Garam (Sodium) Cara Membaca Pada Pelabelan Pemakanan ...

16
2021 CARA MEMBACA PELABELAN PEMAKANAN GARAM (NATRIUM) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia

Transcript of Garam (Sodium) Cara Membaca Pada Pelabelan Pemakanan ...

2021

CARA MEMBACA

PELABELAN PEMAKANAN

GARAM (NATRIUM)

Bahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan Malaysia

Apa itu Pelabelan Pemakanan?1.

ISI KANDUNGAN

2

Kenapa Perlu Ada Pelabelan Pemakanan?3.

Apa kaitan garam dan natrium (sodium)4.

Apakah Saranan Pengambilan Garam?5.

Bagaimana anda membaca PelabelanPemakanan bagi natrium (sodium)?6.

Cara Membaca Pelabelan Pemakanan7.

Apa yang perlu dilabel?2.

Apa itu Akuan Pemakanan 8.

Kesimpulan9.

Pelabelan Pemakanan menerangkan kandungan nutrienbagi produk makanan. Nutrien tersebut dinyatakan padasatu ruang di label makanan dalam bentuk jadual yangdikenali sebagai Panel Maklumat Pemakanan.

Ianya bertujuan untuk membekalkan maklumat yang tepatdan berfakta mengenai kandungan nutrien dalam sesuatuproduk bagi membantu pengguna membuat pilihanmakanan yang lebih baik.

3

APA ITU PELABELANPEMAKANAN?

Pasta, bijirin sarapan pagi, roti;susu dan produk susu; krimerpemanis; tepung tepung; produkdaging dan daging dalam tin;produk ikan dan ikan dalam tin;telur yang diawet; lemak danminyak yang boleh dimakan;produk sayur-sayuran dan jus;stok sup dan sup; produk buahdan jus; jem, jeli buah dan serikaya; produk kacang dan kacang;kopi pra-campur; coklat, coklatsusu, susu kocak; sos, saladdressing, mayonis, cutni danacar; minuman ringan; danminuman elektrolit isotonik

APA YANG PERLUDILABEL?Sejak tahun 2003, Peraturan Makanan Malaysia 1985telah mewajibkan pelabelan pemakanan pada 57 kategorimakanan dan akan diperluaskan dengan tambahan 96kategori makanan lagi. Makanan yang diwajibkanpelabelan makanan adalah:

Makanan yang telah diperkuat,diperkaya, difortifikasi, ditambahvitamin atau diperlengkap denganvitamin atau mineral tertentu (sepertiyang dibenarkan di bawah peraturan26(7))

Makanan yang mempunyai akuanpemakanan

Makanan bertujuan khas: rumusanbayi, rumusan susulan, makananberkaling untuk bayi dan kanak-kanak dan makanan berasaskanbijirin untuk bayi dan kanak-kanak

4

Pelabelan kandungan garam (natrium) telah diwartakan pada21hb Julai 2020 dan akan dikuatkuasa pada 1hb Januari2024.

Nutrien yang diwajibkan (mandatori) dilabel pada PelabelanPemakanan adalah:

5

MANDATORI PELABELANNUTRIEN

01

(kilocalories - Kcal)

Tenaga

03

(gram - g)

Protein

02

(gram - g)

Karbohidrat

04

(gram - g)

Lemak

05

(gram - g)

Jumlah Gula 06

(miligram- mg)

Natrium (Sodium)

12

KENAPA PERLU ADAPELABELAN PEMAKANAN?Pelabelan Pemakanan akan memberi manfaat kepada penggunadan juga industri makanan.

Menerangkan kualiti pemakanan sesuatu produk makanan secarafakta

Menjadi alat komunikasiberkesan

Menjadi pemangkin bagipromosi jualan dan pemasaran

Membantu pengguna membuat pilihan yang bijak berdasarkan nilaipemakanan

Pengguna

Industri Makanan

Meninggikan profilproduk

Meningkatkan peluangperdagangan antarabangsa

Menghasilkan produk yanglebih berkualiti dan berkhasiat

6

1

23

4

5

Garam adalah sebatian kimia yangdinamakan sebagai natrium klorida(sodium chloride)Garam terdiri daripada 60% klorida(chloride) dan 40% natrium (sodium) Oleh itu natrium adalah satu bahagiandaripada molekul garam Produk makanan akan dilabel sebagainatrium (sodium) bagi menunjukkankandungan garam pada produk tersebutIa dilabel dalam unit milligram (mg)

7

APA KAITAN GARAM DANNATRIUM (SODIUM)

Bagi menentukan jumlah kandungan garam dalam sesuatuproduk makanan, nilai natrium (mg) tersebut perlu

didarabkan dengan 2.5

Contoh: 2000 mg natrium X 2.5 = 5000 mg atau 5g garam

APAKAH SARANANPENGAMBILAN GARAM?

8

5 GRAMGARAM

2000 MGNATRIUM

SARANAN PENGAMBILAN DALAM SEHARI

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)telah menetapkan saranan pengambilangaram harian bagi dewasa adalah tidak

melebihi 5 gram bersamaan dengan2000mg natrium iaitu 1 sudu teh garam

sehari.

ATAU

Lebih daripada 70% natrium makanan berasal daripadamakanan yang dibungkus. Membaca label makanan dapat

membantu anda memantau berapa banyak natrium yang andaperolehi dalam diet anda. Berikut adalah beberapa bahagian

utama yang perlu diperhatikan:

BAGAIMANA ANDAMEMBACA PELABELANPEMAKANAN BAGINATRIUM (SODIUM)?

APA YANG PERLU ANDA TAHU

MAKLUMAT SETIAP 100ML ATAU 100GM

9

SAIZ HIDANGAN(SERVING SIZE)

RAMUAN(INGREDIENT)

1

2

4

SAIZ HIDANGAN(SERVING SIZE)

Ditulis dalam unit yang mudah anda kenali seperti cawan atau kepingdan diikuti dengan mililiter (ml) atau gram (g)

Saiz hidangan pada bungkusan makanan mempengaruhi jumlahkalori dan nutrien pada maklumat pemakanan (nutrition information)

Sekiranya saiz hidangan anda meningkat, maka jumlah natriumyang anda makan juga meningkat

Contoh di bawah, 1 hidangan mempunyai 5 keping (20g). Sekiranyaanda makan 10 keping, ini bermakna anda telah mengambil 2hidangan (40g). Dinyatakan juga didalam bungkusan pada produkmakanan ini mempunyai 5 hidangan

1 0

Nutrition Information

Serving Size :

Serving per package :

3

Serving size : 5 pieces (20g)

5

1

2

MAKLUMAT SETIAP100ML ATAU 100GM

Maklumat bagi kalori dan nutrien perlu dinyatakan bagi setiap100g atau setiap 100ml bagi setiap bungkusan makanan

Ia bertujuan bagi memudahkan penguna membuat penilaian danperbandingan kandungan nutrien bagi produk dari jenis kategoriyang sama untuk melihat yang mana lebih berkhasiat danberkualiti

1 1

RAMUAN (INGREDIENT)

Senarai ramuan pada label makanan adalah cara terbaik untukmengetahui kandungan yang digunakan dalam penyediaanmakanan/ minuman

Ramuan yang paling banyak kuantiti atau peratusannyaakan disenaraikan terdahulu dan ramuan yang paling sedikit kuantitiatau peratusannya akan disenaraikan paling akhir

Harus diingat bahawa ramuan mungkin disenaraikan dalam istilahyang berbeza. Selain garam, makanan juga mengandungi sumbernatrium (sodium) lain yang tidak memberi rasa masin.

Kebanyakan orang cenderung untuk mengambil makananberkenaan tanpa menyedari kandungan natrium yang tinggi

6

Lihat senarai ramuan pada label makanan untuk perkataan natriumdan sekiranya makanan/ minuman tersebut menunjukkan senaraiseperti di bawah yang terawal atau paling kerap, ia menunjukkanmakanan/ minuman tersebut mempunyai kandungan natrium yangtinggi.

Di samping, natrium juga terdapat di dalam ramuan makanan/minuman seperti pengawet, pewarna dan perisa yang dibenarkandan penstabil. Contohnya:

Sodium alginateSodium hydroxide Sodium nitrateSodium propionateBaking powder

GaramNatrium klorida (Sodium chloride)Monosodium glutamat (MSG)Natrium bikarbonat (Sodium bicarbonate)Natrium fosfat Disodium phosphate

1 2

5

4

3

2

1

CARA MEMBACAPELABELAN PEMAKANAN

1 3

MaksudAkuan Pada Label

Rendah natrium(sodium)

Sangat rendahnatrium

Bebas natrium

Dikurangkan natriumatau Kurang daripadaLightly salted atauLight in sodium atauFewer atau Light

Tiada tambahannatrium/ garam

Mengandungi kurang daripada 120 mg

Mengandungi kurang daripada 60 mg

Mengandungi kurang daripada 40 mg

Mengandungi kurang daripada 20 mg

Mengandungi kurang daripada 5 mg

Mengandungi kurang daripada 5 mg

Sekurang-kurangnya 25% kurangnatrium (sodium) daripada kandunganasal

Tidak ditambah garam tambahan, ataubahan lain yang mengandungi natriumsemasa pemprosesan

Bagi setiap 100g

Bagi setiap 100ml

Bagi setiap 100g

Bagi setiap 100ml

Bagi setiap 100g

Bagi setiap 100ml

Contoh Akuan Pemakanan yang Dibenarkan

1 4

APA ITU AKUANPEMAKANAN ?

Akuan pemakanan dibenarkan pada pelabelan makanan berdasarkanPeraturan Akuan Pemakanan, Kementerian Kesihatan pada tahun 2003.Merupakan apa-apa akuan yang dibuat pada label produk makanan bagimenunjukkan tahap nutrient dalam sesuatu produk makanan. Ia membantubagi menentukan kualiti sesuatu produk

Untuk Sebarang Pertanyaan:

Cawangan Penyakit Tidak BerjangkitBahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan MalaysiaTel: 03-8892 4412 atau 03-8892 4522Email: [email protected] [email protected]

KESIMPULANMemahami dan mengaplikasi maklumat yang terdapat dalam labelpemakanan, ia merupakan salah satu cara bagi memberitahu penggunatentang kualiti sesuatu bahan makanan dan secara tidak langsungmenggalakkan pengguna membeli makanan yang berkhasiat dan sesuaidengan keperluan mereka. Sebagai pengguna, orang ramai perlulahlebih prihatin terhadap label-label produk yang dipamerkan oleh pihakpengeluar dan sentiasa sedar akan hak sebagai pengguna.

Di samping itu juga, sangat penting untuk mengajar anak-anak membacalabel makanan bagi mempengaruhi tabiat mereka pada peringkat awallagi. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dapat membantumereka membina tabiat pemakanan yang sihat demi kesejahteraanhidup.

Selain itu, makanan yang dilabelkan memudahkan pihak berkuasamembuat pemantauan dan tindakan kepada pengusaha yang menipupengguna dengan tidak mematuhi label yang telah ditetapkan. Ia jugamemberi faedah kepada industri makanan tempatan sebagai salah satustrategi pemasaran dan meningkatkan peluang memperdagangkanproduk ke peringkat antarabangsa.

1 5