Seni Tampak Dzulkifli Buyong Copy Intenet

download Seni Tampak Dzulkifli Buyong Copy Intenet

of 4

Transcript of Seni Tampak Dzulkifli Buyong Copy Intenet

  • 8/3/2019 Seni Tampak Dzulkifli Buyong Copy Intenet

    1/4

    SENI TAMPAK

    DIALOG SENI TAMPAK MODEN

    Oleh RASHIDAH A. SALAM

    SENI tampak moden adalah refleksi kehidupan era moden. Seni abstrak, misalnya, adalahhimpunan dan penyatuan warna, garisan, atau bentuk yang tidak menerangkan sesuatu

    bentuk yang dikenali atau boleh dikenal pasti, yang berkemungkinan melambangkan

    objek sebenar yang diubah sehingga tidak dikenali. Seni abstrak menitikberatkan

    perasaan, luahan idea yang sukar untuk disampaikan melalui bait perkataan.

    Tidak diketahui waktu titik garisan seni moden bermula. Namun, revolusi perindustrian

    kuat mempengaruhi seni pada abad ke-19. Pergerakan seni terhadap penerimaan bahan

    dan teknik baru, iaitu industri secara rasional dan teknologi, diperkenalkan oleh WalterGropius dengan terbinanya Weimar School of Arts & Craft,kemudian dikenali sebagaiBauhauspada tahun 1919. Penubuhannya mendorong penubuhan Chicago Institute of

    Technology oleh Laszlo Moholy-Nagy pada tahun 1937. Bermulalah era seni baru antara

    seni sains, manusia, dan mesin untuk menghapuskan jurang pertentangan antara ketiga-tiga faktor ini.

    Selepas Perang Dunia I, seniDada muncul membawa perubahan dalam teknik

    pengolahan seni yang bersifat mesin. Marcel Duchamp, menghasilkan karya berupa

    bahan "siap-pakai", seperti roda basikal, bangku, dan botol. Pengaruh ini ilham daripadakarya catannya yang terkenal, iaituNude Descending a Staircase (1911-1918). Catan ini

    mengaplikasi gabungan estetika mesin dan manusia.

    Pada sekitar tahun 1920-an seni yang terhasil lebih menjurus kepada lukisan

    pemandangan alam yang masih kurang diterokai. Pelukis Syarikat Hindia Timur giatmerekodkan rupa bumi tanah jajahan mereka. Aliran romantisme banyak mempengaruhi

    pelukis seperti Abdullah Arif, Kuo Ju Ping, Yong Mun Sen, dan Khaw Sia. Pelukis agak

    kurang radikal seperti di Barat.

  • 8/3/2019 Seni Tampak Dzulkifli Buyong Copy Intenet

    2/4

  • 8/3/2019 Seni Tampak Dzulkifli Buyong Copy Intenet

    3/4

  • 8/3/2019 Seni Tampak Dzulkifli Buyong Copy Intenet

    4/4

    Avant-garde dikaitkan dengan seni tampak moden. Istilah ini asalnya digunakan dalam

    bidang ketenteraan. Pada tahun 1880-an, istilah ini dipakai dalam bidang seni. Di Eropah,

    istilah ini merujuk kepada hubungan politik yang radikal dan persoalan moral. DiAmerika, avant-garde merujuk kepada liberasi individu daripada budaya yang

    menyeluruh atau aksi politik. Umumnya, istilah ini digunakan sebagai strategi, usaha

    untuk mempromosi seni dan pelukis yang radikal.

    Kesimpulannya, gaya penghasilan seni silih berganti. Perang dunia meninggalkan kesanterhadap sistem sosioekonomi dan budaya. Walaupun ekonomi dapat dibaik pulih,

    pengkarya boleh dianggap sebagai sebahagian daripada penyumbang melalui suara hati

    yang direkodkan, sama ada secara peribadi atau kolektif. Hal ini sedikit sebanyakmengubah pendirian manusia, sama ada rakyat biasa mahupun pemerintah yang paling

    atas.

    Seni di Malaysia tergetar dengan aliran sebegini, walaupun tidak seradikal. Hal ini dapat

    dilihat melalui perkembangan seni lukis, sama ada di tanah air melalui pelukis individu

    melalui penyertaan dalam himpunan koleksi balai seni lukis ataupun galeri persendirian.Pemilihan teknik dan gaya penyampaian aliran sebegini, seperti kolaj, asemblaj, dan foto

    montaj, secara digital dan statik mula berkembang. Tema atau mesej yang kritisdisampaikan secara berlembut dan berlapik, tetapi membawa evolusi pembaharuan dalam

    berkarya.