Variasi bahasa, bahasa isyarat

28
DISEDIAKAN OLEH: ABDUL NAJIB B. AWANG @ ABDUL HALIM Variasi Bahasa, Bahasa Isyarat dan Perbezaan Sistem Antara Bahasa

Transcript of Variasi bahasa, bahasa isyarat

Page 1: Variasi bahasa, bahasa isyarat

DISEDIAKAN OLEH:

ABDUL NAJIB B. AWANG @ ABDUL HALIM

Variasi Bahasa, Bahasa Isyarat dan Perbezaan Sistem Antara Bahasa

Page 2: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi.

Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.

Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.

Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.

Bahasa Isyarat

Page 3: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.

Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.

Page 4: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Contoh Bahasa Isyarat :Agama Budaya dan Perayaan Ganti Nama Kata Bantu Kata Kerja Kata TanyaKecacatanKeluargaKenderaan

Page 5: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Kod AngkaKod HurufKomunikasiMasaPekerjaanPerasaanSukanUcapan RingkasWarna

Page 6: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu

Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.

Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan

keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.

Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.

Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.

Variasi Bahasa

Page 7: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu.  Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.

Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu.  Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 

Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza.

Page 8: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.  Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. 

Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.

Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.

Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. 

Page 9: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Tujuannya supaya mudah difahami.Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri

kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.

Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.

Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

Page 10: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu.

Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.

Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

Variasi Bahasa (Dialek)

Page 11: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dialek sosial dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Dialek selalunya digunakan dalam situasi formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan pengguna bahasa yang mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal.

Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan nada sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya.

Page 12: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek.

Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya ialah variasi daripada bahasa Melayu. Dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia, terdapat pula ideolek-ideolek, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi sebagai akibat perbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek, tetapi penutur-penuturnya masih boleh saling bersefahaman antara satu sama lain. Fonemena seperti inilah yang telah menarik perhatian ahli-ahli bahasa untuk membuat kajian mendalam terhadap dialek-dialek tersebut.

Terdapat beberapa unsur yang membezakan sesuatu dialek dengan dialek yang lain, antaranya ialah;

Idiolek ialah variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. Ia merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.

Isoglos atau garis sempadan linguistik ialah satu pemisah antara dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa.

Page 13: Variasi bahasa, bahasa isyarat

1. Sebutan; contohnya, perkataan `air' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

2. Tatabahasa; struktur ayat pasif dalam dialek Kelantan misalnya boleh menyebabkan berlaku silap faham, contohnya ayat 'Saya ke hospital untuk disuntik oleh doktor' akan menjadi "Saya gi spital cocok doktor" (Kasihan doktor di hospital yang disuntik oleh pesakitnya, bukannya dia yang menyuntik pesakit!)

3. Kosa kata ; contohnya, berlari dalam dialek Kelantan disebut hungga, manakala mendung disebut sebagai jo'ong. Bekwoh (dialek Kelantan) sama maksudnya dengan makan gulai di Terengganu yang membawa maksud kenduri. Rakan saya dari Melaka tertanya-tanya apabila saya memujinya dengan perkataan 'jangok' (cantik/ suka berhias)

4. Kata ganti nama diri; contoh ambo dan kawe (dialek Kelantan bermaksud saya), hang (dialek utara bermaksud kamu), mike (dialek Perak bermaksud awak)

Page 14: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

Page 15: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.

Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan,

bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan

ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal dan Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Bebas Ayat yang tidak gramatis. Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi,

pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa. Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi

you masih hendak ke tempat tu. Bahasa Terkawal

Ayat yang gramatis Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.

Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan,

intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya. Ciri-ciri lain: a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

Page 16: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Bahasa SlangaBahasa tidak rasmi, tidak baku.Dianggap lebih rendah tarafnya daripada

bahasa standard.Menggunakan kata-kata remaja seperti brader,

pakwe, mengancam, sekeh, boring.Bahasa Basahan

Juga disebut sebagai bahasa kolokial.Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa

cakap mulut.Merupakan bahasa pertuturan harian dalam

konteks tidak rasmi.

Page 17: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:

(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa

(b) bentuk kependekan

Bahasa Baku Bahasa Basahan

Mengapa Kenapa

Bagaimana Macam mana

Sedang Tengah

Bahasa Baku Bahasa Basahan

Hendak Nak

Tidak Tak

Sudah Dah

Page 18: Variasi bahasa, bahasa isyarat

perubahan bunyi

Bahasa Pasar Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa

bukan Melayu Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda

penutur. Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan

penggunaan penjodoh bilangan. Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang

pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua). Menggunakan banyak sebagai kata penguat, contoh: banyak

cantik. Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya

barang, apa punya budak.

Bahasa Baku Bahasa Basahan

ambil ambik

kecil kecik

pula pulak  

Page 19: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Bahasa Halus Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang

dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.

Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.

Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.

Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.

Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua. Berikut diturunkan beberapa contoh:

Bahasa Basahan Bahasa Halus

kencing Buang air kecil

berak Buang air besar

mengandung/bunting Berbadan dua kubur makam

Page 20: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Bahasa KasarBahasa yang dhamburkan dengan mengikut

perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.

Page 21: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Ciri-ciri bahasa baku dan dialek Bahasa baku

Untuk tujuan rasmi Tiada mempunyai penutur asli Mematuhi peraturan

tatabahasa Digunakan dalam konteks

formal Pelbagai laras Bersifat fonemik Mengalami perancangan yang

sistemik Menggunakan perkatan yang

lengkap dan tepat Tiada unsur kependekan Tersusun Menekankan ketepatan dan

kejelasan makna

Dialek Tujuan tidak rasmi Tidak mementingkan

tatabahasa Banyak menggunakan istilah

berdasarkan daerah Menggunakan bahasa biasa

yang bersifat tidak formal Menggunakan imbuhan

tertentu atau tidak sama sekali Menggunakan sebutan yang

tidak tepat atau tidak mengikut ejaan

Banyak menggunakan unsur kependekkan kata

Secara lisan Sistem sapaan yang berbeza

Page 22: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Ciri-ciri bahasa formal dan bahasa tidak formal

Bahasa formal Mematuhi peraturan tatabahasa

yang ditetapkan Ayat-ayat diucapkan dengan

intonasi yang betul. Menggunakan bahasa baku Menggunakan kata ganti diri dan

bentuk sapaan atau gelaran yang formal.

Tidak menggunakan nama sendiri, nama ringkas atau nama timangan.

Tiada unsur kependekan kata dan pencampuran kod

Menggunkan kosa kata yang lebih halus dan sopan.

Binaan dan susunan ayat yang betul.

Mematuhi format tertentu seperti ucapan, ceramah dan persuratan.

Bahasa tidak formal Tiada terikat kepada peraturan

tatabahasa. Binaan ayat tidak perlu

tersusun dan tanpa intonasi yang sempurna,

Menggunakan kata ganti diri yang lebih mesra dan penggunaan nama sendiri.

Penggunaan gelaran kekeluargaan dan panggilan yang lebih intim.

Terdapat unsur percampuran kod dan kependekkan kata.

Pemilihan kosa kata lebih dipengaruhi dialek daerah dan tidak begitu mementingkan kehalusan bahasa.

Page 23: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Bahasa kasar dan halusBahasa halus

Diucapkan dengan nada yang lembut dan rendah diri

Pemilihan diksi memperlihatkan kesopanan

Menggunakan tatabahasa yang lengkap dan teratur

Menggunakan kata ganti nama diri yang lengkap dan sopan

Menggunakan peribahasa atau kiasan

Bahasa kasarPenggunakan kata yang

kesat dan kurang menyenangkan pendengarannya

Menggunakan kata sindiran

Penggunaan kata ganti nama diri yang kurang sopan

Tidak menggunakan peraturan nahu yang lengkap

Penggunaan dalam emosi yang negatif

Page 24: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Ciri-ciri bahasa istana dan bahasa biasaBahasa istana

Penggunaan kata dan ungkapan yang khusus

Penggunaan kata ganti nama diri orang

Penggunaan gelaran dan rujukan kehormat

Penggunaan unsur pemulukan (menyanjung raja) dan pendinaan (merendah-rendahkan dirinya)

Bahasa biasa Menggunakan struktur ayat

yang mudah Tidak mengikut peraturan

tatabahasa Kosa kata atau perkataan

yang mudah difahami Terdapat juga pemilihan

kata-kata yang kurang sopan. Unsur singkatan atau

kependekkan kerap digunakan

Menggunakan kata ganti nama diri mengikut kesesuaian

Terdapat pencampuran kod.

Page 25: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Bahasa baku

Dialek kedah

Dialek perak

Dialek kelantan

Dialek terengganu

Dialek negeri sembilan

Air Ayaq Ayo Aye Aye Aye

Apa Apa Ape Apo Ape Apo

Pergi Pi Pegi Gi Gi Poyi

Ular Ulaq Ulo Ula Ulo Ula

Contoh dialek

Page 26: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Tangkap relaks la brader. Gua tak main cintan sama lu punya awek

BroPoyoSempoiKantoiTangkap lentokCoolCundll

Dialek sosial Contoh bahasa Slanga/bahasakutu/bahasa rocker

Page 27: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Variasi daerah sesuatu bahasa dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti politik, geografi, dan kebudayaan.

Penduduk awal di sesuatu daerah akan meninggalkan warisan linguistiknya. Contohnya kertas pencucui tangan disebut “serviette” dalam bahasa inggeris moden Canada, ini disebabkan oleh pengaruh penduduk Perancis di Quebec.

Penempatan pendatang seringkali memperlihatkan petunjuk terhadap sempadan dialek.

Pembahagian politik dan keagamaan mewujudkan perbezaan dialek kawasan.

Sempadan fizikal geografi juga telah memberikan sumbangan terhadap dialek daerah.

Secara ringkasnya dapat dikatakan bahawa kelainan daerah sesuatu bahasa pada dasar dipengaruhi oleh sejarah penempatan dan juga aspek ilmu alam.

Variasi Daerah

Page 28: Variasi bahasa, bahasa isyarat

Iaitu bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seseorang penutur, khasnya ia bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.

Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal hingga kepada bentuk yang agak formal.

Satu anologi dapat dibuat antara variasi stilistik dalam sesuatu bahasa itu dengan variasi cara berpakaian.

Variasi Stilistik