BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

67
BAB 2 BAHASA DAN VARIASI BAHASA DALAM MASYARAKAT BAHASA

description

bahasa

Transcript of BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Page 1: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

BAB 2

BAHASA DAN VARIASI BAHASA DALAM

MASYARAKAT BAHASA

Page 2: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

BAHASA

• Bahasa ialah alat komunikasi yang digunakan oleh manusia dalam masyarakat kehidupannya sehari-hari untuk bekerjsama dan berhubungan bagi melestarikan kebudayaannya serta menyebarkan dan mengembangkan pemikirannya dalam kalangan para anggota masyarakatnya serta generasi penerusnya.

• Beberapa orang tokoh bahasa memperincikan pengertian bahasa seperti berikut:

Page 3: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Sapir (1921)Suatu kaedah bukan naluri (noninstinct) bagi manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi, dan keinginan melalui simbol-simbol yang lahir secara sedar

• Bloch & Trager (142)Suatu sistem lambang-lambang bunyi vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi.

• Chomsky (1957)Suatu set ayat yang mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad.

Page 4: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Ferdinand de Saussure (1974)

Sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya bersifat psikologi. Gabungan dan hubungan kedua-duanya dalam rantaian ucapan mestilah mengikut hukum-hukum tatabahasa.

• Nababan (1984)

Suatu sistem perisyaratan (semiotik) yang terdiri daripada unsur-unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu (fonem, morfem, kata, frasa, klausa, dan ayat).

Page 5: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Asmah Haji Omar (1988)

Bahasa ialah firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut.

Page 6: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

FUNGSI BAHASA

• Bahasa mempunyai pelbagai fungsi iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan seperti menggambarkan sesuatu suasana atau fungsi representasi.

• Nababan (1984) menyenaraikan 4 golongan fungsi bahasa iaitu

1. Fungsi kebudayaan

2. Fungsi kemasyarakatan

3. Fungsi perorangan

4. Fungsi pendidikan

Page 7: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Fungsi Kebudayaan

• Bahasa menjadi sarana untuk mengembangkan sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa.

• Melalui bahasa, unsur-unsur kebudayaan, sifat sesuatu kebudayaan bangsa dapat dibiakkan dikembangkan, disebarkan, diperluaskan, dan

• Bahasa juga berfungsi sebagai jalur, relung, atau laluan untuk meneruskan dan melestarikan sesuatu kebudayaan (dari satu generasi ke satu generasi).

• Bahasa menjadi penyenarai, pemaktub, dan penginventori ciri-ciri atau fitur kebudayaan.

Page 8: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Fungsi Kemasyarakatan

• Terbahagi kepada 2 iaitu:1. Berdasarkan bidang pemakaian bahasa(penggunaan bahasa dalam masyarakat)2. Berdasarkan ruang lingkup

a. Bahasa kelompok (kawasan kedaerahan)b. Bahasa kebangsaan berfungsi sebagai lambang kebanggaan

kebangsaan, lambang jati diri bangsa, dan sebagai alat penyatuan suku kaum dan bangsa

Page 9: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Fungsi Perorangan

• Melibatkan 7 fungsi bahasa oleh Halliday (1973)1. Fungsi instrumental

Penggunaan bahasa untuk mengarah atau meminta sesuatu

2. Fungsi pengendalianPenggunaan bahasa untuk mengawal dan mengendalikan peristiwa yang berlaku.

3. Fungsi pemerianPenggunaan bahasa untuk membuat

penyataan, menyampaikan fakta, menjelaskan, atau melaporkan

Page 10: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

4. Fungsi interaksi Penggunaan bahasa untuk mewujudkan perhubungan antara sesama individu

5. Fungsi peribadiPenggunaan bahasa untuk meluahkan

perasaan, emosi, keinginan (bersifat peribadi)6. Fungsi heuristik

Penggunaan bahasa untuk mendapatkan ilmu pengetahuan (bertanya)

7. Fungsi khayalanPenggunaan bahasa di luar sedar dan

boleh diinterpretasi dalam bentuk penulisan (cerita)

Page 11: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Fungsi Pendidikan

• Terbahagi kepada 4 iaitu:1. Fungsi integratif

Penggunaan bahasa sebagai alat penyatuan kaum (bahasa Melayu diajar di sekolah kepada semua pelajar)2. Fungsi instrumental

Penggunaan bahasa untuk mendapatkan sesuatu seperti status, pekerjaan dll (untuk belajar di UUM, pelajar antarabangsa

perlu lulus ujian penempatan bahasa Melayu dan Inggeris)

Page 12: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

3. Fungsi kultural (budaya)

Penggunaan bahasa untuk mengenali dan menghargai sesuatu sistem nilai dan cara

hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat.

4. Fungsi penalaran

Fungsi yang memberi lebih banyak tekanan kepada penggunaan bahasa sebagai alat berfikir, bertaakul, mengerti dan menciptakan konsep-konsep.

Page 13: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

DIALEKDIALEK KELANTAN

kawe punyo saingsaing sepermaineKemano ado dio selalu ado kawe

Dio amak comeJugo baik hatiDio selalu ado waktuUntuk tulong kawe Namung kawe bengoowwKetiko dio ghoyak cintoDe dio jugok ghoyak Tuk ingin jadi gewe kawe

DIALEK NOGORI

den punyo tomantoman sepermainanmano ado den selalu dio pun ado

Dio amek la lawaJugo baik hatiDio selalu ado waktuUntuk tolong den

Namun den bingung tiko dio koba cintodio pun kobanak jadi buah ati den

Page 14: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

DIALEK MELAYU SARAWAK

kamek ada kawankawan sepermainandi siney ada ennya, di siya ada kamek ennya ennang kacakjuak bait atiennya selalu adauntuk tolong kamek

yang kamek bingungbila ennya madah ennya sukangan kamekdan ennya ada madah juakennya teringin nak jadi gerek ennya..

DIALEK KEDAH

cheq ada kawankawan selalu dok main tang mana ada cheqtangtu mesti dia ada

dia segak sungguhpaihtu amat baguihdia selalu ada masa dok mai tulong cheq

yang dok buat cheq runsintang dia habaq ada hati kat cheqdia habaq mai lagiteringin nak buat cheq jadi markadia

Page 15: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

DIALEK TERENGGANU

Aku ade temangTemang sepemainangKat ane ade die sokmo ade aku

                Die manih letiengHati die pong baikDie sokmo ade maseNok tulong akuu

                                              Tapi aku bengongMase die kabo nok kasehPahtu die kate pulokNok jadi kaseh betol

DIALEK JAWA

aku ono  koncokonco sak mainannang endi ono de'e nang kunu lah ono aku

de'e ayu bangetkambek apik atinede'e ono wa'e wetugawe rewang sama aku

Gawe aku mumetwetu de'e ngomong cintode'e jugak ngomongkearep djadikan endot'te

Page 16: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Umumnya dialek ialah satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi bentuk sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa baku.

• Dialek didefinisikan sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

• Ia mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk baku (dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata-kata - leksikal) tetapi perbezaannya tidak begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Page 17: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Dialek juga difahami sebagai satu kelainan bahasa yang masih ada ciri-ciri dan sifat-sifat saling memahami.

• Penentuan status sesuatu dialek kadang-kadang kabur dan menyukarkan kerana pelbagai faktor, misalnya berkaitan garis sempadan politik.

• Terbahagi kepada 3 pecahan iaitu:

1. Dialek sosial (social dialect)

2. Dialek daerah (regional dialect)

3. Dialek seketika (temporal dialect)

Page 18: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Dialek Sosial

• Dialek sosial juga dikenali sebagai dialek kelas atau sosiolek.

• Dialek ini digunakan oleh kumpulan penutur mengikut kelas sosial mereka.

• Dalam dialek sosial juga terdapat beberapa kelainan bahasa seperti bahasa kasar, halus dan neutral.

• Semua kelainan sosial ini menunjukkan ciri-ciri pengguna bahasa yang ditentukan oleh situasi sosial.

Page 19: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Penggunaan bahasa berserta susun lapis masyarakatnya adalah berasaskan susun lapis (stratifikasi) masyarakat Melayu, kerana dalam masyarakat Melayu terdapat satu susun lapis masyarakat yang berbeza kedudukan dan juga bahasanya.

• Keadaan ini boleh dijelaskan melalui gambar rajah susun lapis masyarakat berikut:

Page 20: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Bahasa Diraja

Golongan pemerintah Bahasa bangsawanBahasaMelayu dan Golongan Bahasa haluskelas masyarakat Bahasa kasarmasyarakatnya kebanyakan Bahasa kesat

Golongan masyarakat bukan Melayu

Bahasa pasar

Page 21: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Dialek Daerah

• Dialek daerah atau regional dialect, local dialect, geographical dialect, territorial dialect ialah dialek yang dituturkan oleh kumpulan manusia dalam satu-satu kawasan geografi.

• Za’ba (2002) menjelaskan dialek / bahasa daerah sebagai rupa bahasa yang terpakai dalam percakapan dalam satu-satu daerah atau bahagian negeri dengan mempunyai pelat sebutan yang terkhas bagi daerah itu dan berlainan daripada bunyi sebutan bahasa umum yang rata-rata dipakai dalam perhubungan umum, dalam percakapan, dan suratan.

Page 22: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Konsep ruang bagi dialek daerah dikenali sebagai ruang geografi linguistik iaitu suatu kawasan tempat satu jenis kelainan bahasa yang sama dituturkan.

• Sempadan kawasan geografi linguistik ditandai oleh satu garis khayalan yang disebut sebagai isoglos.

• Pada garis isoglos, dialek di dalam satu kawasan bercampur dengan dialek di dalam kawasan yang berhampiran.

• Penentuan dialek daerah banyak bergantung kepada ruang geografi politik / sempadan negeri.

Page 23: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Dialek Seketika

• Dialek seketika juga dikenali sebagai dialek temporal atau State of Language / Etat de Langue.

• Dialek ini dilihat dari sudut zaman, iaitu penggunaan dialek mengikut perkembangan zaman seperti bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu zaman Melaka, bahasa Melayu zaman Johor Lama, bahasa Melayu zaman pramoden, dan bahasa Melayu zaman moden.

• Antara satu zaman dengan zaman yang lain terdapat perbezaan dari segi bunyi dan perkataan.

Page 24: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Teori Berkaitan Dialek• Area Defined Theory

Teori yang berasaskan kepada kewujudan dialek disebabkan oleh perbezaan daerah.

• Socially Defined TheoryTeori yang berasaskan kepada perbezaan dialek disebabkan oleh tatatingkat masyarakat.

• Marked Pattern TheoryTeori pola bertanda iaitu setiap dialek mempunyai ciri-ciri bunyi atau yang lainnya yang khas sebagai perbezaannya dengan dialek yang lain.

Page 25: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Drift Theory (Teori Hanyut)Bahasa akan terus berkembang selagi masyarakat penggunanya bertambah. Ia akan terus meresap ke dalam bahasa lain atau dialek lain.

• Different Locality Theory (Teori Perbezaan Lokaliti)Sesuatu bahasa berbeza disebabkan oleh daerah yang berbeza kerana pengalaman dan pengetahuan yang berbeza.

• Wave Theory (Teori Gelombang)Bentuk-bentuk bahasa berasal dari satu jenis dialek atau bahasa dan selepas itu mengembang dan tersebar luas ke kawasan yang lebih besar menjadi bahasa / dialek yang ada kaitan dengan induknya yang asal.

Page 26: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Faktor Kewujudan Dialek

• Kawasan / geografiTerpisah dari segi tempat/kawasan. Keadaan muka bumi yang berbeza seperti gunung, pulau, sungai besar dan lain-lain lagi. Contohnya dialek Kedah dan Kelantan berbeza disebabkan terpisah oleh Banjaran Gunung Titiwangsa.

• Penjajahan / politikBahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia walaupun dari induk yang sama iaitu Melayu-Riau tetapi terpisah apabila dipengaruhi oleh politik yang berbeza – Tanah Melayu (Inggeris), Riau (Belanda).

Page 27: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• PengalamanPengalaman-pengalaman yang berlainan menghasilkan dialek yang berlainan seperti kata yang digunakan berbeza dari segi sebutan atau tidak wujud ditempat tersebut. Contohnya perkataan gewe, gerek, kaseh, buah ati, endot, marka.

• MasaDalam bahasa Melayu terdapat dua perbezaan bahasa iaitu ada bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Kedua-duanya berbeza dari segi masa. Bahasa klasik diguna pakai pada zaman dahulu tetapi era moden telah bertukar ke bahasa Melayu moden.

Page 28: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Perdagangan

Akibat daripada perdagangan, masyarakat belajar menguasai bahasa. Contohnya tersebar pengaruh bahasa Arab, Portugis dan Cina pada zaman kegemilangan Melayu Melaka. Hasilnya lahir pelbagai dialek seperti Baba Nyonya.

Page 29: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

MASYARAKAT BAHASA

• Masyarakat bahasa juga dikenali sebagai komuniti bahasa.

• Setiap masyarakat mempunyai komuniti bahasa sendiri.

• Sesebuah masyarakat penutur mesti dapat menunjukkan nilai bahasanya.

• Dengan cara itu dapat menjadikan mereka sebuah masyarakat yang setia kepada bahasanya.

• Sikap ini perlu dipupuk dari peringkat individu terlebih dahulu, dan kemudian barulah kepada masyarakat yang lebih besar.

Page 30: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Konsep Masyarakat Bahasa

• Charles Hocket (1958)Seluruh peringkat manusia yang berhubungan antara satu sama lain, sama ada secara langsung atau tidak, melalui satu bahasa yang sepunya.

• Levi-Strauss (1968)Sebuah masyarakat yang terkandung di dalamnya individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang berkomunikasi antara satu sama lain.

Page 31: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• John Gumperz (1968)Kumpulan manusia yang dicirikan oleh interaksi biasa melalui lambang-lambang verbal yang dikongsi bersama dan bertolak dari agregat yang serupa dengan perbezaan yang jelas dalam penggunaan bahasa

• John Lyons (1970)Semua orang yang menggunakan suatu jenis bahasa atau dialek.

• Hartmann & Stork (1976)Sekumpulan manusia yang biasanya tinggal dalam satu kawasan, bertutur dengan menggunakan satu kelainan bahasa, atau bahasa baku yang sama.

Page 32: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Ciri-Ciri Masyarakat Bahasa

• Masyarakat yang menggunakan sesuatu bahasa

• Dalam kawasan-kawasan tertentu, atau kelas-kelas tertentu

• Menggunakan satu bentuk bahasa atau dialek yang serupa

• Menggunakan lambang-lambang verbal

Page 33: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Bahasa dan Masyarakat

• Diglosia

• Billingualisme

• Multilingualisme

Page 34: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Diglosia

• Diglosia ialah fenomena yang berlaku apabila terdapat lebih daripada satu kelainan bahasa dalam masyarakat.

• Diperkenalkan oleh Ferguson (1959), yang menerangkan perbezaan penggunaan kelainan bahasa disebabkan oleh perbezaan situasi yang berupa kelas sosial, konteks dan juga jantina.

• Ferguson membahagikan bahasa kepada dua jenis berdasarkan taraf, iaitu kelainan bertaraf rendah (L) dan bertaraf tinggi (H).

Page 35: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Kelainan rendah (L) ialah jenis kelainan yang digunakan dalam situasi kehidupan seharian, di rumah dan dalam suasana pekerjaan di peringkat bawahan.

• Kelainan jenis tinggi (H) pula digunakan dalam perbincangan tentang hal-hal keagamaan, pendidikan, ekonomi, dan dalam bidang-bidang lain yang dianggap tinggi dan formal.

• Menurut Fishman (1967) diglosia ialah penyebaran lebih daripada satu kelainan bahasa dalam situasi yang berbeza.

Page 36: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Diglosia dalam masyarakat ekabahasa ditandai dengan perkataan-perkataan tertentu yang disebut berbeza antara satu situasi dengan situasi yang lain.

• Perbezaan tersebut berlaku akibat adanya dialek dalam masyarakat bahasa tersebut.

• Secara kesimpulannya, diglosia menerangkan fenomena bahasa yang berlaku dalam masyarakat akibat terdapatnya tatatingkat sosial iaitu ada golongan yang berstatus tinggi dan golongan yang berstatus rendah.

Page 37: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Situasi Diglosia di Malaysia

• Diglosia ekabahasaWujud apabila satu kelainan bahasa diangkat menjadi bahasa standard (H) dan kelainan-kelainan lain daripada bahasa yang sama itu dianggap bentuk substandard atau bukan standard (L).

• Diglosia dwibahasa / pelbagai bahasaWujud apabila bahasa Melayu standard dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi (H), dan bahasa ibunda penutur lain di Malaysia dianggap bentuk substandard atau bukan standard (L)

Page 38: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Diglosia Ekabahasa di Malaysia

• Diglosia ekabahasa yang terdapat dalam masyarakat Melayu di Malaysia terbahagi dua iaitu:

1. Kelainan diraja (H)

a. Kelainan diraja standard

b. Kelainan diraja bukan standard

2. Kelainan bukan diraja (L)

a. Kelainan bukan diraja standard

b. Kelainan bukan diraja bukan standard

Page 39: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Kelainan diraja (H)Kelainan yang digunakan dalam hubungan kebahasaanapabila sekurang-kurangnya satu pihak terdiri daripadakeluarga diraja. Kelainan diraja biasanya adalah kelainanbahasa yang halus, yakni bahasa yang digunakan denganpenuh sopan santun dan adab tertib dalam apa keadaansekalipun.1. Kelainan diraja standard

Kelainan standard yang digunakan dalam bahasa tulisan dan komunikasi lisan di kalangan raja dalam konteks rasmi.

2. Kelainan diraja bukan standardKelainan diraja mengikut negeri. Antara satu kelainan diraja bukan standard negeri dengan negeri yang lain mempunyai perbezaan ciri-ciri tertentu

Page 40: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Kelainan bukan diraja (L)Kelainan bukan diraja ialah kelainan bahasa yangdigunakan oleh rakyat biasa.1. Kelainan bukan diraja standard

kelainan bahasa Melayu standard yang menjadi bahasa (H) dalam diglosia di Malaysia. Kelainan ini merupakan kelainan yang menjadi bahasa pengantar dan diajarkan di sekolah-sekolah sbg mata pelajaran. Ia juga merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta menjadi lingua franca dalam hubungan antara kaum di Malaysia.

2. Kelainan bukan diraja bukan standardMerujuk kepada kelainan yang disebut sebagai dialek geografi atau dialek daerah bahasa Melayu di Malaysia seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dll. Ia juga merupakan kelainan yang digunakan dalam lingkungan interaksi tidak rasmi dalam konteks hubungan kebahasaan orang Melayu di Malaysia.

Page 41: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Diglosia Dwibahasa di Malaysia• Jadual di bawah dapat memberikan gambaran

yang hampir tepat mengenai situasi sebenar mengenai diglosia pelbagai bahasa di Malaysia.

H HH Bahasa Melayu Standard

HL Bahasa Inggeris

L LH Semua bahasa bumiputera / bukan bumiputera

LL Bahasa pijin

Page 42: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Oleh kerana bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, maka secara tidak langsung bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa tinggi (H).

• Pada mulanya bahasa Inggeris diletakkan sebagai bahasa pertengahan (M). Walau bagaimanapun, senario kini memperlihatkan bahasa Inggeris dianggap bahasa berprestij dalam kalangan pengguna bahasa di Malaysia, dan diletakkan sebagai bahasa tinggi yang rendah (HL)

• Hal ini merujuk kepada keadaan lebih rendah jika dibandingkan dengan taraf bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan

Page 43: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Semua bahasa bukan bumiputera (bahasa Cina, Tamil, Punjabi, Telegu, Benggali dll) dan bahasa bumiputera (bahasa orang Asli, Kadazan, Iban, Bidayuh, Dusun dll) dianggap sebagai bahasa rendah yang lebih tinggi (LH) daripada bahasa kacukan seperti bahasa pijin.

• Bahasa pijin diletakkan sebagai bahasa rendah rendah (LL) kerana sifat bahasa ini yang dikatakan sebagai bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa dan tidak pula boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal.

Page 44: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Billingualisme• Juga dikenali sebagai kedwibahasaan.• Perkara ini berlaku dalam dua keadaan:

1. Seseorang yang mengamalkan dan menggunakan dua bahasa dalam kehidupan harian.2. Seseorang yang mengetahui dan menguasai dua bahasa dalam kehidupan harian.

Page 45: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Konsep Mengamalkan dan Menggunakan• Menggunakan dan memakai dua bahasa

sebagai bahasa basahan sehari-hari.• Contohnya keadaan apabila seseorang

menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kehidupan.

• Dengan kata lain, seseorang itu menggunakan bahasa tersebut bertukar ganti (sekejap Melayu, sekejap Inggeris dan seterusnya)

Page 46: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Konsep Mengetahui dan Menguasai• Seseorang yang mempunyai pengetahuan

tentang dua bahasa tetapi tidak semestinya mengamalkan dalam kehidupan harian.

• Wujud dalam keadaan berikut:1. Menguasai kedua-dua bahasa - (ambilingual)2. Menguasai kedua-dua bahasa tidak sama baik -

(dwibahasawan)3. Sangat menguasai satu bahasa, sementara satu lagi bahasa sangat lemah - (pengetahuan pasif)4. Menguasai kedua-dua bahasa, tetapi menyembunyikan pengetahuan salah satu bahasa (tidak pernah bercakap / menulis / menggunakan bahasa tersebut) – (covert bilingual)

Page 47: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Faktor Kewujudan Bilingualisme• Masyarakat majmuk

Dalam masyarakat majmuk, kepelbagaian bahasa wujud hingga menyebabkan pengetahuan mengenai bahasa lain dianggap lumrah

• Pertembungan budayaDi kota-kota besar, penutur pelbagai bahasa sering bertembung, berinteraksi dan berkomunikasi, yang membawa kepada penguasaan bahasa kedua

• Penjajahan Kedatangan penjajah membawa bahasa mereka menyebabkan keperluan untuk menguasai bahasa kedua sangat penting (menjajah dan dijajah)

Page 48: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• PerdaganganPara pedagang perlu mengetahui dan memahami bahasa lain untuk berinteraksi bagi pelbagai urusan (melariskan jualan, mendapatkan pelanggan baru, transaksi perdagangan)

• PengembaraanPengembara yang mengembara merentasi sempadan geografi politik akan mempelajari pelbagai bahasa (contohnya Marco Polo dan Ibn Battutah)

• Pengembangan agamaSetiap agama di dunia memiliki bahasa khas sebagai alat untuk mengembangkan agama. Bahasa Arah misalnya, dipelajari dan dikuasai untuk mendalami ilmu mengenai Islam.

Page 49: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• PendidikanMalaysia telah melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membenarkan penggunaan bahasa pengantar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris di sekolah. Di universiti, kerajaan menggalakkan pelajar mempelajari bahasa lain sebagai persediaan ke alam pekerjaan

• Dasar BahasaKerajaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Semua kaum wajib menguasai dan mengamalkannya

• Kahwin campurDalam perkahwinan campur, suami berbahasa lain dan isteri berbahasa lain akan melahirkan kedwibahasaan dalam keluarga tersebut.

Page 50: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Kesan Bilingualisme

• Gangguan bahasa (linguistic interference)• Pertukaran kod (code-switching)• Percampuran kod (code-mixing)• Penganjakan bahasa / pemindahan bahasa

(language shift)• Asimilasi bahasa (linguistic assimilation)• Bahasa pijin (pidgin language)• Bahasa kreol (creole language)• Poliglosia (polyglossia)

Page 51: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Gangguan bahasa (linguistic interference)

• Proses penyimpangan daripada norma kedua-dua bahasa yang berlaku dalam bahasa yang digunakan oleh dwibahasawan kesan daripada kebiasaan menggunakan lebih daripada satu bahasa.

• Gangguan berlaku dari 6 segi iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, ungkapan, dan kosa kata.

Page 52: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Fonologi• Gangguan dari segi sebutan kerana kecelaruan

membunyikan sesuatu fonem. ContohRadio - redioProgram - progremAsid - esid

Morfologi• Peminjaman banyak morfem terikat daripada

bahasa asing. ContohCerpenis - pencerpenBeliawanis - pemudiMenganalisa - menganalisis

Page 53: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Sintaksis• Pengaruh bahasa lain (contohnya bahasa

Inggeris dan Arab) dalam ayat bahasa Melayu. Contoh:a. Maka kemudian dari itu, bertakwalah kepada Allah.b. Sunat berbuka atas tamar.c. Akan Dikau kami sembah dan akan Dikau

juga kami memohon pertolongan.d. Perubahan tersebut yang mana banyak menjejaskan fenomena alam, telah …e. Hal ini terjadi adalah kerana tabiat semula

jadi …

Page 54: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Semantik• Wujud perubahan makna kerana faktor:

1. Perubahan budaya dan penggunaan kataKhalwat – bersunyi / bermukah

2. Berlainan makna kerana berlainan sudut pandanganFirst floor – tingkat satu / tingkat dua

(kerana ada konsep ground floor)Right bank – tebing kiri / tebing kanan

3. Terjemahan yang sama, tetapi konsepnya berlainanKonsep leaf green / hijau daun (dinilai dari kawasan yang berbeza)

Page 55: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Ungkapan• Setiap ungkapan dalam sesuatu bahasa

merupakan kata-kata yang diulang-ulang sehingga menjadi satu ungkapan yang tetap.

• Apabila ungkapan ini diterjemah, sedikit sebanyak akan mengubah terjemahan tersebut dari sudut pengertian dan maknanya.

• Contoh:

“Terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya” diterjemahkan sebagai

“Out of the frying pan into the fire”

Page 56: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Kosa kata• Wujud kosa kata sinonim yang lebih banyak

jumlahnya dalam satu-satu bahasa.• Menjadi masalah sekiranya digunakan pada

tempat yang salah.• Contohnya perkataan orang (Melayu), insan

(Arab) dan manusia (sanskrit) dalam ayat:1. Tiga ----- pencuri2. Kita sebagai ----- yang berakal3. Sebagai ----- kamil , para wali mempunyai …

• Contoh lain: masak - goreng, sangai, rebus, celur, kukus, bakar, panggang, gril, salai.

Page 57: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Pertukaran kod (code-switching)

• Pertukaran dari satu bahasa ke satu bahasa lain yang disebabkan oleh perubahan tajuk yang dibicarakan atau petukaran orang yang disapa.

• Tajuk: menggunakan bahasa Inggeris apabila membincangkan tajuk yang berkaitan teknologi dan inovasi, kemudian menukar ke bahasa Melayu apabila berbicara tentang seni dan budaya Melayu.

• Orang: menggunakan bahasa Melayu ketika bercakap dengan ibu bapa, sebaliknya menukar ke bahasa Inggeris apabila bertutur dengan rakan yang berpendidikan barat.

Page 58: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Percampuran kod (code-mixing)

• Berlaku apabila seseorang menukar-nukarkan bahasanya secara berganti-ganti untuk satu tajuk perbincangan yang sama.

• Contohnya apabila membicarakan sesuatu tajuk, penutur menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara berganti-ganti. Contoh:Well, as far as I am concerned, they all tu kalau diajak berbincang, very difficult. Masing-masing ada problem. Tapi, kalau nak dapat projek, semua come in front. Not fair right?

Page 59: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Penganjakan bahasa / pemindahan bahasa (language shift)

• Berlaku apabila seseorang yang telah mengetahui bahasa ibundanya kemudian mempelajari satu bahasa lain, dan selepas itu meninggalkan bahasa ibundanya, dan menganjak atau berpindah ke bahasa kedua.

• Dengan erti kata lain, pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa lain. Contoh:Sebelum mesyuarat, semua ahli mesyuarat bercakap dalam bahasa Melayu. Semasa mesyuarat berlangsung, semua ahli mesyuarat menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.

Page 60: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

• Penalosa (1981) mengatakan terdapat 5 penganjakan bahasa yang besar dalam dunia moden, iaitu1. Pengambilan bahasa vernakular untuk kegiatan kerajaan (di Jerman)2. Menerima pakai bahasa Eropah (di Australia, New Zealand, Cameron, Afrika)3. Penyebaran bahasa Inggeris dan Perancis

(kesan penjajahan di Filipina, Iran)4. Proses perusiaan – Russification (di Thailand, Indonesia)5. Penggantian bahasa import dengan bahasa peribumi (di Malaysia – Inggeris – Melayu)

Page 61: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Asimilasi bahasa (linguistic assimilation)

• Berlaku biasanya di kalangan imigran yang telah menerima bahasa tempatan sebagai bahasa sehari-hari.

• Apabila sampai pada generasi terkemudian, mereka yang akhir ini biasanya mengambil terus bahasa tempat mereka bermukim, dan tidak menggunakan bahasa ibu bapa mereka.

• Pengasimilasian bahasa berlaku serentak dengan pengasimilasian budaya.

Page 62: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Bahasa pijin (pidgin language)

• Hasil daripada pertembungan dua atau lebih bahasa, dan bersifat sementara.

• Unsur-unsur dari kedua-dua bahasa bercampur aduk sehingga menimbulkan satu bentuk bahasa baru yang tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal.

• Contohnya pertembungan bahasa Cina dan bahasa Melayu di pasar telah melahirkan bahasa pasar yang sistem dan peraturannya tidak lagi boleh dirujuk kepada salah satu daripada bahasa asalnya, sama ada bahasa Cina atau bahasa Melayu.

Page 63: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Bahasa kreol (creole language)

• Bahasa kreol ialah bahasa pijin yang telah mantap.

• Pertembungan dua bahasa yang berlainan asal usul telah menyebabkan wujud bahasa pijin, yang akhirnya mempunyai satu sistem bahasa tersendiri, dengan penutur jatinya sendiri, dan tidak lagi bersifat sementara.

• Contohnya kreol Cina Baba dan Chetiar di Melaka.

Page 64: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Perbezaan Pijin dan Kreol

Pijin • Bahasa kacukan yang

belum mantap• Pola bahasanya sukar

dikenal pasti• Tiada penutur yang

menggunakannya sebagai bahasa pertama

• Contoh: bahasa pasar

Kreol• Bahasa kacukan yang

telah mantap• Pola bahasanya dapat

dikenal pasti• Mempunyai penutur yang

menggunakannya sebagai bahasa pertama

• Contoh: bahasa Cina Baba di Melaka

Page 65: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Contoh bahasa pijin dan bahasa kreol

• Pijin• Papua New Guinea

Pidgin German- German based

• Cameroon Pidgin- English based

• Juba Arabic- southern Sudan

• Kreol• Seychelles Creole-

French based• Roper River Creole-

English based• Cape York Creole-

English based

Page 66: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Poliglosia (polyglossia)

• Wujud dalam suasana kepelbagaian bahasa, dialek atau laras bahasa yang kedudukannya juga pelbagai.

• Dalam masyarakat poliglosia terdapat perhubungan:1. Intra-group (dalaman) – penggunaan antara bahasa Melayu baku, dialek Melayu, bahasa Melayu baku di negeri-negeri bahagian, bahasa Melayu lisan, bahasa Melayu

basahan dll.2. Inter-group (luaran) – penggunaan bahasa

Melayu pasar, Manglish (Malaysian English)

Page 67: BAB 2 Bahasa Dan Variasi Bahasa Dalam Masyarakat Bahasa

Multilingualisme

• Juga dikenali sebagai kepancabahasaan.• Merujuk kepada keadaan kemampuan seseorang untuk

bertutur atau menggunakan banyak bahasa.• Multilingualisme wujud dalam negara majmuk.• Keadaan menunjukkan bahasa di Malaysia:

1. Dialek Melayu semenanjung – 17 2. Dialek Cina – lebih dari 53. Masyarakat India – lebih dari 84. Peribumi semenanjung (asli) – 145. Peribumi Sarawak – 32 5. Peribumi Sabah – 57