kebudayaan melayu

26
PENGENALAN Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:212) mendefinisikan budaya sebagai tamadun atau peradaban. Kebudayaan pula membawa makna keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak serta segala hasil kegiatan masyarakat. Maka, secara tidak langsung kebudayaan Melayu mengertikan cara hidup terancang masyarakat yang berbangsa Melayu dalam kehidupan mereka. Khazanah kebudayaan Melayu termuat dalam pelbagai bentuk yang telah disusun dan dipelihara sejak dahulu. Antara bentuk-bentuk pendokumentasian itu ialah bahan sastera dan bukan sastera seperti penulisan ilmiah, filem, drama dan sebagainya. Setiap bahan tersebut diadun rapi dengan aspek-aspek penting seperti sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiobudaya yang menjelaskan nilai-nilai tradisi kebudayaan Melayu. Dalam tugasan ini akan dijelaskan ketiga-tiga aspek tersebut berdasarkan sebuah drama klasik yang dipilih iaitu Keris Hitam Bersepuh Emas Meskipun tidak banyak yang dapat dikaitkan dengan drama melayu ini, tetapi seniman drama melayu mempunyai idea tersembunyi untuk diketengahkan kepada khalayak penonton khususnya masyarakat Melayu sendiri. Elemen kebudayaan Melayu yang diselang-selikan dengan cara hidup tradisional dan ilmu persilatan melayu menentang penjajah dipadatkan dengan persoalan-persoalan sosial yang tampak sarat dengan elemen persahabatan dan kekeluargaan terhadap institusi diraja tetapi memerlukan daya fikiran analitikal untuk memperhalusinya. Begitulah buah tangan istimewa seniman drama berharga ini. Segala apa yang ditonjolkan tidak seharusnya dilihat secara permukaan sebaliknya harus diteliti lebih mendasar. Tugas kami selaku pemerhati adalah menyediakan satu tulisan ilmiah yang ringkas tetapi padat untuk dijadikan renungan bersama. Huraian berkenaan aspek sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi mungkin dapat membantu pembaca memahami serba sedikit cabang ilmu kebudayaan Melayu yang begitu luas. Paling tidak, pembaca boleh memikirkan bersama akan kepentingan pemeliharaan kebudayaan Melayu yang kini dilihat semakin terancam akibat tertawannya minda generasi baharu di era globalisasi ini. 1

Transcript of kebudayaan melayu

PENGENALAN

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:212) mendefinisikan budaya sebagai

tamadun atau peradaban. Kebudayaan pula membawa makna keseluruhan cara

hidup yang merangkumi cara bertindak serta segala hasil kegiatan masyarakat.

Maka, secara tidak langsung kebudayaan Melayu mengertikan cara hidup terancang

masyarakat yang berbangsa Melayu dalam kehidupan mereka.

Khazanah kebudayaan Melayu termuat dalam pelbagai bentuk yang telah

disusun dan dipelihara sejak dahulu. Antara bentuk-bentuk pendokumentasian itu

ialah bahan sastera dan bukan sastera seperti penulisan ilmiah, filem, drama dan

sebagainya. Setiap bahan tersebut diadun rapi dengan aspek-aspek penting seperti

sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiobudaya yang menjelaskan nilai-nilai tradisi

kebudayaan Melayu.

Dalam tugasan ini akan dijelaskan ketiga-tiga aspek tersebut berdasarkan

sebuah drama klasik yang dipilih iaitu “Keris Hitam Bersepuh Emas Meskipun tidak”banyak yang dapat dikaitkan dengan drama melayu ini, tetapi seniman drama

melayu mempunyai idea tersembunyi untuk diketengahkan kepada khalayak

penonton khususnya masyarakat Melayu sendiri. Elemen kebudayaan Melayu yang

diselang-selikan dengan cara hidup tradisional dan ilmu persilatan melayu

menentang penjajah dipadatkan dengan persoalan-persoalan sosial yang tampak

sarat dengan elemen persahabatan dan kekeluargaan terhadap institusi diraja tetapi

memerlukan daya fikiran analitikal untuk memperhalusinya. Begitulah buah tangan

istimewa seniman drama berharga ini. Segala apa yang ditonjolkan tidak seharusnya

dilihat secara permukaan sebaliknya harus diteliti lebih mendasar.

Tugas kami selaku pemerhati adalah menyediakan satu tulisan ilmiah yang

ringkas tetapi padat untuk dijadikan renungan bersama. Huraian berkenaan aspek

sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi mungkin dapat membantu pembaca

memahami serba sedikit cabang ilmu kebudayaan Melayu yang begitu luas. Paling

tidak, pembaca boleh memikirkan bersama akan kepentingan pemeliharaan

kebudayaan Melayu yang kini dilihat semakin terancam akibat tertawannya minda

generasi baharu di era globalisasi ini.

1

2.0 ANALISIS DRAMA ‘ KERIS HITAM BERSEPUH EMAS ‘

2.1 ASPEK SOSIOPOLITIK

Khazanah Kebudayaan Melayu terkandung dalam bahan sastera dan

bahan bukan sastera seperti bahan penulisan ilmiah, bahan media

komunikasi dan bahan lain yang menggambarkan sosiobudaya dan

sosioekonomi masyarakat melayu.Berdasarkan bahan bukan sastera, iaitu

drama, kumpulan kami telah melaksanakan satu kajian mengenai

kebudayaan melayu melalui satu drama melayu sekitar 1990-an yang

bertajuk “Keris Hitam Bersepuh Emas” yang telah ditayangkan di kaca

televisyen Radio Televisyen Malaysia 1 (RTM1). Pada bahagian ini, kami

akan mengetengahkan isu sosiopolitik dalam drama ini dan dikaitkan

dengan kebudayaan masyarakat melayu.

Pada amnya, drama ini mengisahkan kehidupan masyarakat melayu

tradisional yang hidup dalam hierarki dan ketamadunan di raja. Ini

dapat digambarkan dari makna melayu tradisional, Che Su Mustaffa dan

Rasilah Mohd Rosdi (2005).

“Melayu tradisional merujuk kepada masyarakat Melayu yang kaya dengan adat

dan budaya serta nilai-nilai murni kesopanan. Ia juga merujuk kepadamasyarakat

Melayu yang hidup sebelum zaman penjajahan. Jadi, segala bentuk kegiatan sosio-

ekonomi mereka adalah acuan mereka sendiri tanpa adanya pengaruh daripada negara

Barat.”

Masyarakat Melayu tradisional ini sangat terkenal, khususnya pada

abad ke-13 hingga abad ke-16. Ini adalah ekoran kemunculan beberapa

2

buah kerajaan Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu Melaka,

Johor, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan

dan sebagainya. Dalam drama ini, telah ditonjolkan sosiopolotik di

mana masyarakat melayu dinaungi oleh institusi diraja. Sultan Melaka

sebagai kepala yang menaungi kerajaan Melayu Melaka sekitar abad 14

dan abad ke 15. Dalam drama ini juga menceritakan orang melayu

menyanjung tinggi istitusi diraja dimana mereka sanggup berkorban

menjaga dan mendaulatkan ketuanan melayu. Sebagai contoh, tujuh

pendekar melayu ini bergabung tenaga merancang, melawan dan berjuang

habis-habisan menentang penentang sultan Melaka pada masa itu

(penjajah Portugis dan orang-orang Belanda).

BERIKUT MERUPAKAN SOSIOPOLITIK ORANG MELAYU.

KERAJAAN MELAYU MELAKA

Kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada awal

kurun ke-15. Pada masa ini, Kerajaan Melayu Melaka telah muncul

sebagai sebuah empayar yang terkenal di alam Melayu. Kerajaan ini

dikatakan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan

Sultan Mansur Syah (1456-1477). Antara faktor-faktor yang memunculkan

Melaka sebagai kerajaan yang unggul dan gemilang pada waktu ini ialah:

(a) Faktor Geografi

(b) Faktor Ekonomi

(c) Faktor Politik dan Pentadbiran

MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG

3

Kerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-

15 Masihi terkenal di seluruh dunia sebagai:

1. Sebuah empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan,

ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang Empayar Melaka

dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu,

sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.

2. Pusat perdagangan dunia Melaka menjadi pusat pertembungan semua 

saudagar Timur dan Barat, misalnya dari Negara China, India, Timur

Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.

3. Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan pendakwah-

pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti

oleh sultan serta rakyatnya.

4. Pusat penyebaran ilmu pengetahuan Istana Melaka berperanan 

sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

1. Meletakkan sultan sebagai kuasa tertinggi.

2. Beberapa jawatan diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran

seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan

Laksamana.

3. Tamadun Islam - Konsep ÂdevarajaÊ yang mempunyai pegangan politik

dan lambang kedaulatan raja-raja tempatan telah digantikan dengan

konsep khalifatullah Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa

Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab

memakmurkan bumi.

4

4. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar.Contohnya,

Kerajaan China bagi mengukuhkan kedudukannya.

5. Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa ini , terdapat

dua jenis undang-undang iaitu:

(a) Hukum Kanun Melaka

(b) Undang-undang Laut Melaka

Undang-undang ini diwarisi sejak turun-temurun, sama ada dalam bentuk

lisan atau tulisan. Kedua-dua undang-undang ini menerima banyak

pengaruh atau unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Nama lain bagi

Hukum Kanun Melaka ialah Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang Darat

Melaka. Naskhah asal hukum kanun ini mengandungi 19 fasal, kemudian

bertambah kepada 22 fasal dan seterusnya bertambah kepada 44 fasal. 

Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka,

Hukum Undang-undang Laut dan Kitab Peraturan Pelayaran. Ia mengandungi

24 bab. Undang-undang ini diadakan untuk mengatur kehidupan masyarakat

Melaka pada waktu itu, sama ada di darat atau di laut.

KEJATUHAN MELAKA

Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur

Syah(1456 1477). Dalam drama ini, zaman kejatuhan Melaka ditonjolkan.

pengaruh kerajaan Melaka didapati semakin merosot pada akhir abad ke-

15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara faktor

yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini ialah:

1. KETIADAAN PEMIMPIN YANG CEKAP

5

Ketiadaan pemimpin yang cekap bermula daripada zaman pemerintahan

Sultan Alauddin Riayat Syah. Baginda mempunyai sikap yang amat berbeza

dengan ayahandanya, Sultan Mansor Syah yang sangat gagah, berani dan

tegas. Sultan Alauddin, walaupun merupakan seorang yang berani dan

tegas, namun bersikap lembut dan tidak suka akan kekerasan.

Oleh itu, tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman baginda.

Ini menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri

dan membentuk autonomi masing-masing. Sementara itu dari segi pembesar

pula, bendahara-bendahara yang menggantikan Tun Perak didapati tidak

secergas dan sebijaksana beliau. Misalnya, adik Tun Perak iaitu Tun

Perpatih Putih yang menggantikan beliau merupakan seorang yang

pemboros. 

Demikian juga Tun Mutahir yang lebih memberi tumpuan kepada keinginan

menambahkan kekayaan berbanding mengutamakan pentadbiran kerajaan.

Selain daripada bendahara, dari segi pertahanan ketenteraan dan

kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-pahlawan yang handal seperti Hang

Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.

2. PEMERINTAHAN YANG ZALIM

Di samping itu, walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan

secara meluas di Melaka, pegangan dan amalannya di kalangan pembesar

dan rakyat terlalu nipis dan tidak dihayati sepenuhnya. Justeru itu,

banyak berlaku kezaliman, ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini

boleh dikaitkan juga dengan meningkatnya kegiatan rasuah di kalangan

pembesar-pembesar kerana terlalu mengejar kekayaan.

3. RAKYAT BERPECAH-BELAH DAN TIDAK BERSATU-PADU

6

Kurangnya semangat perpaduan di kalangan rakyat juga mengundang kepada

kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, misalnya

wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan

Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga, wujud pertelingkahan

antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.

4. PEDAGANG MULA MENGALIHKAN PUSAT PERDAGANGANNYA KE TEMPAT LAIN

Sikap tidak adil pembesar juga seperti mengenakan cukai yang

berlebihan kepada pedagang-pedagang menyebabkan mereka menjadi marah

dan mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh, Bentan, Patani dan

Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.

5. TIDAK ADA KEKUATAN TENTERA DAN PERTAHANAN

Kerajaan Melaka masih lagi belum maju dari segi ketenteraan, strategi

perang dan juga senjata. Tentera Melaka masih lagi mengamalkan kaedah

lama, iaitu menggunakan keris dan pedang sedangkan pihak Portugis

menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang dan

peluru.

ANTARA SISTEM POLITIK TRADISIONAL DENGAN SISTEM POLITIK MODEN 

Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional

Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bermaksud

kegiatan ekonomi yang masih kuat terikat dengan ekonomi tradisional

iaitu berbentuk sara diri. Penumpuan adalah untuk keperluan ahli7

keluarga, manakala barang keperluan yang tidak dapat dihasilkan

sendiri akan diperolehi melalui pertukaran barangan dengan orang luar.

Walau bagaimanapun, pada masa ini sudah ada hubungan perdagangan

dengan negara luar khususnya dari China, India dan Asia Barat.

Ciri kedua sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional

adalah pemisahan antara golongan pemerintah dan rakyat. Dalam hal ini,

golongan pemerintah dan aristokrat memegang sistem ekonomi dan

menguasai kedudukan dalam ekonomi. Mereka ini menerima cukai daripada

pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan serta cukai daripada

rakyat jelata. Rakyat hanyalah menjadi petani yang menyewa tanah-tanah

milik golongan aristokrat.

Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional

Ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu tradisional

mencerminkan tamadun yang tinggi. Hal ini sedemikian kerana corak

hidup mereka berubah mengikut kesesuaian masa berdasarkan beberapa

siri pertembungan budaya luar seperti Hindu, Islam dan Barat. Walau

bagaimanapun, corak hidup masyarakat Melayu semakin matang dan lebih

teratur dengan kedatangan agama Islam kerana sebelum itu, mereka

sangat mempercayai tahyul dan animisme. Masyarakat Melayu mengamalkan

budaya dari pelbagai kepulauan Melayu, terutamanya budaya Melayu-Indo

dan Melayu-Islam.

8

Ciri kedua adalah dari segi kekeluargaan. Masyarakat

Melayu merupakan masyarakat yang paling kuat mempertahankan sistem

kekeluargaan kerana daripada keluargalah bermulanya sistem sosialisasi

seseorang individu Melayu. Di rumahlah mereka dididik dengan nilai-

nilai murni seperti menghormati orang tua dan belajar untuk menjadi

insan yang baik.

Ciri seterusnya adalah pengenalan undang-undang untuk

mengawal tingkahlaku masyarakat, iaitu undang-undang laut dan tanah.

Kepentingan undangundang dan adat dalam masyarakat Melayu boleh

dilihat melalui perumpamaan berikut ”biar mati anak, jangan mati

adat”. Perumpamaan ini sengaja direka untuk menggambarkan betapa

pentingnya undang-undang dan adat bagi menjaga tatasusila dan kelakuan

individu dalam bermasyarakat. Pada masa ini, setiap negeri mempunyai

undang-undangnya sendiri, contohnya Undang-undang Pahang, Undang-

undang Johor dan sebagainya.

2.2 ASPEK SOSIOBUDAYA

9

Khazanah Kebudayaan Melayu terkandung dalam bahan sastera dan

bahan bukan sastera seperti bahan penulisan ilmiah, bahan media

komunikasi dan bahan lain yang menggambarkan sosiopolitik, sosiobudaya

dan sosioekonomi masyarakat Melayu. Berdasarkan bahan bukan sastera,

iaitu drama, kumpulan kami telah melaksanakan satu kajian mengenai

kebudayaan Melayu melalui satu drama Melayu sekitar 1990-an yang

bertajuk “Keris Hitam Bersepuh Emas” yang telah ditayangkan di kaca

televisyen Radio Televisyen Malaysia 1 (RTM1). Pada bahagian ini pula,

kami akan mengetengahkan isu sosiobudaya yang dikaitkan dengan

kebudayaan masyarakat melayu.

Susun lapis masyarakat Melayu dalam drama ini dibahagikan kepada

golongan pemerintah dan golongan diperintah. Apa yang dimaksudkan

dengan golongan pemerintah adalah mereka yang terdiri daripada raja

atau sultan, keluarga dan kaum kerabat, pembesar, ulama atau pendeta.

Manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada golongan

rakyat biasa dan hamba.

Gaya hidup golongan bangsawan merangkumi adat istiadat, bahasa

dan cara berpakaian. Melalui drama ini kita dapat lihat bahawa

masyarakat Melayu pada zaman dahulu amat menitikberatkan adat istiadat

bersama pembesar dan juga ketika berada di istana. Rakyat jelata tidak

boleh sewenang-wenangnya masuk ke istana untuk berjumpa dengan

pembesar. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh rakyat jelata ketika

berinteraksi bersama pembesar atau raja juga sangat sopan dan beradab.

Mereka tidak boleh menggunakan bahasa pertuturan harian ktika bertutur

bersama golongan bangsawan. Pengarah drama ini cuba menyampaikan

mesej bahawa budaya hormat- menghormati dalam kalangan masyarakat

Melayu telah wujud sejak dahulu lagi. Cuma masyarakat moden zaman kini

kurang mengambil berat tentang aspek menghormati orang lain.

10

Masyarakat kini juga menggunakan laras bahasa yang sama ketika

berkomunikasi. Tidak kira apa darjat atau kedudukan orang tersebut,

semuanya sama sahaja dimata masyarakat kini. Kehidupan yang seimbang

dan taraf sama rata membuatkan masyarakat kini makin alpa terhadap

aspek kesantunan dan berbudi bahasa semasa bertutur.

Suasana kehidupan di kampung yang digambarkan melalui drama ini

sangat menyentuh hati. Masyarakat Melayu tradisional pada masa itu

merupakan golongan rakyat yang sangat menghormati jiran, suka tolong-

menolong, toleransi dan kerap mengamalkan aktiviti gotong-royong.

Perkara sedemikian telah diterapkan dalam kehidupan harian mereka.

Begitu jugalah masyarakat dahulu mengasuh anak-anak meeka agar menjadi

seorang rakyat yang mempunyai semangat kemasyarakatan yang tinggi di

samping diasuh menjadi rakyat yang berguna dan berwibawa.

Selain itu, kegiatan sosiobudaya masyarakat Melayu pula meliputi

kegiatan masa lapang. Perkara yang sering dilaksanakan dalam drama

tersebut ialah berkarya, menghasilkan pelbagai bentuk kraf tangan, dan

mempelajari ilmu pengetahuan serta ilmu agama. Masyarakat yang cuba

ditonjolkan pengarah melalui drama ini adalah masyarakat yang

menghargai masa yang ada, tidak suka membazir masa, melakukan aktiviti

berfaedah dan berguna sewaktu lapang serta tidak jemu menuntut ilmu

walaupun pada usia yang lanjut. Setiap episod yang ditayangkan

mengandungi suatu mesej yang ingin disampaikan pengarah kepada anak

muda sekarang yang makin alpa dek kerana arus perkembangan moden.

Remaja dulu gemar berlatih silat pada waktu malam tetapi remaja kini

gemar bermain komputer pada waktu malam dan aktiviti utama anak-anak

muda sekarang ialah bermain permainan di Facebook, bersembang bersama

rakan, muat naik pelbagai gambar yang tidak memberi manfaat serta

membazir masa dengan menyebarkan perkara yang tidak benar. Begitulah

11

bezanya anak muda dulu dan juga kini. Sungguh ketara perubahan mereka.

Hanya kerana moden timbul pelbagai perkara yang tidak munasabah serta

tidak berfaedah. Anak kecil yang baru berusia 6 tahun pun sudah

memiliki akaun Facebook. Segalanya telah berubah kerana dunia kini

hanya di hujung jari.

Keunikan seni silat yang ditunjukkan dalam drama ini sangat

menarik. Setiap episod drama ini mengandungi sekurang-kurangnya satu

aksi bersilat sama ada berlatih silat, pertandingan bersilat atau

pertarungan. Seni silat gayung yang ditonjolkan merupakan seni agung

masyarakat Melayu pada masa itu. Setiap lelaki Melayu wajib

mempelajari silat agar boleh mempertahankan hak mereka dan melindungi

orang yang mereka sayangi. Suatu kerugian kepada mereka yang tidak

tahu bersilat. Silat juga lambang kekuatan kaum lelaki serta maruah

yang paling tinggi untuk seorang lelaki. Lelaki yang paling gagah

dinilai melalui tahap penguasaannya dalm ilmu persilatan. Begitulah

kehidupan masyarakat Melayu pada masa dulu.

Tambahan, melalui drama ini kita dapat melihat unsur seni yang

diterapkan pengarah. Masyarakat dulu suka mencipta kraf tangan serta

peralatan atau perkakasan bagi tujuan kegunaan harian mereka.

Contohnya mereka mampu mencipta keris sebagai senjata bagi

mempertahankan diri. Selain itu mereka juga mencipta rakit, pagar

serta titi daripada buluh bagi tujuan kemudahan pergerakan mereka.

Mereka juga mengukir batang kayu menjadi perhiasan yang cantik serta

mencipta anting-anting daripada akar kayu dan juga rotan sebagai

perhiasan bagi kaum wanita mereka. Sungguh unik orang zaman dahulu.

Mereka suka berusaha untuk memperoleh sesuatu dan segala yang diingin

oleh rakyat biasa memang sukar diperoleh. Hal ini kerana rakyat biasa

pada masa dulu miskin. Segala kemudahan, perhiasan dan kraf tidak

12

mampu mereka beli. Jadi mereka mencipta perkara yang mereka ingini

melalui ukiran, anyaman dan lukisan serta tulisan. Golongan ulama pada

masa dulu gemar mengukir kayu dengan kata-kata hikmat daripada bahasa

Arab, potongan hadis serta ayat-ayat Al-Quran yang ringkas. Mereka

menyimpan koleksi tersebut dan adakalanya mereka menghadiahkan hasil

ukiran mereka kepada tetamu, sahabat atau pemimpin mereka.

Baik lawannya buruk. Cantik lawannya hodoh. Begitu juga positif

lawannya negatif. Di samping nilai serta perkara positif berkaitan

masyarakat Melayu ditonjolkan, terdapat juga unsur-unsur negatif dalam

masyarakat Melayu zaman dulu. Terdapat golongan yang suka berjudi.

Mereka berjudi dengan melagakan ayam peliharaan mereka. Aktiviti laga

ayam memang mendapat sambutan yang meriah pada masa dulu. Rakyat

jelata yang menginginkan kehidupan selesa tanpa berusaha gigih mudah

dilihat melalui drama ini. Mereka gemar berjudi tanpa segan silu

kerana perkara ini ditegah sekeras-kerasnya dalam agama Islam. Mereka

mempertaruhkan rumah, duit, binatang peliharaan dan terdapat juga

golongan yang mempertaruhkan wanita sebagai ganjaran kemenangan judi.

Situasi sebegini pernah wujud pada zaman dahulu dan dilakonkan semula

dalam drama tersebut.

Perkara yang positif bolehlah kita jadikan teladan. Contohnya

mempelajari seni silat bagi mempertahankan diri dan keluarga kita,

mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti membuat kraf

tangan dan mempelajari ilmu-ilmu agama. Manakala unsur negatif seperti

amalan berjudi perlulah dijadikan pengajaran dan harus ditegah kerana

berjudi adalah sesuatu yang merugikan. Tanpa usaha yang gigih kita

tidak mungkin akan berjaya. Berjaya dengan cara yang mudah tidak akan

kekal selamanya. Drama ‘Keris Hitam Bersepuh Emas’ mengandungi mesej

yang tersendiri bagi menyedarkan masyarakat Melayu bahawa warisan dan

13

kebudayaan Melayu haruslah dipelihara agar terus diingati dan

diamalkan oleh generasi akan datang.

2.3 ASPEK SOSIOEKONOMI

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian

sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah

kajian tentang pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Ekonomi

(Economy) (daripada bahasa Greek [oikos], 'rumah', and [nemo],οίκος νέμω'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial

yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak

manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui

pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan

penggunaan barang dan perkhidmatan.

Sosioekonomi adalah kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan

kehidupan sosial. Jurusan ini sering dianggap pelbagai disiplin, menggunakan

teori dan kaedah dari sosiologi, ekonomi, sejarah, psikologi, dan banyak yang

lain. Ia telah muncul sebagai suatu bidang kajian berasingan pada lewat kurun

kedua puluh. Dunia hari ini telah melihat pelbagai struktur ekonomi yang telah

mengalami pelbagai proses evolusinya. Sistem ekonomi yang cukup popular pada

masa kini ialah sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi perancangan pusat dan

sistem ekonomi Islam.

Melalui drama ini, kita dapat lihat bahawa masyarakat Melayu pada masa

itu mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Dalam beberapa episod yang terdapat

dalam drama ini, ditonjolkan keadaan di mana masyarakat Melayu mengamalkan

sistem ekonomi sara diri. Sistem ini merupakan sistem di mana sesuatu

masyarakat melakukan sesuatu pekerjaan untuk menyara kehidupan diri dan

14

keluarga. Antara aktviti yang dijalankan oleh masyarakat ialah melalui pertanian

dan penternakan.

Episod 6 menunjukkan bahawa seorang wanita sedang membajak tanah

untuk tujuan proses tanaman padi. Episod 7 dan 8 pula menunjukkan orang

kampung membawa lembu mereka untuk meragut rumput. Lembu-lembu ini

sangat sinonim dengan masyarakat pada masa dahulu. Hal ini kerana lembu-

lembu tersebut boleh dijadikan sumber makanan dan juga sumber tenaga kerja

yang sangat sesuai. Hal ini kerana pada masa dahulu tidak mempunyai jentera-

jentera seperti pada masa kini.

Selain itu, drama ini juga menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada

masa dahulu lagi sudah berjinak-jinak dengan perniagaan. Melalui drama ini,

penonton dipertontonkan dengan babak-babak di mana wujudnya kedai-kedai

makan. Kedai-kedai ini merupakan medium untuk masyarakat Melayu bersosial dan

merehatkan diri daripada kerja-kerja yang mereka jalankan. Sehingga ke hari ini,

konsep gerai atau warung ini masih mendapat sambutan di kalangan kita semua.

Berbalik pada drama ini, gerai-gerai yang wujud sepanjang penceritaan drama ini

menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mampu menjana ekonomi keluarga

dengan mempelbagaikan sumber kewangan. Golongan yang membuka gerai tersebut

mampu menampung keperluan keluarga dengan sumber kewangan yang diperoleh

daripada gerai atau warung yang dibuka. Selain waurng yang wujud dalam drama

ini, penonton juga dapat melihat pasar yang menjual pelbagai jenis barangan.

Antara barangan yang dijual ialah keris, tudung saji, hasil tanaman, dan

sebagainya. Barang-barang yang dijual jelas menunjukkan bahawa barang-barang

tersebut merupakan barang keperluan harian masayarakat tersebut. Sistem ekonomi

ini masih berbentuk sara diri walaupun telah melibatkan urusan jual beli. Namun

urusan ini tidak melibatkan satu struktur yang besar dan tidak pula dieksport ke

mana-mana. Wan Abdul Kadir (1995:67) mengatakan proses pembangunan

15

Gambar: Kelihatan seorang wanita membajak tanah untuk tanaman padi

ekonomi yang pesat membawa perubahan kepada kedudukan sistem nilai yang

lebih luas. Kekayaan boleh memberikan kuasa kepada sesorang untuk menguasai

orang lain.

Di samping itu, masyarakat Melayu yang ditonjolkan dalam drama ini juga

sudah menggunakan sistem mata wang. Mata wang yang disebutkan dalam

drama ini ialah wang emas. Wang emas digunakan dalam urusan jual beli. Hal

ini boleh dilihat apabila terdapat beberapa orang pemuda sedang berbincang

mengenai ganjaran yang bakal diterima oleh pemenang pertandingan silat.

Pemuda berkenaan telah menyatakan bahawa mereka yang menjadi juara akan

mendapat rumah, tanah, dan juga wang emas yang banyak. Dalam pada itu,

watak utama drama ini iaitu Bitara juga telah mengeluarkan beberapa keping

wang emas untuk tujuan pembayaran menaiki sampan dan membayar harga air

ketika singgah minum di sebuah warung.

Melalui aspek ini juga, kita boleh lihat bahawa masyarakat dahulu tidak

beberapa mementingkan kegunaan wang tersebut. Mereka lebih melihat kepada

aspek lain. Sebagai contoh, mereka yang memasuki pertandingan silat tersebut

lebih memandang kepada nilai ganjaran yang diberikan seperti rumah dan tanah.

Wang emas itu hanya sekadar pelengkap kepada nilai ganjaran tersebut. Nilai

rumah dan tanah tersebut lagi tinggi. Hal ini kerana tanah merupakan sesuatu

perkara yang penting bagi masyarakat Melayu. Tanah merupakan tempat yang

akan memberikan jasa kepada mereka. Melalui tanah yang diperoleh, mereka

mampu mengusahakan tanaman yang akan memberikan mereka sumber

makanan. Tanah tidak boleh lari daripada masyarakat Melayu dahulu.

Dalam drama ini juga ada memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu

mengamalkan sistem barter. Sistem ini ialah sistem yang digunakan untuk

menukarkan sesuatu barang dengan barang yang lain yang dianggap mempunyai

nilai yang sama. Namun begitu, sistem ini dianggap kurang tepat penilaiannya.

Masyarakat dalam drama ini akan melakukan sistem ini apabila mereka tidak

mempunyai wang emas atau mempunyai lebihan hasil. Mereka menukarkan

sesuatu barang dengan barang lain. Hal ini boleh dilihat dalam babak di mana

16

Gambar: Penjual sibuk melayan pelanggan yang memesan untuk mendapatkan air di warung.

terdapat beberapa orang penduduk kampung membawa hasil tanaman mereka

untuk ditukarkan dengan hasil kraftangan di pasar. Penjual tersebut menerima

walaupun mereka telah menggunakan wang emas sebagai mata wang. Hal ini

jelas menunjukkan bahawa sistem mata wang ini masih tidak diguna pakai

secara meluas oleh masyarakat pada masa itu.

Secara keseluruhannya, jelas menunjukkan bahawa ekonomi sangat

berkait rapat dengan kehidupan sosial sesuatu masyarakat. Melalui

kajian ke atas drama ini, kita dapat melihat dengan lebih mendalam

sosiekonomi masyarakat Melayu pada masa dahulu. Mereka telah

mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan sistem barter. Sistem ini

bersesuaian dengan keadaan pada masa dahulu. Selain itu,kegiatan

ekonomi yang dijalankan masyarakat pada masa itu juga menyumbang

kepada faktor ini. Penempatan yang didirikan masyarakat dahulu juga

sentiasa dipengaruhi dengan kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.

17

3.0 RUMUSAN

Drama “ Keris Hitam Bersepuh Emas” mengetengahkan tema dunia

persilatan. Drama ini merupakan drama yang dekat dengan kebudayaan

Melayu. Kebudayaan merangkumi pelbagai aspek termasuk sosiobudaya,

sosioekonomi, sosiopolitik dan lain-lain perkara lagi. Perkara-perkara

inilah yang menjadi intipati dalam drama ini. Kesemuanya menguatkan

lagi kewujudan kebudayaan masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi.

Melalui drama ini, kita boleh lihat pengarah banyak

memperlihatkan aspek-aspek kebudayaan ini. Melalui drama ini, penonton

dapat melihat bagaimana hebatnya seorang pahlawan Melayu. Pahlawan

Melayu bukan sahaja hebat dalam menguasai ilmu mempertahankan diri

tetapi juga hebat dalam disiplin ilmu yang lain. Seperti yang

dipertotonkan dalam drama ini, pendekar-pendekar ini mahir dalam ilmu

agama juga. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu tidak

lari daripada acuan agama Islam itu sendiri. Sudah menjadi persepsi

sejak dahulu lagi bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

18

Selain itu, drama ini juga banyak mengajar kita semua perkara-

perkara yang berkaitan dengan masyarakat Melayu. Kita perlu mengetahui

akan sejarah dan kebudayaan Melayu. Sebagai seorang anak Melayu, kita

tidak wajar untuk tidak mengambil peduli. Tanpa sejarah yang

membuktikan akan keeagungan budaya Melayu itu, siapa diri kita pada

hari ini juga belum tentu terjawab. Penekanan kepada kejayaan dunia ataumaterial boleh menimbulkan kesan-kesan buruk, terutama kepada budi Melayu.

Orang tidak lagi mengenal budi. Budi dianggap dapat diganti atau diukur dengan

kekayaan. Wan Abdul Kadir (2000:128) mengatakan kesedaran kelas misalnya, amat

penting dalam pembinaan nilai-nilai sosial. Semakin ramai orang mengenali

kedudukan seseorang itu maka semakin meningkatlah kesedaran harga diri dan

seterusnya dapat membina rasa malu yang amat mendalam.

Masyarakat pada hari ini telah mula mengamalkan corak hidup yang

bertentangan dengan agama dan budaya asal, bersikap individualistik, materialistik

dan terlalu rasionalistik. Namun begitu, masih terdapat masyarakat masih

memegang tradisi untuk mencapai keseimbangan dalam mengekalkan Tamadun

Melayu. Oleh itu, sebagai warganegara yang masih mengekalkan adat dan budaya

Melayu, kita perlulah memastikan khazanah bangsa ini kekal selama-lamanya

kerana alam Melayu amat berkait rapat dengan Islam. Kehidupan beracuan Islam

pastinya akan menjamin kesejahteraan masyarakat.

4.0 REFLEKSI

Muhamad Rizal Fahmi Bin Mohd Kassim

900127-06-5121

Pada semester ini, saya telah mempelajari subjek BMM 3114

(Kebudayaan Melayu). Saya telah menerima tugasan kerja kursus bagi

semester ini pada bulan Mac. Tugasan ini mengkehendaki kami

menghuraikan konsep budaya, masyarakat dan kebudayaan Melayu dari

sudut politik, sosial, dan ekonomi.. Tugasan ini memerlukan saya

19

bekerja dalam kumpulan bertiga. Oleh sebab itu, saya telah bekerjasama

dengan Amirul Anwar dan Hasanuthin dalam menyiapkan tugasan ini.

Secara kesuluruhannya, tugasan ini benar-benar mencabar kerana

memerlukan saya memahami dan menganalisis setiap perkara bagi

menyiapkan tugasan ini.

Pada semester ini, bagi mata pelajaran ini, ia merupakan mata pelajaran

yang belum saya pelajari sebelum ini. Ini merupakan mata pelajaran baharu bagi

saya. Saya ditugaskan untuk memilih satu daripada bahan sastera atau bukan

sastera dan huraikan aspek sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi

yang terkandung dalamnya dan dikehendaki memantapkan huraian dengan

mengemukakan sokongan daripada bahan tambahan yang dihasilkan oleh

tokoh-tokoh budaya. Saya dan rakan-rakan dikehendaki mengkaji sebuah

drama. Kami telah bersepakat memilih drama “Keris Hitam Bersepuh

Emas”.

Melalui tugasan ini, saya berjaya memperoleh ilmu baharu yang sangat

penting memandangkan saya berbangsa Melayu. Sejarah itu sendiri merupakan

perkara penting kerana tanpa sejarah siapalah kita pada hari ini. saya dapat

mengetahui dengan lebih lanjut tentang masyarakat dan kebudayaan

Melayu dari sudut politik, ekonomi, sosial dan budaya. Sejarah itu

sendiri telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu tidak pernah

ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Hal ini boleh dilihat

melalui aspek politik. Sistem pentadbiran telah lama diamalkan oleh

masyarakat Melayu. Hal ini telah terbukti melalui zaman kegemilangan

pemerintahan kerajaan Melayu Melaka.

Dalam pada itu, saya juga berjaya memperoleh maklumat mengenai aspek

sosial dan ekonomi. Melalui aspek sosial, dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu

itu sendiri sememangnya merupakan masyarakat Melayu yang mempunyai adat

yang tersendiri. Pelbagai adat resam yang perlu dipatuhi. Selain itu, masyarakat

Melayu juga sering kali dikaitkan dengan kuasa-kuasa ghaib. Masyarakat Melayu

20

mempunyai kepercayaan terhadap perkara-perkara ini. Walaupun kadang-kala

masyarakat Melayu dikaitkan dengan lemah lembut dan sopan santun namun

perkara ini tidak boleh dianggap sebagai melemahkan. Masyarakat Melayu

mempunyai jati diri yang kuat. Silat dapat membentuk jati diri bahkan

melambangkan kekuatan masyarakat ini sendiri. Dari sudut ekonomi pula, kita

dapat lihat sejak dahulu lagi orang Melayu menjalankan berbagai-bagai pekerjaan

untuk menyara kehidupan mereka. Bidang pertanian dan penternakan merupakan

antara sumber pendapatan utama bagi masyarakat Melayu tradisional. Sistem sara

diri dan barter menjadi asas kepada pembangunan masyarakat Melayu. Penempatan

mereka pada masa itu juga dipengaruhi dengan faktor ekonomi ini.

Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekangan masa. Hal ini

berpunca daripada diri sendiri yang tidak cekap dalam membahagikan

masa. Tambahan pula, tugasan ini terpaksa disiapkan semasa saya

menjalani praktikum fasa 3. Perkara ini tidak mungkin terjadi

sekiranya saya telah membuat pembahagian masa yang betul. Saya

sepatutnya melaksanakan tugasan lebih awal agar tidak perlu kelam

kabut semasa minggu-minggu terakhir dan tugasan ini tidak bertindih

dengan kerja-kerja semasa praktikum. Bahan-bahan rujukan yang sukar

didapati juga menyukarkan pelaksanaan tugasan ini. Namun begitu, saya

dan rakan telah berusaha lebih keras mendapatkan sumber rujukan. Saya

dan rakan telah berkunjung ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat.

Tugasan ini juga mengajar saya bagaimana untuk bekerjasama dalam satu

kumpulan. Tugasan ini menjadi lebih mudah dengan kerjasama secara

berpasukan. Tugasan ini dapat dibahagikan kepada ahli kumpulan. Beban

yang ditanggung tidak dirasakan terlalu berat kerana ianya dipikul

secara bersama-sama. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu mereka dan juga tidak

dilupakan kepada pensyarah subjek ini iaitu Dr. Roshani bt Abdullah

yang banyak membimbing saya dan rakan dalam melaksanakan tugasan ini

iaitu,. Sekian, terima kasih.

21

Mohamad Amirul Anwar Bin Pauzi

890517-08-5615

Dalam tugasan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan

perhatian supaya cerminan daripada tugasan ini boleh ditambah baik.

Analisis SWOT berperanan dalam meningkatkan mutu sebarang tugasan.

Jadi, refleksi ini akan merujuk kepada keempat-empat aspek dalam

analisis SWOT.

Bagi aspek Strength (Kekuatan), tugasan ini jelas menampakkan

kelebihannya pada soalan itu sendiri. Soalan tugasan yang memerlukan

setiap kumpulan menghasilkan satu kajian berkenaan kebudayaan Melayu

melalui filem yang dikaji benar-benar menguji keupayaan pelajar.

Selama ini tugasan lain hanya mementingkan penulisan ilmiah pelajar

tanpa memerlukan kajian secara terapan. Tajuk tugasan ini juga telah

memberi pendedahan kepada pelajar betapa kepentingan khazanah budaya

Melayu perlu dipertahankan bagi umat Melayu di Malaysia. Tambahan

pula, kajian drama klasik ini iaitu Keris Hitam Bersepuh Emas bukanlah

calang-calang drama kerana ia muerupakan buah tangan penggiat seni

melayu asli sememangnya telah diketahui sarat dengan mesej dan

kecaknaannya terhadap masyarakat. Drama ini sangat jelas dapat

22

membuatkan setiap penonton merefleksi kehidupan dalam mendepani

cabaran abad ke-21.

Sementara itu, bagi aspek Weakness (Kelemahan) pula, tugasan ini

agak sukar untuk dilakukan kerana rujukan tidak banyak membantu. Bagi

kumpulan yang mendapat undian kajian terhadap bahan ilmiah seperti

buku, ini merupakan kelebihan kepada mereka. Sebaliknya, kumpulan yang

mengkaji drama perlu lebih bersungguh-sungguh mencungkil maklumat.

Kami telah berkunjung ke Perpustakaan Negara untuk mencari rujukan

yang sesuai, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja buku yang menepati

kehendak kami. Itu pun tidak dapat diungkap dengan sempurna ke dalam

penulisan kerana kandungan filem yang tidak bertepatan. Tetapi, buku-

buku tulisan tokoh budaya seperti Dato’ A. Aziz Deraman dan Dr. Wan

Abdul Kadir sedikit sebanyak memudahkan kami memahami tugasan dan

hasil pembelajaran yang digariskan.

Melalui Oppurtunities (Peluang), dipercayai penulisan kajian drama

yang telah dihasilkan itu memungkinkan pelajar lebih cakna tentang

hal-hal budaya Melayu khususnya persoalan masyarakat. Isu kesenian dan

bahasa juga menjadi pokok persoalan penting untuk ditelaah. Pelajar

seharusnya menguasai setiap kandungan yang telah dihasilkan agar

berpeluang melanjutkan kajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin

satu hari nanti ada dalam kalangan kami yang akan membuat kajian

lanjutan berkenaan kebudayaan Melayu dalam drama-drama terkini yang

sekarang ini diketahui terlalu menyimpang daripada adat ketimuran.

Atau paling tidak, kami akan menyampaikan sesuatu kepada masyarakat

hasil pengetahuan baharu ini seperti mana niat murni penggiat seni

drama melalui karya-karyanya yang mengesankan.

23

Akhir sekali, Threats (Ancaman) yang terdapat dalam tugasan kali

ini sudah semestinya terarah kepada tempoh tugasannya. Arahan yang

memerlukan kami menghantarnya dalam tempoh praktikum amat sukar untuk

ditepati. Hal ini disebabkan jarak antara kami terlalu jauh. Walau apa

pun, kami tetap telah mengusahakan yang terbaik. Kami tidak menghadapi

masalah untuk mengesan skop kajian dan mengumpul maklumat. Cuma kami

bermasalah dalam menghasilkan sebuah penulisan ilmiah yang benar-benar

mantap dan berkualiti kerana hambatan masa yang tidak dapat dibendung.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tugasan BMM 3114

Kebudayaan Melayu ini. Saya juga percaya pensyarah pembimbing seperti

Puan Zawiah dan Dr. Roshani telah melakukan yang terbaik untuk kami

dengan bantuan dan pengajaran yang betul-betul mencerahkan minda.

Latar belakang mereka yang kuat dengan pengaruh kebudayaan Melayu

tambah meyakinkan kami. Harapan saya agar semua yang terlibat dalam

tugasan ini dapat mengambil manfaat yang selayaknya kerana hal-hal

kebudayaan Melayu bukan sesuatu yang asing. Malah, perlu dipertahankan

selagi darah Melayu ini mengalir dalam pembuluh darah kita.

24

Hasanuthin bin Mustafa

900223-08-6723

Tugasan Kebudayaan Melayu banyak mengajar saya erti kehidupan.

Saya mempelajari perkara baharu. Walaupun saya berbangsa India Muslim

tetapi perkara ini tidak menghalang saya mendalami Kebudayaan Melayu.

Banyak perkara baharu dan unik telah saya kenal pasti melalui kajian

dan analisis saya.

Tugasan saya perlu diselesaikan dalam kumpulan bertiga. Jadi saya

bersama saudara Amirul dan Rizal telah mengembleng tenaga serta masa

untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh kerana tugasan ini diberikan

sewaktu kami berpraktikum, saya menghadapi sedikit kesukaran dalam

membahagi masa untuk menyiapkan tugasan ini. Alhamdullilah walaupun

pelbagai halangan melanda, tugasan ini dapat juga disiapkan dengan

sempurna.

Perkara baharu yang saya pelajari melalui drama ‘ Keris Hitam

Bersepuh Emas ‘ ialah keagungan seni silat gayung dalam masyarakat

Melayu. Tingginya martabat silat dalam kalangan masyarakat Melayu

membuat saya kagum dengan seni ini. Setiap lelaki wajib mempelajari

silat kerana lelaki merupakan ketua keluarga. Mereka bertanggungjawab

melindungi kaum wanita, mempertahankan keluarga dan menjaga hak

mereka.

Selain itu, masyarakat Melayu sering mengisi masa lapang dengan

perkara yang berfaedah. Contohnya menghasilkan kraf tangan yang

menarik seperti tulisan khat, perhiasan serta tulisan-tulisan yang

bermakna yang mampu menaikkan semangat. Seni tangan memang wujud

melalui bakat tetapi tanpa bakat juga kita boleh menghasilkan kraf

25

tangan yang menarik. Hanya berbekalkan usaha yang gigih yang mustahil

pun mampu jadi kenyataan. Itu yang saya belajar daripada drama ini.

Pengajaran yang berguna pula kepada saya ialah menjauhi amalan

berjudi, menyalahgunakan kuasa serta menggunakan wanita bagi tujuan

tidak baik. Perkara negatif seperti ini harus saya jauhi dan tegah.

Tiada manfaat yang akan saya perolehi melalui perkara-perkara negative

sebegini. Menjauhinya adalah langkah yang paling bijak.

Akhir kata segala nilai dan pengajaran yang saya temui akan saya

jadikan teladan dan tauladan bagi memajukan lagi diri saya pada masa

akan datang. Selain itu saya juga ingin mengucapkan jutaan terima

kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Roshani Bt. Abdullah

kerana idea serta dorongan beliau membolehkan kami menyiapkan tugasan

ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada rakan yang membantu secara

langsung dan tidak langsung dalam kami menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

26