Badan Eksekutif

28
Badan Eksekutif : Kabinet Bro Megat Bro Jebat

Transcript of Badan Eksekutif

Badan Eksekutif : Kabinet

Bro MegatBro Jebat

Yang di-Pertuan Agong Perdana Menteri Jemaah Menteri Kementerian Agensi agensi Kerajaan Perbadanan Awam Suruhanjaya Majlis

Struktur Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan

o Kerajaaan malaysia mengamalkan sistem pentadbiran dan doktrin pengasingan kuasa

o Doktrin pengasingan kuasa terbahagi kepada tiga badan

o Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga tiga buah kuasa tersebut

o Pengasingan kuasa bertujuan untuk :-i. Melindungi hak seseorang ii.Mengelakkan penyalahgunaan kuasa iii.Menjamin kecekapan pentadbiran

Sistem Pentadbiran Kerajaaan persekutuan

• Melaksanakan undang-undang dan pentadbiran

Badan Eksekutif

• Mentafsirkan undang-undang• Dibahagikan kepada makhamah atasan ,makhamah rendah ,dan makhamah khas

Badan Kehakiman

• Menggubal ,meminda dan meluluskan undang-undang

• Merujuk kepada parlimen dan dewan undangan negeri

Badan Perundangan

KABINET

Dianggotai oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri lain

Anggota kabinet dilantik oleh YDPA i. YDPA melantik dahulu Perdana Menteri daripada

anggota dewan rakyat menurut budi bicara baginda .

ii.Melantik menteri menteri lain atas nasihat Perdana Menteri

Kabinet merupakan badan penggubal dasar kerajaan persekutuan

Kabinet melaksanakan kuasa eksekutif kerajaan Persekutuan atas nama YDPA .

Bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen

Apakah Itu Kabinet ???

Mentadbir kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yg terdapat dalam senarai persekutuan .

Menggubal dasar kerajaaan Memperincikan dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat .

Membentuk dasar koordinasi yang bertujuan untuk membina kerajaan yang cekap dan efektif

Menangani sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat .

Tugas-Tugas Kabinet

Saraan anggota kabinet dan timbalan menteri ditetapkan oleh parlimen

Saraan anggota kabinet dan timbalan menteri ditanggung oleh kumpulan Wang Persekutuan Disatukan

Saraan Anggota Kabinet

Menyimpan segala hasil dan wang yang diterima oleh kerajaan persekutuan .

Pembayaran untuk saraaan dan gaji pegawai kerajaan serta perbelanjaan kerajaan .

Menanggung segala pencen ,pampasan dan ganjaran yang ditanggung oleh kerajaan Persekutuan serta segala hutang yang dipertanggungjawab kepada kerajaan Persekutuan .

Kelulusan parlimen diperlukan sekiranya ingin mengeluarkan perbelanjaan tambahan daripada kumpulan wang ini .

Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan

Dilantik oleh YDPA mengikut budi bicara baginda serta syarat-syarat tertentu .i. Mestilah seorang anggota Dewan Rakyat .ii.Mestilah mendapat majoriti kepercayaan ahli

Dewan Rakyat iii.Kewarganegaraan PM mesti diperoleh melalui kuat

kuasa undang undang . Ketua kerajaan dan mempengerusikan kabinet Ketua eksekutif negara dan melaksanakan kuasa eksekutif sementara kuasa eksekutif dipegang oleh YDPA sebagai ketua negara

Perdana Menteri

Menjadi penasihat kepada Yang di Pertuan Agong

Menamakan senarai Menteri Kabinet untuk dilantik oleh YDPA .

Menyelaras dan membuat keputusan tentang semua dasar kerajaan .

Menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa dan dalam negara .

Bermohon kepada YDPA untuk membubarkan Parlimen apabila sampai tempohnya .

Tugas-Tugas Perdana Menteri

Boleh dilakukan melalui usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri oleh sebilangan besar ahli Dewan Rakyat .

Dewan Rakyat meluluskan usul tidak percaya itu ,Perdana Menteri mempunyai dua pilihan iaitu :-a. Meletakkan jawatan b. Bermohon kepada YDPA supaya membubarkan Parlimen

untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan .

Pemecatan Perdana Menteri

Timbalan Perdana Menteri

Jawatan Timbalan perdana Menteri tidak diperuntukkan dalam perlembagaan Persekutuan .

Jawatan ini diwujudkan sejak kemerdekaan .

Memegang portfolio (tugas/tanggungjawab) menteri yang lain

Menjalankan tugas-tugas perdana menteri ketika perdana menteri berada diluar negara atau keuzuran .

Timbalan perdana menteri tidak secara automatik menjadi perdana menteri jika perdana menterii meninggal dunia ,

Mesti mendapatkan kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Rakyat sebelum boleh dilantik sebagai perdana menteri .

Boleh terdiri daripada ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara .

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri .

Memegang portfolio sesebuah kementerian dan dibantu oleh timbalannya .

Merupakan anggota Kabinet . Boleh dilucutkan dari jawatannya oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri tanpa diberikan sebab .

Menteri

Setiausaha parlimen sesebuah kementerian dilantik oleh PM .

Setiausaha parlimen sesebuah kementerian boleh terdiri daripada ahli dewan rakyat atau ahli dewan negara .

Boleh meletakkan jawatannya pada bila bila masa dan pelantikannya boleh dibatalkan oleh PM pada bila bila masa .

Membantu menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri menjalankan kewajipan dan tugas mereka

Mengangkat sumpah rahsia di hadapan PM Saraan setiausaha parlimen ditanggung oleh Parlimen

Setiausaha Parlimen

Dilantik oleh Perdana Menteri . Tidak semestinya ahli dewan rakyat atau ahli dewan negara .

Boleh meletakkan jawatannya pada bila bila masa dan perlantikannya boleh dibatalkan oleh PM pada bila bila masa .

Hendaklah mengangkat sumpah dan menandatangani sumpah rahsia dihadapan PM .

Kewajiban dan tugas setiausaha politik ditetapkan oleh kabinet

Saraan setiausaha politik juga ditetapkan oleh kabinet .

Setiausaha Politik

Diadakan sekali seminggu, biasanya pada hari Rabu, bertempat di Jabatan Perdana Menteri.

Isu-isu penting dibincangkan, kemudian keputusan diambil.

Minit mesyuarat adalah rahsia dan dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Selepas mesyuarat, Perdana Menteri atau wakil beliau akan mengadakan sidang akhbar untuk memaklumi keputusan mesyuarat.

Mesyuarat Kabinet

Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan. Dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.

Penasihat utama Perdana Menteri dalam hal-hal tentang pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Mengeluarkan surat arahan keputusan Mesyuarat Kabinet.

Menasihati, berkaitan hal-hal perkhidmatan awam.

Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara .

Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Untuk menyelaraskan pentadbiran awam pusat dan negeri.

Ketua Setiausaha Negara

Membantu Kabinet dalam pelaksanaan tugas-tugas tertentu. Terdiri daripada Jawatankuasa Tetap dan Jawatankuasa Khas Kabinet yang berbentuk sementara.

Antara jawatankuasa : Jawatankuasa Kabinet mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Jawatankuasa Kabinet mengenai Kewarganegaraan Jawatankuasa Kabinet mengenai Perpaduan Negara Jawatankuasa Kabinet mengenai Penyelewengan dalam Pentadbiran

Jawatankuasa Kabinet mengenai Keselamatan Jalan Raya Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembanterasan Najis Dadah Jawatankuasa Kabinet mengenai Khidmat Negara

Jawatankuasa Kabinet

Majlis Perancangan Negara Majlis Tindakan Negara Majlis Keselamatan Negara Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) Majlis Khidmat Negara

Jawatankuasa Perancangan

Pembangunan Negara

Merancang program-program pembangunan ekonomi negara.

Dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dan dianggotai beberapa orang menteri kanan.

Dibantu oleh Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara dan Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Meneliti, mengkaji, dan merancang projek ekonomi seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Majlis Perancangan Negara

Menyelaraskan pelaksanaan semua program dan projek pembangunan.

Dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dan dianggotai oleh beberapa orang menteri kanan.

Dibantu oleh agensi kerajaan seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Majlis Tindakan Negara

Ditubuhkan pada tahun 1971 Menyelaraskan dasar-dasar berkaitan dengan keselamatan negara.

Dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dan dianggotai oleh beberapa orang menteri kanan.

Dibantu oleh agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, dan Angkatan Tentera Malaysia.

Dijalankan oleh Bahagian Keselamatan Negara.

Majlis Keselamatan Negara

Ditubuhkan pada awal tahun 1998 untuk membantu kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi.

Dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan beberapa orang menteri kanan.

Merangka dasar dan melaksanakan strategi untuk :

Memulihkan keyakinan orang ramai dan pelabur. Memastikan negara tidak dilanda kegawatan ekonomi.

Memulihkan ekonomi negara. Memperkukuhkan asas ekonomi negara.

Majlis Tindakan Ekonomi Negara

Ditubuhkan pada tahun 2009 untuk menasihati kerajaan dalam pembentukan model baharu ekonomi negara.

Selaras dengan strategi untuk melonjakkan status ekonomi negara.

Dipengerusikan oleh pakar ekonomi bertaraf menteri dan dianggotai oleh beberapa orang pakar ekonomi.

MPEN akan memberikan laporannya terus kepada Perdana Menteri.

Majlis Penasihat Ekonomi Negara

Ditubuhkan pada tahun 2003. Untuk mengurus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)Objektif Program Latihan Khidmat Negara(PLKN): Menyemaikan semangat patriotik dan cinta akan

negara. Mengeratkan perpaduan masyarakat Malaysia yang

berbilang kaum. Membentuk perwatakan positif dan sifat kepimpinan

dalam kalangan generasi muda. Menyemarakkan semangat kesukarelaan untuk berjasa

kepada negara. Mengutamakan semangat muhibah dalam semua aktiviti.

Majlis Khidmat Negara

Nyatakan tiga badan dalam sistem pemerintahan Kerajaan Malaysia.

Apakah dua kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri.

Nyatakan dua tindakan yang boleh diambil oleh Perdana Menteri sekiranya beliau hilang sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

UJI MINDA ANDA

Badan eksekutif,badan kehakiman dan badan perundangan.

Seorang anggota Dewan Rakyat, mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.

Meletakkan jawatan, bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan.

SKEMA JAWAPAN