TEORI BEHAVIORIS

10
TEORI BEHAVIORIS Di antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku pelajar boleh diperhatikan dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Oleh itu, teori pembelajaran ini pula disebut sebagai Teori Rangsangan Gerak Balas.

description

tokoh-tokoh teori behavioris

Transcript of TEORI BEHAVIORIS

TEORI BEHAVIORISDi antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku pelajar boleh diperhatikan dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Oleh itu, teori pembelajaran ini pula disebut sebagai Teori Rangsangan Gerak Balas.

PENDAPAT TOKOH TEORI BEHAVIORIS

Pavlov(1849 1936)J.B Watson(1878 - 1958)Thorndike(1874- 1949)

Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Dalam eksperimen Pavlov, beliau menggunakan seekor anjing untuk melihat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.Di dalam kajian-kajian pelaziman sepanjang tempoh masa selama hampir 30 tahun, Pavlov mengenal pasti fenomena-fenomena tingkah laku pelaziman. Di antaranya ialah fenomena generalisasi, fenomena diskriminasi, dan fenomena penghapusan.

Kajian Watson banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Antara kajian beliau ialah kajian tentang emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik. Mengikut Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim (conditioned reflex), iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Dengan perkataan lain, semua pembelajaran adalah pelaziman klasik Watson berpendapat gerakan-gerakan refleks yang mudah seperti bersin apabila hidung gatal adalah sebagai gerakan yang berlaku secara semula jadi, adalah tingkah laku yang diwarisi dan tidak perlu dipelajari. Watson menjelaskan jenis pembelajaran ini yang dapat jaya berlaku adalah berdasarkan kepada dua prinsip yang utama, iaitu Prinsip Kekerapan dan Prinsip Tempoh KebaruanTeori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat. Edward L. adalah tokoh yang mengemukakan teori cuba-ralat.Melalui eksperimen yang dijalankan olehnya, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.

Eksperimen yang dilakukan oleh Tokoh Behavioris

Pavlov(1849 1936)

beliau telah menjalankan eksperimen ke atas seekor anjing. suatu pembedahan kecil telah dilakukan pada kilang air liur anjing . Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini.

Keluar air liur (rangsangan tidak terlazim)Keluar air liur (rangsangan tidak terlazim)Keluar air liur (rangsangan tidak terlazim)Makanan (rangsangan terlazim)Bunyi loceng (rangsangan terlazim)Bunyi loceng (rangsangan terlazim)Makanan (rangsangan terlazim)Bunyi loceng (rangsangan terlazim)Tiada air liur (tiada gerak balas)

J.B Watson(1878 - 1958)

- Beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan. - Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak kanak tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut, tetapi pabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak kanak tersebut pada tikus putih - Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan. - Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi.

Thorndike(1874- 1949)

Eksperimen Thorndike menggunakan seekor kucing yang lapar di dalam sebuah sangkar dan makanan di luar sangkar tersebut. Setelah dimasukkan ke dalam sangkar, kucing melakukanpelbagai tingkah laku untuk mencari jalan keluar seperti mencakar dan mencuba untuk keluar. Setelah beberapa percubaan, dengan cara tidak sengaja, kucing telah terusik selak yang menahan pintu. Tindakan kucing yang melakukan pelbagai tindakan dipanggil cubajaya atau kaedah cuba ralat. Kucing dapat keluar dan makan makanan tersebut. Apabila Thorndike memasukkan semula kucing ke dalam sangkar, ia mengambil sedikit masa untuk keluar daripada sangkar itu kerana sudah mengetahui cara keluar. Pada percubaanyang akhir ( kali ke 20 ) kucing dengan serta merta dan automotik menekan selak sebaik sahaja ia dikurung di dalam sangkar. Maka ia telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya.

HASIL KAJIAN TOKOH TEORI BEHAVIORIS

Pavlov(1849 1936)J.B Watson(1878 - 1958)Thorndike(1874- 1949)

>Fenomena generalisasiGeneralisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.>Fenomena diskriminasiDiskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak ada rangsangan yang lain.>Fenomena penghapusanPenghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim.

>Prinsip Kekerapan yang menyatakan bahawa lebih kerap gerak balas terhadap rangsangan tertentu berlaku, lebih besar kemungkinan gerak balas yang sama akan berlaku apabila rangsangan itu wujud semula pada masa kelak.>Prinsip Tempoh Kebaruan yang menyatakan bahawa semakin tempoh lebih baru kita menggunakan sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan, semakin lebih besar kemungkinan kita akan bergerak balas secara serupa terhadap rangsangan itu, jika ia dimuncul lagi.

>Hukum Kesediaanhukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.>Hukum LatihanPerkaitan antara rangsangan & gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum latihan menyatakan sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi & akan tanpa pengukuhan.

IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP P&P

Pavlov(1849 1936)J.B Watson(1878 - 1958)Thorndike(1874- 1949)

>Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari. >Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.>Motivasi memainkan dalam pembelajaran.

>Prinsip kekerapan membawa implikasi bahawa pelajar perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap. Ini akan menjamin kebolehan pelajar untuk mengingat kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah.>Prinsip kebaruan iaitu setiap pelajar perlu membuat ulangkaji pelajaran dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan.>Minat pelajar boleh ditimbulkan atau dihapuskan. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat menimbulkan minat pelajar terhadap proses pengajaran.

>Untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan. Guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran-pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku.>Konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk digunakan di dalam bilik darjah. Seseorang pelajar perlu bersedia dari segi mental, minat dan sikap dan psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku.>Latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan pelajar.