Teknik Main Peranan

download Teknik Main Peranan

of 41

Transcript of Teknik Main Peranan

Pendekatan belajar sambil bermain dan simulasi bermain1.0

Belajar sambil bermain1.1

Pengenalan belajar sambil bermain

Bermain ialah apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi ia merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses mereka berkembang. Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya. Dalam konteks pendidikan prasekolah, bermain ialah satu proses pembelajaran yang terancang dan berstruktur dalam memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian.Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.Banyak tokoh ahli Psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan bermain kepada kanak-kanak termasuklahMontessori yang menganggap permainan adalah pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak suka belajar melalui bermain. Friedrich Wilhelm Froebel (17821852) yang digelar father of kindegarten telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untukkanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi di pengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Mengikut Vygotsky (1967) main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperoleh proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.Sigmun Freud (1968) memandang main sebagai suatu cara untuk mengurangkan emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan dalam dunia khayalan. Maka, main memainkan peranan yang penting dalam perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak. Begitu juga dengan Jean Piaget (1962) yang berpendapat bahawa tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, di samping memperkukuhkan pembelajaran yang baru dijalankan dalam suasana yang tenang.

2.0Kepentingan pendekatan belajar sambil bermain

Kanak-kanak boleh meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah danmemperolehi pengalaman tanpa disedari Dapat memberi peluang kanak-kanak melahirkan perasaan dan pemikiran Dapat mengembangkan kemahiran bahasa, literasi, kemahiran sosial dan kefahaman budaya Kanak-kanak boleh mengambil risiko dan kesilapanMembantu perkembangan mereka secara menyeluruh serta memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan efektif.3.0Konsep bermain sambil belajar

Terdapat lima jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah iaitu main sosial (Social Play), main kognitif (Cognitive Play),main sosiodrama (Socio-dramatic Play), permainan bebas dan permainan luar (Outdoor Play). Guru haruslah peka dan memahami pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak di prasekolah secaramenyeluruh dan seimbang dari aspek kognitif, fizikal, sosial, bahasa, kreativiti dan emosi. Guru-guru prasekolah pada masa kini sedar nilai sesebuah permainan sebagai satu cara pembelajaran yang mampu merangsang minda dan mempunyai kepentingan tersendiri dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah.

3.1Main sosial (social play)

Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama kumpulan atau berada dalam lingkungan kawasan permainan. Main sosial juga berlaku apabila kanak-kanak bermain secara bersendirian atau berinteraksi dengan bahan. Terdapat beberapa jenis main sosial seperti:

a) Main unoccupiedKanak-kanak tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa tetapi berada dalam kawasan permainan.b) Main soliditary Kanak-kanak tersebut bermain seorang diri, tanpa menghiraukan rakan dan keadaan sekelilingnya.c) Main onlookerPenglibatan kanak-kanak dalam permainan ini adalah minimum dan mereka lebih banyak memerhati rakan yang lain bermain. Mereka mungkin kelihatan pasif tetapi peka terhadap permainan tersebut.d) Main parallelKanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakannya. Terdapat beberapa kanak-kanak menggunakan cara atau alat permainan yang sama tetapi mereka tidak berkongsi alat. e) Main associativeKanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam alatan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama. Beberapa kanak-kanak bermain dalam kalangan mereka tetapi bukan dengan cara yang teratur. Mereka mungkin main kejar-kejar tanpa peraturan atau peranan yang dikenalpasti.f) Main cooperativeKanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas. Kanak-kanak bermain bersama sama dan wujud interaksi. Permainan yang mempunyai matlamat (jual-beli).3.2Main Kognitif

Dalam main kognitif kanak-kanak menggunakan bahan maujud untuk memperolehi pengetahuan untuk meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan dari segi kognitif, psikomotor, sosioemosi dan kreativiti.a) Main Simbolik Permainan ini melibatkan penggunaan imaginasi dan main peranan. Kanak-kanak menggunakan sesuatu objek lain untuk mewakili objek sebenar. Contoh: kotak dianggap sebagai kereta dan bongkah sebagai rumah.

b) Main games and rules

Murid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku yang dilakukan semasa bermain adalah dalam had atau peraturan permainan tersebut. Dalam main berperaturan, kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang dipersetujui bersama ataupun mengikut batasan dan peraturan permainan tersebut. Namun, peraturan mungkin berbeza mengikut daerah atau lokasi yang berbeza.

Sebagai contoh, permainan ketingting mempunyai cara dan peraturan yang berbeza mengikut lokasi kawasan. Kanak-kanak juga mungkin mereka cipta permainan berperaturan sendiri. Permainan berperaturan ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, mencari alternatif, membuat andaian dan merancang strategi. Perkembangan sosial dan emosi pula diperhatikan apabila kanak-kanak belajar mematuhi peraturan, mengambil giliran, saling menghormati termasuk pasukan lawan, berkomunikasi secara bersopan, berkompromi dalam rundingan serta menghormati kemenangan dan menerima kekalahan dengan semangat setiakawan.

c) Main Konstruktif

Murid bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia mereka dan murid menggunakan bahan atau alatan mainan untuk membina bahan lain seperti istana pasir, bangunan, kenderaan dan sebagainya mengikut daya kreativiti masing-masing. Piaget dan Inhelder (1969) menjelaskan mainan konstruktif sebagai peningkatan daripada mainan simbolik di mana kanak-kanak perlu membuat penyesuaian atau ciptaan untuk menyelesaikan masalah/menghasilkan sesuatu. Sebagai contoh, kanak-kanak menggunakan kotak, bongkah, kertas, pasir, doh dan sebagainya secara bergabung atau berasingan untuk membina menara, kereta kotak, istana pasir, figurine dan hasilan kreatif yang lain. Main konstruktif melibatkan bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia. Bahan-bahan di persekitaran diguna pakai secara kreatif dan fungsional untuk menghasilkan ciptaan mengikut daya kreativiti. Main konstruktif memberi kepuasan dan kebanggaan kepada kanak-kanak terhadap hasilan mereka. Kanak-kanak mempunyai kebebasan untuk memilih dan membuat keputusan serta bertanggunjawab terhadap benda yang ingin dihasilkan. Guru perlu mengaturkan peluang untuk main konstruktif di kalangan pelajar kerana ia merupakan aktiviti yang melibatkan aras pemikiran tinggi, mencerakin persekitaran untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

3.3Mainan bebas

Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan ,dan tidak berstruktur di pusat pembelajaran semasa menjalankan aktiviti murid berinteraksi dengan bahan yang disediakan ,rakan sebaya, dan orang dewasa. Permainan bebas sangat menyeronokkan kerana kanak-kanak tidak terikat dengan aktiviti formal dan secara tidak langsung dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak setelah penat belajar.

3.4Mainan sosiodrama

Main drama memberi peluang kepada murid melakonkan pelbagai watak. Permainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam permainan tersebut. Dua kategori permainan sosiodrama adalah seperti berikut:

i. Main sosiodrama yang melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistikii. Main sosiodrama fantasi dan imaginasi kanak-kanak3.5Permainan Luar (outdoor play)

Di antara alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir ,bekas main air,terowong, jongkangjongkit ,buaian, rangka besi, dan gelongsor adalah permainan untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kank dalam keadaan riang dan menggembirakan.Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar mengikut giliran,bekerjasama,tolong-menolong,bersikap sederhana, dan hormat-menghormati. Aktiviti permainan luar dapat memperkembangkan motor halus,motor kasar, kordinasi tubuh badan, perkembangan bahasa, interaksi sosial,dan kreativiti.4.0Perlaksanaan dalam proses pengajaran pembelajaran4.1Contoh Rancangan Pengajaran Harian: Main sosial (cooperative)Hari

: Jumaat

Tarikh

: 21 Januari 2010

Masa

: 20 Minit

Tajuk

: Mengenal warnaTunjang Utama

: Tunjang Sains Dan Teknologi-Awal Sains Dan MatematikStandard Kandungan

: ST 2.0Kemahiran SaintifikStandard Pembelajaran : ST 2.3Membanding dan mengelas objek Utama

Standard Pembelajaran Lain : ST 2.3.1 Membanding dan mengumpul objek-objek yang Disepadukan

mengikut satu ciri :

a) Warna

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :

i) Mengenal warna merah, biru, kuning dan hijau.ii) Membezakan warna merah, biru, kuning dan hijau.

iii) Membina bentuk bangunan dari bongkah lego yang diberi

Kemahiran Utama :

i)Mendengar

ii)Bertutur iii)Menaakul

Peralatan dan Bahan:

i)Video CD ii) Lego

iii) Hadiah Nilai-nilai Murni: i) Mendengar arahanii) Mengikuti arahan iii) Berkerjama-sama iv) Menghormati rakan sebaya v) bertolak ansur

vi)Melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh

Langkah/MasaStrategi/Aktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Set Induksi

(5 Minit)

-Guru menayangkan video warna kepada murid.

-Guru bertanyakan kepada murid tentang video yang ditayangkan.

Soalan : Apakah warna yang ada di dalam video itu

-Guru menerangkan warna yang ada di dalam video kepada murid-murid.

ABM : Video Cd

Nilai : Mendengar arahan, menjawab soalan

Objektif : Murid dapat mengenal warna yang ada didalam video.

Langkah 1

(10 Minit)

-Guru menunjukkan kepada murid Lego yang ada ditangan guru.

-Guru bertanyakan kepada murid warna setiap lego yang berada ditangan guru.

-Guru mengagihkan murid kepada 4 kumpulan.

-Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk datang ke hadapan untuk mengambil Lego.

-Guru memberi 5 biji lego berwarna merah, 5 biji lego berwarna biru, 5 biji lego berwarna hijau dan 5 biji lego berwarna kuning.

-Guru meminta setiap kumpulan menyebut setiap warna lego yang ada ditangan mereka.

ABM : Lego

Nilai : Berkerjama-sama, mendengar arahan guru.

Objektif :

Murid dapat mengenal setiap warna lego dengan betul.

Langkah 2

(10 Minit)

-Guru meminta setiap kumpulan berbincang dan kemudian menghasilkan bangunan daripada lego yang diberi.

-Guru memberitahu kumpulan yang membuat bentuk bangunan yang cantik dan kukuh akan mendapat hadiah.

ABM : Lego

Nilai : Berkejasama, mendengar perhatian, mendengar arahan, bertolak ansur, melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.

Objektif :

1)Murid dapat membuat bentuk bangunan dengan baik.

Penutup

(5 Minit)-Guru meminta murid mempersembahkan bentuk bangunan yang telah dibuat.

-Guru memberi ganjaran positif iaitu hadiah kepada semua kumpulan kerana membuat tugasan dengan baik.

-Kemudian guru bertanya kembali warna lego yang ada ditangan guru satu per satu

ABM : Lego

Nilai : Mendengar arahan dan berkerjasama

Objektif : Murid akan meningkatkan lagi kefahaman mereka warna

Refleksi :

4.1.1Perkaitan dengan tunjang-tunjang

a)Tunjang utamaTunjang Sains Dan Teknologi-Awal Sains Dan Matematik -Membanding dan mengumpul objek mengikut warna dan bentuk. b)Objektif yang ingin dicapai

i. Mengenal warna merah, biru, kuning dan hijau.

ii. Membezakan warna merah, biru, kuning dan hijau.

iii. Membina bentuk bangunan dari bongkah lego yang diberi

c)Struktur pendekatan belajar sambil bermain yang diambil

- Main cooperative

Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari Lego. Kanak-kanak akan bermain bersama-sama dan wujud interaksi. Setiap kanak-kanak dalam kumpulan mempunyai peranan dan perlu saling bergantungan untuk mencapai matlamat permainan. Main koperatif merupakan satu bentuk kerja berpasukand) Antara tunjang lain yang terlibat

i. Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu.

-Kemahiran mendengar dimana murid akan mendengar arahan dan memberi respon. Selain itu juga murid melihat video kemudian memberi respon.

-Kemahiran bertutur dimana murid berinteraksi dengan mesra bersama rakan-rakan sewaktu melakukan aktiviti kumpulan. Selain itu murid juga berbual dengan sebutan dan perkataan yang betul. ii. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai Pendidikan Moral-Berterima kasih dimana murid akan mengucapkan terima kasih secara lisan atas bantuan yang diterima.

-Hemah tinggi dimana beradap sopan dalam pergaulan serta bertutur kata yang bersopan dengan bimbingan.

-Hormat menghormati dimana murid menghormati guru dan rakan dengan lafazkan ucapan bertatasusila.

-Kerjasama dimana murid mengamalkan sikap kerjasama sewaktu melakukan aktiviti bersama rakan-rakan dalam kumpulan.

-Toleransi dimana murid mengamalkan sikap sabar dalam menunggu giliran. Murid juga mengamalkan sikap bertolak ansur dengan rakan sebaya.

-Berdisiplin dimana murid mematuhi arahan guru.

iii. Tunjang Ketrampilan Perkembangan Sosioemosi.

-Mengenali dan mengurus emosi sendiri dimana murid mengenali emosi sendiri iaitu menyatakan sesuatu yang disukai atau tidak sewaktu guru bertanyakan perasaan murid selepas melakukan aktiviti.-Mencapai emosi yang positif iaitu murid membina konsep kendiri di mana murid bersikap positif tentang kebolehan kendiri. Seterusnya murid juga membina keyakinan berkomunikasi samaada dengan guru atau rakan-rakan.

-Membina kemahiran sosial dimana murid akan berkomunikasi secara adab dan tertib samaada dengan rakan-rakan mahupun guru.

iv. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

-Perkembangan motor halus iaitu melakukan kemahiran koordinasi mata tangan dalam perkembangan kemahiran motor halus.

-Menggunakan pengetahuan tentang bahan dan teknik dalam hasilkan karya seni iaitu murid mengenal lego sebagai alat permainan untuk hasilkan bangunan. Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya iaitu menghasilkan bentuk binaan yang mudah menggunakan lego.v. Tunjang Kemanusiaan

-Saya dan komuniti dimana murid bergaul mesra iaitu mengamalkan semangat bermasyarakat dan mengamalkan sikap tolong menolong.

4.1.2Kaitan dengan penyediaan bahan bantu mengajar1) ABM : Video Cd

-Guru menyediakan video tentang mengenal warna kepada murid.

2) ABM : Lego

-Guru memberi alat permainan iaitu Lego kepada murid supaya murid dapat membina bangunan dari Lego.

4.1.3Kaitan dengan penggunaan bahan bantu mengajar

1) ABM : Video Cd

-Guru menggunakan video tentang mengenal warna supaya murid tertarik dengan visual yang ada.

-Video yang ada juga mampu menarik minat murid untuk belajar dan menumpukan perhatian pada pembelajaran seterusnya.

2) ABM : Lego

-Guru memberi alat permainan iaitu Lego kepada murid kerana permainan difikirkan sesuai untuk menggalakkanperkembangankanak-kanaksekali gus menarik minat murid.

-Selain itu juga lego antara permainan yang mampu mencabar kemampuankanak-kanak dalam mencipta Ia mengaitkan pelbagai deria selain ketangkasankanak-kanaksendiri.

- Merangsang penggunaan deria mereka sekali gus membolehkan menemui perkara baru sepanjang bermain.

-Selain itu juga lego yang berwarna-warni itu membolehkan murid belajar mengenai warna dan bentuk berbeza.

-Selain itu juga lego membolehkan murid menyelesaikan sesuatu masalah sekali gus mengawal kemarahan mereka apabila menemui jalan buntu apatah lagi melahirkan kreativiti dalam melakukan sesuatu tugas.4.1.4Kaitan dengan aktiviti pelajar

1) Aktiviti menonton video.

-Murid menonton video dan menjawab pertanyaan guru tentang video yang ditayangkan itu.

2) Aktiviti menjawab pertanyaan guru

-Murid menjawab pertanyaan guru tentang warna-warna Lego yang berada ditangan guru dan murid menjawab semua soalan yang diajukan oleh guru.

3) Aktiviti menghasilkan binaan bangunan dari lego.

-Murid menghasilkan binaan bangunan dengan menggunakan lego dengan teliti.

-Murid berkerjasama di dalam kumpulan bagi menghasilkan binaan bangunan yang bagus.

-Murid berbincang sesama ahli kumpulan.

4) Persembahan hasil kerja.

-Murid mempersembahkan hasil kerja iaitu binaan bangunan kepada guru.

4.2Contoh Rancangan Pengajaran Harian bagi Main Kognitif: (games and rules)Hari

: Jumaat

Tarikh

: 21 Januari 2010

Masa

: 20 Minit

Tajuk

: Mengenal nomborTunjang Utama

: Tunjang Sains Dan Teknologi-Awal Sains Dan Matematik

Standard Kandungan

: ST 7.0Konsep NomborStandard Pembelajaran : ST 7.1Memahami nombor 1-10

Utama

Standard Pembelajaran Lain : ST 7.1.1 Menyebut nama nombor 1 hingga 10 yang Disepadukan

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :

i) Menyebut angka 1 hinga 10 dengan bantuan videoii) Menyebut angka 1 hinga 10 tanpa bantuan videoiii) Murid dapat bermain permainan Pukul Berapa Datuk Harimau dengan betul.Kemahiran Utama :

i)Mendengar

ii)Bertutur

iii)Menaakul

Peralatan dan Bahan:

i)Video CD ii) Lego

iii) Hadiah

Nilai-nilai Murni: i) Mendengar arahanii) Jujur iii)Berkerjama-sama iv) Menghormati rakan sebaya v) Bertolak ansur

vi)Melakukan aktiviti bermain dengan bersungguh-sungguhLangkah/MasaStrategi/Aktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Set Induksi

(5 Minit)

-Guru menayangkan video lagu nombor kepada murid.

-Guru meminta murid menyanyi lagu nombor beramai-ramai dengan iringan video tersebut-Guru memanggil beberapa orang murid untuk menyanyikan lagu nombor dihadapan dan kemudian murid lain juga turut menyanyi

ABM : Video Cd

Nilai : Mendengar arahan,berkerjasama Objektif : Murid dapat menyebut angka 1-10 dengan bantuan video.

Langkah 1

(10 Minit)

-Guru meminta murid menyanyikan lagu nombor tanpa iringan video.-Guru bertanya perasaan murid-Guru memberitahu murid tentang aktiviti yang akan dilakukan iaitu aktiviti bermain pukul berapa datuk harimau.

-Guru mengagihkan murid kepada 5 kumpulan.

-Guru meminta setiap kumpulan wakil kumpulan untuk datang ke hadapan untuk mengambil topeng dan tongkat.-guru memberitahu cara dan peraturan bermain kepada murid.

-Guru memanggil salah satu kumpulan untuk menjadi contoh supaya guru dapat menunjukkan cara bermain dengan betul. Peraturan bermain.

-Memilih seorang kanak-kanak menjadi datuk harimau bagi setiap kumpulan

-Rakan yang lain berdiri dibelakang datuk harimau pada jarak kurang 2 meter.

-Rakan yang di belakang akan menjerit pukul berapa datuk harimau?

-Datuk harimau akan menjawab pukul 1 dan seterusnya sehingga pukul 10.

-Apabila datuk harimau menjawab pukul 10 aku laparia menoleh belakang dan cuba menangkap rakan-rakan dibelakangnya.

-Setiap murid akan menyelamatkan diri.

-Jika tertangkap dia akan menjadi datuk harimau untuk seterusnya.

ABM : Topeng dan tongkatNilai:Berkerjama-sama, mendengar arahan guru.

Objektif :

Murid dapat Menyebut angka 1-10 tanpa bantuan video.

Langkah 2

(10 Minit)

-Guru meminta murid untuk memulakan permainan Pukul Berapa Datuk Harimau.

-Guru memantau permainan ini sehingga selesai.

-Guru akan memberitahu jika murid melakukan kesilapan sewaktu bermain diakhir permainan.ABM : Topeng dan tongkat

Nilai : Berkerjasama, mendengar perhatian, mendengar arahan,jujur, melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh.

Objektif :

1)Murid dapat bermain permainan Pukul Berapa Datuk Harimau dengan betul.

Penutup

(5 Minit) -Guru memberi peneguhan positif kerana murid dapat melakukan aktiviti bermain permainan Pukul Berapa Datuk Harimau dengan bagus.

-Kemudian guru meminta murid menyanyi lagu angka semula dengan iringan video.

ABM : Topeng dan tongkatNilai : Mendengar arahan dan berkerjasama

Objektif : Murid akan meningkatkan kemahiran menyebut nombor dengan betul.

Refleksi :

4.2.1Perkaitan dengan tunjang-tunjanga)Tunjang utamaTunjang Sains Dan Teknologi-Awal Sains Dan Matematik

-Konsep nombor iaitu Memahami nombor 1-10 dengan Menyebut nama nombor 1 hingga 10. b)Objektif yang ingin dicapai

i) Menyebut angka 1 hinga 10 dengan bantuan video

ii) Menyebut angka 1 hinga 10 tanpa bantuan video

iii) Murid dapat bermain permainan Pukul Berapa Datuk Harimau dengan betulc)Struktur pendekatan belajar sambil bermain yang diambil

- Main games and rulesMurid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkah laku yang dilakukan semasa bermain adalah dalam had atau peraturan permainan tersebut. Antara tunjang lain yang terlibat

i. Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu.

-Kemahiran mendengar dimana murid akan mendengar arahan dan memberi respon. Selain itu juga murid melihat video kemudian memberi respon.

-Kemahiran bertutur dimana murid berinteraksi dengan mesra bersama rakan-rakan sewaktu melakukan aktiviti kumpulan. Selain itu murid juga berbual dengan sebutan dan perkataan yang betul.

- Dengan menyanyikan lagu pukul berapa datuk harimau akan perkembangkan bahasa murid-murid

ii. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai Pendidikan Moral

-Berterima kasih dimana murid akan mengucapkan terima kasih secara lisan atas bantuan yang diterima.

-Hemah tinngi dimana beradap sopan dalam pergaulan serta bertutur kata yang bersopan dengan bimbingan.

-Hormat menghormati dimana murid menghormati guru dan rakan dengan lafazkan ucapan bertatasusila.

-Kerjasama dimana murid mengamalkan sikap kerjasama sewaktu melakukan aktiviti bersama rakan-rakan dalam kumpulan.

-Toleransi dimana murid mengamalkan sikap sabar dalam menunggu giliran. Murid juga mengamalkan sikap bertolak ansur dengan rakan sebaya.

-Berdisiplin dimana murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.iii. Tunjang Ketrampilan Perkembangan Sosioemosi.

-Mengenali dan mengurus emosi sendiri dimana murid mengenali emosi sendiri iaitu menyatakan sesuatu yang disukai atau tidak sewaktu guru bertanyakan perasaan murid selepas melakukan aktiviti.

-Mencapai emosi yang positif iaitu murid membina konsep kendiri di mana murid bersikap positif tentang kebolehan kendiri. Seterusnya murid juga membina keyakinan berkomunikasi samaada dengan guru atau rakan-rakan.

-Membina kemahiran sosial dimana murid akan berkomunikasi secara adab dan tertib samaada dengan rakan-rakan mahupun guru.

- selain itu dapat Memupuk ciri-ciri kempimpinan

iv. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

-Perkembangan motor kasar iaitu murid berjalan ke hadapan, ke sisi, ke kiri dan ke kanan sewaktu melakukan aktiviti pukul berapa datuk harimau. Selain itu juga murid membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan iaitu berlari dan berkejar-kejaran.

-Dengan berlari, berjalan kedepan dan mengundur dapat mengembangkan fizikal murid-murid

v. Tunjang Kemanusiaan

-Saya dan komuniti dimana murid bergaul mesra iaitu mengamalkan semangat bermasyarakat dan mengamalkan sikap tolong menolong jika rakan-rakan mengalami masalah.

4.2.2Kaitan dengan penyediaan bahan bantu mengajar

1) ABM : Video Cd

-Guru menyediakan video tentang mengenal nombor 1-10 kepada murid.

2) ABM : Topeng dan tongkat-Guru memberi Topeng dan tongkat kepada murid yang menjadi datuk harimau4.2.3Kaitan dengan penggunaan bahan bantu mengajar

1) ABM : Video Cd

-Guru menggunakan video tentang mengenal nombor supaya murid tertarik dengan visual yang ada.

-Video yang ada juga mampu menarik minat murid untuk belajar sambil menyanyi lagu nombor. Ini akan menimbulkan keseronokan kepada murid selain membantu murid mengenal nombor.2) ABM : Topeng dan tongkat-Guru memberi Topeng dan tongkat kepada murid kerana permainan difikirkan sesuai untuk menggalakkanperkembangankanak-kanaksekali gus menarik minat murid.

-Selain itu juga Topeng dan tongkat memberi kanak-kanak perasaan yang lebih teruja apabila menjadi datuk harimau. Ia mengaitkan pelbagai deria selain ketangkasankanak-kanaksendiri.

- Topeng dan tongkat mampu menaikkan minat kanak-kanak untuk teruskan permainan dan kanak-kanak merasai dunia permainan yang sebenar.

4.2.4Kaitan dengan aktiviti pelajar

1) Aktiviti menonton video dan menyanyi.

-Murid menonton video dan menjawab pertanyaan guru tentang video yang ditayangkan itu.

2) Aktiviti menjawab pertanyaan guru

-Murid menjawab pertanyaan perasaan mereka menyanyikan lagu nombor tersebut. 3) Aktiviti bermain . Pukul Berapa Datuk Harimau-Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan. Murid bermain mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Murid yang ditangkap oleh datuk harimau akan menjadi datuk harimau pula. Murid akan berkerjasama bermain bersama-sama dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

4) Aktiviti menyanyi semula lagu nombor.

Murid akan mengingat kembali konsep nombor 1-10

4.3Contoh Rancangan Pengajaran Harian: Mainan bebasHari

: Rabu

Tarikh

: 24 Januari 2011

Tajuk

: Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

(PFK 1.0 Perkembangan motor halus)

Tunjang Utama

: Fizikal dan Estetika

Standard kandungan

: PFK 1.1 Melakukan kemahiran motor halusStandard pembelajaran utama :

PFK 1.1.1 Menggunakan jari untuk mengoyak bebas

PFK 1.1.2 Menggunakan tangan untuk untuk merenyuk (crush) kertas

PFK 1.1.3 Menggunakan jari untuk meramas (mix)

PFK 1.1.6 Menggunakan jari untuk menggentel

PFK 1.1.7 Menggunakan jari untuk memicit

Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :

1) melakukan kemahiran motor halus iaitu merenyuk, meramas, dan menangkap kertas menggunakan tangan

2) melakukan kemahiran motor halus iaitu mengoyak, merenyuk, menggentel, dan memicit kertas dengan menggunakan jari

Peralatan dan bahan

i. Plastik aiskrim

ii. Kertas warna saiz A4

Nilai murid

i. Berdisiplin

ii. Kerjasama

iii. Kerajinan

iv. Keberanian

v. Sabar

Langkah / masaStrategi / aktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set induksi

(3 minit) Guru meminta semua murid berdiri

Guru meminta murid mengangkat tangan sambil meramas-ramas jari serta menggerakkan tangan ke atas dan ke sisi

Nilai: kerjasama antara murid dan guru

Aktiviti 1

(5 minit) Guru meminta murid duduk dalam bulatan

Guru mengedarkan plastik aiskrim dan kertas kepada pelajar

Guru meminta murid untuk merenyukkan kertas sehingga berbentuk bulat

Guru meminta mereka melontar kertas tersebut (lontar rendah) ke udara dan menangkapnya dengan sebelah tangan

ABM: kertas warna bersaiz A4

Objektif:

melakukan kemahiran motor halus iaitu merenyuk, meramas, dan menangkap serta membaling kertas menggunakan tangan

Nilai: berdisiplin, mendengar arahan guru, bekerjasama, tekun

Aktiviti 2

( 10 minit) Guru meminta murid membuka semula gumpalan kertas dengan cermat

Guru meminta murid mengoyakkan kertas kepada cebisan kecil

Murid diminta untuk merenyuk, menggumpal, dan, menggentel, memicit cebisan kertas sambil menyanyi

Minta murid masukkan cebisan kertas ke dalam plastik aiskrim masing-masingABM : kertas bersaiz A4

dan plastik aiskrim

Objektif:

melakukan kemahiran motor halus iaitu mengoyak, merenyuk, menggentel, dan memicit kertas dengan menggunakan jari

Nilai: tekun, gigih, berusaha, sabar

Penutup

(3 minit) Minta murid semua berdiri dan menunjukkan hasil mereka

Membuat senaman ringan menggunakan tangan

Minta murid menyatakan perasaan mereka

Nilai: bekerjasama

4.3.1Perkaitan dengan tunjang-tunjang

a) Tunjang utama

Fizikal dan Estetika

b)Objektif yang ingin dicapai

1) Murid dapat melakukan kemahiran motor halus iaitu merenyuk, meramas, dan membaling kertas menggunakan tangan

2) Murid dapat melakukan kemahiran motor halus iaitu mengoyak, merenyuk, menggentel, dan memicit kertas dengan menggunakan jari

c)Pendekatan belajar sambil bermain yang diambil:

Mainan bebas

d) Antara tunjang lain yang terlibat

Tunjang komunikasi kemahiran mendengar- Murid mendengar arahan guru dan membuat aktiviti berdasarkan apa yang didengari dan difahami

Tunjang kerohanian sikap dan nilai- berdisiplin, keberanian, kerjasama, kerajinan, ketekunan

- Murid melakukan aktiviti yang melibatkan motor halus iaitu mata dan jari semasa merenyuk, menggumpal, dan menggentel kertas. Murid melakukan dengan tekun dan gigih sekali

Tunjang ketrampilan Membina semangat dan sikap yang positif (tolong-menolong dan sabar).

4.3.2Kaitan dengan penyediaan bahan bantu mengajar

1. ABM: kertas warna bersaiz A4 dan plastik aiskrim

Guru menyediakan kertas yang bewarna warni bersaiz A4 dan mengedarkan kepada semua murid

Guru menyediakan plastik aiskrim yang panjang dan lutsinar 4.3.3Kaitan dengan penggunaan bahan bantu mengajar

1. ABM: kertas warna bersaiz A4 dan plastik aiskrim

Guru menyediakan kertas yang bewarna warni agar dapat menarik perhatian murid untuk melakukan aktiviti motor halus

Guru menyediakan plastik aiskrim yang panjang dan lutsinar agar murid dapat melihat cebisan kertas yang dimasukkan ke dalam plastik

4.3.4Kaitan dengan aktiviti pelajar

1. Aktiviti menggerakkan jari (senaman ringan)

Murid berpeluang untuk meramas-ramas dan menggerakkan jari mereka

Aktiviti ini amat menyeronokkan apabila buat secara beramai-ramai

2. Aktiviti melakukan kemahiran motor halus iaitu merenyuk, meramas, dan menangkap serta membaling kertas menggunakan tangan

Murid berpeluang menjalankan aktiviti merenyuk, meramas, dan menangkap serta membaling kertas menggunakan tangan.

Pada kali pertama aktiviti membaling dan menangkap kertas yang dilakukan murid mungkin tidak menjadi, jadi guru boleh meminta mereka mengulanginya lagi

3. Aktiviti melakukan kemahiran motor halus iaitu mengoyak, merenyuk, menggentel, dan memicit kertas dengan menggunakan jari Murid berpeluang menggunakan jari untuk megoyakkan kertas pada cebisan cebisan kecil, kemudian renyuk, gentel, dan picit kertas dan masukkan ke dalam plastik

Murid akan berusaha memasukkan semua cebisan kertas ke dalam plastik dengan berhati- hati dan tekun.

Memerlukan kesabaran yang tinggi

4. Menyatakan perasaan terhadap kerja yang dihasilkan

murid membuat kesimpulan terhadap hasil pembelajaran4.4Contoh rancangan pengajaran harian: SosiodramaHari

: Rabu

Tarikh

: 24 Januari 2011

Tajuk

: Perkembangan Fizikal dan Estetika -Kreativiti

(KTI 3.0 Drama dan Gerakan Kreatif)

Tunjang Utama

: Fizikal dan Estetika

Standard kandungan

: PFK 3.1 Mengambil bahagian dalam drama dan gerakan kreatifStandard pembelajaran utama :

KT 3.1.1 Main peranan mengikut imaginasi dengan bimbingan

KT 3.1.2 Berlakon dengan menggunakan props contoh scarf, pakaian seragam, puppet dengan bimbingan guru

Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :

1. Murid dapat mengenali habitat haiwan

2. Murid dapat mengenali bunyi haiwan

3. Murid dapat melakonkan watak menggunakan puppet dengan bimbingan guru

4. Murid dapat mengenal warna haiwan

Peralatan dan bahan

i. Puppet lembu, dan itik

ii. Gambar lembu dan itik (sebesar muka murid)

Nilai murid

i. Berdisiplin

ii. Kerjasama

iii. Kerajinan

iv. Keberanian

v. Sabar

Langkah / masaStrategi / aktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set induksi

(3 minit) Guru menyorokkan puppet lembu, dan itik di belakang

Guru meminta murid meneka apa yang ada di belakang guru.ABM:

Puppet lembu, dan itik.

Aktiviti 1

(5 minit) Guru bersoal jawab dengan murid Di mana haiwan ini tinggal?

Guru membunyikan puppet dan meminta murid mengikutnya

Lembu-moo

Itik- kuek

ABM:

Puppet lembu, dan itik.

Objektif :

-Murid dapat mengenali habitat haiwan

-Murid dapat mengenali bunyi haiwan

Aktiviti 2

(9 minit) Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan

Kumpulan 1-lembu

Kumpulan 2-itik

Guru melakonkan telebih dahulu watak lembu dan itik

Lembu- Hai, saya lembu. Warna saya coklat. Bunyi saya moo.

Itik- Hai saya itik. Warna saya kuning. Bunyi saya kuek,kuek.

Guru mengedarkan gambar lembu dan itik kepada setiap ahli kumpulan

Guru meminta kumpulan pertama dan kumpulan kedua melakonkan watak lembu dan itik sambil berdiriABM:

Gambar lembu dan itik

(sebesar muka murid)

Objektif:

- Murid dapat melakonkan watak menggunakan puppet dengan bimbingan guru

-Murid dapat mengenal warna haiwan

Penutup

(3minit) Guru menyanyikan lagu Pak Mamat Ada Kebun sambil membuat gaya. Cth sebahagian lirik lagu:

Pak mamat ada kebun i a i a u

Di kebunnya ada lembu i a i a u

Moo moo sana, moo moo sini

Pak mamat ada kebun i a i a u

Guru meminta murid mengikuti guru sambil memegang watak masing-masingABM:

Gambar lembu dan itik

(sebesar muka murid)

4.4.1Perkaitan dengan tunjang-tunjang

a) Tunjang utama

-Fizikal dan Estetika

b) Objektif yang ingin dicapai

Murid dapat mengenali habitat haiwan Murid dapat mengenali bunyi haiwan Murid dapat melakonkan watak menggunakan puppet dengan bimbingan guru Murid dapat mengenal warna haiwanc) Pendekatan belajar sambil bermain yang diambil:

Mainan sosiodrama

d) Antara tunjang lain yang terlibat

Tunjang komunikasi kemahiran mendengar Tunjang kerohanian sikap dan nilai- berdisiplin, keberanian, kerjasama, kerajinan, ketekunan

Tunjang ketrampilan Membina semangat dan sikap yang positif (tolong-menolong dan sabar).

4.4.2Kaitan dengan penyediaan bahan bantu mengajar

1. ABM: Puppet lembu dan itik.

Guru menyediakan puppet lembu dan itik yang dibuat oleh guru sendiri2. ABM: Gambar lembu dan itik

Guru menyediakan gambar lembu dan itik dan mengedarkan kepada semua murid (sebesar wajah murid)

4.4.3Kaitan dengan penggunaan bahan bantu mengajar

1. ABM: Puppet lembu dan itik.

Guru menyediakan puppet lembu dan itik dan menggunakannya dalam set induksi dan aktiviti 1.

2. ABM: Gambar lembu dan itik

Guru mengedarkan gambar lembu dan itik kepada pelajar agar mereka berpeluang merasai puppet dan melakonkan watak lembu dan itik mengikut kumpulan

4.4.4Kaitan dengan aktiviti pelajar

1. Meneka objek dan bersoal jawab

Dapat merangsang pemikiran murid

Mengumpul maklumat

Berkongsi pengalaman

2. Membuat bunyi haiwan

Murid akan mencuba membunyikan haiwan berdasarkan pengalaman mereka

Seterusnya, murid dapat membunyikan haiwan dengan betul

3. Melakonkan watak lembu dan itik

Murid dapat mengaplikasikan pengajaran guru dalam lakonan mereka

Murid bekerjasama untuk melakukan yang terbaik4. Nyanyian lagu Pak Mamat Ada Kebun

Memberi peneguhan kepada murid

Menyatakan perasaan terhadap aktiviti yang dilakukan

5.0Pendekatan simulasi bermain

5.1Pengenalan simulasi bermainDalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti:

i. main yang terancang

ii. main yang berstruktur

iii. main yang fleksibel

iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif

Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan

Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problems may have multiple solutions.Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah:

i. mengalakkan imaginasi

ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba

iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial

iv. membina keyakinan diri

v. berorientasikan proses bukan hasildan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini kanak-kanak dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini kanak-kanak digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Ia juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Di samping itu, ia dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada kanak-kanak untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat dua jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran didalam bilik darjah. Kedua-dua jenis simulasi itu ialah sosiodrama dan main peranan.5.1.1 Sosiodrama

Permainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam permainan tersebut. Main sosiodrama merupakan contoh simulasi yang berbentuk mainan, tetapi dibuat menyerupai situasi sebenar. Pelakunya ialah kanak-kanak sendiri. Fokus simulasi adalah proses yang dilalui bukan hasil simulasi. Main sosiodrama dapat memberi pemahaman kepada kanak-kanak tentang peranan dan tindakan yang dijangkakan, keperluan bertindak dalam situasi tertentu serta membolehkan kanak-kanak belajar memahami perasaan orang lain, menerima kekalahan atau kemenangan dengan baik dan sebagainya. Dua kategori permainan sosiodrama adalah seperti berikut: Main sosiodrama yang melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik

Main sosiodrama fantasi dan imaginasi kanak-kanakMain sosiodrama yang melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik seperti contoh kanak-kanak diminta memainkan watak atau berlakon sebagai ibu atau bapa di ruangan dapur dan situasi sebenar pada masa itu adalah memasak. Kanak-kanak diminta untuk meniru gaya dan perbuatan ibu ketika memasak di dapur.

Manakala main sosiodrama fantasi dan imaginasi kanak-kanak seperti contoh kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka untuk membawa watak seperti watak seorang doktor atau polis. Dan kanak-kanak akan melakonkan gaya atau perlakuan seorang doktor atau polis bersama rakan-rakan yang lain. Kanak-kanak mendapat imaginasi dari menonton cerita di televisyen dan mempraktikkannya di dunia realiti.

5.1.2 Teknik main peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. Main Peranan atau Lakonan Aktiviti dalam kumpulan atau kelas yang memberi peluang kepada kanak-kanak membayangkan dirinya sendiri ataupun orang lain dalam pelbagai situasi tertentu.

Kesemua ataupun sebahagian kanak-kanak di dalam kelas berpeluang berlagak seperti watak yang terdapat dalam situasi.

Kanak-kanak yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati dan berpeluang memahami sesuatu berkaitan watak ataupun situasi dengan lebih mendalam.

Kanak-kanak yang berlakon berpeluang menguji tingkah laku ataupun belajar berinteraksi (Koo Kee Peng dan Zainab, 1992).

Berdasarkan RPH yang telah disediakan, kami telah merancang aktiviti simulasi (main peranan) seperti yang terdapat dalam langkah 2. Dalam langkah itu, murid disuruh melakonkan watak menjadi buah-buahan. Kad gambar di gantung dileher dan mereka akan melakonkan watak buah tersebut di hadapan kelas. Mereka bebas bercerita apa sahaja berdasarkan watak mereka dihadapan kelas. Dalam lakonan tersebut mereka boleh menggunakan pergerakan kreatif disamping menggunakan bahasa yang mudah untuk berdialog. Melalui aktiviti ini kanak-kanak sekurang-kurangnya dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan. Kaedah ini meningkatkan kefahaman dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

6.0Perlaksanaan dalam proses pengajaran pembelajaran6.1Contoh Rancangan Pengajaran Harian 1: SosiodramaHari

: Isnin

Tarikh

: 24 Januari 2011

Masa

: 20 minit

Tajuk

: Kebersihan diriSub tajuk

: Menjaga kebersihan diriAktiviti

: Main peranan

Tunjang Utama

: Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia

Standard Kandungan

: BM 2.0 Kemahiran bertutur

Standard Pembelajaran Utama: BM 2.5 Melakonkan watak-watak mengikut situasi

Standard Pembelajaran lain

yang disepadukan

: BM 2.5.1 Main peranan mengikut situasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak dengan bimbingan.

Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran -

1) Murid dapat menggambarkan suasana dipasar.2) Murid dapat mengembangkan daya imaginasi mereka.3) Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah. 4) Murid dapat menunjukkan perasaan gembira apabila dapat melakonkan watak tersebut.Peralatan dan bahan : i) Kad bergambar

ii) Kad perkataan

iii) Set mainan

iv) wangPenerapan Nilai : i) Mendengar arahan

ii) Menghormati guru

iii) Bekerjasama

iv) Sabar

v) Jujur

vi) BeraniLangkah / masaStrategi / Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi

(2 minit) Guru menceritakan tentang suasana jual beli di pasar.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengalaman mereka ketika berada di pasar.ABM : -

Nilai : Mendengar arahan dan menghormati guru.

Langkah 1

(6 minit) Guru menunjukkan kad bergambar iaitu penjual, pembeli dan barang yang dijual dipasar.

Cotohnya :

1) Penjual sayur, penjual ikan, penjual barang runcit, penjual makanan dan lain-lain.

2) Suasana orang ramai yang membeli barang

3) Gambar ikan, buah-buahan, sayu-sayuran, makanan dan lain-lain.

Guru menceritakan tentang kad bergambar yang ditunjukkan.

Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang kad bergambar yang ditunjukkan untuk menggalakkan mereka bercerita dengan menggunakan bahasa yang mudah. ABM : kad bergambar

Nilai : Mendengar arahan dan menghormati guru.

Objektif :

1) Murid dapat menggambarkan suasana dipasar.

Langkah 2

(10 minit)

Guru membahagikan murid mengikut watak.

Contohnya :

1) 10 orang murid melakonkan watak sebagai penjual

2) 10 orang murid melakonkan watak sebagai pembeli.

Guru memberitahu kepada murid yang melakonkan watak sebagai penjual untuk berada ditempat yang ditetapkan, manakala murid yang melakonkan watak sebagai pembeli boleh bergerak bebas.

Guru meletakkan kad perkataan ditempat penjual untuk menunjukkan barang yang mereka jual.

Contohnya :

1) Ikan

2) Ayam

3) Sayur

Guru memberikan set mainan sayur-sayuran, ikan, ayam, dan buah-buahan.

Guru memberikan wang untuk mereka guna semasa proses jual beli.

Guru meminta murid melakonkan watak sebagai penjual dan pembeli.

Guru meminta murid menggunakan ayat yang mudah ketika melaonkan watak tersebut.

Contohnya :

1) Penjual ayam murah, ayam murah. Sekilo rm5.00

2) Pembeli nak beli buah limau sekilo. ABM : kad perkataan, set mainan, wang.

Nilai : bekerjasama, sabar, mendengar arahan, jujur, berani.

Objektif :

1) Murid dapat mengembangkan daya imaginasi mereka.

2) Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah.

3) Murid dapat menunjukkan perasaan gembira apabila dapat melakonkan watak tersebut.

Penutup

(2 minit) Guru meminta murid menceritakan perasaan mereka selepas melakonkan watak tersebut.ABM : -

Nilai : mendengar arahan.

Refleksi:6.1.1Perkaitan dengan tunjang-tunjang

a)Tunjang utamaTunjang Komunikasi Bahasa Melayu

Melakonkan watak-watak mengikut situasi. b)Objektif yang ingin dicapaii Murid dapat menggambarkan suasana dipasar.ii Murid dapat mengembangkan daya imaginasi mereka.iii Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah. iv Murid dapat menunjukkan perasaan gembira apabila dapat melakonkan watak tersebut.c) Antara tunjang lain yang terlibati) Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai Pendidikan Moral Murid mendengar serta menghormati setiap arahan yang diberikan oleh guru.

Murid bekerjasama dalam melakonkan watak tersebut. Contohnya, penjual memberikan barang yang ingin dibeli oleh pembeli

Murid belajar bersabar untuk menunggu giliran masing-masing.

Murid jujur dalam melakonkan watak yang diberikan. Contonya, penjual memberi baki wang kepada pembeli.

Murid berani menunjukkan bakat masing-masing dan bertutur menggunakan bahasa yang mudah. ii) Tunjang Keterampilan Diri Perkembangan Emosi

Murid dapat mengenal serta mengurus emosi semasa guru bertanyakan perasaan apabila murid dapat melakonkan watak tersebut.

Murid dapat membina keyakinan diri apabila mereka disuruh bertutur dengan menggunakan bahasa yang mudah.

Murid dapat menerima pandangan dan membaca emosi orang lain dengan bimbingan dari guru.

Murid dapat membina semangat dan sikap yang positif seperti sabar, jujur, berani dan lain-lain.

iii) Tunjang Sains dan Teknologi Awal Matematik

Murid dapat mengenal nilai wang yang diberikan.

Murid dapat memahami operasi tolak dan tambah dalam lingkungan 10.

6.1.2Penyediaan bahan bantu mengajari) Kad bergambar

Guru menyediakan kad bergambar iaitu penjual, pembeli dan barang yang dijual dipasar.ii) Kad perkataan Guru menyediakan kad perkataan penjual dan pembeli.iii) Set mainan Guru menyediakan set mainan barang yang ingin dijual seperti sayur, buah, ikan dan ayam.

iv) Wang Guru menyediakan wang kepada murid untuk proses jual beli.

6.1.3Penggunaan bahan bantu mengajari) Kad bergambar

Penggunaan kad bergambar adalah untuk menunjukkan dengan lebih jelas kepada pelajar tentang apa yang ingin disampaikan oleh guru. Contohnya, kad bergambar penjual sayur. Murid dapat gambaran jelas tentang bagaimana watak serta pelakuan seorang penjual sayur.

ii) Kad perkataan

Kad perkataan digunakan adalah untuk memberitahu kepada murid tentang barang yang dijual oleh murid yang memegang watak penjual.

iii) Set mainan

Set mainan disediakan adalah untuk menunjukkan barang yang dijual.

iv) Wang

Wang digunakana adalah untuk mmemberi peluang kepada pelajar untuk merasai proses jual beli yang sebenar.

6.1.4Kaitan dengan aktiviti pelajar.1) Aktiviti menjawab pertanyaan guru.

Murid memberi respon an menjawab soalan yang ditanya oleh guru.

2) Aktiviti main peranan melakonkan watak penjual dan pembeli

Murid melakonkan watak sebagai penjual dan pembeli seperti yang diarahkan oleh guru.

Murid bebas bercerita dan menggunakan ayat yang mudah untuk berkomunikasi sesame mereka.

6.2Contoh Rancangan Pengajaran Harian 2: Main perananHari

: Isnin

Tarikh

: 24 Januari 2011

Masa

: 20 minit

Tajuk

: Buah-buahan

Sub tajuk

: Buah-buahan tempatan

Aktiviti

: Main peranan

Tunjang Utama

: Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia

Standard Kandungan

: BM 2.0 Kemahiran bertutur

Standard Pembelajaran Utama: BM 2.5 Melakonkan watak-watak mengikut situasi

Standard Pembelajaran lain

yang disepadukan

: BM 2.5.1 Main peranan mengikut situasi dengan

menggunakan bahasa yang sesuai untuk

menghidupkan watak dengan bimbingan.

Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran -

1) Murid dapat mengenal buah-buahan tempatan.

2) Murid dapat mengenal jenis buah mengikut warna, bentuk dan

rasa.

3) Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah.

4) Murid dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka.Peralatan dan bahan : i)Video lagu

ii) Kad gambar iii)Plastisin

iv) Buah-buahan sebenar

v) Plastik.

Penerapan Nilai : i)Mendengar Arahanii) Bekerjasama

iii) Sabar

iv) Menghormati Guru

BahLangkah / MasaStrategi / Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi

( 2 minit ) Guru menayangkan video lagu buah-buahan kepada murid.

Guru menyanyikan lagu buah-buahan dan minta murid nyanyi bersama. ABM : video laguNilai : mendengar arahan dan bekerjasama.

Langkah 1

(4 minit) Guru menunjukkan kad gambar buah-buahan kepada murid.

Guru menceritakan tentang buah-buahan tempatan yang ditunjukkan.

Contoh :

1) Pisang

2) Rambutan

3) Manggis

4) Ciku

Guru bersoal jawab dengan murid dengan menggunakan bahasa yang mudah dan menggalakkan murid bercerita.

Guru juga menunjukkan buah-buahan sebenar dan plastik untuk kanak-kanak menilai dan merasa sendiri pengalaman itu.

Murid bercerita tentang buah-buahan dengan guru dan rakan-rakan yang lain.ABM : kad gambar,buah-buahan sebenar dan plastik.Nilai : mendengar arahan, menghormati guru.

Objektif :

1) Murid dapat mengenal buah-buahan tempatan.

2) Murid dapat mengenal jenis buah mengikut warna, bentuk dan rasa.

Langkah 2

(8 minit) Guru memanggil 4 orang murid dan minta mereka melakonkan watak buah-buahan tersebut.

Guru menggantungkan watak buah di leher murid.

Guru minta mereka bercerita menggunakan ayat yang mudah.

Contohnya :

Saya rambutan,

Kulit saya berbulu,

Kulit saya berwarna merah,

Isi saya sangat manis.ABM : kad gambar

Nilai : bekerjasama, mendengar arahan, sabar.

Objektif :

1) Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah.

Langkah 3

(4 minit) Guru memberikan plastisin kepada murid dan minta mereka untuk membentuk buah yang mereka gemari.

Kanak-kanak gembira melakukan aktiviti ini.ABM : plastisin

Nilai : mendengar arahan.

Objektif :

1) Murid dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka.

Penutup

(2 minit) Guru menerangkan kepada murid tentang khasiat buah-buahan tersebut.ABM : -

Nilai : menghormati guru.

Refleksi :6.2.1Perkaitan dengan tunjang-tunjang

a) Tunjang Utama :

Tunjang Bahasa & Komunikasi Bahasa Malaysia

Berdasarkan Tunjang Komunikasi, pengajaran simulasi dapat diaplikasikan melalui kaedah main peranan iaitu murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan. Selain itu, murid juga perlu memahami peranan, menghayatinya serta melakonkan aksi dan percakapan watak tersebut. Dalam kaedah ini secara tidak langsung ia merupakan kesinambungan melalui teknik becerita.

Berdasarkan RPH yang telah di sediakan, aktiviti simulasi (main peranan) yang dilakukan adalah melakonkan watak menjadi buah-buahan. Kad gambar di gantung dileher dan mereka akan melakonkan watak buah tersebut di hadapan kelas. Mereka bebas bercerita apa sahaja berdasarkan watak mereka dihadapan kelas. Dalam lakonan tersebut mereka boleh menggunakan bahasa yang mudah untuk berdialog. Melalui aktiviti ini kanak-kanak sekurang-kurangnya dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan. Kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. b) Objektif yang ingin dicapai

i Murid dapat mengenal buah-buahan tempatan.

ii Murid dapat mengenal jenis buah mengikut warna, bentuk dan rasa.

iii Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah.

iv Murid dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka.

c) Tunjang- tunjang lain yang terlibat

i) Tunjang Sains Dan Teknologi - Awal Sains

Berdasarkan aktiviti main peranan yang dilakukan oleh murid iaitu melakonkan watak buah,

Aktiviti ini dapat diakaitkan dengan tunjang sains dalam pembelajaran mereka. Kanak-kanak dapat mengenal jenis warna mengikut watak buah yang dilakonkan. Contohnya, jika kanak-kanak melakonkan watak buah pisang, rambutan, ciku dan manggis, mereka dapat mengenal empat jenis warna iaitu kuning, merah, coklat dan ungu. Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengetahui bentuk buah tersebut seperti ciku, manggis dan rambutan berbentuk bulat manakala pisang berbentuk panjang.ii) Tunjang Keterampilan Diri- Perkembangan Sosioemosi

Melalui aktiviti yang dilakukan, kanak-kanak dapat mengenali jenis buah mengikut rasa iaitu masam dan manis. Kanak-kanak akan menunjukkan memek muka berdasarkan watak buah yang mereka lakonkan. Contohnya jika kanak-kanak melakonkan watak buah manggis, memek muka yang ditunjukkan adalah masam. Kanak-kanak akan merasa gembira jika mereka dapat melakonkan watak tersebut dengan baik.

iii) Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika Kreativiti

Kaedah main peranan juga boleh dikaitkan dengan kreativiti kanak-kanak dalam muzik dan menghasilkan pergerakan. Kanak-kanak akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut dialog dan lagu yang disampaikan, Contohnya kanak-kanak akan bergerak dari depan ke belakang atau dari kiri ke kanan. Selain itu juga, aktiviti dalam langkah 3 iaitu semasa kanak-kanak membentuk buah-buahan dengan menggunakan plastisin. Aktiviti ini dapat meningkatkan perkembangan fizikal iaitu motor halus mata dan tangan. iv) Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Aktiviti yang dilakukan dapat melatih kanak-kanak agar bekerjasama antara ahli kumpulan sewaktu melakukan sesuatu tugasan serta sabar ketika menunggu giliran untuk bercakap. Selain itu juga, dapat mengajar kanak-kanak menjaga kebersihan dan bersyukur.

6.2.2Penyediaan bahan bantu mengajar Penyediaan bahan bantu mengajar amat penting terutama bagi guru prasekolah. Bahan bantu mengajar yang baik dan sesuai akan menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari apa yang diajar oleh guru.

Guru haruslah bijak dalam memilih serta menyesuaikan bahan bahan bantu mengajar dengan aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, dalam kaedah simulasi bermain iaitu aktiviti main peranan memerlukan bahan bantu mengajar yang sesuai agar kanak-kanak tertarik dengan aktiviti yang akan dilakukan.

Aktiviti main peranan yang dilakukan adalah melakonkan watak buah dihadapan kelas.

Dalam aktiviti tersebut bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru adalah video lagu, kad gambar, buah-buahan sebenar, plastik dan plastisin. Kanak-kanak akan lebih berminat dengan buah-buahan sebenar. Bahan-bahan ini dapat membantu guru untuk melakukan aktiviti tersebut dengan sempurna. Penggunaan plastisin juga membantu meningkatkan perasaan minat kanak-kanak untuk belajar kerana belajar sambil bermain dapat diterapkan dalam aktiviti ini. 6.2.3Penggunaan bahan bantu mengajar Dalam setiap aktiviti yang akan dilakukan, guru haruslah bijak dalam menentukan bahan bantu mengajar dengan penggunaan bahan tersebut. Sekiranya guru menyediakan bahan yang tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan, ini akan mengganggu proses pemahaman kanak-kanak terhadap apa yang mereka pelajari. Sebagai contoh, aktiviti yang dilakukan adalah melakonkan watak buah dihadapan kelas. Bahan yang digunakan ialah video lagu, kad gambar, buah-buahan sebenar, plastik dan plastisin. Fungsi bahan-bahan tersebut adalah untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang bentuk, warna, saiz dan rasa. Selain itu juga kanak-kanak dapat mengenali buah-buahan tempatan serta membantu kanak-kanak untuk bertutur dengan menggunakan bahasa yang mudah. Hal ini dapat membantu proses komunikasi kanak-kanak tersebut. Seperti kaset, radio dan carta lagu, bahan ini digunakan bagi membantu kanak-kanak untuk menyebut perkatan yang mudah diikuti dengan iringan muzik. Kad perkataan pula dapat membantu pelajar untuk mengeja perkataan yang mudah seperti buah ciku. Buah-buahan yang sebenar digunakan adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal jenis buah tersebut. Selain itu kanak-kanak juga dapat membezakan buah tersebut dari segi warna, bentuk dan juga rasa. 6.2.4Kaitan dengan aktiviti pelajar1)Aktiviti menonton video lagu dan menyanyi.

murid menonton video lagu dan menjawab pertanyaan guru tentang video lagu yang ditayangkan itu.2)Aktiviti menjawab pertanyaan guru

-murid menjawab pertanyaan guru mengenai buah-buahan tempatan tersebut. 3)Aktiviti main peranan melakonkan watak buah-buahan

-4 orang kanak-kanak dipanggil untuk melakonkan watak buah-buahan dan mereka bebas untuk bercerita apa sahaja mengenai buah-buahan.4)Aktiviti membuat bentuk buah-buahan menggunakan plastisin

Kanak-kanak akan diberi plastisin untuk mereka membuat bentuk buah-buahan yang mereka gemari.

7.0PenutupMain seperti yang telah dibincangkan di atas mempunyai peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 4M tetapi juga dari aspek sahsiah dan tingkahlaku kanak-kanak. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan khususnya sentiasa menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang dapat menarik minat serta menggembirakan kanak-kanak. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Jadi, dalam menjayakan sesuatu permainan di taska, tadika mahupun prasekolah, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak.

45