NOTA MODUL 8 - PENERIMA TV - baixardoc

10
1 MODUL 8 PENERIMA TV Modul ini memperkenalkan prinsip teori penerima TV warna, mengesan kerosakan dan mengganti komponen yang rosak dalam penerima TV warna. OBJEKTIF UMUM Modul ini membolehkan murid : Menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna. Mengesan kerosakan penerima TV warna dengan menggunakan alat ujian yang sesuai. Membaik pulih kerosakan penerima TV warna. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan. KANDUNGAN MODUL 8.1 TV warna. 8.2 Pengujian dan keselamatan OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini murid akan dapat : melakarkan gambarajah blok penerima TV warna. menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna mengenal pasti litar dan komponen setiap peringkat dalam blok penerima TV warna. PENCAPAIAN KOMPETENSI Selepas mempelajari unit ini, murid boleh mengenal litar dan komponen setiap peringkat dalam penerima TV warna. MAKLUMAT Televisyen adalah satu alat penerima isyarat video dan isyarat audio. INFO KHAS Sistem Televisyen di Malaysia

Transcript of NOTA MODUL 8 - PENERIMA TV - baixardoc

1

MODUL 8 – PENERIMA TV

Modul ini memperkenalkan prinsip teori penerima TV warna, mengesan

kerosakan dan mengganti komponen yang rosak dalam penerima TV warna.

OBJEKTIF UMUM

Modul ini membolehkan murid :

Menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna.

Mengesan kerosakan penerima TV warna dengan menggunakan alat

ujian yang sesuai.

Membaik pulih kerosakan penerima TV warna.

Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

KANDUNGAN MODUL

8.1 TV warna.

8.2 Pengujian dan keselamatan

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini murid akan dapat :

melakarkan gambarajah blok penerima TV warna.

menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna

mengenal pasti litar dan komponen setiap peringkat dalam blok

penerima TV warna.

PENCAPAIAN KOMPETENSI

Selepas mempelajari unit ini, murid boleh mengenal litar dan komponen setiap

peringkat dalam penerima TV warna.

MAKLUMAT

Televisyen adalah satu alat penerima isyarat video dan isyarat audio.

INFO KHAS

Sistem Televisyen di Malaysia

2

PERKARA MAKLUMAT

Lebar jalur setiap saluran 7MHz

Sistem warna PAL B/G

Garis imbasan 625 garisan

Sistem penghantaran VHF (30 MHz – 300 MHz)

UHF (300 MHz – 3000 MHz)

Pemodulatan isyarat pembawa

gambar

Pemodulatan amplitud (AM)

Pemodulatan isyarat pembawa

suara

Pemodulatan frekuensi (FM)

Isyarat pembawa IF gambar 38.9MHz

Isyarat pembawa IF bunyi 33.4MHz

Frekuensi IF bunyi 5.5MHz (38.9MHz – 33.4MHz)

Frekuensi kroma untuk isyarat warna 4.43 MHz

Frekuensi ufuk (garis) 15,625Hz

Frekuensi tegak (medan) 50Hz

8.1.1 Rajah blok peringkat-peringkat penerima TV warna.

Rajah 8.1, menunjukkan rajah blok asas penerima TV warna.

Rajah 8.1, Gambarajah blok penerima TV warna

3

8.1.2 Fungsi setiap blok penerima TV warna.

a) Jadual 8.1 menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna.

BIL NAMA BLOK FUNGSI BENTUK GELOMBANG

KELUARAN

1 Antena

Menerima gelombang

elektromagnetik yang

dipancarkan oleh system

pemancar.

Gelombang elektromagnetik

2

Penala

a. Penguat RF

b. Pencampur

c. Pengayun

tempatan

a. Memilih satu isyarat dari

antena yang

dikehendaki dan

menguatkannya.

b. Menghasilkan frekuensi

IF

gambar – 38.9MHz

suara - 33.4MHz

c. Menjana frekuensi hasil

jumlah RF + IF suara dan

gambar.

Pembawa

IF gambar

Pembawa

IF suara

3 Penguat IF

video (VIF)

Menguatkan isyarat IF

termodulat pembawa

gambar (38.9MHz) dan

bunyi (33.4MHz)

Pembawa

IF gambar

Pembawa

IF suara

4 Pengesan

video

i. Mengesan isyarat AM

gambar dari pembawa

IF dan menghasilkan

isyarat video rencam.

ii. Menghasilkan sub-

pembawa IF yang baru

- 5.5MHz (perbezaan IF

gambar 38.9MHz dan IF

suara 43.4MHz)

Isyarat video

rencam

Subpembaw

a IF suara

4

5

Kawalan

gandaan

automatik

(KGA)

Mengawal gandaan penguat IF dan RF supaya kekuatan

isyarat suara dan gambar stabil.

6 Penguat IF

bunyi

Menerima isyarat sub-

pembawa 5.5MHz dan

menguatkannya.

Pembawa IF

suara

7 Pengesan FM

suara

Menyahmodulat

pembawa FM dan

menghasilkan isyarat

audio

Isyarat audio

8

Penguat

frekuensi

audio

Menguatkan isyarat audio

untuk memacu pembesar

suara. Isyarat audio

9 Pembesar

suara Menukar isyarat audio kepada tenaga bunyi.

0 Pemisah

segerak

Memisahkan denyut-

denyut segerak ufuk dan

tegak dari isyarat video

rencam. Dua jenis litar

penapis pada keluaran

pemisah segerak :

a) Litar pengamir –

penapis lulus rendah,

meluluskan frekuensi

tegak 50Hz.

b) Litar pembeza –

penapis lulus tinggi

untuk peringkat

pengayun ufuk

15,625Hz.

Denyut

segerak

Denyut

Gerigi

Gelombang

Trapezoidal

11 Pengayun

tegak

Menjana frekuensi 50Hz

yang berbentuk

gelombang gerigi.

Gelombang

gerigi

12 Penguat

tegak

Menguatkan isyarat

pengayun tegak untuk

gegelung pesongan

tegak.

Gelombang

gerigi

5

13

Kawalan

frekuensi

automatic

(AFC)

Mengawal frekuensi ufuk

15,625Hz

Gelombang

gerigi

14 Pengayun ufuk Menjana gelombang

gerigi 15,625Hz

Gelombang

gerigi

15 Penguat ufuk Menguatkan isyarat dari

pengayun ufuk

Gelombang

gerigi

16 Voltan amat

tinggi

Membekalkan voltan

amat tinggi untuk

penghasilan raster.

Voltan DC dalam kV

17

Gegelung kuk

ufuk dan

tegak.

Memesongkan alur electron kiri ke kanan dengan kadar

15,625Hz dan atas ke bawah dengan kadar 50Hz pada

tiub gambar.

18 Anod tiub

gambar

Menerima voltan amat

tinggi dari bekalan voltan

amat tinggi.

Voltan DC

19 Tiub gambar

warna Menghasilkan gambar warna

20 Bekalan

kuasa rendah Membekalkan voltan DC kepada semua peringkat.

21 Penguat lar

(Y)

Menguatkan isyarat lar

tanpa isyarat kroma

(warna) 4.43MHz.

Isyarat video

rencam (lar)

22 Penyahkod

warna

Menerima isyarat lar (Y)

dan kroma serta

mengasingkan isyarat itu

kepada isyarat merah (R),

hijau (G) dan biru (B).

Isyarat ini dikuatkan

secara berasingan.

Penyahkod warna

mengandungi peringkat :

i. penguat keroma

ii. matriks

Merah (R)

Hijau (G)

Biru (B)

23

Penguat

pemacu

merah

Menguatkan isyarat

merah R-Y

6

24 Penguat

pemacu hijau Menguatkan isyarat hijau

G-Y

25 Penguat

pemacu biru Menguatkan isyarat biru.

B-Y

26 Gelang

penumpuan

Menumpukan alur-alur elektron pada bintik-bintik fosfor

yang berkenaan sahaja di layer tiub gambar.

27 Gelang

ketulenan

Melaras ketiga-tiga alur electron supaya jarak antara

ketiga-tiganya sejajar.

Info khas

Kroma ialah maklumat

gambar warna

Isyarat lar (Y) ialah

maklumat gambar

monokrom (hitam-putih)

Info khas

Raster adalah cahaya

yang terhasil pada layer

tiub gambar, dengan

adanya alur electron

yang depesongkan dari

kiri ke kanan dan dari

atas ke bawah pada

skrin tiub gambar.

Info khas

Penguat kroma :

menguatkan isyarat

warna.

Matriks : menghasilkan

warna merah, hijau dan

biru untuk memacu

senapang electron pada

tiub gambar

b) Mengenal pasti litar dan komponen utama setiap peringkat. Gambar foto

8.1 menunjukkan sebahagian bahagian-bahagian sebuah penerima TV

warna:

i. Bahagian penala.

ii. Bahagian IF video.

iii. Penguat video

iv. Bahagian bekalan kuasa voltan rendah

7

Gambar foto 8.1 : Papan tercetak utama sebuah penerima TV warna.

v. Bahagian Audio

Di dalam penerima TV bahagian audio ini terletak pada peringkat

dimana ianya disambung ke pembesar suara.

vi. Bahagian warna

Gambar foto 8.2 menunjukkan papan tercetak peringkat penguat pemacu

RGB.

Gambar foto 8.2 : Penguat pemacu merah (R), hijau (G) dan biru (B)

Papan litar

tercetak

pemacu RGB

Bahagian

pesongan

ufuk dan tegak

Bahagian penala

Bahagian bekalan

kuasa voltan

Lain-lain

bahagian :

- IF

- Video - Warna

Pembesar

suara

8

vii. Bahagian pesongan

Gambar foto 8.3 menunjukkan gambar foto bahagian pesongan ufuk

dan voltan tinggi

Gambar foto 8.4 menunjukkan gegelung pesongan ufuk dan tegak yang

berfungsi untuk memesongkan alor electron ke kiri dan ke kanan seta dari atas

ke bawah untuk menghasilkan raster yang penuh pada layer tiub gambar

Gambar foto 8.3 : Bahagian ufuk dan voltan tinggi

Gambar foto 8.4 : Gelung pesongan (gegelung dening)

UNIT 8.2 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN

OBJEKTIF KHUSUS

Selepas mempelajari unit ini, murid dapat :

1. Mengukur setiap kaki IC dan transistor menggunakan meter pelbagai dan

osiloskop.

2. Melakar bentuk gelombang.

3. Mengesan kerosakan penerima TV warna dengan menggunakan:

a. Meter pelbagai

b. Osiloskop

Gegelung

pesongan

(yoke)

Anod tiub

gambar

Pengubah

voltan tinggi

Pelaras skrin

Pelaras fokus

9

c. Penjana isyarat audio

d. Penjana isyarat RF

4. Mengamalkan langkah keselamatan.

PENCAPAIAN KOMPETENSI

Selepas mempelajari unit ini, murid boleh menguji, mengesan, menentukan

jenis dan membaik pulih kerosakan penerima TV warna.

MAKLUMAT

8.2.1 Mengesan kerosakan

Sebuah penerima TV yang baik mesti mempunyai gambar yang jelas bermutu

dan baik. Alat uji yang digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan

adalah seperti berikut:

i. Penjana corak ujian

ii. Penjana isyarat audio

iii. Penjana isyarat RF

iv. Osiloskop

v. Meter pelbagai

Info khas

Tiga warna utama :

i. Merah

ii. Hijau

iii. Biru

Hasil percampuran warna utama :

i. biru + hijau = sian

ii. biru + merah = magenta

iii. hijau + merah = kuning

iv. merah + hijau + biru = putih

8.2.2 Langkah-langkah mengesan kerosakan

1. Dapatkan corak ujian pada skrin TV dengan kaedah memasukan isyarat

corak ujian bar warna dari penjana isyarat corak ujian ke masukan antena

TV warna.

2. Kenalpasti simptom kerosakan seperti dalam jadual 8.6.

3. Gunakan alat uji yang sesuai untuk mengesan kerosakan:

i. Menyurih isyarat menggunakan osiloskop atau menyuntik isyarat

menggunakan penjana isyarat untuk menentukan peringkat rosak.

10

ii. Mengukur voltan pada setiap kaki transistor, IC dan talian bekalan kuasa

pada peringkat yang telah dikesan rosak.

iii. Mengukur kerintangan pada komponen yang rosak untuk menentukan

jenis kerosakannya.

Jadual 8.6

BIL KESAN

Peringkat yang dijangka rosak Pembesar suara Tiub gambar

1 Tiada suara Gambar normal Penguat frekuensi audio

2 Suara normal Gambar tiada

warna Penyahkod warna , matriks

3 Suara normal Gambar tiada

warna hijau Penguat warna hijau

4 Suara normal Gambar tiada

warna biru Penguat warna biru

5 Suara normal Gambar tiada

warna meah Penguat warna merah

6 Suara normal Gambar gelap, ada

raster Penguat lar

7 Suara normal

Gambar bergulung

(gambar bergerak

ke atas / ke bawah)

rujuk Rajah.2(a)

Pengayun tegak

8 Suara normal

Raster satu garisan

mengufuk

Rajah 8.2(c)

Penguat tegak, gelung

pesongan tegak

9 Suara normal Gambar berkoyak

Rajah 8.2(b)

Pengayun ufuk, KFA (frekuensi

ufuk tak stabil)

10 Suara normal Gambar berkoyak

dan bergulung Pemisah segerak

11 Tiada suara Tiada raster Bekalan kuasa voltan rendah,

penguat ufuk, pengayun ufuk.

12 Suara normal Tiada raster Bekalan kuasa ke pemanas tiub

gambar

12 Bunyi desiran Gambar bersalji

Rajah 8.2 (d)

Penguat IF video, pengesan

video