اﻟﺮﺣﯿﻢ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﷲ بﺳﻢ وﺻﺤﺒﮫ اﻟﮫ وﻋﻠﻰ اﻷﻣﻲ...

13
10/ 8/ 14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | ﯿﻢ ﻟ ﺮﺣ ا ﻟ ﺮﺣﻤﻦ ا اﺴﻢ1/ 13 i badur r ahm an99. wor dpr ess. com / 2011/ 09/ 11/ hal al syubhah- dan- har am / بﺳﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﯿﻢ اﻟﻠﮭﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﺳﯿﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻋﺒﺪك ورﺳﻮﻟﻚ اﻟﻨﺒﻲ اﻷﻣﻲ وﻋﻠﻰ اﻟﮫ وﺻﺤﺒﮫ وﺳﻠﻢH ALAL,SYUBHAH DAN HARAM 11 09 11 i 1 Vote J enis-Jenis yang halal Ketahuilah bahawa keterangan yang halal dan yang haram itu dapat dipelajari perinciannya di dalam kitab-kitab fiqh. Seorang murid tidak perlu lagi kepada huraian yang lebih lengkap, sebab di situ telah pun diterangkan mana-mana makanan yang telah difatwakan hukumnya sebagai yang halal, dan ia tidak lagi perlu mencari makanan selain dari yang telah ditentukan itu. Tetapi bagi orang yang memang sikapnya suka memakan bermacam-macam makanan, maka sudah tentulah ia memerlukan untuk mendalami ilmu agama yang menentukan mana yang dikatakan halal, dan mana pula dikatakan haram. Kini kita suka menunjukkan satu kesimpulan dalam pokok pembahagiannya; iaitu: 1. Sesuatu benda itu menjadi haram kerana keadaan zat benda itu sendiri, ataupun 2. Sesuatu itu menjadi haram kerana sesuatu punca dari segi cara memperolehinya.

Transcript of اﻟﺮﺣﯿﻢ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﷲ بﺳﻢ وﺻﺤﺒﮫ اﻟﮫ وﻋﻠﻰ اﻷﻣﻲ...

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

1/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

بسم اهللا الرحمن الرحیم

اللھم صل على سیدنا محمد عبدك ورسولك النبي األمي وعلى الھ وصحبھوسلم

HALAL,SYUBHAH DAN HARAM

11 09 11 i1 Vote

Jenis-Jenis yang halal

Ketahuilah bahawa keterangan yang halal dan yang haram itu dapat dipelajari perinciannya didalam kitab-kitab fiqh. Seorang murid tidak perlu lagi kepada huraian yang lebih lengkap, sebabdi situ telah pun diterangkan mana-mana makanan yang telah difatwakan hukumnya sebagaiyang halal, dan ia tidak lagi perlu mencari makanan selain dari yang telah ditentukan itu.

Tetapi bagi orang yang memang sikapnya suka memakan bermacam-macam makanan, makasudah tentulah ia memerlukan untuk mendalami ilmu agama yang menentukan mana yangdikatakan halal, dan mana pula dikatakan haram.

Kini kita suka menunjukkan satu kesimpulan dalam pokok pembahagiannya; iaitu:

1. Sesuatu benda itu menjadi haram kerana keadaan zat benda itu sendiri, ataupun

2. Sesuatu itu menjadi haram kerana sesuatu punca dari segi cara memperolehinya.

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

2/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

Membersihkan diri dan cara membelanjakan hartayang haram

Ada tiga cara untuk membersihkan diri dengan membelanjakan harta yang haram iaitu:

(1) Jika harta itu ada pemiliknya yang tertentu, maka hendaklah ia diserahkan kepadanya. Jika iasudah mati hendaklah diserahkan kepada ali warisnya. Jika ia tidak ada di dalam negeri (ghaib),maka hendaklah ditunggu kembalinya, ataupun dikirimkan harta itu kepadanya.

Begitu pula jika harta itu bertambah atau ada hasilnya, maka hendaklah ia menyimpan segalafaedah-faedah harta itu, sehingga pemiliknya kembali semula ke negeri itu, di mana harta ituharus diserahkan kepadanya.

(2) Jika harta itu tidak diketahui pemiliknya yang tertentu, dan setelah dicari tiada ditemui pula,dan tiada juga diketahui sama ada ia telah mati atau telah meninggalkan waris-waris yangtertentu.

Dalam hal ini tiada boleh dikembalikan kepada pemiliknya, malah ditahan harta itu sehinggaternyata perkaranya. Atau mungkin juga tiada boleh dikembalikan disebabkan orang yangmendakwa menjadi pemiliknya amat banyak bilangannya, sehingga sukar hendak ditentukanyang mana satu.

Dalam misal-misal yang tersebut, sewajarnyalah harta itu disedekahkan, sehingga tiada terbiarbegitu saja, dan lenyap manfaatnya kepada pemilik mahupun orang lain. Sekiranya ia sendiriseorang fakir yang berhak menerima sedekah maka boleh diambil dari harta itu sekadarnyasebagai sedekah untuk dibelanjakan atas dirinya dan atas tanggungannya.

(3) Jika harta itu berasal dari rampasan perang, ataupun daripada milik badan-badan yangmenguruskan kepentingan kaum Muslimin, maka hendaklah ia dibelanjakan kepada maslahatumum, seperti membina jambatan-jambatan, masjid-masjid, sekolah-sekolah agama dan jalan-jalan yang menyampaikan orang ramai ke Makkah al-Mukarramah, ataupun yangseumpamanya, yang mana manfaatnya dapat dirasakan oleh seumum kaum Muslimin bersama.

Membersihkan diri dan cara memisahkan harta

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

3/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

yang haram

Seorang yang bertaubat, dan dalam simpanannya ada sesuatu barang haram yang sudah tertentubendanya, seperti yang diambilnya dari rampasan atau yang diamanahkan kepadanya atausebagainya, maka perkaranya senang sekali; iaitu hendaklah ia memisahkan benda haram ituberasingan dan kembalikan kepada pemiliknya atau warisnya.

Sekiranya benda itu telah bercampur aduk, ataupun tidak dapat dipisahkan, misalnya benda yangserupa bentuknya seperti biji-bijian, mata wang, minyak; ataupun benda-benda yang bolehditentukan seperti rumah atau pakaian, ataupun benda-benda yang serupa jenisnya dan yangbiasa berlaku pada harta kekayaan, seperti seorang yang mendapat wang menerusi perniagaantetapi dia pernah berbohong dalam setengah perniagaannya ataupun seperti seorang yangmencuri minyak lalu ia mencampurkan minyak itu dengan minyak yang dipunyainya, demikianpula jika dia melakukan yang sama pada biji-bijian, atau wangnya.

Hukumnya jika benda yang dicampurkan itu diketahui kadarnya, seperti dia mengetahui bahawaseparuh dari jumlah hartanya itu adalah haram, maka wajiblah ia memisahkan kadar yangseparuh lagi.

Tetapi jika ia terkeliru, maka baginya ada dua jalan:

(1) Berpegang kepada apa yang diyakininya.

(2) Berpegang kepada yang lebih diberatkan oleh sangkaanya.

Mengambil sikap yang pertama lebih utama dari segi kewara’an, iaitu dengan memiliki hanyakadar yang sudah diyakini oleh dirinya sebagai halal saja.

Masalah: Barangsiapa mewarisi harta pusaka, sedang ia tiada mengetahui dari mana harta itudiperolehi oleh orang yang mewariskannya (orang mati itu); apakah dari usaha yang halalataupun dari usaha yang haram dan tiada pula tanda-tanda yang menentukan perkara sebenartentang harta itu, maka para ulama sepakat menghukumkan bahawa harta itu halal.

Tetapi jika ia mengetahui bahawa harta itu bercampur dengan yang haram, malangnya ia tiadamengetahui berapa kadarnya; maka dalam misal seumpama ini hendaklah ia mengeluarkan kadaryang disangsikan haram itu setelah ia menghalusi perkara itu. Sekiranya ia mengetahui, bahawasebahagian dari hartanya diperolehi secara penganiyaan, maka wajiblah ia mengeluarkan kadaryang disangsikan itu dengan berijtihad.

Ada pula setengah ulama mengatakan, tidak wajib ia mengeluarkan bahagian itu, dan dosanyatertimpa atas orang yang mewariskan harta itu.

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

4/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

Cara membersihkan diri dari penganiayaan kewangan

Ketahuilah, bahawa setiap orang yang bertaubat sedangkan dalam tangannya masih ada lagiharta yang bercampur aduk dengan yang haram, maka tugas utamanya ialah membedakan yangharam dan memisahkannya tersendiri.

Sesudah itu, ada suatu tugas lain, iaitu mengeluarkannya dan membelanjakannya. Kedua perkaraini harus diperhatikan oleh orang itu dengan cara-cara berikut:

1. Cara Memisahkan Harta Yang Haram

2. Cara Membelanjakan Harta Yang Haram

Ulasan lanjut akan disiarkan dalam posting berikut nanti.

Perbahasan lanjut tentang haram dan halal

Ketahuilah bahawasanya setiap orang yang ingin memberikan kepada anda makanan atauhadiah, ataupun anda ingin membeli sesuatu daripadanya atau hendak memberikan sesuatukepadanya, tidak perlulah anda memeriksa terlebih dulu, ataupun bertanyakan latar belakangnya,atau anda berkata pada diri sendiri: Ini antara hal yang belum aku meyakini penghalalannya,tidak patut aku menerima sekarang, bahkan aku harus memeriksanya terlebih dulu.

Dalam pada itu, bukanlah dalam semua hal harus mengambil sikap seperti di atas tadi, bahkanpada sesetengah persoalan harus menyelidiki dan bertanya, terutama sekali dalam perkarasyubhah yang masih diragukan.

Punca keraguan itu harus ditujukan kepada orang yang mempunyai harta itu, sama adaperibadinya masih diragukan, ataupun kejujurannya memang sudah terkenal dengan adanyasangkaan yang bersandarkan kepada bukti-bukti yang tertentu.

Kemudian kepada harta bendanya pula, adakah percampuran yang haram dengan yang halal,ataupun yang haram lebih banyak dengan adanya bukti-bukti yang sah. Andaikata yang haramlebih sedikit, ataupun pada sangkaannya memang tidak mungkin ada yang haram pada hartanyaketika itu, maka memakan dari hidangannya tidaklah haram hukumnya. Tetapi sewajarnya iamenyiasat untuk meyakinkan dirinya dan kalau boleh ditinggalkan lebih baik sebagai tandakewara’an.

Pertanyaan boleh diajukan kepada tuan punya harta itu, kiranya ia tiada terkira curang dalam

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

5/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

usahanya. Tetapi kiranya ia memang terkenal curang, umpamanya ia tiada mengenal jalan halal

dalam mengusahakan kekayaan, ataupun kata-katanya memang tidak dapat dipercayai, ataupunamanahnya masih dicurigai, maka hendaklah diajukan pertanyaan itu kepada orang lain.

Apabila perkaranya diberitahu oleh seorang yang dipercayai sekalipun seorang saja, maka beritaitu harus diterima dan dipercayai.

Begitu pula, jika perkaranya diberitahu oleh orang fasik yang kebenarannya tidak dapatdisangsikan, kerana tidak ada maslahat sampai ia boleh berbohong, maka boleh juga berita ituditerima dan dipercayai. Sebab maksud utama berita itu, ialah keyakinan dalam diri, dan dalamperkara serupa ini tempat yang menentukan ialah hati. Manakala hati pula mempunyai perhatianterhadap semua gerak-geri yang tersembunyi yang tidak dapat dijangkau oleh kuasa renunganlahiriah.

Oleh itu hendaklah diperhatikan perkara ini dengan sehalus-halusnya. Apabila hati merasa tenangpuas, maka menghindarkan diri dari perkara-perkara yang tidak suci menjadi suatu kewajibanyang mesti.

Peringatan berhubung kewara’an

Tiada harus seseorang itu mementingkan persoalan-persoalan kewara’an, melainkan denganbimbingan seorang alim yang teliti. Sebab kiranya ia melampaui batas yang ditentukan, lalumembuat sesuka hati tanpa berpandukan kepada arahan-arahan yang tertentu, nescaya akantimbul perkara-perkara yang membinasakan lebih banyak daripada perkara-perkara yangmembaikkan.

Orang-orang yang berlebihan-lebihan dalam kewara’an dikhuatirkan akan termasuk ke dalamgolongan mereka yang disifatkan oleh Allah Ta’ala dalam firmanNya:

“Mereka itulah orang-orang yang sesat perjalanannya dalam kehidupan dunia, sedang merekamenyangka bahawasanya mereka melakukan sesuatu perkara yang baik.” (al-Kahf: 104)

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Keutamaan orang alim ke atas orang ‘abid (banyak ibadatnya) seperti keutamaanku ke atas orang yangpaling rendah dari para sahabatku.”

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

6/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

Timbulnya syubhah kerana ada bercampur-aduknyaantara yang halal dengan yang haram

Syubhah ini timbul kerana ada bercampur-aduknya antara yang halal dengan yang haram,sedangkan perkaranya tidak boleh diperbedakan, ataupun dipisahkan antara satu dengan yang

lain.

Percampuran itu ada bermacam-macam contohnya:

(1) Percampuran yang berlaku dengan bilangan yang tertentu, misalnya seekor bangkai yangbercampur aduk dengan seekor binatang yang disembelih, ataupun bercampur aduk dengansepuluh ekor binatang yang disembelih.

Contoh yang lain: Seorang saudara perempuan sesusuan bercampur aduk dengan sepuluh orangwanita lain (yang tiada dikenali mana satu).

Inilah syubhah yang wajib dijauhi menurut ijma’ para ulama, kerana amat sukar dan tidak adajalan sama sekali untuk menyiasat atau berijtihad lagi, apatah lagi jika tanda-tandanya tidak dapatdikenali.

Menurut dasar hukum, yang bercampur aduk dengan bilangan yang tertentu (kecil) jadilah iaseperti benda yang satu, dan kemungkinan keyakinan penghalalanya dan pengharamannya samasedarjat.

Dengan itu hujah untuk memberatkan penghalalannya menjadi lemah, sedangkan wajahlarangannya dianggap lebih berat dalam kacamata syariat Islam, maka oleh itu hukumlarangannya lebih diberatkan.

(2) Percampuran haram yang sedikit dengan halal yang banyak. Misalnya: Jika bercampurseorang saudara perempuan sesusuan atau sepuluh saudara perempuan sesusuan dengan sekalianpenduduk wanita sebuah negeri yang luas. Maka hukumnya tiadalah dilarang ia untuk berkahwindengan sesiapa saja yang dipilihnya dari wanita-wanita negeri itu.

Alasannya ialah kemungkinan halalnya lebih berat, dan keperluan kepada perkahwinan pula tidakboleh ditahan. Seorang yang kehilangan saudara sesusuannya atau adik beradiknya, ataumahramnya kerana sebab beripar-ipar, ataupun kerana sebab-sebab lain, tiadalah wajar untukditutup kepadanya pintu perkahwinan.

Begitulah pula, jika ia meyakini bahawa semua harta kekayaan dunia ini telah bercampur adukdengan yang haram, tidaklah wajib baginya meninggalkan membeli barang atau memakansesuatu, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kesukaran pada jiwa dan diri.

Firman Allah Ta’ala:

“Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama.” (al-Haj: 78)

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

7/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

Perihal semacam ini pernah berlaku dalam zaman Rasulullah s.a.w. iaitu pernah dicuri perisaidalam zamannya ataupun pernah digelapkan sehelai baju ‘aba’ah dari harta rampasan perang,maka tiada seorang pun yang menahan dirinya dari membeli perisai atau baju ‘aba’ah dalamdunia. Begitu pula halnya kepada segala barang-barang curian yang lain.

Demikianlah halnya dengan keadaan Rasulullah s.a.w., baginda mengetahui adanya orang yangber mu’amalah dengan riba (bunga) pada hartanya, dirhamnya atau dinarnya tetapi Rasulullahs.a.w. dan para sahabat tidak pernah meninggalkan penggunaan dirham atau dinar sekali.

Adapun jika bercampur antara haram yang banyak dengan halal yang banyak yang tak dapatdihitung banyaknya, iaitu sebagaimana yang berlaku pada zaman kita ini, maka hukumnyatiadalah terlarang menggunakan sesuatu hanya semata-mata disebabkan percampuran itu, samaada berkemungkinan ia dari yang haram ataupun yang halal, sehingga dapat dikesan atauterbukti pada benda itu tanda-tanda yang menunjukkan ia itu haram.

Jika ada orang yang mendakwa, bahawa kebanyakan harta kekayaan pada zaman kita ini haram,maka itu adalah suatu dakwaan yang salah dan keliru. Mungkin dakwaan itu timbul keranakebanyakkan manusia hari ini telah rosak moralnya, dan mereka membanggakan keadaan itu,sekalipun perkara ini, jarang-jarang berlaku pada sesuatu tempat yang tertentu.

Mungkin sekali kerana ia menganggap bahawa penzina-penzina dan peminum-peminum araktelah berleluasa di mana-mana tempat, sebagaimana berleluasanya perbuatan perkara-perkaraharam yang lain, sehingga ia mengira orang-orang yang membuat kesalahan ini lebih banyak dariyang lainnya. Ternyata sangkaan serupa ini adalah salah, kerana mereka ini adalah sedikitbilangannya, jika dibandingkan dengan yang lain-lainnya, meskipun jumlahnya semakinbertambah.

Kesimpulannya, sesuatu benda itu dihukumkan halal selagi tidak ada padanya tanda-tanda yangtertentu yang menunjukkan bahawa ia itu haram.

Syubhah – keraguan pada sebab-sebabmenghalalkan atau yang mengharamkan

Dalam persoalan syubhah ini, wajar diperhatikan jika adanya keraguan pada sebab-sebab yangmenghalalkan atau yang mengharamkan.

Kiranya kedua-dua kemungkinan halal dan haramnya itu sama, maka hukumnya dikembalikankepada hukum yang telah ada sebelumnya, dan hukum inilah yang harus dipegang, dan tidakboleh ditinggalkan perkaranya terbiar di dalam keraguan terus-menerus.

Kemudian andaikata suatu kemungkinan baru ditimbulkan, mengalahkan (mengatasi)kemungkinan yang telah ada serta dibuktikan dengan dalil-dalil yang kuat dan mu’tabar (sah),

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

8/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

maka hendaklah dihukumkan menurut kemungkinan yang baru yang telah mengatasinya itu.

Perkara-perkara serupa ini tidak akan jelas melainkan dengan contoh-contoh dan dalil-dalil yangterang, maka oleh itu kami bahagikan kepada empat bahagian:

(1) Perkara yang telah nyata pengharamannya sebelum itu, kemudian timbullah keraguan dalamdalil atau hujah untuk menghalalkannya. Perkara serupa inilah yang dikatakan syubhah yangharus dijauhi dan diharamkan memberanikan diri untuk menghalalkannya.

(2) Perkara yang sudah diketahui penghalalannya lalu timbullah keraguan dalam dalil atau hujahuntuk mengharamkannya. Maka hukumnya yang diberatkan ialah halal dan harus dipegangdengan hukum yang tersebut.

(3) Perkara yang asalnya sudah jelas haram, akan tetapi timbullah sesuatu sebab yangmewajibkan perkara itu menjadi halal dengan suatu sangkaan yang kuat, sedangkan perkara itumasih juga dalam keraguan, hanya yang patut diberatkan ialah penghalalannya.

Dalam perkara serupa ini haruslah diperhatikan sebabnya terlebih dulu. Kiranya kemungkinanpenghalalannya bersandar kepada suatu sebab yang mu’tabar dalam hukum syariat, makahukum yang dipilih untuknya ialah halal, hanya menjauhinya dikira suatu kewara’an.

Misalnya: Seseorang pemburu memanah seekor buruan, tetapi binatang itu dapat melarikan dirisehingga bila ditemui didapati binatang itu sudah mati, dan tidak ada tanda-tanda lain padabadan binatang itu hanya anak panah pemburu itu saja, padahal berkemungkinan sekali bahawabinatang itu mati kerana jatuh terhempas atau kerana sebab-sebab lain, bukan kerana anak panahpemburu tadi.

Maka dalam hal yang serupa ini, hukum yang dipilih oleh syariat ialah halal, kerana luka tersebabanak panah tadi adalah sebab yang lahir yang menjadikan binatang itu mati, dan yang demikianitu telah terbukti. Jadi diberatkan hukum matinya binatang itu kerana terkena anak panah, danbukan kerana sebab-sebab yang lain, dan kemungkinan matinya oleh sebab-sebab yang lain itumasih diragukan dan tidak ada buktinya.

Dalam istilah hukum syariat, sesuatu yang telah ditentukan keyakinannya tidak boleh ditolakdengan lahirnya keraguan yang belum tentu betul.

(4) Perkara yang sudah diketahui penghalalannya akan tetapi timbul sesuatu yang baru dalamkemungkinan yang memberatkan pengharamannya, bergantung atas sebab yang mu’tabardalam syariat, maka hendaklah ditolak hukum asalnya yang halal dan dihukumkan haram.

Misalnya: Seorang yang meneliti keadaan dua bejana, lalu dengan ijtihadnya bersandarkankepada sesuatu tanda yang tertentu, dia dapat menentukan kemungkinan salah satu dari duabejana itu mengandungi najis, maka dalam hal serupa ini hendaklah dihukumkan harammeminum air dari bejana itu, sepertimana diharamkan mengambil wudhu’ dari air tersebut.

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

9/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

Beberapa persoalan berhubung syubhah

Dalam persoalan syubhah ini ada beberapa hal yang harus diperhatikan, iaitu:

1. Adanya keraguan pada sebab-sebab yang menghalalkan atau yang mengharamkan.

2. Syubhah yang timbul kerana bercampur-aduk antara yang halal dengan yang haram,sedangkan perkaranya tidak boleh diperbedakan, ataupun dipisahkan antara satu dengan yanglain.

3. Syubhah yang sebab penghalalannya berkait dengan maksiat. Ianya menjadi terlarang dalamcara berakad jual beli, meskipun akad jual beli itu tidak rosak, yakni tetap sah.

Ketiga-tiga perkara di atas akan diulas lanjut dalam posting akan datang.

Peringkat-peringkat syubhah

Bersabda Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan haram juga telah nyata, dan di antara keduanyaperkara-perkara yang masih diragukan (syubhah), yang kebanyakan orang ramai tiada mengetahui.Orang-orang yang memelihara diri dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yangtelah melindungi agamanya dan kehormatannya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara-perkarayang syubhah itu akan tergelincir pula ke dalam perkara yang haram, laksana seorang pengembala yangsedang menggembala di sekitar tempat larangan, akhirnya ia lalai memasuki tempat larangan itu.”

Hadis tersebut merupakan suatu nas yang menunjukkan tiga bahagian dari peringkat-peringkathukum, iaitu:

1. Perkara syubhah, iaitu peringkat yang paling rumit sekali antara tiga bahagian itu. Perkarasyubhah ini biasanya banyak orang ramai tidak mengetahui, oleh itu haruslah ia diberikanpenerangan seluas-luasnya, sebab perkara yang tiada diketahui orang ramai kadang-kadangdiketahui pula oleh orang sedikit, jadi patutlah ia dijelaskan kepada orang ramai.

2. Perkara halal mutlak, atau halal yang sudah jelas hukumnya iaitu perkara yang telah sunyizatnya (bendanya) dari segala sifat yang menyebabkan pengharaman pada benda itu, dan iaterlepas dari sebab-sebab yang menghukumkan pengharaman atau kemakhruhannya.

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

10/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

3. Perkara haram mahadh, atau haram yang sudah jelas hukumnya; iaitu perkara yang adapadanya sifat yang mengharamkan yang sudah tidak payah diragukan lagi, seperti arak keranaterlalu berat pengaruhnya terhadap diri, atau air kencing kerana sudah terang kenajisannya.Ataupun sesuatu yang diperolehi dengan cara-cara yang terlarang sama sekali oleh agama, sepertipenghasilan sesuatu dengan jalan penganiayaan atau riba atau yang seumpamanya.

Dua perkara yang halal dan yang haram itu telah jelas hukumnya. Kemudian akan dimasukkanke dalam dua kategori ini mana-mana yang telah ternyata perkaranya, tetapi besar kemungkinanberubah keadaannya kelak, dan kemungkinan perubahannya tidak ada sebab-sebab yang tertentuyang boleh menunjukkan kepada perubahan itu. Kemungkinan yang tiada dapat dicarikandalilnya, sama seperti kemungkinan yang tiada pada bendanya.

Ada pun perkara syubhah itu ialah segala sesuatu yang belum jelasnya perkaranya, umpamanyadua keyakinan yang timbul dari dua sebab yang berkaitan dengan kedua-dua keyakinannya tadi.

Beberapa kisah kewara’an para siddiqin

Diceritakan suatu peristiwa dari Ibnu Sirin, bahawasanya ia telah menolak untuk menerima darikongsinya wang sebanyak 4,000 dirham, kerana terlintas di dalam hatinya bahawa orang itu tidakbersih, meskipun para alim ulama dalam zamannya telah bersepakat mengatakan bahawa tidakada apa-apa yang harus diragukan tentang wang tersebut.

Peristiwa lain yang diceritakan oleh setengah orang, bahawa seorang ahli salaf harus menerimawang yang diberi pinjam sebanyak 100 dirham dari seseorang yang berhutang. Apabila hutang itumahu diselesaikan, dia hanya menerima 99 dirham saja, dibiarkan satu dirham yang baki pada sipiutang, kerana dikhuatiri barangkali dengan menerima secukupnya 100 dirham itu nanti terdapatkelebihan dari hak yang mesti diterimanya.

Ada setengah mereka pula, bila dalam perniagaan, mereka sentiasa menerima kurang sebutirdalam timbangan dan bila menjual mereka sentiasa melebihkan sebutir pula.

Di antaranya ada pula yang menjaga betul-betul tentang barang-barang yang direlakan olehorang, sama ada yang berupakan kelebihan atau kekurangan, kerana jika telah direlakanmemanglah halal hukumnya. Tetapi dikhuatiri cara begitu akan membuka pintu, atau menjaditabiat baginya untuk membuat perkara yang serupa kepada orang lain, sehingga tabiat itumenjadi biasa pula; iaitu bila memberi suka mengurangkan dan bila menerima suka dilebihkan.Dengan begitu, tidak dapat tidak jiwanya akan jauh dari bersifat wara’.

Membicarakan tentang kewara’an lagi, ada setengah orang sampai enggan mengambil debu daritembok rumahnya sendiri, bila rumah itu disewakan, kerana dikhuartiri dia tiada berhak di atas

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

11/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

debu itu.

Pernah diceritakan dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pada suatu masa ketika beliau menyukatminyak wangi bagi kaum Muslimin, beliau menutup hidung supaya tidak tercium baunya. Setelahselesai menyukat, beliau lalu berujar kepada orang ramai di situ: Ya bukankah minyak wangi itutidak ada manfaatnya selain dari baunya saja.

Cerita yang lain tentang kewara’an ialah ada seorang yang sedang menunggu orang yang sakittenat, lalu pesakit itu pun meninggal dunia pada malamnya. Maka berkatalah orang yangmenunggu itu tadi: Kini matikanlah lampu-lampu yang ada, kerana lampu-lampu dan minyaknyasekarang telah berpindah milik kepada para waris.

Yang lain lagi ialah mengenai peristiwa al-Hasan bin Ali r.a. ketika masih kecil, telah memakansebiji kurma sedekah, maka Rasulullah s.a.w. pun mengorek mulutnya seraya berkata: Kakh…Kakh, yakni keluarkan ia… keluarkan ia!

Pernah diceritakan sebelum ini bahawa Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq telah memuntahkan susuyang diberi minum oleh hamba sahayanya, semata-mata kerana ia hasil upah dari ramalan yangdibuatnya oleh hamba sahayanya itu.

Beliau telah melakukan itu kerana takut perutnya dimasuki sesuatu yang haram, ataupun yangharam itu akan menambah kekuatan dalam badannya, padahal bila meneguknya beliau tiada

mengetahui sumber minuman itu dari mana, dan menurut hukum tidak wajib memuntahkannyasemula. Akan tetapi membersihkan perut dari segala yang jelek itu adalah suatu sifat wara’ parasiddiqin.

Sebagai kesimpulan mengenai perkara yang dibicarakan ini maka setiap kali seseorang hamba itumenjaga diri dengan tegas dari yang diragukan kebersihannya, setiap itulah bebanannya akanmenjadi ringan kelak di Hari Kiamat, dan ia akan terjauh dari neraca kejelekan, manakala neracakebajikannya akan menjadi lebih berat pula.

Kini anda telah mengetahui kedudukan yang sebenarnya, maka terserahlah kepada anda untukmembuat pilihan. Anda boleh mengambil sikap berhati-hati dan memelihara diri, ataupun bolehjuga mengambil sikap mempermudah dan meringankan.

Tetapi sebaliknya hendaklah anda berjaga-jaga kalau perkara itu bagi kepentingan diri sendiri dantidak mengapalah dipermudahkan kalau perkara itu menyentuh kepentingan orang lain.

Haram kerana cara memperolehinya

Selain dari sesuatu benda itu boleh menjadi haram kerana sesuatu sifat, satu lagi sebab sesuatu

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

12/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

benda itu menjadi haram adalah kerana punca usaha tangan ke atasnya, yakni caramemperolehinya. Cara punca ini terbahagi kepada tiga bahagian di bawah:

1. Sesuatu yang diperolehi tanpa ada pemiliknya, seperti memperolehi galian dari tanah ataumenghidupkan tanah yang mati, memburu, mengutip kayu-kayan, mengambil air dari sungaidan memotong rumput, maka semua ini adalah halal dengan syarat segala yang diperolehi daribenda-benda yang tersebut tadi tidak terkhusus kepunyaan seseorang, tegasnya tidak adapemiliknya yang sah.

2. Sesuatu yang diperolehi secara paksa dari orang-orang yang tiada dilindungi oleh hukumagama, seperti fai; iaitu harta pampasan dalam peperangan atau, ghanimah; iaitu pembahagianharta yang diperolehi dalam peperangan. Begitu juga dengan harta kekayaan orang-orang kafiryang masuk berperang dengan kaum Muslimin. Maka segala harta benda seumpama itusemuanya halal bagi kaum Muslimin, setelah dikeluarkan daripadanya seperlima bahagiansebagai zakatnya, kemudian boleh dibahagikan-dibahagikannya kepada orang-orang yangberhak secara adil dan jujur.

Harta benda yang dirampas dari orang-orang kafir yang telah dilindungi oleh Pemerintah Islam,atau yang telah diberikan keamanan dan perjanjian oleh Pemerintah Islam, tidak halal untukdimiliki, melainkan harus dikembalikan kepada yang mempunyainya.

3. Sesuatu yang diperolehi dengan jalan tukar-menukar dengan syarat masing-masing, makahukumnya halal juga dengan syarat harta warisan yang akan diwarisi itu didapati dengan carayang halal (bukan haram).

Harta warisan itu hanya boleh dibahagi-bahagikan, setelah ditunaikan segala piutang si mati, dansesudah dijalankan wasiat yang ditinggalkannya terlebih dulu. Manakala pembahagiannyakepada ahli waris pula, mestilah dijalankan dengan adil menurut syariat; iaitu sesudah dikeluarkanhak-hak atas si mati, seperti haji yang wajib, zakat yang belum dikeluarkan atas hartanya dankaffarah (denda yang mesti dibayar) dan sebagainya.

Masih ada lagi bahagian-bahagian yang lain, tetapi memadailah di sini kami terangkan pokok-pokok yang penting saja.

Walau bagaimanapun, perlu bagi setiap murid mengetahui, bahawa segala yang dimakannya itubenar-benar dari jurusan-jurusan yang diredhai Allah. Kalau tidak, maka sewajarnya diamenanyakan seorang alim yang mengetahui tentang perkara itu.

Awas jangan sekali-sekali memberanikan diri membuat sesuatu dengan kejahilan, sebabsebagaimana orang alim itu akan disoal: Mengapa engkau telah menyalahi ilmumu bilamelakukan sesuatu, maka orang jahil juga akan disoal: Mengapa engkau tetap dalam kejahilanmudan tidak mahu belajar, sesudah engkau mengetahui bahawasanya: Menuntut ilmu itu wajibatas setiap Muslim.

SUMBER:

http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2011/02/02/kitab-halal-dan-haram-kandungan/(http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2011/02/02/kitab-halal-dan-haram-kandungan/)

10/8/14 HALAL, SYUBHAH DAN HARAM | بسم اهللا الرحمن الرحیم

13/13ibadur r ahm an99. wordpress. com /2011/09/11/halalsyubhah-dan-haram /

LEAVE A COMMENT

CATEGORY:

FIQH

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Spectrum Theme.

Follow

Follow “بسم اهللا الرحمن الرحیم”

Powered by WordPress.com

About these ads(http://wordpress.com/about-these-ads/)