Unit 10 Etika Sukan

46
Permainan Bersih atau “Fairplay” Dr Ong Kong Swee CEO Sarawak Sports Corp 2014

Transcript of Unit 10 Etika Sukan

Permainan Bersih atau “Fairplay”Dr Ong Kong SweeCEO Sarawak Sports Corp2014

•Pada upacara pembukaan sukan olimpik, salah seorang daripada ahli sukan akan mengangkat sumpah bagi mewakili ahli-ahli sukan yang lain.

•Sumpah yang dilaungkan dii hadapan orang ramai memberi gambaran bahawa : i. Ahli-ahli sukan serta pegawai akan mematuhi

peraturan yang terdapat dalam kejohanan tersebut.

ii. Ahli-ahli sukan akan bertanding atas dasar semangat kesukanan (Sporting Spirit).

•‘Fair Play’

•Sikap serta tingkah-laku dan etika yang terdapat dalam bidang sukan.

•‘Fair Play’ bukan sahaja bergantung kepada undang-undang bertulis tetapi menggambarkan sikap ahli-ahli sukan berpandukan kepada semangat kesukanan.

•Kita mesti menunjukkan budaya hormat-menghormati serta mengutamakan kebebasan ahli sukan lain dan melindungi mereka daripada tekanan psikologi atau fizikal.

•Jawatankuasa Antarabangsa ‘Fair Play’ (CIFP) memang arif dengan perkembangan yang berlaku dalam bidang sukan. •Objektif utama (CIFP):

•Untuk mempromosikan ‘Fair Play’ di peringkat Antarabangsa.

•Maruah kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Bangsa-Bangsa Bersatu penting dalam bidang sukan.

•Teori dijadikan Praktikal•Beberapa nilai penting perlu diterapkan dalam kehidupan kita.

•Kita perlu melalui tiga proses dan sub-proses:•tetapkan nilai yang penting dalam sukan setelah mengambil kira banyak faktor.

•kita mesti menetapkan nilai yang telah ditetapkan sebelum ini.

•Akhirnya, terus melakukan sesuatu berdasarkan kepada pilihan kita.

•Ahli sukan yang terkenal dewasa ini gagal untuk menunjukkan bukti yang baik kepada masyarakat.

•Kemerosotan nilai moral dalam kalangan ahli sukan:•semua orang melakukannya (“everyone does it”),

•anda perlu lakukan untuk menang (“you have to do it to win”) atau

•orang baik akan mendapat tempat terakhir (“nice guys finish last”).

•Mempromosikan “Fairplay”•‘Fair Play’ perlu dipromosikan untuk seluruh masyarakat dalam keadaan yang lebih komprehensif.

•Perubahan tingkah-laku perlu dibentuk dalam usia yang lebih muda lagi.

•Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah seseorang.

•Istilah ‘Fair Play’ mestilah diiklankan bagi menggalakkan ahli sukan mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip yang terdapat dalam ‘Fair Play’.

•Mesej ‘Fair Play’

•Integriti•semangat kesukanan (sportmanship)

•kejujuran.

•Ternyata bahawa banyak iklan, promosi serta pendidikan telah merapatkan hubungan antara ahli-ahli sukan iaitu:

i. Pesertaii.Pendidikiii.Jurulatihiv.Pegawaiv. Ibu Bapavi.Mediavii.Penontonviii.Pentadbirix.Lain-lain

Semangat Kesukanan dan “sportmanship”

•"Sukan tidak membina karakter. Mereka mendedahkan ia." –

Heywood Hale Brown

•Kita hidup dalam era di mana mengekalkan nilai tradisi tidak boleh lagi dipandang ringan.

•Masyarakat perlu ingat dan sedar bahawa kita perlu memelihara nilai-nilai manusia asas yang penting bagi terus hidup dalam satu komuniti.

•Dalam dunia sukan nilai tradisi iaitu semangat kesukanan dicabar dari semua aspek:•profesional, kolej, sekolah tinggi dan walau dalam sukan remaja. 

Sepuluh elemen-elemen untuk kanak-kanak dan belia ikuti ketika mereka berusaha memajukan satu tabiat semangat kesukanan yang baik. 1. Saya mematuhi mengikut undang-undang dan peraturan

permainan.2. Saya cuba elakkan pertengkaran.3. Saya berkongsi tanggungjawab pasukan itu.4. Saya memberi perluang untuk semua orang bermain

mengikut peraturan-peraturan.5. Saya sentiasa berlaku adil dan saksama.6. Saya mengikut arahan-arahan jurulatih.7. Saya menghormati usaha pasukan yang lain.8. Saya memberi galakan kepada semua rakan sepasukan.9. Saya menerima keputusan hakim atau pegawai-pegawai

permainan.10. Saya menamatkan permainan dengan baik.

•Sportsmanship adalah kebolehan untuk:

menang tanpa menunjuk-nunjuk dan bermegah

kalah tanpa mengadumenghormati pihak lawan

•Panduan-panduan Sportsmanship

Jika anda buat kesilapan, jangan menunjukkan ketidakpuasan atau membuat alasan-alasan. Belajar darinya, dan bersedia untuk menyambung permainan.

Jika rakan sepasukan membuat kesilapan, beri galakkan, bukan kritikan.

Jika anda menang, jangan cuba menunjuk-nunjuk.

Jika anda kalah, jangan buat banyak alasan.

Gangguan Seksual

•Sukan dalam masyarakat kita merupakan penyumbang utama kepada pembangunan fizikal dan moral belia

• Kita mahukan rasa hormat kepada semua orang, terutama bagi orang-orang yang mudah terjejas (contohnya mengikut umur, bangsa, jantina, hilang upaya).

•Gangguan, sama ada penderaan fizikal, psikologi atau seksual, bukan hanya pelanggaran terhadap kepercayaan peribadi atau kemudaratan diri: ia juga memudaratkan masyarakat kita.

•Kemudaratan kepada institusi sukan akan secara langsung memberi kesan kepada apa yang kita cuba capai melalui sukan - pembangunan fizikal dan moral individu.

•Gangguan memusnahkan tujuan utama sukan.

•Sukan dan etika penjaga

•Etika penjaga memastikan perlindungan dan kesejahteraan mereka dalam sukan.

•Jika kewajipan tersebut tidak dipenuhi, kita mesti prihatin dengan kepentingan yang terbaik mereka yang telah dipengaruhi oleh kegagalan penjaga ini.

•Kita perlu bertanya, dan bertindak balas terhadap tiga soalan asas:

1. Adakah sukan menunaikan etika penjaga untuk ahli-ahlinya dengan sempurna?

2. Apakah sokongan disediakan untuk mangsa penderaan?

3. Apakah langkah-langkah yang tersedia untuk bertindak balas kepada keadaan apabila etika penjaga tidak dijalankan dengan sempurna?

•Sukan dan penderaan seksual

•Penderaan seksual :•bentuk gangguan yang paling hina kerana:

•keterdedahan atlet,•kerosakan psikologi, dan•pelanggaran amanah yang terlibat.

•Penderaan seksual tidak bermoral dan salah di sisi undang-undang.

•Tetapi undang-undang hanya terlibat apabila ia sudah terlambat.

•Pencegahan merupakan matlamat yang sepatutnya.

•Walaupun mungkin terdapat kaedah yang baik dan campur tangan yang ada untuk mencegah atau mengawal eksploitasi seks dalam sukan, tetapi ia hanya akan digunakan oleh orang-orang yang menyedari dan bertindak ke atas kewajipan dan tugas mereka dalam menjaga kepercayaan dan amanah.

•Sukan, Kuasa dan Senyap(Sport, Power and Silence)

•Terdapat hubungan yang kukuh antara jurulatih dan atlet.

•Jurulatih seringkali sangat dihormati.•Atlet muda terdedah kepada perkara sebegini kerana mereka sentiasa bertindak balas terhadap permintaan jurulatih.

•Keperluan melakukan perjalanan, persalinan pakaian / peralatan sukan seterusnya mewujudkan peluang untuk berlakunya gangguan seksual dalam sukan.

•Sukan juga melibatkan sentuhan dan urutan.•Pembentukan kesetiaan dalam sukan diperkukuhkan melalui kerja berpasukan, yang mana ianya tidak menggalakkan seseorang atlet dari mendedahkan rakan sekerja atau jurulatih kepada ancaman gangguan.

•Pencegahan dan Penguatkuasaan

•Perlu untuk memastikan atlet mempunyai sokongan dan mampu melindungi diri sendiri.

•Pengetahuan tentang kewujudan program atau perkhidmatan merupakan maklumat penting bagi mereka yang ingin menunaikan etika penjagaan.

•Matlamat Pencegahan & Penguasaan

•Memastikan atlet dan orang yang berkaitan berkeyakinan dalam mengesan tingkah laku yang tidak boleh diterima.

•Mereka juga perlu yakin dalam menggunakan kaedah selamat untuk meraih sokongan untuk menangani kelakuan yang tidak boleh diterima atau akibat daripada perbuatan tersebut.

•Respons Kolektif

•Gangguan dalam sukan relevan dengan isu-isu kepentingan awam yang luas (contohnya pembangunan fizikal / moral remaja, melindungi kanak-kanak / mencegah keganasan / gangguan).

•Maka, masyarakat menjangkakan bahawa sukan akan memberi perhatian dan cuba menangani masalah tersebut.

•Sukan juga perlu mempertimbangkan di mana kesesuaian tindakan kolektif, dan tindakan individu yang wajar.

•Contoh tindak balas kolektif untuk gangguan:•kedua-dua agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan bekerjasama menubuhkan perkongsian penyelesaian untuk masalah biasa.

•Tindakbalas NOC(Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) mengurangkan gangguan dalam sukan.

•Berikut merupakan senarai objektif yang boleh disokong dan dilaksanakan oleh badan sukan kebangsaan atau NOC untuk mengurangkan gangguan dalam sukan.

•Objektif 1•Menerbitkan sebuah buku panduan yang mesra pengguna yang lebih baik akan membolehkan pertubuhan dan kelab-kelab untuk memahami, dan menguruskan isu-isu kompleks berkaitan gangguan dalam sukan.

•Objektif 2•Melatih organisasi dan kelab-kelab untuk menyediakan tindak balas yang efektif awalan kepada kepada pengadu yang berpotensi.

•Objektif 3•Menyediakan organisasi dengan pengetahuan dan kaedah yang diperlukan untuk bertindak balas kepada aduan dengan cara yang selaras dengan prinsip-prinsip keadilan asasi.

•Objektif 4•Menyediakan organisasi dan kelab-kelab dengan akses kepada penyiasat luar / pencari fakta, termasuklah mekanisme untuk pendengaran bebas.

•Objektif 5•Membangunkan maklumat yang menerangkan kepelbagaian pilihan yang tersedia kepada mangsa dan apa kebaikan / kelemahan setiap pilihan dari perspektif pengadu.

•Memastikan ada mekanisme bagi atlet untuk memfailkan aduan atau untuk menerima nasihat dan sokongan dalam persekitaran yang dilindungi.

•Objektif 6•Memudahkan perkongsian bahan-bahan sumber pendidikan, dan membangunkan bahan-bahan baru seperti yang diperlukan.

•Objektif 7•Menjalankan bengkel pendidikan, ucapan, persembahan untuk meningkatkan tahap keselesaan organisasi dan kesedaran mengenai isu ini.

•Objektif 8•Membangunkan satu ringkasan bahan-bahan sumber yang sangat bernilai berdasarkan topik, dan agensi-agensi luar yang boleh dirujuk badan sukan, dan mengekalkan inventori terkini perkhidmatan, program, dan sumber-sumber yang wujud dalam komuniti sukan.

•Objektif 9•Membangunkan laman web gangguan dalam sukan.

•Objektif 10•Menyelidik punca gangguan, dan bagaimana atlet menghadapi, menentang, dan mencabar gangguan dalam kehidupan seharian mereka.

•Gangguan Seksual dan hubungan seksual antara jurulatih, ahli olahraga yang lain dan atlet.

•Gangguan seksual ialah masalah sosial yang diakui dalam sukan.

•Gangguan seksual dalam sukan menyekat gadis dan wanita dari menyertai dan membangun sebagai atlet.

•Pembangunan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai gangguan seksual membantu untuk mewujudkan iklim organisasi di mana wanita dan gadis berasa bebas untuk melaporkan kejadian tersebut.

•Penetapan polisi mengenai gangguan seksual juga dipercayai untuk mengurangkan kemungkinan kesalahan sedemikian.

•Yayasan Sukan Wanita mengakui bahawa gangguan seksual berlaku dalam sukan olahraga dan usaha untuk mencegahnya melalui pembangunan polisi adalah perlu.

•Definisi Gangguan Seksual Dan Hubungan Romantik Dan Atau Seksual

•Gangguan seksual terdiri daripada dorongan seksual yang tidak diingini, permintaan untuk nikmat seksual dan perlakuan lain yang secara lisan atau fizikal bersifat seksual dan boleh berlaku secara berasingan atau menjadi sebahagian daripada penderaan.

•Hubungan romantik dan atau seksual antara jurulatih dan atlet dianggap sebagai penyalahgunaan etika profesional, status dan kuasa.

Wanita dan Sukan.

•WANITA DALAM SUKAN•Wanita perlu menghadapi pelbagai halangan berbeza untuk mendapatkan hak mereka.

•Wanita daripada etnik, budaya dan agama yang berbeza mempunyai sekatan yang berbeza, apabila dalam sukan.

•Adalah jelas bahawa pengalaman sukan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita telah banyak dipertingkatkan pada dekad-dekad baru ini.

•Ramai wanita aktif menyertai kumpulan sukan tempatan atau menikmati sukan di pusat-pusat kecergasan.

•Pengalaman sukan telah menjadi satu aspek penting dalam budaya untuk wanita.

•Ia menyediakan komunikasi dengan orang lain dan meningkatkan fizikal, mental dan emosi wanita.

•Sukan adalah penting bagi wanita kerana mereka mempunyai nilai yang signifikan untuk kualiti kehidupan wanita.

•Satu lagi isu ialah perwakilan wanita dalam kepimpinan sukan adalah terhad berbanding dengan lelaki.

•Bilangan jurulatih wanita, pengarah pertubuhan-pertubuhan sukan, guru pendidikan jasmani, dan penyelidik adalah sangat kecil.

•Kurikulum tersembunyi di sekolah, yang secara terselindung mengenakan kewanitaan atau kejantanan apabila kanak-kanak dan peranan gender yang tetap dalam masyarakat.

•Adalah penting bahawa kita membentuk sebuah masyarakat, dimana setiap wanita dan lelaki boleh bermain dan menikmati sukan tanpa mengira jantina.

•Dalam masa yang lalu, wanita tidak digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal terutamanya sukan. Pada ketika itu, lelaki dan wanita mempunyai pendapat yang agak sama iaitu:

•Hanya lelaki boleh bermain sukan.•Wanita akan mencederakan diri mereka jika terlalu banyak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

•Wanita mesti berpakaian elok terutama sekali menutupi keseluruhan tubuh badan mereka (iaitu tidak boleh berseluar pendek dan pakaian swimming suit , dll) “ ”

•Wanita mesti tiggal di rumah dan menjaga anak-anak dan rumah.

“Women Sports Foundation atau ”Yayasan sukan wanita telah ditubuhkan pada tahun 1984.

Organisasi ini mempunyai tujuan untuk meningkatkan kesedaran

kepada isu-isu dalam sukan wanita dan meningkatkan penglibatan dan perluang-perluang untuk wanita

dalam semua peringkat dalam sukan.

Kajian Kes

KAJIAN KES 1 Fikirkan!Lebih kurang 90 orang atlit dan pegawai daripada lebih 12 negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Asia di Korea Selatan akan terus tinggal di Korea Selatan dan mencari kerja secara haram.Seramai 10,000 atlit dan pegawai dari 44 negara telah diberi Visa selama 30 hari untuk menyertai Sukan Asia ke-14 di Busan dari 29 September hingga 14 Oktober.Kesemua daripada mereka kecuali lebih kurang 90 orang telah pulang ke negara asal mereka. Korea Selatan mempunyai lebih kurang 280,000 pekerja asing yang tidak mempuyai Visa yang sah.

KAJIAN KES 2 Fikirkan!ATLET menyalahkan persatuan dan jurulatih, manakala persatuan pula menuding jari kepada atlet. Itulah senario dalam dua persatuan sukan kebangsaan yang sedang bergelut dengan isu doping ketika ini. Kesemua individu yang terlibat dalam isu doping tersebut kelihatan seperti mahu menyelamatkan diri masing-masing dengan saling tuding-menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.Namun hakikat sebenarnya, kontroversi itu tidak akan timbul jika dua persatuan berkenaan – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) – benar-benar telus dalam mencari dalang sebenar yang mencemarkan imej badan induk masing-masing.Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, Jawatankuasa Penyiasatan kedua-dua badan terlibat sepatutnya perlu lebih telus tanpa melindungi individu- individu tertentu.Ini kerana, jelas Zolkples, sebarang siasatan yang tidak telus mungkin akan mengakibatkan karier atlet yang terlibat dalam isu doping terjejas pada masa hadapan atlet.(Petikan Surat Khabar KOSMO 23 Feb. 2012)

KAJIAN KES 3 Fikirkan!“Dalam satu kes lain yang juga berlaku di luar negara, seorang pegawai pengiring mengadu, cuba dicabul oleh seorang pegawai pasukan dari Malaysia. Kes itu diceritakan kepada atlit negara dan satu aduan rasmi dikemukakan. Kes yang berlaku di dalam negara pula membabitkan, seorang atlit wanita yang dipujuk untuk menanggalkan pakaian semasa sesi mengurut berulang kali tetapi perkara itu tidak dilaporkan kepada pihak atasan atas kehendak atlit itu sendiri. 

Satu lagi kes ialah membabitkan seorang atlit mengambil “gambar rakan sebilik yang sedang mandi dan menyebarkan gambar itu kepada rakan-rakan lain termasuk atlit lelaki, ”katanya berkongsi beberapa kes gangguan seksual membabitkan warga sukan di negara ini, sekali gus membuktikan masalah itu sememangnya wujud dan bukan omongan kosong. 

(Petikan dari Surat Khabar Berita Harian, 10 Ogos 2010) Gangguan seksual calar imej sukan.

•Sekian Terima Kasih