DR.14.5.96 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 14hb. Mei ...

146
DR.14.5.96 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 14hb. Mei, 1996 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang D O A [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] ________________________________________________________________ USUL Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 - 2000 Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan atas Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan Masalah dicadangkan: Bahawa Dewan ini, menyedari pertumbuhan pesat ekonomi negara dan kemajuan ketara dalam pencapaian matlamat sosio-ekonomi negara dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam; menyokong kerajaan meneruskan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional dan usaha-usaha untuk mencapai objektif yang terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua melalui proses Rancangan Pembangunan Lima Tahun; melulus dan merestui Rancangan Malaysia Ketujuh yang telah dirangka untuk melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan untuk merealisasikan objektif dan komitmen Dasar Pembangunan Nasional seperti yang dibentangkan dalam Kertas Perintah Bil. CMD 8 Tahun 1996; Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Ketujuh, Dewan ini menyeru semua rakyat Malaysia mempergiatkan usaha dan

Transcript of DR.14.5.96 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 14hb. Mei ...

DR.14.5.96

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Selasa, 14hb. Mei, 1996

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

D O A

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] ________________________________________________________________

USUL

Rancangan Malaysia Ketujuh

1996 - 2000

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula

perbahasan atas Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan Masalah dicadangkan:

Bahawa Dewan ini, menyedari pertumbuhan pesat ekonomi negara dan kemajuan ketara dalam pencapaian matlamat sosio-ekonomi negara dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam; menyokong kerajaan meneruskan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional dan usaha-usaha untuk mencapai objektif yang terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua melalui proses Rancangan Pembangunan Lima Tahun; melulus dan merestui Rancangan Malaysia Ketujuh yang telah dirangka untuk melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan untuk merealisasikan objektif dan komitmen Dasar Pembangunan Nasional seperti yang dibentangkan dalam Kertas Perintah Bil. CMD 8 Tahun 1996; Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Ketujuh, Dewan ini menyeru semua rakyat Malaysia mempergiatkan usaha dan

DR.14.5.96

2

komitmen mereka ke arah matlamat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, adil, progresif, berdaya saing dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai status negara maju seperti yang dihasratkan di bawah Wawasan 2020. [13hb. Mei 1996]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat

Larut diminta sambung.

2.34 ptg.

Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan [Larut]: Tuan Yang

di-Pertua, dalam ucapan saya di Parlimen setelah balik dari Negeri China

[Tepuk] saya mencadangkan supaya wang kertas kita ditulis jawi, perkara ini

telah dibuat ke atas wang kertas RM2, harap ianya berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu, lorong-lorong motosikal perlu

dibina untuk keselamatan penunggang motosikal dan telah dipersetujui oleh

menteri. Saya telah membawa perkara ini hampir 6 tahun dahulu, semak

Hansard.

Tuan Yang di-Pertua, orang ramai peratusnya besar menggunakan

motosikal kerana ringan belanja dan harganya tidak seperti harga kereta.

Walaupun pada mulanya rakyat mengharapkan kereta Malaysia murah, tetapi

anggapan itu sebenarnya tidak betul dan tidak murah kerana kereta-kereta

buatan Malaysia juga sudah menjadi kereta mewah, bukan kereta orang-orang

bawahan lagi seperti dijangkakan. Saya rasa bagi......

Tuan Yunus bin Rahmat: [Bangun]

DR.14.5.96

3

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Jelebu bangun.

Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Tak ada masa.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, kalau tak beri

jalan, teruskanlah Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Sekejap bolehlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Nak beri?

Tuan Yunus bin Rahmat: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya

mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Larut di

atas cadangan kepada kerajaan untuk membina lorong-lorong motosikal.

Tetapi ingin saya mendapat penjelasan, adakah cadangan Ahli Yang Berhormat

berkenaan juga ditujukan kepada pengguna-pengguna motosikal di kawasan-

kawasan luar bandar kerana apa yang kita dapati kejadian kemalangan baru-

baru ini yang lebih tinggi ialah di kalangan penunggung motosikal di kawasan

luar bandar. Itu soalan saya. Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Itulah harapan saya.

[Ketawa] Saya rasa bagi mencapai Wawasan 2020, kereta-kereta seperti

Kancil tidaklah dijual dengan harga di luar keupayaan pembeli seperti guru-

guru dan kerani-kerani. Pada tahun 60-an guru-guru dan kerani masih boleh

beli Ford Prefect dan Volkswagen dengan gaji RM450 ke atas dan kereta-kereta

itu berharga lebih kurang RM6,000 hingga RM8,000 sahaja. Sekarang gaji

DR.14.5.96

4

guru-guru mula bekerja RM400 lebih, Proton Saga berharga RM34,000 ke atas

dan Volkswagen pun begitu juga, kenaikan hampir 600%.

Tuan Yang di-Pertua, kesihatan rakyat juga perlu dipertingkatkan.

Hospital-hospital daerah dan mukim perlu ditubuhkan seperti di negara-negara

di Eropah dan di England bagi menyenangkan pesakit-pesakit yang jauh di luar

bandar yang memerlukan rawatan perubatan. Pakar-pakar perubatan juga perlu

diambil di semua hospital swasta dan bukan swasta. Ini perlu kerana orang-

orang yang sakit dari luar bandar tidak mempunyai keupayaan untuk datang ke

Kuala Lumpur, misalnya ke IJN.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian pula perlu mengamalkan

dasar pertanian negara yang lebih positif seperti di Thailand, Jepun dan negara-

negara lain. Walaupun kita menghadapi negara industri, pertanian juga tidak

boleh sama sekali dibelakangkan. Tanah-tanah terbiar hendaklah dipulihkan

dengan segera di bawah RMK-7, jangan hanya ada dalam bilik gerakan

pertanian sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, teknologi pertanian dan perikanan moden bagi

RMK-7 perlu ditambah kerana petani-petani dan nelayan-nelayan perlu kepada

pertolongan atau subsidi yang lebih positif bagi menambahkan pendapatan

mereka dan seterusnya pendapatan negara. Ladang-ladang buah-buahan perlu

diperbanyakkan untuk mengeluarkan buah-buahan tempatan sama ada untuk

kegunaan pasaran setempat atau dieksport. Banyak lagi tanah-tanah terbiar dan

DR.14.5.96

5

sawah tertinggal berpuluh-puluh tahun tidak dilaksanakan kerana kekurangan

tenaga di banyak kawasan. Jentera-jentera moden perlu dihantar ke kampung-

kampung dan petani-petani diberi kursus yang wajar untuk mengeluarkan hasil

padi dan buah-buahan yang bermutu tinggi. Kementerian juga perlu

memelihara parit-parit dan sungai-sungai supaya terjaga dengan baik bagi

kegunaan air untuk ladang atau untuk minuman kerana keindahan sungai pada

hari ini kita dapati bahawa sungai-sungai yang indah itu ianya hanya indah di

tempat perasmian sahaja, di hulu dan di hilirnya tidak ada keindahan

sepertimana yang diharapkan oleh rakyat semua.

Tuan Yang di-Pertua, pembuangan sampah ataupun sisa toksik dari

industri-industri hendaklah diberi hukuman yang berat, kalau mustahak, beri

hukum gantung.

Tuan Yang di-Pertua, galakan-galakan juga perlu banyak diberi untuk

menarik anak-anak muda melibatkan diri dengan pasukan-pasukan keselamatan

seperti polis, askar dan tentera laut dan udara bagi menghadapi RMK-7.

Mereka lebih suka bekerja di kilang-kilang atau industri. Insentif yang lebih

perlu difikirkan. Gaji lumayan atau lain-lain kemudahan perlu disediakan bagi

menambah minat anak-anak muda berkecimpung dalam pasukan keselamatan

bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Tidak ada ertinya

sekiranya kita mempunyai harta kekayaan dan kemewahan tetapi keselamatan

DR.14.5.96

6

negara tidak terkawal dan tergugat oleh kerana tiada pasukan angkatan

bersenjata yang benar-benar mendapat imbuhan yang baik daripada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan perbelanjaan untuk RMK-7,

justeru itu saya amat berharap agar peralatan-peralatan yang sesuai dengan

zaman kapal-kapal terbang lama dihapuskan. Sekiranya hendak membuat

latihan, gunakanlah kapal terbang baru. Kalau hendak belajar repair atau

overhaul, dengan izin, di atas bumi bolehlah gunakan kapal-kapal terbang

buruk, bukan untuk terbang. Saya harap perbelanjaan pertahanan perlu

dipertingkatkan lagi untuk membeli kapal-kapal terbang canggih untuk

membuat latihan dan kapal-kapal terbang buruk itu untuk membuat repair dan

overhaul.

Tuan Yang di-Pertua, bagi perajurit-perajurit yang bersara mereka perlu

diberi perhatian lebih dari yang sudah diberi atau sedang diberi, bukan hanya

menjaga yang berpangkat tinggi sahaja sedangkan yang berpangkat rendah

adakalanya menjadi masalah di kampung dan ada juga segelintir yang

menentang kerajaan dan parti UMNO. Ini tidak harus berlaku, sebagai manusia

yang sudah ada disiplin mereka perlu diberi tempat-tempat perniagaan kecil di

daerah-daerah atau diberi modal untuk berniaga. Rumah-rumah anggota

pasukan keselamatan perlu segera dan mereka hendaklah diberi keutamaan oleh

pemaju-pemaju perumahan dalam mengagihkan rumah-rumah harga murah

sama ada di bandar-bandar atau di kampung-kampung yang mana akhirnya

DR.14.5.96

7

sekurang-kurangnya mereka mempunyai rumah apabila bersara. Banyaklah

lagi langkah-langkah yang perlu diambil yang saya tidak dapat di huraikan di

Dewan yang mulia pada hari ini kerana masa yang terhad.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menghadapi tahun 2000 ataupun abad yang

ke-21 kita mestilah mencari dan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi

dalam RMK-6. Jadi, saya percaya dengan kebijaksanaan pimpinan yang ada

hari ini insya-Allah kita akan dapat mencapai Wawasan 2020 dengan lebih

cemerlang dan kita akan dapat membangunkan usahawan-usahawan sama ada

bumiputera ataupun bukan bumitera dan kita mengalu-alukan rancangan

kerajaan supaya ada usaha sama di antara usahawan-usahawan bumiputera

dengan bukan bumiputera. Saya percaya ini akan memberi kejayaan yang lebih

kepada kita dan yang mustahak sekali adalah bersatunya rakyat kita

sebagaimana kita mengalu-alukan rakan-rakan kita dari semua parti yang

hendak memasuki Barisan Nasional supaya kita tetap united and strong forever.

Dengan kata-kata itu, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Machang.

2.44 ptg.

Dato’ Haji Sukri bin Haji Mohamed [Machang]: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil

bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketujuh yang telah

DR.14.5.96

8

dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6hb yang

lepas.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pembetangan Rancangan Malaysia

Ketujuh kita telah memasuki Fasal II, Dasar Pembangunan Nasional yang

diasaskan pada tahun 1990 yang berteraskan kepada Dasar Ekonomi Baru

yang walau pada hakikatnya dasar Pembangunan Nasional ini wajahnya adalah

suatu wajah baru tetapi hasrat dan intipatinya tidaklah boleh lari daripada hasrat

Dasar Ekonomi Baru yang telah menjadi teras dan inti kepada Dasar

Pembangunan Jangka panjang yang dibuat di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Ekonomi Baru yang berakhir dalam tahun

1990 membawa dua matlamat penting iaitu untuk membasmi kemiskinan

masyarakat dan keduanya ialah menyusun semula masyarakat. Walaupun

dalam Dasar Pembangunan Nasional, hasrat ini tidak dinyatakan dengan terang,

tetapi saya percaya inilah menjadi asas yang paling penting kepada dasar

pembangunan yang dibuat di negara kita. Kita tidak dapat nafikan bahawa

dasar-dasar pembangunan yang dibuat ini sudah sedikit sebanyak mencermin

dan memberi kejayaan kepada beberapa kelompok masyarakat kita untuk

mendapatkan peluang dan seterusnya memberi sumbangan kepada

pembangunan negara ini, tetapi pada masa yang sama, seperti yang pernah saya

tegaskan dalam dewan ini beberapa kali, kita tidak mahu bahawa peluang-

peluang dan kekayaan-kekayaan yang wujud dalam negara ini akan dikecapi

DR.14.5.96

9

oleh beberapa kelompok manusia sehingga pembangunannya ataupun bahagian

pengagihan itu menjadi tidak ketara.

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, khususnya boleh menerima

hakikat bahawa orang Melayu dan bumiputera dalam negara ini masih

ketinggalan walaupun dalam usaha-usaha tegas yang dilakukan oleh kerajaan

tetapi tahap pencapaian berakhirnya Dasar Ekonomi Baru dalam tahun 1990

adalah begitu kecil sekali. Matlamat meletakkan 30% pencapaian bumiputera

dalam pemegangan ekuiti di negara ini mesti diteruskan walau dengan apa cara

sekalipun.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ini saya menyambut baik usaha

yang telah dibuat oleh Kementerian Perusahaan Awam hendak mewujudkan

suatu kerjasama yang erat antara golongan peniaga bumiputera dengan

golongan peniaga daripada kaum Tionghua dan orang-orang India.

Tuan Yunus bin Rahmat: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Jelebu bangun.

Dato’ Haji Sukri bin Haji Mohamed: Nanti sekejap, biar saya

habiskan ayat ini, Tuan Yang di-Pertua. Tetapi usaha ini mestilah dilihat

dalam konteks yang lebih luas. Kita mahu usaha atau kerjasama yang dibuat ini

mestilah pertama sekali melihatkan kerjasama dari segi penglibatan modal,

DR.14.5.96

10

kedua, kerjasama dari segi konteks penyertaan aktiviti dan yang ketiganya ialah

kerjasama dari pembahagian keuntungan.

Tanpa kerjasama dari segi ketiga-tiga perkara ini, konteks ‘Ali Baba’

ataupun perkataan ‘Ali Baba’ yang selama ini menjadi cemuhan oleh ramai

orang akan kembali berulang sekali lagi. Usaha yang lebih telus, usaha yang

lebih tegas dan usaha yang lebih aktif mestilah dibuat supaya kerjasama-

kerjasama yang diwujudkan seperti ini dapat dimanfaatkan bersama.

Tuan Yunus bin Rahmat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya

hendak minta penjelasan. Kalau tidak silap saya Kementerian Perusahaan

Awam sudah lama dibubarkan, jadi, yang mana satu? Kementerian Perusahaan

Awam atau Kementerian Pembangunan Usahawan? Minta penjelasan.

Dato’ Haji Sukri bin Haji Mohamed: Kementerian Pembangunan

Usahawan, Tuan Yang di-Pertua. Saya tersasul sedikit.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menegaskan beberapa kali di dalam

Dewan yang mulia ini bahawa dalam soal kita begitu berminat untuk

membangunkan negara ini dan kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa

pembangunan itu adalah perlu dan kita tidak menentang pembangunan, tetapi,

pada masa yang sama kita mestilah melihat bahawa usaha-usaha pembangunan

yang dibuat oleh kerajaan tidak menjejas ataupun tidak memberi seolah-olah

satu tekanan kepada satu golongan masyarakat lain.

DR.14.5.96

11

Tuan Yang di-Pertua, sebagai contohnya, saya pernah menyebut dalam

Dewan ini banyak kali. Yang menjadi pertikaian ataupun yang menimbulkan

rasa tidak puas hati di kalangan ramai rakyat dalam negara ini misalnya

pemakaian Akta Pengambilan Balik Tanah yang mana kita pernah mendengar

dari kerajaan berkali-kali dalam Dewan ini, bahawa Akta Pengambilan Balik

Tanah akan dikaji semula dan suatu peruntukan baru barangkali akan dirangka

untuk memberi keadilan dan kepentingan kepada semua pihak. Akta

Pengambilan Balik Tanah yang ada sekarang sedikit sebanyak akan memberi

penindasan kepada golongan ataupun tuan-tuan tanah.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum pindaan ini dibawa ke dalam Dewan yang

mulia ini, kerajaan memang dibenarkan mengambil balik tanah tetapi hanya

akan kepentingan awam. Kerajaan boleh mengambil tanah untuk kepentingan

membina hospital, boleh mengambil tanah untuk membina sekolah, boleh

mengambil tanah untuk membuat jalan raya kerana kesemuanya ini adalah

merupakan kepentingan awam.

Tetapi, kalau kita mengambil tanah untuk memberi keuntungan kepada

beberapa pihak tertentu atas nama pembangunan ekonomi, maka tentulah ianya

akan berlaku ketidakadilan di sana sini. Oleh yang demikian, saranan untuk

meminda semula akta pengambilan balik tanah ini perlu disokong untuk

mengembalikan semula semangat pengambilan balik tanah sebelum ianya

dipinda iaitu kerajaan hanya boleh mengambil balik tanah atas kepentingan

DR.14.5.96

12

awam semata-mata dan bukan atas kepentingan-kepentingan lain. Kerajaan

boleh mengambil balik tanah tetapi pengambilan itu mestilah dikhususkan

kepada kepentingan awam semata-mata. Tidaklah boleh ada suatu peruntukan

di mana pengambilan balik tanah dibuat tetapi ianya menggunakan atas dasar

pembangunan ekonomi yang sehingga menjadi suatu peringkat di mana telah

memberi keuntungan yang besar kepada beberapa kelompok tertentu untuk

memperkayakan diri sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ini juga, saya menyambut baik

ucapan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri

semasa menghadiri Konvensyen Sempena 50 Tahun Perayaan UMNO yang

dibuat beberapa hari yang lepas. Saya pernah menyatakan perkara yang sama

dalam Dewan ini dua minggu lepas, bahawa ....

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Rompin bangun.

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-

Pertua, minta penjelasan. Saya bersyukurlah dengan ucapan oleh Ahli Yang

Berhormat tadi, adakah ini merupakan era baru kita bersama-sama kita dalam

keluarga?

Dato’ Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, itu

tafsiran Ahli Yang Berhormat, tetapi saya hendak menjelaskan bahawa kami

DR.14.5.96

13

daripada parti Melayu Semangat 46 boleh melakukan apa sahaja demi

penyatuan bangsa Melayu. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, itulah prinsip yang

kami dukung selama ini.

Kembali kepada ucapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana

Menteri beberapa hari lepas, senada dengan ucapan yang pernah saya ucapkan

dalam Dewan ini semasa membahaskan Titah Ucapan DiRaja, bahawa tugas

dan peranan golongan korporat di negara ini yang mencapai kekayaan, yang

mendapat keuntungan daripada hasil usaha yang dibuat oleh kerajaan

sepatutnya keuntungan dan kekayaan ini hendaklah ada sebahagiannya

disumbang kembali untuk pembangunan masyarakat. Tugas dan

tanggungjawab sosial golongan korporat ini belum berakhir.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu, baru-baru ini ada satu cadangan supaya

mewujudkan suatu zakat ekonomi. Zakat ekonomi ini adalah suatu cadangan

yang baik, supaya keuntungan-keuntungan yang diperolehi daripada hasil

penswastaan projek-projek kerajaan, hasil daripada pembangunan negara ini,

yang diperolehi oleh beberapa golongan di dalam negara, mestilah dipulang

kembali kepada golongan yang memerlukan.

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat bahawa selama ini beban

membangunkan masyarakat, beban membangunkan negara kita adalah terletak

di bahu kerajaan semata-mata, sudah tiba masanya bahawa mereka yang

mempunyai kepentingan dan memperolehi keuntungan ini menyumbang

DR.14.5.96

14

kembali sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi untuk

membangunkan masyarakat dalam memenuhi tuntutan dan tanggungjawab

sosial yang perlu dipikul bersama.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat pada masa ini, bidang yang

menjadi asas kepada orang Melayu di luar bandar ialah bidang pertanian tetapi

dengan pembangunan pesat dalam bidang perindustrian pada masa ini, kita

melihat bahawa bidang pertanian di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya

petani-petani dan penoreh-penoreh getah, bidang ini semakin lama semakin

ketinggalan. Petani-petani dan penoreh-penoreh getah di kampung tidak lagi

berkemampuan untuk berganding dan merebut peluang-peluang yang banyak

yang wujud dalam negara kita. Bidang pertanian mesti diberi nafas baru sama

ada dalam pembentukan suatu dasar pembangunan, pertanian yang baru atau

dalam kemudahan-kemudahan lain yang perlu difikirkan oleh kerajaan. Saya

percaya jika bidang pertanian tidak diberi nafas baru ianya akan menjejaskan

pendapatan sebilangan besar orang-orang Melayu yang berada di kawasan luar

bandar.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Parit Sulong bangun.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya gembira,

sahabat saya dari Machang ada suara baru. Saya hendak bertanya, beliau sedar

DR.14.5.96

15

atau tidak bahawa Dasar Pertanian Negara akan dikaji semula dalam tempoh

Rancangan Malaysia Ketujuh?

Dato’ Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya

memang sedar, sebab itulah saya nyatakan, nafas baru yang hendak diberi

dalam Dasar Pembangunan Pertanian Kebangsaan ataupun apa sahaja nama,

mestilah merupakan suatu dasar yang memberi suatu nafas baru kepada bidang

pertanian di negara kita. Kita sedar sekarang ini, bidang pertanian tidak boleh

bersaing dengan bidang perindustrian yang sedang diwujud dan sedang

disemarakkan oleh pihak kerajaan. Jika bidang ini tidak diberi suatu nafas

baru, maka segolongan besar masyarakat negara ini terutamanya orang Melayu

yang bergantung kepada bidang pertanian, tidak akan menikmati hasil daripada

pembangunan yang sedang berjalan pesat.

Tuan Yang di-Pertua, bidang pertanian, nafas baru yang saya maksudkan

tadi, mestilah melihat dalam konteks yang lebih luas, bukan hanya semata-mata

membantu bidang pertanian dalam bentuk subsidi. Sudah tiba masanya bidang

pertanian di negara kita diberi satu nafas baru dalam bentuk pertanian moden,

bukan sahaja dalam bentuk yang ada sekarang. Apa yang ada sekarang, ialah

pembangunan ekonomi pertanian yang hanya cukup untuk menyara hidup

keluarga. Bidang pertanian ini perlu diperluaskan lagi untuk mencakupi

sehingga ke peringkat eksport sekali pun.

DR.14.5.96

16

Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan ini, Jabatan Pertanian dan

Kementerian Pertanian mesti memainkan peranan yang lebih dari segi

penyelidikan dan sebagainya, penyelidikan, bantuan sama ada dalam bentuk

teknologi kepada sektor pertanian supaya hasil pertanian yang ada sekarang ini

dapat dipasarkan dengan baik di masa-masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu perkara lain yang menjadi rungutan

sebilangan besar daripada rakyat negara ini sekarang ialah peningkatan taraf

hidup yang begitu ketara. Saya tidak hairan, kalaulah Ahli Yang Berhormat

dari Larut menyebut tadi, bahawa polis dan tentera mesti diberi suatu nafas baru

kerana kita lihat, kecenderungan rakyat negara ini sama ada daripada orang

Melayu, sama ada daripada orang Tionghua untuk menyertai angkatan tentera,

mereka tidak berminat kerana gaji yang diberikan kepada golongan ini terlalu

kecil.

Saya difahamkan misalannya semasa latihan, elaun yang dibayar tak

sampai RM200, bagaimana kita boleh menarik golongan muda negara ini untuk

berkecimpung dan memberi khidmat bagi menjaga keselamatan negara jika

peningkatan taraf hidup begitu tinggi, sedangkan perolehan gaji yang dibayar

adalah tidak lumayan sama sekali.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita melaksanakan Dasar Pembangunan

Nasional yang sekarang ini masuk fasa kedua, satu golongan yang amat penting

ialah golongan pentadbir dan pelaksana, dasar yang digubal walau sebagaimana

DR.14.5.96

17

baik sekali pun tetapi jika tidak mendapat kerjasama dan tidak mendapat

persefahaman daripada golongan pelaksana, dasar yang baik tadi tidak akan

dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Tuan Yunus bin Rahmat: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Jelebu bangun.

Tuan Yunus bin Rahmat: Tuan Yang di-Pertua, di atas saranan Ahli

Yang Berhormat dari Machang, adakah Ahli Yang Berhormat bercadang untuk

menyarankan kepada kerajaan ataupun mencadangkan kepada kerajaan untuk

JPA ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengkaji semula tangga gaji

dan juga gaji permulaan bagi seluruh skim perkhidmatan yang ada di negara

ini?

Dato’ Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, baru-baru

ini kita mendengar sebagai inisiatif yang dibuat oleh kerajaan, skim gaji guru

telah dikaji semula. Pengkajian semula ini bukan sahaja kepada kelompok guru

tetapi mesti dibuat kepada semua kakitangan awam yang ada lebih kurang

800,000 tenaga kakitangan awam dalam negara ini sekarang.

Kalau kita membuat kajian hanya kepada satu kelompok sahaja,

sedangkan beban kerja yang ditanggung oleh pegawai-pegawai ini atau

kakitangan awam ini meningkat dari semasa ke semasa, dengan beban tugas

DR.14.5.96

18

yang begitu banyak tentulah inisiatif ataupun kecenderungan untuk melakukan

kerja dengan lebih baik di kalangan mereka ini tidak akan timbul.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu dalam konteks kita melancarkan usaha-

usaha yang dibuat ataupun dalam konteks kita melancarkan Dasar

Pembangunan Ekonomi Negara, kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa

dasar yang dibuat ini tidak akan mencapai matlamatnya jika golongan

pelaksana tidak memainkan peranan mereka dan salah satu perkara asas, salah

satu perkara atau masalah yang paling penting dalam palaksanaan dasar-dasar

pembangunan ini ialah pembaziran. Sehingga sebanyak mana peruntukan kita

buat sekali pun, Tuan Yang di-Pertua, tetapi kalaulah proses ataupun dari segi

pelaksanaannya melibatkan seolah-olah pembaziran di semua peringkat, ianya

tidak mencapai matalamat. Dalam beberapa minggu lepas, saya pernah

menyatakan dalam Dewan ini, memetik satu ucapan oleh Ketua Setiausaha

Negara bahawa terdapat pembaziran yang banyak di kalangan jabatan-jabatan

kerajaan sekarang ini sehingga beliau menyebut angka sehingga sampai 25%

pembaziran wujud, pembaziran dari segi masa, pembaziran dari segi kewangan,

pembaziran dari segi alat atau bahan material di pejabat dan sebagainya.

Semuanya ini adalah merupakan halangan yang perlu kita fikir bersama untuk

mencapai matlamat tadi. Sekiranya halangan ini masih wujud, saya percaya

walau sebagai mana baik pun dasar yang dibuat ianya tidak akan membawa

apa-apa makna.

DR.14.5.96

19

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam konteks kita melancarkan dasar

ataupun Rancangan Malaysia Ketujuh, saya ingin berseru kepada pihak

Kerajaan Barisan Nasional, dalam konteks pembangunan di negeri Kelantan,

kita tahu sejak lebih kurang 6 tahun yang lepas, perbezaan politik antara

Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Kelantan telah menimbulkan banyak

masalah dari segi konteks pembangunan. Kita tahu semua projek-projek besar

yang sepatutnya dibawa ke Kelantan tergendala untuk sementara waktu.

Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Ketujuh ini

kita tidak boleh menjadikan asas perbezaan politik ini sebagai hasrat untuk

melaksanakan dasar pembangunan kita untuk kebaikan semua rakyat. Saya

menyeru kepada Kerajaan Pusat supaya menghentikan perbezaan politik ini,

tidak kira sama ada sesiapa memerintah negeri Kelantan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Rompin bangun.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Minta penjelasan

ya. Tadi Yang Berhormat bercakap tentang perbezaan pendapat di antara

Kerajaan Pusat dan Negeri, saya hendak bertanya, seandainya Timbalan

Menteri Besar II, Yang Berhormat Rozali dipecat oleh kerajaan PAS, adakah

Yang Berhormat mempunyai pandangan yang sama?

Dato’ Haji Sukri bin Haji Mohamed: Saya mempunyai pandangan

yang sama, Tuan Yang di-Pertua, tidak kira siapa yang memerintah. Kita tahu

DR.14.5.96

20

bahawa di negeri Kelantan, 96% adalah orang-orang Melayu. Alangkah

malangnya kalau rancangan pembangunan kerajaan yang dibuat tetapi oleh

kerana perbezaan politik tadi, orang Melayu negeri Kelantan menjadi mangsa.

Tidak kira sesiapa memerintah negeri Kelantan, tidak kira sesiapa memerintah

di Kerajaan Pusat, semangat Pembentukan Persekutuan Tahun 1948 mesti

diteruskan. Sudah tiba masanya, Tuan Yang di-Pertua, perbezaan politik ini

diketepikan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

sila gulung.

Dato’ Haji Sukri bin Haji Mohamed: Saya menyeru kepada kerajaan,

ketepikan perbezaan politik ini untuk sementara demi pembangunan dan masa

depan orang Melayu di negeri Kelantan, tidak harus ada perbezaan politik

untuk dijadikan sebagai halangan untuk meneruskan projek-projek

pembangunan besar. Sebab itu dulu kita pernah dengar jalan, misalnya

rangkaian lebuh raya yang menghubungkan Pantai Barat dengan Pantai Timur,

sampai sahaja setakat Terengganu, berhenti di sana. Ini tidak harus dijadikan

ukuran, Tuan Yang di-Pertua. Soal perbezaan politik suatu perkara lain, tetapi

dalam konteks pembangunan untuk rakyat khususnya orang negeri Kelantan

dan begitulah juga saya berseru kepada Kerajaan Negeri Kelantan bahawa

perbezaan politik ini mesti diketepikan jika kita ingin melihat orang Melayu

Kelantan turut sama di dalam arus pembangunan negara yang sedang berjalan

DR.14.5.96

21

pesat sekarang ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Batu Gajah.

3.04 ptg.

Tuan Yeong Chee Wah [Batu Gajah]: Terima kasih, Tuan Yang di-

Pertua. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam membahaskan suatu

usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai

Rancangan Malaysia Ketujuh bagi tempoh 1996 hingga 2000 untuk Malaysia

muncul ke abad 21 yang telah dinanti-nantikan oleh semua lapisan rakyat,

bukan di dalam Malaysia sahaja, bahkan kepada ramai pemimpin-pemimpin

asing yang ingin belajar dan menjadi contoh mereka serta melahirkan ilham

membentuk dan merancang strategi untuk membangunkan negara mereka.

Saya bagi pihak seluruh pengundi dan rakyat di kawasan Batu Gajah

ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat

Timbalan Perdana Menteri dan semua Menteri dalam Kabinet Kerajaan Barisan

Nasional serta pegawai-pegawai kerajaan yang telah melibatkan diri mereka

bersama-sama berusaha untuk mewujudkan Rancangan Malaysia Ketujuh ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik apa yang dilafazkan oleh

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, berkata:

DR.14.5.96

22

“Kita tidak sahaja merancang, kita melaksanakan rancangannya, bukan

sahaja merangka rancangan untuk 5 tahun dan rancangan tahunan

tetapi kita juga merangka setiap projek dan setiap program. Kita

mungkin memandang ringan akan rancangan dan penentang ini tidak

menganggapnya sebagai penting. Sikap sedemikian adalah merbahaya

kerana rancangan 5 tahun negara adalah amat penting kepada

pembangunan negara. Sesungguhnya kemakmuran yang kita semua

nikmati pada hari ini, pertumbuhan ekonomi sebanyak 8% setahun,

pendapatan penduduk termasuk kakitangan kerajaan yang giat

meningkat adalah hasil daripada pelaksanaan rancangan-rancangan

ini. Rancangan ini diterjemahkan dalam bentuk projek dan program

yang dapat dilihat dan dinikmati oleh rakyat”.

Tuan Yang di-Pertua, ini sudah sangat jelas hanya Kerajaan Barisan

Nasional sahaja mampu dan berkaliber untuk merancang, melaksana dan

menunaikan apa yang kita cakap. Apa yang kita janjikan, saya yakin, selain

daripada Kerajaan Barisan Nasional tidak sesiapa mungkin dapat menunaikan

perjanjian mereka seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri kita. Banyak negara yang tidak dapat menghasilkan pencapaian

mereka yang diharapkan. Kebanyakan mereka gagal sebahagian tidak benar-

benar tidak dilaksananakan dan tinggal rancangan mereka sebagai dokumen

hiasan sahaja.

DR.14.5.96

23

Tuan Yang di-Pertua, sebagai rakyat yang cinta dan taat setia kepada

negara yang kita sayangi ini, termasuklah pihak pembangkang, marilah kita

berikrar, berjanji akan memastikan parti dan bangsa sama-sama menumpukan

segala usaha dan daya kita untuk memberi jaminan kita bahawa kita akan

bersungguh-sungguh menjayakan Rancangan Malaysia Ketujuh ini seterusnya

menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, kejayaan Rancangan Malaysia Ketujuh ini adalah

bergantung kepada kestabilan politik dan sosial. Hubungan antara pekerja dan

majikan perlu ditingkatkan supaya suasana bekerja sentiasa berada dalam

keadaan baik dan dedikasi. Berhubungan dengan perkara ini, saya bersetuju

dengan pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu, saya quote:

“Penggunaan pekerja asing bukanlah satu penyelesaian bagi masalah

kekurangan tenaga buruh. Kita ingin bergantung kepada rakyat kita

supaya sebahgian besar faedah daripada dasar perindustrian dinikmati

oleh rakyat kita sendiri”.

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik atas kenyataan Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri yang menyatakan bahawa pertumbuhan yang besar telah

meningkatkan pendapatan perkapita dari RM6009 pada tahun 1990 kepada

RM9786 pada tahun 1995. Peningkatan pendapatan ini menyebabkan

peningkatan yang besar dalam kuasa beli atau purchasing power, dengan izin.

Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan mempengaruhi kenaikan harga dan

DR.14.5.96

24

peningkatan pendapatan mewujudkan peningkatan purchasing power di

kalangan rakyat yang berpendapatan sederhana yang kini bertambah banyak.

Saya yakin bilangan pendapatan sederhana akan bertambah banyak lagi

menjelang tahun-tahun yang akan datang. Mereka ini akan menjadi dalang

produktiviti yang paling besar di negara ini, maka sampailah masa di mana

kerajaan perlu memberi pertimbangan yang wajar untuk mengkaji semula

struktur-struktur cukai pendapatan yang sedia ada sekarang supaya kelas

pendapatan sederhana ini dapat menikmati perkembangan ekonomi dan sosial

yang bermakna supaya mereka mampu menyimpan sedikit wang dalam bank

dan institusi kewangan untuk hari hujan dan kecemasan. Mereka juga tidak

akan dibeban oleh pelbagai peringkat cukai pendapatan dan inflasi.

Saya ingin mencadangkan bahawa definasi bagi tafsiran golongan

termiskin ditingkat dari pendapatan RM100 dinaikkan kepada RM300 sebulan

sekeluarga, tafsiran bagi golongan termiskin dinaikkan daripada RM250

sebulan sekeluarga kepada RM450 sebulan sekeluarga di kawasan luar bandar

manakala RM400 sebulan sekeluarga ditingkatkan sehingga RM700 sebulan

sekeluarga di kawasan bandar. Pembayar cukai akan dikenakan cukai mulai

daripada RM15,000 pendapatan tahunan. Cadangan ini adalah sejajar dengan

apa yang disarankan di muka surat 32 teks ucapan Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri, saya petik:

DR.14.5.96

25

“Dasar kerajaan adalah untuk meningkatkan pendapatan pekerja

supaya mereka dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik”.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan polisi penswastaan, saya

mengaku penswastaan telah memberi manfaat dan faedah yang besar kepada

negara. Ia telah mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan untuk pentadbiran

dan pembangunan dan juga menambah hasil kerajaan. Pada pandangan saya,

dasar penswastaan perlu menepati hasrat kerajaan di mana projek penswastaan

perlu dijalan atau dikendalikan dengan kawalseliaan yang rapi supaya ia tidak

membebankan kepentingan dan kemudahan yang lama dinikmati oleh rakyat

keseluruhannya.

Berhubung dengan perkara ini, saya ingin menarik perhatian kerajaan

tentang projek penswastaan yang dikendalikan oleh Indah Water Konsortium

(IWK) yang diberi mandat oleh kerajaan untuk menjalankan perkhidmatan

pembetungan di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, sedar atau tidak, beribu-ribu aduan telah

dikemukakan oleh pengguna-pengguna di merata-rata tempat tentang

perkhidmatan Indah Water Konsortium yang tidak ada atau kurang memberi

service yang dijanjikan. Tetapi caj-caj terpaksa dibayar walaupun tiada service

yang diberikan oleh IWK. Ketidakmampuan dan kelemahan IWK yang begitu

ketara, sehingga ia menjejaskan dasar penswastaan dan nama baik kerajaan

selama ini.

DR.14.5.96

26

Saya ingin memberi sedikit contoh di mana pihak IWK perku dihukum

atau ditamatkan kontraknya. Perkhidmatan pembentungan IWK tidak

setanding dengan apa yang diiklankan. Caj-caj yang dikenakan tidak seimbang

dengan apa yang dijanjikan. Kecekapan dan kebolehan adalah jauh beza atau....

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Yan bangun.

Tuan Yeong Chee Wah: Oleh kerana masa, minta maaf.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Adakah Yang Berhormat

bersetuju supaya setiap projek yang IWK hendak masuk ke dalam majlis-majlis

daerah ini perlu dibincang dengan majlis daerah tempatan supaya mereka

dengan ini lebih tahu bahawa rumah-rumah mana yang perlu dicaj dan rumah

mana yang tidak perlu dicaj? Adakah Yang Berhormat bersetuju atau tidak?

Tuan Yeong Chee Wah: Saya bersetuju, memang bersetuju. [Ketawa]

Kecekapan dan kebolehan adalah jauh beza atau kurang penting dengan

kerajaan tempatan bagi mengendalikan perkhidmatan pembentungan yang lalu.

Di kawasan Ipoh dan Batu Gajah sahaja hampir semua tapak pembetungan

yang telah diambil alih oleh IWK didapati menyebab bau busuk semakin lama

semakin bertambah. Tapak pembentungan yang berada di 42 buah taman

kediaman di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh telah diambil alih oleh pihak

berkuasa tempatan. Tetapi IWK enggan menerimanya. Ini menyebabkan

DR.14.5.96

27

kawasan tersebut langsung tidak mempunyai perkhidmatan sama sekali.

Penghuni-penghuni juga menghadapi masalah iaitu siapakah yang

bertanggungjawab atas perkhidmatan pembentungan di kawasan kami.

Perhubungan awam adalah menurun sampai tahap, seperti telefon tiada

orang tengah, soalan enggan dijawab, tetapi caj-caj atau tunggakan-tunggakan

yang tidak berasas itu diminta bayar dahulu. Segala pengaduan-pengaduan

tidak dilayani, kecuali dapat membuktikan hutang yang tidak berasas itu telah

dijelaskan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kerajaan perlu mengambil tindakan

segera untuk mengelakkan nama baik Kerajaan Barisan Nasional dirosakkan

oleh pihak IWK. Saya ingin mencadangkan tindakan wajar perlu diambil sama

ada IWK layak atau tidak meneruskan kontrak perkhidmatan pembentungan

yang diberikan. Garis panduan dan cara perkhidmatan perlu diterang dan

difahamkan oleh semua pengguna air di setiap tempat yang terlibat. Pengiraan

kadar perkhidmatan perlu dikaji semula di mana segala caj-caj yang dikenakan

itu betul-betul setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan memenuhi cadangan-cadangan tersebut,

saya yakin pengguna-pengguna akan menyokong penuh apa yang dikatakan

oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya. Saya quote,

DR.14.5.96

28

“Pengguna mendapat manfaat daripada penyediaan kemudahan awam

yang lebih awal dan berkualiti dengan peningkatan kos yang minimum

bagi projek penswastaan.”

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan nilai hidup dan membentuk

sebuah masyarakat penyayang, saya ingin menarik perhatian kepada pegawai-

pegawai kerajaan, khasnya kepada mereka yang diberi kuasa untuk bertindak.

Sebarang tindakan yang diamanahkan oleh kerajaan perlu dijalankan dengan

cara baik dan meyakinkan semangat penyayang mesti diutamakan supaya nama

baik sesuatu jabatan sentiasa dapat ditahankan dan disokong dengan penuh

keyakinan oleh setiap lapisan masyarakat, khasnya masyarakat yang

berpendapatan rendah dan miskin.

Satu kejadian yang berlaku baru-baru ini di Ampang Baru, Ipoh, di mana

saya sendiri nampak dan dengar adanya beberapa anggota polis menggunakan

kuasa yang diberikan untuk menahan dan menghalang peneroka-peneroka yang

miskin memprotectkan atau melindungi hasil-hasil yang mereka usahakan itu

supaya pemaju-pemaju perumahan dapat memajukan projek mereka tanpa

memberikan apa-apa ganti rugi atau pampasan. Sebenarnya, pihak polis

dipanggil berada di situ tanpa diberitahu apakah keadaan yang sebenarnya dan

apakah perkembangan mengenai ganti rugi yang telah dikenakan oleh pihak

pemaju. Pihak polis melarang peneroka-peneroka dan saya sendiri memasuki

tempat yang terbabit itu pada awalnya. Selepas protes saya sebagai Wakil

DR.14.5.96

29

Rakyat, adalah tanggungjawab saya untuk memberi apa-apa pertolongan yang

wajar untuk menyelesaikan masalah orang tak kira mereka berada di mana-

mana tempat barulah polis membenarkan saya dan peneroka-peneroka

memasuki tempat yang terlibat itu.

Tuan Yang di-Pertua, masalahnya bukan perkara keselamatan.

Masalahnya adalah mereka mempunyai hak memasuki tempat yang bukan

kawasan darurat yang sedang diusahakan oleh mereka. Masalahnya adalah

segelintir pihak polis menyalahgunakan kuasa untuk menghalang orang-orang

miskin atau setinggan-setinggan untuk membela dan mempertahankan harta

benda mereka supaya dia tidak dirosakkan oleh pemaju-pemaju yang sentiasa

menyalahgunakan pengaruh mereka untuk mendapat keuntungan yang

maksimum.

Masalahnya juga melibatkan pihak-pihak yang berkuasa sama ada

mereka mempunyai sikap dan perangai untuk membantu serta mewujudkan

semangat penyayang bagi orang-orang yang memerlukan pertolongan supaya

mereka dapat bersama-sama menikmati masyarakat penyayang yang dirancang

dan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Perkara ini penting, saya

harap pihak yang berkenaan dapat menimbang dan mengkaji semula tentang

masalah meroboh rumah-rumah setinggan dan membersihkan tanah-tanah yang

telah dan sedang diusahakan berpuluh-puluh tahun oleh golongan yang miskin

boleh dibersihkan tanpa pertimbangan masalah kemanusiaan dan masyarakat

penyayang. Saya juga minta pihak polis menimbang sama ada wujud atau

tidak terus membantui pemaju-pemaju untuk merebut keuntungan yang

lumayan.

DR.14.5.96

30

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Keenam, kerajaan

telah berusaha meningkatkan keupayaan teknologi tinggi untuk menjadikan

program penyelidikan dan pembangunan (P&P) bagi sektor awam yang

berorientasi permintaan dan menepati keperluan industri sektor swasta untuk

juga memberi sumbangan yang lebih besar kepada pengluasan aktiviti

penyelidikan inovasi dan pengeluaran produk dalam sektor pembuatan.

Bagi Rancangan Malaysia Ketujuh, dalam bab 13, Kerajaan Barisan

Nasional telah mengambil sikap keutamaan untuk menggalakkan sains baru dan

penyelidikan dan inovasi teknologi tinggi bagi mengekalkan kadar

pertumbuhan yang pesat dan meningkatkan taraf hidup rakyat kita. Di sini saya

ucapkan tahniah atas kejayaan dalam bidang ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kata pendahuluan di buku Rancangan

Malaysia Ketujuh, menyatakan bahawa Rancangan Malaysia Ketujuh akan

mengekal dan meneruskan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang.

Maka konsep seimbang ini perlu dititikberatkan dalam pembangunan teknologi

tinggi dan kegunaan tenaga nuklear untuk meningkatkan pertumbuhan yang

pesat. Ia akan membawa sampingan buruk membahayakan kepada manusia dan

alam sekitar. Kita tidak dapat menurut keadaan apabila aktiviti-aktiviti yang

terlampau banyak, maka sisa-sisa pembuangan toksik dan merbahaya juga

bertambah banyak. Maka ia perlu meningkatkan cara kendalian dan cara

penyimpangan sisa-sisa yang merbahaya itu supaya ia tidak mendatangkan

ancaman yang lebih serius dan lebih lama.

Saya sangat mengkhuatiri ancaman sisa-sisa toksik dan sisa radio aktif

yang bertambah serius hari demi hari kerana tapak pembuangan dan simpangan

yang selamat masih belum ditentukan di negeri masing-masing setakat ini.

Tetapi pengeluaran sisa-sisa tersebut sedang dan akan bertambah banyak, maka

ancaman juga bertambah serius hari demi hari. Keadaan ini harus diselesaikan

DR.14.5.96

31

dengan tindakan segera supaya rakyat Malaysia dapat menyakinkan keadaan

hidup mereka tidak terjejas dari sekarang hingga hari-hari yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, satu masalah pencemaran yang membawa kesan

buruk berpanjangan bukan terhad dalam satu tahun, 10 tahun atau 100 tahun.

Ia terus mengancam kesihatan dan keselamatan kepada anak-anak, cucu-cucu

kita selama 100 juta tahun, iaitu pencemaran radioaktif daripada tapak

pembuangan sisa-sisa radioaktif di belakang kilang Asia Rare Earth di hadapan

Kampung Baru Bukit Merah, Jalan Lahad dan tapak simpanan di Jalan Bukit

dekat Pekan Papan. Kedua-dua tapak tersebut adalah terletak di dalam kawasan

pilihan raya Batu Gajah yang mana saya yang dipilih menjadi wakil rakyat

mereka.

Tuan Yang di-Pertua, serangan sinaran radioaktif yang berbahaya ini

berpunca dari sisa-sisa pembuangan yang mengandungi bahan-bahan ‘docria’

dan dorium hidroksida dan sebagai hidroksida yang larut dan tidak larut ke

dalam air sungai atau mencairkan ke dalam seluruh saluran air bawah tanah.

Saintis-saintis telah mengesahkan bahawa docria dan dorium hidroksida

mengandungi sinaran radioaktif yang membahayakan hidupan dan alam sekitar

sekurang-kurangnya 100 juta tahun lamanya. Serangan sinaran radioaktif akan

membawa penyakit seperti kanser, leukemia, penyakit tulang dan liver dan dia

juga mengancam ibu-ibu yang mengandung sekiranya mereka berturut-turut

berada di dalam lingkungan sinaran dalam masa yang singkat.

DR.14.5.96

32

Tuan Yang di-Pertua, tapak-tapak yang menyimpan sisa-sisa keracunan

itu mesti diperiksa, dikaji dengan rapi, setiap masa yang tertentu untuk

menjamin ianya sentiasa kukuh dan terkawal. Jika tapak tersebut dilanda banjir

atau tanah runtuh akan mengakibatkan racun ini tercemar melalui saluran

Sungai Johan dan Sungai Kinta atau melalui saluran air bawah tanah,

menjejaskan kesihatan manusia dan mencemarkan alam sekitar di kawasan

yang besar. Seramai 1 juta penduduk di Papan, Pusin, Lahad, Mekrabo, Batu

Gajah, Parit dan Telok Intan akan menghadapi risiko yang serius dan buruk.

Tuan Yang di-Pertua, kita mesti.....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

sila gulung.

Tuan Yeong Chee Wah: Ya. Kita mesti sentiasa ‘sediakan payung

sebelum hujan’. Memandangkan negara kita telah mencapai kemajuan yang

mengkagumkan, pertumbuhan ekonomi dan industri yang begitu pesat, maka

kegunaan teknologi yang mengandungi bahan radioaktif dan radio nuklear juga

meningkat berlipat ganda dalam bidang sains, teknologi tinggi industri

pertanian khasnya dalam mikro elektronik dan bahan-bahan termaju dan

termoden. Oleh yang demikian, saya dengan segala hormatnya ingin

mendapatkan penjelasan-penjelasan yang lebih lanjut tentang apakah implikasi

atau risiko yang mungkin akan kita hadapi dan apakah langkah-langkah yang

DR.14.5.96

33

positif sedang dan akan diambil supaya strategi dan penyakit-penyakit

elektronik dan nuklear dapat dielakkan dengan seboleh-bolehnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dengan sepenuh-penuhnya Usul

yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian,

terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Nampaknya ramai

lagi yang hendak berucap, tetapi setiap blok tetap akan mendapat peluang. Ya,

Kemaman.

Seorang Ahli: Terima kasih, tahniah! tahniah!

3.26 ptg.

Dr. Ramli bin Taib [Kemaman]: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun

untuk turut serta dalam perbahasan Usul Rancangan Malaysia Ketujuh yang

dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6hb. Mei yang

lepas dan saya akan menyentuh beberapa perkara penting.

Pertamanya mengenai industri petroleum dan gas serta peranan Petronas

dalam memastikan peningkatan, penglibatan bumiputera dalam industri ini.

Tuan Yang di-Pertua, industri petroleum memainkan peranan yang

sungguh bermakna kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ia telah

menghasilkan revenue dan eksport yang besar kepada negara. Dalam kita

mengorak langkah menuju ke negara maju pada tahun 2020, industri petroleum

DR.14.5.96

34

akan terus memainkan peranan yang amat penting dalam menggerakkan

program perindustrian negara. Begitu juga dengan gas asli yang mana Malaysia

mempunyai simpanan yang banyak, yang telah meningkat kepada 85 trilion

kaki padu dan kita merupakan pengeksport LNG ketiga besarnya di dunia.

Pengeluaran gas ini telah berkembang menjadi industri yang besar

terutama untuk dieksport dan juga sebagai punca tenaga yang penting. Negeri

Terengganu salah sebuah negeri yang mendapat nikmat dari industri petroleum

ini telah bertukar wajah dari negeri yang ekonominya berasaskan pertanian dan

perikanan dan yang mempunyai pantai yang dipenuhi dengan pohon-pohon

kelapa tua menjadi sebuah negeri yang pesat membangun. Tidak dapat

dinafikan bahawa industri petroleum ini dengan royalti sebanyak 5% dan

pelaburan dari syarikat-syarikat minyak terutamanya dari Petronas, Terengganu

telah berjaya merubah corak penghidupan rakyatnya ke arah yang lebih

dinamik, yang berasaskan perindustrian.

Tuan Yang di-Pertua, Petronas yang telah ditubuhkan sejak 1974 yang

dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan membangunkan industri

petroleum dan gas negara telah bertukar menjadi satu syarikat petroleum yang

berorientasikan kepada keuntungan dan berjaya disenaraikan dalam Fortune

International 500.

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Petronas dan mengalu-alukan

langkah Petronas untuk meningkatkan pelaburan di dalam bidang carigali di

DR.14.5.96

35

dalam dan luar negara dalam usaha untuk menambahkan rezab petroleum

negara. Begitu juga dalam aktiviti hiliran, saya mengucapkan terima kasih

kepada Petronas kerana telah banyak melabur di dalam bidang ini di negeri

Terengganu khususnya di Kemaman. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, peranan

Petronas untuk meningkatkan penglibatan bumiputera di dalam industri ini

perlulah dilihat dengan lebih mendalam dan harus dinilai kembali.

Petronas dengan keghairahannya untuk menjadi sebuah syarikat gergasi

yang mementingkan kualiti dan keuntungan agak sudah lupa akan

tanggungjawab sosialnya. Kita tidak nampak akan adanya usaha yang

bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh pihak Petronas untuk

membangunkan usahawan bumiputera di dalam industri ini. Dengan pelaburan

yang berbilion-bilion ringgit, Petronas gagal untuk mengambil peluang ini

untuk membangunkan lebih ramai usahawan bumiputera selaras dengan hasrat

kerajaan untuk melahirkan masyarakat perindustrian dan perdagangan

bumiputera.

Projek-projek yang telah dilaksanakan seperti PGU iaitu Projek

Penggunaan Gas Asli Semenanjung, Logi Penapisan Minyak di Kerteh dan di

Melaka, Loji Pemerosesan Gas Polyethylene di Kerteh, NTBE di Kuantan dan

sebagainya. Kesemuanya dimonopoli oleh syarikat-syarikat gergasi dari Jepun

dan Korea. Nama-nama seperti Toyo, Mitsubishi, Hyundai, JGC, Geodac,

Delim dan lain-lain sudah tidak asing lagi bagi kita.

DR.14.5.96

36

Adalah amat menyedihkan bahawa syarikat-syarikat Jepun dan Korea

ini tidak bersedia untuk memindahkan kepakaran dan teknologi kepada

syarikat-syarikat tempatan. Walaupun Petronas mempunyai polisi 30% local

contract ataupun memastikan 30% penglibatan kontraktor-kontraktor tempatan,

dalam syarat kontrak kepada kontraktor utama, tetapi jika diteliti dengan lebih

mendalam 30% local contract ini datangnya dari kerja-kerja tradisional yang

tidak memerlukan teknologi yang tinggi, yang sudah biasa dilakukan oleh

kontraktor tempatan seperti kerja-kerja sivil, material supply, buat bangunan,

pendawaian elektrik, main power supply, gali parit, pasang pagar dan

sebagainya. Kadang-kadang syarat 30% local contract ini hanya tinggal pada

syarat sahaja. Ianya tidak dipraktikkan dengan sepenuhnya. Syarikat-syarikat

Jepun ini mengambil kesempatan dari projek-projek di negara ini untuk

melatih jurutera-jurutera baru mereka yang fresh graduate yang baru keluar dari

universiti pada hal lebih ramai jurutera-jurutera kita yang jauh lebih baik

daripada mereka.

Adalah menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana fresh graduate

Japanese Engineers ini boleh diberi permit kerja. Saya berharap pihak-pihak

yang berkenaan supaya dapat meneliti dengan lebih teliti akan kemasukan

expatriate ke negara ini supaya mereka ini betul-betul diperlukan dan mengikut

peraturan-peraturan yang ditetapkan supaya kepentingan pekerja-pekerja dan

jurutera kita terpelihara.

DR.14.5.96

37

Tuan Yang di-Pertua, Petronas sebagai pihak yang bertanggungjawab

gagal untuk memastikan polisi yang dibuatnya dipatuhi dengan sepenuhnya.

Petronas amat kurang memberi tumpuan atau tidak bersungguh-sungguh untuk

sama-sama membangunkan usahawan tempatan supaya lebih berdaya maju.

Apa yang Petronas tahu lakukan ialah menyenaraihitamkan mana-mana

kontraktor tempatan yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Program pembangunan vendor yang dilancarkan baru-baru ini hanya

pada nama sahaja dan sekadar melepas batuk di tangga, bukannya program

pembangunan atau pun development program, tetapi hanya sekadar program

pemilihan vendor. Syarikat-syarikat vendor dibiarkan untuk mencari kerja-

kerja yang difikirkan ada di Petronas, bukannya menawarkan kerja-kerja

tertentu atau ada bantuan terancang, pandangan atau tunjuk nasihat yang boleh

diberikan oleh Petronas. Pegawai-pegawai Petronas sendiri tidak prihatin

terhadap konsep vendor. Oleh sebab itulah garis panduan dan penyelarasan

yang berkesan tidak dapat dilakukan.

Oleh yang demikian, saya ingin menyarankan kepada kementerian dan

Petronas supaya berusaha dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh untuk

memastikan program pembangunan vendor ini berjaya. Pegawai-pegawai

Petronas diharap lebih prihatin terhadap penglibatan bumiputera, terutama

rakyat tempatan dan usaha yang serius harus ada untuk memilih dan

DR.14.5.96

38

membangunkan usahawan tempatan sebelum mereka dapat bersaing dengan

syarikat-syarikat international yang lain.

Petronas sepatutnya sedar akan perlunya syarikat vendor yang dipilih ini

diberi peluang melengkapkan diri dengan kepakaran yang secukupnya.

Usahawan bumiputera terpaksa melabur dengan pelaburan yang besar dan

berdepan dengan risiko yang tinggi untuk membawa teknologi kepakaran dan

peralatan dari luar negara di samping memastikan produk dan perkhidmatan

yang diberi itu betul-betul memenuhi kualiti yang amat ketat yang ditetapkan

oleh industri ini.

Justeru itu, saya juga ingin mencadangkan agar keuntungan Petronas

yang berbilion ringgit ini disalurkan sedikit untuk dijadikan tabung

pembangunan bagi usahawan-usahawan yang memerlukan jaminan kewangan

supaya risiko syarikat-syarikat ini terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyarankan kepada Kementerian

Kewangan supaya memberi penekanan kepada Petronas atau syarikat-syarikat

gergasi dari Jepun dan Korea ini yang diberi kontrak secara turnkey ini supaya

mematuhi syarat-syarat yang diberikan, terutama dalam hal penglibatan

bumiputera.

Adalah dicadangkan juga bahawa program vendor industri gas,

petroleum dan petro kimia ini dilanjutkan kepada kontraktor-kontraktor

Production Sharing Contract ataupun PSC seperti Esso dan Shell melalui

DR.14.5.96

39

syarat-syarat tertentu dalam persetujuan PSC. Yang lebih penting, untuk

memastikan lebih ramai usahawan atau lebih banyak penglibatan bumiputera di

dalam bidang ini, saya mencadangkan supaya peranan Tender and Contract

Department (TCD), Petronas dinilai semula.

TCD mestilah meletakkan kepentingan dan priority dalam membantu

syarikat-syarikat tempatan. TCD mesti mempunyai data-data terperinci

mengenai keupayaan syarikat-syarikat tempatan dan perlu mengenal pasti

bidang atau area yang bumiputera masih ketinggalan. Satu penyelidikan yang

terperinci perlulah dijalankan untuk mengetahui sebab-sebab kelemahan

usahawan-usahawan ini dan seterusnya mencari jalan atau penyelesaian terbaik

bagi memastikan mereka mengkategori semua kerja yang ada di dalam industri

ini.

Pegawai-pegawai TCD harus juga diberi kata putus atau kuasa yang

lebih untuk memastikan polisi ini dipatuhi kerana kita difahamkan bahawa

Petronas sudah bertahun-tahun masih mengharapkan konsultan luar negara

untuk membantu dalam pengurusan projek-projeknya. Konsultan-konsultan ini

sudah tentulah tidak akan memberi priority sebagaimana yang kita kehendaki.

Maka, adalah menjadi tanggungjawab pegawai-pegawai di Tender and Contract

Department ini untuk meyakinkan konsultan-konsultan ini tentang keperluan

bumiputera semasa menyediakan dokumen ITD atau pun Invitation To Build

Document.

DR.14.5.96

40

Tuan Yang di-Pertua, Petronas buat masa ini mendapatkan peralatan

spare parts dan material untuk operasi dan keperluan projeknya melalui

subsidinya sendiri iaitu MIECO. MIECO yang mempunyai pejabatnya di

seluruh dunia mendapat bekalan ini dari agen, pembekal dan manufacturer terus

dari negara-negara pembuat. MIECO ini pada dasarnya boleh mengurangkan

kos dan adalah cost effective bagi Petronas, tetapi sudah tentulah MIECO ini

sendiri menjadi competitor kepada pembekal-pembekal tempatan. Maka adalah

lebih baik jika Petronas melalui MIECO melantik agen-agen tempatan dan

seterusnya membantu mereka untuk berkembang menjadi pengedar serantau

ataupun regional distributor dan marketing head quarters, sebagaimana yang

dilakukan oleh syarikat-syarikat di Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, industri petroleum dan gas yang berkembang pesat

ini tidak kurang memberi ancaman kepada alam sekitar kita. Kita sering

mendengar tumpahan minyak besar-besaran berlaku. Kapal yang membuang

bahan-bahan toksik dan enapcemar di perairan kita dengan sewenang-

wenangnya.

Mengikut Laporan Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Terengganu,

dalam tempoh 7 Mei, 1995 hingga 12 Oktober, 1995, terdapat 19 laporan kes

pembuangan minyak dan enapcemar atau sludge oleh kapal-kapal asing di

perairan pantai Terengganu. 19 kes dalam masa 6 bulan. Yang tidak dikesan,

DR.14.5.96

41

kita tidak tahu berapa. Jumlah ini tidak termasuklah kes-kes di perairan negeri

lain seperti di negeri Pahang, Kelantan ataupun Johor.

Daripada 19 kes yang dilaporkan ini, hanya 3 buah kapal sahaja yang

dapat ditahan oleh TLDM. Persoalannya, kenapakah orang yang tidak

bertanggungjawab ini begitu berani membuang sisa-sisa toksik atau enapcemar

ini dengan sewenang-wenangnya? Adakah mereka ini mengambil kesempatan

dari kawalan yang begitu longgar atau undang-undang kita yang tidak begitu

ketat?

Baru-baru ini, di Dewan yang mulia ini kita telah meluluskan Akta

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1996. Saya ingin mengucapkan syabas

kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, tetapi dengan pindaan

akta tanpa peningkatan aspek-aspek seperti penguatkuasaan, pengesanan dan

pengawasan, penyediaan rancangan contingency, penyediaan kakitangan dan

pegawai-pegawai yang terlatih dan kemudahan asas yang mencukupi, masalah

ini tetap tidak akan diselesaikan.

Terdapat beberapa kekangan atau halangan yang menyebabkan kurang

berkesannya penguatkuasaan maritim yang dijalankan sekarang. Di antaranya

ialah kelewatan menerima lewatan dan tindakan susulan, kekurangan

kakitangan dan pegawai yang terlatih, kekurangan kemudahan dan

kelengkapan komunikasi yang lebih canggih, kekurangan penyelarasan di

antara pihak terbabit, ketiadaan atau kekurangan bot-bot peronda yang khusus

DR.14.5.96

42

untuk tugas-tugas penguatkuasaan dan juga tidak ada penyeragaman prosidur

operasi semasa menjalankan kes-kes penyiasatan.

Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, saya pohon mencadangkan supaya

kementerian menubuhkan sebuah pangkalan hadapan atau pun pusat operasi

tumpahan minyak di Pantai Timur supaya penguatkuasaan dan pengawasan

terhadap kes-kes pembuangan sisa minyak dan enapcemar ini dapat dilakukan

dengan lebih berkesan lagi. Adalah wajar pusat operasi ini didirikan di negeri

Terengganu dengan seberapa segera, memandangkan kedudukan negeri

Terengganu yang strategik di tengah-tengah laluan utama di Laut China Selatan

dan terdapatnya aktiviti-akativiti cari gali dan pengeluaran minyak di pantai

negeri Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada industri petroleum dan gas,

Kemaman sedang berkembang pesat dengan industri-industri berat yang lain

seperti besi waja, termasuklah Perwaja Steel, Gunawan Steel, petrokimia,

elektronik dan juga pelancongan. Pertumbuhan yang pesat ini sudah tentulah

memerlukan keseimbangan dengan pertumbuhan dari sektor-sektor lain seperti

pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, sumber manusia dan juga

perkhidmatan-perkhidmatan yang lain.

Sistem pengangkutan seperti pelabuhan, jalan raya, pengangkutan udara

perlulah dipertingkatkan dengan seberapa segera. Pelabuhan Kemaman

umpamanya masih jauh ke belakang dari segi infrastruktur mahupun kecekapan

DR.14.5.96

43

perkhidmatan. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pengangkutan apakah

hasil dari penswastaan Pelabuhan Kemaman yang telah diselesaikan baru-baru

ini? Adakah ia telah meningkatkan kecekapan atau sebaliknya? Apa yang

telah terjadi kepada cadangan untuk membina dermaga cecair yang sangat-

sangat diperlukan oleh industri petrokimia di Kemaman? Kita berharap

pembinaan dermaga ini dapat dilaksanakan dengan seberapa segera.

Begitu juga dengan sistem pengangkutan darat lebuh raya yang

dicadangkan dari Karak, Kuantan dan Kuala Terengganu masih belum

dimulakan. Saya pohon penjelasan dari Kementerian Kerja Raya mengapakah

projek yang diberikan oleh Konsortium MMC, MTD dan UEM ini begitu lewat

hendak dimulakan pada hal kita tahu lebuh raya ini amat penting untuk

menghubungkan Kuala Lumpur dengan koridor kedua perindustrian negara di

Pantai Timur. Saya juga ingin kementerian menjelaskan laluan yang telah

dipilih di antara Karak-Kuantan dan antara Kuantan-Kuala Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana telah

memulakan pembinaan wad baru 4 tingkat di bandar Chukai, tetapi saya

difahamkan pembinaan ini tidak termasuk bilik bedah (operation theatre). Jadi,

sudah tentulah kita tidak dapat menempatkan pakar-pakar bedah dan pakar-

pakar sakit puan di hospital ini malah kita tahu sebagaimana yang saya katakan

tadi bahawa daerah Kemaman ini berkembang pesat dengan industri berat dan

DR.14.5.96

44

dengan penambahan penduduk dan pekerja-pekerja kilang sudah tentulah

perkhidmatan kesihatan perlu dipertingkatkan dengan seberapa segera. Kes-kes

kecemasan dan ibu-ibu mengandung yang perlu pembedahan terpaksa dirujuk

ke Hospital Kuantan dan Kuala Terengganu. Oleh itu, sekali lagi saya

mengulangi cadangan saya pada tahun yang lepas supaya Kementerian

Kesihatan menempatkan doktor-doktor pakar di Hospital Daerah Kemaman

dengan seberapa segera, sekurang-kurangnya pakar sakit puan atau pakar

perubatan. Adalah diharapkan juga satu tambahan dapat dibuat untuk

pembinaan bilik bedah (operation theatre) bersama-sama dengan pembinaan

bangunan baru hospital tersebut. Sekian, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Cheras.

3.43 ptg.

Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Tuan Yang di-Pertua, sepanjang

tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh saya memahami program penswastaan

akan dipergiatkan. Rakyat Malaysia sangat prihatin terutama apabila sasaran

matlamat yang akan datang terhadap penswastaan ialah penswastaan

perkhidmatan kesihatan, pelupusan sampah sarap, bekalan air, kemudahan asas

pendidikan, utiliti dan lain-lain yang mempunyai impak langsung terhadap

rakyat.

Menurut kerajaan, ia mendapat faedah dari penswastaan kerana jumlah

wang yang dapat dijimatkan dalam perbelanjaan modal bagi projek

DR.14.5.96

45

penswastaan sepanjang tempoh RMK-6 berjumlah RM51.6 bilion atau 79.9%

dari jumlah simpanan daripada penswastaan sejak tahun 1983. Tetapi apa yang

saya ingin menyatakan tentang kelemahan program penswastaan ini bahawa

kebanyakan ketidakadilan yang buruk yang melanda rakyat Malaysia pada hari

ini di sebalik penswastaan sama ada pengusiran peneroka bandar atau

pemberian kontrak berbilion ringgit. Penswastaan yang dijalankan oleh negara

lain ialah untuk membayar hutang bagi menggalakkan persaingan

meningkatkan kecekapan, menggalakkan pelaburan, mengurangkan saiz sektor

awam atau untuk mengembangkan pemilikan saham. Tetapi matlamat utama

yang tunggal penswastaan di Malaysia ialah bertujuan untuk mengumpul harta

untuk Umno kaya, pemimpin, penyokongnya dan para penderma. Sebaliknya

adalah sukar mempercayai bahawa rakyat Malaysia dilayani baik apabila

kerajaan memberikan kontrak yang mana terma dan syaratnya menjejaskan

kepentingan rakyat dan juga bertentangan dengan keadilan semula jadi.

Tuan Yang di-Pertua, Ketua Pembangkang sudah banyak menyuarakan

soal kutipan tol Jalan Kuching yang mana kerajaan memutuskan secara rahsia

dan menyalahi undang-undang untuk membenarkan lanjutan tempoh kutipan tol

di Jalan Kuching selepas tempoh 9 tahun yang disebut dalam perjanjian konsesi

pada 8hb. Januari 1996.....

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: [Bangun]

DR.14.5.96

46

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Rompin bangun.

Tuan Tan Kok Wai: Masalah sekarang, ucapan saya memerlukan satu

jam sekurang-kurangnya, maka saya tidak boleh beri jalan.....

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, kalau tak beri

jalan, teruskan.

Tuan Tan Kok Wai: Saya ingin menegaskan di sini, jalan tak diberi,

minta maaf.....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tetapi, Yang

Berhormat diingatkan had masa itu 20 minit.....

Tuan Tan Kok Wai: Saya ingin menegaskan di sini.....

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-

Pertua, semenjak saya dalam Dewan ini.....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

bila saya bercakap, Yang Berhormat janganlah mencelah. Saya hendak

ingatkan dia, 20 minit sahaja, bukan sejam.

Tuan Tan Kok Wai: Oleh sebab itu, saya tidak boleh memberi jalan.

[Ketawa] Saya ingin menegaskan di sini bahawa kes kutipan tol Jalan Kuching

jelas menunjukkan kerajaan sudah jauh menyimpang dari prinsip suci yang asal

DR.14.5.96

47

mengenai penswastaan. Setiap orang sekarang terkejut malah beratus-ratus ribu

pengguna kenderaan terpaksa membayar tol.....

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

Rompin bangun lagi.

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Beri peluang

saya hendak puji Yang Berhormat, bukan hendak mengata ini!

Tuan Tan Kok Wai: Tak payahlah, tak payahlah!

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Nak puji ni!

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Bahasa itu sudah

amat baik - ‘suci’, tetapi agenda kita.....

Tuan Tan Kok Wai: Saya mengucapkan terima kasih atas pujian,

tetapi saya tidak.....

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Tetapi tak ada

cerita lainkah, tol, tol, tol! Tak ada agenda lainkah?

Tuan Tan Kok Wai: Tidak perlu saya tahu isi kandungan pujian, tidak

payahlah!

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat!

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis:.....dekat abad

21.....[Pembesar suara dimatikan]

DR.14.5.96

48

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

nampaknya pujian itu pun dia tak terima. [Ketawa] Biar dia teruskan, Yang

Berhormat.

Tuan Tan Kok Wai: Beratus-ratus ribu pengguna kenderaan terpaksa

membayar tol apabila melalui Jalan Kuching setiap hari dalam keadaan marah.

Pengumuman Menteri Kerja Raya baru-baru ini bahawa Kamunting

Corporation berhak mengutip tol bagi tempoh 7 tahun lagi kerana ini termaktub

dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan dan syarikat konsesi dalam

tahun 1987. Peruntukan membenarkan lanjutan 9 tanpa 7 tahun dikaji selepas

tempoh 9 tahun pertama berakhir amat tidak adil dan tidak dapat diterima oleh

rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, menurut Warta Kerajaan bertarikh 8hb. Januari

1987, ini ada satu naskhah, hari yang sama kutipan tol berjalan, bahawa tempoh

9 tahun syarikat konsesi dibenarkan mengutip tol selama 9 tahun. Mengapa

tambahan 7 tahun lagi tidak disebut dalam Warta Kerajaan itu? Sekarang

rakyat bertambah bimbang sama ada semua kontrak projek penswastaan

mengandungi banyak peruntukan dan syarat yang memihak kepada syarikat

konsesi. Kes 9 tanpa 7 tahun kutipan tol Jalan Kuching adalah merupakan

salah satu daripada banyak syarat yang bertentangan dengan kepentingan

awam. Apa yang kita ketahui hanyalah ‘tip of the iceberg’ sahaja.

Sebagai pembayar cukai dan pembayar perkhidmatan projek

penswastaan, rakyat Malaysia berhak mengetahui apakah butir-butir lanjut

mengenai 204 projek penswastaan setakat ini dan kerajaan selama ini sibuk

melaung-laungkan dasar ketelusan, keadilan dalam tanggungjawab sosialnya

kepada rakyat harus menghebahkan kepada orang ramai semua isi kandungan

perjanjian konsesi itu. Jika kerajaan jujur dan benar bahawa semua perjanjian

tidak mengandungi peruntukan yang bercanggah dengan prinsip keadilan, maka

DR.14.5.96

49

kerajaan patut berani dan sedia mengumumkan isi kandungan kontrak-kontrak

penswastaan itu.

Masalah tol Jalan Kuching bukan sahaja perkara pokok yang

menimbulkan kebimbangan rakyat, tetapi ada lagi projek penswastaan seperti

PLUS yang mengandungi syarat yang terlampau berat sebelah, seperti kadar tol

boleh dinaikkan 50% pada 3 tahun pertama dan 3 tahun kedua dan 7 tahun

seterusnya hingga 30 tahun kenaikan kadar 6% dibenarkan setiap tahun. Kadar

ini adalah lebih tinggi daripada kadar inflasi.

Satu lagi contoh, di Jalan Cheras pula, selepas demonstrasi besar-

besaran pada bulan September, 1990 bekas Timbalan Perdana Menteri Tun

Ghafar Baba ada memberitahu bahawa kerajaan terpaksa membayar pampasan

sebanyak RM100,000 sehari kepada syarikat konsesi jika ia dikehendaki

memberhentikan kutipan tol, sedangkan kutipan maksimum yang diperolehi di

situ pada setiap hari ialah lebih kurang RM50,000 sahaja. Apakah sebab di

sebalik syarat-syarat yang berat sebelah kepada syarikat konsesi ini?

DAP ingin mendesak kerajaan menerangkan situasi sebenar mengapa

perlanjutan 7 tahun kutipan tol di Jalan Kuching diberikan kepada Kamunting

Corporation. Kami ingin menggesa supaya kutipan tersebut diberhentikan

serta-merta. Saya merasa kesal kerana terdapat beberapa orang pemimpin parti

komponen Barisan Nasional, menerusi suratkhabar menyatakan bantahan

mereka mengenai cara kerajaan menyelesaikan kutipan tol di Jalan Kuching

termasuk kenyataan akhbar oleh Ketua Pemuda MCA hari ini, tetapi semua ini

tidak berguna kalau parti mereka masih menyokong dan memberikan sokongan

DR.14.5.96

50

di peringkat kabinet. Jika sandiwara ini dibiarkan berterusan, ia merupakan

satu penipuan kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu perumahan yang

begitu penting dalam RMK-7 dan saya ingin mendapatkan supaya

menggariskan matlamat perumahan yang jelas membayangkan sangat kecil dari

jumlah sasaran 800,000 unit rumah yang patut disiapkan dalam RMK-7, sektor

swasta dikehendaki menyediakan 71% atau 570,000 unit, manakala sektor

awam hanya 29% atau 230,000 unit sahaja. Daripada jumlah itu saya

mendapati sasaran perumahan kos rendah hanya 200,000 unit sahaja iaitu

140,000 unit akan dibina oleh pihak swasta manakala 60,000 unit lagi oleh

sektor awam.

Tuan Yang di-Pertua, tidakkah kerajaan sedar bahawa ini merupakan

satu shortfall yang besar kerana RMK-6 meletakkan sasaran pembinaan rumah

kos rendah sebanyak 343,800 unit. Ini bererti kerajaan tidak memberikan

keutamaan untuk menyediakan rumah-rumah kos rendah. Jika begini, saya

bimbang prestasi sektor perumahan dalam RMK-7 tidak jauh berbeza dengan

RMK-6. Jika kita menyemak prestasi RMK-6, daripada sasaran 343,800 unit

rumah kos rendah itu dia hanya berjaya menyiapkan 76% sahaja sungguhpun

pihak pemaju swasta mencapai sasaran pembinaan, tetapi prestasi sektor awam

atau kerajaan dalam penyediaan rumah kos rendah hanya 36.7% sahaja.

DR.14.5.96

51

Prestasi ini sungguh mengecewakan. Ini menunjukkan RMK-6 masih

mempunyai baki sasaran yang belum disiapkan.

Kekurangan ini patut ditambah dalam RMK-7. Dari prestasi ini, adalah

jelas bahawa kerajaan tidak mempunyai sikap penyayang, tiada wawasan, tiada

keyakinan untuk mengatasi cabaran yang ada. Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan pernah beberapa kali mengakui kegagalan mereka

mencapai sasaran matlamat, sungguhpun dalam setiap pembentangan

belanjawan negara kementerian memberi jaminan untuk berusaha mencapai

sasaran program perumahan khas kos rendah. Berbagai alasan sering

disabitkan sebagai sebab atau punca kelewatan penyiapan, penyerahan,

substandard dan tidak selamat, menyeleweng dalam peruntukan perumahan kos

rendah dan sebagainya. Tidak ada gunanya kita mempergiatkan pertumbuhan

tahunan 8% KNK kalau sebilangan besar rakyat tidak mempunyai rumah.

Kami dari DAP kerap kali mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan

satu Lembaga Perumahan Kos Rendah yang mana bukan sahaja wakil kerajaan

tetapi wakil-wakil persatuan pengguna, pemaju, pihak yang ada kaitan dengan

industri perumahan patut duduk dalam lembaga tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kerap berbangga dengan adanya satu

pelan induk perindustrian negara tetapi kita tidak mempunyai pelan induk

perumahan tersendiri. Apa yang berlaku dalam Penggal Pertama RMK-6, kita

menyaksikan rumah banyak dibina tetapi mustahil dimiliki oleh golongan

DR.14.5.96

52

miskin kerana harganya sangat tinggi. Ini boleh menimbulkan situasi tidak

sihat di mana golongan kaya boleh memiliki banyak rumah. Sesetengah

mereka melakukan spekulasi dan menjual rumah untuk keuntungan sedangkan

dalam masa yang sama golongan rakyat miskin terus tidak memiliki rumah.

Apakah kerajaan mahu menafikan ini bukan ketidakadilan sosial? Sekarang,

bukan sahaja orang miskin dalam dilema kerana rumah yang dijual sangat

tinggi harganya, tetapi golongan berpendapatan sederhana juga menderita.

Sungguhpun banyak rumah dibina di kawasan bandar, sedangkan unit-unit

rumah yang berharga antara RM50,000 hingga RM100,000 sangat berkurangan.

Sebagai Wakil Rakyat dalam Kuala Lumpur, saya sering menerima

aduan daripada orang-orang miskin, malah golongan pertengahan yang tidak

mampu membayar harga rumah. Untuk membeli rumah kos rendah mereka

tidak layak hendak membeli rumah kos tinggi kerana tiada kemampuan dan

untuk membeli rumah kos sederhana bekalan pula tiada. Berhubung dengan

rumah kos rendah ini yang mana kerajaan sering berkata komited untuk

membina rumah kos rendah, kadangkala kerajaan memberi pengecualian

kepada sesetengah pemaju besar yang ada hubungan akrab dengan pihak atasan

dari membina rumah kos rendah.

Tuan Yang di-Pertua, contoh yang saya hendak sebutkan di sini ialah

baru-baru ini timbul kontroversi mengenai pemaju Bandar Utama di

Damansara, Selangor. Projek tersebut tidak langsung menyediakan unit-unit

DR.14.5.96

53

kos rendah. Bandar Utama adalah sebuah projek perumahan yang berdiri

megah kerana mengandungi 6,100 unit rumah teres dan 6,063 unit

kondominium yang terletak atas tanah seluas 1,000 ekar. Saya tidak faham

mengapa pemaju Bandar Utama diberikan pengecualian daripada membina

rumah kos rendah dan projek bersebelahan yang dimajukan oleh pemaju yang

sama iaitu Damansara Jaya tidak juga mempunyai unit-unit rumah kos rendah.

Mengapakah pemaju ini diberikan layanan yang paling istimewa sehingga tidak

perlu mematuhi kehendak kerajaan? Apakah sebabnya, adakah kerana ia

penderma besar kepada Barisan Nasional?

Jika bukan, apakah sebabnya, ataupun keseluruhannya melibatkan

amalan rasuah. Saya kira BPR patut menyiasat ke akar umbi untuk menentukan

sama ada terdapat unsur hanky-panky yang menjurus kepada kelulusan projek

tersebut. BPR tidak perlu menunggu mana-mana laporan dibuat terlebih dahulu

sebelum dapat bertindak. Sungguhpun kerajaan Negeri Selangor ada

menjelaskan bahawa pengecualian itu diberikan berasaskan kos tanah di situ

sangat tinggi, pemaju kata tidak viable membina rumah kos rendah, tetapi ini

tidak boleh diterima, kerana di situ, terdapat skim perumahan lain yang

berhampiran yang sedia mematuhi arahan kerajaan dengan menyediakan kuota

30% rumah kos rendah. Satu lagi alasan kerajaan ialah sebahagian tanah di situ

telah diuntukkan untuk pembinaan sekolah. Ini pun tidak boleh diterima kerana

kita mengetahui bahawa salah satu dasar pembinaan rumah awam, pemaju

DR.14.5.96

54

hendaklah mereservekan tanah untuk tapak sekolah dan pemaju-pemaju projek

perumahan baik yang berhampiran dengan Bandar Utama atau lain-lain

kawasan di Selangor diwajibkan mereservkan tanah untuk maksud pendidikan,

tetapi mereka tidak boleh mengelak diri dari kuota 30% ini.

Bagi projek Bandar Utama, kalau tidak silap saya, tapak projek

perumahan ini ialah bekas tanah ladang kelapa sawit yang dibeli oleh pemaju

pada lebih kurang 10 tahun lalu. Harga yang dibeli daripada pemilik asal ialah

hanya lebih kurang RM10,000 setiap ekar sahaja, tetapi sekarang pemaju

mengaut keuntungan yang terlalu besar kerana rumah-rumah yang dibina di situ

hanya untuk golongan berpendapatan tinggi dan segelintir orang yang berupaya

membeli pada harga RM200,000 hingga RM400,000. Jika dahulu kos setiap

kaki persegi hanya beberapa puluh sen sahaja tetapi kini boleh mencapai

RM60.00 hingga RM80.00 satu kaki persegi.

Tuan Yang di-Pertua, kes ini membuktikan bahawa kerajaan gemar

membantu pemaju perumahan dengan memenuhi nafsu besar mereka yang

dahagakan keuntungan daripada memenuhi peranan dan tanggungjawab sosial

mereka. Saya tidak boleh menjawab sebab-sebab mengapa kerajaan begitu

lemah dan pemurah kepada pemaju ini. Terdapat setengah pihak yang favour

untuk pemaju. Dengan berbuat demikian, kerajaan berlaku tidak adil kepada

pemaju-pemaju lain yang sama ada sukar atau tidak membina perumahan kos

rendah dalam projek mereka.

DR.14.5.96

55

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kes ini sudah menunjukkan amalan double-standard, malah projek

PKNS atau usahasamanya dengan pihak swasta, mereka tidak dapat lari dari

kuota tersebut. Saya difahamkan terdapat satu bidang tanah lagi yang tiga kali

ganda lebih besar dari Bandar Utama yang merupakan bekas ladang North

Hammock Estate seluas 4,100 ekar terletak di Klang, Selangor yang dimiliki

oleh pemaju Bandar Utama. Pemaju ini akan diberi kebenaran menukar syarat

dan membina projek rumah. Saya rasa mereka tiada masalah untuk mendapat

kebenaran dan saya pasti mereka akan membuat keuntungan, beratus-ratus juta

ringgit dari skim ini.

Tetapi apa yang saya harapkan ialah apa yang sudah berlaku di Bandar

Utama, janganlah pula berlaku di tapak baru bekas ladang North Hammock

untuk memberi pampasan, apa yang kerajaan telah membuat silap atau salah

seperti dalam kes Bandar Utama ini. Saya ingin menggesa Perdana Menteri

sendiri supaya mengarahkan Kerajaan Negeri Selangor mengenakan kuota lebih

daripada 30% pembinaan rumah kos rendah di tapak projek baru menampung

kekurangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tempoh RMK-6, walaupun kadar

kemiskinan dan golongan rakyat termiskin berkurangan tetapi di dalam

kawasan bandar, bilangan isi rumah miskin bertambah dari lebih kurang 82,000

DR.14.5.96

56

ke 84,800. Dalam tempoh yang sama juga bilangan isi rumah golongan

termiskin bertambah dari 15,500 ke 19,200 ....

Tuan Noh bin Omar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat, Tanjong Karang bangun, minta jalan.

Tuan Tan Kok Wai: Minta maaf, saya tidak dapat beri jalan. Tidak

ada masa.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat, minta gulung ya!

Tuan Tan Kok Wai: Ya, saya akan gulungkan.

Tuan Yang di-Pertua, dari Pulau Pinang di utara, Lembah Kelang di

tengah dan Melaka serta Johor Bahru di selatan, dalam tempoh lima tahun lalu,

kita menyaksikan perkembangan pesat pembangunan perumahan. Tetapi

kebanyakan itu tidak memberi faedah kepada golongan miskin di bandar kerana

rumah-rumah yang dibina adalah kondo dan rumah yang berharga mahal. Di

Kuala Lumpur, tanah untuk perumahan memang semakin berkurangan, tetapi

kerajaan masih memiliki land bank yang besar, boleh dimajukan untuk tujuan

perumahan khasnya tapak-tapak quarters kerajaan yang kini sudah berkeadaan

uzur dan lama di Kuala Lumpur. Dalam kaitan ini, izinkan saya bertanya

kepada Perdana Menteri, adakah benar satu kawasan quarters kerajaan

berhampiran golden triangle di Kuala Lumpur meliputi kawasan Jalan Peel,

DR.14.5.96

57

Jalan Cochrane hingga ke sempadan Jalan Imbi telah pun dalam proses

diserahkan kepada Union Paper Holdings Berhad yang mana bekas Timbalan

Perdana Menteri menjadi pengerusinya untuk dimajukan?

Jika benar, saya ingin tahu mengapakah tanah ini diberikan kepada

sebuah syarikat awam yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri,

apakah projek bernilai berbilion ringgit ini merupakan satu faedah besar

persaraan untuk beliau ataupun satu political favour.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat, masa cukup.

Tuan Tan Kok Wai: Hanya lagi dua perenggan sahaja!

Dalam satu jawapan lebih setahun yang lalu, saya diberitahu oleh

Perdana Menteri bahawa terdapat 12 konsortium yang memohon kepada Unit

Perancang Ekonomi untuk memajukan tanah tersebut. Oleh itu, jika benar,

UPH Berhad dipilih, maka apakah sebabnya? Adakah kelayakan teristimewa

berbanding dengan syarikat-syarikat lain yang memohon? Saya harap projek

ini kelak tidak menjadi satu lagi projek KLCC yang menelan berbilion ringgit

yang tidak memanfaatkan golongan yang kurang bernasib baik tetapi hendaklah

juga mengandungi projek perumahan untuk golongan rakyat bandar yang

berpendapatan rendah, setinggan, kakitangan kerajaan termasuk polis dan

tentera.

DR.14.5.96

58

Dalam RMK-7, ada disebutkan bahawa golongan miskin dalam bandar

akan diberi keutamaan menjayakan projek income generating, di samping

menyediakan kemudahan asas secukupnya termasuk perumahan kos rendah.

Di Kuala Lumpur, misalnya, sewa bilik untuk kediaman adalah pada

kadar RM250 .....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahirddin]:

Masa sudah lebih, Yang Berhormat.

Tuan Tan Kok Wai: Perenggan yang terakhir. Minta maaf. Bagi

mereka yang berpendapatan rendah RM700 sebulan, ini satu masalah besar,

oleh itu, adalah perlu dan segera lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana

dibina di Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Saya ingin tahu, berapa yang hendak mengambil bahagian, diminta berdiri

semua supaya kita boleh membuat peraturan.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Wah! Ramai betul. Kita start dari hujung sana. Pokok Sena.

4.05 ptg.

DR.14.5.96

59

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman [Pokok Sena]: Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih. Saya cuma hendak bercakap pendek sahaja, dua, tiga

perkara yang kawan-kawan saya tidak sentuh.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, saya hendak mengucapkan

tahniah kepada Perdana Menteri yang telah membentangkan Rancangan

Malaysia Ketujuh yang begitu lengkap dan kita cuma berharap pelaksanaannya

akan berjalan lancar. Sebab, yang lepas-lepas ini ada juga yang berjalan tak

berapa lancar.

Pertama sekali, saya hendak menyentuh kisah Kementerian Pendidikan,

sebab untuk menuju Wawasan 2020, saya percaya bahawa Kementerian

Pendidikan mempunyai tanggungjawab yang amat berat sebagai kilang yang

akan mengeluarkan masyarakat Wawasan 2020. Oleh itu, dalam Rancangan

Malaysia Ketujuh ini, banyak perkara-perkara yang kita akan mengambil

perhatian supaya kita dapat mengimbangkan sekolah-sekolah luar bandar

dengan sekolah-sekolah dalam bandar.

Saya percaya, sekolah-sekolah di luar bandar sekarang, sungguhpun

mempunyai kemudahan-kemudahan yang boleh dikatakan sederhana, tetapi kita

berharap masih jauh ketinggalan daripada sekolah-sekolah di bandar, apa lagi

bila kita menempuhi zaman sains dan teknologi, zaman internet, jadi, kita

berharap sekolah-sekolah di luar bandar akan mendapat kemudahan-kemudahan

seperti ini.

DR.14.5.96

60

Di samping itu, kita berharap pelajar-pelajar atau murid-murid di luar

bandar akan mendapat segala kemudahan. Jadi, saya mencadangkan supaya

Menteri Pendidikan ataupun Kementerian Pendidikan mencari jalan supaya

banyak lagi terutama sekali sekolah-sekolah di luar bandar, kita wujudkan

asrama desa supaya pelajar-pelajar di luar bandar yang mempunyai segala

kemunduran dari segi kemudahan-kemudahan untuk bertelaah di rumah dapat

kita memberi perhatian.

Saya terutama sekali sebagai Wakil Rakyat luar bandar, boleh dikatakan

salah satu kawasan yang teruk dalam Malaysia ini dan banyak lagi kawasan-

kawasan saya masih mempunyai kemunduran, kekurangan dari segi pelajar-

pelajar daripada kemudahan-kemudahan di sekolah. Jadi, saya berharap

Menteri Pendidikan akan mengambil perhatian dalam perkara ini.

Satu lagi perkara yang saya ingin menyentuhkan iaitu berkenaan dengan

guru-guru di luar bandar, yang saya percaya saya telah bangkitkan banyak kali

tetapi saya rasa ini perlu diambil perhatian, sebab guru-guru di luar bandar

selalunya terdiri daripada guru-guru yang telah diletakkan di sekolah-sekolah

luar bandar yang tidak berapa, bukanlah kita hendak katakan yang tidak berapa

baik, tetapi selalunya kalau ada guru-guru yang membuat kesalahan di bandar,

maka dendanya dihantar ke luar bandar. Ini akan melemahkan lagi kedudukan

sekolah-sekolah di luar bandar.

DR.14.5.96

61

Jadi, saya berharap guru-guru di luar bandar patut dianggap sebagai

guru-guru yang terbaik. Jadi, saya takut, apabila menjadi sekolah swasta ini,

kita takut guru-guru di luar bandar akan menjadi lebih buruk lagi, sebab semua

guru-guru di luar bandar yang baik-baik akan memilih sekolah-sekolah swasta

yang akan mendapat gaji yang lebih lumayan.

Tuan Yang di-Pertua, ....

Tuan Yunus bin Rahmat: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat, Jelebu bangun.

Tuan Yunus bin Rahmat: Tuan Yang di-Pertua, rakan saya dari Pokok

Sena ada menyentuh tentang kualiti guru-guru yang ditempatkan di sekolah-

sekolah di luar bandar. Saya ingin mendapat penjelasan, adakah Ahli Yang

Berhormat sedar bahawa terdapat guru-guru di kawasan luar bandar yang tidak

mempunyai disiplin yang tinggi, maksudnya terdapat lagi sekolah-sekolah di

mana guru-guru yang berkenaan langsung tidak masuk ke kelas untuk mengajar

anak-anak murid dan mereka tahu bahawa anak-anak murid tidak akan

bertindak. Jadi, apakah langkah yang lebih bersesuaian agaknya kepada Ahli

Yang Berhormat untuk menyelesaikan masalah ini daripada Kementerian

Pendidikan sendiri?

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Terima kasih kerana menolong

saya. Saya minta Menterilah menjawab, saya bukan Menteri. [Ketawa] Saya

bercakap berhubung perkara itu sebab guru-guru yang macam saya katakan

tadi, guru yang melakukan kesalahan, misalnya yang katuk dengan jam sampai

mati baru-baru ini, kalau dia mengajar di bandar, guru-guru macam inilah yang

DR.14.5.96

62

dihantar ke luar bandar. Jadi, saya minta supaya guru-guru di luar bandar itu

diberi elaun khas, diberi kemudahan-kemudahan seperti rumah guru, serba-

serbinya supaya mengajar di luar bandar itu sebagai satu prestij, sebagai satu

hadiah yang besar. Kalau gaji di bandar ini, misalnya kalau RM1,000 biarlah

guru di luar bandar itu RM1,200 barulah ada rebutan ke luar bandar itu. Ini,

sudahlah teruk, hendak tengok televisyen pun kadang-kadang dapat kadang-

kadang tidak dapat, handphone pun tidak boleh pakai! Tidak dapat linenya.

Jadi, guru-guru banyak kekurangan.

Lagi satu perkara tentang SSB ini. Saya percaya gaji SSB ini memang

tidak sesuai dengan perguruan sebab guru-guru boleh dikatakan, saya pun

sebagai seorang guru kita tahu bahawa di sekolah sekurang-kurangnya 85%

guru-guru itu baik-baik belaka, kalau tidak, tidak ada ini orang ini semua.

[Menghala pandangan kepada semua Ahli di dalam Dewan] Ini semua hasil

guru. Yang ada di dalam Dewan ini, yang berjaya hidup kerana guru tetapi oleh

sebab SSB ini memberi 2% kepada gaji guru menegak, 3% kepada gaji guru

melintang. Baru-baru ini Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan. 2%

daripada berapa puluh ribu guru lepas itu tidak masuk lagi pegawai-pegawai di

Jabatan Pendidikan, selalunya pegawai di Jabatan dialah dulu, kalau 3% dia

1%. Saya mencadangkan kalau sudah 2%, 3% ini tidak mahu kita naikkan,

biarlah adil, kita draw lot! 5% untuk naik gaji melintang dan menegak ini, draw

lot, biar adil..

DR.14.5.96

63

Datuk Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: [Menyampuk]

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Sebab di sekolah ada bilik

rehat, ada sesetengah sekolah ada 50 orang guru dan guru-guru ini di antara

mereka, mereka tahu siapa yang malas, rajin atau kerja kuat. Kadang-kadang

oleh sebab pemilihan yang tidak kena, kawan yang malas ini dapat gaji

melintang. Melintang ini kawan lain hendak ligan teruklah! Dia, tiga tangga

gaji naik. Jadi, guru-guru lain ini akan frustrated, dengan izin, akan kecewa.

Bila seorang guru kecewa dalam 50 - 60 orang guru....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Rompin bangun, Yang Berhormat.

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Ya?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Rompin bangun.

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Hendak gulung dah. Eh,

tidak.[Ketawa]

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih

dengan komitmen yang amat tinggi daripada Ahli Yang Berhormat dari Pokok

Sena. Berubah cara Yang Berhormat bercakap selepas ditanyakan oleh Ahli

Yang Berhormat dari Jelebu tadi.

Saya hendak bertanya, adakah Yang Berhormat sedar, satu lagi masalah

yang dihadapi oleh anak kita di luar bandar, bukan sahaja mutu guru tetapi yang

DR.14.5.96

64

ada bersangkut paut dengan mutu guru iaitu guru-guru yang mengajar mata

pelajaran Ilmu Hisab dan Sains ini amat kurang sekali. Kadang-kadang yang

mangajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mengajar juga Ilmu Hisab, tidak

ditauliahkan mata pelajaran Ilmu Hisab, yang mengajar Bahasa Inggeris

ditauliahkan untuk mengajar Sejarah. Bagaimana pendapat Ahli Yang

Berhormat dari Pokok Sena dalam soal ini? Bahawa bukan sahaja kurang dari

segi jumlah, dari segi guru-guru yang sepatutnya ditauliahkan tidak ada, ini

menjadikan satu masalah dan yang akhirnya apa dia makna “ligan” ini, saya

tidak faham.

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Terima kasih lagi sekali kerana

tolong tambah. Saya minta perhatian Kementerian Pendidikan catit apa yang

dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Rompin. Itu memang saya hendak

cakap.

Tuan Yang di-Pertua, memang perkara ini wujud tetapi saya belum

sampai tentang guru Sains dan guru Matematik. Saya hendak terangkan kisah

guru ini. Kalau hendak beri adil macam saya katakan tadi, dalam bilik guru itu

ada 50 orang, seorang guru mendapat kenaikan gaji secara melintang, fikir

tengok ada 50 orang guru dalam bilik rehat, seorang dapat gaji secara

melintang, 50 tahun lagi barulah kawan itu dapat, 50 tahun lagi baru kawan

yang last itu hendak dapat, sebab setahun seorang. Itu pun nasib baik sekolah

DR.14.5.96

65

itu, kalau kita kira setahun dapat seorang di sekolah menengah mana-mana, 50

tahun baru kawan yang last itu hendak dapat.

Ini saya percaya, dalam perkhidmatan perguruan, SSB ini tidak sesuai.

Saya mintalah JPA ini tolong, kalau PTD tidak apa, dalam PTD yang dapat gaji

secara melintang, dia duduk dalam bilik, orang lain tidak tahu! Tetapi dalam

sekolah semua orang tahu yang kadang-kadangnya kawan yang dapat itu

memang tidak sesuai.

Ini lagi satu perkara saya hendak cakap tentang sukatan pendidikan.

Sukatan Pendidikan Moral dan sukatan Pendidikan Agama. Memang saya

akui, bahawa sukatan memang sesuai. Sukatan Pendidikan Agama Islam saya

beri contoh, dalam Pendidikan Islam Tingkatan Lima dan sukatan Pendidikan

Moral, saya akui bahawa dua-dua ini baik tetapi dalam sukatan Pendidikan

Islam, pelajar-pelajar kena ambil periksa dan guru-guru kena habiskan sukatan.

Jadi, oleh sebab ini, guru terlalu tekun tentang sukatan pelajaran ini, maka

banyak perkara-perkara yang guru itu tidak dapat memberi kepada pelajar-

pelajar itu di mana dalam murid-murid yang bukan Islam, semasa pelajar-

pelajar Islam ini belajar Pendidikan Islam, pelajar-pelajar yang bukan Islam

akan duduk di dalam kelas Moral dan di dalam kelas Moral, pelajar-pelajar

akan mempelajari banyak perkara, misalnya saya beri contoh, tentang sikap

baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat menghormati, sikap kasih sayang,

sikap berani kerana benar, sikap kebersihan, kejujuran dan amanah, sikap

DR.14.5.96

66

supaya cekal, gigih, bekerjasama, toleransi, bermasyarakat, sifat kesederhanaan,

sifat bersyukur dan sikap rasional. Ini yang dipelajari dalam pelajaran Moral

dan tidak ada peperiksaan.

Saya takut, oleh sebab guru pendidikan agama atau ustaz atau ustazah

yang akan mengajar Pendidikan Islam, sungguhpun serba-serbinya ada dalam

Pendidikan Islam, tetapi pelajar-pelajar kena membaca surah, kena hafal

bermacam-macam surah di sini, saya tidak mahu ulang. Untuk Kementerian

Pendidikan dia tahulah, untuk Ahli Yang Berhormat dari Rompin tidak

payahlah. Dia kena menghafal kisah Tamaddun Islam, tokoh-tokoh Islam,

kesah ibadat dan salah satunya kisah ibadah yang saya sebutkan yang

bersamaan dengan pendidikan moral itu tadi. Sungguhpun saya tahu bahawa

sukatan Pendidikan Islam ini lengkap tetapi masalah di sini tentang masa yang

singkat di mana pelajar-pelajar juga terpaksa menghafal perkara-perkara untuk

peperiksaan.

Jadi, saya berharap untuk mengimbangkan supaya pelajar-pelajar Islam

itu tidak ketinggalan dari segi moral, sebab sekarang ini kita tengok kanak-

kanak, pelajar-pelajar yang bukan Islam belajar pendidikan moral ini dengan

yang diajar oleh guru-guru biasa, bukan ustaz dan pelajar-pelajar yang belajar

Pendidikan Islam yang diajar oleh ustaz dan ustazah, kita dapati ada

kekurangan yang berlaku sebab masa yang singkat dalam setahun itu untuk

guru-guru, ustaz dan ustazah untuk menghabiskan sukatan.

DR.14.5.96

67

Jadi, saya harap untuk mengatasi perkara ini, saya mencadangkan supaya

pelajaran Moral juga yang saya rasa amat penting untuk negara kita yang

berbilang kaum ini supaya diwajibkan di sekolah-sekolah. Lepas itu, kalau

kementerian.....

Tuan Noh bin Omar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Tanjong Karang bangun, Yang Berhormat.

Tuan Noh bin Omar: Terima kasih, hendak minta sedikit penjelasan.

Memandangkan mata pelajaran Moral ini tidak ada diwajibkan peperiksaan

adakah kemungkinan semasa guru-guru atau murid-murid ini masuk kelas

Moral, guru-guru ini tidak mengajar mata pelajaran moral, sebaliknya mungkin

mereka ini mengajar mata-mata pelajaran yang lain sebagai kelas tambahan di

waktu pelajaran Moral.

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Terima kasih, Ahli Yang

Berhormat dari Tanjong Karang. Itu kalau guru tidak mengajar, kalau guru

tidak mengajar pelajaran Moral ini, maka murid-murid yang bukan Islam akan

ketinggalan. Ini pun tidak memberi kebaikan kepada negara kita. Kalau guru

yang mengajar betul-betul pelajaran Moral, maka berlaku juga pelajar-pelajar

yang bukan Islam ini bermoral. Ini yang saya takut.

DR.14.5.96

68

Jadi, saya mencadangkan supaya pelajaran Moral ini kita wajibkan

supaya masyarakat kita yang berbilang kaum ini akan mendapat manfaat

daripada pendidikan Moral ini. Adakan - wajib itu ada periksalah.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya hendak bangkitkan

ini adalah Kementerian Kewangan. Saya telah difahamkan, saya telah

diberitahu oleh banyak orang - saya tak ada business, tetapi diberitahu, oleh

sebab saya selalu bangkit mengenai perkara yang orang tak bangkit, perkara-

perkara yang hangat, jadi diminta saya menyampaikan kepada kementerian ini.

Di kementerian, terutama sekali di bahagian kontrak. Di bahagian kontrak, ada

Pengarah Bahagian Kontrak, kita ada konsultan, konsultan-konsultan di

Kementerian Kewangan. Sepatutnya konsultan ini mempunyai profesion,

mempunyai pengalaman-pengalaman yang memberi nasihat kepada

Kementerian. Tetapi apa yang wujud sekarang ini, konsultan di Kementerian

Kewangan ini, pertama saya difahamkan bahawa sesetengah perkara itu dia

tidak mempunyai kepakaran. Yang kedua, dia sendiri mempunyai kompeni-

kompeni dia. Konsultan mempunyai kompeni-kompeni dia sendiri. Jadi, kalau

orang lain masuk, tak ada chance. Dia menjadi konsultan, dia pergi cari

kompeni-kompeni, misalnya Kementerian Pertahanan hendak membeli kapal

terbang. Dia menjadi konsultan dan di bawah dia, konsultan ini mempunyai

adik dia, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan konsultan.

DR.14.5.96

69

Jadi, saya minta Kementerian Kewangan memperbaiki keadaan ini

supaya memberi keadilan kepada kontraktor-kontraktor yang lain yang

memasuki tender-tender di kementerian-kementerian yang berkenaan. Saya

berharap perkara-perkara ini kita tidak mahu Rancangan Malaysia Ketujuh

yang begitu lengkap, tetapi perkara-perkara tentang dalam pelaksanaan kita

gagal. Cuma beberapa pihak sahaja mendapat keuntungan.

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu perkara yang saya hendak

membangkitkan berhubung dengan Kementerian Penerangan. Pertama sekali

apabila saya melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita bercakap di

kaca televisyen, saya tidak pernah mendengar Perdana Menteri menggunakan

perkataan-perkataan bahasa Inggeris. Dia boleh bercakap dalam Bahasa

Malaysia, Bahasa Melayu dengan begitu lancar. Tetapi bila kita tengok drama,

banyak dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa. Ataupun bertemu ramah

dengan setengah menteri, bukan semua, bila bercakap empat perkataan Melayu,

ada tiga empat perkataan Inggeris, dirojakkan. Jadi, orang kampung saya tak

faham bila dirojakkan.

Jadi, saya haraplah Kementerian Penerangan, kalau ada temu ramah

beritahu kepada menteri, beritahu kepada pegawai, beritahu kepada aktor

ataupun kepada aktres, kalau hendak cakap, cakaplah Melayu. Kalau dia cakap

dok campur, ‘I think - in my opinion,’ kalau temu ramah dalam Bahasa

Malaysia, potong, cut buang. Kalau dalam drama dok panggil ‘daddy, daddy!’

DR.14.5.96

70

menunjukkan keluarga berjaya, kena panggil ‘daddy’ ataupun kena panggil

‘papa’. Sebab itu pak dia papa selalu. [Ketawa] “Papa, daddy, mama’

menunjuk keluarga yang berjaya.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,

kena gulung.

Wan Hanafiah bin Wan Mohd. Saman: Tak habis lagi, Tuan Yang

di-Pertua, sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya.

Wan Hanafiah bin Wan Mohd. Saman: Jadi, saya lihat dalam drama

Jepun. Tiap-tiap petang ada drama Jepun, dalam bahasa Jepun. Dia tidak ada

satu patah perkataan pun nak kata “okay, good-bye” pun tak ada. Janganlah

tengok gambar Hindustan. Hindustan pun sudah kurang sekarang ini. Tetapi

gambar Melayu banyak bahasa-bahasa Inggeris ini. Jadi, saya minta supaya

perkara-perkara ini dibaiki supaya Bahasa Melayu ini tidak dirojakkan, tidak

dimusnah.

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu perkara saya hendak bercakap tentang

Warta Berita TV1. Saya dahulu biasa di sekolah saya ada sekolah pekak dan

bisu, sekolah kanak-kanak cacat. Kalau cara dia tunjuk ‘utau’, saya ingat guru

pun tak boleh baca. Guru darjah khas ini pun tak dapat membaca cara dia

tunjuk. Misalnya dia tunjuk Pengerusi UDA [Sambil menunjukkan tangannya]

[Ketawa] dia tak boleh baca. Kalau dia kata hendak tunjuk Timbalan Menteri

DR.14.5.96

71

Kesihatan - tetapi cepat dia tunjukkan. Perdana Menteri dia tunjuk. [Sambil

menunjukkan tangannya] Timbalan Perdana Menteri ada janggut, saya ingat

tak boleh. Sebab kanak-kanak cacat yang tak dengar, kecacatan telinga, pekak

dan bisu, dia tengok mulut. Kedua, dia tengok tangan. Tetapi ini terlampau

cepat. Saya sampai tak tengok langsung TV1 Warta Berita kerana ganggu saya

dok benda ini. [Ketawa] Saya tengok TV3, minta maaf, saya tengok TV3 sebab

dia tidak ada ‘utau’. Saya tengok kawan-kawan saya pun macam itu juga.

[Ketawa] kerana dok ‘utau’ mengganggukan sampai pening kepala. Dia tunjuk

Pengerusi UDA, [Sambil menunjukkan tangan] Timbalan Menteri Kesihatan.

[Sambil menunjukkan tangan] Macam mana dia tunjuk Menteri Pertahanan,

saya tak tahulah. [Ketawa] Menteri Pertahanan saya ingat, Yang Berhormat

dari Yan lebih cekap tunjuk.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta kena testlah, panggil guru-guru yang

mengajar orang-orang pekak dan buta ini, tengok sama ada mereka boleh baca

atau tidak. Pada saya, saya ingat tak boleh, terlampau cepat, lebih baik tulis,

dan mereka ini telah boleh membaca. Kita tulis mereka membaca. Tetapi

kalau dengan ‘utau’, memang tak boleh, terlampau cepat.

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu perkara saya ucap terima kasih kerana

beri saya gulung terlalu panjang. Terima kasih.

DR.14.5.96

72

4.27 ptg.

Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut]:

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana memberikan saya untuk bersama-

sama di dalam membahaskan mengenai dengan Rancangan Malaysia Ketujuh,

yang mana tempoh pelaksanaannya pada tahun 1996 hingga tahun 2000 yang

telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita

kasihi.

Di sini saya ingin mengungkapkan kembali pencapaian cemerlang lagi

gemilang yang telah kita kecapi semenjak zaman kita mula menikmati

kemerdekaan sehinggalah ke saat ini. Petunjuk ataupun indicator yang paling

sesuai untuk kita gunakan untuk mengukur kepesatan serta pencapaian dalam

sesebuah negara ialah dengan melihat kadar pertumbuhan ekonomi serta

pembangunan fizikal sesebuah negara. Kalau inilah garis panduan yang kita

gunakan untuk menilai pencapaian, maka saya percaya tiada sesiapa pun yang

boleh menafikan kejayaan kita.

Pendekatan dalam pertumbuhan ekonomi dengan kadar 8% setahun

selama 8 tahun berturut-turut serta pendapatan per kapita lebih daripada 9,000

serta pembangunan prasarana, kemudahan pendidikan serta perubatan dan

sebagainya adalah bukti bahawa negara kita telah mengecap nikmat

pembangunan.

DR.14.5.96

73

Tuan Yang di-Pertua, era tahun 1990-an dan tahun-tahun mendatang

adalah tahun-tahun yang penuh dengan cabaran dan ranjau dan sebagainya.

Pembangunan pesat dalam sektor perindustrian telah berjaya mengubah struktur

ekonomi negara kita. Kita tidak lagi bergantung nasib kepada turun naik harga

barangan komoditi. Tetapi ini adalah kerana keluaran perindustrian kita sudah

menempa nama di seluruh negara dunia serta mendapat pasaran meluas di

merata dunia. Pertumbuhan pesat di sektor perindustrian telah mendorong

penghijrahan beramai-ramai golongan masyarakat luar bandar yang dahagakan

pekerjaan di kawasan bandar dan kawasan-kawasan industri baru.

Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan pesat sektor perindustrian ini bukan

sahaja memungkinkan golongan yang tidak bepekerjaan mendapat peluang

pekerjaan, tetapi apa yang harus kita fikirkan ialah kesan buruk yang mungkin

timbul sekiranya kepesatan proses penghijrahan ini tidak diuruskan dengan

teliti.

Sejarah telah menunjukkan bahawa keruntuhan sesebuah negara atau

tamadun sesuatu bangsa adalah berpunca daripada rosak akhlak penduduk

negara tersebut. Ini tidak bermakna kita tidak memerlukan pembangunan.

Tetapi apa yang lebih penting ialah cara atau strategi untuk kita menguruskan

pembangunan tersebut. Penghijarahan beramai-ramai ini telah mengakibatkan

keperluan untuk menampung kehendak golongan penghijrah semakin

mendesak. Kemudahan tempat tinggal serta keperluan asas menjadi semakin

terhad dan ini seterusnya mendorong kepada perebutan untuk meneruskan

kelangsungan hidup. Kehidupan menjadi semakin terdesak, nilai moral

semakin terhakis, dan seolah-olah kehidupan kembali kepada zaman silam.

Seolah-olah siapa yang kuat dialah yang menjadi raja, tinggal golongan lemah

tertindas tanpa pembelaan sewajarnya.

DR.14.5.96

74

Tuan Yang di-Pertua, Abraham Maslo dalam teorinya iaitu ‘Hierarchy of

Needs’ antara lain menegaskan, antara keperluan asas utama manusia ialah

keperluan untuk mendapat tempat perlindungan atau keperluan tempat tinggal.

Di sini saya menyeru kepada kerajaan khususnya kerajaan negeri dan

Kerajaan Pusat supaya lebih bersikap prihatin kepada kehendak rakyat

khususnya di dalam penyediaan kemudahan perumahan serta keadaan rumah itu

sendiri.

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan

Malaysia baru-baru ini, menunjukkan bahawa kebanyakan penghuni-penghuni

rumah pangsa khususnya golongan remaja mengalami tekanan mental kerana

tinggal di dalam rumah yang agak sesak. Keadaan rumah yang agak sempit

mendorong remaja ini untuk lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah

dengan berpeleseran di komplek-komplek membeli-belah ataupun menjadi

kutu-rayau, kutu-embun dan sebagainya.

Di sini saya berpendapat bahawa kerajaan perlulah bukan sahaja

memastikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, bukan

sahaja dibina dengan banyaknya, tetapi perlu mengambil kira tentang

keselesaan pengundi-pengundi khususnya bilangan biliknya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan yang mana program

kerajaan untuk membina rumah murah kos rendah yang mempunyai tiga bilik

dapat dilaksanakan secepat mungkin, iaitu selaras dengan Dasar Penerapan

DR.14.5.96

75

Nilai-nilai Islam yang mana satu bilik diperuntukkan kepada keluarga iaitu ibu

dan bapa, satu bilik untuk anak lelaki dan satu bilik untuk anak perempuan. Di

samping itu juga kemudahan riadah lain seperti kemudahan bersukan, taman

rekreasi dan kemudahan untuk belajar perlu dilengkapkan lagi bagi

membendung golongan remaja ini membuang masa dengan aktiviti-aktiviti

yang tidak berfaedah dan seterusnya menghalang mereka dari melibatkan diri

dari perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, laporan yang mana baru-baru ini disiarkan, iaitu

berhubung dengan kegagalan kerajaan negeri di dalam menyediakan

kemudahan perumahan kos rendah untuk rakyat dalam Rancangan Malaysia

Keenam perlu dipersoalkan. Ura-ura yang mengatakan bahawa tanggungjawab

ini akan dipikul oleh pihak swasta sepenuhnya, perlu juga dipersoalkan tentang

keberkesanannya.

Saya berpendapat bahawa tanggungjawab untuk menyediakan

kemudahan perumahan tidak boleh diletakkan kepada pihak swasta semata-

mata. Kerajaan perlu campur tangan dengan membuat pengawasan dan

membuat penilaian bagi memastikan agar pihak swasta dapat melaksanakan

tanggungjawab mereka tanpa mengabaikan faktor-faktor keselamatan, kualiti

rumah serta perletakan harga rumah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, akhir-akhir ini kita dikejutkan ataupun barangkali

kita sudah tidak terkejut lagi dengan perbuatan jenayah yang tidak bertamadun

DR.14.5.96

76

serta cukup menjijikkan iaitu perbuatan ibu membuang anak yang baru

dilahirkan. Kedapatan bapa-bapa yang sanggup membaham anak-anaknya

sendiri, guru-guru yang mencabul anak-anak didiknya sendiri. Ini adalah satu

tanda yang jelas menunjukkan kegawatan yang kita hadapi dalam

membangunkan masyarakat kita.

Laungan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang,

masyarakat madani, masyarakat prihatin dan sebagainya hanya akan menjadi

momokan semata-mata sekiranya kita tidak mengambil pendekatan yang lebih

serius dalam menangani masalah ini.

Keruntuhan moral di kalangan masyarakat perlu kita tangani dengan

pendekatan yang lebih pragmatik. Kita seharusnya tidak lagi mengharapkan

kempen-kempen dan sebagainya untuk mengurangkan masalah ini, tetapi

pendekatan yang lebih tegas perlu kita praktikkan. Di sini suka saya

mencadangkan agar hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas penjenayah-

penjenayah iaitu penjenayah-penjenayah tersebut yang mana saya juga

menyambut baik langkah kerajaan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa

peringkat tertinggi antara agensi yang dipengerusikan oleh Yang Amat

Berhormat Timbalan Perdana Menteri bagi menggubal dasar dan program

untuk membendung masalah gejala sosial bagi tempoh Rancangan Malaysia

Ketujuh. Dan sekiranya perlu, jawatankuasa ini perlu diteruskan dalam

DR.14.5.96

77

rancangan-rancangan Malaysia yang akan datang dengan penekanannya yang

lebih berkesan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita boleh berbangga dengan Dasar

Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan dan lain-lain

lagi dasar yang telah berjaya mencapai objektifnya, di sini suka saya

mencadangkan agar pihak Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat dapat menggubal satu dasar keluarga iaitu satu Dasar Keluarga

Nasional bagi tujuan mengenal pasti dan juga untuk memastikan agar peranan

institusi keluarga dapat diletakkan ke satu tahap ataupun ke satu martabat yang

lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia terdahulu matlamat

utama yang diberikan penekanan adalah untuk memastikan masyarakat

bumiputera yang terbelenggu dengan masalah kemiskinan dan masalah

mereka ketinggalan di dalam mengecapi pembangunan ekonomi negara. Kita

bersyukur hingga ke hari ini sebahagian kecil daripada matlamat ini telah

berjaya kita capai, walaupun masih terdapat lompong-lompong kosong yang

perlu kita perbaiki.

Abad ke-21 juga telah menyaksikan kemunculan usahawan-usahawan

bumiputera yang berjaya melibatkan diri di dalam pelbagai sektor ekonomi dan

perniagaan. Namun sepertimana yang saya katakan tadi bilangan mereka amat

kecil sekali jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain. Saya berpendapat

DR.14.5.96

78

bahawa usaha yang berterusan perlu dipergiatkan lagi bagi memastikan agar

lebih banyak usahawan yang berdaya tahan dapat dilahirkan. Di samping itu

usaha perlu diteruskan untuk memastikan wujudnya pembabitan yang lebih

menyeluruh usahawan bumiputera di dalam projek penswastaan kerajaan. Kita

tidak mahu lagi wujud usahawan yang hanya sekadar menjadi ‘sleeping

partner’ yang hanya bangun bila ganjaran dihulurkan tanpa mahu mempelajari

sesuatu apa pun.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik langkah kerajaan untuk

melaksanakan program penswastaan khususnya untuk melahirkan dan

meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam kegiatan ekonomi. Namun

begitu saya beranggapan bahawa langkah ini perlu dilaksanakan dengan lebih

berhati-hati dan perlu mengambilkira penyertaan masyarakat bumiputera

secara lebih menyeluruh.

Baru-baru ini pendedahan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan

Usahawan mengenai wujudnya kontraktor bumiputera yang telah menipu

kerajaan untuk mendapatkan kontrak bernilai berjuta-juta ringgit, kemudian

menghilangkan diri adalah berita yang amat memalukan. Saya amat berharap

agar mereka ini perlu dibawa ke muka pengadilan kerana ianya secara tidak

langsung akan menjejaskan nama baik usahawan bumiputera yang lain. Di

samping itu juga saya amat berharap agar kerajaan dapat mengawasi usahawan

bumiputera yang terlibat di dalam projek-projek besar kerajaan khususnya

DR.14.5.96

79

iaitu pembinaan Kuala Lumpur International Airport, pembangunan pusat-

pusat sukan bagi Sukan Komanwel dan beberapa projek penswastaan kerajaan

bagi memastikan agar kehadiran mereka tidak sekadar menjadi penumpang

semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun beberapa projek penswastaan telah

berjaya mengurangkan beban kewangan kerajaan dan telah memperlihatkan

kecekapan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat, namun saya

berpendapat bahawa tanggungjawab syarikat-syarikat yang diswastakan

terhadap kebajikan sosial rakyat tidak patut diabaikan. Syarikat-syarikat yang

diswastakan seharusnya dimestikan menyumbangkan bagi penyediaan

kemudahan prasarana masyarakat terutamanya di dalam membangunkan

rakyat termiskin dan juga masyarakat luar bandar, yang mana mereka ini

bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.

Jadi, saya berharap supaya syarikat-syarikat gergasi yang diswastakan ini

perlu menyumbangkan bantuan dan juga peruntukan untuk membangunkan

prasarana dan juga kemudahan-kemudahan asas, khususnya di luar bandar yang

mana, sepertimana contoh, Tenaga Nasional yang mana saya rasa Tenaga

Nasional perlu memberikan sumbangan untuk menyumbangkan kepada

program bekalan api luar bandar yang mana buat masa sekarang masih banyak

lagi kawasan luar bandar yang memerlukan bekalan api luar bandar.

Begitu juga dengan program kemudahan bekalan telefon di kawasan luar

bandar, masih banyak kemudahan telefon yang belum disediakan. Jadi saya

harap pihak Telekom Malaysia seharusnya menjalankan kempen ataupun

DR.14.5.96

80

memberikan kemudahan bekalan telefon, terutamanya kepada penduduk-

penduduk di kawasan luar bandar walaupun perkhidmatan ini tidak

memberikan pulangan yang agak baik kepada pihak Telekom Malaysia.

Tuan Yunus bin Rahmat: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat, Jelebu bangun.

Tuan Yunus bin Rahmat: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya

kepada Yang Berhormat dari Sungai Benut, dalam usaha pihak Telekom

Malaysia untuk melengkapkan kemudahan-kemudahan asas daripada syarikat

mereka kepada orang ramai, apakah hasrat mereka akan tercapai sekiranya apa

yang dilakukan oleh Syarikat Telekom Malaysia sekarang untuk mengurangkan

jumlah kakitangan mereka secara terpaksa ataupun secara dipaksa akan

mencapai matlamat yang diura-urakan?

Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Terima kasih, Yang

Berhormat dari Jelebu. Sewaktu Syarikat Telekom Malaysia diswastakan

dahulu, sebahagian daripada beban kerajaan itu telah dipertanggungjawabkan

kepada mereka. Jadi, saya mengharapkan supaya pihak Menteri Tenaga,

Telekom dan Pos dapat memberikan satu jawapan yang berkesan kerana

berhubung dengan masalah kalau sekiranya betullah ura-ura yang mengatakan

bahawa pihak Telekom hendak mengurangkan tenaga, ini adalah satu perkara

yang perlu diambil perhatian kerana dengan keadaan yang ada pada hari ini pun

DR.14.5.96

81

masih terdapat banyak lagi tempat-tempat di kampung-kampung, terutamanya

kawasan luar bandar yang masih belum dapat bekalan telefon, yang mana salah

satu daripada sebabnya adalah kekurangan tenaga pekerja. Jadi, saya harap

Yang Berhormat Menteri dapat memberi jawapan semasa menggulung nanti.

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Rompin.

Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis: Tumpang Sungai

Benut sedikit. Saya tertarik dengan penjelasan dan pandangan Yang

Berhormat dari Sungai Benut tentang kebenaran mengenai permasalahan di luar

bandar yang masih kekurangan dari segi infrastruktur. Jadi, saya hendak

bertanya Yang Berhormat khusus tentang telefon. Banyak telefon yang

dibekalkan ke luar bandar ini adalah jenis telefon yang mana kalau hendak

telefon anak di Kuala Lumpur, hendak telefon ambulan, ini yang telefon satu

hala. Bermakna kualiti telefon yang diberi kepada luar bandar hanya untuk

digunakan semasa kecemasan.

Tetapi kalau kita hendak membangunkan kawasan luar bandar kepada

satu kawasan industri, mereka yang hendak mengambil alih dan membawa

industri mereka ke luar bandar sudah semestinya memerlukan, bukan sahaja

kemudahan telefon, tetapi kemudahan kepada kualiti yang boleh menggunakan

faks, sebagai contoh. Apakah pandangan Yang Berhormat bahawa taraf di luar

DR.14.5.96

82

bandar ini kalau hendak diberi kemudahan asas mestilah satu kualiti yang sama

seperti di dalam bandar, bukanlah kita beri kemudahan di luar bandar sebagai

melepaskan batuk di tangga sahaja. Saya minta pandangan Yang Berhormat

dari Sungai Benut sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Minta gulung, Yang Berhormat.

Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Terima kasih.

Pandangan Yang Berhormat dari Rompin itu, memang saya sokong benarlah

kerana memang hari ini kemudahan telefon memang mustahak. Saya pun bila

ada mesyuarat pembangunan daerah atau sebagainya, memang saya timbulkan

kerana ini adalah satu perkara yang begitu serius yang mana diberitahu oleh

Yang Berhormat dari Rompin tadi itu adalah bekalan telefon untuk awam yang

mana telefon awam hari ini, orang dah ‘tak main’ lagi dah! [Ketawa] Kerana

masalahnya memang hari ini bukan sekadar kemudahan telefon adalah satu

kemudahan yang sudah seharusnya dalam program untuk kita menjadi negara

maju, seharusnya telekomunikasi adalah memainkan peranan yang penting

untuk memajukan negara dan juga di dalam apa sahaja bidang kerana kita

berhubung secara terus.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi yang saya hendak cakap, tetapi

kawan-kawan saya kacau tadi. [Ketawa] Minta sedikit masa lagi Tuan Yang

di-Pertua.

DR.14.5.96

83

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar

Melayu, khususnya pendidikan, masih lagi terdapat kekurangan yang mana

kelemahan pelajar-pelajar Melayu, khususnya dalam mata pelajaran Sains,

Matematik dan juga kurangnya penguasaan bahasa Inggeris bukanlah satu

fenomena yang boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja.

Saya beranggapan bahawa kelemahan ini bukan sahaja berpunca dari

kelemahan pelajar itu sendiri, tetapi ia mempunyai hubung kait secara langsung

dengan teknik pembelajaran serta persekitaran yang tidak memberangsangkan

pelajar tersebut. Pelajar Melayu yang rata-ratanya datang daripada kawasan

luar bandar dan kawasan pedalaman tidak dilengkapi dengan kemudahan yang

setanding dengan rakan-rakan mereka di kawasan bandar.

Keengganan guru-guru yang terlatih untuk berkhidmat di kawasan luar

bandar menyebabkan tenaga pengajar yang mengajar bahasa Inggeris adalah

seorang guru Sains. Begitu juga yang mengajar bahasa Inggeris ini kadang-

kadang daripada guru bahasa Melayu kerana guru-guru yang berkelayakan tidak

ada. Keadaan inilah juga yang menyebabkan pencapaian pelajar Melayu dalam

bahasa Inggeris menjadi begitu daif. Begitu juga dengan kemudahan

pendidikan yang terdapat di sekolah tersebut. Peralatan yang agak daif dan

usang dan ketinggalan zaman masih digunakan sebagai alat bantuan mengajar,

khususnya di sekolah-sekolah luar bandar.

DR.14.5.96

84

Jadi Tuan Yang di-Pertua, abad yang ke-21 juga menyaksikan

kemunculan perkembangan pesat teknologi komputer dalam bidang pendidikan.

Namun begitu, kemudahan ini masih terbatas dan hanya dinikmati oleh pelajar-

pelajar di kawasan bandar sahaja. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi

maklumat seharusnya turut dinikmati oleh pelajar luar bandar. Peruntukan

makmal-makmal komputer di sekolah-sekolah luar bandar perlu dipergiatkan

dan diperkembangkan. Kita tidak mahu komputer yang dibekalkan hanya untuk

disimpan di bilik guru besar sahaja atau pun di bilik guru-guru sahaja.

Saya mencadangkan agar komputer menjadi satu mata pelajaran wajib di

sekolah-sekolah. Di samping itu, penggunaan Internet dan sebagainya perlu

diperlengkapkan demi untuk membantu pelajar-pelajar sekolah untuk

melengkapkan diri dalam bidang pendidikan dengan lebih berkesan. Namun

begitu, soalan yang perlu kita tanya, adakah pelajar-pelajar di luar bandar dan di

kawasan pedalaman dapat berkongsi menggunakan Internet dan sebagainya

sedangkan kemudahan menggunakan komputer agak terhad?

Tuan Yang di-Pertua, buat akhirnya saya ingin menyarankan agar

Kementerian Pendidikan, khususnya dapat merancang strategi yang lebih

berkesan untuk memastikan agar sekolah-sekolah di kawasan luar bandar tidak

terabai. Pendidikan agama perlu diberikan penekanan. Penekanan yang lebih

dinamik perlu diberikan, khususnya untuk membantu sekolah-sekolah agama

rakyat yang memang jauh ketinggalan.

DR.14.5.96

85

Akhir-akhir ini kita melihat kecenderungan ribuan ibu bapa untuk

menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah-sekolah agama. Di sini

saya berharap supaya dapat kiranya pihak Kementerian Pendidikan

mengadakan rundingan dengan pihak pengursan Sekolah Agama Rakyat, sama

ada untuk mengambil alih sekolah agama tersebut atau mengadakan kerjasama

dengan pihak pengurusan bagi memastikan agar sekolah-sekolah tersebut

mendapat pembiayaan dari pihak kementerian bagi memastikan sekolah

tersebut adalah setanding dengan sekolah-sekolah kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut langkah baik kerajaan untuk

memastikan bahawa pembangunan sumber manusia terus dijadikan teras utama

Rancangan Malaysia Ketujuh. Keberkesanan institusi kemahiran yang sedia

ada dalam melahirkan pekerja mahir bumiputera bagi memenuhi keperluan

permintaan tenaga buruh negara perlu dikaji semula.

Walaupun program untuk melahirkan tenaga mahir bumiputera telah

dijalankan dengan agak lama, tetapi agak menghairankan ke mana mereka ini

menghilang? Adakah kerajaan berpuas hati dengan kehadiran mereka hanya

sekadar menjadi kuli semata-mata atau pun hanya dilengkapkan ilmu untuk

menjadi kuli sahaja tanpa dilengkapkan dengan ilmu untuk meneruskan

kelangsungan hidup mereka tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Walaupun saban tahun ribuan pelatih diambil untuk mengikuti kursus

memperbaiki kereta, menyelenggara kereta dan alat hawa dingin di Pusat Giat

DR.14.5.96

86

MARA, Institut Kemahiran MARA dan sebagainya, tetapi yang amat

menyedihkan ialah di mana bengkel pelatik-pelatih tersebut?

Adakah kita berpuas hati dengan melatih mereka dan memberikan

kemahiran kepada mereka tetapi tidak pernah membimbing mereka untuk

menjadi usahawan yang berjaya? Di sini saya berharap satu program yang lebih

lengkap yang mana mereka ini perlu di dedahkan dengan cara-cara untuk

menjadi usahawan yang lebih berjaya lagi. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya

menyokong, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Tanjong Karang.

4.51 ptg.

Tuan Noh bin Omar [Tanjong Karang]: terima kasih Tuan Yang di-

Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama mengambil

bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ketujuh pada petang ini.

Tuan Yang di-Pertua, semalam Yang Berhormat dari Yan telah pun

menimbulkan masalah beras yang merupakan makanan asasi di negara kita.

Sebagai Wakil Rakyat yang mewakili kawasan periuk nasi negeri Selangor,

sudah tentu saya tidak mahu melepaskan peluang untuk bercakap mengenai

beras. Walaupun Tanjong Karang merupakan periuk nasi Negeri Selangor,

tetapi di Tanjong Karang pada hari ini bukan sahaja kita sukar untuk mendapat

beras malah kita dapati kilang-kilang Bernas juga kekurangan padi untuk

DR.14.5.96

87

diproses di jadikan beras. Bernas sebagai syarikat pengganti telah mengambil

alih aktiviti-aktiviti komersil dari LPN dengan fungsi-fungsi seperti berikut:

(i) berfungsi sebagai pembeli dan juga pemerosesan padi;

(ii) pengimportan beras; dan

(iii) pemasaran beras tempatan dan juga import.

Sungguhpun Bernas sebuah syarikat swasta ianya perlu memainkan

peranan sosial seperti membekalkan beras ke pasaran dengan harga yang

berpatutan kepada pengguna. Peranan Bernas untuk menstabilkan harga beras

kurang berkesan disebabkan penglibatannya dalam pasaran adalah terhad

kepada peringkat jualan utama, iaitu sebagai pengilang dan pengimport beras

sahaja. Sungguhpun Bernas membekalkan beras lebih kurang sebanyak 41%

daripada keperluan negara, tetapi sebenarnya pengilang-pengilang dan

pemborong-pemborong beras lain iaitu swasta yang menguasai pasarannya

sebanyak 15%. Bernas hanya bergantung kepada pemborong-pemborong

bebas untuk mengedarkan berasnya ke pasaran dan tidak berkuasa untuk

mengawal cara perniagaan dan tatakelakuan pemborong dan juga peruncit

swasta ini.

Tuan Yang di-Pertua, masalah ini timbul adalah disebabkan 4 perkara;

(i) kerana harga beras telah pun dibahagi kepada dua, pertama

harga yang dikawal dan kedua harga yang tidak dikawal.

Beras gred super adalah beras yang harganya tidak dikawal

DR.14.5.96

88

sedangkan beras gred premium dan standard adalah

merupakan harga beras yang dikawal. Kilang-kilang Bernas

sahaja yang menghasilan beras gred kawalan iaitu gred

premium dan standard untuk golongan berpendapatan rendah

yang mana harganya lebih rendah berbanding dengan gred

super. Kilang-kilang swasta yang lain enggan menghasilkan

gred-gred premium dan standard ini kerana tidak

menguntungkan, kerana harga-harga kawalan ini boleh

menyebabkan mereka mendapat keuntungan yang sedikit.

Dengan wujudnya perasaan yang kurang bertanggungjawab di

kalangan pemborong dan juga peruncit beras swasta ini, maka

matlamat kerajaan untuk membantu rakyat supaya mudah

mendapatkan harga yang lebih murah sukar untuk dicapai;

(ii) kita juga dapati berlakunya kegiatan memproses semula beras

gred premium dan juga standard. Bila beras gred premium

dan standard yang dihasilkan oleh Bernas tidak sampai ke

pasaran kerana pemborong-pemborong membeli dan

memproses semula beras gred premium dan standard ini, dan

menjualnya sebagai gred super untuk mendapat keuntungan

yang lebih. Kegiatan ini tidak salah dari segi undang-undang

tetapi ianya menyebabakan kekurangan beras gred premium

DR.14.5.96

89

dan standard kepada pengguna berpendapatan rendah yang

terpaksa membeli beras gred super dengan harga yang lebih

tinggi di antara 0.30 sehingga hingga 0.40 sen sekilogram.

Dengan secara langsung harga beras akan naik, maka mahu

tidak mahu seseorang yang mempunyai pendapatan yang

kurang baik terpaksa juga membeli beras super ini. Sekali

lagi kerajaan gagal untuk membantu rakyat yang miskin untuk

mendapatkan makanan asasi di negara dan hasrat kerajaan

untuk menjadikan beras sebagai barang kawalan tidak

tercapai matlamatnya kerana beras super tidak disenaraikan

sebagai barang kawalan;

(iii) saya juga telah dimaklumkan terdapat sindiket mengaut

keuntungan oleh pemborong-pemborong swasta. Harga

jualan beras Bernas di peringkat kilang juga didapati lebih

rendah daripada kilang-kilang swasta yang lain. Misalnya, di

antara tempoh bulan Januari hinga April 1996 harga beras

gred super di pasaran telah meningkat tetapi harga jualan

Bernas di peringkat kilang di dapati lebih rendah daripada

harga jualan kilang lain. Sungguhpun begitu, pemborong-

pemborong yang membeli beras Bernas tidak menjualnya

dengan harga yang rendah dan sebaliknya mengaut lebih

DR.14.5.96

90

keuntungan dengan menjualnya kepada peruncit-peruncit

dengan harga yang sama seperti beras yang diperolehi dari

kilang-kilang swasta yang lain. Oleh itu, faedah daripada

harga jualan beras Bernas tidak didapati oleh pengguna.

Kalau kita lihat perbandingan harga jualan Bernas

dengan kilang-kilang lain pada April, 1996, kilang Bernas

telah menjual seguni beras ataupun 100 kilogram beras di

antara harga RM98.00 hingga RM100.00 tetapi pemborong

swasta menjualnya dengan harga RM115.00 ke RM120.00

bagi beras gred super. Bagi beras gred premium dan juga

gred standard, kilang Bernas hanya menjual di antara

RM82.00 sehingga RM85.00 untuk satu kilogram tetapi pada

April, 1996 kilang-kilang swasta langsung tidak ada

menghasilkan gred premium dan juga gred standard;

(iv) kita juga dapati bahawa bagi beras-beras import telah pun

dicampur dengan beras-beras tempatan. Campuran beras ini

yang dilakukan oleh pemborong-pemborong dan kemudian

dicampurkan dengan beras tempatan dan dijual sebagai beras

import untuk mendapatkan keuntungan yang lebih, Bernas

tidak berkuasa untuk memberhentikan kegiatan ini. Ada pula

kita dapati kegiatan mencampurkan beras wangi ini dengan

DR.14.5.96

91

menggunakan pewangi artificial ataupun pewangi tiruan

untuk dijual dengan harga yang mahal sebagai harga beras

wangi yang diimport.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengatasi masalah ini, saya fikir masalah

harga beras ini kalau tidak diatasi, maka rakyat Malaysia akan menghadapi satu

masalah yang besar di masa yang akan datang.

Pertama, saya ingin mencadangkan supaya Bernas hendaklah diluaskan

lagi tanggungjawabnya sebagai peruncit dan pemborong. Cara edaran Bernas

yang hanya bergantung kepada pemborong-pemborong telah didapati tidak

berkesan untuk menjaga kepentingan pengguna. Bernas perlu memperbaiki

keadaan ini secara memasuki perniagaan runcit dengan memperluaskan

rangkaian kedai B-Mart yang tersedia ada sekarang untuk mengedar beras terus

kepada pengguna di seluruh negara. Sehingga ini Bernas mempunyai 88 buah

kedai B-Mart dan bilangannya hendaklah ditambah di masa hadapan. Selain

daripada tindakan ini Bernas juga sepatutnya mengadakan kerjasama dengan

Famaco ataupun kedai-kedai Felda untuk memperluaskan pasaran Bernas di

peringkat runcit dengan harga yang berpatutan.

Kedua, Bernas juga perlu mewujudkan anak-anak syarikat yang lain atau

pun mewujudkan usahawan dengan pemborong tempatan bagi menceburi

pasaran beras di peringkat borong untuk mengedarkan berasnya ke supermarket

dan kedai-kedai runcit secara menyeluruh supaya ianya boleh menjalankan

DR.14.5.96

92

tanggungjawab sosial dengan lebih berkesan dari segi bekalan yang mencukupi

supaya harga beras lebih stabil. Tidak keterlaluan jika saya cadangkan supaya

Bernas dijadikan sebagai syarikat gergasi untuk monopoli pengedaran dan juga

pemborongan beras di negara ini supaya pemborong-pemborong swasta tidak

dapat berpakat sesama mereka untuk menaikkan harga beras di negara ini.

Dengan penyertaan Bernas atau rakan niaganya, monopoli pengedaran

beras di peringkat pemborong dan juga runcit maka kita harap harga beras

dapat distabilkan. Saya juga ingin mencadangkan supaya gred beras....

Tuan Yunus bin Rahmat: Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak

minta penjelasan sedikit, adakah cadangan-cadangan Ahli Yang Berhormat dari

Tanjong Karang ini akan disampaikan kepada Yang Berhormat Pengerusi

Bernas untuk mengambil tindakan yang selayaknya?

Tuan Noh bin Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, saya pada

petang ini amat bertuah dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana

dalam Dewan ini, Timbalan Menteri Pertanian pun ada, Pengerusi Bernas pun

ada. Jadi, kita berharap suara rakyat Tanjong Karang supaya diambil perhatian.

Saya juga ingin mencadangkan supaya harga beras dijadikan harga

kawalan termasuk beras gred super dan juga beras import.

Yang ketiga, saya juga ingin mencadangkan supaya Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya menyiasat beras-

beras atau menyiasat pemborong-pemborong yang pada hari ini kita ada 1,632

DR.14.5.96

93

pemborong beras di negara kita ini sama ada beras-beras ini mereka telah sorok

di kilang-kilang mereka. Dan sepatutnya, pihak Bernas juga mestilah

menentukan berapa banyakkah pemborong-pemborong ini dibenarkan

menyimpan di dalam stok-stok mereka supaya kegiatan sorok tidak berlaku di

kalangan pemborong-pemborong beras?

Saya juga ingin mencadangkan supaya padi-padi yang dihasilkan di

Tanjong Karang sebagai contoh, hanya boleh ataupun sepatutnya hanya boleh

dijual di kilang-kilang swasta di Tanjong Karang sahaja ataupun di dalam

negeri Selangor sahaja kerana selama ini banyak, boleh dikatakan 80% beras-

beras yang dikeluarkan di Tanjong Karang ini telah pun dijual di luar negeri

Selangor sehinggakan pada hari ini, kilang-kilang beras yang ada di Tanjong

Karang sudah kekurangan padi untuk diproses menjadikan beras.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai jawapan

yang telah diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di dalam Dewan yang

mulia pada hari semalam. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian telah

menyatakan bahawa kerajaan telah banyak memberi bantuan pinjaman untuk

membeli jentera dan juga mekanisasi pertanian kepada pesawah-pesawah. Saya

ucapkan terima kasih dan juga tahniah kepada pihak kerajaan. Tetapi, adakah

pihak kementerian sedar, ada di antara jentera-jentera yang dibeli itu tidak

dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pesawah-pesawah kerana faktor

kemudahan asas di kawasan sawah padi masih jauh tertinggal?

DR.14.5.96

94

Yang pertama, jambatan-jambatan kayu yang ada di sawah-sawah

sekarang ini sudah tidak sesuai lagi digunakan dan jentera-jentera juga tidak

boleh melalui jambatan-jambatan kayu yang kecil dan tidak kukuh lagi. Kalau

jentera itu menggunakan jambatan tersebut, pasti jambatan tersebut akan

runtuh.

Kedua, permukaan fizikal jalan-jalan di sawah-sawah yang dikenali

sebagai jalan ladang dan juga jalan “ban pakat” perlulah diambil perhatian.

Jalan-jalan ladang di Tanjong Karang ini adalah jalan-jalan tanah merah yang

merupakan jalan-jalan yang kecil lebih kurang enam kaki dan apabila ada

kenderaan lain menggunakan jalan tersebut, sudah tentu jentera-jentera padi

tidak dapat melalui jalan tersebut.

Datuk Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat, Bagan Datok bangun.

Datuk Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya ingin bertanya. Saya

selalu juga lalu di Tanjong Karang, saya tahu kawasan Ahli Yang Berhormat

ini. Saya lihat bahawa kita beruntung pada petang ini kerana Pengerusi Bernas

ada, Timbalan Menteri Pertanian juga ada, adakah Ahli Yang Berhormat dari

Tanjong Karang berhajat untuk berjuang mendapatkan keistimewaan sedikit

untuk kawasan Tanjong Karang bagi jentera-jentera berkenaan dapat masuk ke

kawasan Yang Berhormat?

DR.14.5.96

95

Tuan Noh bin Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang

Berhormat dari Bagan Datok. Inilah yang saya sedang perkatakan, kita hendak

merayu dengan dua tokoh, dua pemimpin yang ada di dalam Dewan ini supaya

mengambil perhatian suara daripada kawasan periuk nasi negeri Selangor.

Saya akan sampai kepada perkara itu nanti!

Jika jentera-jentera padi tersebut berkesempatan menggunakan jalan

sudah pasti jalan-jalan tersebut akan rosak. Apabila jalan rosak, saya

difahamkan Projek Barat Laut yang membuat jalan tersebut tidak ada

peruntukan untuk membaikinya hanya mengharapkan peruntukan dari Kerajaan

Negeri Selangor. Sudah tentu peruntukan untuk membaiki jalan ladang

tersebut tidak mencukupi. Oleh itu, saya merayu kepada Kementerian

Pertanian supaya peruntukan yang lebih hendaklah diberikan kepada Projek

Barat Laut Negeri Selangor supaya jambatan kayu itu dapat diganti dengan

culvert dan jalan ladang yang tidak terjaga dan sempit itu dapat dibaiki atau

ditarkan.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat, Tumpat bangun.

Tuan Noh bin Omar: Masa tiada, sekejap, hendak habiskan perkara ini

dahulu, hendak habiskan Kementerian Pertanian. Nanti, kalau menteri keluar

susah pula.

DR.14.5.96

96

Kita mengharap bahawa dengan adanya peruntukan yang dipohon oleh

Projek Barat Laut Negeri Selangor yang saya difahamkan lebih kurang RM1.5

juta ini supaya janganlah dipotong banyak sangat. Kalau banyak sangat

permohonan daripada Projek Barat Laut Negeri Selangor ini dipotong, maka

sudah tentulah keadaan pertanian ataupun keadaan sawah padi di kawasan saya

sukar untuk dibangunkan.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang

memberi kesempatan kepada saya untuk bertanya sedikit sahaja soalan.

Sebagaimana kita tahu negeri Selangor ini sebuah negeri yang kaya, yang gah,

pelbagai program raksaksa yang gah telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri

Selangor di bawah pimpinan MB sekarang ini. Saya rasa jambatan jalan-jalan

ladang, jambatan kecil-kecil ini tak payah minta dengan kementerian.

Sepatutnya Selangor membiayainya. Apakah Ahli Yang Berhormat bersetuju

dengan pendapat saya?

Tuan Noh bin Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya berasa sedih, sebagai

Ahli Parlimen kadang-kadang kita patut tahu waktu bila kita hendak minta

dengan Kerajaan Persekutuan dan waktu bila pula kita hendak minta dengan

Kerajaan Negeri? Sekarang ini kita dalam Parlimen, kita bercakap dengan

pihak Federal, di peringkat negeri, kita minta di kalangan Kerajaan Negeri.

Oleh itu, saya berasa sedihlah kalau ada Ahli Parlimen yang tidak tahu

DR.14.5.96

97

menggunakan waktu bila hendak bercakap, waktu bila hendak memohon

dengan Federal dan juga di peringkat negeri? [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, ....

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Hendak beri jalan lagi atau tidak?

Tuan Noh bin Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya hanya tinggal lima

minit sahaja lagi, sedikit lagi. Nanti, beri saya habiskan ini saya akan beri

laluan. Saya hendak habiskan ini, ini satu lagi perkara, tak sempat nanti.

Tuan Yang di-Pertua, di samping sektor swasta dan juga sektor awam

yang telah memainkan peranan penting untuk memajukan pembangunan

negara, kita juga tidak boleh menafikan peranan badan-badan berkanun yang

ada di dalam negara kita ini.

Akta yang menubuhkan badan-badan berkanun selalunya membuat

peruntukan tentang cara badan-badan tersebut harus berfungsi. Biasanya akta

itu akan memperuntukkan perlantikan ahli lembaga termasuk pengerusi dan

kadangkala timbalan pengerusi. Ahli-ahli lembaga dilantik oleh menteri atau

kadangkala Yang di-Pertuan Agong. Kuasa dan tanggungjawab lembaga

adalah diperuntukkan di dalam akta. Persoalan yang saya ingin timbulkan di

sini ialah mengenai kakitangan dan pegawai-pegawai badan berkanun,.

DR.14.5.96

98

Perkara 135 Perlembagaan Persekutuan memberikan beberapa

perlindungan kepada pegawai awam. Walau bagaimanapun, kakitangan badan-

badan berkanun tidak dianggap sebagai pegawai awam untuk tujuan Perkara

135 itu. Oleh itu, selalu kita menganggap bahawa perkhidmatan pegawai dan

kakitangan badan-badan berkanun ini sebagai perkhidmatan tertutup ataupun

‘closed service’ di mana mereka ini tidak boleh ditukarkan kerja ke jabatan lain

dan badan-badan berkanun yang lain.

Oleh itu, kita lihat kakitangan badan-badan berkanun ini daripada mula

bekerja sehingga bersara tidak berpeluang berkhidmat di jabatan lain melainkan

di bawah organisasinya sendiri. Di kalangan kakitangan dan pegawai serta

pengarah-pengarah sesuatu badan berkanun mungkin mereka boleh ditukarkan

dari satu bahagian ke bahagian yang lain di dalam organisasi badan berkanun

tersebut. Tetapi di kalangan ketua-ketua pengarah dan timbalan ketua

pengarahnya, mereka ini tidak berpeluang untuk dipindahkan ke bahagian-

bahagian lain, lebih-lebih lagi ketua pengarah sesuatu badan berkanun langsung

tidak dapat ditukarkan ke jabatan-jabatan lain.

Oleh itu, kita terdapat ketua pengarah badan-badan berkanun memegang

jawatan tersebut terlalu lama sehinggakan ada yang lebih dari sepuluh tahun.

Banyak kesan-kesan negatif yang timbul apabila ketua pengarah ini terlalu lama

duduk di kerusinya. Lebih-lebih lagi di badan-badan berkanun yang

pengerusinya silih berganti, yang selalunya pengerusi ini terdiri daripada orang-

DR.14.5.96

99

orang politik. Di antara kesan negatif yang boleh kita lihat di antaranya, yang

pertama, mereka terlalu berkuasa dan merasakan badan berkanun itu seolah-

olah mereka yang punya. Kadangkala dasar-dasar yang diputuskan oleh

lembaga ataupun majlis tidak dilaksanakan.

Yang kedua, kuasa eksekutif yang ada pada ketua pengarah

menyebabkan mereka tidak hormat kepada ahli-ahli majlis ataupun lembaga

termasuk pengerusinya kerana mereka telah tahu yang mereka telah menerima

budaya bahawa pengerusi dan ahli-ahli lembaga ataupun majlis itu ‘come and

go’, dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat, sila gulung!

Tuan Noh bin Omar: Ya, yang ketiga, terdapat juga ketua-ketua

pengarah yang sudah lali ataupun kekeringan idea dan pendapatnya tidak selari

lagi dengan pegawai-pegawai bawahannya dan timbullah ‘politicking’ dan

berpuak-puak dan pilih kasih di dalam badan-badan berkanun. Lebih teruk lagi

terdapat ketua pengarah telah pun salah tafsir aktanya sendiri dan pelbagai

kesan negatif yang tidak dapat saya nyatakan satu persatu.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula

jawatan ketua-ketua pengarah badan-badan berkanun ini supaya mereka juga

tertakluk kepada proses pertukaran di antara badan-badan berkanun ataupun

jabatan kerajaan. Dengan adanya sistem pertukaran ketua-ketua pengarah ini,

maka kita harap badan berkanun tersebut akan dapat nafas baru yang lebih

DR.14.5.96

100

bertenaga untuk mencapai matlamat penubuhannya apabila mereka diketuai

oleh ketua pengarah yang baru.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Sudah habis?

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Noh bin Omar: Sedikit sahaja, sedikit mengenai badan

berkanun. [Ketawa] Ha, Timbalan Menteri sudah salah dah [Ketawa] [Kepada

Ahli Yang Berhormat dari Chenderoh] Mengenai badan berkanun saya juga

ingin merayu kepada pihak MARA supaya...belum habis lagi! [Ditujukan

kepada beberapa ahli yang masih berdiri][Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Minta duduk yang lain, sekejap ya.

Tuan Noh bin Omar: Sedikit lagi!....supaya saya merayu supaya

peruntukan biasiswa kepada pelajar-pelajar bumiputera ini hendaklah

diteruskan. Janganlah ada sekatan dan saya juga merasa dukacita apabila

Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan MARA hanya akan

mengurangkan penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara. Dasar menghantar

pelajar ke luar negara ini harus diteruskan.

Akhirnya, [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit

mengenai rakan-rakan dari pihak pembangkang. Sedikit sahaja, kalau kita tidak

sentuh tidak adil sebab dia cakap selalu sentuh kita. Saya ingin memetik dalam

DR.14.5.96

101

ucapan Yang Berhormat dari Jelutong pada 1hb. April 1995 ketika beliau

membahaskan usul Titah Ucapan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Beliau

telah mempersoalkan keputusan mahkamah ke atas 13 orang yang mengaku

bersalah merogol perempuan yang berumur 16 tahun yang dikaitkan dengan kes

Tan Sri Rahim Tamby Chik. Yang Berhormat dari Jelutong tidak berpuashati

dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang mengendalikan kes tersebut. Beliau

telah bertanya “Kenapa, kenapa dalam kes 13 orang itu tidak ada apa-apa

rayuan yang dibuat kepada Mahkamah Tinggi? Adakah ini satu pakatan di

antara pendakwa dan pembela?”

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Yang Berhormat dari Jelutong ini,

beliau bukan sahaja hilang kepercayaan kepada hakim ataupun pendakwaraya

tetapi beliau juga telah hilang kepercayaan kepada profesion guaman itu

sendiri. Oleh kerana kepentingan politiknya, beliau telah sanggup menghina

dan memandang rendah tugas rakan sejawatnya sesama peguam. Sekiranya,

Yang Berhormat dari Jelutong sudah hilang keyakinan kepada profesion

guaman dan tugas serta tanggungjawab seorang peguambela, maka saya cabar

beliau supaya berhenti dari praktis menjadi seorang peguambela.

Saya juga merasa kesal kerana pada hari Isnin yang lepas, Yang

Berhormat mengatakan beliau ini musuh kepada polis. Selalunya, Tuan Yang

di-Pertua, orang yang menjadi musuh polis ini, orang yang jahat dan orang

yang melakukan salah. Jadi, sebagai seorang peguam, saya tidak faham,

DR.14.5.96

102

adakah beliau ini peguam yang selalu buat salah hinggakan beliau ini

menganggap polis sebagai musuh? Sepatutnya kita orang baik-baik ini, kita

kena kerjasama dengan polis...

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Tidak ada masa Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Noh bin Omar: ...untuk menjaga keamanan di negara kita.

Terima kasih.

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Masa sudah cukup. Rompin ya.

5.15 ptg.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]:

Terima kasih, Bagan Datok boleh dipertimbangkan selepas ini. Terima kasih

kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Rancangan

Malaysia Ketujuh. Nampak makin muda Bagan Datok pakai songkok balik dari

Haji [Kepada Ahli Yang Berhormat dari Bagan Datok].

Dalam perkara ini, saya turut bersama dengan rakan-rakan memberikan

ucapan syabas dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri kerana membentangkan satu pelan induk untuk kita lima tahun akan

datang. Pelan induk di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh ini amat penting

DR.14.5.96

103

saya kira dan saya yakin semua daripada kita yang hadir merasa penting kerana

ia merupakan jendela kepada kita memasuki abad ke-21 dan kita tahu yang

menyediakan pelan induk ini, yang membangunkan negara Malaysia ini, yang

meningkatkan pertumbuhan ekonomi, membuatkan Malaysia dihormati, kerana

Barisan Nasional. Bukan kerana yang belah sana [Merujuk kepada pihak

pembangkang] Saya terlihat apabila tengok Hansard, yang sebelah sana itu,

tapi yang sebelah sana tidak termasuk Parti Semangat 46. 46 sudah belah sini.

[Tepuk]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tidak nampak satu cadangan, semuanya saya nampak, yang pertama

cakap tidak betul, yang kedua cakapnya salah, salah dan salah, tidak betul dan

tidak betul. Tidak nampak langsung ideanya. Ketua pembangkang sendiri

tidak nampak, kalau ada sedikit cadangan pun daripada anak dia. Anak dia tu

saya nampak menunggu dia bercakap, Kota Melaka, saya nampak juga bila

Kota Melaka bercakap minta juga supaya constructive sedikit. Sama-sama kita

yang akan mewarisi dekad akan datang, kita mahu dengar apa dia agenda

pembangkang untuk membangun negara kita masa akan datang. Tentu dalam

politik satu dua perkara yang mungkin kita ada perbezaan pendapat tetapi

tidaklah semua agenda kita A sampai Z, 1 sampai 10 semuanya tidak betul

belaka. Tadi, apa yang bercakap tentang tol tadi, kita panggil dia ‘Wakil

DR.14.5.96

104

Rakyat Tol’ sahaja lagi baik! Tidak ada langsung perkara yang baru

diketengahkan oleh pembangkang ini.

Semangat 46, saya mengucapkan syabas kepada Semangat 46 kerana

dalam era kita memasuki abad ke-21 bahawa merasakan perpaduan UMNO,

perpaduan Melayu itu amat penting dan saya merasakan bila orang Melayu itu

bersatu bukan hanya pulangannya kepada orang Melayu sahaja, bila Melayu

bersatu Malaysia akan lebih stabil, politik dalam negara ini akan lebih stabil.

Ini yang sebenar yang kadang-kadang susah hendak diterima oleh

pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Ketujuh banyak telah

disebutkan. Izinkan saya menyentuh satu dua perkara. Perkara yang pertama

ialah kita lihat dalam pembangunan ekonomi negara kita dasar penswastaan

merupakan instrumen yang penting. Dasar penswastaan merupakan vehicle

yang penting. Kita banyak melihat, kita tidak menolak dari segi kemajuan,

manfaat kepada projek-projek yang diswastakan tetapi kebimbangan yang kita

dengar hari ini ialah kepentingan pengguna. Kita minta supaya kalau boleh

projek-projek yang diswastakan, kita minta supaya usaha mengawal selia itu

dipertingkatkan.

Kalau misalan dalam contohnya banyak dipercakapkan dalam projek air

ini, Indah Water ini. Banyak potongan-potongan dibuat dengan tidak ada

perkhidmatan yang diberi. Saya yakin bahawa penswastaan Indah Water ini

DR.14.5.96

105

satu buah fikiran yang baik tetapi pelaksanaan dan pengawasannya perlu

diperbaiki dan banyak lagi kita dengar dari segi projek-projek penswastaan ini,

infrastruktur diswastakan, seperti telekomunikasi. Jangan diabaikan seperti

yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam

perhimpunan Konvensyen UMNO baru-baru ini, bila projek-projek itu

diswastakan, kerajaan mengharapkan tanggungjawab sosial itu diswastakan

juga. Jangan sekali bila projek itu diswastakan, tetapi tanggungjawab sosial itu

tinggal dengan kerajaan. Kalau masalah dengan pengguna itu masalah dengan

kerajaan.

Oleh itu, saya mengesyurkan, Tuan Yang di-Pertua, bila projek-projek

diswastakan itu jangan hanya bottom line sahaja dipertimbangkan, diambil kira.

Pemasalahan tanggungjawab sosial terutama sekali dengan kepentingan

pengguna itu penting juga. Janganlah dengar belah sana dah. Cara DAP

bercakap itu macamlah bila kerajaan menswastakan satu projek itu kita tidak

mengambil kira dari segi masa depan pengguna. Saya dengar kadang-kadang

dalam satu projek yang diswastakan ada syarat-syarat, terma-terma untuk

menjaga kepentingan pengguna. Tetapi yang lemah saya nampak ialah kawal

selia. Bila satu-satu projek itu diswastakan, tidak ada macam jabatan untuk

mengawasi sama ada caj yang digunakan kepada pengguna itu baik atau tidak

baik, rendah atau tinggi.

DR.14.5.96

106

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya minta kalau boleh dalam projek-

projek yang diswastakan itu mesti ditingkatkan kawal selia, mesti ditingkatkan

tahap pengawasan supaya pengguna-pengguna tidak teraniaya.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua saya ingin sentuh dari segi

pembangunan industri kecil. Saya mengucapkan syabas kepada MITI, telah

ditubuhkan satu badan dipanggil Maldec, satu badan khasnya untuk

pembangunan IKS. Harapan kita ialah bahawa dengan penubuhan satu badan

khas ini ia menunjukkan satu komitmen kerajaan untuk membangun IKS ini.

Harpan saya ialah kalau boleh, bila kita membangunkan IKS ini mestilah

tertumpu juga kepada kawasan luar bandar. Jangan IKS ini tertumpu hanya ke

dalam bandar sahaja. Dalam taburan industri-industri besar, melalui MIDA.

Mengapa tidak MIDA mencadangkan supaya industri-industri besar ini

ditaburkan juga ke luar bandar?

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga saya ingin mengambil

kesempatan pada petang ini ialah tentang teknologi. Umum kita mengetahui

dalam dekad akan datang, senario ekonomi akan lebih berbeza dengan apa yang

ada. Kalau kita lihat dalam dekad ini, komoditi ekonomi kita mungkin kelapa

sawit, getah. Tetapi komoditi akan datang ialah ilmu. Sebab itulah saya minta

kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini yang telah berucap hari ini

dan minggu yang lalu, supaya kerajaan terutama sekali Kementerian Pendidikan

mengemblengkan tenaga supaya agenda pendidikan ini dan agenda ilmu ini

DR.14.5.96

107

kita tidak akan tertinggal. Ini merupakan komoditi yang penting kalau kita

mahu berjaya di dekad yang akan datang.

Sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua, seperti tadi saya bertanya kepada

Yang Berhormat dari Sungai Benut, prestasi pendidikan luar bandar amatlah

rendah kalau kita bandingkan dalam bandar, terutama sekali dalam mata

pelajaran sains, Ilmu Hisab dan bahasa Inggeris. Kita mita kalau boleh mesti

ada satu strategi khas untuk membangun memastikan supaya prestasi

pendidikan di luar bandar akan sama dengan bandar.

Perkara yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang R&D. Kalau

kita mahu menjadi satu negara yang maju sudah semestinya Malaysia

mengeksport barang buatannya sendiri. Kita tidak boleh mengeksport atau

membangunkan industri kita sendiri kalau kita tidak ada teknologi kita yang

tersendiri. Saya minta supaya kementerian mengembleng universiti-universiti

yang ada. Berbilion-bilion kita melabur dalam universiti tempatan. Dan juga

ramai yang kita dengar saban hari profesor-profesor baru telah dilantik.

Mengapa tidak digemblengkan tenaga pemikir ahli-ahli profesional, pakar-

pakar yang ada di universiti ini menjadikan mereka ini satu agenda,

membuatkan research, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, supaya kita dapat

benar-benar mengadakan satu intipati, satu penemuan, satu teknologi tempatan

yang benar-benar kita boleh bangunkan, jadikan satu industri, kita boleh

eksport. Walaupun kita bangga dengan pertumbuhan 8% yang baik kita ada,

DR.14.5.96

108

tetapi kita lihat banyak industri yang dieksport, komponen yang kita eksport,

barang yang kita eksport, teknologi bukan tempatan.

Di Pulau Pinang, yang kita eksport barang elektronik yang banyak,

semuanya yang kita eksport itu R&D ini bukan dibuat di Malaysia. Perkara-

perkara yang kita buat di Pulau Pinang bukan teknologi tempatan. Adakah bila

kita mengatakan kita menjadi negara maju 20 tahun akan datang, adakah kita

tidak mahu berbangga bahawa apa yang kita eksport, kita hantar ke luar negeri

satu yang kita ketemukan sendiri, satu barang yang betul-betul bangunkan

sendiri? Sekarang ini kita bimbang bahawa asas industri kita, asas teknologi

ini masih daripada luar negara. Oleh kerana itu, saya nampak bahawa kita tidak

ada kekuatan hakiki dalam industri kita. Apa yang kita eksport, apa yang kita

buat, semuanya teknologi berasas kepada luar negara.

Kita bimbang nanti kalau orang-orang luar negara ini tidak mahu

teknologinya terus beri kepada kita, apa yang kita boleh buat, apa yang kita

boleh kilangkan? Sebab saya nampak bahawa perlu kita menjadi agenda

teknologi ini sebagai agenda yang penting kalau kita benar-benar mahu menjadi

satu negara industri yang benar-benar kita anggap sebagai kita sendiri yang

independent, dengan izin. Kalau tidak, nanti industri kita tidak ada kekuatan

hakiki yang bergantung kepada Barat untuk mendapatkan teknologi untuk kita

menjadi satu masyarakat yang menguasai industri.

DR.14.5.96

109

Alangkah malangnya, Tuan Yang di-Pertua, amat malang sekali kita

mengatakan negara kita negara industri, tetapi benih-benih teknologi semuanya

datang daripada luar negeri dipinjam kepada kita. Seandainya satu masa

mereka berpakat tidak mahu terus memberikan teknologi kepada kita,

bagaimana kita boleh meneruskan negara kita sebagai satu negara industri?

Satu perkara yang saya ingin bangkitkan ialah mengenai pertanian. Kita

bangga dengan skim-skim, agensi-agensi iaitu prestasi mereka. Banyak rakan-

rakan kita di luar bandar yang dahulu tidak ada tanah, sebagai contoh, diberikan

tanah, seperti dalam Felda tahun ditanam kelapa sawit. Mereka berpuashati di

dekad ini. Kalau dahulu tidak ada tanah, sekarang sudah ada 10 ekar. Dahulu

tidak ada basikal, sekarang ada motosikal. Tetapi dekad akan datang

bagaimana. Adakah mereka itu berpuashati dengan ada sekadar 10 ekar dengan

motosikal sahaja.

Saya rasa tuntutan mereka akan datang ialah di luar bandar ini mahu

juga menjadi satu kawasan industri. Oleh itu saya mohon supaya agensi-agensi

yang diserahkan, yang dipertanggungjawabkan untuk pembangunan luar bandar

seperti Felda, Felcra, Risda, perlu mengutarakan satu strategi baru bagiamana

hendak mengubah luar bandar ini supaya mengikuti mainstream pembangunan

negara di dekad yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya sebut ialah dari segi

pembangunan usahawan. Kita bangga dengan agensi-agensi yang telah

DR.14.5.96

110

membangunkan usahawan bumiputera. Kita minta juga supaya agensi-agensi

ini seperti TNB, PNB, LTAT juga menggunakan resources mereka yang ada

mengambil juga tanggungjawab sosial untuk membangun usahawan ini jangan

sekadar hanya dibiarkan, dipertanggungjawabkan oleh kerajaan sahaja. Kita

sering dengar macam LTAT, Tabung Haji ada joint venture mereka. Tetapi

yang malangnya kadang-kadang mereka joint-venture tidak dengan bumiputera.

Saya tidak menolak, mereka boleh joint venture juga dengan bukan

bumiputera. Tetapi cari juga bumiputera sebagai rakan-rakan mereka. Kadang-

kadang yang membimbangkan agensi-agensi ini, dia memang tak mahu joint

venture dengan bumiputera. Tak tahu mengapa. Kita tidak menolak, dia boleh

joint venture dengan bukan bumiputera. Tetapi adakan perimbangan, sanggup

joint venture dengan bumiputera ada juga usahasama dengan bumiputera. Ini

keluhan daripada masyarakat-masyarakat bumiputera yang sering kali kita

dengar, saban hari di kedai-kedai kopi.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, juga kepada mereka yang berjaya,

usahawan mungkin kepada diri saya juga, kalau dianggapkan boleh dikatakan

boleh menjaga supaya dapur saya tak berasap. Tetapi saya minta juga kalau

boleh mereka yang lain yang berjaya lebih besar, bahawa memberikan sesuatu

yang nampak kembali kepada masyarakat. Apa yang saya syorkan, they must

also pulang kembali kepada masyarakat. Please give something tangible,

dengan izin, kepada masyarakat. Sebagai contoh, saban hari kita dengar

DR.14.5.96

111

hospital-hospital tidak ada perkhidmatan yang baik - di Hospital Besar kita.

Mereka nak pergi ke hospital swasta tak mampu kerana bayarannya tinggi.

Mengapa tidak mereka ini yang sudah berjaya pakat sama mereka adakan

hospital swasta, tetapi khas kepada mereka yang tidak mampu. Mengapa tidak?

Tunjukkan bahawa selain daripada apa yang negara beri kepada mereka,

mereka boleh pulang kembali kepada masyarakat. Kita mahu lihat kalau boleh

projek-projek yang begitu, satu hospital swasta. Sekarang kalau kita dengar

swasta, kita kaitkan yang berada sahaja. Yang kaya, yang tinggi. Mengapa

tidak kita adakan hospital swasta, tetapi kaitkan dengan mereka yang tak

mampu? Ini kadang-kadang kita tengok yang tak mampu pergi hospital daerah,

pergi Hospital Besar. Mengapa tidak kita ada hospital besar swasta, tetapi khas

untuk mereka yang tak mampu, tetapi tajaan mereka yang sudah berjaya.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan penghargaan kepada

kerajaan kerana telah membentangkan satu Rancangan Malaysia Ketujuh yang

amat baik, dan ini merupakan satu jendela pembukaan untuk menghadapi

cabaran negara kita supaya benar-benar kita akan maju di dekad yang akan

datang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tumpat.

5.30 ptg.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood [Tumpat]: Terima

kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi kesempatan kepada saya

DR.14.5.96

112

untuk ikut memberi pandangan di atas ucapan Perdana Menteri mengenai

Rancangan Malaysia Ketujuh.

Apakah falsafah dan dasar penerangan negara dan matlamatnya ke arah

pembentukan minda dan budaya bangsa? Saya ikut menyokong beberapa

pandangan daripada wakil Barisan Nasional yang telah menyentuh dalam isu

ini, yang terakhir menyentuh dalam soal bahasa rojak dan sebagainya.

Misalnya kita lihat dalam satu program ‘Ultraman’ iaitu satu cerita yang

diadakan pada sore hari. Kalau kita perhatikan dahulu alih bahasanya dalam

Bahasa Kebangsaan, tetapi sekarang ini saya lihat bahasa Cina yang diucapkan,

alih bahasanya, bahasa Cina, translatenya adalah dalam Bahasa Kebangsaan di

bawahnya. Bukan saya anti bahasa Cina, Tuan Yang di-Pertua, tetapi kita

tidak faham, apakah dasar dan matlamat daripada kementerian ini. Saya

melihat betapa lemahnya kerajaan terutama dalam konteks menjaga maruah

kedaulatan Bahasa Melayu di saat akhir-akhir ini.

Yang kedua, ada setengah filem kalau kita lihat ada peringatan di

bawahnya iaitu “tidak boleh ditonton oleh kanak-kanak di bawah umur 18

tahun” atau berapa. Saya tidak faham apakah rasionalnya kerajaan atau

Kementerian Penerangan mengarahkan supaya hal itu diadakan. Apakah

rasionalnya? Saya teringat cerita Haji Bebal. Haji Bebal ini seorang yang kaya

tetapi bakhil. Dia hendak simpan duit di rumah, dia takut, akhirnya dia gali

lubang simpan duit di dalamnya, tetapi di atasnya dia tulis “Di sini tidak ada

DR.14.5.96

113

wang”. Barangkali Kementerian Penerangan ini lebih kurang Haji Bebal -

barangkali.

Tuan Yang di-Pertua, kita agak berasa kasihan pada Kementerian

Kesihatan yang telah berusaha untuk mengurangkan penagih-penagih rokok.

Di dalam negara kita ini beberapa usaha telah dibuat, beberapa dasar telah

diadakan, begitu juga dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna telah menaikkan cukai rokok. Dengan menaikkan cukai

yang tinggi, walaupun tidak setaraf dengan Singapura sekarang ini, tetapi

dalam masa yang sama Kementerian Penerangan masih berkasih sayang dan

bercinta, kasih dengan penaja-penaja rokok ini terutama dalam menaja

program-program sukan. Jadi, kita tidak faham bagaimana double standard

yang diamalkan oleh kementerian ini. Itulah saya tanyakan apakah falsafahnya

yang dipegang oleh Kementerian Penerangan sekarang ini, seolah-olah

terambang, ke langit tidak, ke bumi pun tidak? Tuan Yang di-Pertua, pepatah

Melayu ada menyebut “bagaimana hendak larang anak kencing berdiri

sedangkan ayah kencing berlari.”

Yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, masalah RTM - rangkaian TV dia

dan TV lain juga. Masalah mutu drama yang ditampilkan dalam TV, saya lihat

dari segi themanya mungkin Tuan Yang di-Pertua, lebih tahu dalam masalah

ini. Kebanyakan tema-tema drama ini saya lihat bertemakan hiburan, mungkin

Parit Sulong juga tidak setuju dengannya, drama ini berthemakan hiburan.

DR.14.5.96

114

Kalau ada sesuatu drama yang saya lihat adegan di kelab malam mesti

diadakan, berpeluk-pelukan di antara lelaki dan perempuan, seolah-olah tidak

ada tema lain, seolah-olah itulah budaya orang Melayu....

Tuan Yunus bin Rahmat: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Jelebu bangun.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Masa tidak ada.

Tuan Yunus bin Rahmat: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Masa tidak

mengizinkan.

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak beri jalan, Yang Berhormat.

Tuan Yunus bin Rahmat: Tidak beri jalan? Tidak sportinglah!

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Bukan tidak

sporting, tidak ada masa, masa sedikit. Kita boleh bicara di luar.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Berpeluk-peluk

di antara lelaki dengan perempuan. Itulah adegan......

Tuan Yunus bin Rahmat: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Tetapi dengan siapa lagi hendak depa buat.

[Ketawa] Ya, Jelebu, ya.

Tuan Yunus bin Rahmat: Tuan Yang di-Pertua, minta jalan.

DR.14.5.96

115

Tuan Yang di-Pertua: Minta jalan.

Tuan Yunus bin Rahmat: Sedikit sahaja, minta jalan.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Adegan-adegan di

kelab malam, seolah-olah itulah sebahagian daripada budaya kita - tidak ada

yang lain.

Tuan Yunus bin Rahmat: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, hendak beri jalan atau tidak?

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Minta maaf, no

entry, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak beri jalan.

Tuan Yunus bin Rahmat: Tidak beri juga.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Masa tidak ada.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Point of order.

Tuan Yang di-Pertua: Point of order ya, point of order yang mana,

kena beri jalan ya.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, .....

Tuan Yang di-Pertua: Apa dia itu?

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Point of order 35(1).

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

DR.14.5.96

116

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Dia [kepada Y.B Tuan Haji Wan

Mohd. Jamil bin Wan Mahmood] cakap tengok kita sahaja, kita tidak minat

dengan ‘Haji Bebal’.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila teruskan.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Terima kasih,

Tuan Yang di-Pertua. Kadang-kadang kita tidak faham dan bertanya apakah

mesej yang mahu disampaikan oleh RTM - tidak faham.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat-sangat mengharapkan terutama

kepada kementerian supaya benar-benar dapat menangani persoalan ini dengan

baik, walaupun bossnya, maksud saya menterinya, bagi pandangan saya, saya

rasa bossnya ataupun menterinya perlu ditukar, diganti dengan Parit Sulong

atau Rompin saya rasa lebih baik, ada mesejnya dan ada banyak ideanya -

akhir-akhir ini, bukan dahulu.

Kita kecewa bahawa RTM tidak meletakkan asas yang kukuh ke atas

masalah pembangunan insan, yang dipentingkan ialah mengeluarkan tenaga

mahir. Bagi kita RTM tidak meletakkan asas yang kukuh bagi membangunkan

manusia ataupun insan. Oleh itu melalui pendidikan bersepadu, pendidikan

negara sekarang ini memperkukuhkan Sistem Dualisme Pendidikan. Sistem

Dualisme Pendidikan ini menghasilkan aliran agama Islam dan pendidikan

nasional. Sepatutnya kedua-dua aliran itu mestilah disatukan kerana ia

merugikan orang-orang Melayu atau Islam dan gagal melahirkan generasi

Islam yang cemerlang. Kami di dalam PAS menyuarakan ini sejak dahulu lagi

dan berulang kali, malangnya tidak didengar oleh perancang pendidikan negara

kita ini.

DR.14.5.96

117

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan tidak melihat saranan itu

dengan sewajarnya kerana perancang pendidikan tidak sensitif mengenai

keperluan agama dalam sistem pendidikan negara. Apabila Ketua Pengarah

IKIM, Dato’ Dr. Ismail bin Ibrahim menyokong UMNO membentangkan

kertas kerja di Konvensyen parti itu baru-baru ini yang menyebut mengenai

‘Sistem Dualisme Pendidikan’ di negara ini, kami harap akan menarik perhatian

Kementerian Pendidikan dan Yang Berhormat Menterinya sekali, kerana yang

bercakap itu penyokong UMNO, bukan orang PAS. Kalau yang bercakap itu

orang PAS seperti selalu, apa pun pandangan yang baik diberikan tidak akan

mendapat perhatian. Prejudis parti menghalang pimpinan kerajaan melihat

kebenaran orang lain. Dato’ Dr. Ismail bin Ibrahim menyarankan:

“Tindakan menyatukan kedua-dua aliran itu penting

bagi memantapkan bimbingan keislaman di kalangan

masyarakat dan bagi menghapuskan kekeliruan di dalam

menghayati Islam sebagai sistem hidup yang lengkap serta

sesuai untuk setiap zaman ataupun sepanjang zaman.”

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Parit Sulong bangun, Yang Berhormat.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahamd: Penjelasan.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Masa tak ada.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Berilah! Apa ni? Penjelasan sedikit!

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Malangnya

pemikiran seperti itu dikeluarkan selepas Akta Pendidikan digubal dan

diluluskan oleh dewan ini. Nyatalah perancang pendidikan negara tidak

DR.14.5.96

118

mengambil kira pandangan tokoh-tokoh Islam dalam merancang dan

menggubal akta tersebut. Kerajaan tidak sensitif dengan kemahuan umat Islam

atau ummah.

Saban tahun ibu bapa berebut-rebut menghantar anak-anak mereka ke

sekolah agama di seluruh negara, terutamanya di bandar-bandar besar. Jumlah

mereka, berpuluhan ribu atau mungkin ratusan ribu, sedangkan kerajaan tidak

begitu berminat untuk membina sekolah-sekolah agama. Begitu ramai ibu

bapa Islam yang kecewa tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah

agama, sama ada sekolah agama kerajaan atau pun swasta kerana kekurangan

tempat.

Tidak ada isyarat dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

dalam Laporan RMT bahawa perhatian diberi kepada sekolah agama. Tetapi

kalau kita lihat dalam Akta Pendidikan yang baru dikemukakan oleh Menteri

dalam sidang ini dan telah diluluskan, sama juga. Ini adalah manifestasi

bagaimana agama itu dilihat tidak penting dalam merancang masa depan

pembangunan negara dan bangsa dan ini adalah pandangan sekular.

Pimpinan UMNO perlu merenung dan merealisasikan pandangan Ketua

Pengarah IKIM itu apabila beliau berkata, “kuasa politik yang ada dalam

UMNO dan semua yang terlibat dalam pentadbiran Islam harus tegas serta

berani mengambil tindakan berkesan”. Soalnya, adakah lagi orang-orang

UMNO yang berminat merenung persoalan ini pada ketika pemikiran mereka

DR.14.5.96

119

diselubungi oleh saham dan tender serta pelbagai projek dan akhir-akhir ini,

kemelut masalah Perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan? Sampai

Ketua Pemuda bertanding, sampai 4 orang. [Disampuk] Ini menggambarkan

perpecahan dalam UMNO.

Presiden dan Timbalan Presiden tidak bertanding, tetapi anak-anak

buahnya disuruh berlaga. Macam mana? Tidak ada logik juga, Tuan Yang di-

Pertua. [Disampuk] Tidak ada demokrasi. Apa demokrasi macam itu?

Demokrasi ini bukan untuk pemimpin sahaja, bukan untuk orang nombor

wahid, number two sahaja! [Disampuk] Tetapi demokrasi ini untuk semua.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Jangan cabar, kalau tak berani

hendak beri penjelasan, Yang Berhormat!

Tuan Yang di-Pertua: Ya, dia tak beri, Yang Berhormat. Partai.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Inilah jenis apa, Tuan Yang di-

Pertua, dia sendiri sudah belasah orang, dia tak berani hendak beri peluang.

Bebal betul!

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Ini bakal menjadi

Menteri Penerangan, insya-Allah, saya doakan. [Ketawa] Memang Yang

Berhormat layak menjadi Menteri Penerangan.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila, sila.

DR.14.5.96

120

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Menggantikan

yang ada sekarang ini. Menteri yang ada sekarang sudah out-of-date, dengan

izin, Tuan Yang di-Pertua. [Disampuk]

Tuan Yang di-Pertua, program Rancangan Malaysia Ketujuh 1996

sehingga 2000 yang dibentangkan di Dewan ini oleh Perdana Menteri tidak

memperlihatkan komitmen kerajaan untuk melaksanakan rancangan

pembangunan seimbang iaitu kebendaan dan kerohanian. Apabila tidak

diperlihatkan komitmen ini, sukarlah untuk sampai kepada matlamat

meninggikan martabat bangsa dan negara.

Kita mencari keredaan Allah S.W.T. seperti yang diucapkan oleh

Perdana Menteri, tetapi pada masa yang sama, RMT iaitu Rancangan Malaysia

Ketujuh ini hampir-hampir tidak mengambil kira aspek kerohanian seolah-olah

aspek ekonomi atau materiallah yang menentukan arah tuju bangsa dan negara

ini. Memanglah pandangan sekular demikian, Tuan Yang di-Pertua.

Malang sungguh, kerajaan tidak juga belajar daripada pengalaman lalu

iaitu Rancangan Malaysia Keenam yang banyak meninggalkan kesan buruk,

khususnya aspek sosial, gejala rasuah yang masih berleluasa, penyelewengan

tokoh-tokoh sektor swasta dan awam, sektor kehakiman yang diragukan - ini

adalah hasil daripada Rancangan Malaysia Keenam. Masalah birokrasi jabatan

dan agensi kerajaan yang melemaskan, disiplin pelajar yang sangat merosot.

Setuju tak, Parit Sulong?

DR.14.5.96

121

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat........Yang Berhormat tanya

dia, dia minta jalan sepatutnya Yang Berhormat beri! [Ketawa][Disampuk]

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Terima kasih,

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Masa dah cukup!

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Yang sangat

merosot! Gejala sosial, dadah dan AIDS menyebabkan lebih daripada RM300

juta diperuntukkan bagi menghadapi masalah yang menjadi mala petaka bangsa

Melayu. Kelahiran ahli korporat rakus sebagaimana yang diucapkan oleh

Timbalan Perdana Menteri, pemusnahan alam sekitar yang berterusan dan

pelbagai kemungkaran lagi adalah manifestasi pengabaian aspek kerohanian

atau agama dalam Rancangan Malaysia Keenam dahulu.

Kini kalu kita meneliti keseluruhan buku tebal RMT itu serta mendengar

ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, nyata kesilapan dan kelemahan

lalu itu tidak cuba dibetulkan dalam mengatur RMT tadi sebab Perdana Menteri

ini dia nampak ke depan, belakang dia tak nampak. Setuju tak, Parit Sulong?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat........Yang Berhormat....

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Sungguh malang

pembentukan insan faktor besar dalam semua perkara tidak diambil kira, Tuan

Yang di-Pertua.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya tak setuju dengan ‘bebal’.

DR.14.5.96

122

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Kita dapat

menangkap kerisauan kerajaan mengenai buruh asing yang kini melimpah ruah

datang mencurah selepas pemimpin negara tidak putus-putus mencanangkan

kesuburan ekonomi negara kita. Dia kempen, ekonomi, makmur, makmur,

seolah-olah dia ajak pendatang asing itu datang dan datang. Seolah-olah

begitu. Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah begitu. Peluang kerja yang

luas.

Sementara itu projek gergasi pula, KLIA, KLCC, Kompleks Sukan

Komanwel di pelbagai tempat serta projek besar lain sedang memerlukan buruh

yang banyak. Apa yang saya difahamkan, ada di antara setengah-setengah

projek itu sekarang dipenuhi dengan buruh-buruh haram, sampai kita hendak

melawat di situ pun tidak boleh. Apabila melawat di situ, ada. Seolah-olah ada

sindiket-sindiket daripada agensi kerajaan juga yang telah melindungi

pendatang-pendatang asing dan pendatang-pendatang haram.

Dalam persoalan ini, saya minta untuk dibuat penyiasatan jika tidak

benar apa yang saya katakan? RMT mencadangkan supaya masalah ini diatasi

dengan penggunaan robot dan automasi di samping tenaga-tenaga suri rumah

yang hendak diambil bekerja. Sebagaimana yang diucapkan oleh PM sendiri,

dia merasa sukacita dari segi prestasinya, wanita tidak kurang dalam menangani

persoalan-persoalan untuk bekerja ini, seolah-olah PM suruh wanita-wanita

DR.14.5.96

123

keluar rumah semua, bekerja bersama-sama dengan lelaki. Tak tahulah apa

hendak jadi selepas daripada ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah

cukup.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Sebab apabila

diarah turun ke padang, semua nanti dia berlaga di tengah-tengah. [Disampuk]

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Minta penjelasan. Penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Masa Yang Berhormat dah cukup, Yang

Berhormat.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Penjelasan boleh tak? Penjelasan.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Boleh.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, dia ini

mengatakan seolah-olah PM ini menyuruh semua wanita keluar bekerja.

Memang betul. Saya hendak tanya, boleh tak Yang Berhormat mengulangi

kenyataan ini di luar menerusi surat khabar Harakah supaya orang-orang yang

menyokong PAS, wanita jangan keluar bekerja, semua duduk di rumah. Saya

hendak tahu reaksi daripada seruan Yang Berhormat kerana nampaknya ini satu

cadangan yang agak bebal juga.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Terima kasih

Yang Berhormat kerana Yang Berhormat berfikiran bebal. Bukan ertinya

DR.14.5.96

124

begitu, kalau untuk mencontohi Eropah, Amerika dan sebagainya, kita tidak

boleh menjadikan wanita-wanita Melayu ini, wanita Malaysia ini sebagai

wanita Eropah. Ini yang kita tidak setuju.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya hendak tanya Yang Berhormat,

adakah Yang Berhormat berani membuat seruan kepada muslimah PAS

supaya mereka jangan keluar bekerja. Saya bertanya bukan masalah yang

dipersoalkan di sini, saya tanya pada prinsipnya......

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat cukup, cukup. Tidak boleh

macam itu!

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Bukan kita tidak

mahu muslimat itu bekerja, ini satu kekeliruan. Kita tidak mahu meletakkan

wanita itu setaraf dengan wanita-wanita yang ada di Eropah. Itu yang kita tidak

mahu.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah, masa Yang Berhormat sudah cukup.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Kita mahu

sebagaimana yang diucapkan oleh Timbalan Perdana Menteri, kita mahu

menjadikan Malaysia ini, membangunkan Malaysia ini menurut acuan kita. Ini

yang kita mahu - acuan kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, baiklah. Lumut.

5.52 ptg.

DR.14.5.96

125

Dr. Yap Yit Thong [Lumut]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan

Rancangan Malaysia Ketujuh di Dewan yang mulia ini pada minggu lepas yang

pada hemat saya begitu komprehensif, pragmatis dan bersifat proaktif.

Peter F. Drucker dalam bukunya ‘Managing for Result’ pernah

menyatakan bahawa pembangunan dalam abad ke-21 tidak lagi berasaskan

bahan mentah sebagai faktor yang dominan sebaliknya adalah berdasarkan

kepada, knowledge worker, dengan izin, pekerja yang berilmu pengetahuan.

Selaras dengan itu rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk meningkatkan

akauntabiliti sektor awam melalui perluasan penggunaan automasi seperti yang

termaktub di dalam dokumen Rancangan Malaysia Ketujuh adalah kena pada

tempatnya.

Dengan peningkatan akauntabiliti sektor awam, saya maksudkan

keupayaan kakitangan awam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap

dan mesra kepada pelanggan terutama sektor swasta dan orang ramai. Hanya

dengan cara yang demikian, sektor awam mampu menterjemahkan dasar-dasar

kerajaan dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan dan seterusnya berfungsi

sebagai engin dalam pertumbuhan ekonomi.

Sejak Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dilaksanakan sebagai

model standard, banyak kemajuan telah dicapai oleh sektor awam. Dalam

DR.14.5.96

126

perkhidmatan yang mengutamakan pelanggan, misalnya, berbagai kemudahan

infrastruktur dan automasi disediakan untuk orang ramai. Statistik

menunjukkan sambutan dari orang ramai adalah amat menggalakkan. Masa

berurusan di JPJ Ipoh misalnya telah berkurangan beberapa kali ganda dari

dahulu, ini menggembirakan orang ramai. Rangkaian Perkhidmatan Awam

(PSN) melalui Pejabat Pos pula mendapat sambutan orang ramai berdasarkan

sejumlah 224,000 lesen memandu diperbaharui pada tahun 1994 dan 301,000

dalam tempoh 6 bulan pertama pada tahun lalu adalah satu lagi contoh yang

menggalakkan.

Tuan Yang di-Pertua, namun demikian, masih terdapat beberapa usaha

yang kritikal perlu dilakukan untuk menjayakan lagi pembaharuan pentadbiran

di sektor awam:

(i) Automasi di sesetengah pejabat terutama Pejabat Pos di

bandar-bandar yang kecil telah menyebabkan kesesakan. Ini

berpunca dari bilangan transaksi yang telah bertambah tanpa

diikuti oleh pertambahan dalam ruang kapasiti pejabat.

Dengan itu saya ingin mencadangkan supaya lebih banyak

kaunter dibuka diikuti dengan sistem pengaliran pekerja yang

teratur, terutama untuk menghadapi, dengan izin, peak time,

di waktu rehat pejabat dan pada hujung minggu di mana

volume urusan lebih tinggi daripada biasa.

DR.14.5.96

127

(ii) Latihan automasi untuk kakitangan awam. Latihan dalam

bidang IT adalah amat perlu sama ada kepada kakitangan baru

mahupun kakitangan yang sedang berkhidmat. Program yang

lama akan, dengan izin, out-dated, dan kakitangan perlu

dilatih untuk menggunakan perisian yang baru.

Membebankan tanggungjawab latihan kakitangan kepada

kerajaan semata-mata adalah tidak munasabah. Oleh itu

program latihan bersama kerajaan dan industri hendaklah

dilipatgandakan pada masa akan datang kerana akhirnya yang

akan mendapat faedah besar dari pembaharuan pentadbiran

kerajaan ialah sektor swasta sendiri.

(iii) Usaha menangani pembaharuan sikap kakitangan awam itu

sendiri. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, kerajaan telah

menggariskan 11 agenda cabaran masa depan. Ini tidak

mudah disahut oleh kakitangan awam jika mereka tidak

mempunyai, dengan izin, mind set, yang baru. Kakitangan

awam mesti didedahkan dengan idea-idea baru, semangat

baru dan motivasi kerja yang tinggi untuk menyahut cabaran

pembangunan abad ke-21. Kerjasama yang erat di antara

kerajaan terutama Institut Tadbiran Awam Negara dengan

Universiti Tempatan dan NGO amatlah penting untuk

DR.14.5.96

128

melicinkan proses, dengan izin, paradigm shift, supaya

kakitangan kerajaan tidak terperangkap dengan kerja routin

yang berlebihan sehingga boleh dijangkiti, dengan izin,

mindedness syndrome.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari isu pembaharuan dalam pentadbiran

awam, saya kira isu yang tidak kurang pentingnya kepada pertumbuhan dan

pembangunan ekonomi ialah perkhidmatan kesihatan yang bermutu dan

mencukupi. Walaupun dewasa ini nisbah bilangan doktor per penduduk masih

lagi belum memuaskan, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk

merapatkan jurang dalam nisbah doktor:penduduk telah menampakkan

hasilnya. Dari nisbah seorang doktor kepada 3,571 penduduk pada tahun 1980,

misalnya, kerajaan telah berjaya merapatkan jurang nisbah tersebut kepada

seorang doktor kepada 2,200 orang penduduk pada tahun 1995 dan seterusnya

dijangka 1 doktor:150 penduduk menjelang tahun 2000.

Tuan Yang di-Pertua, namun demikian, dengan mengambil kira keadilan

lebih kurang 1 juta pekerja asing di negara kita di samping pendatang tanpa izin

yang kini mencecah nisbah 1 pekerja asing ke 2 pendatang tanpa izin, maka

usaha murni kerajaan untuk merapatkan jurang nisbah doktor ke penduduk akan

menemui jalan penyelesaian yang lebih sukar.

Ini seterusnya, menjadikan nisbah doktor per penduduk lebih tinggi dari

yang dilaporkan. Oleh kerana mereka juga bertumpu ke hospital kerajaan

DR.14.5.96

129

membayar RM2 sama seperti orang tempatan untuk setiap rawatan. Ini tidak

syak lagi telah mengakibatkan kesesakan di hospital kerajaan atau lebih tepat

lagi, dengan izin, they are saturating our hospital. Memandangkan mereka ini

diambil bekerja sepenuh masa oleh majikan masing-masing, saya ingin

mencadangkan, supaya setiap majikan yang terlibat bertanggungjawab

sepenuhnya menyediakan skim rawatan kesihatan untuk pekerja mereka melalui

hospital atau klinik swasta daripada hanya semata-mata bergantung kepada kos

rawatan RM2 di hospital kerajaan. Dengan demikian, bolehlah dikurang

kesesakan hospital kerajaan.

Satu lagi aspek merunsingkan berkaitan dengan pekerja asing ini ialah

kemungkinan mereka membawa masuk penyakit-penyakit tropikal seperti TB,

kusta dan lain-lain lagi di mana dalam negara kita dewasa ini penyakit-penyakit

tersebut telah pun semakin pupus.

Di samping itu, tidak dapat disangkal juga kemungkinan penyakit-

penyakit tropikal lain yang lebih merbahaya telah dibawa masuk ke negara ini,

dengan izin, sleeping illness dan stillborn diseases.

Tuan Yang di-Pertua, satu aspek pembangunan kesihatan yang agak

kurang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh ialah langkah

pencegahan dan penyelidikan penyakit mental, dengan izin, psychitaric

illnesses. Adalah dianggarkan dari 10% pesakit yang datang ke klinik dan

hospital swasta adalah mereka yang mengalami gangguan saraf, dengan izin,

DR.14.5.96

130

psychiratic origin. Statistik dijangka akan meningkat pada masa yang akan

datang memandangkan banyaknya, dengan izin, psycho social stress, yang akan

dialami oleh penduduk negara di bawah ekonomi yang sedang berkembang

pesat dan sengit ini.

Oleh itu, adalah diharap kerajaan akan mengambil langkah-langkah

perlu untuk mempromosikan amalan dan gaya hidup yang kurang tekanan

untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan mental sama ada di kalangan pekerja

awam mahupun swasta. Dalam konteks ini, adalah diharap kerajaan akan

meminda dengan izin, Mental Patient Ordinance 1952 kerana akta tersebut

sudah out-dated dan keperluan masa kini.

Perkembangan perindustrian yang pesat telah membawa kepada

pertumbuhan banyak kilang di negara ini. Sehubungan dengan itu, kemalangan

sewaktu bekerja juga telah semakin bertambah.

Oleh itu, adalah sangat wajar, kerajaan memberi perhatian istimewa

kepada pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk

mewujudkan kesedaran dan menanamkan sifat tanggungjawab di kalangan

majikan dan pekerja mengenai perlunya mencegah serta mengurangkan

kemalangan perusahaan.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya ingin membahaskan pentingnya

negara memupuk nilai moral dan etika yang tinggi supaya kemewahan material

dari kejayaan pembangunan ekonomi tidak mengorbankan nilai-nilai murni

DR.14.5.96

131

kehidupan yang menjadi teras kepada kekuatan dan kelangsungan sistem sosial

dan kekeluargaan kita.

Masalah sosial yang merunsingkan kita seperti dadah, lepak, mendera

kanak-kanak, anak-anak gadis remaja yang melarikan diri dari rumah dan

sebagainya, pada hemat saya adalah berpunca antara lainnya dari rumahtangga

yang porak peranda dan kadar penghijrahan yang tinggi dari desa ke bandar,

pengalaman dari sejarah telah menunjukkan jika arus keruntuhan nilai akhlak

dan etika ini tidak dibendung dengan berkesan, sesebuah masyarakat itu

walaupun sekuat tamadun Byzentine, tamadun Romani ataupun tamadun

Automan, pasti akan terjerumus ke dalam anomi atau disebut, dengan izin,

morale decadence society. Kita tidak ingin peristiwa ini menimpa masyarakat

di Malaysia terutama ke atas generasi muda kita yang merupakan bakal

pemimpin pada masa yang akan datang.

Oleh itu, marilah kita rakyat Malaysia berganding bahu dan bekerjasama

membanteraskan gejala sosial ini tanpa jemu dengan menunaikan

tanggungjawab yang diamanahkan ke atas diri kita masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Johor Bahru.

6.07 ptg.

Tuan Mohamed Khaled bin Nordin [Johor Bahru]: Tuan Yang di-

Pertua, saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana diberi peluang untuk turut

DR.14.5.96

132

serta dalam perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Ketujuh yang telah

dibentangkan kelmarin.

Saya percaya, semua rakyat Malaysia memang menantikan rancangan ini

memandangkan ia merupakan usaha berterusan kerajaan untuk

mempertingkatkan kedudukan negara supaya dapat menjadi sebuah negara

maju akhirnya, di samping persediaan bersama dalam menghadapi abad ke-21

yang menjelang tiba.

Tuan Yang di-Pertua, tidak banyak negara di dunia ini yang mempunyai

dasar ekonomi seperti yang diamalkan oleh negara kita yang cuba

menyeimbangkan pembangunan dan mengagihkan pendapatan. Lebih-lebih

lagi bagi negara yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas yang mana

pengamalan sistem seperti itu secara total akan menyebabkan yang kaya

semakin kaya dan miskin terus miskin.

Kita mengalu-alukan penerusan konsep pembangunan seimbang yang

menjadi teras Dasar Pembangunan Nasional dalam Rancangan Malaysia

Ketujuh ini kerana kita tidak mahu dalam keadaan negara kita maju dan

membangun, hanya segelintir masyarakat sahaja yang mendapat nikmatnya.

Atas sebab itulah, kita menyokong usaha kerajaan dalam melahirkan pelbagai

usaha untuk mengagihkan pendapatan dan mengurangkan isirumah mereka

yang miskin.

DR.14.5.96

133

Kita mahu dalam keadaan negara dimajukan, kebahagiaannya dapat

dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Kita harus mengambil berat mengenai

perkara ini kerana kadang kala dalam keghairahan kita mengejar

pembangunan, matlamat pembangunan seimbang ini telah kita kesampingkan

dan tidak kita laksanakan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, yang perlu diseimbang bukan

sahaja pembangunan material dan spiritual tetapi juga diseimbang antara

nikmat yang boleh disalurkan kepelbagai kaum dalam negara kita pada hari ini.

Atas sebab itulah di negara kita sudah menjadi penerimaan terhadap usaha

untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Walaupun banyak kemajuan telah kita capai dalam usaha untuk melahirkan

masyarakat tersebut, ada beberapa perkara yang perlu kita berikan tumpuan di

samping kita mengatasi dan memperbaiki beberapa kelemahan yang terdapat

dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Walaupun hari ini sudah ada

beberapa usahawan bumiputera yang mendapat projek-projek besar tetapi itu

tidaklah boleh dijadikan sebagai contoh bahawa kita sudah berjaya. Walaupun

mungkin nilai projek mereka besar, tetapi dari segi jumlah bumiputera yang

terlibat saiznya masih lagi kecil.

Apabila kita sebut masyarakat, tentunya kita mentakrifkan satu jumlah

yang banyak anggotanya di samping latar belakang anggotanya yang pelbagai.

Oleh itu, jika kita mahu melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian

DR.14.5.96

134

bumiputera kita hendaklah tentukan penglibatan seberapa ramai bumiputera

dalam peluang-peluang perniagaan dan tidak ditumpukan kepada segelintir

bumiputera sahaja. Di samping itu kita hendaklah menentukan supaya

bumiputera turut terlibat dalam setiap sektor ekonomi negara dan dalam setiap

lapisan alam perniagaan dan perdagangan. Ini bermakna kerajaan perlulah

menentukan supaya bumiputera turut terlibat dalam bidang industri,

telekomunikasi, pengangkutan udara, laut dan darat sehinggalah yang sekecil-

kecilnya seperti kedai runcit dan lain-lain lagi.

Kita mesti ada penglibatan bumiputera yang bermakna dalam setiap

aktiviti perniagaan dan perdagangan di peringkat bawah, menengah dan juga

tinggi. Jika ini dapat dihasilkan, maka barulah kita kata bahawa kita telah

berjaya mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera

yang sebenarnya. Atas sebab itulah saya percaya, mengapa Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia

Keenam beberapa tahun yang lalu telah menyarankan supaya dapat dilahirkan

juga bumiputera yang terlibat dalam perniagaan runcit, satu aktiviti perniagaan

di peringkat yang paling rendah. Saya ingin tahu dari kerajaan, dalam masa

lima tahun yang lepas sejauh mana usaha untuk melahirkan bumiputera yang

terlibat dalam perniagaan runcit ini telah dapat dijayakan. Kita harus

menyedari bahawa kekuatan masyarakat usahawan bumiputera bergantung

kepada penglibatan mereka dalam segenap lapisan ekonomi negara. Ini

DR.14.5.96

135

termasuklah penglibatan bumiputera dalam sektor penjajaan yang kita tidak

boleh pandang ringan.

Dalam hal ini kita dapati terdapatnya kelemahan beberapa pihak

berkuasa tempatan dalam usaha untuk membantu golongan penjaja. Selain

daripada kekerapan tindakan merobohkan warung, tidak begitu banyak usaha

dilakukan untuk memperbanyakkan tapak gerai dan juga pusat penjaja.

Tuan Yang di-Pertua, memang kita sokong sebarang usaha oleh pihak

berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan kebersihan dan pengawalan lalu

lintas. Tentunya yang termudah menguatkuasakan perkara ini ialah dengan

menutup warung, pasar malam ataupun kawasan penjajaan. Ini hanya patut

dilakukan jika tempat alternatif untuk mereka meneruskan perniagaan sudah

disediakan. Tetapi, dalam banyak keadaan ini tidak berlaku. Tindakan diambil

tanpa membuat perkiraan bagaimana peniaga yang terlibat perlu meneruskan

usaha mereka untuk mencari rezeki. Walau pun pada hari ini bandar-bandar

dalam negara kita menyaksikan pertambahan bangunan-bangunan pejabat dan

pusat membeli belah yang menyediakan juga ruang untuk golongan peniaga ini

tetapi rata-rata sewa di tempat ini adalah terlalu tinggi. Tentunya kos menyewa

yang tinggi akan dipindahkan kepada pengguna dan akhirnya tempat-tempat ini

tidak akan dikunjungi dan mereka yang berniaga di sana akan menutup

perniagaan mereka. Maka, akan terus tumbuhlah warung-warung haram yang

terus popular menjadi tempat yang dikunjungi oleh rakyat terbanyak dan

DR.14.5.96

136

masalah berbangkit dari kewujudan warung dan tapak penjaja yang tidak teratur

seperti kekotoran dan kesesakan bandar akan terus wujud.

Oleh itu saya berharap dalam hal ini kerajaan dapat menambah dan

membantu pihak berkuasa tempatan yang memerlukan peruntukan bagi

membina lebih banyak lagi tapak-tapak penjaja dan gerai. Hari ini jumlah yang

disalurkan adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan keperluan yang

sebenar.

Satu daripada usaha kerajaan membantu bumiputera dalam sektor

korporat ialah melalui peruntukan saham. Hari ini kita perlu memandang berat

dan memberikan perhatian terhadap penjualan-penjualan saham yang telah

diperuntukkan itu hingga pegangan ekuiti bumiputera dalam sektor ini

berkurangan. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya dapat

diwujudkan tabung bagi pembelian ekuiti ini yang hendak dijual oleh

bumiputera sebagaimana kerajaan menubuhkan tabung rumah kos rendah,

tabung makanan dan lain-lain lagi. Ini bagi menentukan ekuiti bumiputera

dalam syarikat-syarikat tertentu tidak terjejas dan saham tersebut boleh dijual

semula kepada mana-mana bumiputera yang berminat dan mempunyai

kemampuan untuk membelinya.

Tuan Yang di-Pertua, usaha menggalakan pertumbuhan ekonomi negara

bergantung kepada penglibatan pihak swasta. Ini telah dilakukan melalui dasar

penswastaan. Kita bersyukur kerana kita sudah nampak keberkesanannya

DR.14.5.96

137

lebih-lebih lagi projek penswastaan yang diuruskan oleh Kerajaan Pusat yang

mana kita nampak ianya dilakukan berasaskan kepada beberapa strategi iaitu

antara lain mengurangkan perbelanjaan kerajaan, projek tersebut memang

diperlukan oleh rakyat, penswastaan tersebut meningkatkan keupayaan rakyat

memperolehi teknologi baru dan kepakaran, memberi perkhidmatan secara

lebih berkesan dan penswastaan tersebut dapat meningkatkan penyertaan

bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

Malangnya kita dapat lihat walau pun kerajaan negeri juga menerima

konsep penswastaan dalam strategi membangunkan negeri, ada projek-projek

yang tidak mengikut asas-asas yang dipakai oleh Kerajaan Pusat. Atas sebab

itu kita dapat lihat sebahagian projek penswastaan kerajaan negeri berasaskan

kepada pembinaan kondominium dan apartment walhal kondominium dan

apartment tersebut bukanlah keperluan untuk rakyat jelata. Apatah lagi, jika

yang diswastakan melibatkan tanah yang ditukarkan daripada rezab Melayu

seperti yang pernah berlaku di Johor Bahru dan yang hendak dibina atas tanah

tersebut bukannya rumah kos rendah atau ruang perniagaan yang dalam

kemampuan orang-orang Melayu atau orang tempatan boleh beli tetapi untuk

dibina kondominium dan rumah kedai yang harganya hanya mampu dibeli oleh

warga negara asing.

Saya ingin tahu daripada Kementerian Tanah dan Pembangunan

Koperasi kerana Menterinya pernah membuat kenyataan mengenai tanah rezab

DR.14.5.96

138

Melayu beberapa tahun yang lalu mengenai status dan kedudukan tanah-tanah

rezab Melayu pada hari ini di seluruh negara mengikut negeri-negeri dan

perubahan-perubahan yang berlaku ke atasnya.

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kita mengalu-alukan usaha

berterusan yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan defisit

imbangan pembayaran atau defisit akaun negara khususnya dalam akaun

perkhidmatan. Seperti yang kita semua sedia maklum, defisit ini sebahagian

besarnya adalah disebabkan bayaran keluar bersih keuntungan dan dividen serta

pembayaran tambang dan insurans yang tinggi. Dalam hal ini kerajaan perlu

melihat pelaburan yang dibuat oleh rakyat asing. Jika sesuatu pelaburan itu

tidak melibatkan pemindahan teknologi misalnya seperti pembangunan

hartanah, maka kita tidak perlu menarik pelaburan rakyat asing. Bagi pelaburan

yang lain sudah sampai masanya kita menentukan penglibatan pelabur tempatan

yang betul-betul tulen. Kita perlu menahan keuntungan seratus peratus

daripada mengalir keluar daripada negara kita.

Pada tahun-tahun 80-an, kita benarkan pelaburan seratus peratus ini

kerana ekonomi negara meleset. Melalui pelaburan ini rakyat menikmati

peluang pekerjaan tetapi sekarang oleh kerana peluang pekerjaan bukan lagi

matlamat negara, maka kita perlu syaratkan supaya setiap pelaburan mesti

mempunyai rakan kongsi tempatan supaya sekurang-kurangnya tidak semua

dividen mengalir keluar dari negara kita.

DR.14.5.96

139

Selain daripada itu hendaklah kita tentukan bahawa segala perkhidmatan

yang diperlukan oleh syarikat warga asing ini yang melabur dalam negara kita

menggunakan perkhidmatan tempatan. Kalau hari ini kita mahu banyakkan

komponen tempatan dalam barangan yang dikeluarkan oleh industri kita, kita

juga mahu industri pelabur asing yang ditempatkan dalam negara kita

memaksimumkan penggunaan perkhidmatan tempatan seperti pengangkutan,

pinjaman bank, urusan guaman dan sebagainya.

Saya menyarankan demikian kerana terdapatnya industri asing

khususnya yang terletak di Johor Bahru langsung tidak membuat urusan

perdagangan barangan keluaran industri mereka di Johor Bahru. Semua urusan

jual beli, eksport, kewangan mahupun kontrak dibuat melalui ibu pejabat atau

pejabat pemasaran yang terletak di Singapura. Kilang atau industri yang dibuka

di Johor Bahru adalah diibaratkan sebagai ‘back yard’ ataupun tempat

pengeluaran dan simpanan barangan sahaja.

Sudah sampai masanya kita sendiri menentukan penjualan dan

pengeksportan barangan kita. Kerana kita tidak melakukan itu, maka tidak

hairanlah mengapa kita dapat melihat eksport barangan kita ke Singapura

begitu tinggi. Perkara ini sudah begitu lama kita biarkan. Lima tahun dahulu

kita lihat negara Singapura memainkan peranan utama mengimport dan

seterusnya mengedarkan barangan kita di merata dunia. Eksport negara ke

Singapura pada tahun 1990 melebihi semua negara yang berdagang dengan

kita. Pada tahun lepas eksport kita ke Singapura melebihi eksport ke lain-lain

negara ASEAN mahupun Kesatuan Eropah, Jepun dan negara-negara lain di

dunia. Hanya eksport negara ke Amerika melebihi sedikit daripada Singapura.

DR.14.5.96

140

Tuan Yang di-Pertua, memang tidak salah barangan kita diimport oleh

negara Singapura, dan kemudian dipasarkan ke destinasi lain dalam dunia,

kerana memang setiap barangan kita perlu dijual. Tetapi kalau kita melakukan

tanggungjawab mengeksport barangan kita sendiri, bukan sahaja kita akan

menggunakan perkhidmatan tempatan, tetapi kita boleh membantu

mengembangkan industri perkhidmatan kita yang hari ini belum lagi mantap.

Eksport tanpa menggunakan perkhidmatan tempatan tidak memberi manfaat

yang maksimum kepada negara dan hanya dengan industri perkhidmatan yang

kukuh akan membantu usaha menambah eksport barangan keluaran negara dan

seterusnya membantu mengurangkan defisit negara.

Kalau kita mengambil jalan mudah membenarkan negara lain

mengedarkan barangan kita, barangan kita masih juga dieksport, tetapi kita

tidak memajukan dan membesarkan industri perkhidmatan kita. Ini akan

menghalang usaha-usaha kerajaan seperti penggunaan yang lebih besar

pelabuhan-pelabuhan Malaysia, perkapalan, insurans dan sebagainya daripada

terus berkembang dan maju. Atas sebab itulah hari ini, walaupun kita ada

Tabung Perkapalan misalnya, mereka yang terlibat dalam industri

pengangkutan laut ini masih tidak membanggakan. Dan jika ini berterusan,

bagaimana kita hendak menggalakkan eksport berasaskan kos, insurans dan

tambang (c.i.f.) dengan izin, dan import yang berasaskan percuma atas kapal

(f.o.b).

DR.14.5.96

141

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, jika kita kukuh dan kuat dalam

sketor perkhidmatan, tentu mudah kita menyambut kenyataan Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri yang mahu negara kita menjadi pusat import dan

eksport dunia ketiga. Melihat kepada kegigihan Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri dalam memperkenalkan negara dan menjalinkan perhubungan

yang baik dan rapat dengan negara dunia ketiga, saya percaya Malaysia sebagai

pusat import dan eksport ini boleh direalisasikan. Dan bagi membantu kita bagi

merealisasikan matlamat ini, kita juga perlukan pegawai-pegawai luar termasuk

daripada Wisma Putra yang mesti memahami dan mempunyai pengetahuan

perdagangan dan juga perniagaan. Saya berpendapat tanggungjawab Wisma

Putra sudah tidak boleh diasaskan kepada politik dan perhubungan antara

negara semata-mata. Hari ini perhubungan antara negara dalam dunia banyak

berkisar kepada soal-soal perdagangan. Mungkin sudah sampai masanya

supaya soal perdagangan antarabangsa dan promosinya dimainkan juga oleh

Wisma Putra.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu sebab yang menyumbang kepada

keadaan defisit negara ialah kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang

melancong ke luar negara. Ini termasuklah jumlah rakyat Malaysia yang

semakin ramai berkemampuan, misalnya untuk mengerjakan ibadah Umrah.

Dalam hal ini, saya berpendapat selain daripada MAS, kerajaan menggalakkan

penerbangan charter yang diusahakan oleh syarikat penerbangan tempatan.

DR.14.5.96

142

Saya difahamkan pada tahun yang lepas, jumlah pengguna MAS bagi

mengerjakan ibadah Umrah ini ialah seramai 30,000 orang. Di samping itu,

yang menggunakan penerbangan syarikat lain, SAUDIA, seramai 20,000

penumpang. Jadi, tentunya kalau kita membenarkan syarikat penerbangan lain

yang telah diberikan lesen dalam negara kita untuk membuat penerbangan

charter, negara akan dapat menjimatkan banyak wang daripada mengalir keluar

daripada negara kita pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, sektor pelancongan merupakan juga satu sektor

yang diberikan perhatian oleh kerajaan dalam usaha untuk mengatasi masalah

defisit negara. Melalui sektor ini, yang diharapkan ialah setiap pelancong yang

mengunjungi negara kita membelanjakan wang mereka. Masalah timbul

apabila ramai pelancong masuk, tetapi mereka tidak berbelanja langsung.

Inilah yang disebut sebagai ‘pelancong Coca Cola’. Baru-baru ini di mana

ramai pelancong yang masuk ke Johor Bahru melalui Singapura membawa

bekal setin Coca Cola dan selepas beberapa jam di Johor Bahru, mereka pulang

ke Singapura tanpa berbelanja apa-apa. Kehadiran mereka yang ramai

menyeberangi Tambak Johor, iaitu tidak kurang daripada 100 bas pelancong

setiap hari, tidak mendatangkan hasil kepada negara seperti yang diharapkan.

Malahan merekalah yang menyumbang kepada kesesakan di Tambak Johor dan

Bandaraya Johor Bahru.

DR.14.5.96

143

Kerajaan perlu mengambil tindakan mengatasi perkara ini, dan mungkin

tidak memadai hanya dengan cadangan untuk mengenakan levi kepada

pengunjung sebegini. Jika pun levi dikenakan seperti yang disarankan oleh

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan baru-baru ini, soalnya

siapakah yang akan mendapat hasilnya. Adakah Kerajaan Pusat ataupun PLUS

ataupun Majlis Bandaraya Johor Bahru? Saya bersetuju jika kutipan dibuat

oleh Majlis Bandaraya seperti yang saya pernah sarankan dahulu dalam

Parlimen ini, dan ia meliputi semua kenderaan yang masuk ke Johor Bahru. Ini

bertujuan untuk membantu membayar kos penyelenggaraan jalan dan

penyediaan tempat letak kereta kerana kemudahan-kemudahan tersebut banyak

digunakan oleh kenderaan yang datangnya daripada Singapura. Tetapi usaha

untuk mengatasi masalah pengunjung yang masuk ke Johor Bahru tidak

berbelanja, tidak boleh berhenti setakat dengan mengenakan levi sahaja.

Soal levi, jika hendak dikenakan merupakan jalan mudah dan singkat

dalam usaha mengatasi perkara ini. Mungkin yang perlu difikirkan ialah

produk pelancongan yang benar-benar kukuh dan boleh menarik pelancong

untuk lama tinggal di Johor Bahru. Inilah yang telah diabaikan selama

beberapa tahun yang lepas. Kita telah tidak mengeksploit kedudukan kita yang

menjadi pintu masuk utama dalam negara. Yang kita pentingkan hanya

menambah bilangan bilik hotel. Hotel memang perlu, tetapi itu bukan sebabnya

mereka tertarik datang ke negara kita.

DR.14.5.96

144

Satu perkara dalam hal ini yang perlu kita perbaiki ialah kesemua

kemasukan pelancong yang menggunakan Tambak Johor menggunakan

syarikat pelancong dan tour operator, dengan izin, pemandu pelancong asing.

Secara puratanya, seseorang pelancong membayar S$40 ke S$60 untuk melihat

Johor Bahru dalam masa lebih kurang tiga jam. Daripada jumlah yang dibayar

itu, S$40 sehingga S$60 jika pakej itu tidak termasuk makan di Johor Bahru,

maka keseluruhan wang yang dibayar itu dinikmati sepenuhnya oleh syarikat

pelancong asing. Dan kerana pemandu pelancong juga bukan orang tempatan,

maka kadangkala mereka memainkan peranan tidak menggalakkan pelancong-

pelancong berbelanja di tempat-tempat persinggahan dalam kunjungan mereka.

Perkara ini mesti diatasi oleh pihak kerajaan, khususnya Kementerian

Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan kita. Kerajaan perlu menetapkan

supaya ada penglibatan syarikat tempatan di dalam pengendalian kemasukan

pelancong yang diuruskan oleh syarikat pelancong asing. Dan hendaklah juga

ditentukan supaya apabila kumpulan pelancong ini masuk ke negara kita, yang

mengiringi mereka ialah pemandu-pemandu pelancong daripada negara kita

sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah

cukup.

Tuan Mohamed Khaled bin Nordin: Satu para sahaja. Satu minit

sahaja.

DR.14.5.96

145

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Mohamed Khaled bin Nordin: Jadi, akhirnya, Tuan Yang di-

Pertua, saya ingin kemukakan satu soal yang juga boleh membantu negara

dalam mengatasi masalah defisit ini, iaitu bersabit dengan penggunaan

pengangkutan awam, khususnya antara Singapura dan Malaysia. Bertahun-

tahun lamanya kita dapati hanya bas Singapura yang mengangkut dan

membawa penumpang berulang-alik menyeberangi Tambak Johor. Saya

berharap kerajaan segera mengubah keadaan ini dengan menentukan pengusaha

bas tempatan juga diberikan lesen dan kebenaran untuk membawa penumpang

yang menyeberangi Tambak Johor setiap hari. Sekian, terima kaih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Hari ini sudah cukup masa Ahli-ahli Yang

Berhormat, ya. Saya rasa ada dua hari lagi cukup untuk Ahli-ahli Yang

Berhormat berucap. Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduklah, jam sudah 6.30

ya. [Ketawa]

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30

petang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.

DR.14.5.96

146