Perbentangan nasionalisme

39
TAJUK: NASIONALISME DAN IDEOLOGI NEGARA BANGSA PADA ABAD KE-21 DIANGGAP LAPUK DAN TIDAK RELEVAN LAGI DENGAN ARUS SEJAGAT PADA MASA KINI

Transcript of Perbentangan nasionalisme

TAJUK:NASIONALISME DAN

IDEOLOGI NEGARA BANGSA PADA ABAD KE-21

DIANGGAP LAPUK DAN TIDAK RELEVAN LAGI DENGAN ARUS SEJAGAT

PADA MASA KINI

NAMA AHLI KUMPULANNAMA NO.MATRK

YUSMIMI BT YUSOF D20111049086MUHAMMAD SYUHAIDIE B. FEAIR D20111049164MOHANA A/P SEEVALINGHAM D20111049170AZZATUL FARAH BINTI CHE

BAHARUDIND20111049061

NURUL HIDAYAH BT MOHAMED YUSOF

D20111049057

BETTY BT SOUTI D20111049113CIA YEE ANAK MALASI D20111049121FADZHILATULINA BINTI ZAKARIA

D20111049181

NURUL AMIRAH BINTI MOHD KOMURI

D20111049096

PENGENALAN• Nasionalisme = nasional dan isme iaitu fahaman “ ” “ ”kebangsaan yang mengandungi makna kesedaran dan semangat cinta tanah air.

• Nasionalisme dapat juga diertikan sebagai fahaman yang menciptakan dan mempertahankan kedaulatan negara (nation) dengan mewujudkan suatu konsep identiti bersama untuk sekelompok manusia.

• Dalam sejarah negara kita, semangat nasionalisme merangkumi tiga bentuk utama iaitu nasionalisme awal yang berbentuk penentangan ke atas kuasa penjajah, nasionalisme yang berbentuk kompromi dan nasionalisme Malaysia.

•Menurut Dewan Siswa (1990), dalam suasana dan kehendak zaman moden nasionalisme masih penting.

Nasionalisme Pada Abad ke-20 dan Abad ke-21

NASIONALISME ABAD 20

Nasionalisme awal

Gerakan mempertahankan budaya, bahasa,

pendidikan, ekonomi dan sebagainya

Gerakan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan

Semangat assabiyah - sikap perkauman yang menebal dalam masyarakat (13 MEI 1969)

.Penubuhan organisasi politik seperti KMM (kesatuan Melayu Muda), PKMM (Parti kebangsaan Melayu Malaya ) dan PUTERA ( Pusat Tenaga Rakyat)- menentang penjajah di Tanah Melayu

Gerakan nasionalisme dilakukan oleh pejuang-pejuang nasionalisme UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) melalui isu nasional yang berkaitan dengan hak ketuanan dan kedaulatan raja-raja Melayu

Perjuangan nasionalisme yang berhaluan kanan -menolak gagasan Malayan Union dan menuntut kemerdekaan daripada penjajah sekaligus mengubah sosiobudaya dan politik Melayu.

NASIONALISME ABAD 21Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperti (sivik, budaya, kenegerian dan keagamaan)Corak nasionalisme moden atau pada abad ke 21 ini dapat dilihat dari paradigma politik, ekonomi dan sosial.

Paradigma politik• Kepada usaha menajaga negara dan hubungan antarabangsa.

• Malaysia mengutamakan semangat kerjasama dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik.

• Memeliahara dan memperjuang kedaulatan, keharmonian sejagat dengan mekanisme yang berintegriti.

PARADIGMA EKONOMI

• Nasionalisme moden memperlihatkan usaha untuk mengekang pengaruh globalisasi barat dalam sistem ekonomi negara membangun (nasionalisme budaya)

• Mewujudkan pakatan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara membangun sperti ASEAN bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada barat dalam aspek sosioekonomi.

• Krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada 1997 merupakan yang paling buruk dalam dekad ini.

Seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang keturunan berganding tenaga memulihkan aliran ekonomi negara yang kian meruncing.

International Monetary Fund (IMF) yang sentiasa memasang ‘jerangkap’ kepada mana-mana negara di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur yang dilanda krisis kewangan berikutan tindakan spekulator yang mengugat kestabilan ekonomi.

SOSIAL• Nasionalisme abad-21 memperlihatkan usaha untuk memertahankan identiti negara bangsa.

• Dipertahankan dan diperkenalkan mengikut acuan negara itu sendiri. Contohnya, pembinaan negara bangsa berlandasakan konsep wawasan 2020

• Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu, berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai semangat patriotik yang kental.

Dalam usaha pembentukan negara bangsa ini, kerajaan memfokus dan melaksanakan strategi iaitu memperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta membina jati diri dan semangat patriotik dalam diri individu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak  juga merupakan tangga kepada pembentukan negara bangsa

KEPENTINGAN SEMANGAT

NASIONALISME DAN IDEOLOGI NEGARA BANGSA DALAM ARUS SEJAGAT PADA MASA

KINI

Meningkatkan mutu negara• Jati diri yang kukuh• Potensi kecemerlangan diri demi negara yang tercinta

• Menguruskan masa dengan aktiviti yang berfaedah

• Mengharumkan nama negara. Sebagai contoh, Dato’ Nicol Ann David merupaka pemain skuasy antarabangsa yang telah melambangkan nama Malaysia di dunia malah telah memegang gelaran pemain nombor satu dunia sehingga kini.

Menjamin perpaduan kaum dan keharmonian negara

• Mewujudkan rakyat yang mempunyai semangat nasionalisme yang saling bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain.

• Semua kaum dapat mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama, dan bahasa masing-masing yang mempunyai keperibadian budaya dan identiti tersendiri.

• Sehingga sekarang masyarakat Malaysia masih hidup dalam keadaan harmoni tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit,

Mengekalkan keamanan negara• Negara akan terus berada dalam keadaan aman dan damai tanpa memikirkan perbezaan sentimen perkauman,

• Keamanan negara masih terjamin.• Sebagai contoh, kekacauan yang berlaku di negara-negara luar seperti Rohingya, Afghanistan, Filipina, dan negara luar yang lain menyebabkan telah memporak-perandakan keamanan negara. Semangat nasionalisme untuk mempertahankan tanah air sendiri agak rendah menyebabkan negara mereka untuk kacau-bilau.

• Oleh sebab itu, semangat nasionalisme masih releven pada masa kini.

Mengingatkan tentang para pejuang terdahulu

• Bergadai nyawa untuk memerdekakan negara daripada penjajah.

• Dapat mengembalikan memori anak-anak muda terhadap idola-idola kemerdekaan yang telah rebah ketika mempertahankan negara.

• Menghargai para pejuang yang telah membebaskan tanah air daripada dijajah oleh penjajah.

FAKTOR YANG MENCETUSKAN SEMANGAT

NASIONALISME DAN IDEOLOGI NEGARA

BANGSA

FAKTOR POLITIK

•Dasar penjajahan Barat telah menimbulkan semangat nasionalisme ke dalam jiwa penduduk Tanah melayu.•Pengenalan sistem politik Barat telah memusnahkan sistem politik tempatan apabila residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. •Pihak British kemudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. •Pembesar tempatan diberi pencen dan jawatannya digantikan dengan pegawai British.

sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda kaum Melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di Tanah Melayu.

Sukatan dan dasar yang tidak selaras membangkitkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.

Pada tahun 1922, Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan di Tanjung Malim, Perak. Kemudian lahir golongan rakyat yang menjadi pemimpin mengambil alih beberapa peranan yang sebelum ini dipegang oleh golongan bangsawan.

Muncul lepasan sekolah Melayu, Arab dan Inggeris yang mana ramai di antara mereka menjadi pendidik.

Seterusnya lahir Majalah Guru yang kandungannya banyak menanam semangat mencapai kemajuan ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat.

Faktor Ekonomi Dasar Ekonomi Baru (DEB)• Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971.

• DEB bertujuan mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang-peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia.

• Kemiskinan merupakan faktor utama yang dapat menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

• Setelah keseragaman ekonomi dilakukan telah menyebabkan sektor ekonomi negara diagihkan secara sama rata.

Krisis Kewangan 1997• Seterusnya ialah krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997 juga telah mencetuskan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat di Malaysia.

• Krisis ekonomi yang berpunca daripada kenaikan harga minyak, krisis makanan, tekanan inflasi, dan peningkatan kadar pengangguran, tidak dapat tidak, akan mencetuskan pergolakan politik dan kekacauan sosial.

• Krisis ekonomi merupakan masa untuk pihak kerajaan memperkukuhkan kebangkitan nasionalisme dan bukannya melemahkannya. Mencegah krisis ekonomi bukan sekadar persoalan ekonomi semata-mata, tetapi adalah persoalan kelangsungan bangsa.

• Kebangkitan semangat nasionalisme kian memuncak setelah negara mengalami krisis kewangan kerana masyarakat saling membantu dengan menyumbang tenaga dan harta untuk kerajaan bagi mengukuhkan semula ekonomi negara.

Faktor Sosial Media Massa• Idea nasionalisme lahir melalui surat khabar, majalah, novel dan rencana. Surat khabar digunakan sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat Melayu terhadap keadaan mereka di tanah air mereka sendiri.

• Satu daripada bahan bacaan terawal ialah 'pengetahuan bahasa', hasil karya Raja Ali Haji yang disusun pada tahun 1858.

• Karya ini telah membicarakan budaya Melayu yang kian berubah akibat pengaruh British dan imigran cina, Di samping itu, karya ini juga telah menjelaskan peri pentingnya bahasa Melayu dalam budaya masyarakat Melayu sebagai alat menyatupadukan kaum Melayu melalui satu identiti bahasa.

• Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan. Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako.

• Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Dalam masa yang sama, muncul golongan wartawan yang komited dan sedar akan nasib bangsanya.

• Golongan wartawan telah membangkitkan isu-isu kemunduran masyarakat Melayu dalam semua aspek seperti sosial, pendidikan, ekonomi dan politik.

PendidikanTerdapat sekolah-sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yang disediakan bagi orang melayu.

Tujuan British bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai dalam kalangan orang melayu.

Sekolah Inggeris pula terdiri daripada anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh orang British sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja.

tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka surat khabar melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran.

Agama• Faktor agama yang telah mendorong kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di negara kita telah dicetuskan oleh Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850.

• Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia.

• Selain itu, bermatlamat untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadis dan yang terakhir ialah membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat.

•Konsep gerakan pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar melayu yang menuntut di universiti al-azhar, mesir untuk berjuang di negara sendiri.

•Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke tanah melayu dan menjadi pelopor gerakan islah-islam. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama islam.

•Gerakan ini telah mencetuskan kebangkitan nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu dan sehingga ke abad 20 semangat nasionalisme ini masih kekal dan rakyat kita juga walaupun terdiri daripada pelbagai agama yang berbeza tapi masih mempunyai semangat nasionalisme yang sama dan menghormati ideologi negara kita iaitu rukun negara .

Sistem Perhubungan• Sistem perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak British adalah demi kepentingan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun, keadaan ini juga telah membantu menyelesaikan halangan geografi di kalangan masyarakat Melayu. Misalnya, pada tahun 1910, terdapat lebih daripada 2400km jalan raya dibina.

• Masyarakat Melayu tidak kira dari daerah atau negeri yang berlainan dapat berhubung di antara satu sama lain. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menyatupadukan penduduk Melayu, yang seterusnya mewujudkan identiti kebangsaan.

• Idea dan pemikiran pemimpin-pemimpin Melayu yang berjiwa kebangsaan tersebar dengan pantas kepada masyarakat di kawasan perkampungan, melalui sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi.

Kesan-Kesan yang akan terjadi jika

Semangat Nasionalisme dan Ideologi Negara Bangsa dianggap lapuk dan tidak

relevan pada abad-21

EKONOMI• Jika nasionalisme dan ideologi negara bangsa dianggap lapuk dan tidak relevan, maka globalisasi ekonomi yang membuka ruang untuk mencari keuntungan dengan konsep liberal dan ekonomi bebas (bersifat bebas atau terbuka) yang dipelopori oleh negara-negara Barat sukar dihadapi oleh negara-negara sedang membangun.

• Globalisasi ekonomi iaitu pasaran ekonomi terbuka tanpa sempadan.

• Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar.

• Sifat globalisasi ekonomi ala-Barat yang berteraskan kapitalisme.

• Globalisasi ekonomi yang mengguna satu peraturan ekonomi dunia yang seragam menjadikan kapitalisme sebagai asas yang berteraskan kepada pasaran terbuka dan perdagangan bebas tanpa dikawal oleh nilai-nilai sahsiah murni serta mampu menghilangkan dasar keadilan dalam ekonomi.

• Liberalisasi dan ekonomi bebas adalah usaha memansuhkan kawalan, subsidi, tarif dan semua jenis perlindungan yang diberi kepada pengusaha dan pedagang tempatan. Ini bertujuan mewujudkan satu keadaan persaingan bebas di peringkat antarabangsa.

• Ketidakstabilan sistem ekonomi dunia. Contohnya: Krisis ekonomi Asia 1997 & 1998

SOSIAL • Penglibatan dalam masalah sosial.• Budaya dan cara hidup Barat yang dianggap maju dan moden sukar dibendung dan terus menular.

• Filem-filem luar negara yang memaparkan aksi-aksi keganasan dan kurang bermoral menerusi Internet dan televisyen menjejaskan minda dan ditiru.

• Gaya dan cara pemakaian berubah dan lebih menjurus kepada Barat.

• Amalan seks bebas dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berleluasa.

•Mudah diperalatkan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa melalui jaringan komunikasi yang luas untuk mengedar atau menyeludup masuk dadah dari luar negara.

• Jenayah siber seperti rasuah, penipuan, permerdagangan orang, pemalsuan data-data penting dan sebagainya berlaku secara berleluasa dalam golongan profesional.

• Golongan Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menuntut hak dan kebebasan untuk mengamalkan hubungan sesama jenis.

•Masyarakat masing-masing sibuk bekerja dan mengejar arus pemodenan sehingga semangat patriotisme meluntur atau anti-patriotisme.

• Sikap individualistik tidak dapat mewujudkan perpaduan yang jitu.

• Islam liberal / kepercayaan sekularis dilihat sebagai ancaman yang akan melemahkan perpaduan dan memesongkan fahaman ajaran Islam yang sebenar.

• Neoliberalisme akan berkembang sehingga membawa kepada amalan cara hidup bebas dan tidak lagi berlandaskan Islam.

•Murtad atau perjuangan untuk menuntut kebebasan agama.

AGAMA

KESIMPULAN• Kesimpulannya, dari semasa ke semasa melalui perancangan yang rapi, kita akan berhasil membentuk satu identiti yang menjadi kebanggaan bersama.

• Melalui semangat nasionalisme, kita dapat membina penegasan identiti dan kepribadian serta sifat bangsa Malaysia yang bertanggungjawab menentukan nasib dan masa depan sendiri, bukannya ditentukan oleh negara atau kuasa luar.

• Nasionalisme sangat penting disuburkan kembali dalam jiwa rakyat, khususnya dalam kalangan generasi muda. Tidak salah kita memiliki semangat nasionalisme selagi ianya tidak diasaskan kepada semangat perkauman yang melulu. Bangsa yang lemah nasionalisme akan mudah dikuasai oleh bangsa atau kuasa luar.

• Nasionalisme dan ideologi negara bangsa di Malaysia masih relevan dan tidak dianggap lapuk dengan arus sejagat pada masa kini.