Sistem Pendidikan di Singapura
Transcript of Sistem Pendidikan di Singapura
5/10/2018 Sistem Pendidikan di Singapura - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pendidikan-di-singapura 1/9
Sistem Pendidikan di Singapura
Mengapa Sekolah di Singapura
Pendidikan selalu menjadi kunci utama dalam pertumbuhan dan perkembangan Singapura setelah merdeka
pada tahun 1965. Dengan memfokuskan diri pada dunia pendidikan, Singapura saat ini menjadi salah satu
negara yang memiliki sistem pendidikan terbaik di ASIA.
Sistem Pendidikan Singapura
Ada lebih dari 80.000 siswa mancanegara yang datang dari 120 negara pada saat ini menempuh pendidikan di
berbagai level dan institusi di Singapura, mulai dari sekolah negri, swasta hingga perguruan tinggi negeri,
politeknik dan juga beberapa sekolah swasta lainnya di Singapura. Berikut bagan sistem pendidikan di Singapura
– Kindergartens ( Taman Kanak-kanak )
Sekolah dengan program masa pendidikan 3 tahun untuk anak-anak mulai umur 4 hingga 6 tahun. Program
pendidikan 3 tahun ini terdiri dari Nursery, Kindergarten 1 dan 2. Kindergartens beroperasi setiap hari, lima hari
perminggu, dengan waktu belajar selama 3 hingga 4 jam perharinya.
– Primary Education ( Sekolah Dasar )
Ini adalah program sekolah wajib di Singapura dengan masa tempuh pendidikan selama 6 tahun yang terdiri dari
4 tahun pendidikan dasar dari kelas 1 hingga 4 dan dilanjutkan dengan 2 tahun masa orientasi mulai kelas 5
hingga 6. Keseluruhan dari program pendidikan ini adalah untuk memberikan bekal kepada para siswa dalam
mata pelajaran Bahasa Inggris, Bahasa Ibu dan Matemarika. Pada tahun terakhir (kelas 6), para siswa akan
menjalani ujian nasional bernama PSLE (Primary School Leaving Examination), yang akan sangat menentukan
masa depan pendidikan mereka.
– Secondary Education ( SMP + SMA )
Program pendidikan kursus dengan masa tempuh 4-5 tahun di khususkan pada beberapa pilihan Special,
Express, Normal (Academic) atau Normal (Technical), sesuai dengan hasil yang mereka dapatkan pada saat
ujian akhir nasional (PSLE). Kurikulum yang berbeda didesain untuk para siswa sesuai dengan kemampuan
belajar dan juga minat dari pribadi para siswa tersebut.
Di akhir program pendidikan ini, para siswa kembali ha rus menjalani ujian nasional, baik GCE ‘O’ Levels (untuk
Special/Express courses) ataupun GCE ‘N’ Levels (untuk Normal/ Technical course – siswa yang mendapatkan
5/10/2018 Sistem Pendidikan di Singapura - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pendidikan-di-singapura 2/9
hasil bagus pada ujian GCE ‘N’ Levels mereka bisa melanjutkan ke tahun kelima untuk mengambil GCE ‘O’
Levels).
– Pre-University Education (Pendidikan Pra-Universitas)
Ini adalah program pendidikan 2 tahun untuk mempersiapkan para siswa untuk menempuh ujian GCE ‘A’ Levels.
Tergantung dari jurusan yang mereka tempuh dan nilai akhir, para siswa yang lulus bisa melanjutkan pendidikan
mereka ke level Universitas di Universitas Lokal Singapura. Program ini hanya untuk mereka yang ingin
melanjutkan pendidikan mereka ke salah satu dari tiga Universitas lokal di Singapura (NTU, NUS dan SMU)
– Polytechnics (Politeknik)
Institusi ini dibentuk dengan misi untuk melatih para profesional level menengah untuk mendukung
pembangunan ekonomi dan teknologi di Singapura. Memberikan banyak pilihan jurusan kepada para siswanya,
politeknik ditujukan untuk melatih para siswa untuk mengembangkan diri sesuai dengan minat dan keahlian
mereka masing-masing sehingga bisa mendapatkan tempat di dunia kerja kelak setelah lulus nanti.
Saat ini, lulusan politeknik dihargai karena memiliki pengalaman praktek dan pengetahuan yang baik untuk level
menengah profesional. Ada lima politeknik di Singapura saat ini, semuanya menawarkan program diploma lokal
dengan berbagai jurusan seperti engineering, business studies, info-communications dan mass communications.
Siswa pilihan yang memiliki nilai baik pada tahun ketiga mereka bisa memiliki pilihan untuk melanjutkan
pendidikan mereka ke tahap universitas untuk mengejar gelar sarjana.
– Singapore Universities (Universitas Singapura)
Pendidikan Universitas di Singapura memiliki misi untuk mempersiapkan para siswa tidak untuk dunia kerja saat
ini tapi untuk mempersiapkan mereka pada saat masuk ke dunia kerja setelah mereka lulus nanti. Singapura
memiliki tiga universitas lokal, Nanyang Technological University (NTU), National University of Singapore (NUS)
dan Singapore Management University (SMU), semua menawarkan program sarjana yang diakui oleh dunia
internasional.
Sistem Pendidikan di AustraliaPendidikan wajib
Kehadiran sekolah adalah wajib bagi setiap pelajar di Australia. Kanak-kanak berumur 5 –6 tahun
menerima 11 tahun pendidikan wajib. Tambahan dua tahun lagi pada tahun ke-11 dan 12. Kadar
literasi pada kadar 99%. Penilaian sistem pendidikan yang dilakukan oleh Kerjasama Ekonomi Dan
Pembangunan (OECD) meletakkan pendidikan Australia di tangga ke-8 daripada 38 terbaik di
dunia.[perlu rujukan ]
Programme for International Student Assessment meletakkan sistem pendidikan
Australia pada 2006 di tangga ke-6 untuk Membaca, ke-8 untuk Sains dan ke-13 untuk Matematik.[1]
5/10/2018 Sistem Pendidikan di Singapura - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pendidikan-di-singapura 3/9
Pendidikan swasta
Banyak sekolah dan universiti swasta telah ditubuhkan. Namun majoriti penduduknya menerima
bantuan dan pembiayaan kerajaan. Kira-kira 58% rakyat Australia berumur dari 25-64 menerima
pendidikan vokasional atau lebih tinggi.
Bahasa
Setiap sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan. Ini
kerana Australia asalnya menjadi tempat buangan banduan dari Great Britain. Penghijrahan besar-
besaran dari Britain dan negara-negara Eropah yang lain menjadikan Australia sebuah Eropah
di Hemisfera Selatan. Tatabahasa dan ejaan mengikut bahasa Inggeris Britain. Kira-kira 80 %
penduduknya berbahasa Inggeris di rumah. Lain-lain ialah orang Cina (2.1%), Itali (1.9%),
dan Greek(1.4%).
Sukan sebagai kurikulum
Sistem pendidikan di sebuah sekolah Di Australia membenarkan pelajarnya mengambil tidak lebih
daripada enam mata pelajaran.
Mount Lawley Senior High School mempunyai 1,300 pelajar . Ditubuhkan sejak 1955 . Sekolah ini
menjadikan sukan dan pendidikan jasmani sebagai kurikulum sekolah dengan mewajibkan pelajarnya
mengambil dua jam pendidikan jasmani setiap minggu, yang turut dimasukkan elemen sukan.
Sedangkan di Malaysia sukan dan pendidikan jasmani sebagai kokurikulum.
Sekolah ini juga membenarkan para pelajarnya mengambil maksimum enam mata
pelajaran.Pelajarnya boleh memasuki universiti hanya dengan mengambil empat mata pelajaran
sahaja dengan syarat mesti lulus dengan cemerlang.
Konsep serta fleksibiliti sistem pembelajaran sekolah ini telah menjadikannya sebagai antara sekolah
terbaik di antara 50 sekolah di Australia Barat, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga di bidang
sukan. Pendekatan fleksi memberi faedah meluas. Sistem pendidikan tidak boleh rigid dalam
menguruskan sekolah.Tenaga pengajar bidang sukan mestilah mencukupi.
Sekolah juga berkongsi beberapa kemudahan sukan dengan Universiti Edith Cowan. Perkongsian ini
dapat menjimatkan kos pembinaan kemudahan sukan. Selain itu sekolah itu mempunyai
tujuh pasukan pancaragam yang serba lengkap.
Persekitaran pembelajarannya juga kondusif. Penglibatan dan komitmen ibubapa para pelajar dalam
membantu meningkatkan prestasi anak-anak mereka . Hubungan antara komuniti dengan pihak
sekolah amat rapat. [2]
Kelemahan sistem pendidikan mementingkan peperiksaan
Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalampeperiksaan supaya anak mereka dapat meneruskan pengajian atau sebagai tiket untuk
mendapatkan pekerjaan yang baik. Namun, kecemerlangan akademik semata-mata belum
5/10/2018 Sistem Pendidikan di Singapura - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pendidikan-di-singapura 4/9
mencukupi jika tidak disokong dengan daya ketahanan untuk menghadapi cabaran. Sehubungan
dengan itu, hasrat Kementerian Pelajaran untuk mencari pendekatan baru pendidikan bagi
mengurangkan ujian dan peperiksaan yang dianggap tidak praktikal lagi. Diterima baik oleh
masyarakat. Melalui pemantauan yang dilakukan telah didapati sistem yang terlalu mementingkan
peperiksaan tidak sesuai lagi kerana tidak menguji kemampuansebenar pelajar, sekali gus
membebankan pelajar dan guru.
Sistem pendidikan yang baru akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat di sekolah-
sekolah tertentu. Sistem ini akan diuji keberkesanannya selama lima tahun, kemudian barulah
ditentukan sama ada sistem baru tersebut akan diperluas ke semua sekolah atau tidak. Dalam
proses tersebut penambahbaikan akan dilakukan terhadap mana-mana kecacatan supaya
pelaksanaannya benar-benar berkesan. Sistem pendidikan juga memerlukan perubahan kurikulum,
buku teks dan perubahan lain-lain. Kini, guru bimbang untuk menggunakan kaedah lain-lain
kerana takut terkeluar daripada ketetapan Kementerian Pelajaran akibatnya, motivasi pelajar
merosot kerana dipaksa belajar mengikut jadual waktu, bukannya mengikut minat mereka seperti
yang sepatutnya.
Sesungguhnya, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara ialah
wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan
ilmu yang mereka peroleh. Masalah itu berlaku kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi
sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang
hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba pergi
ke kelas tuisyen dan meninggalkan saat-saat indah bersama keluarga dan mengabaikan aktiviti-
aktiviti beriadah dan aktiviti kemasyarakatan.
Masyarakat pula berpandangan bahawa hanya mereka yang memperoleh pangkat A dalam setiap
pelajaran sahaja pelajar yang cemerlang, tetapi pelajar yang gagal dalam peperiksaan dianggap
gagal dalam segala-galanya. Hal ini telah menyebabkan para pelajar tertekan untuk memperoleh
keputusan yang baik sehingga hilang keseronokan belajar. Kini segala-galanya terpulang kepada
ahli-ahli akademik dan para pemikir pada peringkat tertinggi untuk mengenal pasti sistem
pendidikan baru yang sesuai diamalkan.
Hanya satu aliran -- Kerajaan didesak wujudkan sistem pendidikan ke arah perpaduan kaum
KUALA LUMPUR 17 Mac - Kementerian Pendidikan digesa mewujudkan hanya satu aliran
persekolahan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Ini memandangkan kewujudan banyak aliran pada masa ini telah terbukti tidak membantumewujudkan hubungan harmonis antara mereka.
Malah, pergaduhan antara penduduk keturunan Melayu dan India di beberapa kampung di Jalan
Klang Lama, Selangor, membuktikan bahawa ada kalangan rakyat masih tebal dengan sentimen
perkauman.
Tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid berkata, kewujudan banyak aliran telah menyebabkan tidak
ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.
Menurut beliau, sekolah satu aliran sepatutnya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang
dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran
Negara.
5/10/2018 Sistem Pendidikan di Singapura - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pendidikan-di-singapura 5/9
Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangkakan masalah
perkauman pasti akan timbul di kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di
sekolah yang berlainan.
``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku sekarang. Jika kita bertegas dari dulu dan
semua kaum sanggup berkorban untuk belajar di satu sekolah mungkin soal permusuhan antara
kaum tidak terjadi,'' katanya kepada Mingguan ketika dihubungi di sini hari ini.
Ainuddin mengulas pengakuan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, bahawa sistem
pendidikan di negara ini tidak begitu berkesan dalam mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang
kaum.
Musa berkata, sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa
murid memilih aliran mengikut kaum masing-masing.
Sebelum itu Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew menyebut sistem pendidikan di Malaysia
menjurus kepada perkauman sehingga sukar bagi kerajaan mengukuhkan perpaduan antara rakyat
berbilang kaum.
Mengulas lanjut Ainuddin berkata, ramai pemimpin politik sejak dulu mengetahui bahawa untuk
memupuk perpaduan, ia haruslah dimulakan sejak dari `rebung' lagi membabitkan murid sekolah
rendah dalam acuan yang sama.
Bagaimanapun menurut beliau, yang mengecewakan ialah mereka sengaja menafikan kebaikan itu
demi kepentingan politik sehingga lahirnya sekolah aliran Melayu, Cina dan Tamil.
< P>``Malaysia sepatutnya mencontohi Hawaii yang hanya memperkenalkan satu aliran sekolahuntuk semua penduduknya daripada pelbagai kaum.
``Di sana, jumlah kaumnya lebih banyak daripada kita. Ada orang Jepun, Afrika, India, Cina, Amerika
dan pelbagai etnik kaum. Namun tak pernah kita dengar berlaku rusuhan kaum di sana sejak dulu.
``Inilah hasil pendidikan satu acuan yang disemai kepada kanak-kanak sejak kecil lagi,'' katanya.
Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO, Dr. Adham Baba, ketika mengulas isu tersebut berkata,
kajian Pemuda mendapati ibu bapa kaum Cina dan India masih kurang yakin terhadap sekolah
kebangsaan.
Menurutnya, mereka melihat sekolah kebangsaan kurang berkualiti kerana kurang memberi
penekanan kepada mata pelajaran penting terutama Bahasa Inggeris dan Matematik.
Jelasnya, penolakan kaum Cina terhadap penubuhan Sekolah Wawasan juga adalah kerana
kurangnya keyakinan terhadap sekolah tersebut, selain tidak mendapat penjelasan tepat.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), N. Siva Subramaniam pula
berkata, sistem yang diguna pakai sekarang menyebabkan lahir ramai generasi muda yang tidak lagi
mempunyai rasa cinta terhadap perpaduan, menghormati kaum lain.
``Saya berharap kementerian akan menubuhkan segera Jawatankuasa Khas Pendidikan untuk
mengkaji serta mendapatkan maklum balas semua pihak tentang masalah yang berlaku.
5/10/2018 Sistem Pendidikan di Singapura - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pendidikan-di-singapura 6/9
``Jika tidak saya bimbang masalah lebih besar akan timbul kemudian hari,'' katanya.
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, turut menyokong
pandangan Musa sambil menganggap ia adalah ke arah memperkemaskan sistem pelajaran
kebangsaan.
``Pandangan itu baik bagi memastikan perpaduan yang lebih kukuh antara masyarakat majmuk yang
berteraskan bangsa Malaysia,'' katanya.
Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Dr. Abdul Rahman Daud
menegaskan, Sekolah Wawasan adalah kaedah terbaik bagi memupuk perpaduan nasional dalam
jangka panjang.
Selain itu katanya, Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula sukatan pelajaran yang
digunakan sekarang dan mengubahnya jika langkah itu boleh membentuk perpaduan yang lebih erat.
Beliau juga menolak andaian bahawa sekolah kebangsaan gagal meyakinkan kaum Cina dan India
untuk menghantar anak mereka ke sekolah itu kerana kejayaannya terbukti.
Dr. Abdul Rahman bagaimanapun berkata, cadangan mewujudkan hanya satu aliran memang
nampak mudah dan menjurus kepada perpaduan kaum tetapi masyarakat perlu memahami bahawa
sistem pendidikan di negara ini banyak dipengaruhi oleh sejarah, budaya bangsa dan kepentingan
politik.
Seorang lagi tokoh pendidik, Datuk Dr. Ibrahim Barjunid pula berpendapat, pengakuan Musa itu
mencerminkan ketelusannya walaupun banyak pihak mengakui sistem pendidikan di Malaysia
adalah antara yang terbaik.
Katanya, memang ada kelemahan dalam sistem pendidikan negara, namun perubahan yang ingin
dilakukan tidak boleh dibuat secara radikal dan tergesa-gesa.
Ini memandangkan isu pendidikan tempatan amat berkait rapat dengan soal perlembagaan,
kebudayaan, ideologi dan politik.
``Kalau kita nak rombak juga sistem kita, maka kita kena rombak sekali masyarakat. Rombakan juga
boleh berlaku jika ada perubahan ideologi politik.
``Bagaimanapun cara yang baik ialah rombakan dibuat secara mesra budaya, ideologi dan profesionpendidikan,'' katanya.
Kekurangan
Pertamanya, Kementerian Pelajaran
perlu meneliti semula secara menyeluruh kandungan kurikulum yang
semakin tidak relevan di sekolah. Bayangkan, mengapa di dalam suasana
pelajar sudah boleh mengakses kepada maklumat melalui Internet,
kandungan kurikulum sejarah khususnya zaman kerajaan pra sejarah masih
dimasukkan dengan begitu mendalam di dalam buku teks sejarah. Pada masayang sama, sejarah tahun 1970-an dan 1980-an sangat kurang disentuh di
5/10/2018 Sistem Pendidikan di Singapura - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pendidikan-di-singapura 7/9
dalam kurikulum sejarah. Malah subjek sejarah juga sepatutnya
disepadukan dengan kemahiran pembelajaran multibudaya sesuai dengan
kehidupan masyarakat plural di Malaysia.
Sejarah tidak hanya dipelajari kerana kandungannya sahaja tetapi jugauntuk memahami kumpulan etnik serta kumpulan agama yang lain agar
hubungan etnik di kalangan rakyat akan sentiasa terjalin dengan
harmoni.Keduanya, kita juga menghadapi krisis pembangunan pendidikan
bahasa. Walaupun program memperkasakan Bahasa Inggeris telah
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah namun hanya pada akhir tahun
ini saja keputusan akan diketahui sama ada projek ini akan diteruskan
atau tidak. Bagaimanapun jelas sekali di peringkat masyarakat massa,
para guru, penyelidik, ibubapa serta pelajar merasakan penggunaan
Bahasa Inggeris melalui subjek Matematik dan Sains bukanlah suatu
keputusan yang bijak. Selain jurang antara pelajar di bandar dan luar
bandar semakin melebar dari segi pencapaian, jurang pencapaian juga
semakin ketara di kalangan pelajar melayu dan bukan melayu. Malah
pelajar melayu khususnya, minat terhadap matapelajaran Sains dan
Matematik juga dikatakan menurun selepas dasar ini diperkenalkan sejak
lima tahun lepas. Pada masa yang sama, kita juga mengalami krisis
kemerosotan keupayaan Bahasa Melayu di kalangan para pelajar Melayu dan
bukan Melayu. Sebagai bahasa perpaduan dan juga bahasa komunikasi,
jelas sekali bahawa Bahasa Melayu semakin hilang sengatnya.
Kalangan remaja Melayu khususnya di bandar sudah mulai kurang bertutur
bahasa Melayu kerana cara hidup yang lebih mengutamakan bahasa
Inggeris. Manakala di kalangan remaja bukan Melayu hanya menggunakan
bahasa itu proses pembelajaran di bilik darjah. GemarMereka lebih
cenderung untuk mengunakan bahasa ibunda atau bahasa Inggeris di dalam
kehidupan harian. Malah pelajar juga dikatakan seringkali gemar
menggunakan bahasa Melayu 'rojak' dan tidak berkemahiran menggunakan
bahasa Melayu standard di dalam perucapan mereka. Apakah kita rasa
selesa dan tidak kisah dengan keadaan seperti ini berlaku kepada remajakita? Maka itu, pihak kementerian perlu meneliti semula keupayaan serta
meningkatkan kapasiti ruang untuk penggunaan bahasa Melayu merentasi
kurikulum yang lain. Selain itu, pendidikan menggunakan bahasa Melayu
dengan betul dan sistematik juga perlu dikemaskan kembali. Ketiganya,
keperluan rasa keinsafan dan keinginan bersungguh-sungguh khususnya di
kalangan para pegawai tertinggi Kementerian Pelajaran untuk
meningkatkan pembangunan pendidikan di kalangan pelajar di pendalaman,
luar bandar serta setinggan di bandar.
Peruntukan khas juga sememangnya diperlukan untuk membantu kumpulan ini
secara berterusan. Kumpulan ini sebenarnya memerlukan lebih daripada
5/10/2018 Sistem Pendidikan di Singapura - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pendidikan-di-singapura 8/9
apa yang ada sekarang. Di atas dasar pendidikan untuk semua serta
pendemokrasian pendidikan, kumpulan yang kurang bernasib baik kerana
kemiskinan ibu bapa perlu dibantu sehingga mereka dapat keluar daripada
lingkungan kedaifan untuk mendapat pendidikan. Perlunya satu dasar dan
strategi yang besar untuk menyelesaikan isu ini di pihak KementerianPelajaran. Sehingga kini, tiada satupun strategi yang dapat dinobatkan
sebagai berjaya meningkatkan peluang pendidikan bagi mereka yang
tinggal di pendalaman khususnya Sabah, Sarawak serta Kelantan. Begitu
juga dengan kumpulan pelajar di luar bandar yang hidup serba kekurangan
dan juga anak-anak di kawasan setinggan yang tertekan untuk mendapat
pendidikan yang sempurna dan berkualiti. Isu ke empat ialah penekanan
yang keterlaluan terhadap sains dan teknologi tidak akan melahirkan
keseimbangan individu seperti yang diharapkan di dalam falsafah
pendidikan negara. Penekanan juga harus diberikan kepada pembangunan
estetika dan seni budaya kepada para pelajar. Ilmu muzik, tarian, seni
tampak dan seni halus perlu digabungkan di dalam kurikulum sekolah agar
para pelajar memiliki jiwa yang halus serta menghargai kehidupan dan
budaya. Malangnya oleh kerana kesibukan pihak sekolah mengajar sains
dan teknologi akhirnya menghasilkan insan yang bukan sahaja tidak
mempunyai minat di dalam menghargai seni dan budaya tetapi juga
menipiskan jati diri serta identiti bangsa.
Pihak kementerian perlulah menyusun semula kurikulum agar lebih
holistik dan menimbangkan pembangunan pelajar secara menyeluruh danseimbang. Akhir sekali, kita perlukan revolusi pendidikan yang besar
jika ingin melihat Islam sebagai agama yang memandu kehidupan anak-anak
kita apabila mereka dewasa nanti. Kolonialisme telah berjaya memecahkan
kehidupan orang Melayu kepada segmen-segmen yang kecil dan dilihat
berasingan antara satu sama lain. Orang Melayu pada akhirnya dibentuk
untuk mengamalkan sistem pendidikan ala barat tetapi kemudiannya
kembali kepada Islam apabila tiba waktu untuk beribadat. Kejayaan
kolonialisme telah menyebabkan kita memisahkan pendidikan Islam
daripada pendidikan arus perdana di negara kita. Peranan pendidikanagama telah dikesampingkan dan diserahkan kepada pihak swasta atau
orang perseorangan untuk mengajarkan pendidikan Islam kepada anak-anak
melalui sekolah agama swasta atau belajar agama di rumah-rumah guru
agama. Kecuali di negeri Johor yang berjaya menguruskan sistem
pendidikan agama, di negeri lain termasuk di Kelantan dan Kedah yang
terkenal dengan sistem pendidikan pondok pada suatu masa lalu, kini
pendidikan agama diletakkan di dalam kelas yang lebih rendah daripada
pendidikan arus perdana. Manakala di sekolah, masa yang diperuntukan
untuk pendidikan agama sekitar empat hingga enam jam seminggu adalah
terlalu kecil dan tidak memadai. Maka pendekatan yang lebih radikal,
drastik dan berani perlu dilaksanakan supaya pendidikan Islam ditadbir
5/10/2018 Sistem Pendidikan di Singapura - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pendidikan-di-singapura 9/9
urus secara menyeluruh dan menjadi teras kepada sistem pendidikan arus
perdana oleh pihak Kementerian Pelajaran. Walaupun isu-isu di atas
sentiasa dibualkan di kalangan rakyat, sejauh manakah tindakan telah
diambil di dalam menangani isu ini. Tindakan secara sekali sekala atau
ad hoc bukan sahaja akan menemui kegagalan tetapi juga seringkalimenimbulkan keraguan di pihak ibu bapa.
Itulah sebabnya perlaksanaan konsep Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan Kreatif (KBKK), pendidikan nilai dan kewarganegaraan serta
perlaksanaan Bahasa Inggeris di dalam matematik dan sains sering
ditempelak, tidak lain dan tidak bukan kerana sifatnya yang ad hoc dan
tidak dirancang secara teliti dan berhati-hati. Walaupun pihak
Kementerian Pelajaran telah berjaya meningkatkan keupayaan pengurusan
pendidikan, latihan guru serta lain lain hal yang berkaitan dengan
pendidikan tetapi sehingga kini perbincangan masyarakat massa
menunjukkan lima isu di atas sudah sampai ke tahap yang perlukan
pengubahsuaian atau lebih baik merevolusikan sistem pendidikan untuk
kebaikan anak-anak cucu pada masa depan.