrahim, Adat perpatih : Perbezaan dan bersamaannya dengan adat
temenggung, Fajar Bakti, 1993
Rogayah A. Hamid, Maryam Salim, Kesultanan Melayu Kelantan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2006
Safiah Karim (Nik), Kelantan dalam Perspektif Sosio-budaya, Universiti
Malaya, 1985
Top Related