Kesan Kemasukan Pengaruh Luar Ke Dalam Masyarakat di Asia Tenggara

21
PENGENALAN Seperti yang kita ketahui Asia Tenggara pernah dikuasai oleh pelbagai pengaruh dari luar antaranya ialah dari orang Inggeris, China dan India di mana telah berjaya merubah dan melakukan transformasi terhadap segala sudut dalam pentadbiran iaitu dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Terdapat perubahan yang menuju ke arah kebaikan dan juga yang sebaliknya. Pada mulanya kuasa asing ini tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap Asia Tenggara disebabkan dalam proses untuk mendapatkan kepercayaan dan dalam proses untuk mengenali kekuatan yang dimiliki oleh Asia Tenggara. Seterusnya kuasa asing mulai bertindak agresif dengan menguasai bidang pentadbiran seperti memeperkenalkan sistem Residen di Tanah Melayu. Selain itu kuasa asing dari China dan India telah mempengaruhi masyarakat di tempat itu dengan berlakunya pembahagian kepercayaan agama sebagai contohnya, Burmese Buddhists’ , Hindu India dan Muslim ataupun masyarakat tempatan yang menganuti kepercayaan ibunda. 1 Selain itu, di Myanmar misalnya telah mengharamkan persatuan Buddha sangha yang mempunyai fahaman tersendiri iaitu , a One Nation, One Race, One Religion yang akan menjadi panduan digunapakai terhadap penduduk minoriti di sesebuah kawasan. 2 Kuasa asing di Vietnam iaitu missionari dari Perancis pada abad ke-16 telah membawa agama Katolik kepada beberapa Vietnam yang berhijrah ke Ayuthia namun akhirnya telah dihalau oleh kuasa Siam dan missionary Perancis dimasukkan ke dalam penjara. 3 Kuasa asing ini kebanyakkannya 1 Thant Myint-U, The Making Of Modern Burma(United Kingdom: Cambridge University Press, 2001), Hlmn 245. 2 Zunetta Liddel, No Room To Move: Legal Constraints On Civil Society In Burma”, In Straightening Civil Society In Burma. Possibilities and dilemmas for international NGO s, edited by Burma center Netherlands(BCN) & Transnational institute (TNI) (Thailand: Silkworm Books, 1999), hlmn 66-67. 3 Christoper E. Goscha, La Presence Vietnamienne Au Royaume Du Siam Du Xviie Au Xixe Si cle: Vers Une Perspective Peninsulaire , In Nguyen The Anh And Alain Forest, è Eds, Relations Entre Societies Et Etats: Gueree Et Paix En Asie Du Sud-Est, Paris: Editions I harmattan, 1998. 1

Transcript of Kesan Kemasukan Pengaruh Luar Ke Dalam Masyarakat di Asia Tenggara

PENGENALAN

Seperti yang kita ketahui Asia Tenggara pernah dikuasai oleh

pelbagai pengaruh dari luar antaranya ialah dari orang Inggeris, China

dan India di mana telah berjaya merubah dan melakukan transformasi

terhadap segala sudut dalam pentadbiran iaitu dari segi politik, ekonomi,

dan sosial. Terdapat perubahan yang menuju ke arah kebaikan dan juga

yang sebaliknya. Pada mulanya kuasa asing ini tidak menunjukkan minat

yang mendalam terhadap Asia Tenggara disebabkan dalam proses untuk

mendapatkan kepercayaan dan dalam proses untuk mengenali kekuatan

yang dimiliki oleh Asia Tenggara. Seterusnya kuasa asing mulai bertindak

agresif dengan menguasai bidang pentadbiran seperti memeperkenalkan

sistem Residen di Tanah Melayu. Selain itu kuasa asing dari China dan

India telah mempengaruhi masyarakat di tempat itu dengan berlakunya

pembahagian kepercayaan agama sebagai contohnya, ‘Burmese Buddhists’,

Hindu India dan Muslim ataupun masyarakat tempatan yang menganuti‘kepercayaan ibunda.1 Selain itu, di Myanmar misalnya telah

mengharamkan persatuan Buddha sangha yang mempunyai fahaman

tersendiri iaitu , a “One Nation, One Race, One Religion yang akan menjadi”

panduan digunapakai terhadap penduduk minoriti di sesebuah kawasan.2

Kuasa asing di Vietnam iaitu missionari dari Perancis pada abad ke-16

telah membawa agama Katolik kepada beberapa Vietnam yang berhijrah

ke Ayuthia namun akhirnya telah dihalau oleh kuasa Siam dan missionary

Perancis dimasukkan ke dalam penjara.3 Kuasa asing ini kebanyakkannya1 Thant Myint-U, The Making Of Modern Burma(United Kingdom: Cambridge University Press, 2001), Hlmn 245.2 Zunetta Liddel, “No Room To Move: Legal Constraints On Civil Society In Burma”, In Straightening Civil Society In Burma. Possibilities and dilemmas for international NGO s, ’edited by Burma center Netherlands(BCN) & Transnational institute (TNI) (Thailand: Silkworm Books, 1999), hlmn 66-67.3 Christoper E. Goscha, La Presence Vietnamienne Au Royaume Du Siam Du Xviie Au ‘Xixe Si cle: Vers Une Perspective Peninsulaire , In Nguyen The Anh And Alain Forest, è ’Eds, Relations Entre Societies Et Etats: Gueree Et Paix En Asie Du Sud-Est, Paris: Editions I harmattan, 1998.’

1

datang ke Asia Tenggara untuk mengaut keuntungan hasil bumi terhadap

negara yang dijajah, untuk kepentingan masing-masing.

2. 0 KESAN EKONOMI

Dasar Belanda

Pada abad ke-17, negeri-negeri di Asia Tenggara telah terpengaruh

dengan dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh Belanda sampaikan

menghentikan peranan dagangan aktif. Belanda memperkenalkan dasar

tesebut untuk tujuan menubuhkan sistem monopoli Belanda terhadap

proses jual beli rempah dan bijih timah di seluruh Nusantara. Untuk

memastikan dasar tersebut tercapai, Syarikat Hindia Timur Belanda(VOC)

telah menguasai kawasan Betawi pada tahun 1619 dan mengawal

pelabuhan-pelabuhan utama di Jawa dan pulau-pulau. Belanda telah

memperkenalkan beberapa dasar yang dilaksanakan dengan penuh tipu

muslihat, antaranya ialah Dasar Kultur, Dasar Liberal dan Dasar Etika.

Sistem kuntur merupakan sistem tanaman paksa yang diperkenalkan

oleh Gabenor Van Den Bosch pada tahun 1830 yang dilakukan di Jawa.

Tanaman seperti kopi, tebu dan tembakau dibolot oleh Belanda supaya

dapat membangunkan ekonomi Belanda. Bukan itu sahaja, orang Cina

juga turut serta bersubahat dengan Belanda. Golongan liberal yang di

Belanda telah menolak sistem Belanda tersebut sehinggalah tergubalnya

undang-undang yang mewajidkan segala urusan tanah jajahan hendaklah

dilaporkan kepada parlimen. Tidak lama kemudiannya, Belanda telah

mengubah sistemnya dan menukarkan sistem Kultur yang bebas.

Dasar liberal telah membuka peluang kepada pelabur Belanda untuk

melabur. Undang-undang pertanian 1870 telah dikeluarkan oleh Belanda,

2

dimana pengusaha dibenarkan memajak tanah kawasan Indonesia namun

Belanda tetap menyimpan niat mewujudkan sebuah Syarikat untuk

memonopoli ekonomi Indonesia. Dasar liberal diperkenalkan untuk

menjaga kebajikan penduduk namun ternyata semua itu gagal kerana

sikap pemodal-pemodal yang mengeksploitasi ekonomi dan kebajikan

rakyat yang tidak terjaga. Memandangkan sistem Liberal telah gagal,

sistem Etika pun diperkenalkan dan ternyata hasilnya tidak sia-sia kerana

melalui sistem Etika lah ekonomi Belanda dapat mencapai kemajuan.

VOC telah menubuhkan monopoli rempah pada tahun 1918.

Kejayaan Belanda menguasai hasil pengeluaran utama Asia Tenggara itu

bererti tamatnya sistem perdagangan bebas diamalkan di rantau itu dan

hilangnya persaingan antara Belanda dengan para pedagang Asia dan

barat yang lain seperti Arab dan India.4 Apabila kedudukanya semakin

merosot, para penanam dan pekerja telah mengalami kerugian apatah lagi

mereka terpaksa menanggung harga barang mereka sendiri.

BADAN KEWANGAN

Belanda merupakan negara yang membawa banyak perubahaan

ekonomi Asia Tenggara. Belanda telah menubuhkan sebuah bank yang

diberi nama Bank Jawa dimana Belanda sendiri melabur. Johanes de

Boscho dilantik menjadi Gebenor Jeneral oleh Raja William. Gebenor

Jeneral Johanes de Boscho ditugaskan untuk memikirkan jalan

penyelesaian meningkatkan kewangan Belanda dengan mengeksploitasi

penduduk mengisi. Bukan itu sahaja, selepas kemasukan pengaruh luar,

insuran telah diperkenalkan kepada masyarakat. Hal ini bertujuan untuk

4 Kobkua Suwannathat-Pian. 1997. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn.136

3

mendapat perlindungan sekiranya ada berlaku sesuatu, contohnya insuran

kapal.

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN BIJIH TIMAH

Kemasukan pengaruh luar telah menyebabkan peningkatkan

perusahaan bijih timah. Hal ini dapat dilihat di Tanah Melayu selepas

kemasukan pengaruh negara China dan British. Pada abad ke 19,

pengeluaran bijih timah dilakukan secara kecil-kecilan pada mulanya

apatah lagi negeri Perak merupakan pengeluar bijih timah yang terutama

dan terbesar ketika itu. Sebelum datangnya pengaruh luar,masyarakat

melayu di Tanah Melayu menggunakan kaedah untuk melombang bijih

timah adalah melampan, mendulang yang mengambil proses yang agak

lama dan meletihkan.5 Namun keadaan berubah selepas kedatangan

pengaruh China, kaedah perlombangan telah digantikan dengan kaedah

penggunaan yang lebih efektif iaitu kapal Korek dan Pam Kelikir. Secara

tidak langsung, ia telah meningkatkan lagi peningkatan pengeluaran bijih

timah.

Bukan itu sahaja, orang Cina juga telah memperkenalkan

penggunaan stim. Hal ini kerana, penggunaan teknologi itu dapat

mencepatkan lagi proses perlombangan bijih timah dan hasil yang

banyak. Hal ini dapat dibuktikan apabila pengeluaran bijih timah pada

tahun 1850 adalah 6500 tan telah bertambah kepada 5000 tan pada tahun

1904 dan terus meningkat kepada 77 tan pada tahun 1937. Peningkatan

jualan bijih timah juga disebabkan oleh kedatangan buruh Cina yang

semakin ramai datang ke Tanah Melayu.

5 Dr.Sivarajan PHD dan S.Malar Arasi. 2013. Sejarah Sosial Ekonomi Sehingga 1970. SelangorDarul Ehsan. Penerbitan Multimedia.hlmn. 23

4

Kebiasaanya, para saudagar akan mendapatkan bijih timah di

tempat galian di kawasan pendalaman kemudiannya bijih timah akan

dileburkan untuk dijadikan jongkang yang akan dihantar ke hilir-hilir dan

diperdagangkan di pelabuhan Melaka dan tempat lain. Permintaan negara

British di Great British terus meningkat bahkan telah menguasai pasaran

bijih timah. Kerajaan Great British terus berusaha untuk mewujudkan

suasana yang menyenangkan dalam perlembangan kedua-dua pihak iaitu

Eropah dan Asia. Bijih timah mendapat permintaan yang tinggi untuk

perindustrian makanan. Walaupun usaha telah dijalankan, terutama dalam

bentuk undang-undang perlombangan tetapi dari segi penguatkuasaan

diberikan kepada orang Eropah.6

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI BARU

Selepas kemasukan pengaruh luar, kesan ekonomi yang dapat

dilihat ialah perkembangan teknologi baru. Perkembangan teknologi yang

dimaksudkan ialah kepakaran dalam membuat kapal yang lebih

berteknologi. Kapal yang mempunyai keluasan yang besar dan lebih tahan

lasak untuk menghadapi lautan yang tidak menentu. Bukan itu sahaja,

penggunaan kompas, peta perjalanan lautan yang lebih tepat dan ilmu

terhadap pergerakkan angin dan pengairan. Kemudahan yang ada pada

kapal inilah yang memudahkan para penggembara untuk mengembara

dan memudahkan meluaskan kuasa ke atas negara asia tenggara.

Bukan itu sahaja, pengenalan kaedah dan teknik penanaman juga

merupakan kesan ekonomi selepas kemasukan pengaruh luar. Ianya dapat

membantu meningkatkan lagi pengeluaran tanaman untuk pengusahaan

gula. Tanaman tebu sangat terkenal di Thailand dan merupakan tanaman

6 Dr.Mohd Rais Bin Abdul Karim. 1999. Malaysia Kita, Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hlmn.380.

5

utma negara tersebut. Pada mulanya ekonomi Thailand yang berdasarkan

tebu ini telah jatuh tetapi mampu diselamatkan oleh penjajah barat

dengan memperkenalkan kaedah dan teknik yang baru.

DASAR TUTUP PINTU

Selepas Sepanyol menguasai Filipina, Filipina sukar untuk

mengembangkan ekonominya. Hal ini berpunca dari dasar yang

diamalkan oleh sepanyol iaitu dasar tutup pintu pada abad ke-16 hingga

ke-18. Dasar yang diamalkan oleh Sepanyol ini telah menghalang sesiapa

sahaja pedagang untuk singgap di Filipina. Pada tahun 1828, Sepanyol

telah mengistiharkan bahawa para pedagang dilarang untuk menjalankan

perniagaan di kedai runcit dan tidak dibenarkan untuk memasuki wilayah

Sepanyol. Sepanyol melakukan pengistiharan hanya untuk menguatkan

lagi kedudukan ekonomi negara mereka.

Walaupun telah pelbagai dilakukan untuk menggubal undang-

undang untuk menghalang kemasukan orang asing ke Filipina namun

tidak berjaya dilakukan. Hal ini kerana, ekonomi dibuka semula pada

tahun 1834. Amerika Syarikat telah masuk campur tangan dalam

perdagangan dengan mengaut banyak keuntungan dari pedagangan

tersebut.

PENINGKATAN TANAMAN GETAH

Pembukaan kawasan ladang getah telah disumbangkan oleh

kemasukan orang India yang tinggal di kebanyakkannya estet-estet dan

6

kawasan perusahaan kelapa sawit. Sehinggalah menjelang pertengahan

abad ke-19;apabila pembukaan ladang- ladang getah di Tanah Melayu

telah berlaku yang sememangnya merupakan tanaman yang semakin

popular pada ketika itu, telah merancakkan lagi pertambahan jumlah

imigran India di Tanah Melayu7

Pada tahun 1897, sebanyak 345 ekar tanah getah telah dibuka di

Tanah Melayu malah pada tahun 1940 kawasan ladang getah dibuka

meningkat kepada 3.5 juta ekar. Bukan itu sahaja, disebabkan

peningkatan getah yang meningkat maka ia telah menambahkan

penggunaan getah asli. Permintaan getah mendapat permintaan yang

tinggi kerana perkembangan industri pembuataan kereta dan barang-

barang elektrik di Eropah sedang pesat ketika itu. Gedung agensi yang

berkuasa di Singapura mempunyai hubungan perdagangan yang luas,

kelengkapan yang cukup umtuk mewujudkan perhubungan di antara

Tanah Melayu dengan pelabur-pelabur di Britain8.

KESAN SOSIAL

PERHUBUNGAN

Antara kesan kemasukan pengaruh luar ialah pembaharuan dari

segi pengangkutan dan perhubungan. Seperti Contoh, raja Chulalongkorn

telah melakukan pembaharuan dalam pengangkutan dan perhubungan

seperti sistem pengangkutan dan sistem komunikasi yang moden.

Negeri-negeri di Asia Tenggara telah menubuhkan jabatan pos dan

telegraf dan pembentukan jabatan keretapi. Jalan keretapi telah dibina

dengan bantuan kewangan luar negeri. Misalnya pembinaan jalan keretapi

7 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia, 1800-1963.Hlm.1768 Dr.Mohd Rais Bin Abdul Karim,Malaysia Kita,Intitusi Tadbiran Awan Negara ( INTAN ), 1999.hlm.383

7

di antara Bangkok dan korat yang bertujuan untuk pengangkutan

barangan. Kawalan kerajaan pusat ke atas kerajaan wilayah menjadi

mungkin dan penyatuan nasional semakin berjaya. Secara tidak langsung,

sistem perhubungan ini telah membuka mata masyarakat Asia Tenggara

dalam mengendalikan jarak perhubungan di satu kawasan dengan

kawasan yang lainnya.

PENDIDIKAN

Selanjutnya, perkembangan birokrasi moden juga adalah akibat

sistem pendidikan yang semakin maju.9 Tujuan utama sistem pendidikan

ini diperkenalkan adalah untuk menyebarkan agama Kristian,

mengembangkan budaya luar serta mengajar bahasa luar kepada

masyarakat tempatan. Oleh itu, pengajaran agama amat dititikberatkan

kerana dasar falsafah pendidikan yang ingin diturunkan kepada

masyarakat Asia Tenggara. Di samping itu, mata pelajaran yang diberi

penekanan adalah bahasa luar, muzik, budi bahasa, tingkah laku dan

kajian tentang buku klasik. Contohnya sekolah Sepanyol pertama didirikan

di Filipina adalah sekolah mukim yang telah dibina oleh mubaligh-

mubaligh Sepanyol.

VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) adalah suatu perusahaan

dagang yang mempunyai tujuan komersial dengan mencari keuntungan

secara besar-besaran untuk kepentingan Belanda. Namun pada abad 17

dan 18 di pengaruh dari negara luar telah merubah segala kegiatan yang

berkenaan kepada bidang pendidikan dan pengajaran dilaksanakan oleh

9. Thawatt mokarapong.1987.Sejarah revolusi thai.hlm.57.

8

lembaga-lembaga keagamaan, sedangkan pemerintah tidak ikut campur

tangan langsung dalam penyelenggaraannya sehingga gereja mempunyai

kebebasan yang besar dalam bidang pendidikan. Penyelenggaraan

pendidikan dan pengajaran masih dilakukan dalam kalangan agama, tapi

mereka merupakan pegawai-pegawai VOC. VOC sangat memerlukan

tenaga-tenaga pembantu yang murah dari penduduk tempatan, sehingga

penduduk tempatan tersebut perlu diberikan pendidikan untuk

menjalankan tugas yang diinginkan. Contohnya Belanda (VOC) tersebut

juga menyebarkan agama Kristian-Protestan nya dan sekolah-sekolah juga

didirikan atas pola tersebut. 10

Seterusnya dari aspek pendidikan ialah. Pemerintah tempatan telah

mencuba untuk mengusahakan untuk mengadakan pendidikan moden

untuk rakyat, bagi membina beberapa buah sekolah di seluruh negara,

dan memulakan sistem sekolah wajib dan menubuhkan university serta

member biasiswa kepada pelajar-pelajar yang pintar untuk belajar ke luar

negeri. Antara mata pelajaran yang diperkenalkan ialah sejarah, dan

geografi . Dari saat itu kepentingan pendidikan sebagai syarat memasuki

perkhidmatan kerajaan diperkenalkan.11 Oleh itu birokrasi moden dan

generasi baru telah pun berkembang bersama-sama dengan semangat

patriotik dan idea moden yang dapat betul-betul memahami perbezaan

antara naungan dan negara, dan kesetiaan pada bangsa lebih daripada

takhta sebenar.

KEAGAMAAN

Antara sumbangan atau kesan yang dibawa oleh pengaruh luar yang

meresap ke Asia Tengara di mana orang Eropah yang pertama datang ke

10 Edi Sedyawati.2006.Budaya Indonesia: Kajian Arkeologi, Seni dan Sejarah.Hlm.11-16.11 Ibid.hlm.64.

9

timur dan membawa bersama budaya dan agama yang baru. Mubaligh

mereka telah menyebarkan ajaran Kristian di India, Melaka, kepulauan

Maluku, Makau dan Jepun. Di antara mubaligh yang terkenal pada masa

itu yang bertujuan untuk menyebarkan ajaran Kristian ialah St. Francis

Xavier. Dia tiba di Melaka dari Goa pada tahun 1545 dan mengembara di

serata rantau Asia seperti Jepun, India dan Amboyna hanya untuk

menyebarkan ajaran Kristian ke kawasan Asia Tengggra. Dia merupakan

orang pertama yang membina sekolah yang dinamakan Kolej St. Paul di

Melaka pada tahun 1548 untuk pelajar dari pelbagai bangsa agar para

pelajar dapat diserapkan ilmu keagamaan tentang Kristian. St Francis

Xavier meninggal dunia di pulau Sanchan di kawasan perairan China

pada bulan Disember tahun 1552. Jenazahnya telah di bawa ke Melaka

dan seterusnya ke Goa, di mana ia masih disimpan sehinggalah ke hari

ini.

Seterusnya dari segi sosial kerajaan Funan turut menerima beberapa

pembaharuan daripada aspek agama dan kepercayaan. Kerajaan ini telah

menerima pengaruh dan perluasan daripada India dan China. Bahasa

pertuturan dan komunikasi dalam kalangan masyarakat juga dilihat telah

berlaku sedikit percampuran akibat pengaruh yang kuat daripada China

dan India pada masa tersebut.. Kesannya pengaruh daripada India dan

China dapat dilihat melalui sistem tulisan yang digunakan, seni bina

bangunan dan sebagainya. Peranan pemerintah iaitu Raja Funan sangat

besar dalam penyebaran kebudayaan yang sesuai untuk diamalkan oleh

masyarakat. Perkembangan kebudayaan dalam kerajaan Funan ini juga

secara tidak langsung mempunyai hubung kait dengan pengaruh India

dan China.

SISTEM TULISAN

10

Antara perkara lain yang turut penting dalam aspek sosial terhadap

perkembangan kerajaan Asia Tenggara adalah sistem tulisan dan bahasa

yang digunakan. Sistem tulisan dan bahasa yang diterima oleh masyarakat

Asia Tenggara turut dikatikan dengan konsep Indianization selepas

kedatangan pengaruh luar yang meluas. Pada abad kedua, nama dan

tajuk dalam bahasa Sanskrit digunakan bagi penghasilan sesebuah

utusan.12 Hal ini secara tidak langsung telah bermulanya pengaruh bahasa

Sanskrit di kerajaan Asia Tenggara sehingga tersebar meluas kepada

masyarakatnya. Menurut catatan Kang Tai pula, kerajaan Asia Tenggara

mempunyai pelbagai buku dan arkib. Tulisan yang digunakan bagi

penghasilan naskah tersebut menyerupai tulisan orang Hu yang menetap

di bahagian tengah Asia yang menggunakan tulisan India iaitu tulisan dan

bahasa Sanskrit.13 Keadaan ini membawa kepada ke arah tulisan dan

bahasa Sanskrit menjadi antara kebudayaan yang penting di Asia

Tenggara.

KESAN DARI ASPEK POLITIK

Sebelum kedatangan pengaruh Barat, negara-negara di Asia

Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Namun, setelah

kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah

diperkenalkan untuk menggantikan sisitem pemerintahan beraja. Antara

ciri umum yang terdapat dalam sistem Birokrasi Barat ialah penubuhan

kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan,

perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan,

12L. N. Shaffer. 1996. Maritime Southeast Asia To 1500. M. E.Sharpe Armonk. New York London, England. Hlm. 25-2613D. G. E Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm. 37, 43-44.

11

perlaksanaan pentadbiran melaui biro ( jabatan ), pelantikan pegawai

Barat sebagai ketua Biro dan juga pengenalan undang-undang Barat.14

Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-

daerah kecil yang dikenali sebagai barangay dimana diperintah oleh

golongan datu.15 Di selatan kepulauan Filipina pula, wujud kerajaan-

kerajaan Islam. Setelah berjaya menguasai Filipina, Sepanyol kemudiannya

memperkenalkan sistem pentadbiran pusat dimana Gabenor Jeneral

sebagai peemerintah tertinggi. Kemudian, akan dibantu oleh ketua Datuk

Bandar sebagai pentadbir wilayah dan dibawahnya pula ialah Gabenor

Kecil yang merupakan pentadbir bandar. Penjajahan bangsa Eropah ke

Asia Tenggara termasuk penjajahan Sepanyol (1565-1876) atas Filipina

tentunya bukan hanya bertujuan memperoleh kemenangan secara

ekonomi dan perluasan kekuasaan, melainkan juga mempunyai misi

menyebarkan agama kristian ( Gold, Glory, Gospel ).16 Sementara di

peringkat tempatan pula, dilaksanakan Sistem Encomienda dimana

diketuai oleh Encomiendero dan dibantu oleh Encomienda ( gabungan

barangay-barangay). Penyatuan barangay ini telah menyebabkan

berlakunya kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan

pengaruh golongan datu.

Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa

buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan

Bantam di Jawa. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh

golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan tempatan pula,

pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah. Setelah menguasai Indonesia,

Belanda kemudiannya membahagikan pentadbiran kepada dua pentadbiran14 http://sejarahsmkstteresa.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-umum-sistem-birokrasi-barat.html

15 http://ruhibidizuan.wordpress.com/bab-1/nota-3/

16 Cesar A. Majul.(1989). Dinamika Islam di Filipina. LP3ES. Hlmn 13.

12

iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Berikut merupakan

perubahan yang diperkenalkan oleh kuasa Barat dalam pentadbiran

tempatan Indonesia ;

Ciri – ciri Perubahan

Pentadbiran Pusat Diketuai oleh Gabenor Jeneral.

Pentadbiran Tempatan Dikendalikan oleh pembesar

tempatan dengan pengawasan pegawai

Belanda.

Penubuhan Jabatan Kerajaan Antaranya Jabatan Pelajaran dan

Jabatan Pertanian.

Penubuhan Dewan Tempatan Sebagai penasihat pentadbiran

Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.

Penubuhan Volksraad Merupakan Majlis Rakyat yang

dianggap sebagai satu langkah ke arah

kemerdekaan. Penubuhannya hasil desakan

Sarekat Islam.

Sebelum kedatangan British, Burma mengamalkan sisitem

pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung. Raja merupakan

penanung kepada sami Buddha. Raja-raja konbaung dipercayai mempunyai

daulat yang tinggi.17 Kemenangan British dalam Perang-Inggeris Burma III

telah membolehkan British menguasai seluruh Burma. Penguasaan British

terhadap Burma telah menyebabkan Dinasti Konbaung berakhir, institusi

raja tersingkir dan jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat

terhapus. Keadaan ini telah menjadikan British sebagai pemerintah

tertinggi Burma. Pengenalan Akta Kampung, Ulu Burma 1887 dan Akta

Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan terus pentadbiran17 http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-1.pdf

13

tradisional. Pentadbiran daigrah diambil alih oleh Myo-ok ( pegawai

bandaran ) dan sistem undang-undang Barat diperkenalkan. Pengaruh

golongan agama merosot berikutan fungsi raja sebagai penaung sami

Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat. Majlis Perundangan

telah diperkenalkan. Beberapa jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan

kesihatan dan jabatan pelajaran juga ditubuhkan.

Sebelum kedatangan Perancis, negeri-negeri di Indo-China ditadbir

oleh kerajaan pusat yang berkuasa mutlak dimana yang memberi kuasa

penuh kepada pembesar tempatan. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan

Mandarin. Golongan mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem

pentadbiran Tanah Besar China. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan

dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China. Selepas dikuasai Perancis,

pentadbiran di Indo-China diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang

bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.

Perancis juga telah membentuk sebuah kerajaan pusat pentadbiran

dengan menubuhkan Union Indochinoise. Semua rang undang-undang di

Indo-China diluluskan oleh Parlimen Perancis. Walaupun begitu,

pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi

mereka perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka

mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Namun, setelah

penaklukan Portugis di Melaka, ianya telah meruntuhkan institusi raja di

Melaka. Semasa pemerintahan Belanda pula, institusi raja ini terus

terhapus. Kemudiannya semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau

Pinang dan Singapura telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat

(NNS). Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS dan beliau dibantu

oleh residen kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut. Pentadbiran di

peringkat kampung pula, peranan penghulu masih dikekalkan.

14

Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NNMB ) iaitu Perak, Selangor,

Pahang dan Negeri Sembilan, Briish telah memperkenalkan Sistem

Residen. Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu Kedah,

Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor pula, British memperkenalkan

Sistem Penasihat. Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah

Gabenor NNS. Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk

menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam

dan adat istiadat Melayu. Selain itu, British turut memperkenalkan

pelbagai perubahan seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem

pengutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan

penubuhan balai polis. Walaupun stuktur pentadbiran di Negeri-Negeri

Melayu tidak berubah, namun peranan raja dan pembesar Melayu telah

terjejas.

Di Thailand, birokrasi Barat telah diperkenalkan sendiri oleh Raja

Mongkot dan Raja Chulalongkorn. Raja Mongkot telah melantik 80 orang

penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih

pegawai-pegawai tempatan. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis

dibawa dari Britian. Penasihat kastam dan ketenteraan pula masing-

masing dari Amerika Syarikat dan Perancis. Raja Chulalongkorn telah

memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi

dan Kabinet Menteri. Juruaudit dari Britian telah dilantik untuk

berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Pada tahun 1932, sistem raja

berperlembagaan yang diamalkan di Barat telah diperkenalkan bagi

menggantikan sistem raja berkuasa mutlak. Perubahan ini telah

mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja.

Selain itu, penentangan yang dilakukan oleh masyarakat pribumi

juga merupakan salah satu kesan penjajahan dari aspek politik. Terdapat

banyak penentangan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan apabila

kuasa Barat mula masuk campur dalam hal ehwal politik tempatan. Di

15

Indonesia misalnya, pemberontakan demi pemberontakan telah tercetus.

Penentangan terhadap Belanda yang paling berkesan ialah Perang Kawa

dimana berlaku antara tahun 1825 hingga 1830. Perang ini berlaku

disebabkan oleh timbulnya perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan

terhadap dasar-dasar Van Der Capellan seperti perbatalan kontrak sewa

tanah, pengenaan cukai, perasaan tersinggung Dipo Negoro dan lain-lain

lagi.

Sementara di China pula, telah tercetusnya Pemberontakan Boxer

yang berlaku antara 1899 hingga 1900. Pemberontakan ini bertujuan untuk

mengusir keluar orang asing dan membunuh orang Cina yang memeluk

agama Kristian. Pemberontakan ini meletus akibat perasaan tidak puas

hati orang Cina dengan kuasa Barat yang telah mencerobohkan negara

Cina sejak pertengahan abad ke 19 lagi. Ini ditambah dengan kekalahan

Cina dalam Perang Candu 1 dan 2. Selain itu, kedatangan pengaruh Barat

ini juga telah mengurangkan permintaan terhadap barangan tempatan.

Manakala, di India pula, disebabkan berlakunya pembahagian

wilayah India oleh British pada abad ke-19 telah menyebabkan timbulnya

perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat. Perasaan tidak puas

hati semakin bertambah apabila Gabenor Jeneral India telah

melaksanakan pembaharuan dalam bidang sosial, politik dan kebudayaan

dan telah menyebabkan tercetusnya Dahagi India pada 1857. Dahagi India

merupakan pemberontakan tentera atau sepoi menetang pemerintahan di

India.

Di samping itu, aspek pemerintahan dan pentadbiran yang

dahulunya ditadbir oleh orang tempatan telah diambil alih oleh penasihat

dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang pentadbiran ini adalah

selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan

anggapan mereka bahawa sistem masyarakat peribumi adalah ketinggalan

zaman dan tidak sesuai digunakan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak

16

negara Asia Tenggara diperintah melaui secara langsung oleh pihak

penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi

meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan

dilantik semata-mata bertujuan bahwa penjajah Barat masih lagi

memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka. Wujud juga persaingan

antara kuasa-kuasa Barat dalan usaha mereka mendapatkan kawasan

tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan

menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus

peperangan di Asia Tenggara.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya kedatangan pengaruh asing ke Asia

Tenggara telah menyebabkan perubahan yang drastik terhadap negara

yang dijajah. Sebagai contoh kesan pengaruh Hinddu-Buddha dari segi

politik ialah wujudnya kuasa dan hukuman yang berbeza terhadap

masyarakat menurut kelas yang diwakili. Seterusnya kesan pengaruh Cina

pula, telah menyebarkan ajaran Confusius iaitu merupakan sistem etika

yang telah diserap dalam pentadbiran di Asia Tenggara. Apabila revolusi

bermula di Vietnam, hua memberitahu generasi muda, bahawa

kepimpinan mestilah bermula daripada dalam negara sendiri. Tidak

seperti raja Vietnam sebelumnya, nguyen anh telah mengembara jauh

hingga ke gulf di siam18, untuk mendapatkan maklumat lanjut dan

mencari bantuan, tentera serta idea daripada kawasan serantau,

penguasa antarabangsa, para pedagang, para misionnari, lanun dan

mereka yang cekap dalam menggunakan senjata api.19 Kedatangan orang

Inggeris iaitu British misalnya telah menyebarkan agama Kristian di

18An interesting comparison in the thai case would be taksin. 19On Gia Long s Activities In The Gulf Of Siam, See Ta-Chi Dai-Truong s Excellent ’ ’Study, A Study Of Civil War In Viet Nam (1771-1802),Saigon: Vansu Hoc, Pp. 116-26.

17

Tanah Melayu. Seterusnya British juga telah membina balai polis,

hospital, sekolah, jalan raya, telegraf serta jalan raya yang digunakan bagi

memudahkan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun

kedatangan mereka ke Asia Tenggara menyebabkan masyarakat tempatan

tidak bebas serta terikat dengan kuasa yang di atas mereka, di mana

mereka terpaksa membayar cukai, menyerahkan hasil kepada pihak

atasan dan sering dikerah tenaga untuk melakukan sesuatu perkerjaan.

Kita harus memandang dari dua sudut yang berbeza iaitu kesan negitif

dan positif yang diperolehi daripada kesan kedatangan orang asing ke

Asia Tenggara, iaitu apa yang baik diteruskan serta ditingkatkan lagi dan

yang kurang baik ditinggalkan ataupun diperbaiki.

18

BIBLIOGRAFI

Cesar A. Majul.(1989). Dinamika Islam Filipina. LP3ES.

Cikgu Hj. Yasmin. (2011). Ciri-ciri Umum Sistem Birokrasi Barat.

Diperoleh pada April 14, 2014 daripada

http://sejarahsmkstteresa.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-umum-sistem-

birokrasi-barat.html

Christoper E. Goscha, 1998. La Presence Vietnamienne Au Royaume Du‘Siam Du Xviie Au

Xixe Si cle: Vers Une Perspective Peninsulaire , In Nguyen Theè ’Anh And Alain Forest, Eds, Relations Entre Societies Et Etats:

Gueree Et Paix En Asie Du Sud-Est, Paris: Editions I harmattan.’

Dr.Sivarajan PHD dan S.Malar Arasi. 2013. Sejarah Sosial Ekonomi

Sehingga 1970.

Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia.

Dr.Mohd Rais Bin Abdul Karim. 1999. Malaysia Kita, Institusi Tadbiran

Awam Negara

(INTAN).

Edi Sedyawati.2006.Budaya Indonesia: Kajian Arkeologi, Seni dan Sejarah.

Hairudin Tajudin. (2010). Kesan Penjajahan Sepanyol dan Amerika ke atas

Filipina. Diperoleh pada April 14,2014 daripada

http://jauhnyamatahari.blogspot.com/2010/10/kesan-penjajahan-

sepanyol-dan- amerika.html

19

( Tiada nama penulis). (2012). Sejarah Tingkatan Lima. Diperoleh pada

April 14,2014 daripada http://ruhibidizuan.wordpress.com/bab-1/nota-3/

Kobkua Suwannathat-Pian. 1997. Asia Tenggara: Hubungan Tradisional

Serantau. Kuala

Lumpur.

L. N. Shaffer. 1996. Maritime Southeast Asia To 1500. M. E.Sharpe Armonk.

New York

London, England.

Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia, 1800-1963.

On Gia Long s Activities In The Gulf Of Siam, See Ta-Chi Dai-Truong s’ ’Excellent Study, A

Study Of Civil War In Viet Nam (1771-1802),Saigon: Vansu Hoc, Pp.

116-26.

Thant Myint-U, 2001. The Making Of Modern Burma(United Kingdom:

Cambridge University

Press,).

Thawatt mokarapong.1987.Sejarah revolusi thai.

Zunetta Liddel, 1999. “No Room To Move: Legal Constraints On Civil Society In

Burma”, In

Straightening Civil Society In Burma. Possibilities and dilemmas for

international NGO s, edited by Burma center Netherlands(BCN) &’Transnational institute (TNI) (Thailand: Silkworm Books,

20

21