Kunjung Bantu SPb Ke SMK Mutiara Capai Matlamat

20
Kunjung Bantu SPb Ke SMK Mutiara Capai Matlamat Labuan – SMK Mutiara telah menerima khidmat kunjung bantu daripada Sektor Pembelajaran (SPb), Jabatan Pendidikan W.P Labuan pada Jumaat lalu. Kunjung bantu melibatkan 7 pegawai SPb telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Encik Yusup bin Mohamad. Dalam sesi kunjung bantu tersebut, pihak sekolah turut mengadakan sesi Dialog Prestasi Akademik dengan membentangkan data-data dan analisis berkaitan pencapaian calon-calon SPM 2020 dalam peperiksaan pertengahan tahun peringkat sekolah. Pembentangan telah dibuat oleh Encik Mohd Nizam bin Yasim, pengetua SMK Mutiara. Menurut beliau pencapaian calon-calon SPM 2020 masih rendah dan banyak aspek yang boleh ditambahbaik. Di samping itu, beliau turut membentangkan pelan-pelan intervensi bagi menangani isu- isu termasuk kehadiran murid. “Pencapaian murid-murid banyak dipengaruhi oleh kehadiran

Transcript of Kunjung Bantu SPb Ke SMK Mutiara Capai Matlamat

Kunjung Bantu SPb Ke SMK MutiaraCapai Matlamat

Labuan – SMK Mutiara telah menerima khidmat kunjung bantu daripadaSektor Pembelajaran (SPb), Jabatan Pendidikan W.P Labuan pada Jumaatlalu.

Kunjung bantu melibatkan 7 pegawai SPb telah diketuai oleh TimbalanPengarah Sektor Pembelajaran, Encik Yusup bin Mohamad.

Dalam sesi kunjung bantu tersebut, pihak sekolah turut mengadakan sesiDialog Prestasi Akademik dengan membentangkan data-data dan analisisberkaitan pencapaian calon-calon SPM 2020 dalam peperiksaanpertengahan tahun peringkat sekolah.

Pembentangan telah dibuat oleh Encik Mohd Nizam bin Yasim, pengetuaSMK Mutiara. Menurut beliau pencapaian calon-calon SPM 2020 masihrendah dan banyak aspek yang boleh ditambahbaik. Di samping itu,beliau turut membentangkan pelan-pelan intervensi bagi menangani isu-isu termasuk kehadiran murid.

“Pencapaian murid-murid banyak dipengaruhi oleh kehadiran

mereka ke sekolah. Oleh demikian kita akan memperkasakanaktiviti-aktiviti PdP oleh guru-guru di dalam bilik darjahsupaya kehadiran murid-murid mendapat manfaat maksimum” ujarbeliau.

Encik Mohd Nizam turut menegaskan bahawa isu-isu berkaitan kehadirandan disiplin akan ditangani bersama-sama dengan ibubapa murid supayasetiap tindakan dapat memberi impak terbaik.

Selain itu, keupayaan calon-calon SPM dalam mengolah ayat untuk itemberbentuk struktur dan esei juga perlu diberi perhatian sewajarnyaoleh guru-guru.

Pengetua sekolah membentangkan data dan analisis pencapaian calon-calon SPM dalam peperiksaan pertengahan tahun.

Cikgu Jostelen memberi penerangan tentang pemarkahan bagi kertasSejarah SPM untuk makluman peserta dialog.

Dalam sesi dialog, Encik Yusup telah mengadakan sesi komunikasi duahala bersama guru-guru Tingkatan 5. Guru-guru turut mengakui bahawafaktor kehadiran murid yang tidak konsisten adalah penyebab kepadapencapaian yang kurang memberangsangkan dalam kalangan calon-calon SPM2020 terutamanya dalam dua mata pelajaran wajib lulus iaitu BahasaMelayu dan Sejarah.

“Guru-guru perlu sensitif dan prihatin terhadap perubahantingkahlaku murid terutamanya murid-murid yang terkesandengan pandemik Covid19. Kadang-kadang kita perlu memenuhikeperluan lahiriah mereka terlebih dahulu sebelum pengisianpembelajaran dapat dibuat dan memberi kesan mendalam kepadamurid” kata Encik Yusup lagi.

Pegawai-pegawai SPb juga turut memberi idea dan saranan ke arahpeningkatan prestasi murid dalam jangkamasa 3 bulan terakhir ini.SISC+ pula akan memberi bimbingan kepada guru dan murid sehingga kedalam bilik darjah.

Pegawai SPb, Puan Murni turut memberi sumbangan idea dalam sesi dialogtersebut.

Pihak sekolah berasa berbesar hati atas kunjung bantu kali ini danberharap keputusan dan rumusan daripada dialog ini akan diambiltindakan dalam tempoh segera demi kepentingan murid-murid.

Di akhir sesi kunjung bantu, pihak sekolah menyampaikan sijilpenghargaan kepada Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan W.P Labuanatas bantuan dan bimbingan yang telah diberikan.

Berita Oleh : SMK Mutiara

Para guru dan Pegawai SPb yang hadir semasa sesi dialog

Dialog Prestasi SMK Taman PerumahanBedaun Terima Kunjungan DaripadaTimbalan Pengarah JPWPL

Labuan, 22 September – Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan

Bedaun (SMKTPB) telah mengadakan Dialog Prestasi Pra Percubaan SPM2020 bersama Encik Yusuf bin Haji Mohamad, Timbalan Pengarah SektorPembelajaran, Jabatan Pendidikan W.P Labuan (JPWPL). Turut hadirbersama ialah Pegawai SISC+ Pn. Siti Zaharah Mohamad, Pn. SurianiOxley dan Cik Juraidah Aman.

Dialog Prestasi pada kali ini memberikan tumpuan kepada isu ataupermasalahan yang dikenal pasti daripada hasil keputusan Pra PercubaanSPM baru-baru ini. Selain itu, semua guru mata pelajaran juga telahmembuat perkongsian intervensi bagi setiap panitia dalam meningkatkanpencapaian murid.

Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun, Encik Ag Rozlan A. Manan dalamucapannya mengharapkan agar semua guru dapat memberikan komitmen yangtinggi dalam memastikan sasaran GPS (Gred Purata Sekolah) 5.00tercapai untuk tahun ini.

Dalam pada masa yang sama, Encik Ag. Rozlan juga mengharapkan agarsemua guru dapat mengenal pasti kelemahan murid dan melaksanakanintervensi yang bersesuaian bagi setiap murid.

Untuk rekod, seramai 94 orang murid SMKTPB akan menduduki peperiksaanSPM pada tahun ini.

Dialog bersama guru- guru mata pelajaran pada kali ini lebih bermaknakerana guru-guru dapat mendengar amanat daripada Encik Yusuf.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua gurudan pihak sekolah kerana berjaya memperoleh sijil lulus 100% dalampeperiksaan SPM 2019. Beliau juga amat mengharapkan agar pencapaianini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun akan datang.

Encik Yusuf juga turut menyatakan keyakinannya kepada semua gurukerana percaya bahawa usaha yang berterusan pastinya akan membuahkanhasil yang membanggakan.

Guru-guru perlu yakin dan percaya bahawa setiap murid sememangnyamempunyai potensi diri yang tersendiri. Semoga SMKTPB terus mengoraklangkah ke hadapan demi mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum

dan juga sahsiah diri.

Encik Yusuf turut menyampaikan sijil pencapaian 100% lulus dalamPeperiksaan Pra Percubaan SPM kepada panitia Fizik dan Geografi. Turuthadir dalam program ini Pn. Chai Yee San Penolong Kanan Pentadbirandan Pn. Lau Chin Ying Penolong Kanan Ko-kurikulum

Berita Oleh : SMK Taman Perumahan Bedaun

Ismail Abdullah Kekal Jawatan YDPMPSM Labuan

Labuan, 12 Sept – Encik Ismail bin Abdullah berjaya mengekalkanjawatan sebagai Yang DiPertua(YDP) Majlis Pengetua Sekolah Menengah(MPSM) Cawangan W.P. Labuan buat kali kedua berturut-turut. Pemilihanyang turut melibatkan jawatankuasa tertinggi bagi tempoh 2020-2022telah dibuat dalam Mesyuarat Agung MPSM pada Khamis lalu.

Pengarah Pendidikan W.P. Labuan, Puan Khaziyati Osman telah hadirmerasmikan Mesyuarat Agung yang dibuat di salah sebuah hotel di pusat

bandar.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih atas usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh semua pengetua di wilayah ini bagimemastikan kualiti sekolah berada pada tahap yang membanggakan.

Beliau turut menekan kepada prinsip kerja OBEDIENT (Outcome based,Believe, Efficient, Data driven, Innovative and creative, Effective,Now, Thinker) untuk diamalkan bagi memacu pendidikan di wilayah inijauh ke hadapan.

“Kita mesti berusaha memastikan kehadiran murid ke sekolahkekal tinggi terutamanya murid-murid tingkatan 5. Kita jugaperlu pastikan tiada murid yang mengalami defisitpembelajaran untuk menjamin peningkatan prestasi terutamanyadalam peperiksaan SPM tahun ini” katanya lagi.

Pengarah Pendidikan, Puan Khaziyati Osman merasmikan Mesyuarat agungMPSM

Terdahulu, Encik Ismail selaku YDP MPSM telah menyatakan sokongan padu

kepada barisan kepimpinan pendidikan dan berharap dapat terusbekerjasama demi kemenjadian anak-anak di Labuan.

Pemilihan jawatankuasa tertinggi telah dilaksanakan secara tertibmelibatkan semua pengetua sekolah menengah termasuk pengetua SM SainsLabuan dan Pengarah Kolej Vokasional Labuan. Timbalan Pengarah SektorPembelajaran, Encik Yusup bin Mohamad telah bertindak sebagaipemerhati kepada proses pemilihan yang telah dijalankan.

Jawatan Timbalan YDP telah dimenangi oleh Encik Mohd Nizam bin Yasimyang juga pengetua SMK Mutiara. Sementara itu jawatan SetiausahaKehormat disandang oleh Pengetua SM St. Anne, Puan Mary Anita Abahmanakala Puan Norazita binti Mohd Nor sebulat suara dipilih sebagaibendahari.

Turut hadir di dalam mesyuarat agung tersebut ialah Timbalan PengarahSektor Pembangunan Murid, Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad.

Berita Oleh : MPSM Labuan

Penyerahan Nota Serah Tugas TYDP daripada Encik Jamatin bin AbdulLatif kepada Encik Mohd Nizam

Penyerahan Nota Serah Tugas Setiausaha Kehormat daripada Puan DonaUnduh kepada Puan Mary Anita Abah

MPSM W.P Labuan bergambar kenangan bersama Pengarah Pendidikan

SELAMAT BERSARA CIKGU AMIN

Labuan : Seluruh warga SMK Mutiara mengucapkan selamat bersara kepadaCikgu Mohd Aminuddin bin Haji Abdul Malek, yang bersara wajib pada 18Ogos 2020 yang lalu setelah menyumbang bakti khidmat cemerlang selamalebih 38 tahun dalam arena pendidikan.

Jawatan terakhir yang disandang beliau ialah Pengawai Meja UnitPembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan W.P Labuan yangbertanggungjawab sepenuhnya mengurus Unit Pasukan Badan Beruniform(PBB), Unit Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) danUnit Koakademik Bahasa Inggeris.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Amin terkenal dengansikap proaktif dalam menjalankan tugas sehingga begitu dikenali diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau pernah mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Guru KRS Kebangsaanpada tahun 2013.

Cikgu Amin menyampaikan ucapan ringkas sempena lawatan perpisahan diSMK Mutiara

Selain itu, Cikgu Amin juga pernah diberi kepercayaan memegang jawatanPengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Catur Majlis Sukan SekolahMalaysia selama 15 tahun dari 2004 hingga 2018.

Di peringkat negeri, Cikgu Amin sangat terkenal dengan ketegasan dalammengurus persatuan-persatuan dan unit beruniform termasuk Kadet RemajaSekolah (KRS), Kadet Bomba dan Pengakap.

Pasukan STEM negeri juga berjaya muncul naib johan peringkatkebangsaan pada tahun 2019 di bawah kendalian beliau bersama-samaCikgu Hisyam dan Cikgu Angela Joseph.

Pencapaian tersebut hanyalah sebahagian kecil daripada sumbangan besarbeliau dalam bidang pendidikan di wilayah ini.

Malah sumbangan beliau menjangkaui tugas hakiki dengan mengambilinisiatif memperkenalkan sistem STAR headcount yang bersifat akademikyang telah memberi manfaat kepada banyak sekolah di dalam dan luarLabuan.

SMK Mutiara berasa sangat berbesar hati menerima kunjungan rasmiterakhir beliau ke sekolah ini pada selasa lalu. Beliau melapor diridi SMK Mutiara pada tahun 1996 sebagai tempat bertugas pertamanya diLabuan apabila berpindah daripada tanah besar Sabah.

Rombongan beliau ke SMK Mutiara tepat jam 9.00 pagi telah disambutoleh pengetua sekolah bersama 7 orang guru yang pernah berkhidmatbersama-sama beliau di SMK Mutiara yang dahulunya dikenali sebagai SMKMembedai. Mereka termasuk Cikgu Hisyam Abdul Aziz, Cikgu Teo Geok Lin,Cikgu Mary Bong, Cikgu Kim Non Chong Keat dan Cikgu Lee Hoi Tho.Selain itu, Encik Aspan Ngadi yang bertugas sebagai Pembantu Amsekolah turut sempat berkhidmat bersama-sama Cikgu Amin.

Dalam satu majlis ringkas, Cikgu Amin telah menandatangan buku lawatandi ruang legar blok B sekolah sambil disaksikan oleh pegawai-pegawaiJPN yang mengiringi beliau yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul RahmanAhmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid (SPM).

Ketibaan rombongan Cikgu Amin disambut oleh Pengetua dan guru-guru SMKMutiara

Cikgu Amin menyampaikan ucapan ringkas sempena lawatan perpisahan diSMK Mutiara

Dalam ucapan ringkasnya, Cikgu Amin mengucapkan terima kasih ataskerjasama yang telah diberikan kepada selama beliau bertugas diLabuan.

“Saya sedia menawarkan bantuan tenaga dan kepakaran jikadiperlukan dalam tempoh persaraan saya jika diperlukan olehpihak sekolah dan jabatan. Sekali bergelar guru, gurulahselamanya” ujar beliau lagi.

Sejurus selepas itu, sesi penyampaian cenderamata kenangan sebagaitanda penghargaan dan terima kasih pihak sekolah terhadap komitmenbeliau sepanjang perkhidmatan di SMK Mutiara.

Turut hadir di dalam majlis ringkas tersebut ialah Puan RoslaniahZainal, Penolong Kanan Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI), EncikFadhil, Kaunselor Negeri dan Encik Hasbollah Amit, KPP UnitPembangunan Bakat Murid.

Jasamu sentiasa dikenang hingga akhir hayat. Terima Kasih Cikgu Amin

Cikgu Amin bergambar kenangan bersama Pengetua Encik Nizam.

SMK Mutiara Terima Kunjung BantuSektor Pembelajaran

Labuan – Seramai 9 pegawai daripada Sektor Pembelajaran, JabatanPendidikan W.P Labuan telah membuat sesi kunjung bantu dan konsultansike SMK Mutiara pada Jumaat lalu.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Teknologidan Vokasional Encik Mohd Al-Ghaffar bin Mohamad Maidin telahmemulakan sesi kunjung bantu secara kaunter terbuka bermula jam8.30pagi.

Menurut Encik Al-Ghaffar, sesi kunjung bantu ini melibatkan beberapaaspek bimbingan iaitu susunan jadual waktu dalam tempoh PKPP,penjajaran semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan penjajaransemula kurikulum. Selain itu, bimbingan pedagogi dan pengurusanpanitia turut menjadi fokus bimbingan.

“Kita bertanggungjawab memastikan pembelajaran di sekolahberjalan lancar walaupun dalam tempoh PKPP. Cabaran sudahpasti berbeza namun kurikulum pembelajaran mesti disampaikankepada murid terutamanya calon-calon tingkatan 5 yang bakalmenghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi” katanya lagi.

Dr. Hyginus dan Puan Siti Zaharah, SISC+ bahasa sedang menjelaskanpenjajaran semula kurikulum kepada Cikgu Siti Khadijah

Cikgu Mary Bong dibimbing oleh SISC+. Cik Juraidah Aman

Pengetua SMK Mutiara, Encik Mohd Nizam bin Yasim mengalu-alukankehadiran dan bimbingan yang dibuat oleh pegawai-pegawai daripada SPb.

“Semua guru perlu mengambil peluang ini untuk mendapatkanmaklumat, nasihat dan bimbingan berkaitan bidang tugasmasing-masing. Semoga dengan bimbingan ini guru-guru SMKMutiara dapat meningkatkan kualiti penyampaian terutamanyadari aspek pedagogi di dalam bilik darjah” tambah beliaulagi.

Pegawai-pegawai Sektor Pembelajaran turut dibawa untuk melawat kebilik-bilik darjah. SISC+, Dr. Hyginus Junior Lee melahirkan rasagembira kerana sepanjang pemerhatiannya semua guru dan murid menjalaniproses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang harmoni walaupundalam tempoh PKPP.

Berita Oleh : SMK Mutiara

Pengetua (tengah) sedang berbincang dengan Puan Siti Zahara