Mala- upload BEBERAPA KESALAHAN DALAM MENDIDIK ANAK2

17
Tidak Memberikan Teladan Yang Baik Teladan yang baik ibarat sinaran matahari yang terang pada pagi hari. Ia ibarat bintang yang bergemerlapan di angkasa yang cerah bagi para pengembara. Jika anak-anak tidak mendapat teladan yang baik, mereka akan arah dan panduan dalam perjalanan kehidupan. Mereka akan menjadi keliru. Mereka akan mengalami konflik dalaman yang mana satu yang harus diikuti. Mereka akan hilang hormat kepada orang yang sepatutnya mereka hormati. Antara beberapa kesilapan dalam hal ini ialah: 1. Merokok di hadapan anak-anak: Para ulamak telah memfatwakan bahawa merokok adalah haram di sisi agama Islam. Namun masih ramai lagi umat Islam yang merokok. Dalam ini, jika terpaksa juga merokok, usah merokok di depan anak-anak, carilah tempat-tempat yang tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh anak-anak - kerana jika merokok di hadapan mereka, ia memberikan gambaran bahawa amalan itu boleh dilakukan sedangkan sebagai seorang bapa, perlu memimpin anak ke jalan yang benar. 2. Tidak membaca Al-Quran di rumah: Al-Quran adalah kalam Allah. Membaca Al-Quran bermakna kita berinteraksi dengan Allah swt. Tidak membaca Al-Quran di rumah bermakna ibu bapa tidak menunjukkan cara untuk anak-anak berinteraksi dengan Allah swt, Tuhan yang mencipta dan memelihara mereka. Anak- anak kehilangan panduan tentang cara-cara untuk berhubung dengan Allah swt, Tuhan yang tidak dapat tidak mesti mereka sembah. Ibu bapa yang tidak membaca Al-Quran di rumah tidak menunjukkan kepada anak-anak bahawa Al-Quran adalah ayat- ayat yg penting, tidak memberitahu kepada mereka bahawa Al-

Transcript of Mala- upload BEBERAPA KESALAHAN DALAM MENDIDIK ANAK2

Tidak Memberikan Teladan Yang Baik

Teladan yang baik ibarat sinaran matahari yang terang pada pagi

hari. Ia ibarat bintang yang bergemerlapan di angkasa yang cerah bagi para

pengembara. Jika anak-anak tidak mendapat teladan yang baik, mereka

akan arah dan panduan dalam perjalanan kehidupan. Mereka akan menjadi

keliru. Mereka akan mengalami konflik dalaman yang mana satu yang–harus diikuti. Mereka akan hilang hormat kepada orang yang sepatutnya

mereka hormati.

Antara beberapa kesilapan dalam hal ini ialah:

1. Merokok di hadapan anak-anak: Para ulamak telah memfatwakan

bahawa merokok adalah haram di sisi agama Islam. Namun masih

ramai lagi umat Islam yang merokok. Dalam ini, jika terpaksa

juga merokok, usah merokok di depan anak-anak, carilah

tempat-tempat yang tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh

anak-anak - kerana jika merokok di hadapan mereka, ia

memberikan gambaran bahawa amalan itu boleh dilakukan

sedangkan sebagai seorang bapa, perlu memimpin anak ke jalan

yang benar.

2. Tidak membaca Al-Quran di rumah: Al-Quran adalah kalam

Allah. Membaca Al-Quran bermakna kita berinteraksi dengan

Allah swt. Tidak membaca Al-Quran di rumah bermakna ibu bapa

tidak menunjukkan cara untuk anak-anak berinteraksi dengan

Allah swt, Tuhan yang mencipta dan memelihara mereka. Anak-

anak kehilangan panduan tentang cara-cara untuk berhubung

dengan Allah swt, Tuhan yang tidak dapat tidak mesti mereka

sembah. Ibu bapa yang tidak membaca Al-Quran di rumah tidak

menunjukkan kepada anak-anak bahawa Al-Quran adalah ayat-

ayat yg penting, tidak memberitahu kepada mereka bahawa Al-

Quran adalah kata-kata untuk didekati dan dihayati, tidak

memaparkan kepada mereka bahawa Al-Quran adalah kitab suci

yang perlu didekati yang mana ayat-ayatnya adalah penawar

dan sumber kekuatan. Ibu bapa yang tidak membaca Al-Quran

dirumah seolah-olah mengajar kepada anak-anak bahawa Al-

Quran hanyalah sama seperti buku-buku cerita. Ibu bapa yang

tidak membaca Al-Quran di rumah tidak memimpin anak-anak

kepada cahaya bahkan membiarkan anak-anak mereka berjalan di

atas jalan yang gelap yang penuh dengan pelbagai penyakit

sedangkan Al-Quran adalah cahaya dan penawar.

3. Melengah-lengahkan solat: Solat adalah tiang agama.

Melengah-lengahkan solat bermakna melambat-lambatkan untuk

mendirikan tiang agama. Lambat mendirikan tiang agama

bermakna lambatlah bangunan Islam terbina. Maka sebab itulah

Islam kini terkebelakang dan umatnya lemah...Apatah lagi

jika tidak mendirikan solat! Ibu bapa yang melengah-lengah

kan solat seolah-olah mengajar kepada anak-anak bahawa

solat itu tidak penting sedangkan solat adalah ibadat yang

paling penting, solatlah yang akan disoal dulu semasa di

Akhirat nanti. Antara faktor yang menyebabkan solat

dilengah-lengahkan ialah terlalu sibuk melayan hobi seperti

melayari internet, facebook, menonton televisyen dan

sebagainya hingga sukar untuk meninggalkan tempat duduk

apabila waktu solat dah tiba. Sesunggunya tarikan internet

dan facebook sangat hebat. Ia bisa menjadi penghalang solat

dan segala kerja. Pastikan internet, facebook dan segala

hobi anda tidak mengikat anda di tempat duduk anda hingga

anda tidak dapat menunjukkan contoh yang baik kepada anak-

anak anda.

4. Membuang sampah di merata tempat: Kita biasa melihat kertas

pembalut gula-gula atau pembungkus makanan dicampakkan

daripada luar kereta. Kita juga pernah pergi ke tempat

rekreasi yang cantik tapi terkejut dengan sampah-sarap yang

banyak....sudah puas guru-guru mengajarkan anak-anak tengang

penjagaan kebersihan tetapi walaupun sudah lebih separuh

abad kita merdeka namun masalah sampah sarap ini tidak dapat

diatasi lagi. Pembuang sampah itu bukan kanak-kanak sahaja

tetapi orang dewasa juga. Orang dewasalah yang menunjukkan

contoh yang tidak baik dengan membuang sampah di merata

tempat....dari tingkap kereta, dari jendela

rumah...membuang lampin bayi dalam lubang tandas atau di

tepi-tepi pokok dan macam-macam lagi aksi yang tidak manis

dalam hal pembuangan sampah hingga anak-anak telah

mempelajari bahawa membuang sampah di mana-mana sahaja

adalah perkara biasa, bukan amalan yang jijik bahkan

menyimpan sampah untuk dibuang dalam tong sampah pula

dianggap suatu yang pelik sedangkan Islam telah mengajar

bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman!

Apa yang dikemukakan di atas hanyalah beberapa contoh

tentang masalah tidak memberi contoh yang baik kepada anak-anak

atau tidak menjadi teladan baik untuk diikuti oleh anak-anak.

Anak-anak memerlukan peri laku yang baik daripada ibu bapa untuk

mereka ikuti. Jika peri laku ibu bapa tidak menuruti ajaran

agama, ini menyebabkan anak-anak keliru...apa yang mereka belajar

daripada guru tidak sama dengan yang mereka lihat di rumah,

sekali gus mengurangkan rasa hormat anak-anak terhadap ibu bapa.

Anak-anak mengharapkan didikan sempurna dan panduan

daripada ibu bapa bagi membentuk jati diri mereka yang masih

‘baru’ serta tidak memahami banyak perkara atau mempunyai

pengalaman hidup yang cukup. Anak yang berjaya dalam bidang ilmu

dunia belum tentu menjanjikan kebaikan kepada dirinya jika tiada

ketakwaan kepada Allah. Hanya melalui pendidikan akidah, ibadah

dan akhlak akan dapat mendidik anak ke arah kecemerlangan di

dunia dan akhirat

Pandangan umum menyatakan anak-anak adalah kekayaan bagi orang

miskin. Maksudnya, orang yang miskin harta benda tetapi mempunyai

anak yang ramai lebih baik daropada orang yang kaya harta benda.

Oleh itu, anak mestilah dididik dengan betul dan berterusan bagi

menjadikan mereka insan yang berguna pada masa hadapan.

Anak-anak memerlukan kekuatan bagi tempat bersandar,

memerlukan dada sebagai tempat menangis dan memerlukan contoh

bagi dipelajari. Lantaran itu, contoh dan teladan yang baik

daripada ibu bapa sangat penting bagi dipelajari oleh anak-anak.

Jika ibu bapa sentiasa beramal ibadah, anak-anak tentu

melakukannya dengan mudah. Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak

meninggalkan solat berjemaah akan diikuti oleh anak-anak di

rumah. Setiap ibu bapa yang prihatin dan bijaksana sentiasa dapat

mendidik anak-anaknya ke arah kecemerlangan akal budinya.

Tidak Atau Kurang Berdoa Untuk Anak-Anak

Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib

mendidik anak-anak yang diamanahkan itu menjadi insan mulia

mengikut jalan yang benar dan diredai Allah swt. Namun lumrah

seorang kanak-kanak yang semula jadi memiliki sifat-sifat nakal.

Sepanjang perjalanan pembesaran mereka kadang kala menguji

kesabaran ibu bapa.Usahlah cepat melenting menghadapi kerenah

anak-anak kerana sebagai seorang Muslim kita sebenarnya mempunyai

penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian. Berdoalah

kerana doa itu senjata orang mukmin. Berdoalah kerana doa itu

penawar kalbu.

Dalam Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang

dihajati. Doa juga memainkan peranan penting dalam kesejahteraan

dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga. Sebagai ibu bapa, kita

perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan anak-

anak dan elakkan mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak

kerana apa yang lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa.

Tidak berdoa untuk anak-anak merupakan satu kesilapan

besar. Tidak berdoa untuk anak-anak seolah-olah membiarkan

berjalan di persada luas tanpa payungan rahmat kerana doa ibu

bapa terhadap anak-anak adalah pembuka rahmat Allah yang amat

penting buat mereka. Anak-anak yang masih muda dan baru dalam

kehidupan ini perlukan cahaya, perlukan petunjuk. Mereka

perlukan pelembut hati dan penawar kalbu. Ada anak yang Allah

permudahkan kesolehan mereka dan sentiasa mengharapkan doa ibu

bapa mereka. Ada Anak yang menjadi ujian Allah swt bagi ibu bapa

mereka – degil, nakal dan mudah terpengaruh dengan suasana dan

kawan rakan. Anak-anak ini juga perlukan doa daripada ibu bapa

mereka. Doa memohon Allah memasukkan iman dan takwa dalam jiwa

mereka. Dia agar Allah swt melembut hati mereka untuk kembali ke

jalan benar. Doa mudah-mudahan Allah swt memimpin mereka kepada

cahaya yang terang benderang.

Doa adalah rasa kefakiran seorang hamba kepada Tuhannya

kerana ia merasakan kekuasaan Allah yang Maha Kuasa dalam

kehidupannya. Ia Merasakan bahawa segala urusan adalah dalam

genggaman-Nya. Ia merasakan lemah longlai di hadapan Allah dan

merasa hancur berderai di hadapan-Nya,lalu ia mengemukakan

hajatnya kepada Tuhannya yang maha pencipta dengan penuh rasa

tendah hati. Kadang-kadang kita berdepan dengan kerenah anak-anak

yang terlalu menyedihkan hati kita. Air mata telah banyak

mengalir, telah banyak membasahi pipi. Pelbagai usaha telah kita

lakukan, namun tidak Berjaya juga untuk mengatasi kerenah

mereka. Tapi ada satu lagi yang kita tidak buat atau kita buat

tapi belum sampai ke tahap maksimum – berdoa. Kita hadapkan

kepada Allah swt, Tuhan yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih

lagi Maha Penyayang akan segala kelemahan dan kesilapan kita.

Kita mohon ampun daripada Allah atas kelapaan, kelemahan dan

kesalahan kita dalam mendidik mereka hingga menyebabkan mereka

berkerenah begitu. Kita rayu kepada Allah dengan segala

kerendahan hati, dengan segala kelemahan kita, dengan segala

lemah dan tiada berdaya lagi kita, hanya kepada Allah-lah kita

harapkan bantuan dan pertolongan. Hanya kepada Allah yang Maha

Berkuasa kita harapkan penyelesaian daripada masalah yang kita

hadapi.

Doa untuk anak-anak:

Mohon kesejahteraan dan kesihatan untuk mereka.

Mohon dibuang segala perangai yang buruk dan dipimpin untuk

berada di atas jalan yang benar

Mohon diberi kejayaan dan kebahagian di dunia dan akhirat

Mohon dipelihara daripada kawan-kawan yang buruk perangai

Mohon dijauhi sifat malas, bakhil, bongkak, sombong dan

riya’

Mohon dijadikan anak yang soleh

Mohon dimasukkan iman dan takwa dalam hati mereka serta

dikuatkan iman menghadapi cabaran jahiliah dak kekufuran.

Mohon dijadikan pewaris yang mendokong dan memperjuangkan

risalah Rasulullah s.a.w.

Antara masa-masa mustajab doa:

1. Waktu sepertiga malam yang akhir

2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa

3. Doa selepas solat fardhu

4. Doa ketika sujud dalam solat

5. Doa antara azan dan Iqamah

6. Ketika Bermusafir

Antara ayat-ayat al-Quran yang boleh diamalkan sebagai doa-doa untuk anak-anak:

Melazimkan membaca Surah al-Insyirah.

Mengamalkan membaca Surah Taha ayat 1-5

Doa memohon zuriat yang baik:

ة� ي��� ر ك�� ذ� دن�� ن� ل�� ى م� ب� ل ه�� ب� ك�� ر� ن��� ة� إ � ب� ي$ ء ط�� آ) ع�� ع إل�د ي� م س��(SURAH ALI-IMRAN AYAT 38)

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriatketurunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) do a permohonan .’ ”

Doa memohon anak-anak yang soleh:

ن� ي� ح ـل ن�� إل�ص� ى م� ب� ل ه�� ب� ر�

(SURAH AS-SAAFFAT AYAT 100)

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitungdari orang-orang yang soleh”.

Doa memohon anak-anak dan zuriat yang rajin mengerjakan solat:

م� ي� ق� ى م� لن� ع� إج�� ب� ء ر� آ) ل ذع�� � ب� ق�� ت��� آ و� ب�� ب��� ى ر� Dن � $Eب ر ن� ذ� م� لوة� و� إل�ص�(SURAH IBRAHIM AYAT 40)“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan

sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai

Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”

Doa memohon anak-anak sebagai penyejuk mata dan pemimpin

orang-orang yang bertakwa:

ام�ا م�� ن�� إ ي� ق� لمي�� آ ل� لب�� ع� إج�� و� ن� ي� ع� �Oة�� إ �ر� آ ق� ن�� Dـت � ن�$ ر ذ� آ و� ن�� ج�� و� ر� �Oن� إ آ م� ب�� ب� ل�� آ ه�� ب�� ب��� ر�(SURAH AL-FURQAN AYAT 74)

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteridan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakanhati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.”

Mudah-mudah dengan doa yang selalu panjatkan kepada Allah

swt setelah kita berusaha untuk mendidik anak-anak,

dipimpin oleh Allah kita dan anak-anak kita ke jalan yang

benar, jalan para salihin.

Terlalu Menurut Kehendak Anak

Kadang-kadang kita merasa kasihan untuk mengatakan

tidak kepada permintaan anak-anak. Kita meresa belas jika

melihat merasa rasa kecewa akibat kita mengatakan tidak

kepada permintaan mereka. Kita merasa gelisah ketika

melihat anak-anak memberontak akibat kita merasakan tidak

kepada kehendak mereka.

Rasa kasihan belas terhadap anak-anak tidak boleh

mengatasi kebenaran. Rasa kasih saying kepada anak-anak

tidak boleh melangkahi ketetapan agama. Jangan sampai rasa

belas kasih kepada mereka menyebabkan kerugian kepada

mereka pada kemudian hari. Sebagai contoh, antara kehendak

anak-anak yang dituruti:

Membeli pakaian berjenama yang mahal – sikit-sikit boleh

tapi bukan kesemuanya kerana jika kesemua dituruti, ia akan

membentuk sikap bermewah-mewah.

Makan di restohan mewah – sekali-sekala boleh tapi bukan

selalu kerana j ika selalu, ia akan membentuk sikap suka

bermewah, berbelanja besar dan melihat bahawa makan dan

minum adalah perkara yang sangat penting dalam hidup ini.

Tidak mahu pergi mengaji a-Quran – Tidak ada kompromi dalam

hal ini. Jika anak tidak mahu pergi mengaji al-Quran tanpa

sebab-sebab kesihatan dan lain-lain yang munasabah, ibu bapa

perlu bertindak tegas. Jika anak tidak mahu belajar al-Quran

akan berakhir dengan mereka buta al-Quran atau tidak tahu

membaca al-Quran atau tidak pandai membaca al-Quran yang

mana ini akan merugikan diri mereka, ibu bapa itu sendiri

serta agama Islam. Ibu bapa perlu mencari jalan agar anak-

anak boleh mengaji al-Quran dengan mudah seperti mencari

tempat, masa belajar dan guru yang sesuai agar hal ini tidak

terganggu.

Bermain computer games: Computer games ada kalanya baik

kerana ia boleh melatih minat dalam aspek-aspek tertentu

seperti bidang animasi, multimedia dan strategi, namu jika

terlalu banyak computer games akan merosakkan. Jika terlalu

banyak akan merosakkan minda dan perasaan, merosakkan jiwa

dan perasaandan merosakkan kesihatan.

I. Rosak minda dan perasaan kerana computer games

boleh menjadi dadah yang menyebabkan ketagihan.

Akibatnya anak malas solat, malas mengaji al-

Quran,malas belajar dan hubungan antara ahli

keluarga menjadi renggang kerana minda dan perasaan

asyik dengan computer games.

II. Rosak minda dan perasaan juga kerana computer games

ada kalanya membawa mesej yang bertentagan dengan

akidah dan agama seperti simulasi sebagai tuhan yang

mana pemain-pemain ada beberapa nyawa, selepas mati

boleh hidup balik dan bermain semula sedangkan dalam

akidah Islam mati hanya sekali dan yang dibangkitkan

adalah di alam akhirat. Ada juga computer games yang

membawa imej anti Islam iaitu pertarungan antara

kuasa Barat seperti Amerika melawan tentera umat

dan Negara Islam. Begitu juga, ada imej tidak

bermoral seperti animasi yang mendedahkan aurat yang

keterlaluan serta pergaulan bebas lelaki dan

perempuan.

Anak-anak yang bermain computer games perlu dikawal selia –

jangka masa dan waktu mana mereka bermain, jangan terlalu

lama dan jangan hingga mengganggu waktu solat, mengaji al-

Quran, belajar dan membuat kerja sekolah, menziarahi

keluarga, saudara mara dan sahabat, menghadir kenduri

kendara dan sebagainya. Ibu bapa perlu bertindak tegas

walaupun jika terpaksa merotan mereka – merotan untuk

mendidik, untuk kebaikan masa hadapanmereka.

Memberi kebebasan kepada anak-anak melayari internet1: Tidak

dapat dinafikan kelebihan Internet dalam membantu

mengembangkan pengetahuan pengguna muda. Cari apa saja,

boleh dikatakan semuanya ada dan oleh sebab itulah, jika

tidak diawasi, internet boleh menjadi saluran yang

merosakkan, terutama bagi anak-ana, sama ana kanak-kanak

mahupun remaja, yang belum matang dan sesiapa sahaja yang

tidak mempunyai ketahanan dalaman yang kuat. Jika ibu bapa

member kebebasan kepada anak-anak untuk melayari internet

atau tidak mengadakan kawalan terhadap anak-anak ketika

mereka melayari internet, mereka akan terdedah kepada

beberapa perkara buruk seperti berikut:

I. Bahan-bahan berunsur seks – jika anak-anak

tersangkut hati dengan bahan-bahan ini akan

menyebabkan mereka asyik melihat gambar dan video

seks dan boleh membuka pintu kepada perzinaan.

1 Harum: http://www.harum.com.my/woman.php?cate=fami&id=694, 5 Mac 2013

II. Pembuangan dan pembaziran masa serta meninyebabkan

sikap malas – malas solat, melewat-lewatkan solat,

malas mengaji al-Quran, malas belajar, malas

melakukan kerja rumah yang disuruh oleh ibu bapa,

marah kepada nasihat dan teguran ibu bapa dan tidak

mahu terlibat dengan aktiviti keluarga.

Kajian itu juga mendapati tiga peratus ibu bapa

tidak tahu aktiviti anak mereka apabila

melayari Internet. Jika anda termasuk dalam kategori

ini, ambil tindakan segera dengan meluangkan sedikit

masa untuk menemankan anak dan memerhatikan aktiviti

mereka walaupun anda menganggap anak ´cukup besar´

untuk menjaga dirinya daripada bahaya Internet.

Namun anda mungkin tidak sedar, anak yang dianggap

cukup besar ini antara calon paling berpotensi untuk

menjadi mangsa, terutama remaja perempuan. Cuba anda

lihat balik berapa ramai remaja perempuan menjadi

mangsa rogol apabila berjumpa rakan baru yang

dikenali melalui laman sembang di Internet.

Kini dengan adanya pelbagai laman sembang yang

membolehkan hampir semua orang menjadi kawan,

cabaran keselamatan ini lebih hebat dan ia tidak

hanya tertumpu pada kanak-kanak atau pengguna muda

kerana ada orang dewasa turut menjadi mangsa

penipuan.

Antara kes terbaru dilaporkan di media membabitkan

10 lelaki yang terpukau dengan janji palsu wanita

jelita, menyebabkan mereka kerugian hampir RM10,000.

Cinta Internet juga menyebabkan enam wanita

terpedaya dengan kata-kata manis lelaki hidung

belang berusia 40-an yang bijak menggunakan

pendekatan agama. Seorang daripada wanita berkenaan

kehilangan RM300,000 selepas sembilan bulan

berkenalan.

Yang menyedihkan, wanita ini bukan saja kerugian

wang malah tergadai maruah kerana lelaki berkenaan

turut meniduri mereka!

Berita polis menumpaskan sindiket dianggotai 11

pelajar dari Nigeria dan tiga wanita tempatan yang

memperdaya lebih 100 wanita ketandusan kasih sayang

melalui laman sembang sosial baru-baru ini dengan

jumlah penipuan hampir RM1.5 juta adalah bukti

bahawa keselamatan di Internet perlu diberi lebih

penekanan.

Menurut Penasihat Keselamatan Internet Norton Asia,

Effendy Ibrahim, kajian mendapati 40 peratus

pengguna muda ini berasa menyesal melakukan sesuatu

yang dianggap tidak wajar di Internet, apatah lagi

selepas melalui pelbagai gangguan emosi kesan

daripada kesilapan mereka. Antara gangguan emosi

berkenaan ialah:

* Berasa marah (46 peratus)

* Terganggu (45 peratus)

* Geram dan sedih (42 peratus)

* Terkejut (40 peratus)