SAYYID QUTB word

31
1 1.0 PENDAHULUAN Sayyid Qutb ialah satu nama besar dalam sejarah pemikiran gerakan Islam pada abad ke 20. Sejak kematianya pada tahun 1966, karya-karyanya telah disebarkan dan menjadi inspirasi kepada pendokong-pendokong gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia. Ianya telah menawan pemikiran dan komitmen generasi muda Islam untuk bekerja untuk Islam. Beberapa tulisannya menjadi sumber dan acuan para generasi Islam untuk terus memancarkan kalimat tauhid. Karangan beliau seperti tafsir Fi Zilal al-Quran, umumnya telah menjadi teman akrab para pendakwah untuk menyalakan suluh dakwah Islam di pelbagai tempat. Namun, tidak banyak yang mengenali kehidupan beliau secara mendalam. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan bekerjasama dalam proses menyiapkan tugasan ini terutama Dr. Bharuddin Che Pa. Semoga tugasan yang telah kami siapkan ini mampu memenuhi kehendak dan kriteria pemarkahan yang sebenar.

Transcript of SAYYID QUTB word

1

1.0 PENDAHULUAN

Sayyid Qutb ialah satu nama besar dalam sejarah pemikiran gerakan Islam pada abad

ke 20. Sejak kematianya pada tahun 1966, karya-karyanya telah disebarkan dan menjadi

inspirasi kepada pendokong-pendokong gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia. Ianya

telah menawan pemikiran dan komitmen generasi muda Islam untuk bekerja untuk Islam.

Beberapa tulisannya menjadi sumber dan acuan para generasi Islam untuk terus

memancarkan kalimat tauhid. Karangan beliau seperti tafsir Fi Zilal al-Qur’an, umumnya telah

menjadi teman akrab para pendakwah untuk menyalakan suluh dakwah Islam di pelbagai

tempat. Namun, tidak banyak yang mengenali kehidupan beliau secara mendalam.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang

terlibat dan bekerjasama dalam proses menyiapkan tugasan ini terutama Dr. Bharuddin Che

Pa. Semoga tugasan yang telah kami siapkan ini mampu memenuhi kehendak dan kriteria

pemarkahan yang sebenar.

2

2.0 BIOGRAFI SAYYID QUTB

2.1 Riwayat Hidup Sayyid Qutb

Nama sebenar beliau ialah Sayyid, Qutb adalah merupakan nama keluarganya yang

berasal dari Semenanjung Arab. Ayah kepada Sayyid Qutb ialah Haji Ibrahim yang mana telah

mempunyai lima orang anak dan anak lelakinya adalah Sayyid Qutb yang merupakan anak

sulung daripada keluarganya dan beliau mempunyai adik iaitu Muhammad Qutb dan tiga orang

adik perempuan iaitu Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan seorang lagi tidak dapat dipastikan

namanya.

Adik Sayyid Qutb, Muhammad adalah seorang cendekiawan yang terkemuka.

Sehingga kini, beliau telah menulis lebih daripada sebelas tajuk buku yang menyentuh pelbagai

persoalan tentang Islam dan telah mendapat penghormatan serta dokongan daripada berbagai-

bagai majalah dan juga mereka yang terlibat dengan gerakan Islam. Aminah Qutb pula

merupakan seorang muslimah yang aktif dan terlibat dengan usaha-usaha dalam menyebarkan

risalah Islam bersama-sama abangnya. Rencana-rencana berkaitan dengan kemasyarakatan dan

perubahan telah diterbitkan di dalam pelbagai majalah yang berkala.1

Sayyid Qutb telah dilahirkan pada tahun 1906 di kampung Mosha di daerah Assyut.

Nama ibunya ialah Fatimah Hussain ‘Uthman yang merupakan seorang wanita yang kuat

beribadat dan amat patuh kepada Islam. Kecintaannya terhadap al-Quran amat tinggi

sehinggakan ibunya mahu anak-anak lelakinya menghafal al-Quran dan Sayyid Qutb telah

menggambarkan kecintaan terhadap ibunya di dalam bukunya Al-Taswir al-Fanni fi al-

Qur’an.2

1 S. Badrul Hassan (1967), (Terj.) Azmi Mohd Ali, Biografi Assyahid Sayyid Qutb, Kuala Lumpur: Penerbitan Hizbi, h. 1. 2 Ibid, h. 2.

3

Ayah Sayyid Qutb juga seorang yang kuat pegangan agamanya dan patuh dalam

beribadah. Ayahnya juga merupakan seorang petani dan Sayyid Qutb telah menggambarkan

ayahnya di dalam buku Masyahid al-Qiyamah fi al-Quran kerana ayahnya seorang yang kuat

kecintaannya kepada Allah.3

2.2 Pendidikan Sayyid Qutb

Sayyid Qutb telah mendapat pendidikan awal daripada kedua ibubapanya di rumah.

Setelah mencapai umur enam tahun bapanya bercita-cita memasukkan Sayyid Qutb ke sekolah

formal. Terdapat dua bentuk persekolahan utama di Mesir pada waktu itu iaitu Kuttab yang

mana telah menggunakan sukatan al-Azhar dan sekolah rendah yang menggunakan sukatan

kerajaan. Sayyid Qutb telah dimasukkan ke sekolah rendah yang menggunakan sukatan

kementerian pendidikan Mesir.

Pada awal persekolahanya, berlaku kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan alam

persekolahan. Namun selepas masalah tersebut berlalu, Sayyid Qutb semakin tekun dengan

pembelajaran. Beliau cenderung ke arah kesusateraan dan dalam usia kanak-kanak lagi beliau

telah menyalin antologi sastera dan kitab tarikh. Beliau juga telah menghafaz secara baik ¾ al-

Quran setelah mencecah usia sepuluh tahun. Setelah tamat daripada persekolahan, beliau telah

menyambung pelajaran di sekolah tahfiz al-Quran sehingga umurnya mencapai 12 tahun.

Setelah tamat pendidikan rendah pada 1925, beliau telah dihantar ke Kaherah untuk

menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau memasuki Madrasah al-

Mu’allimin al-Alawiyyah sehingga tamat pada 1928. Namun, semasa beliau di sana bapanya

telah meninggal dunia. Namun, beliau tidak pernah patah semangat dalam meneruskan

kehidupan dan keluarganya terus berpindah ke Kaherah.

3 Ibid, h. 3.

4

Pada masa ini juga berlaku kebangkitan rakyat Mesir menentang British di bawah

pimpinan Saad Zaghlul yang merupakan pemimpin parti Wafd. Setelah tamat pengajian di

madrasah tersebut pada tahun 1929, Sayyid Qutb telah menyambung pelajaran di Dar al-Ulum

dan mendapat ijazah pada tahun 1933 dalam Bahasa Arab dan mendapat diploma pendidikan

dalam pengkhususan yang sama.

Semasa di Dar al-Ulum, Sayyid Qutb semakin kuat menulis dan telah bersama dengan

sasterawan Negara yang terkenal pada waktu itu iaitu Abbas Mahmud Aqqad. Keistimewaan

penulisan Sayyid Qutb berbanding dengan teman-teman yang lain ialah kerana lebih cenderung

ke arah penulisan. Sayyid Qutb telah berjaya menghasilkan antologinya sendiri yang dikenali

al-Shati dan al-Majhul yang membincangkan mengenai permasalahan kemasyarakatan.

Selepas tamat pengajian di Dar al-Ulum, Sayyid Qutb telah dilantik menjadi guru

sekolah kementerian pendidikan Mesir. Beliau telah mengajar selama enam tahun dan

mengajar di beberapa buah sekolah seperti Bani Suwaip, Dimyat, Kaherah dan Hilwan.

Kemudiannya, Sayyid Qutb telah dinaikkan pangkat menjadi nazir sekolah dan seterusnya

beliau telah diambil bekerja di bawah Dr. Taha Hussin yang menjadi ketua Pangarah

Pendidikan Mesir. Sayyid Qutb dilantik menjadi ketua bahagian Kebudayaan dan Kesenian.

Di sini beliau turut menulis buku teks khususnya mengenai Bahasa Arab sebagai rujukan di

sekolah-sekolah.

Pada tahun 1948 sehingga 1950 Kementerian Pendidikan Mesir telah menghantar

beliau ke Amerika untuk menjalankan penyelidikan. Ada pandangan yang mengatakan

penghantaran Sayyid Qutb ke Amerika kerana bimbang kegiatan beliau yang kuat mengkritik

kerajaan Mesir. Dalam pada itu, beliau sempat melontarkan pandangan beliau mengenai

Eropah dan Amerika:

5

“Mereka yang hidup di sana telah tertipu dengan suasana sekitar. Mereka tertipu

dengan kewujudan gereja yang banyak. Mereka menyangka golongan paderi berpengaruh

dalam kehidupan bermasyarakat, sedangkan hakikatnya kehidupa mereka langsung tidak

dipengaruhi oleh gereja yang jauh sekali untuk mempengaruhi masyarakat. Kewujudan gereja

hanya untuk upacara tertentu dan hiburan semata-mata bukan untuk ibadat”.

Selama dua tahun berada di Amerika dan pada 1950 Sayyid Qutb kembali semula ke

Kaherah dan meneruskan tugas sebagai pegawai pendidikan dan mengetuai bahagian

kebudayaan. Pada masa ini juga beliau telah berpeluang menyampaikan kuliah di Dar al-

Ulum.4

2.3 Pengalaman Sayyid Qutb di Amerika

Semasa memegang jawatan sebagai nazir sekolah-sekolah di Kementerian Pelajaran

Mesir, beliau telah dihantar berkhidmat di Amerika. Di Mesir jawatan ini merupakan jawatan

yang berpengaruh dan dihormati. Penghantaran beliau ini bertujuan untuk mengkaji sistem

pendidikan dan latihan moden yang dijalankan di beberapa kolej dan universiti disana.5

Semasa beliau melawat pelbagai maktab dan pernah tinggal di Maktab Perguruan

Wilson di Washington, Maktab Perguruan Grayley di Colorado dan Chicago, San Francisco,

Los Anggeles dan bandaraya-bandaraya lain. Beliau juga singgah beberapa minggu di England,

Itali, dan Switzerland.6

Setelah menghadiri beberapa institusi pengajian ini beliau membuat kajian sistem

pendidikan di Amerika jauh berbeza dengan apa yang wujud di Mesir. Setelah kembalinya dari

Amerika beliau telah mengemukakan beberapa cadangan yang berkaitan dengan sistem

4 Farid Mat Zain, Roziah Sidek (2001), Pembentukan Generasi Al-Quran Menurut Sayyid Qutb Dalam Kitab Ma’alim Fi Al-Tari, Yayasan Restu: Selangor. H, 1-4. 5 S. Badrul Hassan(1987), Biografi Assyahid Sayyid Qutb, Kuala Lumpur: Penerbitan Hizbi, h. 5 6 Ibid, h. 6.

6

pendidikan, tetapi semua cadangannya ditolak oleh kerajaan Mesir. Ini disebabkan beliau

membuat kesimpulan bahawa sistem tatacara hidup masyarakat Amerika keseluruhannya

termasuk sistem pendidikan berteraskan materialistic sahaja.7

Ini kerana perbezaan yang ketara antara cara hidup dan sistem pendidikan di Amerika

menyebabkan Sayyid Qutb merasakan sistem pendidikan Amerika tidak sesuai dan tidak layak

menjadi sistem pendidikan di Mesir. Cadangan beliau mendapat tentangan dari pihak kerajaan.

Penghantaran Sayyid Qutb ke Amerika adalah lebih bersifat menyingkirkan beliau dari

perkhidmatannya.8

Sekembalinya dari lawatan ke Amerika, Sayyid Qutb dapat membuat kesimpulan

berkenaan keupayaan materialistik di dunia Barat dan kepincangan yang lahir daripadanya.

Konsep demokrasi barat baginya lebih daripada suatu kepalsuan yang mengamalkan

diskriminasi sesama manusia berdasarkan perbezaan warna kulit.9 Manusia kulit putih sedang

mengamalkan penindasan di luar perikemanusiaan ke atas bangsa kulit hitam. Sayyid Qutb

berkeyakinan bahawa demokrasi barat yang dilaung-laungkan ke seluruh dunia menyimpang

jauh daripada nilai-nilai kemanusiaan. Bagi beliau hanya Islam sahaja agama yang hak dan

benar-benar dapat menjamin kejayaan dan kemanusiaan sejagat.

Pengalaman ini membuatkan jiwanya semakin bergelora dengan perasaan anti

penindasan kaum, kepalsuan penyatuan demokrasi dan kepura-puraan konsep keadilan dan

kebebasan di Barat. Bagi Sayyid Qutb lawatannya ke Amerika sebagai suatu revolusi di dalam

kehidupannya. Ketinggian Islam mula bercambah di dalam jiwanya dan kecintaannya terhadap

Islam. Beliau mula mengkaji dan mempelajari Islam secara intensif.10 Kesungguhan beliau ini

7 Ibid, h. 6. 8 Ibid, h. 24. 9 Ibid, h. 6. 10 Ibid, h. 25.

7

merupakan suatu usaha di dalam melakukan perubahan di dalam masyarakat terutamanya

masyarakat Islam Mesir ketika itu.

Sekembalinya dari Amerika, beliau telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Amerika

Allati Ra’aitu (Amerika yang aku lihat) yang menolak idea-idea Barat sebagai model dalam

kehidupan.11 Jiwa beliau semakin berkobar-kobar untuk menegakkan sistem Islam di samping

menangkis sistem pembaratan yang mempengaruhi ketika itu.

2.4 Menyertai Ikhwanul Al-Muslimin

Sekembalinya Sayyid Qutb dari Amerika, gerakan reformasi iaitu Jamal Abdul Nasir

semakin memuncak. Ikhwanul al-Muslimin pada awalnya bekerjasama dengan Jamal Abd al-

Nasir pemimpin tertiggi majlis pemerintahan revolusi (RCC) bagi menjatuhkan kerajaan beraja

pimpinan Raja Farouq. Setelah Jamal Abd al-Nasir memenangi revolusi tersebut, beliau telah

berusaha untuk menyingkirkan pengaruh Ikhwaul Al-Muslimin yang berpengaruh dan

menggugat kuasa beliau.

Ikhwanul Muslimin telah ditubuhkan oleh Hassan al-Banna pada 1929. Sayyid Qutb

telah menyertai gerakan ini sekembalinya beliau dari Amerika. Berkemungkinan juga beliau

telah menyertai gerakan ini lebih awal tetapi tidak dihebohkan kerana beliau sedang

berkhidmat dengan kementerian pendidikan Mesir. Sayyid Qutb telah meletak jawatan sebagai

pegawai pendidikan pada 1953 dan beliau telah memberi tumpuan secara langsung kepada

gerakan Ikhwanul Al-Muslimin.

11 Ibid, h. 24.

8

Semasa usaha pembersihan pengaruh ikhwanul al-muslimin di mesir pada tahun 1954,

nama Sayyid Qutb turut tersenarai sebagai nama yang paling dikehendaki oleh kerajaan Abdul

Al-Nasir. Pada masa ini Sayyid Qutb memegang jawatan sebagai ketua penerangan dan

dakwah dan juga editor gerakan Ikhwanul Al-Muslimin.

Sayyid Qutb juga pernah ditangkap bersama beberapa pimpinan tertinggi Ikhwanul

Muslimin lain atas tuduhan konspirasi membunuh Jamal Abd Al-Nasir. Beliau dibicara dan

dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Di dalam penjara, beliau telah menulis Tafsir Fi

Zilal Al-Quran dan kitab-kitab lain seperti Al-Mustaqbal Li Hadha Al-Din. Pada tahun 1965

beliau telah ditangkap semula dan dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1966 dan telah

menemui syahid pada 22 ogos 1966.12

2.5 Menjalani Hukuman Gantung

Sebelum beliau menjalani hukuman gantung, beliau pernah ditangkap sebanyak dua

kali dan telah ditahan di beberapa penjara di Mesir sehingga pertengahan tahun 1964. Tiga

tahun pertama di dalam penjara dilaluinya dengan penuh seksa dan derita tetapi penyeksaan itu

kemudinannya berkurang. Kemudian saudara-mara dan keluarganya dibenarkan untuk

melawatinya. Sayyid Qutb juga disediakan kemudahan untuk meneruskan minatnya dalam

bidang penulisan di dalam penjara.13

Beliau menggunakan kesempatan ini dengan menumpukan perhatiannya terhadap

usaha dalam membuat sebuah tafsir al-Quran iaitu Fi Zilal al-Quran (Di Bawah Naungan al-

Quran). Tidak sampai satu tahun pembebasan beliau dari penjara, Sayyid Qutb telah ditangkap

lagi untuk kali yang kedua dan telah dituduh atas tuduhan cuba untuk menggulingkan kerajaan

dengan cara kekerasan. Pada kali ini bukan Sayyid Qutb sahaja yang ditangkap tetapi adik-

12 Ibid, h. 4-5. 13 Ibid, h. 12.

9

beradiknya yang lain juga turut ditangkap seperti Muhammad Qutb, Aminah Qutb dan juga

para pendokong Ikhwanul Muslimin.

Berdasarkan kepada laporan Daily Telegraph sejumlah 20,000 orang telah ditangkap

dan termasuk 700 orang wanita. Peguam-peguam dari luar Negara sanggup untuk membela

Sayyid Qutb di dalam perbicaraan oleh Mahkamah Tentera tetapi tidak dibenarkan langsung

membuat demikian. Antara peguam yang ingin membela beliau ialah Bekas Presiden Majlis

Peguam Perancis, Mr. Wiliam Thorp dan seorang peguam yang terkenal dari Hague, Mr. A.J.M

Vandal termasuk juga peguam-peguam dari Morocco yang membuat permintaan untuk

membela Sayyid Qutb dan juga tertuduh lain tetapi tidak dibenarkan.14

Pada bulan Ogos 1966, Sayyid Qutb bersama dua orang rakan seperjuangannya iaitu

Muhammad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telahpun dijatuhkan hukuman mati oleh

Mahkamah Tentera yang dihakimkan oleh Jeneral Fuad al-Dagawib yang terkenal dengan

kajahatannya. Seluruh dunia memberikan reaksi mereka terhadap hukuman yang dikenakan

kepada mereka.

Pemimpin-pemimpin agama, tokoh-tokoh politik, pertubuhan-pertubuhan agama dan

reformasi, akhbar-akhbar dan majalah-majalah merayu agar hukuman ini dijalankan dengan

lebih ringan. Namun, seluruh permintaan ini tidak dihiraukan dan akhirnya pada pagi isnin 29

Ogos 1966, Sayyid Qutb dan dua orang rakan seperjuangannya dalam Ikhwanul Muslimin telah

digantung mati. Lalu, telah berakhirlah nyawa tokoh terbilang yang dilihat dan dianggap

sebagai duri oleh mereka yang berfikiran sekular dan anti-agama di Mesir dan di dunia Arab

ini dan kembali menemui Ilahi dalam keadaan Allah meredhainya.15

14 Ibid, h. 14. 15 Terjemahan Oleh Azmi Mohd. Ali, Op.cit, h. 16.

10

3.0 HASIL KARYA SAYYID QUTB16

Sebenarnya terlalu banyak hasil karya penulisan beliau yang telah dikenalpasti. Namun

begitu, hanya sebahagian sahaja yang telah diterbitkan. Antaranya ialah:

3.1 Buku-buku Sastera

Muhimmah al-Shair fi al-Hayah

Al-Taswir al-Fanni fi al-Qur’an (seni dalam al-Qur’an)

Mashahid al-Qiyamah fi al-Qur’an (Seni Dalam al-Qur’an)

Al-Naqd al ‘arabi – usuluhu wa Manhijuhu

Naqd Kitab Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr (Suatu Analisa Kritikal Terhadap Masa

Depan Kebudayaan di Mesir)

3.2 Memori (pengalaman)

Tifl Min Qaryah

Al-Atyaf al-Arba’ah (Sebuah Koleksi Penulisan Empat Bersaudara)

Ashwak (duri-duri)

Al-Madinah al-mashurah (Madinah Kota Kerahmatan)

3.3 Pendidikan

Al-Qisas al-Diniy (Cerita-cerita Agama)

Al-Jadid di al-Lughah al-‘arabiyyah

Al-Jadid di al-Mahfuzat

Rawdah al-Atfal

16 S. Badrul Hassan (1967), (Terj.) Azmi Mohd Ali, Biografi Assyahid Sayyid Qutb, Kuala Lumpur: Penerbitan Hizbi, h. 29.

11

3.4 Kemasyarakatan.

Al-Adalat al-Ijtima’iyyah fi al-Islam (Keadilan Sosial dalam Islam)

Ma’rakah Islam wa al-Ra’smaliyah (pertarungan diantara Islam dan Kapitalisme)

Al-Salam al-‘Alami wa al-Islam (Dunia Keamanan dan Islam)

Nahy Mujtama’ al-Islamiy (Ciri-Ciri Masyarakat Islam)

Fi Zilal al-Qur’an (Di Bawah Naungan al-Qur’an)

Khasais al-Tasawwur al-Islamiy wa Muqawwimatiha

Al-Islam Wa al Musykilah al-Hadarah

Dirasat Islamiyyah (beberapa Pelajaran Tentang Islam)

Hadha al-Din (Inilah Islam)

Al-Mustaqbal Li Hadha al-Din (Masa Depan di Tangan Islam)

Ma’alim Fi al-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan)

Amerika Allati Ra’aitu (Amerika Seperti Saya Lihat)

Kutub Wa Shakhsiyyah (Kitab-Kitab dan Syakhsiyyah)

3.5 Koleksi sajak

Kafalah al-Raqiq (Koleksi Sajak)

Hilm al-Fajr (Koleksi Sajak)

Al-Syati al-Majhul

Semasa hayatnya Sayyid Qutb banyak menulis buku-buku dalam pelbagai bidang seperti

sastera, pendidikan, politik, ekonomi, kemasyarakatan, falsafah, dan agama. Aliran pemikiran

beliau banyak disalurkan melalui karya-karya penulisannya. Sebelum menyertai Ikhawanul

Muslimin, pemikiran dan kehidupan Sayyid Qutb telah melalui beberapa peringkat perubahan.

Beliau memulakan buku-buku sejarah dan penulisan untuk kanak-kanak.

12

Beliau cuba membajai sifat dan akhlak yang mulia di kalangan kanak-kanak seperti

karyanya wali-wali Allah agar generasi baru ini sentiasa berpegang dengan contoh teladan dan

akhlak yang sempurna seperti yang ditunjukkan oleh para nabi dan wali-wali untuk dijadikan

panduan manusia. Karya penulisan beliau seperti Asywak (Duri-Duri) mengisahkan tentang

kasih sayang yang mutlak yang berakhir dengan tragedi. Dari penulisan ini kita dapat lihat

keperibadian mulia dan akhlak yang luar biasa melalui penulisannya.17

Selain itu juga, karya beliau banyak membangkitkan semula ruh Islam ke dalam jiwa

masyarakat. Setiap penulisannya mempunyai dua tujuan utama, iaitu menjelaskan tentang

Islam dan bagaimana ia diturunkan. Manakala yang kedua menerangkan kenyataan bahawa

kaum muslimin pada zamannya telah menjauhi bentuk Islam yang sebenar. Bagi menjelaskan

keadaan ini beliau cuba membandingkan kebenaran islam dengan kesesatan jahiliyah.18

Di dalam buku Masyahid al-Qiayamah fi al-Qur’an, Sayyid Qutb mengambar situasi semasa

hari kebangkitan. Ini disentuh sebanyak 150 kali dalam dalam 84 surah di dalam al-Qur’an19.

Sayyid Qutb menulis:

“Aku gambarkan sesuatu disebutkan di dalam al-Qur’an ini sebagai ‘scenario’.

‘Scenario’ meliputi gambaran, gerakan dan kesan, maka itulah ‘scenario’ pada Hari

Akhirat yang kupetik daripada sesuatu yang digambarkan oleh ilahi dengan amat

menakjubkan. Pembaca tidak sahaja akan dapat menikmati keindahan syurga dan akan

dapat menikmati bahasanya tetapi juga keindahan-keindahan syurga dan akan dapat

merasai kejelekan-kejelekan neraka apabila membaca ayat-ayat yang berkaitan

dengan neraka.”

17 Ibid, h. 17. 18 Ibid, h. 27 19 Ibid, h. 20

13

Buku ini bukan sahaja unik dari segi risalahnya dan juga dari sudut kesusasteraan dan

bahasanya. Sayyid Qutb memang seorang sasterawan yang mahir dan kaya dengan gaya

dengan penulisan serta dilengkapi pula dengan kehebatan daya kreatif sehingga menjadikan

buku ini sangat berhasil.

Bagi buku al-Adalat al-Ijtima’iyyah fi al-Islam, ia merupakan karangan beliau yang

terpenting yang di terbitkan pada tahun 194820 yangb telah berjaya menghuraikan pandangan

Islam mengenai aspek ekonomi, politik dan keadilan sosial. Di dalam buku ini, Sayyid Qutb

cuba menggabung jalinkan sejarah Islam pada zaman nabi dengan suasana yang wujud di Mesir

pada masa itu. Menurut beliau dunia kini sedang melalui beberapa revolusi budaya dan

mengalami sistem kehidupan yang tidak seimbang, hanya aqidah yang benar dan sistem sosial

yang adil di bawah naungan Islam sahaja yang menyelamatkan dunia dari fahaman

materialistik.

Kitab tafsir al-Quran Fi Zilal al-Qur’an ini telah dicetak di dalam 8 jilid dan telah

diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa di dunia ini. Sepuluh bahagiannya telah diterbitkan di

dalam Bahasa Parsi dengan tajuk Dar Saya-e-Qur’an. Sayyid Qutb memulakan penulisannya

selepas ditahan pada tahun 1954 dan menyudahinya ketika di dalam tahanan.21 Secara

fizikalnya, kitab tafsir ini bukanlah tentang tafsir dalam erti kata yang lazim, tetapi lebih kepada

pemikiran dan perasaannya yang menawan hasil daripada pembacaan beberapa potong ayat al-

Qur’an.

20 Ibid, h. 26 21 Ibid, h. 27

14

Beliau telah menggabungkan unsur-unsur nasihat dan pembaikan, peringatan dan

kisah-kisah benar, nur dan pengesahan yang terkandung di dalam setiap ayat-ayat dalam al-

Qur’an. Tafsiran ini dibuat berasaskan akidah yang mantap disertai kesabaran dan ketabahan

mengikut pemikiran beliau tanpa merujuk kepada mana-mana tafsiran terdahulu.

Walaubagaimanapun, tafsir beliau diiktiraf oleh ulama sekarang.

Antara ciri-ciri unik dalam tafsir ini ialah dari segi gaya penulisannya yang indah, ini

menampakkan Sayyid Qutb lebih cemerlang daripada para mufassirin lampau dan penulisan

kitab-kitab hadith. Kemampuan beliau dalam mengutip nas-nas daripada segala kitab tafsir

yang terdahulu dan telah memasukkan maklumat ini di dalam tafsirnya dengan cara yang penuh

kepakaran sehingga ia kelihatan sebagai suatu koleksi pendapat daripada tafsir-tafsir terdahulu

tetapi seolah-olah seperti ensiklopedia maklumat. Kitab tafsir ini nyata bebas dari unsur-unsur

Israeliyyat.22

Buku Ma’alim Fi al-Tariq pula merupakan buku terakhir yang memuatkan beberapa

penulisan beliau yang terdahulu dengan beberapa pembaikan dan penambahan di samping

beberapa tulisan baru. Hasil karya ini yang kemudiannya menyebabkan pemerintah sangat

ghairah untuk membawa Sayyid Qutb ke tali gantung. Di dalam buku ini, Sayyid Qutb

menghuraikan konsep dan ciri-ciri khusu bagi sesebuah masyarakat Islam.

Idea pokok dalam yang terkandung dalam buku ini ialah bagaimana masyarakat Islam

yang diasaskan oleh Rasulullah telah mencapai kemuncak keagungannya dengan beransur-

ansur menjangkau tahap perkembangan dan kemajuannya. Begitu jugalah sebarangan usah

kearah mengembalikan semula kewujudan sebuah masyarakat Islam yang hakiki, hendaklah

22 Ibid, h. 28.

15

juga ditegaskan diatas kaedah tersebut. Yakni harus tegak dan memisahkan dengan sendirinya

daripada pengaruh masyarakat Jahiliyyah yang dia berjiran.23

4.0 FALSAFAH PEMIKIRAN DAN IDEA-IDEA POLITIK BARU

4.1 PEMIKIRAN POLITIK SAYYID QUTB MENGENAI TEORI JAHILIYYAH

Teori berkaitan dengan jahiliyyah telah diperkenalkan oleh Sayyid Qutb melalui empat

peringkat. Peringkat yang pertama pada tahun 1925-1939, peringkat yang kedua 1939-1948,

peringkat yang ketiga 1948-1950 dan peringkat yang keempat iaitu peringkat yang terakhir

pada tahun 1950-1966 mana beliau telah membuat perbezaan yang ketara antara Islam dan

jahiliyyah.

Sepertimana yang diketahui, bahawa Sayyid Qutb akan memberikan idea yang akan

mengangkat nama Islam dan ideanya ini adalah lebih berfokus kepada Negara Mesir. Ini

menunjukkan bahawa, beliau akan terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran untuk

memberikan pandangan ataupun pemikiran yang akan dikeluarkan.

Teori-teori yang telah dikeluarkan oleh Sayyid Qutb akan dianalisis oleh beliau dan

akan ditulis untuk dijadikan rujukan yang lain. Antara karya yang telah ditulis berkaitan

jahiliyyah ialah kitab Naqd Mustaqbal Al-Thaqafah Fi Misr, Al- Taswir Al-Fanni Fi Al-Quran,

Mashahid Al-Qiyamah Fi Al-Quran dan Al-‘Adalah Al-Ijtima’iyyah Fi Al-Islam.24

Penulisan Syed Qutb pada tahun 1925-1939 adalah bertujuan untuk mengkaji secara

terperinci berkaitan dengan teori perkembangan jahiliyyah. Penyelidikan ini jelas

menunjukkan bahawa perbezaan pendapat yang diberikan oleh Sayyid Qutb berkaitan dengan

Islam dan jahiliyyah, yang mana teori jahiliyyah telah mengalami perkembangan yang meluas

pada waktu itu.

23 Ibid, h. 30 24 Sayed Khatab (2006), The Political Thought Of Sayyid Qutb, Routledge: London, h.79.

16

Bab yang pertama dalam buku teori pemikiran jahiliyyah oleh Sayyid Qutb dimulakan

dengan pendahuluan yang ringkas dan pandangan-pandangan Sayyid Qutb berkaitan

jahiliyyah. Bab kedua pula mengenai istilah jahiliyyah sebagaimana yang difahami oleh bangsa

Arab iaitu Yahudi, Kristian dan orang yang menyembah berhala sebelum Islam dengan

membandingkan penggunaan istilah setelah Islam datang.

Pada bahagian bab yang ketiga pula berkaitan dengan kehidupan intelektual dan

karakter-karakter yang dibawa oleh Sayyid Qutb. Hal ini dilakukan dengan menyelidiki aspek-

aspek yang berhubung dengan kehidupan awal Sayyid Qutb dan pengaruhnya pada aktiviti

politik. Bab ini juga berkaitan dengan hubunganya dengan pemerintah pada waktu itu iaitu

Jamal Abdul al-Nasser.

Bab keempat buku ini fokus kepada tulisan awal Sayyid Qutb pada tahun 1925-1939

yang mana untuk menyelidiki secara sistematik berkaitan dengan perkembangan jahiliyyah. Ini

jelas terbukti bahawa perbezaan yang dibawa oleh Sayyid Qutb tentang Islam dan jahiliyyah.

Istilah jahiliyyah tidak dapat dikatakan melainkan dengan beberapa ciri-ciri jahiliyyah yang

sering disebut.

Pada bab yang kelima adalah berkaitan dengan tulisan Sayyid Qutb pada tahun 1939-

1948, yang mana pada zaman ini Sayyid Qutb telah beralih kepada penulisan yang lebih

kepada ciri-ciri keislaman. Istilah jahiliyyah merujuk kepada keadaan buruk beberapa

masyarakat moden dan juga pertengahan. Ia juga menggunakan istilah jahiliyyah dalam

pengertian yang digunakan pada awal Islam.

Bab enam pula, penyelidikan yang dibuat oleh Sayyid Qutb pada tahun 1948-1950.

Zaman ini Sayyid Qutb telah meletakkan posisi ideologi dan keimanannya dalam bukunya

yang bertajuk Social Justice in Islam pada tahun 1949. Dalam buku ini, Sayyid Qutb menulis

17

berkaitan jahiliyyah dan kedaulatan. Ketika beliau menetap di Amerika Serikat, Syed Qutb

sangat berminat terhadap program sosial dan selepas itu beliau telah kembali ke Mesir.

Dalam dunia ini, Sayyid Qutb telah menyertai beberapa perdebatan dan beliau telah

memberikan idea yang fokus kepada identitinya yang lebih kepada keislaman untuk masa

depan Negara Mesir. Beliau akan terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran apabila beliau

mengeluarkan pemikiran berkaitan jahiliyyah yang mana beliau lebih focus kepada keadaan

sosial dan isu-isu moral.25

Sayyid Qutb telah pergi ke Amerika Syarikat untuk mengkaji sistem pembelajaran di

sana untuk diamalkan di Negara Mesir. Oleh kerana itu, beliau tidak banyak menulis kecuali

beberapa surat yang ditulis beliau untuk sahabat-sahabatnya. Lawatannya ke Amerika telah

banyak membantu beliau dalam pemikirannya yang berkaitan dengan teori sosial. Kedudukan

ideologinya ketika itu telah dapat membuahkan buku yang bertajuk social justice, yang banyak

menceritakan tentang perbezaan antara Islam dan jahiliyyah. Beliau telah pulang ke Mesir pada

tahun 1950 dan telah meninggal dunia pada tahun 1966.26

Pada bab yang ketujuh, Sayyid Qutb lebih memfokuskan tulisannya pada tahun 1951-

1966. Ini merupakan peringkat yang terakhir dalam penulisannya, pada peringkat ini jahiliyyah

dan keadaannya telah diterangkan dengan jelas pada tahun 1951 dan telah dibahas lebih

terperinci pada tahun 1952 dan 1953. Akhirnya, maksud jahiliyyah ini jelas menunjukkan

sebagai sebuah teori yang lebih matang dan fullfledged yang berkait dengan agama, sosiopolitik

dan intelektual. Sumber utama tulisan Sayyid Qutb adalah hanya dalam bahasa Arab.

25 Ibid, h. 136. 26 Ibid, h. 146.

18

Antara karyanya adalah terdiri daripada beberapa karya iaitu seperti koleksi puisi

awalnya The Unknown Shore, Critique of the Book of the Future of Culture in Egypt, In the

Shade of the Qur’an, Social Justice in Islam dan buku terakhirnya Milestones. Artikel dan esei

yang dibuat oleh Sayyid Qutb telah menjadi sumber utama dalam penyelidikan para pengkaji

yang mana ianya berkaitan dengan sosiopolitik, perkembangan intelektual dan keadaan politik

di Mesir dan juga berkaitan Islam dan jahiliyyah.

Apabila Sayyid Qutb pulang ke Mesir, beliau mempunyai matlamat yang tersendiri

yang mana beliau lebih tertumpu kepada kebangkitan sosial di negaranya. Setelah pulang

daripada Amerika Syarikat, beliau telah mula untuk menulis seperti biasa tetapi dengan penuh

berhati-hati kerana pada waktu itu telah berlaku gangguan politik yang besar di Mesir pada

masa itu.

Walaubagaimanapun, beliau tetap bertegas untuk fokus kepada penulisannya yang akan

memberikan kritikan yang menarik tentang revolusi di Negara Mesir. Konsep jahiliyyah yang

diperkenalkan oleh Sayyid Qutb amat bertentangan dengan kepercayaan orang Islam yang

mana beliau juga membincangkan unsur-unsur lain di dalam konsep ini seperti uluhiyyah,

‘ubudiyyah, rububiyyah, hakimiyyah dan ‘alamiyyah. Sayyid Qutb telah mengeluarkan

pemikirannya berkaitan jahiliyyah sekitar tahun 1934 yang mana pada ketika itu beliau sangat

mengetahui tentang keadaan jahiliyyah yang sangat bertentangan dengan iman masyarakat

Islam iaitu kepercayaan yang mereka fahami. Ini jelas menunjukkan bahawa konsep jahiliyyah

ini telah muncul pada pertengahan tahun 1940.27

4.2 Jalan Pembebasan Rintisan Islam Menuju Perdamaian Dunia

Di dalam bukunya, Jalan Pembebasan Rintisan Islam Menuju Perdamaian Dunia,

Sayyid Qutb telah menerangkan bahawa sistem politik Islam telah menggariskan hubungan

27 Ibid, h. 171.

19

antara pemerintah dengan yang diperintah sebagai hubungan yang adil dan memuaskan semua

pihak. Seorang pemimpin Islam, tidak dapat memegang kekuasaan tanpa bekerjasama dengan

masyarakat malah dia hanya berhak memerintah selama mana dia mematuhi dan menjalankan

hukum-hukum Allah S.W.T.28

Sayyid Qutb dalam menyatakan ideanya menyentuh tentang sebuah Negara amat

penting di dalam mencorakkan bentuk pemerintahannya. Sistem pemerintahan yang

dilaksanakan di Mesir adalah hasil daripada cedokan model dari Negara barat yang kekurangan

di sana sini. Oleh itu, beliau menyatakan bahawa, pemerintah perlu kembali kepada sistem

politik Islam dimana sistem tersebut tidak terhad mengikut suasana malah tidak terhad kepada

masa, tempat dan zaman. Tambahan pula, sistem pemerintahan Islam mengguna pakai sistem

demokrasi yang berasaskan sistem syura.

Dengan itu, beliau mengetengahkan kembali sistem pemerintahan Negara Mesir kepada

sistem pemerintahan Islam yang sebenarnya. Corak pemerintahan Negara Mesir lebih

cenderung kepada kebaratan memandangkan pemerintahannya lebih terdedah kepada arus

barat. Kebanyakan pemerintah Mesir mengaplikasikan semula pengalaman mereka di Barat

dan cuba untuk mengasimilasikan ke dalam sistem pemerintahan Mesir.

Sayyid Qutb menjelaskan bahawa Sistem Politik Islam itu hendaklah berdasarkan

kepada musyawarah.29 Sistem pemerintahan yang didasarkan atas pilihan bebas musyawarah

dan pemakaian undang-undang sebagaimana yang ditentukan Allah S.W.T, pasti akan

mendapat kepercayaan masyarakat. Ini kerana di dalam al-Qur’an ada menjelaskan tentang

konsep musyawarah ini. Firman Allah S.W.T30:

28 Sayyid Qutb (1995), Jalan Pembebasan Rintisan Islam Menuju Perdamaian Dunia, Jakarta: Salahuddin Press, h. 101. 29 Ibid, h. 101 30 Al-Quran Al-karim, Surah al-Imran 3: 159

20

ف ف ف ٱ ف ف ٱف ف ٱع ي ف ٱ ف ف ي ف ٱو ف

ٱ ف ي ٱف ف يظٱف ل ف ٱا ف ٱ ٱ ف ف ٱ ٱ ف ٱه فف ف ٱ ي ف ي لله

ف ل ٱ ي ف ة ٱ حف بيف مٱ ف رٱ

يف يٱف ف ي ٱ ٱ فم ف ل و ي ف ٱ لله

ف ل هنيف ف لله ف ل ٱ ف ٱ ف ٱه ٱ ف ٱ ٱ ف ٱ ٱ ف ٱ

نريف ف ٱ ف ف

ف ل ف في ف ه رف ي شٱ ٱ ف ٱه ف ف يرف ٱغف س ف

ل ٱ

)951(

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai

Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat

dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah

mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang

mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga

bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan)

itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk

membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi

orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (159)

Menurut beliau, pemerintah yang melaksanakan pemerintahan menggunakan

konsep musyawarah dapat menghapuskan sebarang unsur yang boleh menjejaskan

perpaduan masyarakat. Ini kerana dengan mengguna pakai konsep musyawarah ini, setiap

individu dalam masyarakat akan mengambil bahagian dalam membuat sesuatu keputusan

yang berkaitan dengan hal ehwal kehidupan politik. Cara ini akan memberi keadilan

kepada masyarakat.

Amalan syura yang digagaskan oleh Sayyid Qutb ini diambil dari model yang

diamalkan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Menurut beliau, sistem politik Islam

menjamin kehidupan masyarakat di mana ia dibentuk dan ditadbir. Peraturan umum yang

dilaksanakan oleh sistem Islam ini sesuai untuk semua keadaan sama ada tempat, masa dan

keadaan masyarakat.31

Beliau berpendapat bahawa seseorang pemerintah berhak memerintah selagi mana

beliau patuh kepada perintah Allah S.W.T dan melaksanakan undang-undangnya. Ini kerana

Sistem politik Islam berasaskan kepada prinsip keadilan dan keredhaan di antara pemerintah

31 Sulaiman Nordin (1995), Islam, al-Qur’an dan Ideologi Masa Kini, Kuala Lumpur: DBP, h. 17

21

dengan yang diperintah supaya dapat mengelakkan ketidakpuasan hati antara masyarakat dan

pemerintah didalam sesebuah Negara.

Sistem Islam yang menyandang keadilan sosial menyeluruh itu menjamin setiap orang

menikmati taraf hidup yang baik dan wajar. Bagi Sayyid Qutb, beliau menjelaskan bahawa,

keseimbangan sosial ini sangat penting dalam menjamin ketenteraman masyarakat. Segala

jaminan dan bantuan adalah alat untuk mewujudkan keseimbangan sosial sepanjang zaman.

Beliau menjelaskan lagi, keseimbangan sosial ini mempunyai beberapa prinsip. Prinsip

pertama keseimbangn islami ini ialah kekayaan tidak hanya dimiliki oleh orang kaya sahaja.

Peraturan ini dengan tegas dilaksanakan oleh Rasulullah dan seterusnya dijadikan ketentuan

yang sangat kuat.

Akhirnya, dengan sistem Islam, pemberontakan untuk memaksakan kehendak atau

keunggulan orang, tidak dibenarkan. Seterusnya, persamaan hak di muka hukum Islam adalah

suatu kenyataan, bukan hanya teori semata. Hanya dalam Islam sahajalah, kesetiaan kepada

pemimpin berdasar kepada ketaatan orang pada hukum dan pelaksanaannya sekaligus.

4.3 MA’ALIM FI AL-TARIQ

Di dalam buku Sayyid Qutb iaitu Ma’alim fi al-Tariq didapati bahawa ‘aqidah adalah

sebagai teras dalam pemikiran dakwahnya diikuti dengan pembentukan masyarakat dan jamaah

Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan saling bekerjasama mempertahankan

masyarakat itu. Seterusnya, berganding bahu dalam menegakkan daulah Islamiah di atas

keruntuhan sistem jahiliyah serta anggota masyarakat yang menjadikan La ilaha illallah sebagai

manhaj atau landasan kehidupan mereka yang bakal memegang teraju kepimpinan dunia

berdasarkan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

22

Di sini kami akan menjelaskan beberapa uslub pemikiran dakwah Sayyid Qutb.

Antaranya ialah ‘aqidah sebagai teras pemikirannya, khilafah dan daulah Islamiah, al-Quran

dan al-Sunnah sebagai sumber perundangan dan ilmu pengetahuan.32

4.3.1 Aqidah Sebagai Teras Pemikiran Dakwah

Al-Syahid Sayyid Qutb berpendapat bahawa teras dalam penyebaran dakwah Islamiyah

ialah aqidah tauhid terhadap Allah. Aqidah telah diletakkan pada kedudukan teratas dalam

pemikiran dakwahnya. Segala sumber pembentukan menurut Sayyid Qutb mestilah

berteraskan aqidah untuk menjamin keselamatan hidup manusia di dunia dan akhirat. Beliau

melihat peranan aqidah yang lebih global dalam pembentukan seluruh sistem hidup manusia.

Iaitu dari segenap aspek kehidupan seperti persoalan pembentukan individu, masyarakat,

Negara dan sebagainya.33

Sayyid Qutb juga telah meletakkan aqidah sebagai tunjang dalam sebarang usaha

dakwah sama ada merangkumi aspek kehidupan mahupun pembentukan keperibadian,

masyarakat, daulah sistem perundangan dan kepimpinan. Beliau amat teliti dalam meletakkan

sesuatu masyarakat samaada masyarakat itu muslim ataupun tidak. Ini kerana menurut beliau,

masyarakat yang hanya mengambil 1/5 atau lebih sedikit daripada syariat ciptaan manusia

sebagai landasan dalam kehidupan adalah dikira sebagai masyarakat Jahiliyah.34

4.3.2 Khilafah dan Daulah Islamiah.

Idea pemikiran Sayyid Qutb yang seterusnya ialah berkenaan dengan Khilafah dan

Daulah Islamiah. Beliau menyatakan bahawa umat Islam sewajarnya mengembalikan

kegemilangan khilafah Islamiah dengan memegang tampuk pemerintahan dunia. Beliau

32 Teh Sofia Sidek (1997/98), Pemikiran Dakwah Sayyid Qutb dalam Ma’Alim Fi al-Tariq, Disertasi Sarjana Muda Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 74. 33 Ibid, h. 75. 34 Teh Sofia Sidek (1997/98), op.cit, h. 79.

23

menyeru agar umat Islam untuk bangkit semula setelah pemikiran mereka dikaburi oleh

ideologi-ideologi ciptaan manusia yang ternyata segala nama-nama ciptaan manusia yang

digunakan sebagai dasar dalam pemerintahan telah membawa kepada kemusnahan dan

kegagalan. Firman Allah S.W.T35:

ٱة ف ظ ي ف خٱ ضي رف ف ف ل ف في يل ف جٱ ن ي

نف كٱةي

نٮ ـ ٱ ف ليفمٱ وكٱ ب ف رٱ ف قٱ لٱ ف

نيف ف ي ف ف ٱ ٱ ف ہ ي ف ل ٱ ف ٱ ف ل ہٱ ف ف قٱ

ف ح ب ي ٱ ف ن ف نٱ ٱ ف ٱ ءٱ ي ل ف ل يك ف ٱ ي ٱف ٱ ٱ ف س ي ٱ ف ٱ ف كٱ ي مف ٱ ٱف بي ٱم ف ٱ ف ٱ ٱ ف ف ٱ ف ف ل ن ي

نف (03) ف قٱ لٱ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak

menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan

Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di

bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-

bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?

Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak

mengetahuinya. (30)

Menyentuh persoalan mengenai kepimpinan, pemerintahan Islam haruslah dipegang

oleh umat Islam kerana mereka merupakan sebaik-baik umat yang diciptakan oleh Allah

kepada umat manusia. Sebagaimana Firman Allah S.W.T36:

يف لله ف بيع ن ٱ ي ؤف ٱ ف ڪٱري فم

ف ل ي ٱ ف ف ٱ ٱ تٱنف ٱ ف في ر ف فمٱ

ع ف بي ٱ ر ف ٱع ف ف ليه سي ف ريجٱ ف لخف ة ه ف ل ٱ يف ف خٱ ف ف ت

هه ف يف ف خٱ ف ٱكٱ ٱ ي ـ ٱ فڪي ف ل ل ف لهف ٱ ٱ ف ءٱ ف ٱ ف )ٱ ٱ ي ـ ٱ ف

ف ل ه ٱ ف ل ٱ ف ن ٱ ي ؤف فم

ف ل نف ي (993ف

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)

umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan

melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman

kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan

Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik

bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka

orang-orang yang fasik. (110)

35 Al-Quran al-karim, Surah Al-Baqarah 2:30 36 Al-Quran Al-karim, Surah ali-Imran 3: 110

24

Di samping ciri keistimewaan syariat Islam itu sendiri yang bersifat universal dan

sesuai dijadikan sebagai dasar perundangan sistem pemerintahan Islam. Bahkan kesyumulan

syariat ini dapat dilihat dengan amat jelas apabila ia turut dijadikan asas perundangan makhluk

yang lain seperti bulan, bintang, pokok, haiwan dan sebagainya. Inilah bukti yang

menunjukkan bahawa syariat Islam adalah undang-undang yang terbaik yang ditetapkann oleh

Allah S.W.T.

4.3.3 Jihad Fi Sabilillah

Al-Shahid Sayyid Qutb menyeru umat Islam agar bangkit menyahut seruan jihad bagi

mngembalikan ketuanan Islam di bumi ini. Di dalam muqaddimah buku Ma’alim Fi al-Tariq,

beliau menyatakan bahawa walaupun jarak masa antara kebangkitan dan kejayaan menguasai

kepimpinan dunia mungkin memakan masa yang agak lama, namun begitu ia tetap perlu

ditunaikan. Oleh itu, melaksanakan jihad merupakan suatu keperluan dan ia adalah kemuncak

amal islami. Tanpa jihad, umat Islam akan kehilangan sifat keistimewaannya sebagai umat

yang terbaik.

Apabila menyentuh soal jihad, bagi Sayyid Qutb, beliau berpandangan bahawa jihad

yang ditegakkan di dalam Islam haruslah bermatlamatkan untuk meruntuhkan jahiliyyah dan

menegakkan Islam di atas keruntuhan tersebut. Ia adalah satu-satunya cara untuk

mengembalikan kembali kegemilangan khilafah islamiah yang telah runtuh sejak tahun 1924.37

Jika kita lihat semula sejarah Islam yang lampau, kita dapati bahawa ianya penuh

dengan peperangan yang berlaku antara Islam dan musuh-musuhnya. Kita boleh lihat dimana

Islam menentang pakatan jahat penyembahan berhala di semenanjung arab, menentang

37 Teh Sofia Sidek (1997/98), op.cit, h. 94

25

komplot kaum Yahudi dari Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Quraizah dan banyak lagi

sebenarnya.

Walaubagaimanapun, ini tidaklah menunjukkan bahawa Islam berkembang melalui

mata pedang dan kekerasan, tetapi Islam melaksanakan peperangan atau jihad apabila Islam

diperlekehkan, ditindas atau diperangi oleh musuh-musuh Islam. Oleh itu, sewajarnya Islam

memerangi golongan-golongan ini demi menjaga ketinggian Islam.

4.3.4 Ilmu Pengetahuan

Idea pemikiran Sayyid Qutb yang seterusnya adalah berkaitan dengan ilmu

pengetahuan. Melalui ilmu pengetahuan umat Islam dapat mengusai dunia. Dengan itu, beliau

telah menyeru umat Islam agar menuntut ilmu-ilmu keagamaan dan ilmu duniawi kerana

hakikat yang sebenarnya semua ilmu itu adalah milik Allah S.W.T. Walaupun ilmu tersebut

bukan bersifat kerohanian atau keagamaan tetapi mesti dikuasai oleh umat islam selagi ia tidak

menyalahi syariat Allah.38 Walaupun begitu, Sayyid Qutb tidak lupa untuk mengingatkan umat

Islam bahawa mempelajari ilmu-ilmu duniawi bukanlah menjadi matlamat utama, tetapi ia

sebagai unsur melengkapkan urusan dunia kehidupan kita.

Dalam mementingkan ilmu pengetahuan, Sayyid Qutb amat menggalakkan umat Islam

untuk mempelajari ilmu teknologi moden. Ini kerana, dunia hari ini dikuasai oleh orang bukan

Islam dimana ilmu pengetahuan dan teknologi moden mereka lebih tinggi daripada kita dan

kehebatan yang mereka miliki adalah untuk menghancurkan Islam. Jadi orang Islam hendaklah

menguasai ilmu tersebut demi kebajikan dan kebaikan umat Islam seluruhnya.

38 Ibid, h. 110

26

5.0 LA ILAHA ILLA ALLAH (Tiada Tuhan Melainkan Allah)

Daripada analisis Sayyid Qutb, adalah jelas bahawa generasi Quranik bermula dari

tempoh awal fasa Mekah di mana aqidah ditanam dengan revolusi kesedaran. Dalam

pandangan beliau, ummah yang sebenar telah luntur dalam abad yang panjang. Dan cabaran

yang mendepani aqidah jadidah (aqidah yang baru) yang menghadirkan dirinya di tengah-

tengah permusuhan masyarakat jahiliyyah sejak kurun ke-7 telah muncul semula di era moden

kita ini. Jadi, beliau menuntut agar pembinaan semula masyarakat baru dengan merenung

semula perkembangan Islam pada tahap terawal di Mekah dengan komitmen yang segar

terhadap aqidah yang asli dan hakiki.

Tanpa rasa sangsi, Sayyid Qutb menyeru agar perubahan struktural dalam sistem

masyarakat kepada doktrin Islam yang mengumandangkan La Ilaha Illah, iaitu dengan

berusaha membebaskan manusia daripada cengkaman eksploitasi oleh sesama manusia. Selain

itu, beliau juga telah menggagaskan bahawa revolusi yang menentang autoriti atau sistem yang

merampas kekuasaan tuhan sebagai satu-satunya kuasa yang hak dan mutlak. Sayyid Qutb juga

menzahirkan revolusi Islam sebagai satu sistem alternatif, positif dan bersifat menyokong

berbeza daripada kaedah ortodoks yang bertahan dalam kapitalisme dan komunisme. Apa yang

menjarakkan Islam daripada sistem yang lain adalah keprihatinannya yang ketara terhadap

keadilan sosial.

Menurutnya lagi, sesiapa yang menghalang cita-cita Islam pada setiap saat, sedangkan

Islam adalah satu cara hidup yang sempurna, suci dan lurus bakal mengancam kepincangan

dalam kuasanya, kepentingannya, kerobohan struktur dan akan melakukan perkara yang sesat.

27

6.0 Fi Zilal al-Qur’an (di Bawah Bayangan al-Qur’an)39

6.1 Isu Politik

Isu politik merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana Allah SWT

di dalam al-Qur’annya telah banyak menyebut tentang prinsip-prinsip asas politik yang perlu

diaplikasikan oleh manusia untuk kesejahteraan hidup samada di peringkat individu atau

masyarakat. Sebagai sebuah tafsir bermanhaj Haraki dan Tarbawi, sudah pasti banyak isu-isu

politik yang ditimbulkan.40 Secara tidak langsung, Sayyid Qutb telah menyampaikan aspirasi

politiknya kepada masyarakat seluruhnya melalui tafsir ini. Isu-isu seperti kezaliman,

penindasan, korupsi, isu palestin, pemerintahan, perlembagaan Negara banyak disuarakan

dalam Fi Zilal al-Qur’an berbanding bukunya yang lain.

6.2 konsep kekuasaan

Kekuasaan sangat berkait rapat dengan politik. Justeru itu, Sayyid Qutb memberi

penekanan yang lebih kepada konsep kekuasaan ini dengan membangkitkan isu al-

Hakimiyyah. Beliau banyak menggunakan istilah ini dalam membahaskan ayat-ayat al-Qur’an

yang berkaitan dengan kekuasaan, pemerintahan, perlembagaan dan sistem cara hidup yang

aman amat rapat dengan isu politik. Sebagai contoh, dalam ayat 40 surah Yusuf, beliau

menyebut dengan jelas konsep kuasa pemerintahan yang dimaksudkan oleh kata-kata nabi

Yusuf kepada dua banduan penjara yang bersama baginda.

Dalam buku ini juga, Sayyid Qutb memberi penekanan kepada konsep kekuasaan

manusia dengan gaya bahasa yang halus penuh sindiran terhadap golongan manusia yang

berkuasa. Secara umumya, dapat disimpulkan disini konsep kekuasaan dijelaskan dengan

mengaitkan dengan aspek keimanan seseorang kepada Allah SWT dan hakikat manusia serta

39 Seminar Pemikiran Politik Islam: Asy-Syahid Sayyid Qutb (2011), Islamic Renaissance Front IIUM, h. 23 40 Ibid, h. 24

28

peranannya di muka bumi. Selain itu juga, beliau menjelaskan tentang peranan aqal yang

dianugerahkan Allah kepada manusia dan hubungkaitnya dengan al-Hakimiyyah Allah S.W.T.

6.3 Penggunaan Kisah-Kisah dalam al-Qur’an

Untuk menjelaskan lagi aspek politik dan pemikiran idea yang baru, Sayyid Qutb

menggunakan kisah-kisah di dalam al-Qur’an. Seperti contoh kisah Zulqarnain yang disebut

dalam surah al-Kahfi. Dan penekanan tafsir beliau adalah mengenai urus tadbir yang baik

(good governance) yang ditonjolkan oleh Zulqarnain.41

Contoh lain adalah melalui kisah Fir’aun yang disebut al-Qur’an. Kisah ini tidak dilihat

dari aspek sejarah, tetapi lebih kepada aplikasi sifat Fir’aun dalam realiti di zaman sekarang.

Kelebihan yang kita boleh lihat dalam tafsir ini ialah Sayyid Qutb mampu mengaplikasikan

ayat-ayat al-Qur’an dengan realiti semasa dan membebaskan nas-nas al-Quran daripada

kongkong masa dan tempat. Apa yang lebih menarik terhadap tafsir ini ialah bagaimana

tajamnya sindiran beliau terhadap peerintah yang zalim khususnya kepada pihak yang

memenjarakan beliau. Ini kerana, tafsir ini ditafsirkan ketika fasa kedua iaitu semasa beliau

dipenjarakan.

6.4 Isu Ketaatan

Sayyid Qutb menulis bahawa segala ketetapan manusia dalam perlembagaan Negara

yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perlu selari dengan hukum ketetapan Allah S.W.T yang

bersesuaian dengan konsep kekuasaan. Hal ini kerana, ketaatan rakyat kepada keputusan

perlembagaan pihak berkuasa adalah tertakluk kepada keharmonian perlembagaan tersebut

dengan hukumNya. Sekiranya bercanggah maka tiada lagi ketaatan dalam hal yang maksiat

41 Ibid, h. 25

29

tersebut berdasarkan hadith-hadith yang dinukilkan oleh Sayyid Qutb dari sahih Bukhari dan

Muslim, seperti:

(Sesungguhnya ketaatan adalah dalam perkara yang maaruf)

Sayyid Qutb juga ada menyebutkan tentang Ulul ‘Amri. Dan beliau menegaskan disini

bahawa, keperluan memilih pemimpin adalah asas ketaatan manusia kepada manusia yang lain.

Kerana manusia yang beriman akan bertindak dalam lingkungan hukum Allah S.W.T sahaja.

Bahkan sekiranya tidak ada nas yang jelas tentang sesuatu hukum dalam al-Qur’an dan Sunnah

Rasulnya, maka ijtihad yang dilakukan pasti di atas dasar iman dan ilmu yang bersumberkan

wahyu Allah S.W.T.42

6.5 Isu Palestin

Isu Palestin dan Zionisme turut diberi penekanan oleh Sayyid Qutb dalam tafsir ini.

Walaupun tidak disebut secara langsung, namun penjelasan beliau tentang hakikat punca

permasalahan tersebut dibincang panjang lebar. Bagi beliau, isu Palestin bukan sahaja

melangkaui isu Negara semata, tetapi melibatkan penganut Islam berhadapan dengan cabaran

zionisme dan lain-lain. Keperluan kepada kesatuan ummah Islam tanpa dipisahkan oleh aspek

kenegaraan seseorang penganut Islam akan membantu menyelesaikan isu Palestin ini. Melalui

tafsir ini, telah membawa pembaca kepada dimensi pentafsiran yang baru dengan melangkaui

politik antarabangsa yang melibatkan kepentingan masyarakat Islam secara global.43

42 Seminar Pemikiran Politik Islam: Asy-Syahid Sayyid Qutb (2011), Op.Cit, h, 29. 43 Ibid.

30

PENUTUP

Pada awalnya Sayyid Qutb adalah hanya seorang guru di Sekolah Kementerian

Pendidikan Mesir. Beliau telah mengajar selama enam tahun dan telah mengajar di beberapa

buah sekolah. Kemudiannya, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi nazir sekolah dan

seterusnya telah diambil bekerja di bawah Dr. Taha Hussin yang menjadi ketua Pangarah

Pendidikan Mesir. Pada tahun 1948-1950 Kementerian Pendidikan Mesir telah menghantar

beliau ke Amerika Syarikat untuk menjalankan penyelidikan di sana.

Sayyid Qutb merupakan seorang yang sangat berani dalam mengeluarkan pendapatnya,

sehingga beliau dapat menulis beberapa buku berkaitan dengan pemikirannya. Beliau juga

cenderung ke arah kesusateraan dan dalam usia kanak-kanak lagi beliau telah menyalin

antologi sastera dan kitab tarikh. Beliau juga telah menghafaz secara baik ¾ al-Quran setelah

mencecah usia sepuluh tahun. Setelah tamat daripada persekolahan, beliau telah menyambung

pelajaran di Sekolah Tahfiz Al-Quran sehingga umurnya mencapai 12 tahun.

Banyak karya yang telah dihasilkan oleh Sayyid Qutb, walaupun dipenjarakan beliau

tetap menulis buku untuk dijadikan rujukan kepada penyelidikan pada masa akan datang.

Buku-bukunya ada yang berkaitan dengan tafsir al-Quran yang dijadikan rujukan orang ramai.

Beliau telah dipenjarakan selama dua kali yang mana pada kali kedua beliau telah dihukum

gantung sehingga mati bersama dua orang rakannya atas tuduhan konspirasi membunuh Jamal

Abd al-Nasir. Banyak jasa beliau dalam menyebarkan falsafah pemikirannya, ideanya ini telah

menjadi rujukan manusia pada masa kini.

31

BIBLIOGRAFI

Al-Quran al-karim

Badrul Hassan (1987), Biografi Assyahid Sayyid Qutb. Penerbitan Hizbi: Kuala Lumpur.

Farid Mat Zain, Roziah Sidek (2001), Pembentukan Generasi Al-Quran Menurut Sayyid Qutb

Dalam Kitab Ma’alim Fi Al-Tariq, Yayasan Restu: Selangor.

S. Badrul Hassan (1967), (Terj.) Azmi Mohd Ali, Biografi Assyahid Sayyid Qutb, Kuala

Lumpur: Penerbitan Hizbi

Sayed Khatab (2006), The Political Thought Of Sayyid Qutb, Routledge: London.

Sayyid Qutb (1995), Jalan Pembebasan Rintisan Islam Menuju Perdamaian Dunia, Jakarta:

Salahuddin Press

Sulaiman Nordin (1995), Islam, al-Qur’an dan Ideologi Masa Kini, Kuala Lumpur: DBP

Teh Sofia Sidek (1997/98), Pemikiran Dakwah Sayyid Qutb dalam Ma’Alim Fi al-Tariq,

Disertasi Sarjana Muda Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Seminar Pemikiran Politik Islam: Asy-Syahid Sayyid Qutb (2011), Islamic Renaissance Front

IIUM