SENI TARI MELAYU
-
Upload
universitimalaya -
Category
Documents
-
view
9 -
download
0
Transcript of SENI TARI MELAYU
JFEA 2308
SENI TARI MELAYU
Pensyarah: Dr. Mohd Effendi Samsuddin
Tugasan: Mengolah segala hasil yang telah dibentangkan dan disusun menjadi satu artikel mengenai ulasan-ulasan buku terpilih.
Tarian seni pilihan: Persembahan Boria, Mak Yung dan Kuda Kepang
1 Nursyahidah Bte Zainudin JEB110722
2 Wang Jing (Izzah) NEX140410
3 AmirulHakim Bin Ahmad Lokman REB120014
4 Ma Meng Jiao (Najwa) NEX140409
5 Satiman Bin Rejaman REB120008
6 Shazwan Affendy Bin Abdul Wahab REB120009
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
Semester 1 Sesi 2014/2015
2
Tarian Kuda Kepang Johor
Kuda Kepang adalah sebuah tarian pahlawan yang menampakkan pengaruh
Jawa dalam Islam. Pengaruh Jawa dapat dilihat pada pakaian penari-penari
tersebut. Manakala pengaruh Isalam pula boleh disimpulkan dalam cerita tarian
kuda kepang itu sendiri. Biasanya Kuda Kepang hanya boleh dilihat di kampung-
kampung sekitar Johor. Ia selalunya ditarikan oleh orang Melayu yang berketurunan
Jawa atau Jawa Indonesia. Menurut salah seorang lama yang berkecimpung dalam
bidang sejak dari zaman mudanya, yang lebih dikenali dengan nama panggilan Pak
Suraji, beliau mengatakan bahawa tarian kuda kepang berasal dari tanah Jawa. Ia
diperkenalkan dalam kurun ke-15 oleh Wali Songo iaitu wali sembilan dengan tujuan
untuk menyebarkan agama Islam yang dibawa daripada tanah Arab.
Antara jenis tarian kuda kepang yang biasa dipersembahakan ialah Tarian
gempur iaitu tarian sempena tentera Saidina Abu Bakar memerangi orang-orang
murtad. Seterusnya Tarian Serang Balas iaitu sempena serangan Mukmin terhadap
orang musyrikin. Satu teori lagi yang dikemukakan oleh Sudarsono mengatakan
yang kuda kepang bermula sebagai ritual animisme pada zaman primitif. Beliau
percaya bahawa tarian ini berasal daripada sembahyang semangat alam.
Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan.
Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk
mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan.
Menurut kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu,
satu upacara khas perlu dilakukan sebelum bermain. Jika ia gagal dilakukan
mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga
penontonnya. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu bomoh
3
akan menjampi untuk istiadat membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40m
x 60m.
Bomoh juga akan menyediakan sajian untuk penunggu. Sajian itu ialah
kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih, padi,
telur dan bunga rampai. Bilangan minima penari ialah sembilan orang dan
maksimanya 15 orang. Penari-penari ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja.
Tarian dicipta oleh guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang
selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang,Pak Tani, Pucuk Rebung,
Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam
tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.
Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat
beberapa orang penari akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat.
Mereka yang “naik syeikh” ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak
dapat dilakukan dalam keadaan siuman. Umpamanya, melompat setinggi enam atau
tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, juga
mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang “naik syeikh” , bunyi-
bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang
dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut.
Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal,
bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka
ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap. Setelah itu mereka
akan pulih dalam keadaan letih lesu. Adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan,
tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil
seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.
4
Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu tempat
khusus Jika diletakkan di sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan mengamuk
dan merosakkan pertunjukan-pertunjukan yang akan datang. Alat bunyi-bunyian
yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah angklong (alat utama), gendang,
gong (berbentuk bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih
kecil), jidor (seperti rebana besar), soron kecil (dibuat dari tembaga yang dititik
supaya melengkung dan lekuk seperti ruas buluh) dan bonang (dibuat dari
tembaga,ditengahnya bonjol bulat kira-kira lapan garis pusat). Bagaimanapun tidak
semua alat ini digunakan dalam satu-satu tarian. Pemilihannya terletak kepada budi
bicara kumpulan-kumpulan berkenaan. Bentuk pakaiannya pula terserah kepada
kehendak kumpulan tetapi ia hendaklah seragam.
Shazwan Affendy bin Abdul Wahab REB120009
Satiman Bin Rejaman REB120008
5
Tarian Makyung
Melalui pembacaan saya di dalam buku Tarian Makyung (warisan kesenian
negeri Kelantan) oleh Oak Enterprise, buku ini menerangkan pengenalan kepada
persembahan tarian tradisional Makyung. Salah satu jenis tarian tradisional yang
begitu mahsyur di kalangan raja-raja melayu pada masa itu ialah tarian makyung.
Makyung adalah satu bentuk drama tari yang menggunakan unsur-unsur muzik,
tarian dan dialog sebagai unsur yang akan menghidupkan suasana tarian itu sendiri.
Drama tari ini mengisahkan tentang cerita-cerita lagenda tempatan. Tarian makyung
tidak jauh bezanya dengan tarian mek mulung. Ini kerana makyung adalah teater
istana manakala mek mulung pula hanya sebagai teater rakyat. Tetapi apa yang
membezakan antara kedua-duanya adalah dari segi gaya tarian dan alunan muzik
yang akan dimainkan bagi mengiringi persembahan tersebut.
Selalunya Tarian makyung ditarikan di antara babak-babak bermain di taman
dan sebagainya. Selain itu juga jenis tarian yang boleh dikatakan indah dalam
makyung ialah tari ragam. Seperti tarian-tarian tradisional yang lainnya, tarian
makyung juga amat mementingkan aspek pergerakan tangan atau lemah gemalai
jari-jemari seorang ahli tarian itu.
Keindahan dan keunikan dalam tarian makyung ini adalah jenis-jenis tarian
tersebut. Tarian yang penting sekali dalam persembahan makyung ialah tarian
menghadap rebab yang panjangnya antara 15 hingga 30 minit dan dipersembahkan
pada permulaan tiap-tiap persembahan. Secara lazimnya tarian makyung ini
ditarikan oleh kaum wanita. Ini kerana Tarian ini memerlukan pergerakan yang
lembut dan sekata.
6
Terdapat 5 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Tiga daripadanya
terdapat di Malaysia. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-
v a. Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah
wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan
Melayu Patani.
v b. Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu, Malaysia.
v c. Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
v d. Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun
(Thailand).
v e. Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
7
Posisi tangan yang telah dihuraikan apabila dicantumkan dengan pergerakan badan,
kepala dan kaki akan membentuk tarian makyung. Pergerakan asas dalam tarian
makyung :
1) Duduk atas tumit, tangan sembah guru
2) Gerak sembah lebih berbunga digunakan dalam tarian inai makyung
3) Tangan susun sirih
4) Variasi tangan susun sirih
5) Tangan gajah lambung belalai
6) Variasi tangan gajah lambung belalai
8) Variasi tangan burung terbang
9) Tangan ular sawa mengorak lingkaran
10) Variasi tangan ular sawa mengorak lingkaran
11) Tangan seludang menolak seludang
12) Variasi tangan seludang menolak mayang
13) Tangan sulur memain angin
14) Variasi tangan sulur memain angin
15) Tangan liuk kiri longlai ke kanan
16) Variasi tangan kiri liuk longlai ke kanan
8
17) Variasi kedua tangan liuk kiri longlai ke kanan
18) Berdiri tapak tiga dan menghadap timur jaga
19) Tangan sirih layar
20) Variasi angin sirih layar
21) kirat penghabisan
22) langkah turun dari kayangan
23) Langkah naik ke kayangan
24) Pakyung berjalan
Tarian Makyung telah menjadi warisan persembahan drama tari yang masih
kekal hingga kini. Pada tahun 2005 UNESCO telah mengiktirafkan sebagai
khazanah negara. Keindahan dan keunikan di dalam tarian makyung perlu dijaga
dan sentiasa dipersembahkan kepada khalayak ramai supaya tidak pupus ditelan
zaman.
Struktur dalam cerita Mak Yong
v 1. Bertabuh
v 2. Mengadap rebab
v 3. Raja atau Pak Yong keluar dan berdialog dengan Mak Yong.
v 4. Pak Yong Muda atau Puteri Mak Yong akan menyanyi.
v 5. Dialog Pak Yong memanggil pengasuh.
9
v 6. Yanyian Pak Yong Tua- Sendayong Pak Yong.
v 7. Dialog
v 8. Nyanyian Peran
v 9. Dialog antara Pak Yong dengan Peran
v 10. Pak Yong menyanyi lagu berkhabar.
v 11. Dialog
v 12. Nyanyian Peran
v 13. Dialog
v 14. Nyanyian Peran
v 15. Dialog
v 16. Lagu barat cepat
v 17. Dialog Peran 1 dan 2
v 18. Lagu Tok wak
v 19. Dialog Pak Yong
v 20. Lagu Ela oleh Pak Yong membawa cerita yang akan di persembahkan
KESIMPULAN
v Pengaruh kebudayaan dan perubahan yang dibawa dari India, Arab, Thailand
dan juga Indonesia.
v Pada zaman millenium, tarian melayu telah berubah kerana dipengaruhi oleh
faktor-faktor semasa bagi memenuhi kehendak zaman dan keperluan
masyarakat
10
v A) tarian melayu telah berubah daripada menjadi bentuk persembahan
keagamaan kepada salah satu bentuk hiburan.
v B) Tarian melayu juga tidak lagi dibawah naungan istana, tetapi telah bertukar
kepada kerajaan negeri ataupun kementerian
AMIRULHAKIM BIN AHMAD LOKMAN REB120014
MA MENG JIAO (NAJWA) NEX140409
11
Tarian Boria
Buku pilihan kumpulan ini juga membincangkan tentang persembahan Boria yang
ditulis oleh Mohd Ghazali Abdullah bertajuk, “Teater Tradisional Melayu” (1995).
Dalam buku ini, ia membincangkan bahawa Tarian Tradisional Melayu merakamkan
ragam kebudayaan masyarakat Melayu tradisional. Kebudayaan merupaan proses
pembelajaran hidup yang berterusan dalam sesebuah masyarakat. Di sini,
masyarakat Melayu Tradisional menerima, mempelajari dan menghayati kebudyaan
berasaskan perlakuan, pemikiran, sikap, nilai dan norma yang diterima dari turun-
temurun, dimanifestasikan dalam persembahan kesenian mencerminkan budaya
masyarakat tersebut.
Boria dipercayai berasal dari Arab menggambarkan sistem kepercayaan
‘syiah’ iaitu salah satu aliran dalam Islam yang dalam beberapa hal bertentangan
dengan aliran Ahli Sunnah Waljamaah. Sejarah mencatatkan bahawa permainan
boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina
Huessein R.A. dan dalam upacara yang juga dikenali sebagai takziya, akan ada
seorang penyair yang bakal mendendangkan syair-syair apabila Saidina Hussein
R.A dikepung musuh. Salah satu perbuatan yang dilakukan oleh kaum Syiah ini,
mereka akan memukul badan dan menjerit sehingga berlumuran darah.
Boria merupakan sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia,
terutama sekali di Pulau Pinang. Persembahan ini mempunyai dua adegan iaitu
lakonan dan nyanyian. Apa yang menarik, pada asalnya, hanya kaum lelaki sahaja
12
yang dapat melibatkan diri dalam boria. Dapat dilihat bagaimana masyarakat dahulu
agak konservatif kerana wanita jarang melibatkan diri dalam persembahan. Hanya
selepas perang dunia kedua wanita mula melibatkan diri dalam kumpulan boria.
Ternyata, boria mengalami banyak perubahan bak peredaran zaman dan cerita-
cerita yang asalnya bertemakan pengaruh Syiah kini bertemakan isu-isu semasa,
kemasyarakatan Melayu dan kritikan sosial.
Pada zaman dahulu, terdapat anggaran 40-60 orang yang menyertai sebuah
pasukan boria. Ini terdiri daripada penaja, tukang karang, kelasi, pemuzik. Selalunya,
orang Cina akan menjadi tauke dan membiayai kos. Tukang karang pula memainkan
watak untuk membawa lagu dengan baik. Suara beliau harus merdu, lantang dan
terang. Tukang karang dianggap orang penting yang membolehkan pasukan boria
itu jadi menarik. Pakaian serta gerak geri harus berlainan agar dapat memikat hati
penonton. Alat-alat muzik yang digunakan dalam persembahan ialah seperti violin,
akordion, harmonika, gendang dan lain-lain lagi.
Dahulu, lakonan dalam boria ditampilkan secara spontan, tanpa skrip dan
jalan cerita selalunya mengikut kreativitivi tukang karang. Di sini, akan kita lihat
betapa cekap para pelakon mematahkan cakap lawan sambil menggeletek hati
penonton. Faktor yang penting adalah unsur kelucuan. Penggunaan props dan
kostum juga memainkan peranan agar menambahkan lagi daya tarikan
persembahan mereka.
13
Keindahan bahasa yang digunakan dalam nyanyian serta aksi mengikut irama lagu
ternyata menjadi salah satu “highlight” persembahan boria ini. Para kelasi akan
memenuhi ruang pentas dan menari. Senikata disembahkan mengikut syair dan
memuji pengundang.
Pada kesimpulan, boria pada hari ini telah mengalami banyak perubahan.
Disebabkan faktor seperti pertandingan boria yang kini semakin lama semakin
menghadapi cabaran kerana anak muda pada hari ini melihat boria seperti tidak
relevan, ia boleh dilihat sebagai mengancam kewujudan teater ini. Harapan saya
agar persembahan boria tetap kekal dan perlu adanya sokongan masyarakat untuk
mengembalikan minat anak muda dan generasi akan datang kepada seni tradisional
Melayu. Bukan sahaja pada boria tetapi Mak Yong, Randai dan seumpamanya.
Nursyahidah Bte Zainudin JEB110722
Wang Jing (Izzah) NEX140410