01 Kulit Modul - Copy

89
MODUL PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN PKB 3107 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Transcript of 01 Kulit Modul - Copy

MODUL PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

PKB 3107

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI

KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara sertamenyanjung warisan kebudayaan negara, menjaminperkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakatyang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Dis. 2010Kementerian Pelajaran Malaysia

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Disember 2010

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikanyang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkansesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apajuga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secaraelektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lainsebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor InstitutPendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cetakan November 2010Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANGBERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIANPELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Falsafah Pendidikan KebangsaanFalsafah Pendidikan GuruKata-Alu-aluan Rektor

iiiiii

Panduan Pelajar ivPengenalanAgihan Tajuk (Interaksi dan

Modul)

vivii

Tajuk 1 Kemahiran Jahitan1.0 Sinopsis

1.1 Hasil Pembelajaran

1.2 Kerangka Tajuk

1.3 Pengenalan

1.4 Alatan Jahitan

1.5 Jenis Jahitan

Tajuk 2 Kemahiran Berkebun

111124

131314

KANDUNGAN MUKA SURAT

2.0 Sinopsis2.1 Hasil Pembelajaran2.2 Kerangka Tajuk2.3 Pengenalan2.4 Alatan Perkebunan2.5 Prosedur Keselamatan Penggunaan Alatan2.6 Jenis Tanaman2.7 Pengenalan Analisis Tugasan2.8 Menanam Tanaman

Tajuk 3 Kemahiran Memelihara Haiwan

3.0 Sinopsis3.1 Hasil Pembelajaran3.2 Kerangka Tajuk3.3 Pengenalan3.4 Jenis-Jenis Haiwan3.5 Pemeliharaan Haiwan3.6 Penternakan Ayam3.7 Pemeliharaan Kucing3.8 Rumusan

141517192225

393939404041435260

Bibliografi 61 Panel Penulis Modul 62

Ikon Modul 63

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajarananda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembalisemula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya.Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini.Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corakpembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajarananda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajarankendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat

PANDUAN PELAJAR

melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukanhendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan iabukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatutajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajarankendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untukmembantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari ataumembuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada diantara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yangtiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika andaberbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatunota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jaminteraksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakanuntuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda bolehberbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jikaterdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatiananda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhirkursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila andamendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akandikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan bukudan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila andapergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiripembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelahmembaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahanrujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengirasasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahamipembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepadaanda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpanbahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Pengenalan

Modul Kursus Kod 3107 Kemahiran Asas Untuk Berdikari (KAUB)

melibatkan teori dan amali dalam pengajaran dan pembelajaran.

(Sila rujuk Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi tiga tajuk iaitu

Tajuk 1 – Kemahiran Jahitan (Topik 5 Bahagian Amali dalam

proforma), Tajuk 2 – Kemahiran Berkebun (Topik 7 Bahagian Amali

dalam proforma), Tajuk 3 – Kemahiran Memelihara Haiwan (Topik 8

Bahagian Amali dalam proforma).

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk

pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan

yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut

termasuk analisis peranan guru Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran bagi matapelajaran Kemahiran Hidup berdasarkan

pengalaman pelajar di sekolah membuat aktiviti amali. Setiap

tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap

topik yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing

dengan persoalan-persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang

berkaitan.

Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang

ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah

dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai

memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar

dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga

digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat

lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

AGIHAN TAJUK

Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan

Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka

Kod & Nama Kursus: PKB 3107 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 /

30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk

untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )

Bil. Tajuk/Topik

InteraksiBersemuka

(jam)

Modul(jam)

JumlahJam

1 Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk berdikari (KAUB). Konsep dan definisi KAUB- Kemahiran Urus Diri

- Kemahiran Pra Vokasional

Kepentingan KAUB kepada murid-murid bermasalah pembelajaran.

Teori-teori pembelajaran KAUB.

- Teori Psikososial - Teori Behavioris - Teori Pembelajaran Sosial Kepentingan analisis tugasan

dalam KAUB.

6 jam 6 jam

2 Peraturan dan Keselamatan Di Bengkel. Peraturan di bengkel dan bilik kemahiran hidup.

Peraturan menggunakan peralatan di

bengkel dan bilik kemahiranhidup.

3 jam 3 jam

3 Keusahawanan Pengurusan kewangan. Jenis produk. Pemasaran produk.

3 jam 3 jam

Bil. Tajuk/Topik

InteraksiBersemuka

(jam)

Modul(jam)

JumlahJam

4 Persediaan Mengajar Kemahiran Hidup Untuk Berdikari. Kajian sukatan dan huraian sukatan KAUB.- Kandungan/Kemahiran- Hasil Pembelajaran- Aktiviti

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian.- Format rancangan- Hasil pembelajaran- Pemilihan aktiviti- Perancangan langkah

pengajaran1. Refleksi

3 jam 3 jam

5 Kemahiran Urus Diri Menghasilkan analisis tugasan

aktiviti pengurusan diri. Mengaplikasikanaktiviti

pengurusan diri megikut analisis tugasan.- Kebersihan tubuh badan- Menggunakan tandas- Memakai pakaian- Memakai kasut- Berdandan- Mengurus diri semasa kedatangan haid

6 jam 6 jam

Bil. Tajuk/Topik

InteraksiBersemuka

(jam)

Modul(jam)

JumlahJam

6 Keselamatan Diri dan Adab Bertatasusila Mengaplikasi aktiviti keselamatan di pelbagai premis.- Mengenalpasti dan menyenaraikan amalan keselamatan diri.

- Mengenalpasti dan menyenaraikan amalan penggunaan kemudahan awam.

Mengaplikasi aktiviti adab bertatasusila.- Menyenaraikan amalan bertatasusila/adab murid dan orang ramai pelbagai peringkat umur ketika bersosialisasi di pelbagai premis.

6 jam 6 jam

7 Pengurusan Rumahtangga Menghasilkan analisis tugasanaktiviti-

aktiviti pengurusan rumahtangga.

Mengaplikasikan aktiviti pengurusan

rumahtangga mengikut analisis tugasan.- Amalan kebersihan ruang- Amalan kebersihan di dapur- Amalan pemakanan sihat- Pengurusan perkakas/perabut2. Aktiviti mendobi

6 jam 6 jam

Bil. Tajuk/Topik

InteraksiBersemuka

(jam)

Modul(jam)

JumlahJam

8 Kemahiran Memasak Analisis tugasan teknik-teknik memasak seperti –- merebus- membakar - memanggang

Analisis tugasan kemahiran menyediakan hidangan mudahseperti-- air minuman (panas & sejuk)- sarapan pagi- makan tengahari- minum petang

Mengaplikasikan analisis tugasn aktiviti-aktiviti menyediakan hidangan mudah.

9 jam 9 jam

9 Kemahiran Jahitan Mengenalpasti alat jahitan dan fungsinya. Menghasilkan prosedur peraturan keselamatan menjahit. Menghasilkan analisis tugasanaktiviti menjahit mengikut jenisjahitan seperti-- Jahitanasas

- Jahitan tangan - Jahitan mesin Menghasilkan projek jahitan berdasarkan jenis-jenis jahitan.

1 jam 5 jam 6 jam

Bil. Tajuk/Topik

InteraksiBersemuka

(jam)

Modul(jam)

JumlahJam

10 Kemahiran Pertukangan Mengenalpasti peralatanpertukangan dan kegunaannya.

Prosedur keselamatan dalam pertukangan.

Menyediakan analisis tugasanuntuk aktiviti pertukangan.

Menghasilkan projekpertukangan.

6 jam 6 jam

11 Kemahiran Berkebun Mengenalpasti peralatan untukaktiviti berkebun.

Prosedur keselamatan penggunaan alatan untuk berkebun.

Menyediakan analisis tugasan kemahiran aktiviti berkebun.

Mengaplikasikan kemahiran berkebun-

- pemilihan tapak - proses menanam - proses penjagaan tanaman - penjagaan tanaman dan tapak tanaman

1 jam 5 jam 6 jam

12 Kemahiran Memelihara Haiwan Mengenalpasti peralatan memelihara haiwan.

Menyediakan analisis tugasan kemahiran memelihara haiwan.

Mengaplikasikan kemahiran memelihara haiwan.

1 jam 5 jam 6 jam

Bil. Tajuk/Topik

InteraksiBersemuka

(jam)

Modul(jam)

JumlahJam

13 Pengajaran Mikro Pelaksanaan rancangan pengajaran harian- individu- kelas- berpasangan

3. pelbagai keupayaan

9 jam 9 jam

JUMLAH 60 jam 15 jam

TAJUK 1 KEMAHIRAN JAHITAN

1.0. SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek alatan

jahitan dan jenis-jenis jahitan. Disamping itu satu projek

menghasilkan artikel jahitan akan dilaksanakan.

1.1. HASIL PEMBELAJARAN

Mengenal pasti alatan jahitan dan kefungsian

Melaksanakan dan menilai aktiviti jahitan yang

bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan murid

pendidikan khas.

Merancang aktiviti jahitan untuk menghasilkan aktikel

bagi kegunaan harian dan kerjaya.

1.2. KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.3. Pengenalan Murid-murid pendidikan khas adalah kanak-kanak yang

memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut ketidakupayaan

dan kebolehan mereka. Ini bagi memastikan mereka dapat

mengikuti dan mampu mengikuti aktiviti-aktiviti yang

disediakan untuk mereka. Di masa lalu murid -murid yang

kurang kemampuan ini atau bermasaalah fizikal hanya

memerhati kawan-kawan seusia dengannya melaksanakan

aktiviti-aktiviti jahitan. Mereka hanya melihat kawan-kawan

menikmati keseronokan dalam aktiviti jahitan. Semua kanak-

kanak mempunyai naluri ingin tahu dan bersemangat untuk

mencuba. Justeru itu dengan strategi pengajaran yang

bersesuaian dengan mereka , kanak-kanak ini dapat melakukan

proses menjahit mengikut potensi dan keupayaan mereka.

Aktiviti fizikal yang melibatkan pergerakan otot dan

moto halus dan kasar dapat memberi sumbangan besar kepada

individu yang mengalami rencatan akal dan fizikal. Ini

adalah kerana aktiviti dapat dapat meningkatkan aspek

kehidupan mereka.

Kemahiran Jahitan

Alatan jahitan dan fungsinya

Aktiviti menjahit mengikutjenisnya

Menghasilkan projek jahitan

1.4. Alatan Jahitan

Untuk mencapai kejayaan dan kepuasan dalam jahitan, anda

hendaklah mendapat alatan yang sesuai dan betul. Anda juga

mestilah menggunakan dan menyimpannya dengan baik. Mulakan

jahitan dengan sempurna dan berkerja dengan kemas dan teratur.

Simpankan alatan ditempat yang sesuai dan selamat.

Alatan-alatan yang diperlukan untuk jahitan asas.

JENIS ALATAN RUPA DAN KEGUNAAN PENJAGAANGunting kain 2 20cm panjang.

Sebelah mata bulat, sebelah mata runcing.

3 Digunakan untuk mengunting kain.

1. Elak daripada jatuh.

2. Minyakkan sendi-sendi.

3. Simpan dalam sarung

Gunting Trimmin

1. 12cm panjang. Kedua belah mata runcing.

2. Digunakan untuk mengunting kelim, benang dan lengkung bulat.

Sama seperti penjagaan gunting kain

Gunting Bergerigi

1. 10-16cm panjang. Mempunyai tepi yang bergerigi.

2. Digunakan untuk mengemaskan tepi kainsupaya tidak berbulu.

Sama seperti penjagaan gunting kain

Pita Ukur 1. 150cm panjang. Diperbuat daripada kanvas atau plastik.Kedua-dua pangkal berlogam. Mempunyai nombor dan tanda

Gulung longgar-longgar dengan nombor kecil diluar.Jangan tarik bila menggunakannya.

jelas pada kedua-duabelah pita ukur.

2. Digunakan untuk mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit.

Jarum peniti 1. Halus, panjang dan tajam.

2. Digunakan untuk melekatkan kelim danmenandakan kedudukansementara.

3. Untuk menyemat kepingan fabrik sebelum dijahit.

Simpan penilti dalam kotak beralasdengan kertas penyerap supaya peniti kering dan tidak berkarat.Semasa digunakan cucuk di kusion peniti

Jarum Tangan 1. Tirus dan tajam. No.7-9

2. Digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik.

Sama seperti penjagaan jarum peniti.

Benang Jahit 1. Berbagai warna mengikut fabrik yanghendak dijahit.

2. Digunakan untuk jahitan tangan dan jahitan mesin.

Lilitkan benang danselitkan hujungnya supaya tidak tersimpul.

Benang Sulam Berbagai warna mengikutwarna fabrik dan jahitanhiasan yang hendakdibuat.

Sama seperi benangjahit.

Aktiviti-aktiviti jahitan yang di atas bukanlah boleh

dilaksanakan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Mereka

boleh memanfaatkan aktiviti-aktiviti dengan sekurang-kurangnya

mengenali alatan jahitan dan mengetahui cara-cara memegang dan

menggunakan alatan tersebut dengan selamat. Perkara yang penting

yang perlu diambil adalah penyertaan dan pengubahsuaian bagi

jenis aktiviti yang dijalankan.

Rangkakan langkah-langkah keselamatan penggunaan alatan jahitan di atas semasa menjalankan aktivitijahitan bersama kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

1.5. Jenis jahitan.

Tajuk ini meliputi jenis-jenis jahitan asas dan jahitan hiasan

disamping cara menjahit yang betul. Aktiviti-aktiviti jahitan

asas dan hiasan yang bersesuaian serta diubahsuai boleh

dijalankan dikelas bermasalah pembelajaran.

Rajah 1.1 : Jenis-jenis jahitan

1.5.1. Jahitan Asas

Terdapat beberapa jenis jahitan asas yang boleh dipratikkan dan

dilaksanakan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara

jenis-jenis jahitan asas ialah :

JAHITAN

Jahitan Asas Jahitan Hiasan

JAHITAN ASAS Jahitan Jelujur Halus

Jahitan JelujurKasar

Jahitan Kia

Jahitan sembat

Rajah 1.2. Jenis-jenis jahitan asas

i). Jahitan Kia

Jahitan kia digunakan untuk memulakan sesuatu jahitan atau

mematikan jahitan tangan. Ia kukuh, rapat dan kelihatan seperti

jahitan mesin. Jahitan kia juga boleh digunakan untuk menjahit

kelim yang meretas.

Langkah menjahit jahitan kia: (Lihat Rajah 1.3 dan 1.4)

Jahit dari kanan ke kiri

Mula dari A ke B

Jarak 2 mm

Cucuk jarum sekali lagi pada A

Keluarkan pada B

Rajah 1.3 Langkah menjahit jahitan kia

Jahitan sembat susup

Rajah 1.4 Langkah menjahit jahitan kia

Jahit semula dari A (Lihat Rajah 1.5)

Keluarkan pada C

Jarak 4 mm

Jahit hingga hujung

Matikan dengan jahitan kia (2 Kali)

Rajah 1.5 Langkah menjahit jahitan kia

ii) Jahitan Jelujur Kasar

Jahitan Jelujur kasar merupakan jahitan sementara sebelum jahitan

kekal dibuat. Ia juga digunakan untuk menetapkan kelim di

kedudukan dan senang dicabut.

Langkah-langkah menjahit jelujur kasar: (Lihat rajah 1.6 dan 1.7)

Jahit dari kanan ke kiri

Mula dari A ke B

Jarak 1 cm

Jahit sampai hujung

Matikan dengan jahitan kia

Rajah 1.6 Langkah menjahit jahitan Jelujur kasar

Rajah 1.7 Langkah menjahit jahitan Jelujur kasar

iii) Jahitan Jelujur halus

Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet meretas.

Jahitan jelujur halus juga boleh menggantikan mata jahitan mesin.

Ia juga boleh dijadikan perhiasan pada artikel.

Langkah-langkah menjahit jahitan jelujur halus: (Lihat rajah 1.8)

Jahit dari kanan ke kiri

Mula dengan jahitan kia

Jarak 3-5 mm

Jahit hingga hujung

Matikan dengan jahitan kia

Rajah 1.8 Langkah menjahit jahitan Jelujur halus

v). Jahitan sembat

Jahitan sembat halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari

sebelah luar pakaian. Ia digunakan untuk menetapkan dan

mengemaskan kelim/kelepet.

Langkah-langkah menjahit jahitan sembat: (Lihat rajah 1.9)

Jahit dari kanan ke kiri

Masuk jarum dari A ke B

Jarum kena condong

Matikan Jahitan Dengan Jahitan Kia

Rajah 1.9 Langkah menjahit jahitan sembat

v) Jahitan sempat susup

Jahitan sempat susup ini sangat kemas dan hampir tidak kelihatan

tetapi tidak begitu kukuh seperti jahitan sempat. Ia digunakan

untuk mengekalkan kelepet skirt, blaus, lengan dan lapik-lapik di

lubang lengan dan garis leher.

Langkah-langkah menjahit jahitan sempat susup:

Jahit dari kanan ke kiri

Masuk jarum dari A ke B

Jarum kena condong

Matikan Jahitan Dengan Jahitan Kia

Rajah 1.10 Langkah menjahit jahitan sembat susup

Membuat buku skrap jenis-jenis jahitan asas yang tersenarai diatas.

1.5.2. Jahitan Hiasan

i) Jahit Silang Pangkah

Jahitan ini digunakan untuk menjadikan, lapik dan mengemaskan

pita zip. Ia juga boleh digunakan sebagai jahitan hiasan.

Langkah-langkah menjahit silangkah pangkah. (Lihat rajah 1.11 dan1.12)

Jahit dari kiri ke kanan

Masuk jarum dari A ke B dengan jarak 1mm

Masuk jarum pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm

Akhir jahitan dengan jahitan kia

Rajah 1.11 Langkah menjahit jahitan Silang Pangkah

Rajah 1.12 Langkah menjahit jahitan Silang Pangkah

ii) Jahitan Lilit Ubi

Jahitan ini digunakan untuk mengemaskan guntingan tepi fabrik. Ia

juga digunakan untuk menjahit butang katup, cangkuk dan palang.

Langkah-langkah menjahit jahitan lilit ubi: (Lihat rajah 1.13 dan1.14)

Jahit dari kanan ke kiri

Tinggal 1 cm benang diantara 2 lipatan

Cucuk jarum dari A ke B

Akhir jahitan dengan jahit ke kanan semula dengan jahitan

lilit ubi

Rajah 1.13 Langkah menjahit jahitan Lilit Ubi

Rajah 1.14 Langkah menjahit jahitan Lilit Ubi

iii) Jahitan Insang Pari.

Jahitan ini digunakan untuk mengemas guntingan tepi fabrik dan

jahitan lubang butang.

Langkah-langkah menjahit jahitan insang pari: (Lihat rajah 1.15 dan 1.16)

Jahit dari kiri ke kanan

Mula dengan jelujur halus menegak pada A

Cucuk jarum pada B dan hala ke arah penjahit

Tarik benang ke arah penjahit

Matikan jahitan dengan jelujur halus di sebelah kanan

Rajah 1.15 Langkah menjahit jahitan Insang Pari

Rajah 1.16 Langkah menjahit jahitan Insang Pari

Buatkan hiasan sehalai alas meja, sarung bantal artikal mudah berasaskan fabrik dengan menggunakan sekurang-kurangnya 6 jenis jahitan asas dan jahitan hiasan.

TAJUK 2 KEMAHIRAN BERKEBUN

2.0 SINOPSIS

Topik kemahiran berkebun memberi pendedahan tentang amalan

perkebunan yang memberi penerangan mengenai perkakas atau

peralatan yang digunakan, langkah-langkah keselamatan yang perlu

diikuti semasa menjalankan aktiviti berkebun, mengetahui jenis-

jenis tanaman yang sesuai ditanam serta mengetahui aspek berkebun

secara keseluruhan seperti pemilihan tapak yang sesuai, proses

menanam dan penjagaan tanaman serta tapak tanaman. Pendedahan

juga diberikan mengenai kaedah-kaedah tanaman serta penjagaan

yang memastikan tanaman tumbuh dengan baik dan sempurna.

Kandungan topik kemahiran berkebun ini juga meliputi tanaman

hiasan dan sayur-sayuran.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini anda seharusnya dapat

1. Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas bidang

perkebunan.

2. Menerangkan perkakas serta peralatan berkebun kepada

murid-murid

pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

3. Menerangkan langkah-langkah keselamatan semasa

menjalankan

aktiviti berkebun kepada murid-murid pendidikan khas

bermasalah

pembelajaran.

4. Mempraktikkan tanaman hiasan dan sayur-sayuran kepada

murid

bermasalah pembelajaran.

5. Menjelaskan kaedah penjagaan tanaman kepada murid

pendidikan

khas bermasalah pembelajaran.

2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

2.3 Pengenalan

Apakah perasaan anda apabila melihat pemandangan dengan kehijauan

tanaman seluas mata memandang? Bagaimana pula perasaan anda

apabila rumah anda dikelilingi oleh rimbunan pohon hijau yang

menyegarkan? Berkebun merupakan satu aktiviti yang dapat

menyihatkan tubuh badan selain dari membekalkan sumber sayuran

segar yang boleh dijadikan makanan pada setiap hari. Namun

begitu, berkebun bukanlah suatu aktiviti yang mudah dilaksanakan

tanpa ada pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan.

Kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang

mempunyai pelbagai tahap kemampuan, aktiviti berkebun merupakan

satu kemahiran yang sukar. Guru memainkan peranan yang sangat

penting untuk memberi pendedahan mengenai kemahiran-kemahiran

perlu dikuasai dengan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran

yang mudah dan teratur. Mereka perlu diberi peluang mengikut

keupayaan masing-masing untuk menguasai kemahiran ini bagi

membolehkan mereka melalui proses pertumbuhan dan perkembangan

diri disamping membina keyakinan dan imej diri yang positif.

Oleh itu, selain murid-murid, guru juga perlu menguasai kemahiran

berkebun dengan menimba pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya

Kemahiran Berkebun

Perkakas dan peralatan perkebunan

Prosedur keselamatan

penggunaan alatanJenis tanaman Penjagaan tanaman

dan tapak tanaman

untuk membimbing murid-murid menjalankan aktiviti yang berfaedah

ini.

2.4 Alatan Perkebunan

Mengenalpasti peralatan untuk aktiviti berkebun.

Pelbagai alatan perkebunan perlu digunakan untuk melakukan kerja-

kerja membersihkan tapak, menggembur, menyemai, menanam dan

menjaga tanaman hiasan atau pun sayur-sayuran. Antara peralatan

yang biasa digunakan ialah:

Penyiram Sekater Sekop

Sudip Tangan KeretaSorong

Serampang Tangan

PencakarCangkulSarung Tangan

Pencakar Tangan

Setiap alatan perkebunan mempunyai fungsi atau kegunaan

tersendiri. Di bawah ini dinyatakan fungsi alatan tersebut.

Jenis Alatan KegunaanPenyiram Digunakan untuk menyiram tanaman.Sekater Digunakan untuk memotong dahan kecil

tanaman.Sekop Digunakan untuk menyodok tanah atau

menggaul campuran medium tanaman.Sudip Tangan Digunakan untuk menggali lubang kecil atau

menggembur tanah.Serampang Tangan Digunakan untuk menggembur tanah di

sekeliling batang atau di dalam pasu.Kereta Sorong Digunakan untuk mengangkut tanah atau

medium tanaman serta benih semaian.Sarung Tangan Dipakai semasa melakukan kerja-kerja

perkebunan.Cangkul Digunakan untuk menggali lubang besar dan

dalam.Pencakar Digunakan untuk membersihkan dan meratakan

tanah selepas digembur.Pencakar Tangan Digunakan untuk meratakan tanah yang

digembur di kawasan yang kecil.

Latihan

1. Senaraikan 5 mesin dan kegunaannya selain dari peralatan

tangan yang digunakan untuk aktiviti berkebun.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan tanaman menggunakan teknik

fertigasi dan senaraikan alatan yang digunakan untuk menanam

tanaman menggunakan teknik tersebut.

2.5 Prosedur Keselamatan Penggunaan Alatan Untuk Berkebun

2.5.1 Keselamatan

Semasa melakukan aktiviti berkebun, murid-murid sentiasa terdedah

kepada risiko kemalangan. Oleh itu sebagai guru, kita perlu

mengikuti prosedur atau langkah-langkah keselamatan bagi

memastikan tiada kemalangan atau kecederaan berlaku sepanjang

aktiviti tersebut.

2.5.2 Keselamatan Diri

Beberapa peraturan atau langkah keselamatan perlu diketahui dan

diikuti oleh murid bagi menjamin keselamatan mereka semasa

menjalankan aktiviti berkebun. Antara amalan keselamatan yang

boleh diamalkan ialah:

1. Selalu memakai sarung tangan dan kasut atau but yang

bersesuaian semasa berkebun.

2. Semasa membuang batu-batu, tin, kayu api dan sebagainya,

lakukan secara perlahan-lahan agar sesuatu benda yang

tersembunyi di sebaliknya dapat ditanggalkan dengan baik.

3. Sentiasa memeriksa but, sarung tangan dan pakaian sebelum

memakainya. Jika ia telah terbiar dalam tempoh tertentu,

goncangkan ia dengan kuat. Anda mungkin tidak mengetahui apa

yang terdapat di dalamnya!

4. Perhatikan jika sesuatu tumbuh-tumbuhan itu jenis yang

beracun sebelum menanamnya di kawasan rumah.

5. Jangan sekali-kali memasukkan jari ke dalam lubang-lubang

di dalam tanah.

6 Gunakan peralatan tajam dengan berhati-hati dan diawasi oleh

guru.

7. Jauhkan diri dari rakan yang sedang menggunakan alatan yang

tajam.

8. Elakkan bermain atau bergurau semasa menjalankan aktiviti

berkebun.

2.5.2 Keselamatan Rakan

Biasanya aktiviti berkebun akan dijalankan secara berkumpulan.

Semasa menjalankan aktiviti berkebun pelbagai alatan digunakan

oleh murid. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan

keselamatan semua murid terjamin. Antara langkah keselamatan yang

boleh dijalankan ialah:

1. Jangan menggunakan peralatan tajam berhampiran satu sama

lain semasa berkebun.

2. Jangan bermain atau bergurau dengan rakan semasa menggunakan

peralatan tajam.

3. Jangan menghalakan peralatan tajam ke arah rakan.

4. Pastikan murid tahu fungsi alatan tajam dan bagaimana hendak

digunakan.

2.5.3 Keselamatan Alatan

Penjagaan alatan dengan sempurna membolehkan alatan tersebut

tahan lama serta berfungsi dengan baik apabila hendak digunakan.

Alatan yang tidak dijaga dengan baik akan mudah rosak serta

mengganggu fungsinya. Antara amalan menjaga alatan supaya tahan

lama ialah:

1. Bersihkan alatan yang digunakan dengan air dan keringkan.

2. Keringkan kasut atau but yang digunakan untuk berkebun. Jika

kasut atau but basah di bagian dalamnya, masukkan gumpalan

kain. Selipkan sampai ke bahagian dalam kasut. Air akan

menyerap ke kain tersebut. Kalau perlu, ganti kain tersebut

beberapa kali.

3. Simpan semua peralatan berkebun secara tegak lurus supaya

cepat kering.

4. Sapukan sedikit minyak jika perlu untuk mengelakkan

berkarat.

5. Sangkut peralatan yang kecil di tempat yang disediakan.

Latihan

1. Amalan menjaga kebersihan memainkan peranan penting dalam

menjamin

kesihatan murid dan ketahanan peralatan yang digunakan.

Jelaskan amalan menjaga kebersihan dari aspek kebersihan diri,

kebersihan alatan dan kebersihan kebun semasa menjalankan

aktiviti berkebun.

2.6 Jenis Tanaman

2.6.1 Tanaman Hiasan

Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan

persekitaran untuk menghiasi kawasan tersebut. Tanaman hiasan ini

di tanam di dalam bekas seperti pasu, atau di tanam terus di atas

tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak

berbunga.

2.6.1.1 Jenis-jenis tanaman hiasan

Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah

atau bangunan.

Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka

masa hayat.

Pokok Naungan –

Pokok Naungan ditanam untuk memberikan

teduhan suatu tempat. Contoh: Pokok

Tembusu, Beringin, dan Angsana

Pokok renek –

Pokok renek banyak mempunyai batang dan

cabang. Contoh: Pokok Bunga Raya, Pokok

Bunga Kertas dan Pokok Bunga Ixora.

Pokok palma –

Contoh: Pokok Pinang Raja, Pokok Kelapa

Gading dan Pokok Pingang Manila.

Pokok memanjat / menjalar –

Contoh: Pokok Bunga Kembang Pagi dan Pokok

Bunga Ros Jepun.

Pokok bunga semusim –

Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja.

Contoh: Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok

Bunga Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok

Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.

Pokok bunga penutup bumi –

Contoh: rumput, Arachis spp

Pokok kaktus –

Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus

Peruvianus

2.6.2 Sayur-Sayuran

Sayur-sayuran ialah sebahagian dari keperluan utama dalam

pengambilan makanan individu. Ia mengandungi pelbagai nutrien

seperti vitamin, garam mineral, protein dan karbohidrat. Sayur-

sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut

bahagian-bahagian makanan.

Jenis sayuran ContohJenis Daun Bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan

kangkung.Jenis Kekacang Kacang botol/kelisa, kacang buncis,

kacang sepat dan kacang panjang.Jenis Buah Bendi, cili, kundur, terung, petola,

timun dan tomato.Jenis Akar/Umbisi Halia, lobak putih, lobak merah, ubi

keledek, ubi sengkuang dan keladi.

Mengumpul maklumat.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tanaman holtikultur ?

2.7 Pengenalan Analisis Tugasan

Analisis tugasan ialah satu proses analisis dan

pengajaran secara berturutan yang mencerakinkan unit

pembelajaran kepada kemahiran asas yang berkaitan untuk

mengenal pasti peringkat penguasaan atau pengetahuan atau

kemahiran murid. Kaedah analisis tugasan amat membantu guru

dan murid Pendidikan Khas dalam menjayakan satu proses

pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan Pembelajaran akan dijalankan mengikuti

langkah-langkah kecil dari perkara yang memecahkan perkara-

perkara kompleks menjadi sesuatu yang lebih ringkas. Hal ini

bermaksud murid Pendidikan Khas akan diajar sesuatu perkara

secara langkah dei langkah sehingga mereka menguasai sesuatu

kemahiran sasaran.

Terdapat beberapa kepentingan kaedah analisis tugasan

dalam pengajaran dan pembelajaran murid Pendidikan Khas.

1. Kaedah ini dapat membantu guru untuk merancang dan

menyusun atur sesuatu kemahiran yang hendak diajar. Hal

ini kerana guru harus menyediakan semua arahan,

peralatan dan tempat yang sesuai dan betul supaya murid

dapat menjalankan aktiviti analisis tugasan dengan

baik.

2. Kaedah analisis tugasan amat membantu murid dalam

memahami dan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.

Murid dapat melakukan aktiviti secara berperingkat dan

membolehkan mereka menguasai sesuatu tahap pengajaran

atau kemahiran dengan lebih cepat dan berkesan. Perkara

ini juga membantu mereka dalam mengingat dan memahami

sesuatu aktiviti atau kemahiran yang dipelajari untuk

jangka masa yang lebih panjang.

3. Kaedah ini juga dapat membantu guru dalam mengenal dan

menilai tahap pencapaian murid Pendidikan Khas di dalam

kelasnya. Guru dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan

muridnya dengan lebih mudah melalui kaedah analisis

tugasan. Sekiranya murid gagal melakukan sesuatu

aktiviti atau kemahiran dalam satu tahap, guru boleh

merendahkan tahap tersebut kepada tahap yang lebih

mudah.

4. Akhir sekali, kaedah analisis tugasan ini juga penting

dalam membantu ibu bapa untuk mendidik dan membantu

anak mereka dalam melakukan sesuatu aktiviti atau

kemahiran. Hal ini kerana kaedah ini juga merupakan

salah satu penyediaan intervensi kepada murid-murid

Pendidikan Khas dalam menjalankan pengurusan kemahiran

diri dalam kehidupan harian mereka.

Kesimpulannya, kaedah analisis tugasan merupakan salah

satu kaedah yang berkesan dalam membantu murid-murid

Pendidikan Khas untuk memahami dan menguasai sesuatu

kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru memainkan peranan yang penting dalam menganalisiskan tugasan

tersebut supaya bersesuaian dengan tahap murid Pendidikan Khas

mereka.

Latihan

1. Sediakan satu perancangan pengajaran kemahiran

berkebun berdasarkan

analisis tugasan yang anda pelajari.

Contoh analisis tugasan

PPKI SMK ABCDE

Analisis Tugasan 1

Nama Murid : ……………………………………………. Tahun : ……………………………….

Kemahiran: Cara menggunakan cangkul dengan cara yang betul

Bil.

Aktiviti Tarikh

Mula

Tarikh

Semak

Tarikh

Mula

Tarikh

Semak

Catatan

1 Pergi ke kawasan

kebun.2 Mengenalkan

cangkul

3 Mengenalkan fungsi

cangkul.4 Mengenal bahagian

cangkul.5 Memegang cangkul

dengan cara yang

betul.6 Mencangkul tanah

dengan bimbingan

guru.7 Mencangkul tanah

tanpa bimbingan

guru.8 Membersihkan

cangkul.9 Menyimpan cangkul

di tempat yang

selamat.

Disediakan oleh :

……………………………….

( )

2.8 Menanam Tanaman

2.8.1 Medium Tanaman

Langkah Penyediaan Medium Semaian

DBS : Dengan bantuan sepenuhDBG : Dengan bimbingan guru

1. Sediakan alatan tangan dan bahan untuk membuat campuran

medium semaian.

2. Tapis bahan untuk mengasingkan batu dan ketulan tanah.

3. Gunakan baldi kecil untuk menyukat bahan mengikutn nisbah, 2

bahagian tanah loam,1 bahagian bahan organik,1 bahagian

pasir sungai

4. Campurkan dan gaulkan bahan tersebut semula.

5. Masukkan medium ke dalam bekas semaian dan ratakannya.

Langkah Penyediaan Medium Penanaman

1. Sediakan ketiga-tiga bahan medium penanaman dan tapis bahan

tersebut secara berasingan.

2. Sukat bahan medium mengikut nisbah 3 ahagian tanah loam, 2

bahagian bahan organik dan1 bahagian pasir sungai secara

berasingan.

3. Gaul ketiga-tiga bahan medium tersebut.

Langkah menyemai biji benih (kasar)

1. Dengan menggunakan sudip tangan, isikan medium semaian ke

dalam bekas semaian sehingga 2.5 cm dari bibir bekas

semaian.

2. Campurkan dan gaul biji benih dengan pasir halus mengikut

nisbah1 bahagian biji benih dengan 5 bahagian pasir halus.

3. Tabur campuran biji benih dan pasir halus di atas permukaan

medium semaian dengan rata.

4. Tabur sedikit medium untuk menutup campuran biji benih.

5. Siram semaian. Pastikan semaian diletakkan di tempat yang

teduh. Labelkan jenis pokok dan tarikh semaian.

Langkah menyemai biji benih (halus)

1. Buat barisan lurus di permukaan medium dengan jarak 10 cm

antara satu sama lain.

2. Tandakan titik penanaman dan buat lubang dengan menggunakan

sebatang kayu kecil.

3. Masukkan satu biji benih ke dalam setiap lubang.

4. Tutup lubang biji benih dengan campuran medium.

5. Siram semaian. Pastikan semaian berada di tempat yang teduh.

Labelkan

jenis pokok dan tarikh semaian.

Langkah penyediaan bekas penanaman

1. Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di

bahagian bawahnya.

2. Jika menggunakan pasu tanah liat yang baru, rendamkannya di

dalam air semalaman supaya air dapat meresap ke rongga halus

pasu. Cara ini menggelakkan pasu menyerap air daripada

medium.

Sekiranya, menggunakan bekas terpakai, cuci bekas terpakai

untuk mengeluarkan kotoran yang terlekat padanya.

3. Tutup lubang saliran dengan menggunakan batu-batu kecil atau

pecahan pasu untuk mengelakkan medium daripada terkeluar

bersama-sama air siraman.

Langkah mengubah anak pokok

1. Lembapkan medium di dalam bekas semaian beberapa jam sebelum

mengubah anak pokok.

2. Masukkan medium ke dalam pasu penananaman seingga

memenuhitiga perempat bahagian pasu.

3. Buat lubang di tengah-tengah medium di dalam pasu dengan

menggunakan sudip tangan.

4. Ubah anak pokok dari bekas semaian.

5. Masukkan anak pokok ke dalam lubang medium. Tambahkan medium

sehingga 2.5 cm dari bibir pasu.

6. Padatkan permukaan medium dengan tangan.

7. Siram anak pokok yang baru dipindahkan sehingga medium lemap

dan letakannya di tempat lindungan selam beberapa hari.

8. Setelah beberapa hari di bawah tempat lindungan, dedahkan

anak pokok tersebut secara beransur-ansur kepada cahaya

matahari.

Langkah membina batas.

1. Tanah digemburkan.Buat batas setinggi 15 cm hingga 20cm.

Panjang batas bergantung pada bentuk yang telah ditetapkan.

2. Tabur dan gaul baja kompos atau baja organik di atas batas.

Langkah menanam anak pokok di atas batas.

1. Buat lubang di permukaan batas dengan menggunakan sudip

tangan.

2. Ubah anak pokok dari bekas semaian dengan menggunakan sudip

tangan. Kemudian masukkan anak pokok ke dalam lubang.

Padatkan tanah dengan tangan.

3. Siram anak pokok.

4. Gunakan daun lalang atau pelepah kelapa atau jaring untuk

melindungi anak pokok daripada pancaran matahari. Labelkan

batas anak pokok tersebut.

2.8.2 Pemilihan Tapak dan Tempat Tanaman

Terdapat faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian

antaranya termasuklah:

1. Berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan

proses pemasaran.

2. Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan

mencuci sebelum pasaran dilakukan.

3. Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari

terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan

akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien.

4. Mempunyai kemudahan infrastruktur.

5. Mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres

digunakan jika tanah bercerun.

6. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen

perosak dan penyakit.

7. Berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan

mengelakan kecurian

Penyediaan Tapak

Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat.

Oleh iitu pemuliharaan tanah perlu untuk kesuburan tanah.

Kesuburan tanah adalah satu konsep umum dan ditakrifkan sebagai

keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman

yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti

berikut:

1. Kandungan nutrien yang rendah

Kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan

larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak

mencukupi.

2. Keadaan tanah berasid

Tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah

yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah.

Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di

tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum dan

mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa

mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum

dan boron.

3. Tanah berlempung

Mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit

apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan

kadar peresapan air sangat rendah.

4. Tanah berpasir

Tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris

mengalami

saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk

keperluan tanaman.Tanah ini tidak mempunyai struktur yang

boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahan air dan pH

tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.

Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah

peroi, mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrient,

kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid.

Penyediaan batas

Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan

penanaman sayur-sayuran seperti :

1. Membuang rumpai dan batu batan

2. Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan

penyakit membiak. Abunya boleh digunakan sebagai baja.

Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai sungkupan.

3. Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan

menggembur tanah, membunuh haiwan perosak dan akar-akar

rumpai.

4. Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi

memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah.

5. Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm

atau batas tunggal berketinggian 20 – 25 cm.

2.8.3 Sungkupan

Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai

seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan

sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan

anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan

penyakit.

Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk:

1. Mengurangkan suhu tanah

Suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan

dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.

2. Menjaga tanah supaya sentiasa lembab

Air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan

hidupan tanah.

3. Mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat

Tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati

sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.

4. Mengelakkan tumbesaran rumpai

5. Mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau

menghanyutkan biji benih atau anak benih.

6. Bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.

2.8.4 Pemilihan biji benih

Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti

bagi menjamin kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang

sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi.

Ciri-ciri biji benih yang baik ialah:

1. Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.

2. Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.

3. Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus

percambahan menjadi tinggi.

4. Tidak rosak atau cacat.

Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran

1. Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak

diserang penyakit.

2. Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan

haiwan perosak.

3. Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.

4. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan

kerosakan.

5. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan

Penyemaian biji benih

Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya.

Terdapat beberapa cara penyemaian:

1. Semaian terus biji benih besar

Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.

Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di

patuhi :

Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan

percambahan

Tanam sebiji atau dua biji selubang

Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

2. Semaian terus biji benih kecil

Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun,

cili tomato, terus dan lain-lain boleh menggunakan dua cara:

3. Semaian terus ke batas tetap.

Kaedah alur –

- buat alur yang cetek dengan jarak tertentu

- tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan

tanah.

- beri perlindungan (sungkupan) dan air.

Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan

pokok pada jarak tertentu.

4. Semaian biji benih halus di dalam kotak semaian

Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian

- penjagaan anak benih lebih mudah

- anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke

batas tetap. Ini

memastikan hasil yang bertambah.

- anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan

memberi tumbesaran yang sama.

- pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari

kotak semaian.

5. Menyemai cara semai tabur

Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut,

- tabur biji benih atas batas dan timbus dengan

lapisan tanah yang nipis.

- beri perlindungan (sungkupan) dan air.

- selepas percambahan, jarangkan anak benih dan

tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

2.8.5 Penjarangan

Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu

rapat di antara satu sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah

untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan

cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan

tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi.

Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang

dengan pisau yang tajam.

2.8.6 Menyulam

Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang

di antara anak pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di

batas atau tapak penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan

akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat.

Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati,

diserang perosak, terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak

benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses ini dinamakan

Penyulaman Anak Benih.

2.8.7 Penanaman

Penanaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga

untuk memudahkan kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem

yang biasa diigunakan dalam penanaman sayuran.

2.8.8 Mengubah

Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain.

Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap.

Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ;

- Segarkan anak benih sebelum diubah

- Lakukan waktu pagi atau petang

- Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk

mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah.

- Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih

dengan ketul tanah di sekeliling akar.

- Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan

akar.

- Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan.

- Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar

dapat pegangan yang kuat.

- Bekalkan perlindungan dan air.

- Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa

hari

2.8.9 Naungan

Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah

untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas

anak benih. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak

benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang

terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau

menghanyutkan anak benih.

Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah

- pelepah kelapa

- lalang/rumput yang dipotong

- kertas plastik dan jaring.

Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang

terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan

haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar.

Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina

makanan.

2.8.10 Penjagaan tanaman sayuran

Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut:

1. Menyiram

Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi

dan petang. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien

di dalam tanah untuk diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga

air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan sel-sel dan juga

untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat

sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk

tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai lubang

siraman yang halus.

2. Merumput

Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki.

Merumput adalah untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai

dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan

ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat

pemb

perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan

semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih

sayur-sayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai

besar atau terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan

serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di

lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara

kimia.

3. Membaja

Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang

sihat. Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen,

fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan sulfur juga

diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara

membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja

kimia.

4. Membuat sokongan

Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang

berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang

lemah. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang

panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayur-sayuran yang

berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang

berat.

Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat

cahaya matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan

memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, memungut

hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana

terkena tanah.

5. Mengawal Perosak dan penyakit

Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran

boleh menjejaskan mutu sayuran. Di samping itu ia juga boleh

membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah

dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di

sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen

penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu.

Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur

ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman. Tanda

diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya

telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran

ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang,

koya, teritip dan bari-bari.

6. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran

Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur

anak benih, bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual

yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada

sayur-sayuran di Malaysia:

Penyakit Agen Simptom

Melecur anak

benih

Kulat Anak benih layu dan mati

Reput akar Kulat atau

bakteria

Pokok layu dan mati

Bintik daun Kulat Daun dengan bintik perang atau hitam

Layu

bakteria

Bakteria Urat daun menjadi hitam. Pokok akan

layu dan mati

Kulapok Bakteria Daun yang diserang layu dan mati.

Karat

batang/ daun

atau lengai

Kulat Tompok kuning/perang daun yang

dijangkiti akan jatuh.

Tugasan

Mengumpul maklumat

Dapatkan maklumat beserta contoh-contoh mengenai

pelbagai jenis tanaman hiasan dari pelbagai sumber.

Muatkan hasil yang diperolehi ke dalam folio anda.

Soalan Tutorial

Jalankan aktiviti menanam sayur-sayuran bersama murid

anda. Senaraikan semua masalah yang anda hadapi

sepanjang menjalankan aktiviti tersebut dari memulakan

tanaman sehingga memungut hasil.

TAJUK 3 KEMAHIRAN MEMELIHARA HAIWAN

3.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek peralatan

atau bahan memelihara haiwan. Ia juga akan menerangkan dan

mengaplikasikan kemahiran memelihara haiwan.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenal pasti alatan/bahan memelihara haiwan

ii. Menghasilkan analisis tugasan kemahiran memelihara

haiwan

iii. Mengaplikasikan kemahiran memelihara haiwan.

3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

3.3 Pengenalan

Kemahiran Memelihara Haiwan memberi fokus kepada perkembangan

motor kasar, motor halus dan pengamatan murid. Kemahiran

pemeliharaan haiwan ini akan menyediakan murid pendidikan khas

dengan kemahiran asas yang diperlukan dalam kehidupan harian.

Tanggungjawab melengkapkan murid pendidikan khas dengan kemahiran

pemeliharaan haiwan perlu dipikul oleh guru pendidikan khas.

Sebagai guru pendidikan khas perlu meningkatkan ilmu pengetahuan

dan kemahiran dalam kemahiran pemeliharaan haiwan bagi memenuhi

Kemahiran Memelihara Haiwan

Alatan/Bahan memelihara haiwan

Aplikasi kemahiran memeliharahaiwan

Analisis tugasan kemahiranmemelihara haiwan.

keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah

kehidupan bermakna.

3.4 Jenis-jenis Haiwan

Adakah anda mengetahui jenis-jenis haiwan yang terdapat di

Malaysia? Haiwan dibahagikan dua jenis iaitu:

Rajah 1 Jenis-jenis Haiwan

3.4.1 Haiwan Ternakan

Haiwan ternakan adalah haiwan yang dipelihara untuk mendapat

hasil atau secara kormesial. Beberapa contoh haiwan ternakan yang

biasa didapati dan dilhat disekeliling kita.

Jenis-jenis Haiwan

Haiwan Ternakan Haiwan Liar

3.4.2 Haiwan Liar

Haiwan liar adalah terdiri daripada haiwan yang hidup bebas di

kawasan perhutanan atau yang jauh daripada kehidupan manusia.

Beberapa contoh haiwan liar yang terdapat di Malaysia.

3.5 Pemeliharaan haiwan.

Pada zaman dahulu telah pun dilaksanakan aktiviti pemeliharaan

haiwan yang bertujuan untuk mendapat daging, susu, bulu dan

bahagian lain yang boleh digunakan. Pemeliharaan haiwan masih

dijalankan masakini oleh manusia tetapi ia lebih intensif dan

bersifat komersial.

Dalam konteks ini, kemahiran yang akan diajar kepada murid

pendidikan khas berkaitan dengan pemeliharaan haiwan merupakan

satu usaha untuk memberi pengetahuan dan kemahiran agar mereka

dapat mengetahui kaedah-keadah dan teknik-teknik yang boleh

mereka lakukan dalam usaha untuk memelihara haiwan secara kecil-

kecilan.

Kucing LembuIkan

Harimau Gajah SingaGajah

3.5.1 Jenis-jenis haiwan ternakan

Terdapat pelbagai jenis haiwan ternakan di Malaysia. Di antaranya

ialah:

Jenis Haiwan KeteranganMamalia Terdapat dua kategori:

Ternakan – bertujuan untuk mendapatkan daging, susu, bulu dan kulitnya. Contohnya; kambing, kuda, unta, lembu dan rusa

Haiwan kesayangan – haiwan yang dipelihara sebagai haiwan kesayangan atau hobi saperti kucing, arnab, ikan dan haiwan kesayangan lain.

Burung, Burung yang dipelihara oleh manusia ialah ayam, itik, angsa, puyuh, burung unta, dan lain-lain.

Ikan Terdapat dua lkategori: Ternakan – bertujuan untuk komersial.

Contoh: ikan keli, ikan talapia, ikan pating, ikan jelawat, ikan kelah dan lain-lain

Haiwan kesayangan – Contoh: ikan emas,ikan kelisa dan ikan-ikan hiasan yang lain.

Bagi memenuhi keperluan kemahiran yang boleh murid pendidikan

khas kuasai bersesuaian dengan keupayaan mereka, modul ini akan

membincangkan 2 jenis haiwan ternakan iaitu:

a). Ayam

b). Kucing

3.6 Penternakan Ayam

Menternak ayam adalah satu aktiviti penternakan haiwan yang

utama di Malaysia. Ini adalah kerana permintaan terhadap daging

ayam adalah lebih tinggi daripada daging-daging lembu, kerbau dan

kambing. Mungkin harga daging ayam lebih murah daripada daging-

daging yang lain.

3.6.1 Pengenalan

Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis

burung peliharaan yang seringkali diternak bagi telurnya. Ia

dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red

Junglefowl). Ayam merupakan burung paling biasa di dunia.

Dianggarkan terdapat 24 bilion pada tahun 2003, menurut Firefly

Encyclopedia of Birds. Ayam merupakan haiwan maserba. Ia makan hampir

apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus.

Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin

dan sumber protein. Ayam ternakan biasanya tidak dapat terbang

begitu jauh. Ayam merupakan makanan yang sangat digemari dan

boleh digoreng untuk dimakan begitu sahaja ataupun sebagai lauk

untuk dimakan bersama nasi.

Pemeliharaan ayam di Malaysia merupakan salah satu industri

yang mencapai ratusan juta ringgit dan salah satu daripada

industri pemakanan yang berkembang maju semenjak akhir tahun 80-

an.

Industri ini dapat mengurangkan pergantungan import daging

dari luar negara. Walau bagaimanapun perkembangan dan kemajuan

industri ini bergantung sepenuhnya kepada kaedah dan pengurusan

yang menjamin kejayaan satu-satu ladang ternakan.

3.6.2 Habitat

Ayam yang akan diternak samada mengeluarkan hasil telur atau

daging, memerlukan tempat yang sempurna. Dalam konsep ini,

bangsal atau reban merupakan tempat yang digunakan untuk

menempatkan ayam-ayam peliharaan.

(a) Reban

Sebelum memulakan proses pemeliharaan ayam, seseorang penternak

perlu memilih lokasi dimana reban itu hendak dibina. Reban dibina

di kawasan

berasingan dari kawasan premis-

premis bukan pengeluaran dan dipagar

memisahkan antara keduanya. Kebiasaan

reban tidak dibina terlalu dekat

dengan jalan awam yang sering

digunakan oleh kenderaan mengangkut

ayam. Reban yang dibina mempunyai

rekabentuk yang lebar, dinding,

lantai dan atap yang tinggi dan

diperbuat daripada bahan yang memberi

keselesaan kepada ayam.

Antara ciri-ciri reban yang baik.

◦ Dibina di tempat tinggi untuk membolehkan peredaran udara

bersih

yang sempurna.

◦ Mengurangkan tekanan bahan haba.

◦ Tidak tempias dan membasahi bahagian reban apabila hujan.

◦ Mudah untuk menjalankan kerja membersih.

◦ Mempunyai saiz yang sesuai dengan jumlah ayam.

◦ Mempunyai pengaliran yang sempurna.

◦ Tidak bercampur dengan haiwan lain.

◦ Tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan.

◦ Berdekatan dengan pengguna dan pemasaran.

Pembinaan reban ayam dapat dikategorikan kepada dua iaiitu:

Rajah 1.2. Pembinaan Reban

Pembinaan reban seharusnya jauh daripada jalan raya atau

jalan yang digunakan oleh orang ramai terutamanya jalan yang

sentiasa digunakan oleh kenderaan mengangkut ayam. Ini ialah

untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit dari ayam reban atau

tempat lain yang menggunakan jalan itu.

Bagi menjamin pengudaraan yang baik, reban yang besar perlu

dilengkapkan dengan sistem yang dapat membantu mengawal ventilasi

dalam reban. Ini dapat dilakukan dengan melengkapkan reban dengan

kipas yang menjamin pengudaraan sepanjang masa.

Reban Ayam

Sistem Lantai Atas

Sistem Lantai Bawah

Penyakit berjangkit kepada ayam boleh dibawa oleh haiwan

liar seperti tikus dan burung. Risiko dari bahaya penyakit ini

perlu diatasi dengan cara membina bangunan atau reban yang tidak

membolehkan binatang-binatang ini mendekati atau memasuki reban

ayam.

Sekiranya terdapat lebih daripada satu reban dalam satu-satu

kawasan, pengudaraannya tidak membolehkan udara dari satu reban

bertiup ke reban yang lain. Sekiranya berlaku. Ianya boleh

menyebabkan penyakit boleh merebak melalui udara.

(b) Sangkar

Terdapat juga ayam-ayam ternakan yang dipelihara dalam sangkar,

terutama ayam-ayam yang mengeluarkan hasil telur. Penternak

hendaklah memastikan bahawa saiz dan bentuk sangkar itu akan

memberi keselesaan dan menjamin tidak mencederakan ayam-ayam yang

dikurung didalamnya.

3.6.3 Keselamatan dan Kebersihan

Keselamatan dan kebersihan memainkan peranan dalam industri

perternakan. Kedua-dua aspek ini akan menjamin kesihatan haiwan

ternakan. Sekiranya haiwan dapat hidup dengan baik dan pembesaran

ternakan berjalan dengan sempurna, dengan sendirinya mengeluarkan

hasil yang baik.

(a) Menjaga Keselamatan

Berikut adalah cara-cara untuk menjaga keselamatan ayam-ayam yang

dipelihara:

(i) Ketinggian reban

Ayam-ayam yang dipelihara dalam reban yang mempunyai sistem

lantai atas berisiko tinggi untuk jatuh ke bawah reban. Biasanya

ketinggian reban adalah selaras dengan keperluan untuk

membolehkan pekerja-pekerja membersih najis ayam di bawahnya.

(ii)Pelindungan daripada musuh

Reban yang dibina seharusnya mempunyai halangan bagi musuh-musuh

ayam memasuki reban. Oleh itu penternak perlu membina reban yang

menghalang daripada musuh-musuh mendekati dan menganggu atau

memakan ayam dalam reban.

Keseluruhan kawasaan ladang perlu dipagar dengan pagar jenis

chain-link atau yang bersesuaian untuk menghalang orang yang

tidak berkaitan atau haiwan.

(iii) Pelindungan daripada musuh.

Jalan masuk dan keluar dalam ladang mestilah sehala bertujuan

memudahkan pengawasan orang yang keluar masuk ladang. Tindakan

ini boleh mengelakkan daripada merebaknya daripada penyakit yang

mungkin boleh membunuh ayam di dalam reban.

(b) Menjaga kebersihan

Penternak perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran

ladang ternakan ayam. Persekitaran ladang yang tidak bersih

memudahkan berlakunya penyakit, menyebabkan ketidakselesaan

kehidupan dan boleh menjejaskan pembesaran ayam.

(i) Pembersihan sampah sarap

Ladang-ladang perlu bebas dari sampah sarap dan ayam mati kerana

kuman yang dibawa oleh punca-punca ini boleh menyebabkan penyakit

kepada ayam-ayam. Bahan kotoran ini perlu di lupuskan dengan

segera daan sistematik.

(ii) Penyenggaraan kawasaan sekitar.

Pokok-pokok dan rumput perlu disenggarakan dengan baik supaya

pembiakan tikus-tikus dan burung-burung liar tidak membiak. Ia

juga mengelakkan daripada pemandangan yang tidak menarik.

(iii) Saliran

Kebiasaan ladaang ternakan ayaam memerlukan saliran yang baik.

Untuk memastikan saliran itu berkeadaan baik, penternak perlu

sentiasa memeriksa supaya parit itu tidak tersumbat dan aliran

air berjalan baik.

(iv) Pembersihan sistem lantai

Reban ayam yang menggunakan sistem lantai atas atau lantai bawah

perlu menjaga kebersihan lantai tempat ayam itu hidup. Pastikan

najis ayam sentiasa dibersihkan dan dikeluarkan supaya tidak

menjadi pembiakan lalat dan serangga lain.

(v) Penyenggaran stor

Stor dan kelengkapan pemeliharaan seperti bekas makanan, bekas

minuman sentiasa disenggaraan dan dijaga kebersihannya dengan

baik sepanjang masa.

3.6.4.Pengurusan ternakan dan peralatan

(a) Panduan Pengurusan

Menyediakan panduan pengurusan ladang termasuk kaedah pengurusan

ternakan, pemberian makanan dan air minum, pengurusan reban,

vaksinasi, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan, pengurusan

kesihatan ternakan dan lain-lain panduan yang berkaitan.

Meletakkan panduan ringkas pengurusan ladang di setiap reban

supaya mudah dilihat dan dirujuk oleh pekerja.

(b) Kawalan dan Jaminan Kualiti

Mengamalkan pengurusan harian, penggunaan dan penyelenggaraan

kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan pertumbuhan dan

mutu ayam yang baik, pengeluaran telur dan mutunya yang baik..

Mengamalkan pengurusan harian, penyelenggaraan kemudahan serta

peralatan yang dapat mempastikan tidak menyebabkan pencemaran

dan gangguan kepada persekitaran serta perebakan penyakit.(c) Mengendali Ayam dan Telur

Memungut telur beberapa kali sehari. Menyimpan telur yang bersih

berasingan dari yang kotor dan pecah. Segala peralatan dan

kelengkapan yang berkaitan dengan pengendalian telur dipastikan

bersih. Program penyelenggaraan peralatan disediakan. Bilik

menggred dan menyimpan telur sentiasa dipastikan berkeadaan

bersih. Menyimpan telur dengan posisi yang betul di tempat yang

bersih, bersuhu rendah dan ventilasi yang baik.

(d) Makanan

Memperolehi bekalan makanan dari kilang makanan yang menerapkan

amalan pembuatan yang baik (GMP) atau amalan yang diperakukan

bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pemantauan mutu dan

kebersihan makan dibuat dari masa kesemasa. Menyimpan makanan di

tempat yang mempunyai ventilasi yang baik yang tidak mendedahkan

makanan mengalami kerosakan mutu atau pertumbuhan

kulat..Menyimpan makanan di tempat yang bersih, kalis tikus dan

burung.Tidak menyimpan bahan-bahan racun di ruang premis yang

menyimpan makanan. Makanan tidak disimpan lama.(tidak lebih dari

satu minggu)  Bagi tempat simpanan makanan yang berlantai simen

atau tanah, makanan disimpan di atas alas tinggi lebih kurang

15sm.

(e) Air Minuman

Menggunakan air dari sumber yang bersih atau air yang telah

dirawat terlebih dahulu dengan menggunakan bahan seperti klorin

dan lain-lain bahan sanitizer yang diluluskan oleh kerajaan

Mengelakkan air minuman dari dicemari.  AIr minuman disimpan di

dalam bekas yang tertutup dan mudah dicuci. Menggunakan bekas

menyimpan air minum yang tidak mudah berkarat dan tidak diperbuat

dari bahan yang boleh menyebabkan keracunan. Pemantauan kualiti

air (pH, kandungan kimia, kuman, logam) dari masa ke semasa.

3.6.5 Kesihatan Ternakan

(a) Program Kesihatan

Menyediakan dokumen bertulis program kesihatan ladang dan

melaksanakannya dengan betul. Perancangan dan pelaksanaan program

kesihatan diawasi oleh perunding veterinar yang diiktiraf.

(b) Kawalan Penyakit

Memantau status penyakit di ladang secara berjadual. Menyimpan

rekod pemantauan penyakit dengan lengkap, teratur dan kemaskini.

Mempastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, penyakit

zoonotic (HighlyPathogenic Avian Influenza dan Vancomycin Resistant Enterococci)

dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157,

Campylobacter, Lysteria), Mengambil tindakan kawalan yang segera

apabila dikesan berlaku penyakit di dalam ladang.

(d) Ubatan, Racun dan Bahan Kimia

Mengguna, mengendali dan menyimpan ubat, racun dan bahan kimia

mengikut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya.  Dos

diguna, tempoh penggunaan dan persekitaran menyimpannya dipatuhi.

Hanya menyimpan ubat pada kuantiti yang dijangka mencukupi untuk

kegunaan sesuatu tempoh masa sebelum tarikh lupusnya. Mengguna

hanya ubat, bahan kimia dan racun dari jenis yang diluluskan oleh

kerajaan.

3.6.6 Kawalan makluk perosak dan pencemaran.

(a) Kawalan Tikus

Memantau infestasi tikus dari masa ke semasa dan merekod dengan

sempurna. Mengambil langkah mempastikan indeks infestasi tikus

tidak lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan jika infestasi

tikus melebihi indeks ini.

(b) Kawalan Lalat

Mengambil langkah-langkah supaya tahap infestasi lalat di ladang

di paras minimum. Program kawalan lalat diwujudkan dan

melaksanakannya dengan betul. Memantau infestasi lalat di semua

peringkat pemeliharaan secara berkala dan merekod dengan lengkap

indeks lalat (menggunakan Scuder fly grill) mesti tidak lebih

dari 10. Mengambil langkah kawalan jika indeks infestasi

melebihi indeks ini.

(c) Kawalan Bau

Mempastikan langkah-langkah supaya tahap bau di ladang yang

terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan persekitaran pada

setiap masa. Mengambil tindakan sewajarnya dengan segera segala

perkara yang boleh menjadi punca bau busuk di ladang dan

persekitaran.

Kawalan Habuk

Mempastikan udara yang disedut keluar dari reban tertutup tidak

mencemarkan udara dan menganggu kawasan persekitaran.

Pencemaran Bunyi

Mempastikan tahap bunyi dari aktiviti perladangan dan kelengkapan

yang digunakan tidak menganggu kesejahteraan awam di sekitar.

Latihan

(a) Dapatkan maklumat lanjut berkenaan ternakan ayam

dengan

melayari http://www.jphpkgov.my

(b) Senaraikan penyakit-penyakit yang mudah

dijangkiti ayam

dan bagaimanakah mencegahnya.

Latihan

Jelaskan semua perbezaan dan persamaan antara

perternakan ayam telur dan ayam daging.

3.7 Pemeliharaan Kucing

Memiliki binatang peliharaan adalah sesuatu yang sangat

menyenangkan. Seolah-olah seperti menerima anggota keluarga baru

yang lucu dan mampu menghibur kita dikala kita tertekan dan

stress dengan aktiviti seharian. Kucing sudah sekian lama

dijadikan companion animal, binatang yang sudah diterima sebagai

anggota masyarakat dan anggota keluarga. Kemanjaannya,

ekspresinya, tingkah lakunya mampu menghibur manusia dan

membuatnya sebagai makhluk yang dicintai dan disayangi manusia.

Kucing memiliki berbagai tingkatan status dalam

hubungannya dengan manusia. Bermula sebagai status binatang

pengganggu, binatang yang dijualbeli, sebagai alat pengusir

tikus, sebagai badut di rumah atau sebahagian anggota keluarga

yang dicintai. Komitmen manusia dalam memelihara dan merawat

kucing tidak terlepas bagaimana manusia tersebut memandang

interaksi kucing dalam kehidupannya. Kucing yang beruntung adalah

kucing yang diterima dan disayangi sebagai anggota keluarga.

Dalam hal ini tidak hanya kucingnya yang beruntung tetapi juga

manusianya.

Kucing adalah haiwan yang melucukan, comel, menyenangkan dan

menghiburkan. Namun mereka memerlukan perhatian yang rapi ,

terutama dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan

sebagainya. Jika anda adalah salah satu penggemar kucing dan

ingin memelihara kucing sebagai binatang peliharaan anda,

maklumat di bawah dapat membantu anda mendapatkan pengetahuan

tentang pemeliharaan haiwan ini.

3.7.1 Tujuan Pemeliharaan

Terdapat beberapa tujuan memelihara kucing, antaranya ialah

1. Sebagai hobi

2. Sebagai teman kepada manusia

3. Untuk tujuan pembiakan

4. Untuk pertandingan dan pertunjukan

5. Sebagai terapi

6. Memupuk dan berkongsi minat dan rasa kasih terhadap haiwan

peliharaan

kesayangan iaitu kucing.

7. Membuat kebajikan dan memberi perlindungan terhadap kucing-

kucing yang

terbiar melalui pembelaan tempat tinggal, kesihatan dan makan

minum.

8. Memberi kesedaran, mendidik, pendedahan, pengetahuan,

bimbingan kepada

masyarakat mengenai penjagaan sebenar haiwan kesayangan iaitu

kucing.

9. Menjadikan kucing sebagai sumber dan model pengikat kasih

sayang

kekeluargaan dikalangan masyarakat melalui perkongsian hobi

yang sama

iaitu memelihara kucing.

3.7.2 Pemilihan kucing peliharaan

Sebelum memelihara kucing, anda perlu membuat pemilihan

tentang beberapa aspek penting bagi menentukan kucing yang

dipelihara nanti tidak mendatangkan masalah kepada murid

bermasalah pembelajaran.

1. Memilih watak kucing          

    Pilih karektor kucing yang cergas, penyayang, aktif dan

manja. Jangan

memilih kucing yang agak liar dan sukar dikawal.

2. Memilih Warna           

    Anda harus pandai memilih warna kucing. Ini kerana faktor gen

warna

akan mempengaruhi anak kucing yang dilahirkan. Warna kucing

yang menarik

akan menambah keceriaan kucing tersebut.

3. Faktor kesihatan           

    Anda sebaiknya melihat bentuk gigi dan kelengkapan gigi

kucing, selain itu

lihat kebersihan telinga dan bentuk telinga. Kucing yang

memiliki penyakit

boleh membahayakan kanak-kanak serta orang yang memliharanya.

4. Periksa Seluruh Bulu dan Badan.            

    Periksa keseluruhan badan kucing bagi memastikan kucing

tersebut tidak

dijangkiti sebarang penyakit.

5. Periksa kad vaksinasi                

    Periksa rekod vaksinasi sekiranya ada untuk memastikan tahap

kesihatan

kucing.

3.7.3 Menjaga kebajikan kucing

Haiwan peliharaan yang dipelihara memerlukan penjagaan,

kebajikan dan kesihatan yang sama dengan seorang ahli keluarga.

Sebagai seorang pemilik haiwan yang bertanggung jawab, anda

seharusnya memastikan kebajikan kucing dijaga dengan baik.

Diantara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah

1. Makanan yang berkhasiat

2. Menjaga kesihatan

3. Sangkar yang bersih dan selesa

4. Tumbesaran yang seimbang

5. Keadaan fizikal yang sempurna

3.7.4 Penjagaan kucing

Haiwan peliharaan memerlukan penjagaan yang sempurna bagi

memastikan kesihatan dan kehidupan yang baik. Adalah menjadi

tanggung jawab pemiliknya untuk menyediakan segala keperluan yang

menjadi asas kepada kebajikan dan kesihatan haiwan berkenaan.

Kesihatan

(i) Makanan

- Menyediakan makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan

sesuai untuk

kucing.

- Makanan yang disukai kucing.

- Makanan yang bersih dan tidak tercemar.

(ii) Tempat tinggal

- Selesa dengan saiz yang sesuai

- Sentiasa bersih

- Jauh dari tempat yang kotor dan tidak selamat

- Dibuat dari bahan yang tidak membahayakan

- Mempunyai pengudaraan yang baik

Tip penjagaan kucing

1. Pastikan ia dihantar ke veterinar setiap bulan dan diberi suntikan bagi mengelakkan penyakit seperti leukimia,batu karang dan sebagainya.

2. Kucing juga perlu dimanja,hantarkan ke SPA untuk dibersihkan dari bulu,telinga,ekor dan sebagainya.

3. Beri ruang kepada kucing anda,jangan malas untuk melatihnyaagar biasa tidur dikandang kucing.

4. Pastikan anda memilih diet yang sesuai unutk peringkat umurkucing.Pemakanan kucing akan mempengaruhi karater najisnya.

5. Jangan berkira unutk membeli pasir khas agar bau najis kucing tidak tersebar di serata kawasan apartment anada.

6. Kucing perlu dikasi agar tidak mengawan dan membuat bising semasa mahu mengawan.

7. Pastikan anda menyedut segala balu dan habuk lebih kerap jika mempunyai kucing demi kualiti kesihatan anak-anak.

8. Gunakan cecair pembersih anti bakteria dan pengudaraan jugaperlu baik agar mengelakkan kuman dan penyakit.

9. Latih kucing anda agar betah unutk ke satu ruang saja dan tutup pintu gelongsor apabila melepaskan ia di ruang kediaman.

10. Buat jadual pemakanan kerana kucing juga adakala jelak apabila dihidangkan makanan yang sama .Anda juga boleh merangka jadual khas untuk dilepaskan agar mudah anda membersihkan ruang kembali selepas itu.

3.7.5 Penyakit-penyaki kucing

Di bawah ini disenaraikan beberapa jenis penyakit yang mungkin

dihidapi oleh kucing.

Feline Panleukopinia

( Feline Entritis ,Feline Distemper)

Etiologi : Parvovirus

Tanda-tanda klinikal:

Cirit-birit (diarrhoea)

Demam (fever)

Hilang selera makan (aneroxia)

Kehilangan air (dehydrated)

Muntah (Vomitting)

-Kadar kematian adalah tinggi khasnya dikalangan anak kucing

berumur 12 bulan dan mudah berjangkit ( contagious)

Feline Respiratory Disease Complax

(Feline Influenza, Feline Hepetitis)

Etiologi : Herpersvirus Calicivirus

Tanda-tanda klinikal:

Bersin (sneezing)

Batuk (coughing)

Hidung dan mata berair (eye & nasal discharge)

Tidak selera makan (anorexia)

Luka pada gusi dan lidah

Oleh kerana etilogi penyakit-penyakit ini adalah virus maka

tiada rawatan khusus yang boleh diberikan. Bagi mengawal dan

mencegah masalah ini setiap anak kucing hendaklah diberi suntikan

Imunisasi ( vaccination)

Suntikan : vaksin 4:1

Dose pertama : umur 9-12 mingguBooster : Selepas 2- 4 minggu

ulang setahun sekali

Feline infections peritonitis

(Corona virus) Tanda-tanda :

Dry form ( kurus kering)

Wet form/ ascites ( busung)

Tiada rawatan, tetapi vaksin hanya boleh melindungi 60% sahaja

Feline leukemia

Disebabkan genetic virus yang menyerang tulang hingga gagal

mengeluar sel darah merah.

Tiada rawatan ,hanya Vaksin sebagai pencegahan

Feline Hemobartonella (Serangan Fleas)

Tanda-tanda:

Kucing mengantuk dan lemah

Penyebab: Serangan protozoa dalam sel darah merah

Mycoplama

Tanda-tanda :

Menyerang mata ( Conjuctiva)

Rawatan Gentamycint, Oitment

Flutd ( kucing tak mahu kencing)

Tanda tanda :

FUS feline urinology system

Rawatan : masukan Cathether

Puncanya dalam makanan /Biskut kucing yang mengeluarkan protein

struvite.

Fungal infection

Punca penyakit: Microsparum cati, Trichopyton

Rawatan Cuci dengan iodine dan sapu dengan methlyne blue.

penggunaan anti fungal tidak disyorkan kerana menyebabkan

penyakit buah pinggang.

Mange/ scarbies/ kurap/ mites

Penyebab : Serangan sarcopties scaba, Notoedress cati

Rawatan –ivomecting (0.1 =5kg + propylene glycerol atau air

suling) suntikan di ulang 2 minggu kemudian.

Otodectic mange ( hama dalam telingga yang memakan body lymph)

Rawatan: Cuci telingga hingga bersih dan suntik ivomecting

Thiamine defe ( kucing jalan melengkong)

Penyebab : Kucing yang makan ikan mentah ( sering terdapat di

market )

Keracunan Penedol ( Paracetamol)

Tanda-tanda muka bengkak, mata biru, muntah

Rawatan : suntikan atropine

Helminthiasis ( bebanan cacing )

Penyebab: serangan cacing

Hookworm- berak berdarah

Trichuris- Cirit-berit yang tak henti- henti selang 2 hari

Stronggyles-Diorhea busuk dan melekat didubur

Tanda-tanda

Gatal di sekeliling anus

Rawatan : Pyrantel pomoat

Latihan

Senaraikan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk

memelihara kucing. Jelaskan fungsi peralatan tersebut.

Mengumpul Maklumat

Nyatakan prosedur penternakan kambing secara

komersial.

3.8 Rumusan

Setelah anda selesai mempelajari tajuk ini, diharapkan anda telah

mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Anda telah

memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang

Kemahiran Asas Untuk Berdikari. Berdasarkan pengetahuan yang

diperolehi diharapkan anda dapat membimbing murid-murid

melaksanakan kerja-kerja amali yang berkaitan dengan tajuk ini.

Anda juga digalakkan membuat rujukan berdasarkan pelbagai sumber

untuk mengukuhkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam

bidang ini.

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran Hidup-Jahitan

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran Hidup-

Perkebunan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Buku Panduan Kemahiran Hidup-

Pemeliharaan Haiwan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya. Bahagian PembangunanKurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. KPLI SR Mod Latihan Perguruan

Berasaskan Sekolah Kemahiran Hidup Untuk Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Minor Modul 1/3. Putrajaya. Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. KPLI SR Mod Latihan Perguruan

Berasaskan Sekolah Kemahiran Hidup Untuk Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Minor Modul 2/3. Putrajaya. Bahagian Pendidikan Guru.

Open University Malaysia. 2008. HBSE 3403 Kemahiran Hidup untuk Pendidikan

Khas 1. Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan dan Bahasa.

Open University Malaysia. 2009. HBSE 4203 Kemahiran Hidup untuk Pendidikan

Khas 2. Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan dan Bahasa.

PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

(PGSR PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

KAMARUL BAHRIN BIN MOHD. RADZI

PENSYARAHIPG KAMPUS IPOH

[email protected]@ipip.edu.my

M.Ed.(Pendidikan Khas)B.Ed. (Pendidikan Khas)Dip. Perguruan Khas (Pemulihan Khas)Sijil Perguruan Khas (Pemulihan Khas)

Pensyarah IPG Kampus IpohPeg.Khas Pend. Khas PPD Kuala KangsarPenyelaras Pendidikan KhasGuru Pendidikan Khas

NAMA KELAYAKANGuru Pemulihan Khas

AZMI BIN ABU BAKAR

PENSYARAHIPG KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA, KEDAH

[email protected]@ipda.edu.my

M.Ed.(Teknologi Pendidikan & Multimedia)B.Ed. (Pendidikan Khas)Dip. Perguruan Khas (Pemulihan Khas)Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Khas)

Pensyarah IPG Kampus DarulamanPeg. Khas Unit Pend. Khas JPN KedahPenyelaras Pendidikan KhasGuru Pendidikan Khas

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat