Pengaruh Cara dan Gaya Hidup dalam Kewujudan Budaya Benda Orang Ulu (Influences of Livelihood and...

16
PENGARUH CARA DAN GAYA HIDUP DALAM KEWUJUDAN BUDAYA BENDA ORANG ULU INFLUENCES OF LIVELIHOOD AND LIFESTYLE IN THE EXISTENCE OF MATERIAL CULTURE OF ORANG ULU Abstrak Orang Ulu terkenal dengan penghasilan budaya benda yang menjadi identiti mereka yang unik. Kajian ini memfokuskan bagaimana kepelbagaian budaya benda yang wujud dalam kalangan masyarakat Orang Ulu banyak dipengaruhi oleh cara dan gaya hidup mereka. Makalah ini memaparkan budaya benda yang wujud dalam kehidupan dua kelompok Orang Ulu pada masa dahulu di Belaga iaitu kelompok yang menjalani kegiatan bertani dan kelompok nomad yang berburu dan mengumpul hasil hutan sebagai kegiatan sarahidup perdana. Tumpuan utamanya ialah untuk membuat perbandingan cara dan gaya hidup antara dua kelompok ini yang sekaligus yang menyokong kewujudan kepada kepelbagaian budaya benda dalam kehidupan mereka. Kata kunci: budaya benda, Orang Ulu, cara hidup, gaya hidup, kepelbagaian benda Abstract Orang Ulu is known for the production of cultural materials that reflect the wealth to their unique identity. The aim of this study is to focus on how the diversity of cultural objects that exist among the Orang Ulu influenced by their livelihood and lifestyle. Comparison of these two groups of Orang Ulu, the farmers and nomadic hunters gatherers living in the past in Belaga is to verify that different livelihood and lifestyle do affect the diversity of material culture among these communities. Keywords: material culture, Orang Ulu, livelihood, lifestyle, materials diversity

Transcript of Pengaruh Cara dan Gaya Hidup dalam Kewujudan Budaya Benda Orang Ulu (Influences of Livelihood and...

PENGARUH CARA DAN GAYA HIDUP DALAM KEWUJUDAN BUDAYA BENDAORANG ULU

INFLUENCES OF LIVELIHOOD AND LIFESTYLE IN THE EXISTENCE OF MATERIALCULTURE OF ORANG ULU

Abstrak

Orang Ulu terkenal dengan penghasilan budaya benda yang menjadi identiti mereka yang unik.Kajian ini memfokuskan bagaimana kepelbagaian budaya benda yang wujud dalam kalanganmasyarakat Orang Ulu banyak dipengaruhi oleh cara dan gaya hidup mereka. Makalah inimemaparkan budaya benda yang wujud dalam kehidupan dua kelompok Orang Ulu pada masadahulu di Belaga iaitu kelompok yang menjalani kegiatan bertani dan kelompok nomad yangberburu dan mengumpul hasil hutan sebagai kegiatan sarahidup perdana. Tumpuan utamanyaialah untuk membuat perbandingan cara dan gaya hidup antara dua kelompok ini yang sekaligusyang menyokong kewujudan kepada kepelbagaian budaya benda dalam kehidupan mereka.

Kata kunci: budaya benda, Orang Ulu, cara hidup, gaya hidup, kepelbagaian benda

Abstract

Orang Ulu is known for the production of cultural materials that reflect the wealth to their uniqueidentity. The aim of this study is to focus on how the diversity of cultural objects that exist amongthe Orang Ulu influenced by their livelihood and lifestyle. Comparison of these two groups ofOrang Ulu, the farmers and nomadic hunters gatherers living in the past in Belaga is to verify thatdifferent livelihood and lifestyle do affect the diversity of material culture among thesecommunities.

Keywords: material culture, Orang Ulu, livelihood, lifestyle, materials diversity

2

Pendahuluan

Orang Ulu yang mendiami Ulu Belaga, Sarawak di Borneo dahulunya terbahagi kepada dua

kelompok masyarakat berdasarkan cara dan gaya hidup mereka. Selato [1] mengkategorikan dua

kumpulan ini kepada petani yang terdiri daripada Kayan dan Kenyah, manakala satu lagi

kumpulan ialah kumpulan nomad yang menjalani kehidupan berpindah-randah dan bergantung

sepenuhnya dengan hasil hutan untuk hidup. Kumpulan ini terdiri daripada masayarakat Penan,

Punan dan Bhukat. Makalah ini akan membincangkan benda- benda budaya yang wujud dalam

dua kelompok masyarakat Orang Ulu ini secara berasingan, tidak bertujuan untuk menimbulkan

isu berkaitan diskriminasi antara kelompok tetapi sebagai asas perbandingan yang akan

menyokong sejauhmana perbezaan ini menjadi faktor utama yang mempengaruhi kewujudan

budaya benda dalam masyarakat. Ini adalah kerana keperluan dan kepentingan sesuatu benda

berkait rapat dengan cara hidup dan gaya hidup mereka yang merangkumi rutin harian, corak

penempatan, kegiatan sarahidup, organisasi sosial, kepercayaan dan budaya secara

keseluruhannya. Gambarajah 1 menunjukkan perincian corak penempatan, kegiatan sarahidup

dan organisasi sosial yang diamalkan dalam kedua-dua kelompok komuniti Orang Ulu.

Gambarajah 1 Kategori Orang Ulu

Orang Ulu

Penan & Bhukat

Nomad

Bertani &Memelihara

Ternakan

Berburu &Mengumpul Hasil

Hutan

Egalitarian

Kayan & KenyahKumpulan Etnik

SedentariCorak Penempatan

Kegiatan SarahidupPerdana

StratifikasiOrganisai Sosial

3

Kayan dan Kenyah

Pola Penempatan

Kayan dan Kenyah mendiami rumah panjang yang lazimnya dibina berhampiran dengan sungai.

Keunikan rumah panjang terletak kepada struktur pembinaannya. Struktue binaannya menyerupai

senibina rumah kayu bertiang biasa tetapi bilik-biliknya disusun sejajar secara melintang

menjadikannya satu struktur yang sangat panjang sehingga jumlah biliknya mencecah angka ratus

untuk satu rumah. Asasnya, setiap bilik mempunyai ruangan tertentu seperti dapur, ruang makan

dan rehat serta sudut untuk tidur yang susunaturnya ditentukan oleh penghuni bilik. Ruang anjung

di sepanjang bahagian depan setiap bilik merupakan kawasan umum untuk setiap penghuni

mengadakan rutin harian seperti menganyam tikar, malah ruang bagi setiap keraian dan upacara

ritual.

Orang Ulu mempunyai kaedah susunatur perkakas dan alat kelengkapan rumah yang tersendiri

dengan mengguna pakai sepenuhnya setiap ruang di dalam bilik mereka untuk memastikan

ruangan bilik yang kecil kelihatan kemas dan luas. Lasung (lesung padi), saong (topi), ajat (beg),

pat (tikar), keba’(bakul) dan buvok (bubu) disimpan sama ada di ruangan atas, di tepi atau

digantung pada dinding anjung. Manakala di dalam bilik pula, peti kayu, para-para, tanduk rusa

antara alat yang digunakan oleh masyarakat ini untuk menyimpan dan meletakkan barangan

mereka. Gambar 1 adalah gambaran rumah Kayan yang memperlihatkan susunatur pelbagai

perkakas di anjung. Pada dasarnya, perkakas bersaiz besar diletakkan di anjung agar tidak

memenuhi ruang kedalaman yang terhad.

4

Gambar 1 Pelbagai perkakas disusun di sepanjang dinding anjung (Sumber: Hose dan McDougall, 1912)

Dapur juga merupakan satu srtuktur yang penting dalam setiap bilik Orang Ulu, bukan sahaja

untuk memasak sebagai fungsi utamanya, tetapi ia juga merupakan satu struktur ruang letak bagi

alat dan kelengkapan bilik tersebut. Dapur dibina bertingkat-tingkat sehingga empat tingkat

dengan setiap tingkat digunakan untuk memasak, menyalai ikan atau daging, menyusun kayu api

dan meletak barangan seperti periuk belanga.

Gambar 2 Dapur tradisional Orang Ulu (Sumber a: Muzium Sarawak, b: Koleksi penulis)

Mereka juga menghasilkan bakul seperti bumput, itung dan krien yang masing-masingnya untuk

menyimpan salai ikan atau daging, senduk dan biji benih yang diletakkan di para-para atau

digantung pada tiang dapur. Keadaan dapur yang berasap dan panas dapat menghindari makanan

yang telah dimasak atau disalai daripada serangga seperti lalat dan semut. Malah keadaan panas

a b

5

dan kering ini juga dapat menghindari biji benih daripada rosak sekaligus memanjangkan

jangkahayatnya.

Kegiatan Sarahidup

Paten sarahidup masyarakat Kayan dan Kenyah tertumpu kepada bidang pertanian yang

kebanyakannya mereka menanam padi bukit dengan membakar satu-satu kawasan untuk

bercucuk tanam dan berpindah ke kawasan yang lain apabila tanah menjadi kurang subur untuk

satu tempoh tertentu. Kegiatan pertanian telah menjadi satu aktiviti kendiri yang amat penting

bagi masyarakat Kayan dan Kenyah pada masa dahulu [2]. Malah kegiatan ini masih lagi menjadi

satu kegiatan ekonomi pada masa sekarang walaupun ramai masyarakat Kayan dan Kenyah

banyak menceburi sektor ekonomi yang lain seperti keusahawanan dan dalam sektor awam.

Pertanian, terutamanya dalam aktiviti penanaman banyak menyumbang kepada kewujudan

budaya benda dalam masyarakat Kayan dan Kenyah. Budaya benda ditafsirkan sebagai benda-

benda yang dibuat, dicipta oleh manusia bagi memudahkan aktiviti harian dalam kehidupan

sesuatu kelompok masyarakat [3]. Hasil buatan ini sering kali dikaitkan dengan cerminan kepada

intektual dan teknologi yang dikuasi oleh sesuatu masyarakat yang menghasilkan sesuatu benda

tersebut pada satu-satu masa [3].

Setiap benda yang dihasilkan mempunyai fungsi tertentu bergantung kepada keperluan dalam

satu-satu aktiviti. Dalam proses penanaman padi, tugal (kayu untuk membuat lubang biji benih)

dan krien (bakul biji benih) merupakan peralatan utama yang digunakan. Di samping itu, saong

iaitu topi yang dipakai di ladang untuk berlindung daripada cahaya panas matahari dan hujan juga

diperlukan bermula daripada proses penanaman sehinggalah proses penuaian dan seterusnya

kerja-kerja pemprosesan padi kepada beras.

6

Pada musim menuai, alat seperti yuh keluno (ketam padi) dan ingen (bakul menuai) pula

diperlukan. Proses menjemur, mengangin, menumbuk dan menyimpan padi masing-masingnya

memerlukan benda atau peralatan yang lain pula seperti pat (tikar) , tapan (nyiru), lasung dan

aluo (lesung dan alu) dan lepo ok (rumah menyimpan padi). Dapat dilihat di sini bahawa, Orang

Ulu menghasilkan sesuatu benda yang mempunyai fungsi spesifik untuk tujuan-tujuan yang

tertentu. Mereka memanfaatkan sumber-sumber tempatan yang terdapat di persekitaran mereka

seperti rotan yang banyak terdapat di kepulauan Borneo. Rotan di Sarawak merupakan antara

tumbuhan semulajadi terkaya daripada segi kepelbagaian dan populasinya di dunia [4]. Ini adalah

satu penyebab utama mengapa rotan digunakan dengan begitu meluas dalam penghasilan budaya

benda seperti bakul dan tikar dalam golongan Orang Ulu. Selain itu, sifat rotan yang kuat, kukuh,

tahan lama dan senang lentur membolehkan bahan ini dianyam dalam pelbagai bentuk selain

dapat memenuhi keperluan fizikal, mekanikal dan kualiti estetika untuk satu-satu fungsi yang

diperlukan.

Gambar 3 Pelbagai perkakas digunakan dalam memproses padi kepada beras (Sumber: Muzium Sarawak)

7

Ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mengenali jenis bahan mentah yang diperlukan,

penyediaan bahan, teknik pembuatan dan penghasilan motif dan paten yang dipelajari daripada

nenek-moyang diteruskan kepada generasi yang seterusnya. Maka tradisi pembuatan dan

penggunaan benda-budaya benda ini akan berterusan selama mana satu-satu masyarakat itu masih

menjalani kehidupan yang sama.

Stratifikasi Sosial

Stratifikasi sosial ialah susun lapis kelas dalam satu-satu masyarakat yang membawa kepada

pembentukan strata. Pada masa dahulu, masyarakat Kayan dan Kenyah adalah antara kelompok

yang mengamalkan budaya strata di Borneo [5, 6]. Dalam komuniti mereka, strata melambangkan

darjat dan status kemewahan seseorang individu atau sebuah keluarga. Amalan ini

dimanifestasikan dalam bentuk budaya benda yang mereka hasilkan dan gunakan. Seperti ba’,

(alat untuk mengendong bayi) ia menggunakan elemen-elemen tertentu bagi memaparkan strata

bayi dan pembuatnya [5,7,8].

Gambar 4 Motif hudoq kelunan yang lengkap pada ba’ dan ajat (Sumber: koleksi penulis)

Contohnya, sekiranya bayi itu daripada golongan maren (bangsawan) iaitu yang tertinggi dalam

masyarakat Kayan dan Kenyah, maka motif manik yang ditonjolkan pada ba’ haruslah motif

hudoq (figura manusia) yang lengkap iaitu yang mempunyai kepala, kaki dan tangan. Elemen-

8

elemen perhiasan tambahan umpamanya manik, taring binatang seperti harimau atau beruang

yang dianggap barangan tinggi nilai dalam masyarakat ini juga digunakan dalam pembuatan ba’.

Strata lain yang lebih rendah iaitu hepui dan panyin adalah dilarang untuk menggunakan

sebarang motif yang berkaitan dengan golongan paren kerana menurut kepercayaan mereka,

penggunaannya akan mengundang padah atau tulah.

Dalam upacara pertunangan atau perkahwinan, Kayan dan Kenyah mengamalkan adat atep hawa

tebuko iaitu adat pertunangan dan perkahwinan yang menentukan barangan hantaran yang perlu

disediakan oleh pihak lelaki kepada bakal tunang atau isteri berdasarkan strata. Maren Uma (tuan

rumah panjang) akan menentu dan membacakan senarai barangan hantaran kepada rombongan

lelaki untuk dibawa pada hari perkahwinan atau pertunangan kelak. Seseorang lelaki yang akan

mengahwini perempuan yang berketurunan maren contohnya harus menyediakan benda-benda

wajib berikut sebagai hantaran berdasarkan perintah yang termaktub dalam adat atep hawa

tebuko, Kayan-Kenyah Seksyen 92:

1. Ji (1) Lavong Kering Kirip Lama (topi

pahlawan)

2. Ji (1) Sunong Lato (baju pahlawan)

3. Ji (1) Malat Buk (parang berambut)

4. Ji (1) Bah Kabo Inu (sirat)

5. Ji (1) Bakin (lembing)

6. Ji (1) Kelibet Kalung (perisai)

7. Ji (1) Agung Luyang (gong)

8. Ji (1) Tawak (tawak)

9. Ji (1) Tabin Inu (tikar burit)

Gambar 5 Sebahagian barangan untuk hantaran kahwin (Sumber: Muzium Sarawak)

9

Bukan sahaja dalam upacara perkahwinan, masyarakat Kayan dan Kenyah juga turut

mengutamakan strata dalam upacara pengkebumian. Salong (Gambar 6) iaitu satu stuktur kayu

seperti kotak dan berbumbung dibina untuk menyimpan segala benda milik si mati dalam

kalangan Kayan dan Kenyah (Langub, 1989). Salong diukir dengan motif hudoq (figura manusia)

atau aso (haiwan) bersesuaian dengan status si mati.

Gambar 7 Barangan kubur Orang Ulu(Sumber: koleksi penulis)

Gambar 6 Salong kaum Kenyah(Sumber: Muzium Sarawak)

Barangan kubur (Gambar 7) merupakan antara barangan berharga atau barangan yang pernah

digunakan oleh simati ketika masih hidup. Lavung lake’ (topi lelaki), selepa (bekas tembaga),

malat (parang) dan ta’a (kain manik) adalah antara barangan kubur bagi seorang lelaki yang

disimpan di dalam salong.

Menurut kepercayaan mereka, si mati akan berasa gembira sekiranya barang yang disayangi ada

bersamanya dan barangan kubur ini akan membantu mereka dalam alam lain yang bakal mereka

harungi. Bagi mereka yang ditinggalkan terutamanya keluarga terdekat, setiap barang milik si

mati tidak harus lagi berada di rumah kerana ia pasti mengundang rasa sedih dan rindu kepada si

mati.

10

Tradisi Menghisap Tembakau dan Makan Sirih

Menghisap rokok tembakau dan makan sireh adalah sebahagian daripada tradisi masyarakat

Kayan terutamanya. Justeru itu, pelbagai benda dihasilkan dalam menyokong kewujudan tradisi

ini secara langsung. Ini termasuklah telesan (papan landas) dan haleng (alat memotong

tembakau).

Gambar 8 Memotong daun tembakau menggunakan haleng dan telesan (Sumber: koleksi penulis)

Tembakau dan sirih ditanam di kebun atau di sekitar rumah panjang. Haleng adalah buluh yang

dipotong berbentuk seakan-akan pisau, ada bahagian pemegang dan mata pisau. Mata pisau

haruslah diraut pada masa ke semasa agar sentiasa tajam supaya tembakau dapat dihiris halus dan

sempurna. Daun tembakau yang telah dihiris dijemur sehingga kering sebelum dapat digunakan.

Pucuk pisang hutan muda telah dikeringkan digunakan untuk membalut tembakau.

Gambar 9 (a) Haleng dan (b) daun tembakau sebelum dihiris (Sumber: koleksi penulis)

11

Sirih, pinang, kapur mudah kering apabila dibiarkan dalam keadaan yang terdedah dan ini

menjejaskan rasanya maka perlu ada satu bekas untuk menyimpan untuk mengekalkan

kesegarannya. Sirih digulung di dalam balutan upih pinang dan disimpan rapi di dalam bekas

untuk mengelakkannya daripada cepat kering.

Gambar 10 Pelbagai bekas untuk menyimpan tembakau dan sirih pinang (Sumber: koleksi penulis)

Pelbagai bahan yang digunakan untuk menghasilkan bekas tembakau dan sirih pinang

termasuklah tembaga, kulit kayu, manik dan rotan mengikut citarasa tersendiri. Pada masa

dahulu, barangan tembaga diperolehi dari Brunei diakui Orang Ulu sebagai hasil tangan tembaga

yang terbaik pada ketika itu [9].

Sirih pinang dan rokok tembakau yang dihidang di dalam bekas istemewa kepada tetamu bukan

sahaja satu manifestasi dalam mengalu-alukan dan meraikan kedatangan mereka malah nilai

tembaga, manik dan motif yang dipaparkan pada bekas itu juga adalah simbolik kepada status

tuan rumah samada kedudukan mahupun kekayaannya dalam masyarakat. Amalan ini juga

melambangkan budaya berkongsi makanan dan kegembiraan dalam masyarakatnya.

12

Penan dan Bhukat:

Kehidupan Nomad, Berburu dan Mengumpul Hasil Hutan

Kebergantungan terhadap hasil hutan semata-mata, terutama pada pokok nipah yang

menghasilkan sagu iaitu makanan ruji bagi kelompok masyarakat Penan dan Bhukat

menyebabkan mereka menjalani hidup berpindah-randah mengikut keberadaan pokok tersebut.

[10.11]. Apabila sumber pokok nipah berkurangan, mereka akan berpindah lagi ke kawasan lain

yang bernipah. Cara hidup nomad inilah yang menghalang mereka daripada mempunyai

kepelbagaian budaya benda seperti masyarakat Kayan dan Kenyah. Budaya benda mereka walau

bagaimanapun wujud berdasarkan gaya hidup berburu dan mengutip hasil hutan. Keleput (batang

sumpit), teluk langan dan urung (bekas menyimpan peralatan sumpit) serta nyatep (lembing)

merupakan peralatan utama berburu. Serut iaitu bakul rotan di sandang di bahu untuk menyimpan

daun rokok dan tembakau juga turut dibawa ketika berburu. Tikar burit (cawat) yang diikat pada

pinggang amat praktikal bagi mereka yang hanya memakai sirat di mana tikar ini akan digunakan

sebagai lapik ketika duduk di dalam hutan.

Gambar 11 (a) Kelengkapan berburu dan (b) duvok (Sumber: Muzium Sarawak)

a b

13

Kemahiran kaum Penan dan Bhukat berburu di dalam hutan juga meliputi pengetahuan mereka

dalam mengenal pasti tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan, bahan untuk membuat

kraftangan, untuk tujuan perubatan dan tumbuhan beracun [1]. Contohnya, racun ipoh yang

diperolehi daripada pokok ipoh digunakan pada hujung anak sumpit manakala tuba pula

digunakan sebagai satu kaedah menangkap ikan di sungai.

Apabila jerat atau sumpit berjaya memperolehi mangsa dan tiada bakul dibawa pada ketika itu,

kumpulan nomad ini akan memanfaatkan kemahiran mereka untuk menghasilkan duvok (Gambar

11b). Duvok adalah alat membawa hasil buruan diperbuat daripada akar-akar, kayu dan daun.

Kekuatan duvok yang digalas di bahu mampu membawa seekor babi hutan dan rusa.

Gambar 12 (a) Mengumpul hasil hutan dan (b) proses membuat sagu (Sumber: Muzium Sarawak)

Tradisi Makan Sagu

Banyak juga budaya benda kelompok Orang Ulu yang menjalani kehidupan nomad wujud

daripada cara hidup mereka yang memakan sagu. Benda-benda ini meliputi alat memproses

tepung sagu seperti baguk, jekan, selauk dan ketagan. Manakala belak dan keletang pula alat

a b

14

yang digunakan untuk memasak dan memakan sagu. Mereka juga menggunakan bakul khas yang

dianyam daripada rotan untuk menyimpan belak dan keletang, iaitu itung.

Gambar 13 (a) Selauk (b) Belak dan Itung (Sumber: koleksi penulis)

Malah, budaya benda seperti keletang dan tapuk digunakan secara simbolik dalam upacara

perkahwinan dalam masyarakat mereka. Ini menunjukkan bahawa makan sagu bukan satu

keperluan harian biasa malah ia telah diangkat menjadi satu budaya penting dalam kehidupan

mereka.

Gambar 14 (a) Upacara perkahwinan kaum Penan (b) keletang dan tapuk (Sumber: Muzium Sarawak)

a b

ab

15

Kesimpulan

Kewujudan kepelbagaian budaya benda dalam kalangan Orang Ulu dipengaruhi oleh cara dan

gaya hidup mereka termasuklah corak penempatan, kegiatan sarahidup, sistem sosial dan adat

tradisional. Sesetengah benda ini mungkin hanya dilihat sebagai benda utiliti yang digunakan

dalam kehidupan harian, tetapi makna kewujudannya melangkaui kebiasaan bilamana ianya

diangkat sebagai simbolik status, kepercayaan dan adat tradisi mereka. Sejajar dengan perubahan

cara dan gaya hidup merekapada masa sekarang, pasti ianya juga akan mengubah kepelbagaian

budaya benda tradisional Orang Ulu.

Bibliografi

[1] Sellato, B. (1994). Nomads of The Borneo Rainforest (S. Morgan, Trans.). Honolulu:

University of Hawaii Press.

[2] Rousseau, J. (1977). Kayan Agriculture. Sarawak Museum Journal, 129-156.

[3] Prown, J. D. (1982). Mind in Matter: An Introduction to Material Culture Theory and

Method. Winterthur Portfolio, 17(No. 1), 1-19.

[4] Dransfield, J. (1992). The Rattans of Sarawak: Royal Botanic Gardens, Kew and

Sarawak Forest Department.

[5] King, V. T. (1985). Symbols of Social Differentiation: A Comparative Investigation of

Signs, The Signified and Symbolic Meaning in Borneo. The Anthropos, 125-152.

[6] Rousseau, J. (1990). Central Borneo Ethnic Identity and Social Life in A Stratified

Society. Oxford: Oxford University Press.

[7] Whittier, H. L. (1973). Social Organization and Symbols of Social Differentiation: An

Ethnographic Study of The Kenyah Dayak of East Kalimantan (Borneo), PhD Thesis:

16

An Arbor.

[8] Whittier, H. L., & Whittier, P. R. (1989). Baby Carriers A Link Between Social and

Spiritual Values Among the Kenyah Dayak of Borneo. Expedition, 30(No. 1), 51-58.

[9] Hose, C., & McDougall, W. (1912). The Pagan Tribes of Borneo (Vol. 1 & 2).

Singapore: Oxford University Press.

[10] Langub, J. (1989). Some Aspects of Life of The Penan. Sarawak Museum Journal, XL

(No. 61 New Series, Part III), 169-185.

[11] Langub, J. (1990). Hunting and Gathering: A View from Within. Paper presented at the

Change and Development in Borneo, Kuching.