MODUL PPG 2 PKB 3103

102
PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas. HASIL PEMBELAJARAN i. Memahami definisi dan konsep pengurusan tingkah laku secara mendalam. ii. Menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salah laku dan menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran serta iii. Mengenal pasti kepentingan pengurusan tingkah laku kepada murid-murid berkeperluan khas. 1

Transcript of MODUL PPG 2 PKB 3103

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK1

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi

dan konsep pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang

mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap

pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di

kalangan murid-murid berkeperluan khas.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Memahami definisi dan konsep pengurusan tingkah

laku secara mendalam.

ii. Menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salah

laku dan menghuraikan kesan-kesan salah laku

terhadap pembelajaran serta

iii. Mengenal pasti kepentingan pengurusan tingkah laku

kepada murid-murid berkeperluan khas.

1

Pengenalan Kepada

Pengurusan Tingkah Laku

1.2Konsep pengurusan tingkah laku1.2.1Perspektif sejarah1.2.2Perkembangan masa kini

1.4Kesan salah laku terhadap pembelajaran1.4.1Masalah disiplin1.4.2Keciciran 1.4.3Gejala sosial

1.3Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku1.3.1Keturunan1.3.2Persekitaran1.3.3Pemakanan

1.5.Kepentingan pengurusan tingkah laku dikalangan murid-murid berkeperluan khasPengurusan diriPendtdikanSosialisasi

1.1Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah LakuPengurusan Tingkah lakuPengubahsuaian Tingkah laku

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Kerangka Konsep Tajuk

2

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.1 Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Sebelum seseorang boleh memahami maksud pengurusan tingkah

laku, ia perlu memahami erti tingkah laku. Apakah yang

dimaksudkan dengan tingkah laku?

1.1.1 Definisi Tingkah LakuPelbagai definisi Tingkah Laku telah diutarakan. Pada asasnya

tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau

lakukan dan pada keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada

semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai

(Bear, Wolf and Risley, 1968)

.

Orang ramai mempunyai pandangan sendiri mengenai tingkah

laku. Pada umumnya ada berbagai-bagai perkataan digunakan

untuk menggambarkan tingkah laku aktiviti , aksi ,– ‘ ’ ‘ ’perubatan , bergerak balas , dan reaksi (Martin & Pear,‘ ’ ‘ ’ ‘ ’

1996). Mengikut Miltenberger (2001), terdapat beberapa ciri-ciri

mengenai tingkah laku:

apa yang seseorang cakapkan dan katakan

ada satu atau lebih

3

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Ini bermaksud Tingkah laku ada berbagai ragam dan berbagai“laku. (Kamus Dewan, 1979). Walau bagaimanapun, pada”keseluruhannya ada dua jenis tingkah laku yang berbeza. Tingkah

laku overt adalah tingkah laku yang boleh diperhati dan dicatat oleh

seseorang. Manakala tingkah laku covert merupakan peristiwa peribadi

dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain (Bear, Wolf and Risley,

1968).

1.1.2 Definisi Pengubahsuaian Tingkah Laku

Apa pula maksud Pengurusan Tingkah Laku? Pengurusan“tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk

saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan

perubahan tingkah laku social yang positif bagi seorang individu”

Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif,

di mana pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting

sebelum dan semasa proses pengurusan tingkah laku

dilaksanakan. Zirpoli dan Melloy (1993) memberikan empat

perkara yagn perlu dilakukan oleh pelaksana, iaitu:

a) Memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan

semasa;

b) Kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran;

c) Tentukan objektif tingkah laku baru; dan

apa yang seseorang cakapkan dan katakan

ada satu atau lebih

4

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

d) Bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki

tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent dan

consequences yang telah dikenal pasti.

1.2 Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi

perkara-perkara berikut;

perancangan yang rapi

tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah

tingkah laku

teknik intervensi yang berkesan

penialian secara objektif

Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti

tentang murid khas sebelum program pengurusan

tingkahlaku dilaksanakan, iaitu;

Setiap murid adalah unik

Tiada satu cara berkesan dalam semua keadaan bagi

semua murid

Proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya

berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid.

Ini adalah disebabkan bahawa aspek kognitif,

afektif dan psikomotor murid saling berkait.

1.2.1 Perspektif Sejarah

Pada peringkat awal, para pengkaji berpendapat bahawa

tingkah laku individu adalah disebabkan oleh kuasa

dalaman seperti genetik, kandungan kimia dalam badan5

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang menyebabkan

individu berkelakuan demikian.

Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan

tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau

persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu

peristiwa merangsang seseorang individu mempamerkan

sesuatu tingkah laku yang khusus. Pada umumnya, hasil

kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan

bahawa “Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. ”

Ini bermakna tingkah laku baru atau alternative boleh

dipelajari pada bila-bila masa. Malah, tingkah laku

yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta

benda boleh diubah kepada tingkah laku yang baru yang

lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang

dirancang dengan teliti, sesuai dan sistematik.

1.2.2 Perkembangan Masa KiniKajian terkini yang dijalankan terhadap 'challenging

behaviour' menunjukkan bahawa tingkah laku yang

mencabar mempunyai fungsi dan berbentuk komunikatif.

Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang

perlu menganggap sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu

sistem komunikasi yang bermakna dan perlu mengkajinya

dari sudut bentuk & kefungsiannya. Pendapat ini memberi

implikasi kepada pengurusan dan pencegahan tingkah laku

mencabar (Chalengging behaviour).

6

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Terdapat empat fungsi utama komunikasi tingkah

laku mencabar.

A. Pengelakan (avoidance)

B. Perhatian (Attention seeking)

C. Tingkah laku 'saya mahu' ('I want behaviour’)

dan

D. Rangsangan Diri (Self-stimulation)

1.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Salah laku

1.3.1 Keturunan

Faktor Psikologi Individu yang mengalami tingkah laku obsesif–dan tingkah laku ayng sudah menjadi tabiatnya akan berasa

senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa

tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau

dihalang. la dikaitkan dengan tingkah laku yang berbentuk

ritualistik dan obsessif.

a. Ketakutan dan Phobia - Phobia ialah ketakutan

terhadap sesuatu yang melampau batas dan

membahayakan nyawa. Conthonya seseorang yang

takutkan anjing sanggup berlari melintas jalan tanpa

memikirkan keselamatan diri.

b. Perhatian Pada hakikatnya, apa sahaja perhatian–yang diberikan kapada kanak-kanak (samada

negatif/positif) adalah lebih baik daripada tiada

perhatian langsung. Walau begini, perhatian yang

terlampau daripada seseorang yang signifikan mungkin

adalah faktor utama penyebab berlakunya tingkah laku

mencabar. Mengalih perhatian seseorang yang

7

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

signifikan adalah rangsangan yang paling berkesan

untuk kanak-kanak 'misbehave' bagi mendapat

perhatian walaupun perhatian yang diberikan adalah

dalam bentuk teguran (reprimand).

c. Peneguhan - Peneguhan yang tidak bersesuaian bolehmeningkatkankan lagi tingkah laku yang mencabar.

Conthonya seorang murid yang tidak mendapat

perhatian guru akan berpura-pura sakit dan memaksa

dirinya untuk muntah untuk mendapat perhatian.

Sikap guru yang memberi peneguhan positif/perhatian

apabila murid sakit ini akan menyebabkan murid ini

akan sentiasa berpura-pura sakit untuk mendapat

perhatian. Begitu juga dengan penggunaan 'time-out yang’tidak bersesuaian akan menggalakkan lagi tingkah laku yang

mencabar.

d. Ketakutan - Menghadapi situasi/ objek yang

menakutkan boleh menyebabkan berlaku tingkah laku

agresif, mencederakan diri/tidak mengikut arahan.

Bagaimanapun biasanya ketakutan itu sukar dipastikan

kerana ia berbentuk 'idiosyncratic dan tingkah laku’yang dipamerkan kelihatan seperti orang hilang akal

(crazy) & tiada kaitan dengan keadaan luaran.

1.3.2 Persekitaran

Stimulasi yang berlebihan dari sekeliling juga mungkin menjadi

satu masalah kepada tingkah laku seseorang. Jika persekitaran

(Setting) itu terlalu sibuk, bising, sesak dan ada murid lain

'misbehave' serta menghasilkan tahap stimulasinya yang tinggi,

murid berkenaan akan hilang kawalan dan bertindak untuk

melepaskan diri dari situasi yang tidak menyenangkan. Di

antara faktor-faktor persekitaran spesifik adalah:

a. Penyelesaikan Tugasan (Task Difficulty) - Adaperkaitan yang jelas di antara masalah sukar

8

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

menyiapkan tugasan, membuat kesilapan dan kegagalan

dalam sesuatu dengan masalah tingkah laku yang

mencabar. Kajian menunjukkan bahawa tingkah laku

agresif seperti mencederakan diri sendiri, agresif dan

tidak mematuhi arahan ada berkaitan dengan masalah

menyelesaikan tugasan.

b. Rutin - Perubahan dalam rutin harian - akan

menyebabkan berlaku 'tantrums'. Guru perlu pandai

membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku

kerana tanpa komunikasi dan penjadualan aktiviti yang

berstruktur perubahan dalam aktiviti yang diminati

murid akan menyebabkan kekecewaan yang amat

sangat.

c. Komunikasi dengan kanak-kanak - salah satu

daripada punca kekecewaan ialah apabila tidak

memahamai arahan orang lain. Adalah penting

memastikan bahawa seseorang itu faham apa yang

akan berlaku. Ini boleh dilakukan dengan kaedah

komunikasi seperti pertuturan, isyarat, compiks

atau demonstrasi. Komunikasi yang jelas

disertai dengan nada yang positif adalah

penting untuk menghalang tingkah laku mencabar.

d. Kekecewaan - Dalam banyak situasi percubaan

menyiapkan tugasan yang sukar, boleh

mengakibatkan rasa kecewa. Dalam keadaan

begini, perkara yang dianggap remeh yang

mungkin berlaku di masa akan datang mungkin

menimbulkan tingkah laku yang diluar jangkaan.

Terhalang daripada melakukan atau mendapatkan

9

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

sesuatu adalah satu kekecewaan yang amat besar.

Perkara yang mudah seperti menunggu untuk

sesuatu aktiviti yang diminati dijalankan boleh

mengecewakan, terutama sekali apabila tiada

rutin yang jelas.

e. Tindakbalas pro negatif - Banyak kajian yang

telah dijalankan menunjukkan bahawa kebanyakan

ibubapa, guru, kakitangan sekolah & orang

dewasa yang lain memberi lebih perhatian kepada

tingkah laku negatif dan kurang kepadat tingkah

laku positif. Ini boleh mengakibatkan seseorang

itu lebih mempelajari tingkah laku yang tidak

sesuai dan kurang mempelajari tingkah laku

sebaliknya dalam usaha mendapat perhatian.

f. Ketidak Konsistan - Orang dewasa seringkali

tidak konsisten dalam memberi tindakbalas

terhadap tingkah laku yang tidak sesuai.

Kadang-kadang 2 orang dewasa gagal untuk

bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam

tindakbalas yang sepatutnya diberikan terhadap

tingkah laku yang mencabar. Ini menyebabkan

kanak-kanak keliru dengan arahan yang berbeza

daripada dua orang dewasa yang berlainan.

g. Provokasi – Ejekan, campurtangan dari orang

lain mungkin adalah pencetus kepada tingkah

laku mencabar. Ada yang bertindakbalas secara10

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

agresif, ada yang bertindak dengan mencederakan

diri sendiri dll. Walaubagaimana pun,

adakalanya orang dewasa perlu melakukan

provokasi untuk mendapat hasil yang positif.

h. 'Limit Testing' - Seseorang murid mungkin akan

mengulangi tingkah laku – tingkah laku yang

terdahulu untuk menguasai/mengawal keadaan.

Biasanya jika tiada/kurang komunikasi di antara

guru & ibubapa / 'teamwork,' individu itu akan

terus mencuba sehingga berjaya mengawal

keadaan. ‘Limit Testing’ sering berlaku di

situasi baru atau dengan guru baru.

i. 'Stress Relief - Jika seseorang itu terlalu

gembira atau 'anxious' dia mungkin perlu

melakukan sesuatu untuk mengurangkan rasa

'stress' dan untuk mendapatkan keselesaan.

Tingkah laku yang berbentuk stimulasi diri

seperti 'flapping' 'rocking' boleh menenangkan

individu itu.

j. 'Demands’ - Kehendak/keperluan yang ditujukan

kepada individu boleh menyebabkan kekecewaan,

kemarahan atau kebosanan. Ini disebabkan

‘demands’ itu mungkin akan mengakibatkan

kegagalan dan reprimands atau memerlukan

pembetulan yang tidak disukai.

11

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

k. 'Behavioural Expectations' - la berkaitan

dengan penjaga kanak-kanak yang memberi

pelbagai alasan terhadap tingkah laku kanak-

kanak dan tidak mempedulikan tingkah laku

tersebut kerana menganggapnya adalah sebahagian

dari ciri-ciri kanak-kanak itu dan tidak boleh

diubah. Untuk mengatasi masalah ini penjaga

perlu kerap bersama kanak-kanak di tempat awam

supaya lebih sensitif kepada tatacara

berkelakuan dalam masyarakat.

Tindakbalas individu adalah berbeza. Ada yang sensitif

dan ada yang menganggap teguran sebagai peneguh kerana

mendapat perhatian. Terdapat juga yang bertindakbalas

secara negatif terhadap kegagalan dan teguran walaupun

ia ditujukan kepada orang lain. Cara atau teknik

bagaimana pembetulan dilakukan, menentukan samada

seseorang itu boleh menerimanya atau tidak.

1.3.3 Pemakanan

Perubatan dan Rawatan - Kesakitan dan kesedihan yang

dikaitkan dengan rawatan perubatan yang diterima

boleh.menjadikan seseorang itu tidak selesa dan kemungkinan

berkelakuan tidak sesuai. Mereka yang menghadapi masalah

perkembangan tidak dapat menyatakan dan memahami

keadaan yang dialami. Contoh-contoh faktor perubatan yang

mempengaruhi tingkah laku ialah :

12

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

a) Kesakitan yang dikaitkan dengan sembelit, haid,

migraine, alahan dll.

b) Sakit kepala akibat dari keadaan penglihatan

c) Pengaruh hormon - 'pre-menstrual', memasuki

alam remaja, dll.

d) Faktor neurology - ada juga masalah sawan yang

dikaitkan dengan tingkah laku agresif

e) Ketagihan

f) Sensitif terhadap jenis makanan dan bahan kimia

g) Kurang daya tumpuan untuk belajar. Akibat -

rasa kecewa dan berkelakuan agresif

h) Ketidakselesaan kerana lapar, dahaga atau diet

yang tidak seimbang, dll,

i) Ezcema/Iain-lain masalah penyakit kulit yang

boleh menyebabkan tingkah laku mencederakan

diri.

13

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

FAKTOR-FAKTOR MENGATASI MASALAH SALAH LAKU

a) Berpindah dari institusi ke dalam masyarakat

dengan bantuan yang bersesuaian kadang-kadang

membawa perubahan yang positif dalam tingkah

laku dan kemahiran.

b) Meningkatkan ruang untuk pergerakan fizikal

boleh secara langsung mengurangkan tingkah laku

yang agresif

c) Menukarkan jumlah dan jenis makanan atau

minuman boleh membantu mengurangkan tabiat suka

merenung atau muntah.

d) Mengkayakan persekitaran dengan orang dan objek

yang bersifat manipulatif boleh mengurangkan

tingkah laku yang stereotaip

e) Susun atur perabot dan mengurangkan masalah

ruang sekatan di dalam bilik darjah boleh

mempengaruhi tingkah laku yang berlaku akibat

dari gangguan, ejekan atau dorongan rakan-rakan

.

f) Mengurangkan 'stress' akibat dari bunyi bising,

cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk

mungkin membantu kanak-kanak autism yang

sensitif dan takut.

14

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

g) Dengan menggunakan taktik psikologi dapat

mengurangkan rasa kebimbangan dan ketakutan

terhadap sesuatu buat sementara waktu. Jika

tingkah laku ini diberhentikan rasa kebimbangan

dan ketakutan akan berulang semula.

h) Kemahiran sosial dan komunikasi - Dengan

kemahiran ini seseorang itu boleh

bertindakbalas dengan cara yang selamat

terhadap masalah persekitaran dan tekanan yang

terhasil akibat darinya. Tanpa kemahiran-

kemahiran ini murid-murid akan menggunakan

tingkah laku yang agresif untuk mengatasi

tekanan yang dihadapi. Terdapat bukti yang

menunjukkan bahawa lebih ramai murid-murid yang

tiada kemahiran ini berkelakuan agresif

berbanding dengan murid-murid yang ada

kemahirsn sosial dan komunikasi

i) Aktiviti dan Tahap Stimulasi - Tambah aktiviti

yang berbentuk konstruktif akan meningkatkan

tingkah laku yang sesuai. la bukanlah sekadar

menyediakan aktiviti dan alatan sahaja tetapi

juga mengajar semua kemahiran yang diperlukan

untuk menjalankan aktiviti tersebut.

1.4 Kesan Salah Laku Terhadap Pembelajaran

15

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah

jelas, antaranya adalah:

1.4.1 Masalah Disiplin - Mengganggu perjalanan

pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku

agresif, hiperaktif, dan disruptif sangat

mengganggu perjalanan proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas.

1.4.2 Keciciran - Murid tidak memberi tumpuan

terhadap pengajaran guru. Tingkah laku

hiperaktif dan kurang tumpuan menyebabkan

pelajar tidak memberi tidak berminat terhadap

pengajaran guru dan seterusnya menjejas

pencapaiannya. Lama kelamaan akan ponteng

sekolah dan akibatnya keciciran dari bangku

sekolah.

1.4.3 Gejala Sosial – Seseorang pemuda yang

masuk bangku sosial terlalu awal mungkin akan

memperolehi gejala sosial yang kurang baik

dengan senang sebab pengaruh negatif dari

dunia sana. Akibatnya, pusingan masalah

masyarakat akan terus berlanjutan dengan kesan

yang menghalang pembangunan negara.

1.5 Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku

16

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.5.1 Pengurusan Diri - Bertindak balas kepada

kehendak semula jadi kanak-kanak yang memerlukan

perhatian dan penerimaan

1.5.2 Pendidikan - Membolehkan murid-murid

mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

1.5.3 Sosialisasi - Mengurangkan kemungkinan

kanak-kanak memperlihatkan tingkah laku

kurang baik dalam usaha mendapatkan

perhatian.

Kesimpulan

Terdapat persamaan yang nyata di antara definisi-definisi yang

dikemukakan. Secara umum, pengurusan tingkah laku sebenarnya

lebih merupakan rasional dan metodologi daripada satu set

prosedur khusus yang berasas kepada data khusus. Teknik-

teknik pengurusan tingkah laku senarai di atas merupakan

pelaksanakan prosedur yang telah diuji (dan diterima) dengan

tujuan untuk mengubah sesuatu tingkah laku.

Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat

daripada masalah pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-

kanak.

17

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Latihan 1 Untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-

isu

penting dengan membuat ulasan. Hubung kaitkan faktor-faktor

yang mempengaruhi tingkah laku manusia dengan masalah

tingkah laku murid-murid bermasalah pembelajaran. Sediakan

senarai semak faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku

murid-murid berkeperluan khas.Dapatkan maklumat di

perpustakaan atau pusat sumber dan sila layari laman web

yang berkaitan

Syabas dan Tahniah!

Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.

Anda telah mengikuti tajuk satu dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk dua dan seterusnya.

18

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK2

TEORI DAN MODEL TINGKAH LAKU 2JAM

Sinopsis

Tajuk ini merupakan tajuk 2 daripada profoma kursus. Ia

memberi pengetahuan asas tentang teori dan model

tingkah laku manusia. Bahagian pertama membincangkan

tentang teori-teori yang berkaitan dengan tingkah laku

manusia seperti Teori Pelaziman Operan dan Teori

Pembelajaran Sosial. Bahagian kedua pula memberi

pendedahan kepada empat model tingkah laku iaitu

Model Psikodinamik, Model Biofizikal, Model

Persekitaran dan Model Tingkah laku atau Model

Behavioral.

Hasil Pembelajaran

i. Memahami teori tingkah laku Pelaziman Operan dan Teori

Pembelajaran Sosial

ii. Mengenal pasti empat model tingkah laku manusia19

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

iii. Menjelaskan secara umum ciri-ciri setiap model tingkahlaku manusia

Kerangka Konsep Tajuk

2.1 Teori Tingkah laku

Dalam tajuk 1 anda telah diperkenalkan dengan maksud, definisi

dan konsep pengurusan tingkah laku. Tahukah anda bahawa

konsep dan cara-cara pengurusan tingkah laku ini adalah

didasarkan daripada teori-teori tingkah laku yang telah dipelopori

oleh ahli-ahli behavioris seperti Skinner, Pavlov dan Bandura.

2.1.1 Teori Pelaziman Operan

Apakah itu Pelaziman Operant?

Teori Pelaziman Operant ini dipelopori oleh Edward

Thorndike dan Skinner (Walker& Shea, 1995). Pelaziman

Operant ialah satu proses pembelajaran di mana

kemungkinan sesuatu gerak balas berlaku ditingkatkan

atau dikurangkan bergantung kepada peneguhan atau

hukuman. Thorndike menghasilkan prinsip ' the law of effect '.

la bermaksud, tingkah laku dibentuk oleh konsekuens

Teori Dan Model TingkahLaku

2.2. Model –model Tingkah Laku

2.2.1 Model Psikodinamik

2.2.2 Model

2.1 Teori Tingkah Laku 2.1.1 Teori Pelaziman Operan 2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial

20

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

atau akibat sesuatu peneguhan. Jika konsekuensnya

memuaskan maka tingkah laku itu akan menjadi kukuh pada

masa hadapan. Jika konsekuensnya tidak memuaskan maka

tingkah laku itu akan menjadi semakin lemah. Thorndike

menganggap prinsip ' the law of effect 'sebagai prinsip utama

pengajaran dan pembelajaran. Untuk membantu anda, cuba

lihat jadual yang dipaparkan seterusnya.

Pelaziman

Operant

Konsekuens sesuatu tingkah laku

cenderung untuk mengubahsuai

tingkah laku tersebut di masa

hadapan.

Tingkah laku yang dikukuhkan

cenderung

untuk dilakukan lagi. Tingkah lakuPeneguh Apa juga yang mengukuhkan satu

gerak balas atau meningkatkan

sesuatu tingkah laku kemungkinan

ia akan berlaku lagi.

21

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Pembentukan Secara berperingkat membentuk

satu tingkah laku yang dikehendaki

dengan meneguhkan gerak balas

yang semakin hampir menjadi

tingkah laku yang dikehendaki

tersebut.Successive

Approximations

Satu siri langkah latihan yang

berperingkat dengan setiap langkah

semakin menyerupai gerak

balas yang dikehendaki.

Jadual 2.1: Sumber: Hamilton, K.R (2001)

Bagaimana hendak menghasilkan gerak balas secara

pelaziman operant? Tiga perkara perlu kita

laksanakan:

a) Tingkatkan motivasi klien kita.

b) Kurangkan peluang untuk gerak balas yang

tidak relevan.

c) Guna successive approximations dalam latihan

pengubahsuaian tingkah laku.

Guru mestilah selalu memotivasikan murid dengan

memberi kata perangsang, pujian, hadiah, senyuman

dan sebagainya. Kita juga mesti mengguna pelbagai

22

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

kaedah dan teknik mengajar. Guru boleh bercerita,

menyanyi, menunjukkan tayangan video, berlakon,

bermain dan sebagainya seperti perlu pastikan objek

dan keadaan persekitaran yang boleh mengganggu

pembelajaran dikurangkan atau lebih baik

dihapuskan. Ini semua perlu perancangan pengajaran

dan pembelajaran yang teliti. la perlu dilakukan

secara berperingkat-peringkat sehinggalah tercapai

matalamat pengurusan tingkah laku.

2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial

Siapakah pelopor teori ini?

Albert Bandura.

Apakah narna lain bagi teori ini?

Pembelajaran Melalui Pemerhatian ( Observationa l learning).

Apakah idea utama teori ini?

Belajar Menerusi Peniruan. Belajar dengan memerhati

tingkah laku orang lain dan konsekuens tingkah

lakunya.

Adakah terdapat istilah lain yang mesti diketahui?

Ya, tunjuk cara dan model. Tunjuk cara ialah nama

lain bagi Pembelajaran Melalui Pemerhatian yang

menunjuk cara satu tingkah laku atau menjadi contoh

dalam Pembelajaran Melalui Pemerhatian.

23

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Banyak perkara yang kita pelajari di dunia

diperolehi menerusi peniruan. Proses pemerolehan ini

berlaku menerusi pemerhatian tanpa melakukan

tingkah laku tersebut dan tanpa peneguhan luaran.

Tingkah laku dibuat kemudiannya mungkin akan

memerlukan peneguhan. Contohnya dalam sukan

Pendidikan Khas pemain bola sepak mungkin

bertingkah laku kasar kerana mereka telah memerhati

tingkah laku yang sama dan membuat peniruan

seterusnya menjadi tingkah laku mereka juga.

a) Perhatian - Nilai rangsangan dalam

model yang digunakan perlu baik,

menarik, pada tahap pembelajaran yang

bersesuaian bagi menarik dan meneruskan

penumpuan perhatian, dan mempunyai nilai

kepada pelajar.

b) Penyimpanan - Untuk disimpan dalam ingatan,

tingkah laku yang hendak ditiru perlu dikodkan

secara simbolik sebagai imej atau perkataan

dalam minda kita. Oleh itu, ia perlu tersusun

dan diulang-ulangkan.

c) Penghasilan semula - Pelajar perlu mempunyai

komponen gerak balas iaitu satu siri pergerakan

yang tersedia ada. Pelajar itu juga perlu ada

24

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

keupayaan melakukan gerak balas tersebut.

Sebagai contoh, dalam proses belajar melukis,

murid memerlukan kemahiran motor kasar, motor

halus, mengenal warna dan alat lukisan sebagi

komponennya. Pelajar juga perlu mempunyai

keupayaan memantau prestasi sendiri dan

menggunakan maklum balas.

d) Motivasi - Tingkah laku bergantung kepada

motivasi yang diberikan. la berhubung kait

dengan orang yang memberi motivasi dan sumber

peneguhannya.

2.2 Model-model Tingkah laku

Tahukah anda bahawa setiap perlakuan manusia dipengaruhi

oleh empat model tingkah laku.

Apakah yang dimaksudkan dengan model tingkah laku? Teliti dan

fahami jenis-jenis model tingkah laku berikut:

2.2.1 Model Psikodinamik

Teori-teori psikodinamik melihat punca

tingkah laku manusia daripada faktor dalaman

individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan

secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic.

Melalui perspektif psikodinamik, perkembangan

personailiti terjadi semasa kanak-kanak berkembang

25

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual

(oral stage, anal stage, phallic, latency, genital).

2.2.2 Model Biofizikal

Model ini menekankan bahawa punca tingkah

laku adalah secara organik. Model ini melihat

hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat

makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu.

2.2.3 Model Persekitaran

Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku

manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli

mazhab persekitaran ini menekankan bahawa

mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang

boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh

mengelakkan fenomena tingkah laku negatif berlaku.

2.2.4 Model Behavioral

Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri

manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah

laku manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran

di sekelilingnya.

Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model

26

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Apakah strategi yang sesuai digunakan oleh guru untuk

menangani tingkah laku mengikut model seperti yang

dinyatakan? Strategi pengurusan tingkah laku juga dilaksanakan

berasaskan model pengurusan tingkah laku iaitu biofizikal,

psikodinamik, behavioral, dan persekitaran.

a) Biofizikal - Model biofizikal melibatkan strategi

penjagaan sebelum dan selepas lahir, pemakanan,

perubatan, nutrisi, dan sebagainya. Strategi ini

menekankan peranan guru dalam intervensi

biofizikal tersebut.

b) Psikodinamik - Strategi pengurusan tingkah laku

mengikut model psikodinamik melibatkan teknik

kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti,

teknik media ekspresif seperti lakonan bebas,

puppet, main peranan, pergerakan kreatif, tarian,

dan aktiviti fizikal. Manakala teknik pengaruh

tingkah laku adalah seperti tidak mengendahkan

sesuatu tingkah laku yang dibuat secara terancang

(planned ignore), mengurangkan ketegangan

melalui gurauan dan sebagainya.

c) Behavioral - Pengurusan tingkah laku berasaskan

model behavioral berteraskan teori-teori tingkah

laku yang melibatkan rangsangan, ganjaran dan

sebagainya.

27

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

d) Persekitaran - Intervensi tingkah laku berasaskan

model persekitaran termasuklah strategi yang

berpusatkan kanak-kanak, berpusatkan persekitaran,

berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran dan

”interface-centered”.

Latihan 2. Untuk menguji kefahaman konsep dengan

membuat ulasan.

Dengan sokongan pengurusan grafik, banding Bezakan

penekanan yang diberikan oleh model- model pengurusan

Tingkah laku di atas.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat.

Sekarang anda boleh berehat sekejap sambil

menikmati secawan kopi.

28

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 3 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH 2 JAM

Sinopsis

Tajuk ini merupakan tajuk 3 daripada profoma kursus. Ia

memberi pengetahuan asas tentang jenis-jenis tingkah

laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan

khas. Jenis-jenis tingkah laku yang akan dibincangkan

ialah jenis-jenis tingkah laku positif seperti cepat

belajar, suka mencuba, perasaan ingin tahu, suka

bertanya, melibatkan diri dalam aktiviti dan lain-lain.

Jenis-jenis tingkah laku negatif juga dibincangkan

seperti agresif, disruptif, distruktif, temper problems,

withdrawal, non-compliance dan lain-lain lagi. Peserta-

peserta kursus juga didedahkan dengan penyelidikan

mengenai tingkah laku yang bercorak Cross-sectional research

dan Longitudinal research .

Hasil Pembelajaran

1 Menghuraikan jenis-jenis tingkah laku dalam

kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

29

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

2. Mengenalpasti punca-punca berlakunya masalah

tingkah laku negatif.

3. Membezakan penyelidikan tingkah laku jenis longitudinal

research dan cross-sectional research.

Kerangka Konsep Tajuk

Jenis-jenis Tingkah lakuBermasalah

3.3 Penyelidikan Mengenai Tingkah Laku

3.3.1 Cross-sectional research

3.3.2 Longitudinal research

3.2 Tingkah laku Negatif

3.2.1Hiperaktif3.2.2Destruktif 3.2.3Disruptif3.2.4Agresif3.2.5Temper tantrums3.2.6Separation

problems3.2.7Overdependency3.2.8Withdrawal3.2.9Noncompliance

3.1 Tingkah laku Positif

3.1.1 Cepat

belajar3.1.2 Suka

mencuba3.1.3 Ingin

tahu3.1.4 Suka

bertanya3.1.5 Melib

30

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

3.1 Tingkah laku Positif

Pengenalan

Ramai guru yang merungut dan mengeluh tentang masalah

tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah

pembelajaran. Namun guru juga perlu sedar bahawa

31

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

terdapat juga tingkah laku positif yang ditunjukkan

oleh kanak-kanak. Tingkah laku positif ini perlu

diberi pengiktirafan dan perhatian oleh guru supaya

tingkah laku ini dapat ditingkat dan dikekalkan.

Aspek ini seringkali diabaikan oleh guru kerana guru

lebih cenderung memberi perhatian yang lebih kepada

tingkah laku negatif.

Tingkah laku positif bermaksud tingkah laku yang

ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu

akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara

berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan

masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang

berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh

menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga

menyusahkan dirinya dan orang lain.

Renungkan, fikirkan dan senaraikan jenis-jenis

tingkah laku positif yang terdapat dalam kalangan

kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Apakan kaedah

dan teknik-teknik yang guru boleh gunakan untuk

meningkat dan mengekalkan tingkah laku positif ini?

Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan

tingkah laku murid-murid yang mencabar? Apakah yang

difahami dengan istilah tingkah laku mencabar?

Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku?

32

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan Tingkah laku

Positif

Tingkah laku baik atau yang diingin ditunjukkan oleh

murid hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-

kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh

digunakan oleh guru adalah seperti berikut:

a) Peneguhan positif

Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku

yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu

dikekalkan atau ditingkatkan lagi,

b) Peneguhan negatif

Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive

stimulus) setelah tingkah laku sasaran

ditunjukkan dan akan mengekalkan atau

meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.

c) Pembentukan (shaping)

Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan

yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada

pembentukan perlakuan yang dikehendaki.

d) Kontrak

Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru

dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid33

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau

aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya

jika murid faham akan tingkah laku yang hendak

diubah dan murid faham akan kesan yang akan

berlaku.

e) Ekonomi token

Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti

syiling (coin) atau sticker, dan sebagainya

apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan.

Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau

bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru.

f) Modeling

Menggunakan watak-watak (murid, guru ) yang

disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid.

g) Rantaian (chaining)

Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan

dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan

rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran

lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan.

h) Pengaburan/pelunturan (fading)

Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang

diterima secara perlahan- lahan.

34

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

3.2 Tingkah laku Negatif

Pengenalan

Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan

tingkah laku murid-murid yang mencabar? Apakah yang

difahami dengan istilah tingkah laku mencabar?

Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku?

Tingkah laku bermasalah negatif atau tingkah laku

mencabar adalah tingkah laku yang menimbulkan masalah

kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh

tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:

3.2.1 Hiperaktif

Tingkah laku aktif yang terlampau. Tidak dapat duduk

diam-diam seperti ada jarum di punggung seseorang

individu. Boleh tidak tidur beberapa hari dan melakukan

sesuatu yang disukai tanpa berhenti. Memanjat ke atas

almari dan duduk di atas sambil belajar.

3.2.2 Distruktif

Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi

meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis

di papan kenyataan dan sebagainya.

3.2.3 Disruptif/mengganggu

35

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku

di luar kelas dan juga di rumah.

3.2.4 Agresif

Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan

pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun dan

sebagainya.

3.2.5 Temper Tantrums

Menunjukkan kemarahan yang kuat secara tiba-tiba. Tidak

menerima pujukan atau ajakkan orang lain walau pun telah

diberikan apa yang diminta.

3.2.6 Seperation Problems

Kecenderungan mengasingkan diri dari kumpulan, asyik

duduk di sudut dan tidak berkerja sama

3.2.7 Pergantungan berlebihan

Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain,

tidak dapat berdikari dan tidak berupaya membuat

keputusan sendiri.

3.2.8 Pengasingan diri

36

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang

disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai

mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri

daripada berkomunikasi dengan orang lain.

3.2.9 Noncompliance

a) Ponteng sekolah

Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke

sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa

di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman

permainan.

b) Enggan ke sekolah

Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan

bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak

menggembirakan yang dialami oleh seseorang. Contohnya

enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia

terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk

berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan

kawasan rumahnya.

c) Mencuri

37

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya.

Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan

pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan

sekelas.

Tingkah laku Spesifik Yang Mencabar

Ciri-ciri individu yang mengalami

(a) Kecelaruan Tingkah Laku(i) Tingkah laku yang agresif dan beraksi agresif

terhadap orang lain

(ii) Mempamerkan tingkah laku membuli, mengugut, atau

tingkah laku mengancam.(iii) Berkemungkinan mendera secara

fizikal(iv) Menunjukkan sedikit empati, dan prihatin

kepada perasaan.(v) Menunjukkan tidak berperasaan terhadap orang

lain, dan tiada rasa bersalah atau rasa kesal

(b) Kecelaruan Penyesuaian(i) Menunjukkan emosi dan tingkah laku apabila

tidak dapat menyesuaikan diri pada masa

38

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

tertentu atau tidak dapat membuat perubahan

dalam hidup.

(ii) Tingkah laku cemas, atau takut, vandalisma atau bergaduh.

(c) Kurang Tumpuan dan Hiperaktif

(i) Menunjukkan tingkah laku tidak

konsisten pada

Tahap perkembangan mereka.

(ii) Mudah lupa dengan aktiviti harian.

(iii) Lemah dalam memberi perhatian, lalai

dalam kerja sekolah atau kerja rumah.

(iv) Tidak dapat mengikut arahan dan gagal

menyudahkan

kerja sekolah.

(d) Engkar Arahan

(i) Tidak memberi perhatian dan tumpuan

terhadap sesuatu arahan.

(ii) Sering mengabaikan kerja sekolah dan

menganggap tidak penting.

(iii) Kurang bertanggngjawab.

(iv) Sukar menguruskan tugas dan aktiviti.

39

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

(e) Tingkah Laku Mengganggu

(i) Menunjukkan tingkah laku negatif defien,

tidak taat, dan tingkah laku permusuhan

terutama terhadap mereka yang berautoriti.

(ii) Menunjukkan tingkah laku agresif

terhadap orang ramai dan kejam terhadap

binatang.

(f) Impulsif

(i) Menunjukkan tingkah laku yang abnormal

terutama

yang berkaitan dengan interaksi sosial dan

komunikasi.

(ii) Gagal membina perhubungan rakan sebaya

dan yang sama

umur dengan mereka.

(g) Agresif

(i) Terdapat beberapa perubahan pada individu

seperti tidak dapat tidur malam, dan mempi

ngeri dan perasaan takut yang amat sangat.

(ii) Cepat naik marah

(iii)Tidak sabar menunggu giliran.

40

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

(iv) Tidak dapat menerima teguran atau komen dari

orang lain

(v) Sering melawan dan menganggap dirinya yang

terbaik.

(h) Mengamuk

(i) Menunjukkan kecelaruan tingkah aku yang serius seperti

hilang perhubungan dengan persekitaran.

(iii) Berlaku pertukaran personaliti cepat bosan dalam

menyudahkan tugasan

(iv) Mengalam halusinasi dan delusi percakapanyang tidak Terurus

(i) Murung

(i) Tingkah laku murung boleh ditunjukkan

melalui simptom seperti sakit kepala

atau sakit perut dan kecelaruan dalam

mengurus sesuatu tugas.

(ii) Gagal dalam melaksanakan kerja atau

menunjukkan emosi yang tidak menentu seperti

ketawa seorang diri atau menangis.

41

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

(j) Stereotaip

(i) Kurang keyakinan diri.

(ii) Menunjukkan pergantungan kepada orang

lain.

(iii) Sering was-was apabila menjalankan

tugas dan

tanggungjawab.

(iv) Sering mengulang tugas yang sama kerana

tidak puas hati dalam menyudahkan tugasan

tersebut.

Apakah punca-punca terjadinya tingkah laku yang

mencabar?

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadinya

tingkah laku mencabar antaranya:

Fungsi dan struktur otak Kecederaan ketika lahir.

Genetik Kesihatan mental ibu

Alergi makanan dan pengambilan gula Kurang berat badan sewaktu

dilahirkan

Terdedah kepada persekiaran yang tercemar.

Pengambilan rokok semasa mengandung

42

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar

Kaedah dan Teknik untuk Mengurang dan Menghapuskan

Tingkah laku Negatif

Pernahkah anda berhadapan dengan masalah tingkah laku

negatif seperti yang dinyatakan di atas? Apakah

tindakan yang guru lakukan untuk menangani tingkah laku

negatif tersebut? Baca dan fahami teknik-teknik yang

dinyatakan di bawah yang boleh membantu guru mengurang

dan menghapus tingkah laku negatif yang tidak diingini.

a) Penghapusan (Extinction)

Memberhentikan atau menyekat murid murid daripada

terus melakukan

tingkah laku negatif secara beransur-ansur

dengan menggantikan

dengan tingkah laku baru yang positif.

b) Pengasingan (Time-out)

Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan

(penjuru bilik, bilik khas) atau mengeluarkan

murid daripada aktiviti kumpulan,

c) Kejemuan (Satiation)43

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga

dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri.

“Over Correction” adalah satu teknik kejemuan,

d) Hukuman/dendaan

Contoh: tahanan kelas (lambat balik) , dendaan

fizikal, ambil balik token yang diberi, menarik

balik hak dan keistimewaan,

e) Disensitisasi

Tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk

menghilangkan rasa gugup atau takut yang

berlebihan ( takut bercakap di depan kelas,

fobia).

f)Pembetulan semula (overcorrection)

Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki

keadaan atau kesalahan yang dilakukan melebihi

keadaan sebelumnya.

Cth: - membuat pembetulan kesalahan tulisan

berulang kali

- bukan hanya mengelap bahagian

lantai yang ditumpahi

makanan tetapi diminta mengelap

keseluruhan lantai bilik

itu

g) ’Response cost’

44

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Suatu bentuk penarikan peneguh atau

ganjaran secara sistematik

terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak

sesuai.

Bagaimanakah kita mencegah tingkah laku mencabar di

kalangan murid kita? Pencegahan tingkah laku mencabar

memerlukan kerjasama semua pihak yang terlibat dengan

pendidikan murid-murid. Pihak yang kita maksudkan ialah

ibu bapa, keluarga, pihak pentadbir sekolah, guru,

agensi berkaitan, para pakar, badan bukan kerajaan,

komuniti dan masyarakat. Kerjasama dan kolaborasi

pintar kesemua pihak ynag prihatin dengan perkembanagan

dan pendidikan murid-murid akan memastikan sebarang

strategi dan program pengubahan tingkah laku itu

berjaya. Bagi tujuan topik ini, kita akan membincangkan

hanya strategi bilik darjah, strategi untuk sekolah dan

garis panduan melaksanakan program mencegah tingkah

laku mencabar.

Strategi di bilik darjah

Guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus

kelas dan tingkah laku murid-muridnya. Guru bukan hanya

mengajar tetapi guru juga mendidik murid-murid. Guru

perlu mengamalkan amalan terbaik (best practices) dalam

kelasnya. Bagi mengamalkan amalan terbaik ini, guru

45

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuannya dan

mengaplikasikan cara pengajaran yang baik. Guru perlu

memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

(a) Guru perlu sentiasa meningkatkan dirinya

secara profesional iaitu selalu menghadiri kursus,

latihan, ceramah terutamanya berkaitan pengurusan

bilik darjah dan tingkah laku. Guru juga mesti

sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan

semasa melalui pembacaan dan pencarian maklumat

pelbagai sumber lain seperti majalah, jurnal dan

internet.

(b) Guru perlu tahu mengurus bilik darjah

dengan baik. Penyusunanpersekitaran, ruang,

perabot, alatan, alat bantu mengajar dan bahan

lain perlu dilakukan dengan bijaksana dengan

mengambilkira keperluan dan kepelbagaian cara

pembelajaran murid dalam bilik darjah. Pastikan

bilik darjah selamat, ceria dan kondusif untuk

pembelajaran murid.

(c) Guru perlu menyokong tingkah laku murid

secara yang positif iaitu dengan membanyakkan

motivasi dan memberi ganjaran.

(d) Guru perlu menetapkan peraturan bertingkah

46

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

laku dalam bilik darjah.Peraturan ini perlu

dipatuhi oleh semua orang termasuk guru, pembantu

guru, ibu bapa, tetamu dan sebagainya.

(e) Guru perlu mengamalkan strategi

pengubahsuain tingkah laku dan strategi

pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

(f) Guru perlu banyak melibatkan keluarga dan

ibu bapa dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Sentiasa berhubung dengan ibu bapa

dan keluarga berkaitan perkembangan dan tingkah

laku anak-anak mereka.

(g) Guru perlu selalu membuat pemantauan dan

penilaian terhadap proses pengajaran-pembelajaran

dan program pengubahsuaian tingkah laku.

Kita semua pasti dapat lakukannya! Kalau kita dapat

lakukannya sudah pasti murid kita akan mendapat

faedahnya.

Strategi untuk sekolah

Seperti yang kita tegaskan sebelum ini, untuk mengubah

tingkah laku kita perlu mengubah diri kita sendiri

dahulu. Kita juga nyatakan bahawa semua pihak memiankan

peranan yang penting dalam mencegah tingkah laku

mencabar. Pihak sekolah bererti semua warganya47

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

terutamanya pihak pentadbir sekolah iaitu

pengetua/guru besar, guru penolong kanak, penyelia,

penyelaras kelas khas bermasalah pembelajaran. Semua

pihak ini perlu prihatin dan bertanggunjawab dalam

membantu program pencegahan tingkah laku mencabar

berjaya di sekolah mereka. Namun pendekatan 'whole

school approach' atau seluruh sekolah perlu diterapkan

iaitu seluruh warga sekolah meliputi pihak pentadbir,

para guru, kakitangan lain, pengawal keselamatan, pihak

kantin sekolah, ibi bapa dan Persatuan Ibubapa dan Guru

(PIBG) perlu memainkan peranan masing-masing. Saranan

yang perlu dilakukan oleh sekolah:

a) Membina iklim sekolah yang berdisiplin baik.

b) Membuat peraturan yang jelas, adil dan

bertimbang rasa yang boleh

dilaksanakan.

c) Memastikan pembangunan profesional di

kalangan warga sekolah

terutama para guru, kakitangan lain, ibu bapa dan

PIBG.

d) Memastikan murid disokong dengan cara-cara yang

positif.

e) Memastikan guru mengamalkan strategi yang berkesan.

f) Memberikan sokongan kepada guru, murid, ibu bapa

dan

48

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

keluarga.

g) Menyokong dan menggalakkan kejayaan murid.

Sekiranya pihak sekolah berperanan dengan sewajarnya

sudah tentu kejayaan mencegah tingkah laku mencabar

dapat dicapai. Adakah anda bersetuju ?

3.3 Penyelidikan Mengenai Tingkah laku

3.3.1 ’Cross-sectionall Research’

Ialah satu kaedah penyelidikan di mana data-data

dipungut pada satu jangkamasa tertentu dari

individu yang berlainan latarbelakang. Kaedah ini

seringkali digunakan di dalam bidang psikologi

perkembangan dan boleh juga digunakan di dalam

bidang-bidang lain seperti sains sosial, pendidikan

dan lain-lain bidang sains.

Dalam bidang psikologi perkembangan, pengkaji boleh

memilih beberapa kumpulan subjek yang mempunyai

banyak ciri persamaan tetapi hanya berbeza dari

segi umur. Oleh itu ini sekiranya terdapat sebarang

perbezaan di antara kumpulan ini ia diandaikan

adalah kerana faktor perbezaan umur.

3.3.2 ’Longitudinal Research’

Kajian longitudinal research ialah satu kaedah

penyelidikan bertujuan untuk melihat perkaitan di

49

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

antara beberapa pembolehubah. Ia melibatkan kajian

terhadap kumpulan individu yang sama dalam

jangkamasa yang panjang. Data dipungut di peringkat

permulaan dan juga di sepanjang tempoh kajian.

Kebaikan kajian ’londitudinal research’ ialah ia

membolehkan pengkaji melihat perubahan yang berlaku

dalam tempoh tersebut. Contohnya untuk mendapatkan

sebab-sebab berlakunya jenayah di kalangan remaja,

pengkaji akan mengesan 50 remaja dalam tempoh 30

tahun untuk mendapatkan faktor utama kepada

berlakunya jenayah tersebut.

Latihan 3

3.1 Perhatikan tingkah laku seorang kanak-kanak yang

hiperaktif. Minta kanak-kanak tersebut duduk diam.

Berapa lama dia boleh duduk diam. Catatakan masa,

dan apa yang dilakukannya dalam pemerhatian anda.

3.2 Bincangkan kepentingan ‘longitudinal research’

dan ‘cross-sectional research’ dalam bidang pengurusan

tingkah laku kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

50

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut

:

http://psychology.about.com

http://www.alleydog.com

http://www.enotes.com

http://en.wikipedia.org

Itu saja yang perlu anda

lakukan.....SELAMAT BERJAYA

51

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 4 ( PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU)

2JAM

SINOPSIS

Dalam tajuk ini pelajar akan didedahkan kepada pengurusan peneguhan, dokumentasi dan prinsip pengurusan tingkah laku.

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran tajuk ini anda akan dapat:

i. memahami konsep pengurusan peneguhanii. memahami aspek pendokumentasianiii. memahami prinsip-prinsip pengurusan

tingkah laku

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Prinsip Peneguhan

Jadual Peneguhan

Prisip Peneguhan Pengurusan Tingkah Laku

52

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

4.0 Pengenalan

Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru

yang khusus dalam bidang tersebut . Ianya

berlandaskan kepada prinsi-prinsip yang perlu

dihayati dan dipegang oleh guru. Antara yang

perkara yang perlu diberi perhatian adalah

prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan

prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku.

4.1 Prinsip peneguhan

Peneguhan sangat penting untuk mengekal,

meningkat, atau mengurangkan tingkah laku. Dalam

membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang

diberi hendaklah sesuai dan berkesan.

Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi

yang dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas

atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan

peningkatan perlakuan pada masa akan datang.

Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang

disukai oleh murid.

53

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Jenis-jenis peneguh

Terdapat empat jenis peneguh yang boleh

diberikan kepada murid, iaitu:

i. Tangible yang dibahagi kepada dua

iaitu;

a. edible reinforcer- merupakan makan /

minum yang disukai

murid seperti

makanan (gula-gula,

biskut, dll)

b. non-edible- merupakan barangan

seperti kereta

mainan, pen, bola

dan sebagainya.

ii. Sensory merupakan sensasi yang

disukai atau dapat menggembirakan murid.

Terdapat lima jenis sensory reinforcers

iaitu;

a. Sentuhan (tactile) – sentuhan dari

kulit ke kulit antara guru dan murid yang

boleh menyebabkan murid bertindak balas.

Contoh: sentuhan, pelukan, menepuk bahu,

usap kepala, dsb.54

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

b. Penggetar (vibratory) – merupakan

alat penggetar (vibrator) yang letakkan di

bahagian leher,

tangan atau kaki (sesuai untuk kanak-kanak

spastik atau yang mengalami pelbagai

kecacatan)

c. Wangian (olfactory) – menggunakan

bahan-bahan yang menarik minat murid.

d. visual – menggunakan alat-alat

yang dapat menarik dan menggembirakan

murid seperti ”spinning colour wheel”

e. auditory – bunyi-bunyi yang

menarik minat murid atau disukai murid

iii. sosial – merupakan pujian, senyuman,

beri perhatian, kontak mata, tepukan,

sentuhan, pelukan, dan tanda- tanda / air

muka persahabatan atau kasih sayang yang

dapat menggembirakan murid.

55

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

iv. aktiviti – merupakan lawatan,

ambil bahagian, mewarna, menonton

televisyen, dll.

Jadual peneguhan

Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut

jadual berikut:

i. ’Contigent

diberi setiap kali tingkah laku yang

diingini (tingkah

laku sasaran) ditunjukkan untuk

mengekalkan

tingkah laku tersebutii

.

’Continuou

s’

diberikan kepada setiap tindak balas

yang murid berikan. Kebiasaannya pada

awal program untuk membentuk /

melatih perlakuan baru.ii

i.

’Intermitt

en’

diberi secara berkala tanpa dijangka,

bukan kepada setiap perlakuan

berlaku.iv Penjaduala a. ’Fixed ratio’ – penjadualan tetap

56

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

. n nisbah

(ratio

schedules)

nisbah

perlakuan

(bilangan)

b. ’variable ratio’ – bilangan perlakuan

yang berbeza

dalam

tempoh tertentu (masa) c. ’Fixed interval’ – penentuan jangka

masa yang

tetap

(setiap 10 minit)

d. ’Variable interval’ – penentuan jangka

masa yang tidak tetap (5,4,9,15,13

minit)

Jenis-jenis pemerhatian

Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku,

guru perlu mengenal pasti masalah tingkah laku yang

hendak diubah atau ditingkatkan. Oleh itu guru perlu

membuat pemerhatian dan merekodkan pemerhatiannya

secara sistematik.

Pendekatan pengurusan tingkah laku dibuat berdasarkan

pemerhatian langsung (direct observation) terhadap

perlakuan kanak-kanak yang berkenaan. Melalui

57

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

pemerhatian langsung ini guru akan dapat menentukan

jenis perlakuan yang perlu diperbaiki / diubah /dipupuk

kepada diri kanak-kanak berkenaan, bila tingkah laku

itu terjadi, tempat tingkah laku itu dibuat, dan

kekerapan tingkah laku itu diulangi.

Jenis-jenis pemerhatian boleh dikategorikan mengikut

tujuan dan aspek yang hendak dinilai / diperhati, ia

itu:

i. memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat

tafsiran

( interpretation) dan tanggapan

(judgement)

Melapor apa yang dilihat sahaja

Menggunakan tafsiran bukan untuk

penilaian semasa tetapi untuk membuat

hipotesis yang diperolehi selepas

menemubual individu yang berkenaan,

ii. memerhati apa yang telah dirancang dan secara

”open ended”

Iaitu menilai / memerhati kemahiran

tertentu , pengetahuan, perlakuan, atau

sikap yang telah dikenal pasti, di

samping menilai sesuatu yang wujud tanpa58

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

dijangka / di luar perancangan penilai /

pemerhati, tetapi relevan dengan

objektif penilaian tersebut.

iii. memerhati untuk jangka pendek dan jangka

panjang

Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut

urutan dalam jangka masa yang

berperingkat boleh memberi dapatan yang

berkesan dan bermakna tentang

perkembangan proses atau peristiwa atau

pendekatan terhadap sesuatu tugasan dan

masalah / kesukaran.

Pelaksanaan pemerhatian boleh dilakukan mengikut

pelbagai strategi dan cara serta kriteria tertentu,

antaranya;

i. pelaksanaan secara berterusan mengikut

keperluan yang

telah dikenal pasti atau

dirancang,

ii. dengan menggunakan senarai semak atau alat

lain seperti 59

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

rekod anekdot.

iii. pemerhatian boleh dilaksanakan secara global

atau analitik

mengikut objektif atau tujuan

pemerhatian,

iv. jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan

dengan

keadaan dan keperluan,

v. maklum balas diperoleh melalui pemerhatian

guru dan / atau

tindak balas murid.

Prinsip pengurusan tingkah laku

Dalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu

memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku

berikut:

Kebanyakan tingkah laku boleh di pelajari

(kenyataan ini bermaksud semua tingkah laku baru

boleh dipelajari sepanjang masa)

60

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak

adalaj akibat rangsangan yang diterimanya. Prinsip

ini sangat ditekankan dalam teori behavioris.

Antecedent atau peristiwa sebelum sesuatu tingkah

laku adalah rangsangan terhadap tingkah laku

tersebut.

Tingkah laku boleh diajar dan diubah

Guru harus berpegang kepada prinsip ini apabila

hendak mengajar tingkah laku baru kepada muridnya.

Melalui teknik pengurusan tingkah laku yang

sesuai, guru dapat mengubah tingkah laku

bermasalah kepada tingkah laku baru yang

diingini.

Matlamat perlu jelas dan khusus

Objektif program pengurusan tingkah laku yang

hendak dijalankan

perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus.

Program perlu secara individu

Disebabkan masalah tingkah laku adalah berbeza

bagi setiap murid, maka pelaksanaan program

intervensi hendaklah dirancang untuk murid yang

berkenaan sahaja.

61

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Program perlu fokus masa kini (semasa)

Program pengurusan tingkah laku hendaklah tertumpu

kepada masalah tingkah laku semasa yang ditujukkan

oleh murid.

Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak

Program intervensi dilaksanakan di dalam bilik

darjah atau di rumah yang merupakan persekitaran

sudah biasa kepada murid-murid.

62

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Latihan 1: untuk menguji kefahaman konsep-

konsep, isu-isu penting dengan membut

ulasan,

Dengan merujuk bahan bacaan dan

multimedia, huraikan pelbagai jenis

peneguhan dan prinsip – prinsip peneguhan

di atas. Layari laman web untuk mendapat

maklumat tambahan

Latihan 2:

Pilih satu daripada prinsip pengurusan

tingkah laku dalam tajuk 4 dan huraikan.

63

Langkah -langkah dalam

5.2 Mengumpul dan merekod data

5.4 Melaksanakan program intervensi

5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan peneguhan peneguhan

5.1 Mengenal pasti dan memilih tingkah laku sasaran

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 5 PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU 2JAM

Sinopsis

Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada langkah-

langkah dalam pengurusan tingkah laku seperti

memilih tingkah laku sasaran, mengumpul san

merekod data serta melaksanakan intervensi

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:

i. mengenalpasti langkah-langkah dalam proses

perubahan

tingkah laku

ii. menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan

salahlaku dan

menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap

pembelajaran

Kerangka Model Tajuk

64

5.4 Melaksanakan program intervensi

5.5 Menilai keberkesanan intervensiPKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

5.0 Pengenalan

Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan olenh murid

perlu ditangani segera oleh guru dengan merancang

program intervensi yang sesuai. Proses perubahan

tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah

yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku

sasaran, mengumpul dan merekod data serta melakdsanakan

intervensi.

5.1 Mengenal pasti dan memilih tihgkah laku sasaran

Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah

dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan

tingkah laku.

Panduan memilih tingkah laku sasaran:

65

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

i) Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu

masa, iaitu tingkah laku yang

- Membahayakan diri dan orang lain

- Boleh mengganggu pembelajaran dan lurid lain

- Merbahayakan keselamatan diri dan murid lain

- Tidak sesuai dengan umurnya

- Terlalu kerap berlaku

- Terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang

tertentu

- Menyebabkan murid lain menjauhkan diri

(Zirpoli&Mellow, 2001)

ii) Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan :

- Jenis tingkah laku

- Kekerapan tingkah laku

- Jangka masa barlaku

- Tahap keterukan (intensiti)

- Jumlah keseluruhan tingkah laku

iii) Pertimbangan kemungkinan arah perubahan sama ada

tingkah laku itu 66

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

meningkat atau menurun

iv) Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian

v) Pastikan tingkah laku dapat

diukurperlakuannya.Misalnya ” Murid A

bangun dari kerusi dan berjalan dalam kelas

sebanyak lima kali dalam

tempoh setengah jam.

vi) Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan

khusus sama ada secara lisan atau bertulis.

5.2 Mengumpul dan merekod data

Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku,

guru seharusnya mengumpul maklumat tentang tingkah laku

yang hendak di ubah. Maklumat atau data yang terkumpul

dikenali sebagai ” baseline data”.

Tujuan mengumpul data:

- Mengetahui jumlah tingkah lakutersebut dalam

sehari.

- Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak

berlaku.

- Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai

corak/pola

tertentu.

67

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

- Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan

tersebut.

Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui

pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-teknik

berikut:

- Rekod Naratif

- Rekod Anekdot

- Rekod Naratif berterusan

- Rekod Kejadian (Event Recording)

- Rekod Kekerapan

- Rekod jangka masa (Duration)

- Rekod had masa (Interval)

- Rekod Sampel Masa

5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan

5.4 Melaksana Intervensi

Setelah guru mengumpul segala maklumat(baseline data)

tentang tingkah laku muridnya, barulah guru dapat

melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah

laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat

diurus, beberapa perkara perlu diberi perhatian

terlebih dahulu iaitu:

68

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

i) Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?

ii) Tingkah laku yang mana satu harus di beri

keutamaan?

iii) Bila tingkah laku itu berlaku?

iv) Kekerapan tingkah laku itu berlaku?

v) Apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku?

vi) Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?

Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk

melihat ciri-ciri, keterukan dan corak tingkah laku itu

berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi

yang hendak dilaksanakan. Program intervensi

dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk

meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku sasaran.

Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa iaitu:

i) Fasa pra intervensiii) Fasa intervensiiii) Fasa selepas intervensi

Fasa pra intervensi:

Dikenali sebagai ”baseline period” iaitu guru akan

mengumpul semua maklumat tentang tingkah laku murid

melalui pemerhatian tanpa sebarang intervensi. Rekod

”baseline” ini akan dijadikan perbandingan dengan rekod

baselinedata selepas intervensi.

69

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Fasa intervensi:

Setelah guru puas hati dengan data yang diperolehi

dalam tempoh fasa pra intervensi, guru boleh memulakan

program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang tempoh

program intervensi ini tingkah laku tersebut akan

diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra

intervensi) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi.

Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankansekurang-

sekurang selama dua minggu.

Fasa selepas intervensi:

Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk

menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam tempoh

intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan

terus diperhati dan direkodkan kedalam bahagian geraf

fasa selepas intervensi.

5.5. Menilai keberkesanan intervensi

Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan

ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekod baseline

70

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian

akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data

yang kedua. Baseline data kedua merupakan pemerhatian

susulan program intervensi dilaksanakan. Sekiranya

tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini

ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan

intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi

dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu penting dengan membuat rumusan.

Dengan merujukbahan-bahan bacaan danmultimedia, huraikan setiap teknik pengumpulan data yangdinyatakan di atas denan menunjukkan contoh yang sesuai.Bentangkan untuk perbincangan dalam kelas.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

71

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat rumusan.

Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan antara rekod naratif dengan rekod anekdot.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumattambahan.

TAJUK 6 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2 JAM

Sinopsis

Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada cara-cara

untuk meningkatkan serta mengurangkan tingkah

laku yang diingini atau tidak diingini.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:

i. mengenalpasti strategi-strategi untuk

meningkatkan tingkah laku

72

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

yang diingini.

ii. mengenalpasti strategi-strategi untuk

mengurangkan atau

menghentikan tingkah laku yang tidak

diingini.

Kerangka Model Tajuk

Strategi Pengurusan Tingkah laku

-Peningkatan tingkah laku

-Pengurangan Tingkah laku

6.0 Pengenalan

Dalam pengurusan tingkah laku, guru akan berusaha untuk

mengekal atau meningkatkan lagi tingkah laku yang

diingini yang ditunjukkan oleh murid. Manakala tingkah

laku negatif pula akan dihentikan atau dikurangkan.

Kesemua ini dapat dilakukan melalui teknik-teknik

tertentu.

6.1 Meningkatkan Tingkah Laku

73

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Tingkah laku baik atau yang diingini yang ditunjukkan

oleh murid hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-

kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh

digunakan oleh guru adalah seperti berikut:

Peneguhan Positif:

Pemberian peneguhan selepas

sesuatu tingkah laku yang

diingini ditunjukkan supaya

tingkah laku itu dikekalkan atau

ditingkatkan.

Peneguhan Negatif:

Merupakan penarikan rangsangan negatif

(aversive stimulus)

setelah tingkah laku sasaran

ditunjukkan dan akan

mengekalkan atau meningkatkan lagi

tingkah laku tersebut.

Pembentukan: (Shaping)

Pemberian pengukuhan kepada

perlakuan-perlakuan yang

dilakukan oleh murid yang

menjurus kepada pembentukan

perlakuan yang dikehendaki.

74

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Kontrak:

Persetujuan di antara dua pihak atau lebih

(guru dan murid) secara lisan atau

bertulis. Murid dipertanggungjawabkan

terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih.

Kontrak akan berjaya jika murid faham akan

tingkah laku yang hendak diubah dan murid

faham akan kesan yang akan berlaku.

Ekonomi Token:

Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti

syiling atau stiker

(pelekat) sebagainya apabila tingkah laku yang

diingini ditunjukkan.

Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda

atau bentuk

ganjaran lain yang disediakan oleh guru.

Modeling :

Menggunakan watak-watak (murid atau guru)

yang disukai dan

dihormati untuk diteladani oleh murid.

Rantaian (Chaining):75

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Merujuk kepada siri tingkah laku yang

ditunjukkan dalam bentuk

rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian

tingkah laku atau

rantaian kemahiran lain juga dikenali sebagai

analisis tugasan.

Pengaburan/Pelunturan (Fading): Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang

diterima secara

perlahan-perlahan.

6.2 Mengurangkan Tingkah Laku

Penghapusan ( Extinction): Memberikan atau menyekat murid - murid daripada terus

melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur

dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang

positif.

”Time-Out” :

Menempatkan murid berasingan daripada

kumpulan(penjuru kelas, atau bilik khas) atau

mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan.

Kejemuan (Satiation):

76

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Murid melakukan tingkah laku itu sehingga dia jemu

melakukannya dan berhenti sendiri. ”Over-correction”

adalah satu teknik kejemuan yang tidak

digalakkan.

Hukuman/ Dendaan:

Contoh: tahanan kelas (detention class), dendaan

fizikal,

”response cost” iaitu menarik balik hak atau

keistimewaan.

Disensitisasi:

Tindakan – tindakan secara beransur-ansur

untuk menghilangkan

rasa gugup atau takut yang berlebihan (takut

bercakap di depan

kelas atau fobia).

”Overcorrection”:

Prosedur yang menerlukan pelajar memperbaiki

keadaan atau

kesalahan yang dilakukanmelebehi keadaan

sebelumnya. Contoh

- membuat pembetulan terhadap kesalahan tulisan

berulang kali.

- menulis ayat atau perkataan yang sama berulang

kali mungkin 77

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

seratus kali.

”Response cost ”:

Suatu bentuk penarikan peneguh atau

gtanjaran secara sistematik

terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak

sesuai.

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu penting dengan membuat rumusan.

Pilih satu daripada teknik meningkatkantingkah laku dan huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikanteknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah lakudalam kalangan kanak-kanak bermasalahpembelajaran.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumattambahan.

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat rumusan.

Pilih satu daripada teknik mengurangkantingkah laku dan

78

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikanteknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah lakudalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumattambahan.

SELAMAT MENCUBA!

TAJUK 7 ISU DAN ETIKA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM

Sinopsih

79

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Bagi meningkatkan pengetahuan anda, modul ini

menyediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu

dan etika yang tedapat dalam program Pendidikan Khas.

Hasil Pembelajaran

i) Memahami hak asasi kanak-kanak seperti dari

segi normalisasi, keadilan dan penghormatan.

ii) Menjelaskan tentang peranan penglibatan ibu

bapa dan kepentingan antara pihak ibu bapa dan

sekolah.

iii) Mengenal pasti penglibatan komuniti dalam

murid berkeperluan khas

Kerangka Tajuk

Hak asasi kanak-

kanak

Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku

Isu dan Etika

Pengurusan Tingkah

Laku

Penglibatan Komuniti

80

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

7.0 PengenalanBagi meningkatkan pengetahuan anda tentang mobul

ini, disediakan perkara-perkara yang berkaitan

dengan isu, dan etika yang terdapat dalam

pengurusan program pendidikan khas. Sebenarnya

dalam melaksanakan program pengurusan tingkah

laku, terdapat bayak isu yang mungkin timbul. Di

antara yang diperkatakan ialah:

Sulit (confidential)

Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah

sulit.

”Zero reject” ( education for all )

Semua murid berhak mendapat pendidikan secara

percuma

Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory

evaluation).

Setiaporang murid perlu mendapat penilaian yang

sesuai dengan latar belakang budaya dan bahasa

sebelum ditempatkan dalam program pendidikan khas.

Rancangan Pengajaran ndividu (Individualized

Educational Plan)

Setiap murid berkeperluan khas perlu ada rancangan

pendidikan secara individu yang mencatatkan

81

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

pecapaian semasa, matlamat, perkhidmatan khusus,

prosedur dan hasil (out come).

Persekitaran yang kurang terhad ( least restricted

environment)

Seboleh-bolehnya murid perlu di berikan pendidikan

dalam kelas yang paling tidak terhad.

Due Proses

Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam

membuat keputusan yang berkaitan pendidikan murid

dan tanggungjawab dipikul bersama-sama oleh pihak

profesional (pakar) dan ibu bapa.

Penglibatan dan persetujuan ibu bapa

Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan

tetapi terlibat juga dalam membina program dan

berhak mendapat rekod berkaitan pendidikan

anaknya.

7.1 Hak Asasi Kanak-kanak

Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah

menggariskan tiga prinsip sebagai panduan:

i) Normalisasi

Prinsip ini memberi peluang kepada

mereka yang berkeperluan khas merasa

kehadiran mereka hampir senormal

82

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

mungkin. Perkara yang perlu diberikan

perhatian:

-Persekitaran sebenar kanak-

kanak

-Persamaan dan perbezaan di kalangan

berbagai

kumpulan dalam masyarakat

-Pengetahuan tentang pertumbuhan dan

perkembangan, keperluan,

kehendak, kekuatan

dan ketidakupayaan kanak-

kanak.

ii) Keadilan

Prinsip keadilan berlandaskan `Due

Process` yang menghendaki setiap

tindakan berfokuskan kepada kebajikan

kanak-kanak.Di antara contoh tindakan

yang tidak adil:

-Enggan mencuba pengurusan tingkah

laku secara sistematik.

-Menempatkan murid secara sembarangan

tanpa usaha membantu.

-Ketidaksediaan guru menyediakan

perkhidmatan yang diperlukan.

83

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

iii) Penghormatan

Prinsip penghormatan menjelaskan

tentang hak seseorang untuk dilayan

sebagai manusia yang bermaruah dan

bukan dilayan seperti haiwan.Contoh

tindakan yang salah:

-Hukuman fizika l- (tampar, ketuk-

ketampi)

-Hukuman psikologi (menyindir,

memarahi dan memberi gelaran)

-pengabaian - (menyekat

kanak-kanak daripada

Peluang untuk berjaya)

-Pemisah - (salah penempatan

dikelas khas)

-pengasingan -

(pengguanaan ’time out’ secara

tidak konsistem dan

lama)

-Pengubatan- (salah guna

ubatan)

-Hukuman kejam - (sekatan,

renjatan elektrik)

7.2 Penglibatan ibu bapa84

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

a) Peranan ibu bapa

-Ibu bapa boleh trlibat dalam pengesanan,

pengujian(assessment), membina

program, mengajar

dan penilaian (evaluation)

(e.g.keberkesanan program).

-harapan ibu bapa dan juga harapan

profesional.

b) Bentuk penglibatan

-mengenalpasti dan merujuk

-diberitahu dan mendapat kebenaran dari

ibu bapa

untuk membina program

-temuduga sejarah hidup murid

-pengujian secara formal

-memerhati dan membuat carta

-melibatkan murid dalam pengujian

(assessment)

c) Perbincangan dan percubaan dengan ibu

bapa

(conferencing)

- persediaaan untuk perjumpaan

-cara komunikasi85

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

-melaporkan keputusan

-membentuk matalamat (goals) program

-kelulusan untuk penempatan

d) Due Process

Dalam Due proses hak dan

tanggungjawab terhadap

ibubapa diperjelaskan.

e) Memantau perlaksanaan.

-merupakan proses yang

berterusan

f) kerjasama ibu bapa

Kerjasama ibu bapa dengan

profesional akan dapat

menjamin kejayaan program.

g) Pendidikan ibu bapa

-Pendidikan kepada ibu bapa tentang

pendidikan khas,

keperluan khas anak

-latihan berkomunikasi, terapi,

kaunseling, perundangan

-membina rangkaian (net working)-

kelab sokongan ibu

bapa.86

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

h) Reaksi ibu bapa

Reaksi ibu bapa dapat dilihat dalam 3

bentuk, iaitu

- Redha dan bersyukur

- Keliru-akibatnya timbul berbagai

reaksi

-salahkan diri

-tidak gembira/murung

-rasa bersalah

-penafian

-menyalahkan orang lain

-menarik diri

-mengelak diri

-Pemarah dan memencilkan diri

-bermusuhan

-terlalu mengharap

-kecewa

-Tidak terima sama sekali

i) Keperluan Latihan

Ibu bapa memerlukan maklumat tentang

prospek masa

depan anak-anak mereka, oleh itu merek perlu

diberi pendedahan berikut:

-sara menguruskan anak yang bermasalah/kurang

upaya87

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

-penerangan pakar perubatan/psikologi/kaunseling

dan sebagainya

-perbincangan dengan waris yang senasib tetapi

telah berjaya

-Peluang-peluang yang ada sama ada dari segi

bantuan pendidikan, latihan dan sebagainya.

j). Hubungan rumah dengan sekolah

Para pelaksana perlulah berusaha menarik ibu

bapa untuk

melibatkan setiap aktiviti yang dijalankan

agar mereka faham

dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh

meneruskan aktiviti

yang dijalankan dirumah supaya ada

kesinambungan.

7.3 Penglibatan Komuniti

i) Agensi kerajaan dan swasta

a)Kementerian Pelajaran Malaysia

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan

bermasalah

88

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi

disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas

bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan

bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian

biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah

teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan

separa inklusif.

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkansepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakalaJabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadapperkara-perkara yang berkaitan dengan dasar danpengisiannya. Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yangdiguna pakai di sekolah- sekolah pendidikan khas danProgram Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulumkebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid PendidikanKhas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti muridbiasa. Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajarpendidikan khas mengambil peperiksaan awam sepertiUjian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PenilaianMenengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) kecuali mereka yang mengikuti kurikulumalternatif. Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatifiaitu Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan

89

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus SeniLukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil PerakuanSekolah dan Sijil Khas Vokasional.

b)Jabatan Kebajikan Masyarakat

i) Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistic bagi maksud perancanganperkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihandan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diriadalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkankepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagimemudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yangberkenaan.

ii) Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda,kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yangtidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat inidapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktivitikehidupan harian.

iii) Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang adapengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan)dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri /perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geranpelancaran berkadar maksimum RM2,700.

90

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

iv) Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepadaahli keluarga atau orang lain, dan sebagaipenyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asaskehidupan.

v)Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU diBengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, BengkelDaya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yangdiuruskan oleh pertubuhan sukarela.

vi) Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan

mendapat pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional

Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur

antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang- kurangnya

PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus

ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan

dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan,

penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik, elektronik,

bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu.

Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan)

-Latihan

Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori

terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut

91

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan

jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan

yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan

kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas

akademik tidak formal, pendidikan agama/moral,

sukan/rekreasi, dan aktiviti luar.

vii)Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalanipemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di manamemberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan,mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yangdijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motorhalus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial,pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan danrekreasi. c)Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan

multidisiplin, Pemulihan carakerja, Pemulihan anggota /

fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan

pendengaran, Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan

Rawatan Psikologi.

92

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

i) Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagaiorganisasi, persatuan dan badanbadansukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO(Non-Governmental Organisations), ditubuhkanoleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa ‘TahunAntarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telahmembuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikanuntuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekorandaripada itu berbagai-bagai aktivitidilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa danmasyarakat tentang hal-hal berkaitan dengankanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahuntersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluankhas yang berdaftar di pusat tertentu sertaguru pendidikan khas telah bertambah, yangmemperlihatkan kesedaran pelbagai pihakterhadap keperluan pendidikan kepada golonganini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibatdengan penyediaan pendidikan khas ialah:

i).Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic

Children’s Assocation)

Menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak

kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.

ii).Pusat Bimbingan Sinaran Matahari93

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Mengajar kanak-kanak berkeperluan Khas

kemahiran hidup serta kemahiran sosial

iii).Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa

Pusat ini terlibat dengan intervensi awal bagi

kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran

hidup untuk kanak- kanak diantara umur 6-16

tahun.

iv) Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down

Syndrome Foundation) yang komited kepada

kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan

ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini

Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan

untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat

dalam Malaysia

JAWAB SOALAN BERIKUT:1.Berikan dua sebab mengapa pentingnyan penglibatan ibu bapa dalam program kanak-kanak khas.

2.Nyatakan apakah badan NGO yang terlibat dalam membantu kanak-kanak berkeperluan khas.

94

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web

berikut :

http://psychology.about.com

http://www.alleydog.com

http://www.enotes.com

http://en.wikipedia.org

Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA

95

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

RUJUKAN :

Axelrod, S. 1983. Behavior Modification for the Classroom Teacher, New York: McGraw-Hill Book Company.

Hamilton, K. R. 2001. http://webhome.idirect.com/~kehamilt/psy4.html Jun 18, 2007.

Harrop, A. 1987. Behavior Modification in the Classroom, London: Hodder & Stoughton Ltd.

Martin, G. & Pear, J. 1993. Behavior Modification-What Is It and How to Do It 4th ed. New Jersey: Prentice Hall.

Myint S. K.; Lourdusamy, A.,.Lang, Q. C. and Wong, A. F.L. 2005. Classroom Management: Facilitating Teaching and Learning. Singapore: Pearson.

96

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Sulzer, B. & Mayer, G. R. 1972. Behavior Modification Procedures for School Personnel. Illinois: The Dryden Press Inc.

Walker, J. E. & Shea, T. M. 1995, Behavior Management:- A Practical Approach for Educators 6* ecf. New Jersey: Simon & Schuster Company.

Wielkiewicz, R. M.. 1995. Behavior Management In The Schools: Principles and Procedure. Boston: Allyn and Bacon.

Zirpoli, T. J. and Melloy, K. J. 1993. Behavior Management: Applications for Teachers and Parents. New York:Macmillan Publishing Company.

Greene, R.W. (2001). The explosive child: A new approach for understanding and parenting easily frustrated chronically inflexible children. New York: Harper Collins

Kazdin, A.E. (2002). Behavior Modification : Applications forteachers. (6th. ed.). Belmont C.A.: Wadsworth.

Martin, G. & Pear, J. (2003). Behavior modifications : What it is and how to do it. (7th. Ed.). New Jersey : Prentice-Hall

Jordan, D. (2001). A guidebook for parents of children with emotional or behavior disorders (3rd ed.). Minneapolis, MN: PACER.

Miltenberger, R.G. (2001). Behavior modification :Principles and procedures (2nd. Ed.). Belmont, C.A. :Wadsworth

Papolos, D., & Papolos, J. (2002). The bipolar child. New York: Broadway

Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002). Behaviormanagement: A practical approach for educators (8th. Ed.).New Jersey : Merrill Prentice-Hall.

97

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Zirpoli, T.J. & Melloy, K.J. (2001). Behaviormanagement : Applications for teachers (3rd. ed.). NewJersey : Merrill Prentice Hall

PANEL PENULISAN MODUL

98

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH( PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)

NAMA KELAYAKAN

EN.RAYMOND MOHANRAJ PAUL

PensyarahPenyelaras Pendidikan KhasJabatan Ilmu PendidikanInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

[email protected]

Kelulusan:Sarjana Pendidikan Khas (UM) B.ED. Hons.Pendidikan Khas ( UKM)Diploma Pendidikan (TESOL),IPG Mohamad Khalid

PengalamanPensyarah (8 Tahun)

Cr.ZULKIFLY BIN HUSSIN

PensyarahJabatan Ilmu PendidikanInstitut Pendidikan Guru Kampus BahasaMelayu

[email protected]

Kelulusan:Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UM)B.AC (Hons) Bimbingan dan kaunseling (UPM)Diploma Pendidikan Sains (IPG KRM)

Pengalaman:Pensyarah (5 tahun)

PN. NOR LAINI BT CHE MAT

PensyarahJabatan Pendidikan KhasInstitut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

[email protected]

Kelulusan:Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UKM)B.ED. Hons. Pendidikan Khas (UKM)Diploma Pendidikan IPG KIK

Pengalaman:Pensyarah (3 tahun)

99

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

PANEL PEMURNIAN MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH(PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)

NAMA KELAYAKAN

100

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

101

PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

102