Tutorial pembelajaran noor

18
TUTORIAL PEMBELAJARAN DISEDIAKAN OLEH: NOOR A/P DOLLAH SK KG SENTA, 35500 BIDOR

Transcript of Tutorial pembelajaran noor

Page 1: Tutorial pembelajaran noor

TUTORIAL PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH:NOOR A/P DOLLAH

SK KG SENTA, 35500 BIDOR

Page 2: Tutorial pembelajaran noor

PERAYAAN KAUM DI MALAYSIA

Apakah itu perayaan

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan kaum lain.

Page 3: Tutorial pembelajaran noor

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan kaum lain.

Tambahan pula,melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan.Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia untuk terus membangun dan menuju kearah maju dan makmur.Sememangnya, Malaysia merupakan negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa.Malaysia bukan setakat sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya.

Page 4: Tutorial pembelajaran noor

Kami akan mengecilkan skop kami dan memokus kepada tiga kaum utama di negara ini iaitu kaum Melayu, Cina dan India.Setiap daripada kaum ini mempunyai pelbagai keunikan dalam menyambut perayaan masing-masing.Untuk memberi penjelasan secara lebih terperinci,khasnya kepada pengunjung blog kami,pihak kami telah menyediakan huraian yang lebih mendalam bagi setiap perayaan yang disambut oleh ketiga-tiga kaum tersebut. Kesemua perayaan di Malaysia disambut bersama-sama tidak mengira bangsa dan agama.Hal ini kerana wujudnya kesefahaman dan perpaduan yang utuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia .

Page 5: Tutorial pembelajaran noor

Contoh-contoh perayaan di Malaysia

Hari Raya Aidilfitri

Tahun Baru Cina

Hari raya Deepavali

Page 6: Tutorial pembelajaran noor

Hari Raya Aidilfitri

Page 7: Tutorial pembelajaran noor

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: الفطر Ayd al-Fiṭr; "perayaan' ;عيدfitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Page 8: Tutorial pembelajaran noor

Tahun Baru Cina

Page 9: Tutorial pembelajaran noor

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya yang tersendiri.

Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Ang pau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

Page 10: Tutorial pembelajaran noor

Hari Raya Deepavali

Page 11: Tutorial pembelajaran noor

Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap bernama ‘aippasi’ pada setiap bulan Oktober dan November.Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ dan dengan memasang pelita, penganut Hindu percaya bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.

Semasa sambutan Deepavali, penganut agama Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi sebelum melakukan upacara bersembahyang samada di rumah atau di kuil-kuil.

Kunjung mengunjungi ke rumah kaum keluarga akan dilakukan selepas selesai bersembahyang. Kebiasaannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi gula dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Dikebanyakan rumah masyarakat hindu akan dihiasi dengan ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni bagi menyambut tetamu.

Page 12: Tutorial pembelajaran noor

Arahan: Baca petikan teks dibawah

Page 13: Tutorial pembelajaran noor

Petikan teks: Perayaan-Perayaan Di Malaysia.

Rakyat Malaysia menyambut pelbagai perayaan pada setiap tahun. Orang Islam menyambut Harai Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Masyarakat cina menyambut Tahun Baharu Cina. Masyarakat India menyambut Hari Deepavali. Penganut agama kriastian pula menyambut Hari Krismas. Sebahagian masyarakat di Sarawak menyambut Hari Gawai, dan segolongan masyarakat di Sabah pula menyambut Pesta Keamatan.                      Setiap perayaan disambut bersama-sama dengan semangat muhibbah. Pada setiap perayaan, mereka mengadakan majlis rumah terbuka. Selain ahli keluarga, rakan dan jiran pelbagai kaum turut diundang.                    Biasanya mereka menyediakan berbagai-bagai hidangan untuk tetamu. Ada ketupat, rending, muruku, sate, kuih-muih,buah-buahan, minuman dan dan sebagainya. Mereka menjamu selera sambil berbual-bual. Dengan itu, perpaduan antara kaum dapat dieratkan.                    Majlis rumah terbuka diadakan di peringkat kebangsaan. Contohnya, di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan di Kuching pada 13 Disember 2003. Majlis itu diraikan bersama-sama para pemimpin dan rakyat. Selain menikmati jamuan, para tetamu juga dihiburkan dengan nyanyian serta tarian kaum-kaum di Malaysia.

Page 14: Tutorial pembelajaran noor

Senaraikan kata ganda yang terdapat dalam teks

Page 15: Tutorial pembelajaran noor

Bersama-sama

Berbagai-bagai

Kuih-muih

Buah-buahan

Berbual-bual

Jawapan:kata ganda yang terdapat dalam teks

Page 16: Tutorial pembelajaran noor

Senaraikan kata nama khas yang terdapat dalam teks.

Page 17: Tutorial pembelajaran noor

Aidiladha

Hari Deepavali

Pesta Keamatan

Hari Raya Aidilfitri

Sarawak

Kristian

Hari Krismas

Sabah

Jawapan

Page 18: Tutorial pembelajaran noor

Sekian terima kasih