Terapi Pergerakan Kreatif

11
Terapi Dalam Pendidikan Pemulihan: Terapi Pergerakan Kreatif SHANTHINI A/P GUNASEKARAN LOGESWARI A/P SELVAKUMARAN EDMOND RAJ A/L MANOGARAN PRIYANGGA A/P NAGAMUTHU

description

Terapi dalam Kaedah Pemulihan bahasa Melayu 1

Transcript of Terapi Pergerakan Kreatif

Terapi Dalam Pendidikan Pemulihan: Terapi Pergerakan Kreatif

Terapi Dalam Pendidikan Pemulihan: Terapi Pergerakan KreatifSHANTHINI A/P GUNASEKARANLOGESWARI A/P SELVAKUMARANEDMOND RAJ A/L MANOGARANPRIYANGGA A/P NAGAMUTHU

Pengenalan Kepada TerapiPerkataan terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu Therapeia yang bermaksud perkhidmatan. Hal ini begitu sejajar dengan konsep pelaksanaan terapi itu sendiri yang merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit. Secara umum terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah-masalah tubuh badan dan sebagainya.

Kamus perubatan Mosby mendefinisikan terapi sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit atau individu yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau masalah perkembangan dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.

Dalam konteks pendidikan pula terapi dapat diertikan sebagai kaedah untuk membantu seseoran individu untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Kepentingan Terapi Dalam PemulihanAntara kepentingan terapi dalam pendidikan pemulihan ialah:Meningkatkan kemahiran pengamatanMembantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial muridMemperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diriMengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosiMembantu dan merangsang pertuturan dan komunikasiMerangsang pemikiran dan kreativiti muridMembantu perkembangan fizikal dan tubuh badanMembantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

Terapi Pergerakan KreatifTerapi pergerakan kreatif merupakan satu kaedah seseorang kanak-kanak dapat mengintepretasikan idea, perasaan, serta tanggapan deria yang dizahirkan secara simbolik melalui pergerakan.

Elemen-elemen pergerakan tubuh badan, ruang dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi diri seperti kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui pergerakan.

Aspek Aspek Dalam Pergerakan KreatifPergerakan lokomotorPergerakan bukan lokomotorManipulasi alatan

Pergerakan LokomotorPergerakan lokomotor meliputi semua pergerakan tubuh yang boleh menyebabkan keseluruhan tubuh berubah dari satu tempat ke tempat lain.

Contoh aktiviti lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat dan sebagaimya.

Pergerakan Bukan LokomotorPergerakan bukan lokomotor pula merujuk pergerakan yang tidak menyebabkan perubahan kedudukan tubuh badan.

Pergerakan ini juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik.

Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berlari setempat, membuat imbangan badan, melompat setempat dan sebagainya.

Manipulasi AlatanManipulasi alatan pula ialah aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan tertentu untuk membuat sebarang gerakan.

Kemahiran ini sebenarnya memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek.

Dalam hal ini koordinasi mata dan tangan serta imbangan badan amat diperlukan untuk menghasilkan pergerakan yang sempurna.

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah melantun bola sambil berjalan, memusingkan gelung mengunakan tangan, dan skipping sambil berjalan.

Kepentingan Terapi Pergerakan KreatifTerapi pergerakan mempunyai pelbagai kepentingan khususnya kepada kanak-kanak pemulihan seperti: meningkatkan kreativiti mengasah bakat meredakan ketegangan perasaan dan dan tekanan jiwa meningkatkan kemahiran bertutur meningkatkan kecerdasan fikiran

Pelbagai cara boleh dilakukan oleh guru-guru untuk melaksanakan terapi ini dan antara aktiviti yang boleh dilaklukan untuk menjalankan terapi pergerakan kreatif ialah : tarian moden tarian tradisional gimrama pergerakan berkumpulan dan berpasangan

Sekian, terima kasih