Jelaskan Perang Dalaman Antara China dari Tahun 1927-1937

30
Jelaskan Perang Dalaman Antara China dari Tahun 1927-1937: Ahli Nasionalisme lawan Ahli Komunisme. Isa Ma Ziliang, Go Bee Ling dan Too Mee Mee Abstrak Nasionalisme didefinisikan sebagai berikut: Perasaan kesetiaan yang tinggi pada sesuatu bangsa iaitu semangat cinta akan tanahair. Kecenderungan untuk lebih meminati bangsa sendiri terutama untuk menyaingi bangsa-bangsa lain. Sikap untuk menghubungkan kepentingan yang tinggi kepada sifat-sifat yang nyata kepada bangsa. Satu pengajaran yang memastikan bahawa kebudayaan kebangsaan semestinya dipelihara. Komunisme adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan satu sistem organisasi sosial menjadikan harta-harta benda dalam negara dimiliki 1

Transcript of Jelaskan Perang Dalaman Antara China dari Tahun 1927-1937

Jelaskan Perang Dalaman Antara China dari Tahun

1927-1937: Ahli Nasionalisme lawan Ahli

Komunisme. Isa Ma Ziliang, Go Bee Ling dan Too Mee Mee

Abstrak

Nasionalisme didefinisikan sebagai berikut: Perasaan

kesetiaan yang tinggi pada sesuatu bangsa iaitu semangat

cinta akan tanahair. Kecenderungan untuk lebih meminati

bangsa sendiri terutama untuk menyaingi bangsa-bangsa

lain. Sikap untuk menghubungkan kepentingan yang tinggi

kepada sifat-sifat yang nyata kepada bangsa. Satu

pengajaran yang memastikan bahawa kebudayaan kebangsaan

semestinya dipelihara. Komunisme adalah istilah yang

digunakan untuk menggambarkan satu sistem organisasi

sosial menjadikan harta-harta benda dalam negara dimiliki

1

oleh masyarakat secara bersama dan semua rakyat menikmati

kekayaan umum berdasarkan kepada keperluan mereka. Ia

ditujukan kepada doktrin di sebaik pergerakan revolusi

yang bertujuan untuk menghapuskan kapitalisme dan

mewujudkan satu masyarakat yang mempunyai aktiviti-

aktiviti ekonomi dirancang dan dikawal secara bersama.

Perang dalaman antara China dari tahun 1927 hingga 1937

telah berlaku di antara ahli nasionalisme dengan ahli

komunisme.

Pengenalan

Mengikut pendapat Leon Baradat (Political Ideologies: Their Origins

and Impact. Englewood Cliff, N. J.: Prentice Hall, 1979.

ms. 37-47) nasionalisme adalah satu idea politik yang

paling berpengaruh. Nasionalisme merupakan semangat atau

2

tanggungjawab kepada negara yang melibatkan ketaatan dan

pengorbanan. Ia juga merupakan satu fahaman yang

berpendapat bahawa kesetiaan tertinggi setiap individu

haruslah diserahkan kepada negara. “ Kesetiaan tertinggi

” ini adalah satu perasaan yang sangat mendalam dan akan

mewujudkan suatu ikatan yang erat dengan tanah tumpah

darahnya.

Etimologis mengatakan nasionalisme berasal dari bahasa

Latin yang bererti bangsa yang dipersatukan melalui

kelahiran. Nasionalisme merupakan satu gerakan sosial,

suatu aliran rohaniah yang mempersatukan rakyat ke dalam

negara yang membangkitkan masyarakat ke dalam keadaan

politik dan sosial yang aktif. Atau dengan kata lainnya,

sebagai keadaan sifat-sifat pemikiran segolongan orang

yang mempunyai kebudayaan yang sama tinggal bersama-sama

3

dalam hubungan yang rapat dalam kewujudan yang tersendiri

dan mereka ini mempunyai tujuan-tujuan yang sama.

Bagi komunisme, pengagihan harta-harta (pengeluaran)

mestilah berdasarkan kemampuan sebagaimana yang

terkandung di dalam prinsip Karl Marx “ from each

according to his ability, to each according to his need ”

(kerja sekuat mampu, upah sekadar perlu).

Komunisme adalah satu utopia, bergantung kepada

propaganda yang direka-reka seperti janji-janji mengambil

kuasa kapitalis dan memberikannya kepada proletriat

(rakyat kelas bawah), mendirikan kerajaan diktator

sukarela dan mengambil hakmilik swasta.

4

Walaupun orang-orang primitif mengamalkan komunisme,

tetapi perkataan “ komunisme ” hari ini membawa

pengertian idea-idea Karl Marx yang kemudiannya

diperkembangkan oleh Lenin dan lain-lain. Marxisme telah

diamalkan di Rusia dalam tahun 1917 setelah satu revolusi

pada bulan November tahun tersebut. Banyak negara lain

telah mencontohi amalan-amalan ini dan diubahsuaikan

mengikut keadaan di negara masing-masing. Misalnya Lenin

telah membawa ideologi Marx ini di Rusia dan falsafahnya

dikenali dengan Marxisme-Leninisme.

Nasionalisme dan Komunisme

Ciri-ciri Nasionalisme

Nasionalisme wujud sejak dua abad yang lalu di Eropah.

5

Eropah pada masa dulu terpaksa menghadapi pertarungan

disebabkan oleh kepadatan penduduk, kesempitan tanah dan

kurangnya sumber-sumber ekonomi. Keadaan geografi Eropah

yang bergunung-ganang dan banyak sungai-sungai

menyebabkan tidak tertubuhnya negara-negara besar,

sebaliknya muncul negara-negara kecil yang bercorak

kedaerahan. Dengan lahirnya negara-negara kecil ini maka

semangat kebangsaan pun muncullah.

Karl Marx pula mengatakan nasionalisme timbul apabila ada

dua golongan yang bertentangan, yang satu menindas dan

yang satu lagi ditindas maka di sana lambat launnya akan

berlakulah hukum antitesis atau hukum pertentangan yang

mengakibatkan perjuangan antara kedua golongan itu.

6

Penggunaan nasionalisme tanpa keganasan, bagi tujuan

mencapai kemerdekaan amat selamat seperti cara yang

digunakan oleh Mahatma Gandhi di India. Ia merupakan

penggunaan nasionalisme yang betul melalui nilai-nilai

daya, keupayaan. Nasionalisme berfungsi dalam pewujudan

negara merdeka, mengekalkan kemerdekaan bersama unsur-

unsur politik kemerdekaan, sama ada kemerdekaan dalam

bentuk fizikal atau mental. Bentuk fizikal, misalnya,

kemerdekaan tanah jajahan; mental misalnya kemerdekaan

kebudayaan, politik, agama, ekonomi, hubungan manusia dan

barangan.

Nasionalisme pada umumnya merupakan gerakan yang

bertujuan untuk eksistensi politik yang tersendiri dengan

autonomi menentukan nasib diri sendiri yang seluas-

7

luasnya.Nasionalisme tidak pernah puas dengan

pemerintahan sendiri yang tidak penuh (partial self

government) tapi selalu menghendaki pemerintahan sendiri

yang lengkap. Nasionalisme juga merupakan sumber dari apa

yang dinamakan asas penentuan nasib diri sendiri. Dengan

itu aspirasi pertama nasionalisme adalah perjuangan untuk

mewujudkan persatuan nasional dalam bidang politik,

contohnya negara nasional.

Ciri-ciri Komunisme

Komunisme adalah satu sistem sosial dan pergerakan

politik modern serta ideologi yang menyatakan bahawa

hakmilik seseorang itu adalah untuk masyarakat bukan

untuk individu.

8

Kesedaran komunis yang tinggi, kerajinan, disiplin dan

mengutamakan kehendak masyarakat adalah kualiti seseorang

yang dikehendaki dalam masyarakat komunis. Mao Tze-Tung,

salah seorang pengikut Lenin di dalam ‘ Little Red Book ’

terbitannya mengemukakan komunisme ialah ideologi sistem

proleter yang menyeluruh dan sistem sosial yang baru. Ia

berbeza dengan lain-lain ideologi dan sistem sosial

kerana ia paling menyeluruh, progresif, revolusiner serta

rasional di dalam sejarah manusia… Ideologi komunis dan

sistem sosialnya yang tersendiri adalah matang dan

penting, tersebar ke seluruh dunia dengan pesatnya dan

mempunyai penekanan yang kuat.

Jelaslah di sini bahawa sistem hidup komunis ialah ingin

mencapai suatu bentuk kesamatarafan yang hakiki, membasmi

9

secara keseluruhan atau sebahagian ke atas pemilihan khas

dan menyusun pengeluaran dan pengedaran atas asas

kolektif.

Komunisme memperjuangkan kebebasan dan keutamaan

masyarakat dari penindasan individu, sebab itulah

individu tidak diberi sebarang hak, semua hak termasuk

sumber-sumber kekayaan dan punca-punca pengeluaran

dikumpulkan dalam tangan pemerintah. Penguasaan

pemerintah ini menjadikan masyarakat itu terkawal dan

barang keperluan pengguna mencukupi di pasaran.

Kehidupan secara sosialis ini berlanjutan sehingga

masyarakat mencapai satu taraf hidup yang ideal, di mana

masyarakat tidak memerlukan badan pemerintah kerana pada

10

pendapat komunisme pemerintah merupakan kekuatan yang

dipergunakan untuk menghisap darah masyarakat ramai.

Manusia mengikut konsep komunisme adalah makhluk pasif

yang tidak mempunyai sebarang kehendak dan kuasa dalam

menghadapi kekuatan benda dan kekuatan ekonomi Ujar Marx,

“ Dalam produksi ekonomi yang dilakukan oleh manusia anda

melihat mereka terpaksa mengadakan hubungan-hubungan

tertentu di antara mereka, iaitu perhubungan yang di luar

kemahuan mereka. Perasaan mereka tidak menentukan

wujudnya mereka, tetapi sebaliknya wujud merekalah yang

menentukan perasaan mereka. ”

11

China Di Bawah Nasionalis (Guomindang) Pada Tahun 1927-

1937

Perang dalaman antara China adalah peperangan yang

berlaku di antara Parti National dengan Parti Komunis.

Peperangan dalaman ini terbahagi kepada 2 peringkat,

peperangan yang berlaku dari tahun 1927 hingga 1937

dikenali sebagai peringkat pertama, manakala peperangan

yang berlaku dari tahun 1945 hingga tahun 1949 pula

dikenali sebagai peringkat yang kedua.

Dalam Komunis China dan Revolusi Peperangan China, Mao

Tze-Tung telah menyatakan dengan jelas: musuh utama bagi

Revolusi Peperangan China adalah berdasarkan haluan kanan

Guomindang yang diwakili oleh Chiang Kaishek, iaitu

termasuklah golongan tuan tanah besar, pengaruh daripada

12

imperialisme serta pengaruh feudal.

Kumpulan petani China dan golongan modal kecil bandar

merupakan angkatan tentera tenaga utama dalam revolusi

peperangan. Pembimbing Revolusi Peperangan China ialah

Komunis China. Matlamat Revolusi Peperangan China adalah

merealisasikan kemenangan yang secara menyeluruh dalam

kegiatan revolusi ini.

Dalam perang dalaman peringkat pertama, Parti National

telah mengumpulkan kuasa tentera yang unggul untuk

menentang revolusi pusat oleh Parti Komunis. Parti

National telah menyerang dari semua arah terhadap Parti

Komunis sebanyak 5 kali.

13

Dalam perang dalaman peringkat pertama, Parti National

telah gagal dalam serangannya pada kali pertama hingga

kali keempat. Parti National telah memaksa Angkatan

Tentera Merah mengadakan perjalanan jauh sebanyak dua

puluh lima ribu batu dalam serangan terakhir. Strategi

ketenteraannya adalah dari Jiangxiruijin bertukar ke

Shanxiyan’an.

China memperoleh struktur kerajaan moden buat kali

pertama di bawah pimpinan Nasionalis. Banyak pembaharuan

telah dilakukan oleh Chiang Kaishek seperti peningkatan

atau perluasan kemudahan industri, pengangkutan, sekolah

rendah dan pengajaran pendidikan politik kepada golongan

muda. Selain itu, pasukan ketenteraan moden yang lebih

14

cekap dan dedikasi dibentuk untuk menghapuskan warlord

dan perarakan komunis serta mempertahankan sempadan China

dari serangan luar.

Walau bagaimanapun, Nasionalis tidak berusaha terhadap

bidang ekonomi dan sosial. Usaha memperbaharui tanah juga

kurang. Selain itu, golongan intelektual telah

dihindarkan secara berkerasan demi menghapuskan sebarang

pengaruh yang mengandungi unsur-unsur komunis terhadap

mereka. Nasionalis membelanjakan kos yang tinggi untuk

menghapuskan pihak komunis China. Mereka menyelesaikan

masalah kekecohan pihak komunis tanpa menggunakan kuasa

tentera mahupun mengadakan perbincangan secara damai.

Lama-kelamaan, Nasionalis telah dihapuskan disebabkan

kecenderungannya untuk memusnahkan pihak yang melawan

15

dengannya.

Pada tahun 1931, Jepun telah mencerobohi

China , termasuklah China Utara di Tembok Besar China.

Nasionalis menghadapi kesukaran untuk melawan

pencerobohan dan pemberontakan oleh pihak komunis pada

masa yang sama. Oleh itu, pihak Nasionalis terpaksa

bekerjasama dengan pihak komunis untuk menentang Jepun

pada tahun 1936.

Permulaan dan Kebangkitan Komunis China

Pada permulaannya, Komunis China tertarik pada

pengisytiharaan Marxisme yang berdasarkan teori politik

dan ekonomi Karl Marx. Iaitu “ melancarkan revolusi

dengan kekerasan untuk menghancurkan jentera negara lama

16

dan mendirikan kekuasaan kaum murba (proletariat) ”.

Golongan intelektual tertarik dengan Marxisme selepas

tahun 1917, revolusi Bolshevik di Rusia. Mereka berasa

revolusi Lenin adalah satu cara yang baik untuk

menyelesaikan masalah politik dan ekonomi China. Tambahan

pula, China telah mengalami kepahitan semasa imperialisme

Barat di China. Demi mempertahankan negara, segolongan

intelektual telah membangkitkan gerakan komunis.

Parti Komunis China diasaskan oleh golongan intelektual

di Universiti Kebangsaan Beijing. Pada tahun 1918, Li

Dazhao, seorang ketua perpustakaan universiti telah

membentuk satu kumpulan membicarakan Marxisme di mana

termasuk ahli Mao Tze-Tung. Mereka lebih minat dalam

17

melancarkan revolusi berbanding teori Marxism. Dengan

adanya sokongan daripada wakil Guomindang, Parti Komunis

China (PKC) telah dibentuk pada 1 Julai 1921. Sebanyak 13

orang intelektual dan penyokong revolusi iaitu 57 orang

ahli yang dikumpulkan oleh Chen Duxiu. Chen Du xiu

merupakan setiausaha agung yang pertama.

Parti Komunis China dan Komunis Antarabangsa (Comintern)

Kewujudan Parti Komunis China (PKC) selama enam tahun

(1921-1927), pergerakannya adalah dikawal oleh Komunis

Antarabangsa. Komunis Antarabangsa ditubuhkan pada tahun

1919 bawah desakan Lenin, orang yang ingin membentuk satu

organisasi antarabangsa yang dikawal oleh Moscow untuk

memimpin semua parti murba dan membantahkan revolusi

imperialisme di seluruh dunia. Moscow mengawal PKC

18

menerusi Soviet Union, pewakil datang ke China dengan

bantuan kewangan dan ketenteraan.

Doktrin Comintern mendesak revolusi di kawasan ke atas

pekerja industri. Strategik ini digelar penglibatan

golongan bukan murba seperti borjuis iaitu termasuklah

kelas bangsawan atau hartawan di bawah satu persatuan

untuk memimpin revolusi kebangsaan. Penglibatan ini

diterima oleh wakil-wakil PKC berturut-turut dari 1922-

1925 yang digema dengan garis Comintern, minta revolusi

persatuan dengan tuan tanah dan pedagang Guomindang-Parti

Nasionalis Dr. Sun Yat Sen. ini Strategik Comintern

mengehadkan komunis kepada pekerja industri bandar dan

menggalakkan komunis individu menyertai Guomindang supaya

perkembangan awal PKC dapat diteruskan.

19

Pada tahun 1927, kuasa Chiang Kaisheik sebagai komander

Guomindang telah diancam oleh unsur kawalan revolusi

kerajaan yang disokong oleh komunis. Chiang Kaisheik cuba

menghapuskan komunis dengan organisasinya dan membentuk

satu kerajaan sendiri di Nanjing.

Tidak lama kemudian, kerajaan Wuhan juga memihak kepada

pihak komunis apabila mengetahui bahawa Komunis

Antarabangsa telah dipimpin terus oleh Stalin. Stalin

mengarah PKC atas kegagalan mereka dalam penyediaan

pekerja di Wuhan. Sebagai satu pendalihan kepada kritikan

yang dibangkitkan oleh Leon Trotsky, Stalin mengarah

wakil Comintern di China demi merancangkan pemberontakan.

Beliau berharap kemenangan ini dapat melenyapkan kritikan

20

kegagalannya.

Pada Ogos 1927, anggota PKC dalam Tentera Revolusi

Guomindang telah melancarkan “Pemberontakan Penuaian

Musim Luruh” untuk menyerang Changsha, tetapi serangan

ini juga dapat ditumbangkan. PKC lalu mulai

mengimplementasikan jaringan kawalan yang disebut

“Cabangan parti didirikan di peringkat kompeni dalam

tentera” dan kemudian melarikan diri ke kawasan

pergunungan Jinggangshan di daerah Jiangxi, mereka

mendirikan kekuasaan pemerintahan di desa sana.

Selepas perpecahan kesatuan antara PKC dengan Guomindang,

pergerakan komunis China terbahagi kepada 2 bahagian,

iaitu bandar, pergerakan secara sulit dan hubungan rapat

21

dengan Comintern; luar bandar, sebagai percubaan soviet,

bergiat secara autonomi dan berselisihan dengan

Comintern. Pada akhir tahun 1930, parti bandar dihalau.

Percubaan terakhir untuk membangkitkan semula parti

berdasarkan revolusi kaum murba oleh pemimpin PKC secara

lisan telah berlaku. Mereka melancarkan serangan dari

luar bandar dengan alasan menangkap sebilangan rakyat di

Changjiang. Tetapi tetap gagal dengan halangan tentera

Chiang Kaishek.

Kebangkitan Mao Tze-Tung dan Tentera Komunis

Masa depan pergerakan komunis China adalah bergantung

kepada sekumpulan kecil percubaan soviet. Strategik

mereka telah bertukar kepada bergantung kepada penggunaan

petani. Penyokong utama strategik ini ialah Mao Tze-Tung.

22

Beliau telah memperkenalkan strategik kemenangan dalam

masa 6 tahun. Terdapat 3 pendekatan strategik Mao:

1) Perkembangan kekuatan dan kemudahan Tentera Merah

(asas petani) untuk memanjangkan perjuangan.

2) Pemilihan daerah untuk operasi tentera.

3) Penubuhan ekonomi sendiri yang mencukupi bawah

kawalan Tentera Merah supaya membekalkan keperluan

untuk perjuangan.

Mao berpendapat bahawa parti yang berdisiplin hanya dapat

dibina dengan polisi baru yang memimpin tentera yang

gagah dan perarakan mesra.

Guomindang mempergiatkan serangan ke atas perarakan

komunis China termasuk sekatan terhadap bekalan mereka

seperti garam. Pada tahun 1934, tentera perarakan Komunis

23

China terpaksa meninggalkan tempat tersebut untuk elakkan

daripada dikelilingi oleh Guomindang. Pada Oktober 1935,

pengurangan tentera secara mendadak telah dilaksanakan

bagi mereka yang datang ke Yanan dan menubuhkan tempat

yang baru untuk operasi perarakan. Pada masa ini,

perjumpaan Politbiro telah diadakan di Zunyi pada Januari

1935. Politbiro ialah badan pembuat dasar dan pentadbiran

tertinggi Parti Komunis Rusia. Ia dapat disifatkan

sebagai alat pemerintahan yang tertinggi dan peranannya

terkemuka bukan sahaja dalam hal-hal berkenaan dengan

Parti Komunis malah juga pentadbiran negara. Sistem

politbiro ini amat berkesan hingga hampir semua negara

yang berpegang kepada komunisme meniru cara ini. Dalam

perjumpaan ini, Mao Tze-Tung telah diisytiharkan sebagai

pemimpin PKC tanpa pertikaian. Ini menunjukkan pertamatan

24

penguasaan Comintern dan mulanya kepimpinan dan keutamaan

Mao Tze-Tung sebagai pemimpin politik dan tentera PKC. Di

bawah kepimpinan , Mao Tze-Tung, parti komunis telah

memperoleh kemenangan pada akhirnya.

Sebab-sebab Berlakunya Perang Dalaman di antara Ahli

Nasionalisme dan Ahli Komunisme

Perang saudara di China adalah peperangan antara Parti

Guomindang dan Parti Komunis China. Dari tahun 1927

hingga 1949, Parti Guomindang telah berperang dengan

Parti Komunis China beberapa kali. Perang saudara China

dihentikan semasa pencerobohan Jepun ke China.

Perang saudara di China berlaku kerana tujuan Parti

Guomindang dan Parti Komunis adalah berbeza. Pemimpin

Parti Guomindang, Sun Yat-sen mengambil rujukan daripada

25

Revolusi Perancis yang berkaitan demokrasi, kebebasan

berfikir, cita-cita dan sistem poltik Amerika Syarikat

dan British. Sun Yat-sen juga meniru idea Marxisme. Parti

Komunis China berikut Parti Guomindang menggunakan idea

Marxisme sebagai asas pemikiran. Selepas kematian Sun

Yat-sen, Chiang Kai-shek mengambil alih dari ketua Parti

Guomindang dan pemikiran tidak bersama dengan Parti

Komunis China. Hal ini mengakibatkan beliau mengambil

keputusan untuk memusnahkan Komunis. Kemudian Kedua-dua

parti tersebut menimbulkan banyak konflik dan perang.

Selepas berlawan dalam peperangan Jepun, kerana kawasan

yang “menyerah” dan “menerima” yang menimbulkan konflik

dan perpecahan lagi. Selain itu, kedua-dua parti mendapat

penyokong asing masing-masing. Parti Guomindang mendapat

sokongan daripada Amerika Syarikat manakala Parti Komunis

26

China mendapat sokongan daripada Soviet Union. Kedua-dua

parti meneruskan pengembangan wilayah dan akhirnya

berlaku konflik lagi. Marshall dari Amerika Syarikat

diperintahkan untuk mengatasi masalah dan konflik kedua-

dua parti. Tetapi Parti Guomindang tidak bersetuju untuk

berkongsi kuasanya dengan Parti Komunis, manakala Parti

Komunis juga tidak mahu menyerahkan senjata.

Pada Jun 1946, Parti Komunis bertukar nama menjadi

“Tentera Pembebasan” dan melakukan strategi “kampung

menyelilingi bandar” menjadi segerombolan pelajaran

rusuhan. Tentera Revolusi Nasional diketuai oleh Chiang

Kai-shek berperang secara skala besar dengan Parti

Komunis.

27

Kesimpulan

Pada zaman Republik China (PRC), peperangan sering

berlaku dan bencana alam juga terus-menerus. Dalam

keadaan ini, kesan buruk masyarakat wujud serentak,

negara menjadi miskin dan lemah, kehidupan rakyat sangat

susah sehingga melemahkan semangat. Pihak kerajaan pula

menghinakan kehidupan rakyat. Duta Amerika Syarikat iaitu

Situ Leideng pernah menyatakan bahawa pada tahun sebelum

1949, terdapat seramai 300 puluh ribu hingga 700 puluh

ribu rakyat China mati dalam kelaparan secara rata.

Peratus kematian bayi ialah 170-200% , manakala purata

jangka hayat bagi bilangan penduduk adalah tidak

mencukupi 35 tahun.

28

Bibliografi

Buku rujukan:1) Rafael Raga Maran. (2001). Pengantar Sosiologi Politik. Jakarta: PT Rineka

Cipta. 2) Dennis Kavanagh. (1982). Kebudayaan Politik. Jakarta: PT Bina Aksara.3) Juwono Sudarsono. (1980). Politik Dan Pembangunan. Jakarta: CV

Rajawali.

4) Tom Bottomore. (1983). Sosiologi Politik. Jakarta: PT Bina Aksara.

Maklumat Internet:1) Baidu baike, (2010). http://baike.baidu.com/view/205699.html ,   20 10 - 3 - 17 , April

1. i. Yahoo news, (2007).

http://xk.cn.yahoo.com/articles/070905/1/2zfe.html , 200 7 -9- 5 , April1.

2) Tiexue news, (2010). http://data.tiexue.net/mil/ggnz15383.htm l , 2010- 3 - 25 , April 1.

29

30